mari mencari....

Google
 

Saturday, February 28, 2009

resah...



entah kenapa kebelakangan ni banyak betol masalah yang melanda. bukan tak cuba untuk hindar tapi makin lari makin dekat masalah menjengah. kadang2 runsing dibuatnya. mungkin tahun ni bukan tahun yang best untuk saya.

emosi bercampur-baur. kadang2 gembira tapi selalunya sedih dan resah. banyak betol perkara yang hendak difikirkan. apa pun, saya percaya setiap orang memang ada je masalah, tapi dalam bentuk yang berlainan.

saya hari2 berdoa agar diberi kekuatan untuk menghadapi semuanya. kadang2 tu terbabas juga. ahh... lumrah hidop.

hari ni mood biasa2 je. biasa means---takde mood la ni. obek hari ni kerja. hari2 pon kerja. semakin lama makin rindu tapi keadaan tak mengizinkan. dia pon sebok je memanjang. kadang benci jugak. tapi dalam benci2 tu rindu le pulak. ke perempuan je yang lelebih rindu2 ni? lelaki takde eh?? mana le saya tau. nanti le saya interview mana2 lelaki. kat blog ni pon majoriti pompuan je yang baca. heheheh... macam ni kene lancarkan serangan memanggil blogger lelaki baca. kahkahkahkahhh...

cuaca siang panas. masok petang je hujan berdentam-dentum. sebenarnya banyak nak cakap tapi entah la.. tak terluah rasanya. takpe la..nanti saya mengadu je dengan nezha kira ok le tu. mamat tu entah la apa dia buat hari ni.

tadi ada orang datang rumah bagi ikan patin. wahh...katanya untuk saya. amboi.. nak ngorat ke? ma suka je orang datang bagi ikan. bukan amik sesaja, bagi duit la. lagipon ma selalu je pesan2 kat orang2 yang pergi memancing, if dapat ikan2 yang saya suka tu datang je hantar kat rumah ni nanti ma beli. mmm..saya suka je. ikan apa pon saya bantai makan kecualiikan yang ada banyak tulang tu kurenggg le sikit sebab dah kata gelojoh amat le tak sesuai untuk saya makan ikan banyak tulang tu. hehehehe... dengan saya senang, takde pantang2, takde pilih2. semua ok.

harap esok obek tak busy. nak jumpa la. rindu. last week jumpa pon kejap2 je untuk dinner. haiii.. camne la orang yang long distance relationship tu ye? saya respect la kat orang2 macam ni. kuat betol semangat korang. kalo ada petua tu sila bagi2 sikit kat saya ni. saya ni nak kata long distance relationship tu idak le pulak. tapinya kuantiti dan kualiti dating tu kureng. itu sejak akhir2 ni je la. sejak obek selalu outstation tu. dulu2 tu ok je.

kerja untuk masa depan katanya. harap2 tu betol la. kalo ko dah bantai bertumbuk kat sana keje masa depan ke jadahnya. sejak hari tu saya belom sentuh pon lagi tentang hal ni dengan dia. malas la. bagi reda dulu. lagipon saya tengok dia macam dah tengah susah hati je. tak sampai hati pulak nak mengasak dengan pertanyaan2 lagi. dia pon perasan apsal saya tak tanya pasal hal tu. tapi dia pon bersyukur sebab saya tak bebel2 kat dia. saya bukan takmo bebel, nanti kasi settle hal 1-1 dulu. sampai masa mesti saya bebel jugak. dalam hati sure dia kata fuhh lega minah ni tak bebel. hahhahaa...

ok la.. takmo cakap banyak2. malam ni taktau nak buat apa. otak runsing-resah-tak tentu hala.

3 comments:

Ummibatrisya said...

jangan runsing-runsing

sibukkan diri, buat sesuatu yang suka :)

kata-kata satu doa, doakan yang baik-baik aje :)

AZWA said...

toksah difikir2kan sangat...ada orang masa bercinta sekali pun tak pernah gi dating...tapi bergayut kat telefon berjam2 muahahha...(mokcik la tu)

bercinta tak semestinya kena berjumpa setiap hari, setiap hujung minggu. Sesekali lebih manis, lebih bermakna.

kalau obek takde, sanya berdating jer la ngan nezha sambil candle light dinner dengan ikan patin masak lemak tempoyak...pergghhhh...

jgn mareee...

saya said...

ummi : ye la..nanti saya ckp yg elok2 je. hehehe...

azwa : huhu.. ni dah le tak jumpa, call or sms pon jarang2 nih. apa kes? dating dgn nezha?? habis le portion lauk saya kene bagi kat dia je...