mari mencari....

Google
 

Thursday, February 12, 2009

samar2 je...


hari ni mcam samar2 je.. bukan cuaca dunia yang samar2, perasaan saya yang samar2 nih. hehehhe.. camne nak cakap ye? entah la.. susah la nak explain, cumanya rasa macam ada tak syiok sikit la. taktau kenapa.

obek dah balik semalam. malam tadi pegi kuar dinner la. tapi sayakan sakit mulut tu so tak berapa selera sangat nak makan. order jugak mee hailam. makan rencah2 dia je sayur2 tu meenya tak makan sebab mee dia keras la. dia tak celur dulu la tu agaknya. main haruk je dari plastik terus masok kuali. benci aahhh.. masak le bebetol. orang masak le macam kita sendiri nak makan. agaknya diaorang tu memang suka kot makan mee keras tak bercelor tuh. benci.

malam tadi sambong tengok 360 cerita pasal kucing anjing tu. wahhh.. lagi sekali saya nangis kat kedai tu. hahahha...sure orang kedai tu ingat saya gadoh kot dengan obek. kahkahkahkahh.. wal hal nangis sebab tengok kucing anjing tu. alahaiii.. buang2 gitu je la pulak.



masa tengok tu kan saya kat kedai makan. table sebelah ada la group lelaki2 ni, dia cakap "apa la orang2 ni, beriya2 beno sampai nak nangis2 pasal kucing anjing, ramai lagi manusia yang hidup susah apsal takmo tolong lak. kucing anjing tu lak yang dihebohkan". saya pasang telinga je la dia dok berdisgusi dengan kawan2 dia. takpe2..sabar2... lepas 360, ada bersamamu. cerita pasal orang ni laki dia sakit la, bininya la pegi noreh, kerja balik rumah masak nak siap anak pergi sekolah lagi. sian bini pepagi buta dah pergi menoreh, lakinya hantar je. kalo ko tak larat, apa la salah ko tunggu ikut bini ko noreh pepagi buta tu. temankan dia. tak larat noreh buat teman berjalan dalam kebun getah tu pon jadi la. bahaya kat dalam kebun getah pagi buta gelap tu ada ko nak amik kisah? ni tengok elok je perot buncit je mengadap makan tunggu bini kat rumah. sampai rumah bini bergegas lak nak masak nasik masak laok cari pucuk pokok nka buat sayor. ko dok rumah ko tak boleh tolong masak nasi ke? tak boleh tolong basoh pinggan ke? kene tunggu bini jugak??? itu bini la weh bukan kuli batak ko. ingat dulu masa kawen bagi mas kawen rm80 tu kira jadi kuli seumor hidop la. geram betol. tak salah bini berkorban untuk laki, memang itu tuntutan hidp berkeluarga tapi korban yang camne? masa tu terpacul ke kata2 macam tu and maybe lelaki yang dok komplen pasal kucing anjing tadi dengar dia tengok je meja saya dengan obek. pedulik hapa aku. elok beno le tu. tau la laki sakit, tak larat koje, tapi dok rumah mengangkang hisap rokok, kacip pinang makan sirih ko larat lak kan. haram ko nak angkat penyapu sapu rumah ke apa kan? hishh..geram lak rasanya.
ok la. ni dah terbabit sampai cerita ntah hapa2 lak ni. apa bak kata nabil tu "lu pikir la sendiri". hhuhuhuhu.. cakap salah tak cakap salah.
actually sebenarnya nak cerita pasal mood je yang samar2. macam lukisan picasso tu la.. setiap orang ada pandangan dan interpretasinya yang tersendiri. sukar nak dirungkapkan. entah la.. manusia, manusia....
eh, esok 13/02 anniversary saya dengan obek tau. hehehehhee..... ampat tahun la.
ok la.. i love you obek, love you nezha and love all of you....

5 comments:

~dARlee zURiS~ said...

haa..btol2
zuris sokong!
tah ar laki2 nie suka tunjuk power kuasa diorg sbg ketua keluarga
suma isteri yg kena buat
pada hal..mase g kursus kawen aritu ustaz tu ade ckp...tanggungjawab isteri bkn wat keje umah tu suma.
tanggungjawab isteri adalah menjaga suami..berhias tuk suami
so..kalu isteri dah wat keje umah tu pun patut berterima kasih tau!
nie tak.
buat isteri cam kuli.
bila isteri salah ape skit..mulah lah nak cari lain!
dah.
merepek dah
;P

nURmALa mAZLan said...

ye ye...
kita pon sangat sokong..Lelaki ni poyo..bila time nak tunjuk kuasa/hak dia, nak ikut sunnah.. Tapi kalau tanggungjawab tu, x nak pulak ikut sunnah..

Masa kita gi kursus kahwin tu kan, ustaz tu ada cakap jugak. . cth - kalau isteri x nak masak, x pe sebenarnya sbb tanngungjawab lelaki tu, dia kena bg makan sampai nasi tu sampai kat mulut isteri. kalau isteri x nak makan sendiri pun, tanggungjawab dia kena suap isteri tu sampai makan..

isteri memasak tu, sbb isteri menolong suami jer..Tapi dah jadi cam tradisi pulak..masak ialah tanggungjawab isteri...

eee...banyak nak cakap ni..kang full pulak comment box ni..wakakaka~~

one love said...

samar2 betul

esok, have fun :)

ZH - Ena said...

huhuhu mmg nangis gak malam td..kesian kat anjing n kucing tu..sampai hati diorg tu buat mcm tu kat binatang yg rata2 manusia mmg menjadikan binatang kesayangan kan..

lg plak bangkai2 binatang tu dibuang mcm tu ajer mmg takder perasaan langsung..mmg @#$%%^&U*( org yg buat tu..mmg marah sgt la mlm td..nsb baik la ada hubby yg tlg tenangkan..

tgk bersamamu plak sakit hati gak kat suami perempuan tu..kan kan kan
btl tu takkan la suami dia langsung tak menolongkan..mmg la. tak tau nak ckp mcm maner..hal rumahtangga org kan..

saya said...

zuris / mala / 1love / ena : tu la pasallllllllllllllllllll... kalo pompuan bebel ckp pompuan tak memahami la apa la.. pigi daaaahhhh.. hehehhee...