mari mencari....

Google
 

Saturday, February 28, 2009

resah...



entah kenapa kebelakangan ni banyak betol masalah yang melanda. bukan tak cuba untuk hindar tapi makin lari makin dekat masalah menjengah. kadang2 runsing dibuatnya. mungkin tahun ni bukan tahun yang best untuk saya.

emosi bercampur-baur. kadang2 gembira tapi selalunya sedih dan resah. banyak betol perkara yang hendak difikirkan. apa pun, saya percaya setiap orang memang ada je masalah, tapi dalam bentuk yang berlainan.

saya hari2 berdoa agar diberi kekuatan untuk menghadapi semuanya. kadang2 tu terbabas juga. ahh... lumrah hidop.

hari ni mood biasa2 je. biasa means---takde mood la ni. obek hari ni kerja. hari2 pon kerja. semakin lama makin rindu tapi keadaan tak mengizinkan. dia pon sebok je memanjang. kadang benci jugak. tapi dalam benci2 tu rindu le pulak. ke perempuan je yang lelebih rindu2 ni? lelaki takde eh?? mana le saya tau. nanti le saya interview mana2 lelaki. kat blog ni pon majoriti pompuan je yang baca. heheheh... macam ni kene lancarkan serangan memanggil blogger lelaki baca. kahkahkahkahhh...

cuaca siang panas. masok petang je hujan berdentam-dentum. sebenarnya banyak nak cakap tapi entah la.. tak terluah rasanya. takpe la..nanti saya mengadu je dengan nezha kira ok le tu. mamat tu entah la apa dia buat hari ni.

tadi ada orang datang rumah bagi ikan patin. wahh...katanya untuk saya. amboi.. nak ngorat ke? ma suka je orang datang bagi ikan. bukan amik sesaja, bagi duit la. lagipon ma selalu je pesan2 kat orang2 yang pergi memancing, if dapat ikan2 yang saya suka tu datang je hantar kat rumah ni nanti ma beli. mmm..saya suka je. ikan apa pon saya bantai makan kecualiikan yang ada banyak tulang tu kurenggg le sikit sebab dah kata gelojoh amat le tak sesuai untuk saya makan ikan banyak tulang tu. hehehehe... dengan saya senang, takde pantang2, takde pilih2. semua ok.

harap esok obek tak busy. nak jumpa la. rindu. last week jumpa pon kejap2 je untuk dinner. haiii.. camne la orang yang long distance relationship tu ye? saya respect la kat orang2 macam ni. kuat betol semangat korang. kalo ada petua tu sila bagi2 sikit kat saya ni. saya ni nak kata long distance relationship tu idak le pulak. tapinya kuantiti dan kualiti dating tu kureng. itu sejak akhir2 ni je la. sejak obek selalu outstation tu. dulu2 tu ok je.

kerja untuk masa depan katanya. harap2 tu betol la. kalo ko dah bantai bertumbuk kat sana keje masa depan ke jadahnya. sejak hari tu saya belom sentuh pon lagi tentang hal ni dengan dia. malas la. bagi reda dulu. lagipon saya tengok dia macam dah tengah susah hati je. tak sampai hati pulak nak mengasak dengan pertanyaan2 lagi. dia pon perasan apsal saya tak tanya pasal hal tu. tapi dia pon bersyukur sebab saya tak bebel2 kat dia. saya bukan takmo bebel, nanti kasi settle hal 1-1 dulu. sampai masa mesti saya bebel jugak. dalam hati sure dia kata fuhh lega minah ni tak bebel. hahhahaa...

ok la.. takmo cakap banyak2. malam ni taktau nak buat apa. otak runsing-resah-tak tentu hala.

Friday, February 27, 2009

sambungan daa...


hehehhehe,.. ini cerita sambungan pagi tadi la..

masa tengah lepak2 tengok tv tu dalam pukul 9pm tu obek call. before that pukul 7pm dah sms tanya dia free ke ap ake sbb nak ajak dinner la konon. dia cakap dia tengah panas telinga kene ceramah kat rumah pakcik dia. wahh..bagus2. tepuk tangan sikit. disebabkan dia tengah kene ceramah tu takde la saya meroyan nak ajak kuar jugak. tu yang dok lepak je tu. then pkl 9pm dia call cakap nak datang sebab nak hantarkan bekalan la konon. pakcik dia tapaukan saya bubur kacang campor durian. wahhhh..sedapnya. mujur dah ada spare roti kat rumah so sedap je la saya membedal. hehehhehe...

sedapnya bubur kacang tu.. 1st-sebab dah lama tak makan bubur kacang durian, 2nd-sebab tak terlalu manis. sesuai je dengan tekak saya. share makan dengan nezha. mamat tu kira bedal je. dia mana pedulik hapa. durian? dia memangsuka je la tu. hari tu kan ke musim durian dia pon elok je makan. saya je yang risau kot2 dia sakit perot ke hapa.

banyak dapat, 1 tupperware besar la. ayoyoyo.. jawabnya memang tak habis le tu kan. simpan dalam peti sejuk makan sejuk2 pon sedap. tapi pagi tadi lupa la nak makan sebab dah terlambat. yangtak best tu sebab bagi dalam tupperware. aduhhh.. jenuh le nak kene pulangkan. nak kene isi apa pulak sebagai balasan? masak? huhuhuh..sorry la. masak tu reti tapi tak sedap nanti buat malu je. orang2 tu dah le masak sedap2 belaka. takpe la..nanti saya beli je buah2 ganti jadi balasan. hehehhe.. pikir nak senang je. kalo saya ada kat sana, saya selalu pesan, isi dalam plastikje dah, takyah bertapewe-tapewe bagai. leceh. buatnya kita terlupa nak pulangkan camne? orangtu nak guna, dah jadi 1 hal. kalo takat tapawe pelestik lutsinar tu takpe lagik. ini ntah hapa bangsa tapawe. eeee...ngeri2. so, korang2 semua if saya datang rumah korang pas tu nak tapaukan makanan, isi dalam beg plastik je dah le ye. hehhehee....

petang ni balik rumah ma. ma dah excited je tanya nak makan apa esok punya menu. aduhh... pening kepala. saya kata apa2 pon buleh la... janji jangan menyusahkan badan. ma tu suka je buat masak2 yang susah2 ni tau, macam masak lemak la, kari la, aduhhh....leceh. nak kene perah kelapa, nak kene tumbuk itu ini. santan segera tak maunya dia tu. santan yang dah siap perah pondia takmo. dai nak yang kepala sebijik tu parut sendiri then perah sendiri. huhuhuh..itu yang saya paling bercinta tu. bab potong2 bawang tu boleh le lagi. saya tak kisah la makan apa pon, sup2 pon ok. senang, rebus je dan tak pedas. hehehhee...

obek petang ni kene pergi kerja ke tanjung malim. taktau kene stay sana ke tak. biar le dia koje. saya pesan kalo pegi keje tu pegi keje je la. jangan nak bertumbuk2 pulak. satu hal lagi kang. sengih je dia. hari ni tak jumpa dia la. uuwwaaa... rindu. minggu ni baru 2 kali je jumpa dia. eh..3 kali kot. benci aahhh.... camne ni, marah tapi benci tapi rindu tapi sayang?? muwhahahahha....

ok la. tapikan, saya tetiba je teringin nak makan sate la. lecehnya nak pergi beli. nanti2 la.. tunggu obek balik nanti la baru makan dengan obek. hehehhee...

apa lagi nak cakap...



apa lagi nak cakap? entah la.. tak tau dah nak cakap apa. kadang2 rasa macam malas je nak cakap2 or tulis2 or sembang2. bukan menyenangkan fikiran, makin menyemakkan ada la.

malam tadi mimpi lagi. kali ni mimpi yang menakotkan. tak de la mimpi hantu..tapi saya mimpi masa tu saya macam hidop susah la.. orang takmo tolong, ada kawan pon takmo tolong semua melarikan diri. ada yang nak tolong pulak kene bayar deposit dulu. wahhh.. hebat.. mintak tolong kene bayar deposit gitu. hahahha.. macam2 peel mimpi nih. masa dalam mimpi tu saya macam susah sangat. kereta takde, kene naik bas kesana sini, tunggu berebut bas dalam hujan lebat dengan ramai orang. pas tu tinggal kat area yang ala2 kurengg la. huhu..sedih sangat tau. saya bangun pagi tadi tu pon pasal tersedar si nezha tu pegi berlari2 terpijak kepala saya. aduhhhh.. ko tu kalo ringan takpe nezha, ini sepikol. sakit tau tak. harap mimpi tu tak la jadi kenyataan. saya takot. bila tersedar baru la saya teringat, agaknya kalo time saya susah ada ke orang nak tolong saya. ada ke orang yang nak kasihankan saya. ada ke orang nak bagi saya tumpang berteduh dari panas dan hujan. entah la....

lampu flourescent tu belom repair lagi. malas la tak kuasa. semalam balik lambat sebab ada hal. balik2 je drive lelaju sebab sian kat nezha dok kat rumah bergelap sensorang. sebelom balik singgah kedai dulu beli air mineral. takde mood nak makan. tapi roti ada kat rumah so pikir makan roti je la. jimat belanja. samapi je rumah nezha dah meow2 menjerit. huhu..alalal siannya dia. pelok2 dulu baru kemas2 barang. mandi2, duduk tengok tv. kejap tu obek call. hehhee...itu cerita di lain entry.

ok la..takde mood nak tulis apa2.. harap semua orang gembira hari ini..

Thursday, February 26, 2009

nezha punya perangai...



hai...ini kisah seorang anak yang suka melompat kerana dialah degillll... (sila baca dengan nada lagu ubat batok cap ibu dan anak-ahakss)...

malam tadi masa tu saya tengah tido baikk punya sekali saya terjaga sebab dengar bunyi-bunyian citcitcit dan gedengkang-gedengkung. pas tu macam ada bau2 lak tu. saya pon bangun la. alahhiii.. rupanya si nezha tengah mengejar mekti. geram betol. seumor hidop rumah say atu tak pernah ada mekti taktau tetiba malam tadi muncul pula. kat bilik tidor lak tu. si nezha tenagh dok beriya mengejar mekti tu habis tunggang langgang kerusi meja segala. saya dah le tengah sakit kepala pusing2 pening2, bangun pijak lantai pon tak terasa, rasa macam jalan atas water bed je.. geramnya...

bangun turn onlampu. sekali lampu pulak buat hal. terkelip2 macam mengalahkan lampu disco. sakit hati betol. bal mentol lampu kalimantang flourescent tu terbakar le tu. orang tengah emergency2 ni dia pulak buat hal. si nezha tengah tak pedulik hapa. dok mengarok mencapai2 mekti kat bwah sofa. dalam pada lampu berkelip2 tu saya bukak pintu toilet dan halau mekti tu masok toilet. habis satu cerita. tangkap nezha marah kat dia. busuk bau mekti. harus le kena marah. buatnya dia dah ada terpegang ke apa ke kan ke kotor. kang sakit satu hal pulak nak bawak pegi klinik. bukan murah. hishhh..berkira betol saya ni.

saya angkat dokong dia pergi lap2kan badan dia tetengah malam buta tu. kasi bersih2 semua. dengan mata kelatnya, dengan kepala pusingnya, dengan sakit hati lampu rosak, dengan sakit hati mikir mana datangnya mekti tu, dengan bengangnya dengan si nezha tu. kira cukup complete le malam tadi.



saya marah dia malam tadi. bior situ. tapi dia tu kan menyesal 1 minit je. lepas buat muka dugong dia tu terus melompat lagi. kali ni dok menunggu depan pintu toilet nak tunggu mekti tu kuar le agaknya. saya kata mekti dah takde, mekti dah lari keluar. wahh.. takmaunya dia. setia menunggu depan pintu toilet tu. lantak le sana. saya nak tido.
baru nak letak kepala gedengkang-gedengkung lagi. aduhhhhhhhh.. menyirap bandung betol rasanya darah. masa tu memangs aya jerit "NEZHAAAAAAAAAAA!!!!!!!!" haa...hambek ko menjerit tetengah malam. dia pon terkejut agaknya terus tercegat. hehehhee.. bangun, amik dia pelok selubungkan dalam selimut. degil gak lagi tu nak keluar saya kepit dia kuat2. geram betol. dah tu baru la dia elok, saya pon sambong tidor.
pagi tadi bangun dia merajuk ke konon. sebab saya mana la pernah nak jerit2 marah kat dia. dia pon terkejut agaknya. ni pic masa pagi tadi la. muka merajuk. baru kuar dari dalam selimut. hei.. saya bukan sengaja nak memarah dia tapi tu la, entah la. serabut otak. tak pasal2 dia lak yang kena.
tapi saya lagi sakit hati dok mikir mana datangnya mekti tu. rumah bukannya ada barang banyak. sebelom ni tak pernah lak ada bau2 or ada ciri2 mekti hinggap kat rumah saya. eeeeeeee..geramnya. macam ni camne nak buat? nak kene letak perangkap ke? racun mekti ke? aduhh.. tolonggggg bagi idea.
tapi dah ok dah nezha. pagi tadi dah pujuk2 dia. suapkan makan semua tengok dia dah happy je melompat2 cakar2 sofa tu. maknanya dah ok la tu. huhuh..risau gak saya kalo dia merajuk lama2.
so nezha, sorry if saya dah terjerit dekat nezha malam tadi. saya tak sengaja. nezha pon lenkali takmo la kejar2 mekti. bahaya racun tu. nak kene suruh obek datang cek rumah ke? nak kene carik tempat tinggal mekti tu ke? arrgghhhh... semuanya masalahhhh!!!!
balik ni nak kena panjat siling lak nak tukar flourescent lamp tu. hantu betol....

suram, happy, sedih, rindu, marah dan mimpi..



hari ni suram, happy, sedih, rindu dan marah. obek dah balik malam tadi. so, kuar pegi dinner la. tengok muka lebam2. haihh.. orang pergi kerja buat kerja, dia pergi kerja bertumbuk bagai. rasakan. pipi lebam bibir lebam calar balar benjol semua. tak tau nak cakap apa. nak marah pon ada, sedih pon ada, nak gelak pon ada. sekarang dah jadi kes. kita tengok je la camne. harap2 tak berpanjangan. saya kata kalah ke menang masa bertumbuk tu, dia sengih je. saya cakap lenkali kalo nak bergaduh bertumbuk tu kasi pukul sampai mati, takat2 patah tangan kaki panjang cerita nanti. malam tadi hp dok la berbunyik, budak2 kat site sana asyik call sebab macam2 hal la. aduhh... pening kepala la. lepas satu- satu hal datang. malas nak tanya apa puncanya. cumanya saya tau la dia memang baran, tapi kalo orang tak kaco dia beriya takde dia sampai nak bertumbuk tu. entah la.. doakan supaya hal tak berpanjangan cukup la.

aduhhh... masa ni la baru saya teringat. dulu2 masa saya kecik2, semua budak2 perempuan sebok la dok berangan nak laki yang camne. ada yang nak yang hensem, ada nak yang kaya, ada nak yang tinggi la..macam2 citarasa. sampai part saya, saya cakap saya nak laki gangster. haa..hambek ko..termakbul dah sekarang. adudududududuuuuu.....takpe2.. sabar2. sabar itu separuh dari nama sabariah.

malam masa tengah dinner tu ayah angkat obek nama ayah wan call. dk bercerita pasal hal tu la. sekali orangtua tu nak cakap dengan saya da.. huhuhu..takmo! takmo!! takmo!! saya bangun lari sebab takmo cakap. sekali kene kejar dan kene paksa jugak cakap dengan ayah wan. uuwwa...tensennyaaaaa!!!!!!!!!!!!!

standard la orang tua bagi kata2 nasihat la itu ini la, suruh sabar la itu ni gedebak gedebuk. saya ye kan je la. tapi sempat gak ngadu2 kat orang tua tu. hahahha.. bior padan muka obek kene marah lagi. lepas makan, balik rumah tengok tv. kepala pusing.



malam tadi mimpi. hari2 pon mimpi tapi kadang2 saya lupa apa yang saya mimpi. malam tadi mimpi harimau. hwuahhaha... hari-hari-mau. oppss.. itu 18sx tak buleh masok blog ni. blog ini adalah suci lagik. kahkahkahkahakahhh...
takde la. malam tadi mimpi main2 dengan harimau. harimau tu banyak ada la dalam 4-5 ekor. main2 macam main dengan kucing tu. wahhh... melampau2 punya mimpi main dengan hrimau. apa la maksudnya agaknya. jangan ada malapetaka nak datang lagi sudah la. penat la asyik nak dok melayan malapetaka je. benci. sesekali tu bior le kegembiraan pulak yang datang.
nezha? huiii.. ada kes mamat tu malam tadi. nanti kang saya cerita. bikin hati panassssss.....

Wednesday, February 25, 2009

apa nak cerita ye...


apa nak cerita ni ye? ayoyoyoyooo... boring la. hidp adalah membosankan. keseorangan. mujur ada nezha. nezha. kaulah buah hati jantong limpa peparu hatta urat saraf saya. huhuhuhu.....

malam tadi... oh..takmo cerita la pasal malam tadi. hehehhee...

nezha adalah amat manja pagi tadi. pagi ni hujan le pulak. liat betol nak bangun. saya dah terpikir2 je nak amik el. hehehe.. tak kuasa le nak meredah hujan. sekali tu keinsafan datang le pulak. kahkahkahkahh.. sebab ada la saya ada terbaca satu blog ini, dia kata tak baik malas2 or kutuk2 tempat kerja sebab itu tempat kita cari rezeki, cari makan. masok akal jugak ye. selama ni tak pernah lak terpikir. kahkahkahkah.. nampak sangat saya ni cetek pemikiran. alhamdulillah.. berkat la orang yang mengingatkan saya ni.

tengah dah siap2 pakai baju koje tu sempat gak lagi tergolek sebab sejukk.. hujan mencurah2 pulak. gelap lak tu. aduhduhduhduh... nezha tengok saya dok tergolek tu dia pon ikot golek jugak. gatal. pas tu saya bangun dia dok menggaru2 ajak baring lagi. eee..sabar je la. ikotkan hati saya selubong je terus nezha oii..tapi apakan daya. tugas menanti nezha sayang ooii...

malam ni nak buat apa pulak ye. ada sesapa nak temankan saya kuar berhuha2. aduh..pagi tadi baru letak entry pasal keinsafan, belah petang ajak orang kuar pegi huha2 pulak. apa da... oh, mana nak cari parttime bf nih. huwahhahaha....

sekian entry merapu untuk petang ini. wassalam.

renungan...


entah la dunia...dunia..

yang ni saya dapat dari emel.. saja letak kat sini sebagai peringat untuk diri sendiri dan kepada kawan2 juga. mana la tau.. kot2 ilmu yang berguna boleh membantu dikemudian hari..





ABU LAITS berkata:
"awaslah kamu dari ketawa berlebih-lebihan,kerana ketawa mngandungi 8 bahaya :

1-tercela oleh ulama & org yang sopan smpurna akal.

2-mmberanikan org bodoh kepadamu.

3-jika engkau bodoh nescaya bertambah kebodohanmu dan bila engkau alim berkurang ilmumu kerana ada riwayat: seorang alim jika ketawa beerti telah memuntahkan ilmunya.

4-melupakan dosa2 yg lampau.

5-memberanikan membuat dosa di masa depan, sebab bila ketawa terbahak2 membekukan hati.

6-melupakan mati & akhirat.

7-engkau menanggung dosa org yang ketawa kerana ketawa mu.

8-ketawa terbahak2 menyebabkan banyak menangis di akhirat.

ketawa sikit2 boleh la kot.. kalo yang sampai terbahak2 sampai nak tekeluar anak tekak tu yang tak boleh. hehehhe.. tapi kalo gelak sambil tutup mulut tergolong tak dalam golongan ini? fikir2kan dan selamat beramal....

Tuesday, February 24, 2009

sapa mau ikot!!!...



sapa mau ikot??!!! mari2 kita pergi beramai2 ini malam....

labu..oh..labu...


hari ahad hari tu tengahhari lepas balik dari rumah ma pergi singgah rumah ibu kejap sebab nak hantar benda sesambil nak melawat sekali la. lama dah saya tak pergi rumah ibu. rindu lak rasanya kat aish tu. sampai je sana seperti biasa harus le makan dulu. ibu masak sedap!!! gila tamak walhal dah bawak bekal dari rumah ma. ayoyoyoyoooo....

sekali rupanya rumah depa ada kucing. huhuh... ini la kucingnya. macam baby kucing tapi dah besar sikit la. bila tanya kat aish sapa nama kucing dia kata labu. tanya kat adik, adik jawab bukan, nama kucing tu baby nyau la. sekali akak lak menyampuk, eh bukan la.. nama dia harry. tanya ngah lagi best, kucing nama wak. wahhh..bapak banyak nama ko kucing! tu la dianya. memasing gila nak kucing dapatnya sekor. kucing tu ngah jumpa masa dia pergi makan main sepak takraw ke hapa. then tetiba je kucing tu datang. bila nak balik kucing tu ikut kat motor terus panjat dok dalam bakol. apa lagi... angkot je la jawabnya. kesudahannya sapa yang panggil kucing tu ikut nama pilihan masng2. aduhh.. pening saya. saya panggil kucing tu labu la. ikut nama aish bagi. kalo tak kang mengamok mamat kecik tu sebab takot kalah kononnya. haiyaa.. bagi nama pon ada pertandingan kalah menang ke. layan kan je la.. nama pon budak kecik.


comel. baik. manja. saya lagi la.. kalo dah memang gila kucing tu rasa nak hangkot je bawak balik bagi kawan dengan nezha. ahhahah.. tapi sure mamat tu jealous nanti. pakkal dengan sikurap yang dok kat luar pintu tu pondia boleh bercekau lagikan kalo bawak si labu ni balik rumah. serious penjealous mamat kepochi tu. owhh..sampai sekarang terbayang2 je si labu ni. tapi dia bising la suka meow2, suara adalah macam pondan. hehehhe.. crisis identity agaknya dia nih. tak kuar2 rumah. kalo kuar pon kat depan laman je. dia tak pergi main jejauh. ibu cerita ada kucing jiran yang ala2 jahat tu datang buli dia. sian dia lembik kena kacau. sejak dari tu lagi le si labu takmo kuar rumah. hehehe..memang manja agaknya dia ni.


masa saya dok lepak2 kat rumah tu pon dia baik. nak je main2 dengan saya. melekap berdokong je. gatal. saya suka je layan2 kucing ni. sambil main sambil tengok nona. lepas habis nona saya pon balik rumah sendiri. sekian. cerita untuk petang ini. hehhehehehe..... to labu / baby nyau / harry / wak or whatever your name is.. welcome to our family....
**eh..korang mesti pelik je kan. adik tu ialah abang kepada si aish tu. saya panggil dia adik sebab saya yang jaga dia dulu. dia yang paling manja dengan saya. masa kecik2 dulu nak berkepit je dengan saya 24jam. hehehhe.. akak is akak kepada aish dan adik. ngah ialah abang kepada aish dan adik tapi adik kepada si akak. soalannya, siapalah saya? hahahha.. lantak le korang pening. ini ialah jenis2 bentuk soalan kefahaman bahasa malaysia.

pening2, pusing2....


hai... macam2 kejadian betol la. ada yang menarik ada yang menolak ada yang best ada yang menyakitkan hati. entah la. dunia-dunia.

dah lama bersabar rasanya. samapi bila la boleh bersabar entah la. tapi kenakalan dulu2 tu mejelma kembali. aduhai..mintak dijauhkan la. takmo dah jadi jahat2 nakal2 macam dulu2 tu. cukup2 la. tapi yang takmo tu yang mendatang. hahahha.. sudahnya jadi nakal juga la. tak le nakal sangat, nakal sikit je. eh.. apa la yang saya merepek2 ni. hahahha.. lantak la. saya je yang tau, opss..nezha pon tau jugak. so sekarang macam pening2 pusing2 la.....



apa nak cerita ye? mmm..balik semalam beli nasi tapau. ada makcik jual nasi campor. saya beli laok kerang dengan ubi kentang. tu je la. lenlain tak selera la itu pon tak habis. balik rumah kemas lebih kurang, mandi2 then makan. makan dengan nezha. malam tadi malas nak suap dia. hehehhee.. takde mood betol la. lepas tu lepak tengok tv. tengok cerita bones. macam best tapi macam meluat pulak tengok pelakon tu. eh..itu bab lain daa... lepas tu tido. malam taid tidor cepat. pukul 10pm dah tidor. pening2 pusing2. layan kan je la... nezha pon baik je malam tadi.
wah..kononnya malam tadi main beriya. melompat2 meloncat2. 2-2 pon main bersungguh2 ni sampai berpeluh2. mamat kepochi suka la. melompat tak ingat dunia. hehehhee... suka tengok dia macam tu. tapi sebenarnya saya sedih bila teringatkan sikurap saya tu. rindu dangat kat dia. apa la nasib dia sekarang. lansong takde khabar berita. moga dia selamat.
pagi tadi jalan macam biasa. jem2 sikit2 tu consider tak jem la. dah imune dah dengan jem2 nih. tapi ada la 1 hal nak mengumpat pepagi nih. kahkahkahkahkah... masa tengah jem2 kat tol sunway tu, belah kanan say aada satu kereta viva biru ni dok la nak menyodok. kejap nak pegi kiri kejap nak pegi kanan. woi.. bongok! jalan tu kalo dah jem ko ikot je la flow tu. kang kat depan dah clear skit baru le amik lane. bangang betol apsal ko ni. wahh.. actually bukan itu yang saya nak cerita. tukang bawak kereta ialah awek. mwuahahhaha.. tapi attitude hancus la... siap korek idong tu. bukan korek ditepian sipi2, ini korek baikk punya gerudi. mwuahahahha... cheh! spoilt my day. pepagi dah nampak orang korek idong. dah tu sebabnya saya terpandang ialah sebab saya nak tengok le kereta belah kanan ni. waduh2.. memalukan betol. lama lak tu. pakai tudung bukan main lagi berlilit2 terbelit2 kat leher tapi perangai macam tu le pulak. tau la aktiviti dalam kereta sendiri tu hak peribody tapi patot2 la..orang tengah ramai ni tengah jem bumper to bumper, jaga la sikit adap tu. saya ni pon jenis selamba je tapi tak sanggop le nak korek2 macam tu. mwauhahahah.. disebabkan dia terejal sangat nak kedepan, no harm la bagi la dia jalan dulu. tak kuasa haku nak tengok gelagat dia tu. puiii... bila dah sampai depan sebok nak ke lane kiri lak, pas tu nampak lane kanan kosong nak ke kanan lak. orang2 macam ni la yang buat jalan tu jem tau tak. pas tu menyusahkan orang. lagi best, kat rear windscreen ada la tampal sticker. universiti teknologi petronas. mwaauahhahahhaa.. alahaii..siannya warga utp tu perangai macam ni. bikin malu utp & orang2 utp jek. hekelehh..lenkali ingat2 sikit nak tampal sticker universiti tu perangai bior elok. sat lagi orang dok mengata kau dengan universiti kau tu. jangan sampai orang cakap belajar sampai unibersiti tapi perangai macam budak tak sekolah. kahkahkahkahhh...
eh..pepagi dah mengumpat. bukan apa, sebagai peringat kepada diri saya sendiri dan kawan2 semua. ingat, we are carrying our universiti logo with us so please la jaga attitude. in fact, kalo tak tampal logo uni tu pon attitude tetap kena jaga. pada orang benda tu maybe nothing. alala..ada apa hal setakat sticker macam tu, tapi ingat2kan dan fikir2kan. sama jugak dengan orang yang tampal sticker ayat2 suci tu. dulu kan dan pernah dibincangkan. tampal ayat bukan main penuh satu cermin tapi style bawak kereta macam hantu. sapa yang mengata? orang2 yang bukan seangkatan la. depe dok mengata bangsa dan agama kita. malu tak? malu tau tak. tak tau le kalo orang2 jenis yang tak reti malu.
eh..dah le. kang sambong lain pulak. anyway... obek tak balik lagi. benci aahhhh.... benci2 pon sayang... tu yang payah tu.
dah-dah.. love you obek, love you nezha and love all of you....peace not war!

Monday, February 23, 2009

lama dah tak...


hah! hah!! hah!!! lama dah tak apa? mula la tu. ada je la kang spekulasi2 nakal 18sx. chewahhh.. nakal2 pon apa salahnya. huwahhahaa...

takde apa la.. cumanya saya lama dah tak makan ice cream. tadi lunch taktau nak makan apa. perot sebu lapar berkeriut2 tapi tak selera le pulak rasanya. tak makan-lapar. nak makan-tak boleh masok le pulak. pergi kedai tengok laok2 alahaiii.. sedih. anyway, bersyukur la sebab ada makanan. tak jugak insaf2 budak nih. so ada la ternampak laksa. tingin pulak nak try. so makan laksa le tadi. bapak pedas. gambar tak amik la sebab malu. hehehe.. dah le makan sensorangkang tersnap2 lak maluuu... pedas berbahang je mulut ni rasanya. jadinya tak habis le laksa saya tu. dah le depan saya tu ada mamat hensem. nak berkenalan buleh? wahh..sempat tu. kahkahkahkahh..sure dia pelik je tengok saya tercungap2 macam ikan naik ke darat je rupanya. lantak la.

lepas makan pedas2 tu perot lak terus jadi macam degebang-gedebung. ayayayyaa... jangan cery bery lagi sudah la. tak larat la. momtot saya tu baru nak elok kesan dari cery bery last week. tolongggg la jangan sakit perot. then bergerak ke kedai sebelah nak beli jajan2 la kononnya. pusing takde yang berkenan. ada kopok tapi pek besar. takmo la kang tak habis masok angin. so nampak ice cream. tu yang beli tu. belek punya belek berkenan le yang ni, nama pyoku. entah le bahasa apa. dia dalam kacang hijau. sedap!!!!!! lenkali buleh beli lagi. tapi tak buleh selalu makan lor nanti sempot payah.


sian mamat ni tak dapat makan ice cream. dai suka beno la kalo makan2 ni. apa pon tak menolak. haihhh.. cerita pasal dia ni kan, semalam saya balik rumah dia mengiaw2. dah agak dah mesti ada sesuatu berlaku. cek punya cek rupanya dia dah terbalikkan bekas air dia jatuh atas bekas makanan dia. udah le kembang makanan tu sebekas penuh. geram! geram!!! tapi tak marah pon la. saya tanya je apsal tumpah kan. dia bunyik2 then buat mata terkebil2. hehhehee... dia tak sengaja la tu. biasa dia tak pernah pon buat macam tu. so kemas le saya mengelap air tumpah kat bekas tu lagi, ayoyoyoy... betol2 ko mendera nezha. dah siap kemas isi makanan baru tu dia.. mencicit dia makan. sian dia. lapar agaknya.
lepas makan semalam kitaorang bantai tido. dah le petang semalam hujan lebat kan. wahh..sedapp..tido pelok2. bengkok je dia dalam selimut tu. huhuhuh.... santak sampai maghrib. malam makan bekal yang bawak dari rumah ma. makan sikti je la tak selera sangat. nezha jangan cerita. makan banyak mamat nih.
obek takde. pi outstation lagi. biasa la. dia sekarang akan every week pi ostn. sebab dah deal dengan bos dia. if tak nak ostn sini kene pegi kuching stay sana setahun plus2 jaga projek sana. uuwaaaa....tak boleh tak boleh. jadinya terima je la ostn kat sini. takpe la.. jumpa 4 hari seminggu pon dah cukup bagus dari dia kene stay kuching tu. bapak jauh gila. harus meroyan nanti.
ok la.. nanti sambong lagi. hehhehee.. love you obek, love you nezha and love all of you!!!

good morning monday...





hari ini hari isnin --- jangan marah2
hari ini hari isnin --- jangan sakit hati
hari ini hari isnin --- jangan tension2
hari ini hari isnin --- mesti suka hati....

kita sebagai rakyat malaysia yang berwawasan haruslah menerapkan nilai2 murni dalam diri kita supaya mencintai dan menyukai hari isnin kerana isnin ialah hari untuk permulaannya hari bekerja jadi kita haruslah menyayangi hari isnin sebagaimana kita menyayangi hari jumaat kerana tanpa bermulanya hari isnin maka tidak akan tibalah hari jumaat yang kita nanti2kan itu. olehitu, saya menyeru kepada seluruh warga malaysia supaya kita mengamalkan sikap dan budaya "marilah mencintai hari isini". sekian, terima kasih.

Friday, February 20, 2009

busy la...

alalallalaa.... hari ni saya busy sangat la.. tak sempat nak buat apa pon, tapi masok juga sini sebab nak tengok2.
jangan lak buat spekulasi attention saya semalam tu pasal kepak-kepak-kepung. takde maknanya. hehehe.. bukan la.. ini pasal kerja.
esok saya kena attend satu benda la pasal kerja. tapis aya tak suka dan tak mau pon. tapi kene paksa dek obek sebab dia yang registerkan saya. benci la. sendiri buat la ini saya lak yang kena.
jadinya, kawan2 semua tolong la mendoakan saya supaya saya success esok ni ye. wish me best of luck tau!!!!
anyway, tataplah gambar nezha tengah termenung tu sebagai tandahati dari saya. chewahhhh....
love all of you....

Thursday, February 19, 2009

attention!!!...





attention!!!

aduhai.. apasal lak le hari ni tetiba je dapat call yang mengecutkan taliperotku yang dah sememangnya sakit ni. aduhhh.. obek punya pasal la ni. tak suka tau.

anyway, ada sesuatu benda yang saya nak kene settle sabtu ni. jadinya, harap you all doakan saya berjaya ye. gilala inform in very too short notice!!!!... gila! gila!! gila!!!

uuuwwaaaaaaaaaa.....tensionnyaaaaaaaa.... apa pon, wish me luck!

aduhh...sakit pewot...



aduhhh... dah 3 hari dah dok sakit perot je ni cherry berry.. mula dari hari selasa hari tu memang worst la.. semalam rabu pon ingat dah ok sekali ada balik semula, tetiba je menyerang. malam tadi bangun sampai 3 kali pergi mengadap bilik termenung tu memerot sakitnya perot... saya dok la terpikir apa pasal saya sakit perot? salah makan ke? rasanya takde la salah makan. sejak sakit perot hari selasa tu saya takde makan benda yang bukan2. makan yang pedas2 lagi la.

saya nak dok ingat2 ni.. selasa lunch pizza, dinner nasi goreng ikan masin 3 sudu, rabu lunch bubur nasi sebab takot sakit perot lagi dan dinner burger tapi boh sos tomato aje pon tak habis. hari ni khamis kan? so, malam tadi bangun 3 kali pagi ni sampai je office baru nak letak handbag perot tetiba je sakit. tak sempat apa dah terus tuju toilet sampai nk on pc pon tak sempat ni. kelam kabut kejar toilet mujur sakit perot time dah sampai. buatnya sakit tang jem kat tol sunway tu masakkkkkkkkkkk... jangan dibuat.

aduhhh... apa nak buat ni. sakit dah momtot. pedih dah. hehehhehe... alalla.. ini bukan cerita 18sx ini kisah kesakitan. minum 100plus dah sudah. makan ubat sakit perot? pil chi kit tek on pon dah. ayoyoyoyo.... camne ni. biasa kalo kene tu dalam sehari je dah ok dah. ini dah berlarutan lak ni.

kalo pegi klinik dapat tak mc seminggu? hwuahahhaha.. melampau tu nak mc sampai seminggu. eee..takmo la pi klinik nanti kene cocok momtot macam hari tu. malu. takpe la..kang saya makan lagi ubat tu kot2 mau elok. lunch kang makan bubur jugak bior sihat sikit. sejaksakit perot dairy product memang le tak makan. takot nanti lagi sakit. tapi bertambah2 sakit je perot ni. ni pon tengah macam merenyam2 je perotku innew.......

Wednesday, February 18, 2009

betol-betol-betol...



hehehhhee.. malam tadi saya pergi tengok upin ipin la. gila betol. dari pagi pukul 9am dah pesan kat obek suruh dia pergi carik tiket sebab dah 2 kali pergi semuanya sold-out. melampau2 tau upin ipin ngalahkan filem bradpitt. kahkahkahkahh...

sekali tu dapat gak, tapi pukul 10pm punya. pukul 10 pun pukul 10 la..janji dapat tengok. excited nih. sementara nak tunggu pukul 9pm sebelom bergerak tu punya la mengantok. rasa2 ni kalo jejak kepala kat bantal memang assalamualaikum jawabnya. so, paksa gak diri bangun.


sampai2 je tengok mak datok.. banyak nya kanak2. orangtua pon ada, yang bawak atok nenek pon ada, yang bawak baby kecik baru belahir pon ada. hebat penangan upin ipin ni. macam2 peel. saya lagi la ngalahkan perangai bebudak kecik tu. sebok nak tangkap gambor kat poster upin ipin tapi malu. last2, buat2 ala2 lalu kat situ then paksa obek snap pic saya. hwuahhahaha... tak kisah la.. janji ada.
sebelom masok panggong, beli2 dulu pop corn. tapi tak best, maybe sebab dah malas, pop corn pon udah lemau. haiyoooo.... benci tau. kalo nak jual yang lemau kasi murah sikit la. membazir duit betol.


kat luar panggong ada gak orang jual merchandise upin ipin. saya nak beli la tapi obek tarik2 kata kejap lagi kejap lagi, sudahnya tak terbeli. tapi, saya nak jugak. nanti nak jugak tak dulik.
masok panggong, duduk kat tetengah. tepi saya couple bercintun berpelok sakan. pakai tudung tu. baikkk punya pelok. haihh.. malu le sikit. dah le bebudak mak budak ramai ko nak gak berpelok sakan. sampai terlentok2 kepala awek. haihh..apsal la tiap kali pegi tengok muvi mesti ada je couple2 yang camni. bosan la.. nak romen pegi carik hotel la woi.. siap selok2 baju apa barangggg????? saya tunjuk kat obek, dia juih2 je la mulut. knowing him yang memangtak suka bercakap. aahh..lantak dah. jangan korang mengganggu konsentrasi saya nak tengok upin ipin udah. kalo ada side sound effect kang haku ketok kepala korang. hehehhee.. mujur takde la sound effect tu..
komen pasal cerita--- VERY GOOD. secara keseluruhannya ok, tapi seperti biasa mesti ada beberapa part yang boleh diperbaiki. sebagai permulaan ini sudah cukup baik. multiracial pun ye jugak. semau ada ni, cina india, melayu, banggali pon ada. hehehe... tapi saya kira rajoo lebih banyak berdialog dan bekerja dalam filem ni kalo dibandingkan dengan upin ipin. dah ala2 hero dah rajoo tu kalo nak dibandingkan dengan badrul or upin ipin. hehehhee.. ke saya salah tengok tak tau le kan. sian mamat rajoo tu, udah le kene kejar dengan hantu tu, kene hangkot lagi beg berat jenama 'jantan' si lim tu. lagi satu saya suka ialah oopet. so cute. rasa nak picit2 je. dah le cakap pon cute. passi, passi, mipasisini. hehehhee.... apsal dia tak jual merchandise muka oopet ha??? benci tau. kalo ada kompom saya beli dah ni. oopet tu kalo dikembangkan lagi watak dia buleh kalahkan cj7. oppss... maybe in the next project kot. ye la tuu.... sapa taktau oopet pegi tengok muvi nih. kahkahkahkahhh...
scene2 dia pon ok. kalo part kelakar, kita buleh gelak, kalo part sedih, kita buleh menangis, kiranya pembawakan watak adalah berjaya. korang jangan gelak masa part oopet nak berpisah dengan rajoo & the geng kat gua tu saya nangis tau. uuwwaaaa..... kene tengok dan dengar betol2, sebab ada scene2 yang overlapped dialog, bukan overlapped apa, contohnya masa badrul & lim tengah sembang2 kat warung tu, upin & ipin pon ada cakap2 gak kat belakang tengah main2 kejar2 tu, siap kutuk2 lagi. heee...so cute. pandai diaorang buat supaya kita perasan apa yang budak2 tu cakapkan. tapi sian obek kan kene paksa tengok upin ipin malam tadi. mamat tu beriya nak tengok ongbak2. kahkahkahkah.. ongbak2 next time ye cik tuan. tapi dia pon saya tengok bantai gelak je tengok muvi tu malam tadi. kiranya, berjaya la tuh.
secara keseluruhan, the team deserved a big standing applouse from us. tapi memang betol pon, lepas habis muvi all the audiences semua applouse. saya tak tau applause pada sapa, maybe ada the team in the cinema ke hapa ke taktau. tapi orang tepok saya pon bantai tepok la.. dah excited. hehehhe... mungkin semangat kenegaraan tu dah mula bangkit dalam diri rakyat malaysia. this is what we call a good movie. tak mahu lagi menonton muvi cintan cintun yang ntah hapa2. balik2, cinta pas tu terhalang, pas tu gadoh2, pastu lumba2 rempit, pas tu pegi disco murahan, nangis2, pelok2, pas tu bercinta balik. bosannnnnnnn.... derektor pak usop, move away please. betol-betol-betol. muwahhahaha......


aaaa... ni masa nak masok tu la. malu nak stand stil amik pic so sambil jalan sambil snap. hehehehe.. tak kisah la, janji ada.



ini namanya lengkang kangkong menengok wayang. orang dah pesan pakai suar panjang degil hujong2 dalam cinema dok gigil. padan muka. lantak la. orang nak tengok upin ipin dengan oopet takde masa nak layan cik tuan yang kesejukan. kahakkakakaa....
ok la.. itu je nak cerita pasal upin ipin oopet. actually, saya dah terjatuh hati kat oopet tu. so, to the team, lepas ni buat cerita pasal oopet lak ye. hehehhee.. apapon, two thumbs up to the team. tapi jangan mudah lupa, sebab banyak review yang saya baca semua puji2 je nih. puji tu puji jugak tapi kene perbaiki lagi. next time kita kalahkan pixar punya product pulak. wahh.. gitu.. cita2 harus tinggi babe. betol tak? betol-betol-betol... passipassi (hehehe..oopet tak tertinggal menyokong. mwuahahha...).

mimpi : durian...


hehehhee..malam tadi pon mimpi. dah kata tiap2 malam mesti ada mimpi punya la. dah le malam tadi sakit perot cerry-berry. aduhh...seksanya. taktau la apsal. semalam lunch makan piza tu je la.. petang tak makan. obek ada belikan nasi goreng ikan masin tapi saya tak makan sangat. ada la dalam 3 sudu lepas tu tak selera. buang je membazir. pas tu dah tak makan apa2 lagi dah. ke sebab semalam saya bantai minum oren sekotak besar 1liter tu sensorang? aduhhh.. ye la tu kot.. sebab haus sangat la. on the way balik tu dalam nak mengadap jem tu saya sanggop amik route tepi sebab nak berenti beli air. haus sesangat. dapat je air oren tu dia... gluk gluk gluk tak hingat dunia la. may be la kot. hahahhaha...

owh.. malam tadi saya mimpi durian. dapat durian banyakkkkkkk sekali. tapi durian tu semua dah botak. hehehe.. duri2 nya tu dah takde la dah dipotong so boleh pegang2 senang je takde duri2. syiok. hahaa..durian botak. kira obek belikan la banyak gila. sekali masa tengah2 excited tengok2 pegang2 durian botak tu durian tu jadi macam melimpah2 sampai kene saya. wahhh.. sakit jugak je kene durian botak tu sebab berat. ingatkan dah botak tak le sakit. kahkahkahkahh..

lepas makan2 durian, kita meneruskan perjalanan nak pergi memancing ikan. kene lalu highway, kene tol semua. masa nak sampai kat tempat tol tu sekali orang tu bagi isyarat suruh lalu je sebab kebetulan ada waktu free lalu. hahahhaa... so lalu tol free. sekali rupanya sebab free sebab orang tol pon sebok nak pergi memancing. memasing busy tenagh siap2kan joran la apa2 kebenda la untuk memancing. secara tak lansongnya kitaorang pon join sekali la..

itu je mimpinya. tak tau le dapat ikan ke tak sebab saya dah terjaga nak pergi toilet. kahkahkahkahahhhh...

hai..memacam mimpi malam tadi. mimpi makan durian terus tingin nak makan durian. mana nak cari? sekarang bukan musim. kalo ada pon takot tak elok, dah le mahal. haishhh... tahan je la nafsu makan.


ok la..kang sambong lagi. ada benda sikit ni. abang lawyer yang hensem tu udah datang. babaiiiiiii.....

love you obek, love you nezha, love all of you...

Tuesday, February 17, 2009

erkk...



hari ni kenyang. sapa kata kalo susah hati tak larat nak makan. saya kalo susah hati lagi membuak2 selera amkan tau. ala2 kalah orang somalia makan jangan taktau. bengang betol. tak tau la apsalkan. orang patotnya lagi susah hati lagi tak berselera, tengok nasik on takmo, saya pulak lagi berlegar2 kat kepala menu2 yang saya nak makan semuanya berderet je tunggu giliran. hahahhaa.. biar la.

so tadi pegi makan piza. lantak la. bukannya habis pon tapi tapau la bawak so petang kang boleh panaskan makan lagi. paling terok pon share je la dengan nezha. mamat tu mana menolak. semua dia sumbat.

entah la..sampai bila la hati nak tenang.

ni muka nezha malam tadi. sejak kehilangan sikurap tu dia pon sedih je la. saya pon masih terbayang2 je sikurap tu everytime saya bukak pintu. rindunya pada dia. semoga dia selamat hendaknya. kehilangan yang secara tiba2. saya sedih tau. walopon saya panggil dia sikurap tapi dia mana ada kurap lagi dah. dah lawo bersih bulu cantik kilat saya dah bagi ubat, mandikan semua tu. cuma tak bawak masok dalam rumah je. rasa bersalah le pulak. hai sikurap.. kalo saya ada buat salah maafkan la saya. i love you sikurap...



ini namanya dah ketandusan mainan namanya. tisu gulung pon boleh jadi mainan. hantam la. gigit2 sampai hancur pas tu satu keje lak saya nak kene bersihkan dan make sure takde serpihan tisu tu dalam mulut dia kalo tercekik kang sapa susah? sayaaaaaaaaaaaaa jugak yang susah.
sebenarnya banyak saya nak tulis. tapi saya rasa tak payah le kot sebab rasa macam tak sesuai le pulak. takpe la.. balik kang cakap dengan nezha. dia tu ada pendengar yang setia. kadang2 tak berkelip2 mata dia kalo tengok kita bersembang dengan dia. ntah le dia paham ke tak bior le kan. anggap le dia paham. kahkahkahkahhh.... apa la saya mengarot ni....

mimpi : laksa...


heheheh...malam taid mimpi pasal laksa le pulak. hari2 pon ada mimpi tau.. saya nak buat koleksi mimpi saya kat blog nisupaya esok2 bila2 masa saya boleh review balik apa yang pernah termimpikan. mesti best ni. ehh..sukati la mimpi diri sendiri bior le nak simpan ke apa ke.

malam tadi mimpi jual asam laksa la. laku gila weh.. sampai berkilo2 laksanya saya jual. tapi saya macam ada power, saya boleh tau sapa yang ank beli laksa tu dan berapa banyak yang dia nak. jadinya persediaan penjualan laksa saya tu tak le membazir. kiranya semuannya habis la.

so satu hari tu saya nak pergi mana ntah, tapi saya dah tau la ada sorang ni nak datang nak beli laksa. so sampai sekerat jalan saya nampak orang tu, saya tanya nak pergi beli laksa ke? dai kata ha.ahh.. saya kata saya dah siapkan kat kedai awak pergi je amik terus. orang tu pon just cakap ok je la. chewahh..

so, itu je la mimpi malam tadi. kahkahkahkahkahkk...

kesimpulannya, saya takde pon teringin nak makan laksa or ternampak laksa or apa2 yang berkaitan dengan laksa. cumanya muka saya je kot ada kaitan dengan asam laksa sekarang. sebab masam je. haaa...mungkin le tu. muka masam macam asam udah mimpi jual asam laksa.

takpe la..masam pon masam la...

p/s : saya still sakit hati, still susah hati---

Monday, February 16, 2009

suap-suapan...

testing..testing... ni first time nak load video masok kat sini. kalo menjadi, bagus, kalo tak menjadi kira nasibla..

ni video saya bagi nezha makan suap2an manja gitu semalam. benci tau mamat ni makan ganas. hehhee.. enjoy je la ye.. kalo tergelap tu maaf je la.. udah guna hp cikai je ini la hasilnya...



video

saya tengah susah hati sangat sekarang. uuwwaaaa..bencinya. kenapa? kenapa?? kenapa saya yang kena??? tak patot betol.

weekend yang tak best...

jumaat seperti biasa balik rumah ma la. macam2 hal le pulak kat urmah tu. haih..penat la nak melayan.

sabtu & ahad pegi PD. kat selesa beach katanya. tak le best beno. macam biasa2 je. ke sebab saya dah memangtakde mood. kebelakangan ni banyak betol masalah melanda. takyah le bagi motivasi yang dah basi tu.. sabar, sabar, sabar. arhh... takde maknanya.

anyway, sepupu saya pon pergi jugak. so kita orang muda-mudi ni dok 1 group la bersembang pasal hidop la. itu ini begitu begigi gedebak gedebuk segala. mmm..ada gak la sessi meluah perasaan. mjur ada gak orang yang sekepala. so kita punya next plan nak pegi lagi takmo bawak orang2 tua nih. hahahhahaa....



balik ahad pukul 4pm sampai dah kat rumah ma balik. kemas2 lebih kurang saya pon berambos balik rumah saya. malas nak cakap banyak. pukul 6pm obek datang ingat ank ajak pegi dinner ke hapa rupanya datang nak inform dia kene pegi outstation. arrhhh..pegi la sana. tak balik terus pon takpe la. saya nanti carik bf baru.

nezha baik sangat. manja lelebih le pulak. saya ada amik video suap dia makn tu la.. nanti try to load tangeok jadi ke tak. tak pernah cuba lagi sebelom ni nak load video2. tunggu ye.. lihat la nanti kerakusan dia makan tak menyempat2 sampai tergigit2 jari say ayang hitam legam nih. hahahhaa.....


ok la..tak de berapa mood hari ni. perasaan terguris. banyak yang perlu dihadapi. haih..awal2 tahun dah banyak cerita tak best. menyampah. owh.. saya nak cari bf baru. hahahaha.. part time bf. ada sesapa sudi? atau ada sesapa nak rekomen kat saya? janji bukan hak orang.. mihihihihi... apsal lak tak boleh? orang lelaki boleh ada gf sana sini pompuan buat tak buleh ke? pedulik hapa..

Friday, February 13, 2009

mimpi apa nih?? uwwaaa.....



malam tadi mimpi mengarot2 sampai ngigau2. camne tau ngigau? sebab masa mimpi tu nangis2 then tetiba tersedar saya pon tengah menangis beriya sampai kuar hingus selema semua la. hahahah.. nezha tengok pon naik pelik. apahal la minah ni nak nangis pepagi buta tu kan??

seperti biasa, mimpi say abanyak episod. malam tadi ada 3 scene la.

yang 1st mimpi macam nak pergi mana ntah, pas tu nak balik rumah ma. on the way tu sekali banjir kilat besar punya. gila la.. tapi kat area tu je. jadinya camne saya nak balik? so saya call ma cakap tak boleh balik la sebab jalan nak balik rumah ma tu semuanya tersekat. so keadaan jadi macam kecoh la masa tu sebab ada orang lain jugak yang nak pergi kat sana. so kononnya2 nak try le meredah banjir tu tapi rupanya dalam dan air deras. wah..terus tak jadi, so dok tepi sambil nangis. hahahhaha....



scenen ke-2 lak cerita pasal perang2. real punya perang ni korang macam perang kat palestine tu. ceritanya saya masa tu tengah ada kat dalma kem kawalan la. tapi every day kitaorang ni dibenarkan keluar dari kem tu pergi la kemana2 pon tapi after 1 jam kene balik kem balik. kalo lambat kena tembakkkk... suasana tu memang ramai le askar2 tembak menembak semua tu. so ada la 1 group ni, depa kuar la. perjalanan dari pintu pagar kem ke tempat kediaman kem tu macam jauh la.. ala2 20 minit punya driving. tapi jalan lurussss je la yang penting ko kene drive lelaju sebab kat kiri kanan bukit tu asker berator je bersedia nak tembak. so group tu dah nak balik dah. dia punya deal pukul 6-7 je kuar. at the time dah pukul 640 that group memang dah masok kawasan pagar kem but still jauh lagi nak menyampaikan ke kem. so ala2 tak sempat dan askar2 tu semua tembak. semua matiiiii.. uuwwaaaa.... pas tu group saya lak. aduhai..jantong berdebar2 sangat nih. saya dok kat belakang tapi saya dok mencangkong kat tengah2 kat bawah la, bukan dok kat kerusi tu. deal sama gak, kuar pukul 6-7. on the way kuar saya ketakotan dan selubong dengan baju tutup kepala semua la sebab takot. so dah sampai luar kem kira macam happy la membeli belah segala. by the time dah pukul 630. wahh.. kitaorang memasing kecot perot ni sebab nak kene balik kem. so, driver tu (tak tau le sapa2 kan) drive lajuuuu gilaaaaaaaaa.... masa masok je gate kem tu dengar dah askar2 tu jerit2 suruh cepat2 kalo tak nanti dia tembak. keadaan hingar bingar le dengan arahan dan pecutan kereta. wahh..macam real tau. saya yang dok selubong tu ketakotan rasa macam terasa2 je anytime peluru tu boleh menembusi badan. takottt.. ntah camne kitaorang berjaya sampai ke kem without kene tembak. hehehe... so, ok.




scene ke-3, sambungan dari cerita kem tadi tu, masok le ke kelas. ntah le kelas apa. semua orang kene attend exam. tapi exam ni kira 1-1 punya la. akan ada orang yang soal kita dan jawapan orang tu yang akan tulis kat kertas. so, tiba la giliran saya, biasa2 je dan dapat markah penuh. hehehhe.. lepas jawab soalan tu kene bawak kertas tu pergi buat ukuran tinggi dan berat badan. hehhehee.. apa punya mimpi la nih. masa tu saya macam pakai pinafore dress tu le. doktor tu cakap bukak le pinafore tu kalo tak nanti ukuran berat akan jadi lebih berat. saya kata mana buleh bukak, saya tak pakai suar panjang kang malu la. hahhahaha.. dia gelak je then ukur berat. wahh..jadi berat jadi 52kg mcm tu. saya pon protest la. saya cakap mana ada saya berat macam tu. biasa saya berat 46-48 je. saya tau la saya hari2 timbang. saya paksa gak doktor tu tulis berat saya either 46 or 48. doktor tu senyum je. then dia tulis2 semua dia bagi kat saya paper tu. saya tengok dia tulis sana berat : 47kg. kihkihkih... ukuran tinggi tak ambil lak.
lepas amik paper tu kene duduk kat table la. macam table sekolah. ada orang mendengki saya. dia sorok kertas saya tu so jenuh la saya carik. mujur ada orang bagitau kat mana orang jahat tu sorok then saya dapat balik. sambil duduk2 tu saya tengok2 le keliling. nampak doktor tu tengah sembang2 dengan kawan2 dia la. dia cerita kat kawan2 dia kata dia syok lak kat saya. haiyooo.. so kira macam heboh la 1 kelas tu cakap pasal doktor tu syiok kat saya. saya kata eh mana boleh. saya ada obek. takmo kat doktor tu. sambil nangis2 la tu. nangis punya nangis punya nangis sampai le terjaga sebab nezha dok garu2 kepala saya. hahahhahaha..... so tu la saya tau saya dok ngigau malam tadi. sebab ada air mata semua tu.
bangun2 tengok gelap je lagi. ingatkan still malam la sekali tengok jam pukul 715am da.. baru le saya melalak melompat katil tak cukup tapak. dah le harini jalan ldp tu tutup pasal le tour de langkawi. nyusahkan betol. kelam kabut jadinya. mujur sempat sampai office before orang tu tutup jalan. kalo tak... saya pakat mc je la harini.
so, kecimpulannya, saya memang suka selalu je mimpi2 yang mengarut2 ni. taktau apa makna mimpi2 nih. mimpi banjir tu sebab malam tadi melepak minum air banyak sangat kot. mimpi askar tembak2 tu sebab kebelakangan ni memang saya ala2 stress je kalo tengok berita pasal palestine gaza tu. mimpi doktor hensem? hehhehe.. sebab saya gatal. kahkahkahkahkahhh... harapa2 mimpi2 tu tak membawa makna yang bukan2 la. lemas dengan keadaan ni.
macam tu punya mimpi pon ada ka. disebabkan pagi tadi kelam kabut, tak sempat nak buang uk-uk nezha. bior la. bukan ada orang lain pon tempat uk-uk dia tu besar. kahkahkahh.. nassib la ko nezha hari ni....

it's our annyversary day!!!!....



hehehhehee...syukur alhamdulillah. hari ni ialah merupakan tahun ke-4 saya dengan obek. kihkihkih... suka duka? owh.. terlalu banyak. tak payah cakap la. lu pikir la sendiri. kahkahkahkahh... apa pon saya bersyukur sebab dalam banyak2 dugaan dan cabaran kami masih berupaya menghadapinya. kawan2 yang disayangi, doakan semoga hajat besar kami itu tercapai, doakan semoaga kami aman makmur kekal bahagia ke akhir hayat, doakan kebaikan untuk kami. amin......



jadinya malam tadi pergi keluar la dinner. dinner biasa2 jek. takde la nak candle light dinner ke yang pelik2 ke. takde sambutan apa pon. cumanya lebih kepada duduk berdisgusi tentang banyak hal dan perkara dalam hidop. dah tua2 ni bawak2 le berbincang. kahkahkahkahhh... sebenarnya kami pergi ke heritage row malam tadi. wahh.. menarik juga ye kat situ. so sebelom pergi mana2 kitaorang makan dulu la sup kambing katanya kat kedai2 situ. dari review kat tv tu macam sedap je kan. beriya2 ni saya pon ajak le obek pergi sana. the verdict, biasa2 je nothing special. tapi boleh la. obek makan nasi lemak, saya makan roti la cicah sup tu. sup amik satu je. mujur sebab portion banyak. kalo sorang tak habis kot. lepas makan lepak2 kat 'sunshine' sampai le ke suboh pi'e. hahhahha... ye, itu adalah perkara yang elok. orang anniversary2 macam ni patutnya berkiamullail.. saya kiamullail gak..tapi salah tempat le pulak. heii..camni ke ciri2 bakal ketua keluarga yang soleh? huwahhahaha.... anyway, senang hati.


ini kek anniversary kitaorang la. alalalala... kek kecik cinonet je. kek biasa2 takde yang luar biasa. balik dah terlalu lambat just potong2 makan. mamat kepochi pon dah takde mood nak datang kacau. huhuhu..kalo tak dia la juara.
dapat hadiah apa? hehhe..takde apa. nothing. zero. kosong. takpe la.. saya tak harap semua tu. barang2 semua saya boleh beli sendiri, yang penting saya nak kan kasih sayang yang tulus ikhlas. kalo ikutkan sapa takmo duit atau harta. cinta je tanpa duit tak jadi babe. cinta je tak boleh mengenyangkan perot. cinta je tak boleh memenuhi kehendak. tapi benda2 tu semua boleh ditolak-ansur. so malam tadi we've renew our vow la kan. takyah cerita panjang2... too personal.
okla..hari i takmo spoil2 mood. saya taktau le apsal ticker kat sebelah tu tak ngam date dia? saya salah key-in kot hari tu? hantam la..tapi ok apa.. nanti buleh celebrate 2 kali. kahkahkahkahkahhh.... apapun yang pasti terpahat dalam hati 13 february adalah anniversary saya dengan obek.
love you so much obek! opss..nezha, i love you too!!!!!!

Thursday, February 12, 2009

samar2 je...


hari ni mcam samar2 je.. bukan cuaca dunia yang samar2, perasaan saya yang samar2 nih. hehehhe.. camne nak cakap ye? entah la.. susah la nak explain, cumanya rasa macam ada tak syiok sikit la. taktau kenapa.

obek dah balik semalam. malam tadi pegi kuar dinner la. tapi sayakan sakit mulut tu so tak berapa selera sangat nak makan. order jugak mee hailam. makan rencah2 dia je sayur2 tu meenya tak makan sebab mee dia keras la. dia tak celur dulu la tu agaknya. main haruk je dari plastik terus masok kuali. benci aahhh.. masak le bebetol. orang masak le macam kita sendiri nak makan. agaknya diaorang tu memang suka kot makan mee keras tak bercelor tuh. benci.

malam tadi sambong tengok 360 cerita pasal kucing anjing tu. wahhh.. lagi sekali saya nangis kat kedai tu. hahahha...sure orang kedai tu ingat saya gadoh kot dengan obek. kahkahkahkahh.. wal hal nangis sebab tengok kucing anjing tu. alahaiii.. buang2 gitu je la pulak.



masa tengok tu kan saya kat kedai makan. table sebelah ada la group lelaki2 ni, dia cakap "apa la orang2 ni, beriya2 beno sampai nak nangis2 pasal kucing anjing, ramai lagi manusia yang hidup susah apsal takmo tolong lak. kucing anjing tu lak yang dihebohkan". saya pasang telinga je la dia dok berdisgusi dengan kawan2 dia. takpe2..sabar2... lepas 360, ada bersamamu. cerita pasal orang ni laki dia sakit la, bininya la pegi noreh, kerja balik rumah masak nak siap anak pergi sekolah lagi. sian bini pepagi buta dah pergi menoreh, lakinya hantar je. kalo ko tak larat, apa la salah ko tunggu ikut bini ko noreh pepagi buta tu. temankan dia. tak larat noreh buat teman berjalan dalam kebun getah tu pon jadi la. bahaya kat dalam kebun getah pagi buta gelap tu ada ko nak amik kisah? ni tengok elok je perot buncit je mengadap makan tunggu bini kat rumah. sampai rumah bini bergegas lak nak masak nasik masak laok cari pucuk pokok nka buat sayor. ko dok rumah ko tak boleh tolong masak nasi ke? tak boleh tolong basoh pinggan ke? kene tunggu bini jugak??? itu bini la weh bukan kuli batak ko. ingat dulu masa kawen bagi mas kawen rm80 tu kira jadi kuli seumor hidop la. geram betol. tak salah bini berkorban untuk laki, memang itu tuntutan hidp berkeluarga tapi korban yang camne? masa tu terpacul ke kata2 macam tu and maybe lelaki yang dok komplen pasal kucing anjing tadi dengar dia tengok je meja saya dengan obek. pedulik hapa aku. elok beno le tu. tau la laki sakit, tak larat koje, tapi dok rumah mengangkang hisap rokok, kacip pinang makan sirih ko larat lak kan. haram ko nak angkat penyapu sapu rumah ke apa kan? hishh..geram lak rasanya.
ok la. ni dah terbabit sampai cerita ntah hapa2 lak ni. apa bak kata nabil tu "lu pikir la sendiri". hhuhuhuhu.. cakap salah tak cakap salah.
actually sebenarnya nak cerita pasal mood je yang samar2. macam lukisan picasso tu la.. setiap orang ada pandangan dan interpretasinya yang tersendiri. sukar nak dirungkapkan. entah la.. manusia, manusia....
eh, esok 13/02 anniversary saya dengan obek tau. hehehehhee..... ampat tahun la.
ok la.. i love you obek, love you nezha and love all of you....

Wednesday, February 11, 2009

macam lemah2 je...



badan ni macam rasa lemah2 je la.. nak kata tak makan dah makan dah. taktau apalagi yang tak kena. kurang exercise ke? memang pon. treadmill saya udah jadi tempat lepak mamat kepochi. dai suka je kalo saya gerak2kan treadmill tu. hehehhee.. sudah terbaliklak dai yang exercise saya jadi tukang tengok tv.


petang ni taktau apa agenda. obek kata dah on the way balik. yeayyyy!!!!! tapi dia kang sure penat takkan nak ajak kuar jugak. sian lak kat dia. lagi pon saya macam tak berapa nak sihat sangat la.



kalo takde apa plan, dok rumah je la tengok tv. malam ni taktau ada cerita apa. hantam saja la. kalo takde cerita best bukak je channel kartun, confirm bersemangat waja!




okla..sesaja je memenuhkan blog ni. hhehehehe..takde tujuan yang tertentu pon. cumanya nak menyampan badan rasa macam lemah2 je.. minum ice pon kurang. kurang makan vitamin kot??? rasa nak demam pon ada. huhuhu.. banyak pulak penyakit petang2 macam ni. cuba ajak pergi cucuk bintang malam kang, menggelupor sihat. melampauuuuuu.....

boring & mengantok...


boringnyaaaa... life is so dull. hehehhe.. takde koje cakap boring, banyak koje merungut tak cukup rehat. manusia ni memang tak pernah puas dengan apa yang dia ada. ada je yang nak dikomplennya. cuba2 la bawak bersyukur dnegan apa yang ada. cuba2 la bawak berpuas hati dengan apa yang dinikmati. sekian tazkirah pagi untuk hari ini. hahahhahahaa....


bukan apa, boring je dok kat rumah. nak keluar malas le pulak. jadinya dok la rumah tengok tv sambil melayan mamat tu. hai.. dia tu kalo dilayan sampai ke suboh pon takyah tidor. semalam balik kerja terus pergi pusing2 cari makanan. tekak tak berkenan la nak makan apa2 sebab mulut sakit. nak makan nasi rasa macam berat sangat. just nak makan yang ringan2 je. nak makan mee2 rasa maca tak syiok pulak. nak makan roti aduhaiii.. jemunya. tapi takpe, kita pusing2 dulu. cadangnya if takde gak yang berkenan nak beli jugak roti buat bakar2 kosong ke sedap jugak. tapi ternampak orang jual rojak buah. wahhh.. sure sedap ni kan. tapi mulut pecah camne nak makan rojak, sure rojak tu pedas lak tu. ahh.. takpe la. hantam saja la. so beli rojak buah pesan kat orang tu takmo pedas2. jadinya dinner rojak buah le malam tadi.
sampai rumah kasi kemas2 dulu uk-uk nezha, tangkap sikurap sebab nak sapu ubat kat telinga dia tu. degil bukan main. kalo tak tu elok je nak menggesel2 kat kaki. nampak je saya bawak tube uba tu mencicit lari. takde lari2 de.. meh sini sapu ubat. ko tu dah le pergi entah mana2, jangan nak mengada2. hehehhee.. seperti biasa nezha adalah jealous bila nampak saya pegang sikurap. sabor2 ye pakcik.. jangan nak marah2.



malam tadi pon tak bolhe tidor walhal mata dah mengantuk sangat. nak menunggu cerita kumilikmu tu pukul 10 sampai dah terlelap2 kat sofa. bila masok bilik nak tidor tak buleh le pulak. terkebil2 tengok siling. mamat kepochi dah melingkor baikk punya kat kaki. haihh.. so dalam tak boleh tido tu saya menggaru2 le mamat tu bior dia tidor lena. waaahhh... suka ko kan nezha. gatal. pagi ni nak bangun punya la liat. dah siap mandi boleh lak landing balik kat katil. aduhaiii.. rasa macam lemah2 je badan. obek tak balik lagi. taktau le bila nak balik. harap2 cepat la balik. boring la.
ok la.. nanti sambong lagi. takde apa yang menarik sangat yang berlaku semalam. cumanya pagi tadi saya dah terlebih rajin sikit, kemas peti ais dan defrost kan dia. lama dah tak bukak part freezer tu pagi tadi bukak dah tebal ais. pemals betol. so, tadi dah defrost dia dah siap letak bekas takung air cair dia tu nanti. harap2 nezha tak perasan le bekas tu. jangan saya balik kang tengok bekas tu dah terbalik memang la.. saya piat telinga dia nanti. hahahhaha... cakap je lebih, takdenya.
ok la.. (berapa kali ok daaaaa..). love you obe, love you nezha, love all of you too.... have a nice day ahead!!!!

Tuesday, February 10, 2009

kosong...


kosong je rasanya.. macam takde apa2 pon. boring melampau2. obek takde pegi outstation. benci ahh... koje belambak tapi malas nak buat. nezha ok je tapi pagi tadi dia gigit tangan saya. saya tengah tido sekali rasa apa ke benda menggigit2 jari ni, terkejut makcik ingatkan "ta ya lam". ko jangan buat gilaa.. rupanya mamat kepochi tu la. aduhhh.. tak cukup makan ke nezha oiii.. takde la sakit, gigit2 manja je nak ajakmain pepagi buta tu. tak kuasa la. orang nak tdio. dah le malam tadi tak boleh tido lansong. serba tak kena.

jadinya hari ni saya takde mood. malas la. mulut lak sakit pecah2 orangkata kena 'mata ikan' tu. sakit la.. 3 sekali lak tu. belah kanan atas 1 bawah 1, belah kiri bawah 1. sakittt.. nak bukak mulut pon sakit. nak gosok gigi lagi la bercinta. pedihh.. nak makan takde selera.

apa pon, harap anda semua sihat sejahtera ye...

love you obek, love you nezha, love all of you...

Saturday, February 7, 2009

ngantok le...


hari ni penat tau. macam2 kerja dah buat hari ni, pagi2 pergi kedai beli roti canai buat breakfast. hehehe... tapi tak sedap le roti canai tu. kuah pon tak best. sikit lak tu tak mencukupi untuk 4 keping roti canai. kedekot. rugi beno ke if bagi kuah elok2. kalo rasa2 tak de. modal buat je la kuah kari kosong. ini kuah dal kononnya tapi cair hebe.. ntah la. sudahnya makan sekerat je. sampai sekarang ada lagi 3 keping. membazir betol.

tadi ma pergi kebun, saya sapu rumah. penat gila. sapu laman aduhaii..musim daun gugur.. hehehe.. jangan memain, rumah saya pon ada musim gugur tau. kahkahkah... tapi tak larat nak sapu keliling, so sekerat je la sapu. pon tak larat nak bakar daun2 yang dah dikumpul tu. bior sana nanti petang suruh ma bakarkan. saya kalo bakar sampah kang habis sekotak mancis tu pon belom tentu sampah tu habis terbakar.

lunch masak asam pedas ikan keli dengan tauhu sumbat. sedappp.. makan banyak. hehehhee.. leceh kalo balik rumah ma takde chance nak diet2 nih. sebab ada je makanan nak dimakan.

obek kerja hari ni. tadi dia sms kata budak2 dia buli dia. wahh..buleh lak macam tu. sesekali kene buli apa salahnya. kehkehkehkehkehh...esok dia outstation lagi. benci aahhh.. kali ni taktau bila la pulak nak balik. tak suka if obek takde. rasa sunyi. walhal kalo ada pon dia kat sini bukannya mengadap dia je 24jam. tapi entah la..rasa sunyi tu lain sikit la. harap obek balik cepat la. saya kalo dia takde mula la emosi tak pasal2.

tadi tengok kartun popeye. wahh... kartun favorite saya tu. kecik2 dulu gila sangat dengan kartun popeye sampai paksa ma belikan baju gambar popeye. dulu2 payah betol saya nak dapat baju baru melainkan hari raya je. ye la..hidup susah dulu. ahh..takmo ingat2 la.

so, sekarang ala2 mengantok le pulak. nak tidor mata tak boleh lelap, terkebil2 je pedih. selalu je macam ni tau. bikin spoil mood nak tidor.

ok la.. love u obek, love u nezha.. love all of you too...