mari mencari....

Google
 

Wednesday, February 4, 2009

al-kisahnya...

tengok dia baring tido kat bantal.. sian dia tau...

al-kisahnya, mamat kepochi ni demam. start dari hari ahad hari tu. saya tengok dia monyok je tak ceria. kalo tak tu asyik la dok melompat2 mencakar2 menggigit2. saya tengok dia baring je melepek. hati dah terdetik dah apa hal lak dengan budak ni. so polok2 dia tengok tak bermaya jugak.


see... muka orang demam. huhuhu..
so, petang tu bawak pegi klinik, mujur ada jugak klinik yang bukak. dah kata long holiday susah jugak hati. so doktor cek kata dia macam ada furball la dalam perot dia. kan dia jilat2 bulu tu so bulu tu dah masok le dalam perot dia. tu yang dia rasa tak selesa tak bermaya. padan pon tak mau makan. tak sedap perot rupanya. cek temperature, pun ada naik sikit la. so, kasi injek 1 then bagi ubat makan. demam2 pon harus menggelupor nak bagi makan ubat. geram betol.

lagi muka tido... masa ni mmg dia tak menyedor2 dunia
doktor bagi masa 3 hari la kalo tak baik ke baik ke camne. tapi malam tadi saya tengok dia dah ok dah. dah boleh lompat2 dah. lega sikit. bila dah boleh melompat consider elok le tu. makan pon dah mau dah.. lenguh tangan menyuap dia. takpe.. asalkan sihat. ni pic ni semua masa dia demam tu la. hehhehe.. demam2 pon harus cute muka ko kan nezha.


tido pengsan sampai terjelir lidah. hehehhe...

walopon dia tu kucing je tapi saya sangat susah hati bila dia sakit. saya la yang lebih2 melalak sampai obek pon dah malas nak layan. tambah terok, bila obek pon terpaksa pergi outstation. udah le lagi takde sapa saya nak mengadu. geram betol. opss.. obek dah balik petang semalam. yahuuuu...

atas sofa pon boleh lelap.. kesian dia..

hari ni maybe pon ada sikit bz la.. tapi tengok la camne. terima kasih kepada anda2 yang telah mendoakan kesihatan anak saya tu. dia tak lalu makan saya pon tak lalu makan. chewah... tapi malam tadi dia dah elok saya pon dah bedal nasi habis sepinggan. kihkihkihkihhhh....
apapon... ini dulu cerita pagi ni. nanti2 sambong lagi.
love you obek.
love you nezha.
love all of you...

No comments: