mari mencari....

Google
 

Thursday, February 26, 2009

nezha punya perangai...



hai...ini kisah seorang anak yang suka melompat kerana dialah degillll... (sila baca dengan nada lagu ubat batok cap ibu dan anak-ahakss)...

malam tadi masa tu saya tengah tido baikk punya sekali saya terjaga sebab dengar bunyi-bunyian citcitcit dan gedengkang-gedengkung. pas tu macam ada bau2 lak tu. saya pon bangun la. alahhiii.. rupanya si nezha tengah mengejar mekti. geram betol. seumor hidop rumah say atu tak pernah ada mekti taktau tetiba malam tadi muncul pula. kat bilik tidor lak tu. si nezha tenagh dok beriya mengejar mekti tu habis tunggang langgang kerusi meja segala. saya dah le tengah sakit kepala pusing2 pening2, bangun pijak lantai pon tak terasa, rasa macam jalan atas water bed je.. geramnya...

bangun turn onlampu. sekali lampu pulak buat hal. terkelip2 macam mengalahkan lampu disco. sakit hati betol. bal mentol lampu kalimantang flourescent tu terbakar le tu. orang tengah emergency2 ni dia pulak buat hal. si nezha tengah tak pedulik hapa. dok mengarok mencapai2 mekti kat bwah sofa. dalam pada lampu berkelip2 tu saya bukak pintu toilet dan halau mekti tu masok toilet. habis satu cerita. tangkap nezha marah kat dia. busuk bau mekti. harus le kena marah. buatnya dia dah ada terpegang ke apa ke kan ke kotor. kang sakit satu hal pulak nak bawak pegi klinik. bukan murah. hishhh..berkira betol saya ni.

saya angkat dokong dia pergi lap2kan badan dia tetengah malam buta tu. kasi bersih2 semua. dengan mata kelatnya, dengan kepala pusingnya, dengan sakit hati lampu rosak, dengan sakit hati mikir mana datangnya mekti tu, dengan bengangnya dengan si nezha tu. kira cukup complete le malam tadi.



saya marah dia malam tadi. bior situ. tapi dia tu kan menyesal 1 minit je. lepas buat muka dugong dia tu terus melompat lagi. kali ni dok menunggu depan pintu toilet nak tunggu mekti tu kuar le agaknya. saya kata mekti dah takde, mekti dah lari keluar. wahh.. takmaunya dia. setia menunggu depan pintu toilet tu. lantak le sana. saya nak tido.
baru nak letak kepala gedengkang-gedengkung lagi. aduhhhhhhhh.. menyirap bandung betol rasanya darah. masa tu memangs aya jerit "NEZHAAAAAAAAAAA!!!!!!!!" haa...hambek ko menjerit tetengah malam. dia pon terkejut agaknya terus tercegat. hehehhee.. bangun, amik dia pelok selubungkan dalam selimut. degil gak lagi tu nak keluar saya kepit dia kuat2. geram betol. dah tu baru la dia elok, saya pon sambong tidor.
pagi tadi bangun dia merajuk ke konon. sebab saya mana la pernah nak jerit2 marah kat dia. dia pon terkejut agaknya. ni pic masa pagi tadi la. muka merajuk. baru kuar dari dalam selimut. hei.. saya bukan sengaja nak memarah dia tapi tu la, entah la. serabut otak. tak pasal2 dia lak yang kena.
tapi saya lagi sakit hati dok mikir mana datangnya mekti tu. rumah bukannya ada barang banyak. sebelom ni tak pernah lak ada bau2 or ada ciri2 mekti hinggap kat rumah saya. eeeeeeee..geramnya. macam ni camne nak buat? nak kene letak perangkap ke? racun mekti ke? aduhh.. tolonggggg bagi idea.
tapi dah ok dah nezha. pagi tadi dah pujuk2 dia. suapkan makan semua tengok dia dah happy je melompat2 cakar2 sofa tu. maknanya dah ok la tu. huhuh..risau gak saya kalo dia merajuk lama2.
so nezha, sorry if saya dah terjerit dekat nezha malam tadi. saya tak sengaja. nezha pon lenkali takmo la kejar2 mekti. bahaya racun tu. nak kene suruh obek datang cek rumah ke? nak kene carik tempat tinggal mekti tu ke? arrgghhhh... semuanya masalahhhh!!!!
balik ni nak kena panjat siling lak nak tukar flourescent lamp tu. hantu betol....

6 comments:

one love said...

cats love mice... hempuk je tikus tu. berani? hehe

ijechan said...

hahha... mcm2 si nezha macho ni~

~dARlee zURiS~ said...

adelah tu mekti tu tersesat jalan masuk umah kamu
letak perangkap lah
dah kena..suh obek buang
tak pun..kasi nezha main je
hehehee...

zh-ena said...

letak ubat la..nnti takde la cikti ada dlm umah lg

saya said...

hehehe...nanti saya praktikkan semua idea2 ni..

bB sYasYa said...

comeynye kucing...
salam perkenalan ~_~