mari mencari....

Google
 

Tuesday, February 24, 2009

labu..oh..labu...


hari ahad hari tu tengahhari lepas balik dari rumah ma pergi singgah rumah ibu kejap sebab nak hantar benda sesambil nak melawat sekali la. lama dah saya tak pergi rumah ibu. rindu lak rasanya kat aish tu. sampai je sana seperti biasa harus le makan dulu. ibu masak sedap!!! gila tamak walhal dah bawak bekal dari rumah ma. ayoyoyoyoooo....

sekali rupanya rumah depa ada kucing. huhuh... ini la kucingnya. macam baby kucing tapi dah besar sikit la. bila tanya kat aish sapa nama kucing dia kata labu. tanya kat adik, adik jawab bukan, nama kucing tu baby nyau la. sekali akak lak menyampuk, eh bukan la.. nama dia harry. tanya ngah lagi best, kucing nama wak. wahhh..bapak banyak nama ko kucing! tu la dianya. memasing gila nak kucing dapatnya sekor. kucing tu ngah jumpa masa dia pergi makan main sepak takraw ke hapa. then tetiba je kucing tu datang. bila nak balik kucing tu ikut kat motor terus panjat dok dalam bakol. apa lagi... angkot je la jawabnya. kesudahannya sapa yang panggil kucing tu ikut nama pilihan masng2. aduhh.. pening saya. saya panggil kucing tu labu la. ikut nama aish bagi. kalo tak kang mengamok mamat kecik tu sebab takot kalah kononnya. haiyaa.. bagi nama pon ada pertandingan kalah menang ke. layan kan je la.. nama pon budak kecik.


comel. baik. manja. saya lagi la.. kalo dah memang gila kucing tu rasa nak hangkot je bawak balik bagi kawan dengan nezha. ahhahah.. tapi sure mamat tu jealous nanti. pakkal dengan sikurap yang dok kat luar pintu tu pondia boleh bercekau lagikan kalo bawak si labu ni balik rumah. serious penjealous mamat kepochi tu. owhh..sampai sekarang terbayang2 je si labu ni. tapi dia bising la suka meow2, suara adalah macam pondan. hehehhe.. crisis identity agaknya dia nih. tak kuar2 rumah. kalo kuar pon kat depan laman je. dia tak pergi main jejauh. ibu cerita ada kucing jiran yang ala2 jahat tu datang buli dia. sian dia lembik kena kacau. sejak dari tu lagi le si labu takmo kuar rumah. hehehe..memang manja agaknya dia ni.


masa saya dok lepak2 kat rumah tu pon dia baik. nak je main2 dengan saya. melekap berdokong je. gatal. saya suka je layan2 kucing ni. sambil main sambil tengok nona. lepas habis nona saya pon balik rumah sendiri. sekian. cerita untuk petang ini. hehhehehehe..... to labu / baby nyau / harry / wak or whatever your name is.. welcome to our family....
**eh..korang mesti pelik je kan. adik tu ialah abang kepada si aish tu. saya panggil dia adik sebab saya yang jaga dia dulu. dia yang paling manja dengan saya. masa kecik2 dulu nak berkepit je dengan saya 24jam. hehehhe.. akak is akak kepada aish dan adik. ngah ialah abang kepada aish dan adik tapi adik kepada si akak. soalannya, siapalah saya? hahahha.. lantak le korang pening. ini ialah jenis2 bentuk soalan kefahaman bahasa malaysia.

3 comments:

nURmALa mAZLan said...

kak..dulu jiran kita ada bela kucing cam nih.. ada 2 ekor..sebijik cam ni..nama dia labu dan labi..hehe~~

miszrLina said...

hik2.... labu ke.... so cute d name *_*

saya said...

ehhehe..entah le bebudak kecik tu pepandai je boh nama..