mari mencari....

Google
 

Tuesday, January 6, 2009

yuhuuu... ada rindu tak?..

yuhuuu..... ada rindu tak kat saya? hehehe... eh, kat saya lak. bukan saya laa.. kat nezha la.. kan dah lama jugak saya tak load pic dia kat sini. sampai saya sendiri pon rindu gak ni. apa kes rindu kat baby sendiri yang hari2 jumpa tu kan? biasa la... mesti la rindu. macam you all gak la, mesti hari2 rindu kat anak sendiri kan.

anyway.. ini pic lama, saya baru je ada masa nak load nih. aksi2 adalah seperti biasa - standard. nezha tak pandai posing2 la. nanti la saya ajar dia.

balik kerja semalam pergi beli makanan kurap dan nezha. wahh... nezha punya takde la pulak. habis stok katanya. takpe2, ada lagi sikit kat rumah tu so boleh tahan lagi seminggu. camne pon mesti kena carik jugak ni. untuk kurap bagi yang biasa2 je dah le. hwuahahaha... sungguh double standardkan saya nih. so, semalam beli 10kg punya sekaligus untuk sikurap. try brand lain lak. aiams ke iams entah le tapi itu le hurup2nya. tak tau sesuai ke tidak dengan dia. takot gak if tak sesuai kang sakit perot cerry berry sian kat dia. harap2 ok je la hendaknya ye kurap. bior dia makan kenyang2 bior cepat gemok. geram dah saya asyik2 takde stok je. mujur semalam dapat diskaun lagi. alhamdulillah.. weh..singgit pon kene ambik kira sekarang ni.

so, sampai je rumah seperti biasa sikurap melompat2 menyambut ketibaan saya. hehehe..so cute. tak padan dengan keciknya. melompat aje. so, bersih2kan semua, bagi makan then saya pon mandi. ingat malas nak kuar sebab macam kenyang lagi. entah la semalam saya takde mood nak makan. and ada perang2 dingin sikt dengan obek. biasa la tu. tak pernah yang tak gaduh. gadoh2 pon tetap kuar dinner sesama. hahahhahaa....

balik dinner tengok tv. tengok cerita hapa ntah. owh.. memula tengok tv2, cerita akpk. macamlogik macam tak logik. logik sebab situasi tu memang ramai orang alami. alaa.. kes orang jadi penjamin tapi peminjam dah lesap or tak bayar or dah mati so penjamin kena bayar pinjaman sedangkan penjamin sendiri hidop susah. sampai gadoh ni dengan bini. hehehe... saya tau la konsep cerita tu ialah nak suruhorang amik khidmat penasihat kewangan 'percuma' katanya kat akpk. tapiiii... dia tak tunjuk pon slot camne org akpk tu bagi nasihat. tetiba je dah bersalam2 cakap terima kasih. what the heck!!!! orang tunjuk la camne cadangannya. ini balik2 tunjuk iklan 'saya dibebani kredit keliling pinggang'. haihhh.... kiranya mesej tak sampai la. bila orang blur2 je apa fungsi akpk ni camne orang nak pergi akpk mintak khidmat nasihat? tau la solution untuk setiap kes adalah berbeza. at the end of story pon adalah org akpk tu cakap2 cara camne if kita jadi penjamin tapi conclusionnya still cakap sila datang ke akpk untuk mendapatkan khidmat nasihat. owhhh... kalo mcm tu takyah ko susah2 buat slot cerita bagai. aahh.. bior le sana. nak buat tu buat bebetol. bior bagi orang paham apa fungsi sebenar organisasi tu, jangan sekerat jalan je. bukan semua orang paham konsep yang dia nak sampaikan. eh.. dah melalut lak saya nih...

ok, berbalik kepada cerita nezha. semalam dia buat hal lagi. hal biasa la... uk-uk terlebih kayuh sampai bertabur. mujur bulat2 je kalo lembek2. eeeeee... padan muka saya sendiri sebab kena cuci. so, tengok pic je la. hehhehee...



tengok.. nezha pon setia tau menemani saya update blog memalam....



aksi biasa seekor pendengki..
tak boleh orang on lptp harus nak dodok atasnya...


see.. siap berdiri2 bagai.. pecah le lptp saya tu nezha..
itu je la sesatunya harta yang ada...


so cute kan? orang penat katakan,

harus tidor sampai terlentok2 atas meja.

eee.. gerammm.. rasa nak cubit2


eh, ni ada satu isu penting tau.
saya ada satu pertanyaan tau. korang pernah tak dapat sms dari orang2 yang maybe kita kenal tapi dia dah tukar nombor but bagi sms yang bukan2. cakap yang bukan2. saya sedang mengalaminya sekarang. as usual saya memang takkan layan sms macam tu. tapi saya simpan sebagai bukti. try to contact the telecommunication provider tapi they all tak boleh nak bagi nama sipengirim sebab takde report polis. camne tuh? kata dah register semua prepaid but still ada lagi kes2 macam ni. kalo report polis kang berpanjangan la ceritanya. tapi elok jugak kan, bagi orang2 bongok tu merasa penangan suka bagi sms macam ni. tapi kalo report pon polis tu akan check ke? macam ta je kan. lain le if saya ni salah satu adegan dalam gerak khas.. harusssss... so far dia tak le cakap yang ala2 mengugut ke apa tapi everything about me dia tau. so, rasa tak selesa. harus ke buat report? yang saya tau dia memang guna nombor tu untuk sms saya je sebab lepas tu dia akan off nombor tu. bila obek try call dia off. everytime pon macam tu. ada possibility ke orang register prepaid ni guna nama & ic palsu? if yes, makanya tak secure le lagi ye tak? takde maknanya ko nak register2 prepaid ni if boleh register guna nama tipu2. so, pendapat korang2 ni diperlukan.

11 comments:

Nurmala said...

rindu la!!!!
rindu nezha jugak... kita ni sejak kebelakangan ni.. asyik bz je..menyampah betul..sampai masa utk diri sendiri pon dah x de..

debikdebuk said...

aloh loh loh... kucing ko tu.. nampak sangat pemalasnya.. asyik dok melentokkk je keje..

Ummibatrisya said...

kawan akak pun megalami masalah yang sama :(

entah siapalah manusia yang suka kacau hidup orang dan tak tahu nak behave pulak tu ye :(

manusia yang berjiwa kacau :(

kalau ada solution bgtahu kat akak jugak ye, nak sangat tolong kawan akak tu :(

~dARlee zURiS~ said...

ingatkan azam thn baru nezha x mo expose sini dah =P

hangin je tengok muka seposen dye tu
sabar je lah...

hmmm...zuris pnh kena dulu time pakai prepaid
tah lah.wat report pun x guna
polis cam lyn x lyn je
selagi x kes bunuh ke hape..diorg anggap xde apa2
so..just beware je lah ek..

one love said...

rindu jugak!
sebab rindu nak pcit2 dia!
heheheh

AZWA said...

Lawa bulu nezha tu..kucin anak azwa dah comot balik sebab kena tinggal sebulan...pehtu dia uk uk lembik punye...eiii...huhuhu

saya said...

Mala : rindu kat u jugak, hehehhee. Memangkalo bz tu nak buat hal sendiri pon tak lepas.

Debik : wehh.. dia rajin la, debik lagi pemalas. Hahahaha.. debik kang bedebuk bunyiknya nanti..

Ummi : uuwwa… tolong la saya…. Kalo saya tau sapa orangnya memang saya bagi penampar kaw2 punya.

Zuris : haa.. tu la pasal.. polis ni mcm mkn gaji buta je. Nak beware pon camne? Moga Allah membalasnya perbuatan jahatnya. Insyaallah…

Azwa : memang la dia uk-uk lembik.. sebab dia stress!!!! Seminggu nanti dia ok la tu.

miszrLina said...

nezha muke tdo! hik2... cOmei =)
tuan dia pon cOmei gaks...huhu

saya said...

miszlina : huisshhh..puan dia lagi super duper comellll.. miyahahahhaa

eworque said...

comel la kucin. nak amik bole?

Ena said...

ade jugak manusia camtu ek..
takde keje len ke nak wat selain kaco org...
bikin repot jek sama polis dik ihiks