mari mencari....

Google
 

Tuesday, March 31, 2009

uwwa..malasnya....



hari ni lemau betol la.

nak kata tak cukup tidor rasanya dah terlebih2 tidor. nak kata tak cukup makan tadi dah lunch. apa lagi la yang tak cukup. sebenarnya semua pon cukup belaka. rajin tu je yang takde. keje ada, berlonggok2 tapi malasnya. hehhehee.... (tadi macam terbaca pasal staff cimb diminta bercuti tanpa gaji selama 6 bulan, betol ke??)

anyway... kalo malas tak dapat le habuannya. kalo malas tak dapat le ilmu lebih sikit. kalau malas, tak dapat le apa yang dihajati. kalau malas tak dapat le semua yang dimimpi2kan. betol tak? betolll.. dah tau betol apsal malas lagi. bukan malas la.. tulang berat sikit harini. hehhehe..

apa la saya membebel ni.



petang ni maybe balik lambat. hope obek ada masa untuk turn on lampu. koje pasal letrik tapi haram nak install timer kat rumah. sian kat nezha. selalu bergelap kalo saya balik lambat. takpe la nezha. ko pon dah memang gelap kan? saya selalu je terpijak nezha tu kalo rumah bergelap. tak nampak korang... sama je hitamnya dengan gelap. pekat.


camne nak bagi nezha gemok ha? dia tu makan banyak tapi berat tak naik2 la. heran jugak. kadar metabolisme dai tu tinggi beno ke??? huhuhu.. tak le gemok beno, nak bagi dia chubby sikit la. masalahnya saya je yang bagai dipam2 sekarang ni. dia ok je la pulak. owhh..saya tau la. sebab dia selalu lari kat treadmill saya tu. hasilnya dia kurus saya yang gebu.
ok la.. eh..saya ada cerita hantu tau.. sapa nak tau??

sleeping beauty...


owhhh..kenapa... kenapa saya jadi macam ni???

semalam balik kerja ingat nak lepak2 duu la tengok tv. makanan dah ada obek belikan nasi lemak dengan karipop. yeay!!!! so, sambil tengok tv makna karipop dulu la sementara nak bagi bdan sejuknak mandi. then mandi. lepas mandi baring kejap ingatkan nak rehat je rupanya..... saya terus tertidor. gila tidor dari pukul 730pm tu sampai pukul 130am baru tersedar. itu pon sebab nezha menjerit2 bagai nak rak. actually dah 2 kali dia menjerit2 tu dengan kuat sekali tapi saya macam tak larat sangat nak bukak mata. sedar2 gitu je then tidor balik. tapi yang pukul 130am tu memang kuat la dia jerit siap garu2 kepala saya lagi. uuwwaaa... saya pon paksa diri bangun. ingat baru pukul 830pm ke hapa ke sekali tengok jam pukul 130am daaaa.....

bapak terkejut. dnegan lampu tak pasangnya, dengan tv tak turn offnya, dengan gate tak kuncinya sebab konon2 malam tu nak kuar lagi la. gatal. haa..hambek. mujur pintu grill dan pintu kayu udah kunci. gila la. owhh..rupanya yang nezha dok menjerit2 bagai nak rak tu nak makannn... memula saya bangun tu memang dah syak dah apsal la dia menjerit2. dia tu kalo takde hal memang takkan la nak dengar bunyik suara dia. check2 dulu karpet-ok, coffee table-ok, table runner-ok, tv-ok, dining table-ok.. wahhh..semua ok ni apa hal pulak.s ekali tengok bekas makanan dia licin licau zero nehi2. hahhahahha... patot la dia menjerit2. kelaparan rupanya. say atuang je makanan tu dia.. mencicit dia makan. gelojoh. lapar le katakan. tapi ni bukan tahap lapar dah ni. tahap kebuluran dah ni.



sambil dia makan saya dok teman dia la. sian dia terseksa kelaparan. saya pon jengah nasi lemak tu ingat nak makan tapi macam basi le pulak. owhh.. saya pon lapar, camne ni.. nak kuar? huishh...tak de kuasa nk kuar memalam buta tu. sambong je la tido. so, kemas2 semua, nezha pon dah siap makan, hangkot masok bilik, selubong dalam selimut 2-2 sambong kebabommm... sampai le ke pagi ni. so, pagi ni bangun dengan kesegaran. gila tak segar tido melampau lama. hai..entah apa la kenanya. punya lena tido sampai phone bunyik pon saya tak dengar, sms masok pon tak perasan. hantam la.

so pagi ni pepagi buta pukul 7am dah kuar pegi beli mihun. lapar le katakan. hehehhe.. makan 2 orang dengan nezha. sian dia, kelaparan. hehehhe.. i'm sorry nezha.....
itu la.. kebelakangan ni badan lesu je. cepat penat. tak boleh stress sikit mesti rasa macam penat sangat. pelik betol la. saya je ke macam tu ke korang pon macam tu?? obek kata sebab cuaca tak menentu. eh, cuaca ada kena mengena ke dengan tahap kesegaran badan? itu gagal dijawab. hehehhee....
malam ni takmo tido cepat lagi. nak kuar pegi jalan2 dating2. hehhee... love you obek, love you nezha & love all of you... merasa makcik jadi sleeping beauty malam tadi. hahahhaa....

Monday, March 30, 2009

selamat..selamat...

hari ahad 29/03/09, saya pi kenduri... kat sini


pintu masok ada bunga jurai2.. lawo...




ingatkan ada 2 pelamin, rupanya backdrop untuk makan beradap. tipah tertipu...


hadiah yang saya bagi dalam circle tu. dah siap tampal logo fragile tapi orang masih tak paham bahasa dan letak benda atasnya. sengal... so mala nasib le if dapat hadiah dah tak berupa hadiah.



dapat door gift telor puyuh. actually ada 2 jenis. ada yang dapat macam dalam sarang burung, tapi saya dapat yang dalam beg punjut. uwwa.. nak jugak yang macam sarang burung tu. ada juga mentos. tapi saya tak dapat jugak. mentos untuk kanak2 kot. masa snap pic obek kata 'eh, jgn letak kat situ, nanti telor menetas'.. (read : 'kat situ' adalah atas riba)ggrrr....



lampu dewan lawo.. mengerlip2...



ada cage sebagai hiasan. lawo. tapi taktau apa motif. hehehhe..



chewahh..pengantin senyum2 gembira. masa ni tengah tepung tawar. ada pantun2.pengapit lelaki adalah hensem.



aaaaa..baru ok sikit. senyum..senyumm..ewahhhh....



aiyaaaakk... subang pengantin adalah tertanggal. ehhehehee... jenuh gak pengapit perempuan nak betolkan. takpe2.. control ayu...



last but not least... saya la. pic obek takde sebab dia tukang amik pic & takde orang lak nak minta suruh amikkan pic kita berdua. penat makcik set2 rambut. hahahha...
actually ada jugak nampak 2-3 orang blogger lain. hehehe..tapi saya tak tegur la. malu gila. saya kenal anda, anda tak kenal saya.
sampai2 terus makan. air sirap favorite harus wajib ada. yahuuu...

so, to mala & khairul..
selamat pengantin baru moga kekal ke akhir hayat...

memang nak kena budak ni tau...



eeeeeeeeeeee.. memang nak kena budak ni tau. semalam kan saya pergi le kenduri si mala kawen. hehehhe.. tapi itu nanti cerita. buleh ke cerita sebab tuan punya badan belom tunjuk pic dia kawen lagi. kang tak surprise pulak. ayoyoyoyo... takpe2.. draft & simpan dulu.

ok, berbalik kepada cerita budak ni. balik dari kenduri tu semalam sakit perot la. taktau apa pasal. ok2, itu cerita lain. ni nak cerita pasal budak ni. (banyaknya iklan). saya nak tidor petang tu sebab macam sakit kepala le pulak.

so naik bilik nak baring2 la. sekali ap ani bilik bau macam busuk je. macam bau kat kedai pet je ni. suspen2. cari2 'bahan buangan' kot2 jumpa takde la pulak. ok. so baikk punya landing. sekali, eh apa ni? basah2 le pulak. cium2 test2 tengok ayoyoyoyo..rupanya budak tu dah kencing kat katil saya. ini sudah mendatangkan kemarahan. orang dah le sakit kepala dia buat hal le pulak. dah lama dia tak buat perangai ni tau. hari ni lak buat hal. geram betol.

sabar2.. ganti cadar. cadar tu dah le 2 lapis sebab konon nak bagi tebal2 sedap le sikit. tembos korang.. double sakit hati. kene ganti 2-2 cadar. ok settle. patot masa saya masok bilik dia diam je kat depan tv, kalo tak tu dia yang dulu2 lari masok bilik. dah buat salah rupanya! sambil tukar sambil bebel2 dan marah2. chehh.. marah camne pon dia bukan paham buat sakit mulut je membebel. ok.. dah siap semua nak baring dah ni. amik selimut sebab sejuk. aik.. macam ada lagi bau busuk ni. ini tak buleh jadi. sekaliiiiiiiiiiiiiii.. selimut pon kene!!!!!! hantu betol tau nezha ni. triple sakit hati. aduhhhh.... kali ni takde lipat2 dah selimut tu saya humban je masok plastik nanti nak hantar pi dobi.

kali ni memang saya jerit-- NEZHAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!

aduhhh..rasa nak piat2 cubit je di ani tau. in fact memang dah nak jentik pon tinga dia tpai dia dan2 tu jugak buat muka kesian dan meow. owhh... tak terjentik rasanya. tapi dalam hati rasa membara2 nih. geram sungguh. sabar2.....

last2 saya pelok dia kuat2 sampai dia menjerit. hahahhhaa.. geram betol.. biasa pintu bilik tu memang terbuka je takde la pulak dia nak buat hal. ntah semalam apsal. dia takot ke, marah ke, merajuk ke apa ke saya pon tak tau le pulak. aduhh...

kaya la kedai dobi hari ni basuh comforter sampai 3. 1=rm15x3=rm45--lesap!!!

sudahnya saya la merajuk dengan dia. dia nak datang lesek2 pon saya tak layan. makan pon saya tak tunggu, biorkan je. dia lompat2 pon saya tak tengok. marah la konon. pas tu saya perli2 dia la. macam le dia paham kan apa yang saya cakap tu. memang paham pon!!!! sebab dia datang slow2 dan melengkor atas perot saya. tau pulak nak pujuk orang balik. aduuuhhh.....

sapa2 nak cubit nezha dipersilakan. hahahhahaha.. lantak ko nezha.

Sunday, March 29, 2009

ada sesapa rindu?...

hehehhehe..
takde apa la.. saje je nak try test tengok kot2 ada ke sesapa yang rindu kat saya ke, kat nezha ke. mana la tau kan tetiba je ada secret admirer.


huisshhh...takde maknanya la korang ank rindu kat saya. kalo kat nezha tu kot2 jugak la. pegi baca kamus lagi bagus.
masa saya kecik2 dulu selalu kene paksa baca kamus. bukan baca macam baca buku tu, kene cari makna dalam kamus la so kene bawak kamus ke hulu ke hilir. at the time tak tau maksud je terus bukak kamus. sampai lama2 dah jadi macam habit pulak. chewahh..masa tu turutan a-b-c tu saya dah teror dah..takyah nak kira2 dari a-b-c terus tau hurup P tu ialah antara huruf O dan Q.
tapi itu dulu2 la. sekarang dah sengal dah. sedih.

Saturday, March 28, 2009

teringinnya...

hehehhehee...
tak de nak cerita apa. cumanya nak cerita saya teringin sangat2 nak makan2 benda ni semua. wahhhh......


potato salad



pulut kuning makan dengan sambal tumis. wahhh....



roti jala cicah dengan kari. wahh..fav saya nih..


karipop!!! especially karipop inti sardin. uwwaa..sedapnya...



ikan bakar pon sedap jugakkkkkk...



apa la hari ni asyik teringat makanan je. hehehhee.. harap2 dapat makan salah satu dari semua ni. kalopasal makan laju je, cuba kalo pasal buat koje, lambat macam siputptputputttt...
*all pictures was from googles. thanks to the original provider.

Friday, March 27, 2009

mimpi : operation..



malam tadi saya mimpi ngeri tau. mimpi kene operate. gila lah. benci. tak suka.

mimpi dia macam ni---masa tu saya ntah le kat mana macam pergi jumpa doktor la buat pemeriksaan. sekali doktor cakap ni nak kene operate jugak ni. saya macam blur2 je then ok. terus pergi operation theatre. nak operate perot lak tu. so bagi injek la yang kebas2 tu. then kebas kat perot je dan saya macam sedar la. stil boleh tengok apa doktor buat. eh..iklan jap. tapi memang ada kan operation yang macam tu. dia kebas tempat yang nak operate tu je kan? ok2..sambong balik. sekali ntah le camne masa doktor tu nak belah perot tu yang kebas tu ala2 belom fully kebas lagi so terasa la sakitnya. wahhhh.. macam nak melompat le konon. mujur tak sakit sangat. so doktor pon godek2 la ntah hapa2 then amik le maam benda penyakitnya tu la dari perot tu. ehehhee.. doktor tu kata 'ha..tengok ni. ni la yang buat awak selalu sakit perot tu". saya pon jawab la "owhh..ok.". hehhehee... lepas je operationt u terus bangun la pergi jalan2 pusing2 natha kemana2. haiyoyoyoyoyo... macam2 punya mimpi daaa....


masa saya dah tersedar dari tido tu saya macam secara otomatik terus je pegang perot. kahkahkahakhh.. konon nak rasa le perot yang kene operate tadi. aduhh.. mimpi. hari2 pon mimpi. semalam mimpi john selamat.. terus selamat lambat datang koje. hari ni mimpi operate perot. mujur tak sakit perot hari ni. nanti2 kalo senang saya nak carik le info apsal saya selalu kene mimpi2 ni. bosan la. tido takde kualiti sebab rasa macam terganggu je.
malam ni taktau lak nak mimpi apa....

mari bersenam....


takde maknanya saya nak bersenam2 ni. pemalas gila! kat rumah tu boleh kata semua ada la. tali skipping untuk melompat, dumbell la, treadmill la, ntah hapa2 lagi. membelinya bersemangat, guna sekali dua lepas tu biar je. sekarang jadi mainan nezha je la. hehehhee....


tengok la dia memang suka je main golek2 dumbell tu. berat bukan main. itu obek punya la tapi simpan kat saya. saya tak de kuasa nak mengangkat benda2 macam tu. huiii.... penat. sekarang ada gak guna sekali sekala. golek2kan dumbell tu guna kaki. ke depan ke belakang. itu pon kira exercise jugak la kan. hahahha...
nezha seperti biasa kalo nampak benda bergerak harus la dia mengejar. saya ok je. asal jangan tertimpa kaki ko udah nezha. jangan buat hal. berat tu.
malam tadi pergi dinner dengan obek. beli barang sikit then beli cd.hehehe.. tapi tak tengok lagi. ntah le tajuk apa saya pon dah lupa. tu lagi satu. membeli cd bukan main tapi menengoknya esok dah berkurun baru la teringat. walhal cd yang beli dulu pon adalagi tak tertengok2. membazir betol. cuba duit beli cd tu simpan kat tabung haji kan lagi berkat. cukup 5 tahun dah cukup dah duit tak le tergapai2 mencarik. itu la manusia. takmo pikir panjang. saya le tu. pikir nak seronok je.
owh.. semalam saya ada singgah satu tempat. kelas aerobik katanya. hwuahahha.. saja la nak tengok package apa yang dia tawarkan. saya aerobik? rentikan la.. harus patah2 tulang nanti. badan udah le keras. tapi bila pikir2 ingat2 nak jugak le buat aktiviti yang mengeluarkan peluh ni. terperap je tu pasal banyak penyakit kot. agaknya la. so, nak pegi aerobik ke nak pergi gym? haaaa... pikir2. kalo cakap dengan ma nanti dia mesti jawab, alalalal..takyah pegi2 gym pegi aerobik, meh sini tolong ma kat kebun pisang tu lagi banyak paedah. peloh keluar hasil pon dapat. uuwwaaaa... mana larat nak tarik pisang bertandan2 tu. leceh tau ma ni.
malam tadi mimpi ngeri. kejap lagi cerita.
love you obek, love you nezha and love all of you....

Thursday, March 26, 2009

sah! pendengki...

sah! sohih!! nyata!!! terbukti!!!!

apa lagi.. ini kisah seorang budak hitam yang sangat pendengki dengan saya. hehehehhe... malam tadi sesambil tengok tv tu saya ingat nak beronline le kejap. belom sempat nak bukak lappy sekali budak itu sudah duduk atas lappy daaa.. dengkiiiiiiiiiiii...


baring2 tido sini best ni...


tengok atas pulak...


ku pandang kiri...


ku pandang kanan...



ku cium2...


hai..apa nak buat. layankan je la. sudahnya sampai nak tidor lappy tu saya tak on pon. asal nak bukak je dia datang bertenggek kat situ. geram betol.
apapon, saya sayang nezha. ALWAYS!!!

kasut plastik getah buaya?...



semalam sebenarnya saya balik lambat. ada hal sikit la. so balik sampai rumah dah gelap pukul 830pm. sian anak lelaki saya dok kat rumah sorang2 je kan. hehehhe.. tapi takpe lampu dah pasang obek tolong pasangkan. love you obek.

sebelom balik beli siap2 la tapau makanan. kononnya macam kenyang lagi tapi if tak beli kang tengah malam lapar le pulak. so, beli jugak la. beli makanan segera MatDogol tu la. kihkihkihkihhh... hantam la.. tak boleh nak pikir dahmalam2. malas nak tunggu lama2 kat kedai. matdogol senang ada drive-tru jek.

anyway.... lepas mandi2 semua tengok tv. cerita apa lagi malam tadi. cerita orang undi2 tu la. kan ke malam tadi semua channel pon nak tunuk keputusan pemilihan tu. boring gila. nama je dah tua bangka besr panjangtapi takde displin lansong. rasanya perangai budak sekolah lagi pandai paham bahasa dalam pemilihan jawatan. takde la nak melompat2 tak tentu harah. kot ye pon fanatik beno dengan calon perlu ke ko menjerit2 macam orang mati laki tu? tak berbaloi okeh.. huhuh... tak berbaloi bagi kita, tapi bagi orang2 tu yang dapat habuan harus le berbaloi. lantak ko la. so, keputusan semua orang seantaro malaysia udah tau. tak payah ulas. stop.


sesambil tu tukar2 gak channel pi tengok ntah hapa2 cerita la. csi la, ada apek la, tengok hindustan la, tengok cerita cina la aduhh.... macam2 channel saya tengok malam tadi. nezha? dia biasa la. dia ada la buat hal malam atdi tapi itu nanti cerita dah post pic. huhuhu..gatal tau dia tu. melompat2 itu sudah kemestian. so, masa nak tidor tu kemas2 le sofa semua dulu. sekali tu.. jeng jeng jenggggg.. opss..apa ni bawah sofa. eh, nampak macam ada bag. sekali tengok wahhh... macam kenal je cop nye tu. sekali bukak, wahwahwahhhhh...ada kasut la. huhuhu...
terus je la melompat menjerit. yeahuuu... saya dapat kasut la. tapi perlu ke bagi saya kasut plastik getah buaya tu? untuk apa? so, terus call obek. tanya2 semua dia gelak je. hehehhehe.. love you obek and thank you so much. patot la petang tadi dia call saya tanya saya nak balik pukul berapa. owhh..rupanya nak kasi surprise kat saya. tq. surprise le lagi selalu2 ye. amat dialu2kan. saya tanya apsal tetiba belikan kasut. dia kata takpe la.. saje bagi untuk belated anniversary hari tu tak bagi apa2. heheheh.. ye ke? saya pon dah lupa da... lagipon dia kata hari tu dia intai je saya masa saya dok try2 kasut tu, so dia kata dia tengok saya macam nak bebeno kat kasut tu. wah..prihatin jugak ye dia ni. jarang nak dapat dia ni beromantika2 macam ni. selalu perang je memanjang. kalo tak pon macam orang takde perasaan je. kahkahkahkahhh....




nezha lagi la excited. tengok la pics semua dia dok mendengkikan kasut saya. siap cium2 jilat2 dah dudukkan lagi kasut tu. habis la busuk. ni mesti dia dah kentotkan dulu kasut saya. orang belom merasa try test pakai lagi dia dah rasmi dulu. terok tau mamat nih. tapi.... kenapa kaler pink? itu gagal dijawab. hahahhahaah... obek tau saya tak berapa suka pink tapi dia kata sebab depannya tu kaler merah so dia tau la saya mesti suka kaler merah. wahh..saya kata takde kaler lain ke? buleh tukar tak lagi kat kedai nak kaler lain. wahwahwahh.dia kata dah2 jangan ngengada. pakai je la nak lain nanti beli lain. hahahhaha.. ye la.. saya pakai je la. orang dah bagi pon banyak songeh. mujur muat ngam2 memang saiz saya. hehehhehe..
so malam tadi tu la saya tido lena sampai termimpikan si john selamat tu. hahahahhaa.... nezha jangan majuk ye. nanti saya belikan kasut nezha jugak. hari tu dah nampak dah kasut untuk cat kat pet wonderworld kahkahakhahahhahh...
itu je la cerita orang jakun baru nak merasa pakai kasut plastik getah buaya tu. orang dah berzaman saya baru le terhegeh2 nak merasa. apa buleh buat, lambat sikit. jadi la daripada takde lansong. tapi rasa macam tak berbaloi je beli tu. lagipon saya tak biasa beli benda2 macam tu. hei... kasot bata saya tu dah 2 tahun pakai elok lagi tau. sedap je ringan memakainya. beli gelang baru lagi puas rasanya. huhuhu..takpe, lenkali kita pi buat2 try test gelang rantai pulak, mana tau kot2 masa tu obek pon dok intai kita, ada rezeki makcik pakai gelang baru nanti. hahahhaha.. material girl!!!

mimpi : baby?...


uuwwaaa... malam tadikan saya mimpi lagi tau. sebenarnya hari2 pon mimpi. tapi malam tadi punya mimpi saya buleh ingat tu pasal la buleh kasi cerita kat sini. if not tu payah gak nak interprete balik mimpi tuh. hahahhaa...

malam tadi say amimpi baby kecikla. orang kata tak elok. maksudnya nak dpat masalah. aduhhhh... masalah apalagi ni.. tak cukup2 ke dengan masalah. benci aaahhh...

mimpinya camni.. masa tu ntah le apsal ada ramai orang. owh..macam ada makan2 la.. pas tu ada lak sorang mamat ni sambil nak amik makanan bawak plate tu sambil buat announcement. sapa2 yang nak koje jadi guru muzik kat majlis perbandaran hapa ke ntah boleh le apply sekarang. hahahha..chewahh.. pas tu orang ramai yang tengah makan2 sembang2 tu pon berdiskus le pasal jawatan kosong tu. ada yang cakap camne boleh ada jawatan macam tu kat majlis perbandaran la, ada yang cakap nak try apply la, ada yang cakap bagus la ada vacancy sekarang. hehehhee.. macam2 cerita ada...

lepas tu ntah camne datang le 1 group ni.. nampak macam budak2 muda je 2 couple. wahh.. daring beno le tu kononnya. rupanya depa tu group dari tatau mana tapi nak explain pasal IUI. korang tau ke IUI tu apa? itu la intrauterine insemination. ala..yg untuk fertility tu la. masyaallah.. camne la saya buleh termimpi pasal benda tu pulak walhal tak de la pulak terbaca rencana ke tgk tv ke dgr cerita ke pasal benda IUI ni. gila la!!!!! gila boleh bukak kelas sains & bio lepas mimpi. benci laaaaaaa... ok2, back to the story. ada 2 couple tu la dok nak cerita pasal kegunaan iui ni la. 1 couple belom berjaya lagi. still dalam proses. 1 couple dah berjaya! dapat baby boy dan dia bawak baby tu. wahh..saya excited so dukong2 le baby tu. siap ada nama korang jangan taktau. maknya kata memula nak boh nama mohd. azmi bin selamat. sekali ntah camne semasa nak register tu dah terlambah so terbubuh nama john selamat. hahhahaha... hantam la.. baby tu comel tapi macam ada ruam2 sikit pulak. tengah syok2 dukong baby tu sekali ada lak group lain datang. jual kain ko.... ala2 kain jackel tu la. mengerlip2 bagai. pas tu saya baru nak pi tgk2 kain tu sekali rasa ada benda garu2 kepala. uuwwaaa.... nezha garu2 kepala so saya pon terjaga. jaga2 tengok cahaya luar macam dah terang je. ayoyoyo.. tengok hp sekali sudah pukul 730am la!!!! gila terus melompat. mimpi john selamat pagi ni saya betol2 'selamat' bangun lambat. apa lagi.. melompat sakan le bersiap nak pegi koje. opss..tak lupa ucap thanks pelok cium kat nezha sebab kejutkan saya. kalo tak, entah la pukul berapa saya bangun harini. buatnya sambong mimpi pegi beli kain tu then pergi tempah baju, harus pukul 10am baru nak bangun. masakkkkkkkkkkkkkkkk.....

so, itu le mimpi malam tadi. menyampah. harap2 tak membawa maksud yang tak elok. kalo setakat mainan tidor takpe la. harap2 semua ok ye.. korang pon ada mimpi gak ke malam tadi? hehehheee...

love you obek, love you nezha, love all of you!!!

Wednesday, March 25, 2009

cerita 4 hari...



waduh2 lama betol tak update blog ni. hehhehe.. rindu le pulak. bukan apa, buzy, tak sihat, tak sempat, sakit.. semuanya cukup complete la. tapi ada ke orang rindu kat saya kalo saya tak update blog ni? hah? takde??? huhuhu..menambahkan sedih dihati. chewahhhh....

so, kita cerita satu per satu la ye.

sabtu :
kat rumah ma la. badan tak sihat. yangs akit2 badan tu so seharian terbaring je la. takde la baring je ada gak la buat2 kerja rumah sikit2. kalo baring aje pon takot nanti lagi tak sihat. so takde cerita menarik. pagi tu prgi pasar beli barang nak buat masak2 sebab esoknya sunday tu nak pegi PD. malassssssssssssss...

ahad :
pepagi buta pukul 5am dah bangun masak2 la sebab nak bawk bekal ke PD tu. benci la penat. dah le tak berap nak sihat tapi hadap je la. seharian kat PD dengan panasnya dengan macam nak pengsannya. aduhhh..sabar je la jiwa. tak diikutkan kang cakap apa pulak. jadinya ikut je la. balik rumah balik dah pukul 5pm. saya terus kemas2 beg hangkot balik rumah sini pulak. kalo tunggu lama2 kang lagi penat dan pening. sampai rumah sendiri terus mandi2 basuh2 rambut semua kebabom sampai pukul 9pm obek ajak kuar dinner. sorry tak larat.

isnin :
seksa yang teramat nak bangun pegi koje. tapi paksa diri jugak untuk bangun. sambil pikir nak bangun tu rupanya terlelap lagi. sedar2 dah pukul 745am itupon sbb orang opis call nak tanya pasal apa kebenda. heiii... call orang pepagi apahal? belom waktu pejabat lagi la. dah le saya dnegan sakit2 badannya nih ha. bengang betol. kot ye pon takleh le tunggu sampai saya sampai opis. bukannya koje menteri yang penting beno tu. sakit hati punya pasal saya kata saya mc hari tu. kahkahkahkahh..sesuka ati je bagi mc kat diri sendiri. lantak la. menyampah. lepas tu sambong tido sampai pukul 10.30am. saya sedar2 sebab rasa berat je kat perot. rupanya mamat kepochi tidor atas perot saya da... aduhh.. ni lagi sekor. takpe2.. nezha punya pasal saya ok je. paksa diri untuk bagun, mandi dan siap2 untuk pergi klinik. pergi sendiri je la takde sapa nak teman. sampai klinik ngadu2 kat doktro semua kene injek la. aduhhh... sakit momtot. cakap kat doktro tak leh ke injek kat tangan je. dia kata boleh tu boleh tapi nanti lagi sakit sebab ntah apa dos kuat katanya. nanti tangan jadi macam sengal2. wahh.. takpe la mcm tu. momtot pon momtot la. tapi ye la pulak. walopon injek kat momtot dia punya sengal tu sampai hari selasa terasa. kalo la injek jugak kat tangan harus tak berangkat tangan tu. so, dapat mc la. terus kene makan ubat kat klinik tu jugak. hehhehe... lepas pi klinik ingat nak balik. sekali terjumpa kawan. so it's lunch time. wahh.. dia bawak saya pergi makan seafood la tengah2 hari buta tu. jauh nak mampos kat carey island sana tu. tapi sedapppppppp... makan macam orang gila. sampai rumah balik dah pukul 330pm. lepak2 cadang nak tido tapi tak buleh tido. pukul 430pm obek call tanya pasal pi klinik tu la. saya cakap saya kene duduk wad. hwuahahhahaha..... sesuka hati je kan buat cerita. sapa suruh busy sangat. sampai nak bawak orang pi klinik pon ala2 tak de masa. padan muka. baru la nak menggelabah tanya kat hospital mana la kenapa kene duduk wad la. saya kata dah le takyah carik2 lagi. terus hang-up phone. hwuahahha.. buleh tahan pandai berlakon. walhal tengah lepak baikkk punya depan tv sambil minum ribena dan berpelokan dengan nezha. obek call lagi then ok la.. saya takde la kejam sangat nak mendera perasaan dia. hwuahahhaa... malam tu kuar pi dinner.

selasa :
terpaksa bangun juga pagi2 sebab nak pergi kerja. masyaallah.. time2 nak kuar rumah tu pulak la hujan selebat2nya. aduhhhh... menyeksa jiwa raga betol. tapi nak buat camne, kuar jugak la. so sampai opis lewat. pukul 930am baru tiba. sesampai opis baru masok pintu tu dia.. berderet2 orang bercakap. aduhh..rimasnya. internet connection pulak hang. dari semalam (isnin tu rupanya). saya kata dah report ke belom. depa kata belom. saya kata bagus la. kalo tak report sampai hujung tahun pon telekom tu taktau internet ada problem. sengal je sekor2. benci ah. so, call buat report semua then technician pon datang. cakap kata modem opis rosak. hello!!!!! baru awal bulan ganti modem ko bior betol. hempok dengan modem tukang baru nak sedor diri gamaknya. geram dah ni. sabar2. dah le technician perangai macam ke hapa. datang2 nak cek network connection perasan macam bagus beno. cakap pon mcm nak marah2. marah ko je ko kira? belom merasa marah aku lagik nih. hangin2.. sabar2... datangs ampai 2 orang tapi bebal bongok. pas tu dia check2 lagi. kali ni cakap router lak rosak. saya kata so sapa yang nak ganti ni? kitaorang ke telekom? dai kata u ganti sendiri. ok la.. if dah ganti nanti if ada problem lagi u all nak cakap apa pulak yang rosak? pc opis ni rosak? line talipon rosak? diamm je mamat sengal tu. dah tau awak tu technician nak repair network bawak le laptop, bawak le peralatan yang dieprlukan. ini tak. datang2 je tanya lebih kurang pas tu tanya dah buat direct connection ke belom. dah le intonasi macam nak marah2 orang. benci tau. saya kata udah le. segala macam cara udah ditrykan dari tadi still tak buleh. pas tu dengan selambanya mana laptop tu? bak sini saya try. wahwahwahwahhh.. itu macam ka?? saya kata laptop takde. orang dah bawak kuar pi site. walhal ada tercongok kat tempat saya. sukati hakula. ko punya koje kita lak nak jadi kuli korang. camne kalo mmg opsi ni takde laptop? haaa?? benci tau. pas tu nak jeling2 pulak. menyakitkan hati betol. pas tu cek2 godek2 tu yg dia kata router rosak la hapa la. ok, fine. malas nak bertekak. dah nak blah tu dai mintak nak guna phone ofis la nak call centre dia. saya kat aopis u tak bagi hp ke untuk kegunaan koje? semua nak guna barang orang je. diam je dia. mujur yang lagi sorang tu elok perangai. dia kata hp rosak kak. disebabkan ko baik, saya bagi le guna phone opis tu. sakitbetol hati. masa nak cop & sign report tu, daia suruhdia tulis nama penoh dia & phone no. nanti apa2 hal senang nak call. dia takmau. sengal betol. tapi budak yang baik tu dia tuliskan. geram tau perangai macam tu. takmo koje berenti la. beribu2 orang nak koje ko tau tak? tak sedar diri punya orang. dah habis semua tu suruh budak opis pegi beli router tu & install. memula takbuleh sebab setting dah lari katanya. entah le makcik tak tau le apa hal lagi. godek2 then dah ok. fuhhh.. lega. ko jangan buat hal lagi tenet. orang dah le ada online bidding nanti ni. jangan buat koje gila. kalo jadi lagi memang saya lesingkan streamyx ni tau. kalo lambat bayar bukan main nak offline. service ntah hapa2. getik la.




ok.. enough membebel. fuhh..penat jugak ye tulis report 4 hari punya cerita. hahhahahhaa.... takpe la.. actually banyak lagi nak cerita tapi tak larat le pulak. harap2 semua ok je lepas ni. hari ni pagi tadi jalan smooths je tapi tetiba ada excident le pulak. so jalan jem panjang. hadap je la. owh.. minggu ni ada orangtu kawen la. pakkepakkepung....harap2 dapat pergi. tingin nak tengok. hehehhehee..... tapi takde baju lawo la. aduhduhduhhh... malu la pi majlis orang baju takde. apapon saya doakan semoga semuanya bergembira. kawan2 blogger yang pergi jugak tu tegur2 la ye. buleh kenal2. chewahh...

okla.. nanti2 sambong lagi. love you obek, love you nezha and love all of you. have a nice day ahead!!!

p/s : cerita dan pic nezha nanti2 ye. hehhehehe....

Friday, March 20, 2009

sakit badan lagi...


wahhhh.. semalam memang betol2 punya sakit2 badan la. sengal2 segala urat2. sampai ke tengkok sakitnya. rasa mcm nak terlentok je ni. pagi2 sampai opis singgah kedai dulu beli koyok. tampal koyok la. kat rumah dah sapu yoko2 tu tapi tak terasa pon kesannya. tu yang beli koyok. beli koyok yang murah2 je sudah. ada yangmahal tak kuasa la. jimat2 sikit. hehehhe... so, habis segala belakang leher tengkok ditampal. geram betol. memang betol2 flat la semalam. rasa nak cuti nak mc tapi koje banyak. owh..sesambil tu beli juga pinkecik tu sebab nak pin baju. saya selalu pin kan yang antara butang baju tu sebab kadang2 dia terbuka (gap dia tu la). tak pasal2 free show je. walopon dalaman adalah lawo tapi malu le kalo nampak terlobang gitu. hahahhahaa... nak seksi pon bior le kene tempatnya. kalo dah terlobang2 tu, itu bukan seksa namanya, itu nanti orang cakap tak reti pakai baju. kahkahkahkahh.... tapi biasa la, pin kecik mcam tu sekali pakai sekali hilang jadinya kene beli selalu. korang2 yang pakai macam blause or kemeja pergi koje pon cuba check2 sikit la antara butang tu.. kang ada yang terlohong je.

balik petang semalam terus tuju bilik mandi, mandi lama sikit ingat nak segarkan badan. rupanya terus lagi lemah2 rasanya. nak bukak mata pon tak larat. dengan sakit kepalanya, dengan sakit2 badanya, aduhh.. rasa berpusing rumah tu. makan panadol 2 bijik terus kebabom.. pukul 8pm dah selamat belayar. nezha ntah ke mana, lampu rumah terbukak semuanya, hentam la..... obek call ajak makan sorry la..tak larat. lenkali je la ni dah nak pengsan rasanya ni.

so pagi tadi bangun dah ok sikit. mimpi macam2. biasa la tu. kalo tak mimpi itu bukan saya la tu. bangun main dengan nezha, tengok dia makan jap alallala..siannya dia. dahle malam tadi memang saya tak layan dia lansong. pepandai dia la nak pegi mana pon. pagi tadi dok garu2 saya. hehhehee.. so sweet. baik je dia walopon muka adalah comot penuh dengan taik mata & air lioq basi. hehehhehee.....



abaikan je la latarbelakang yang macam store tu. minggu ni memang betol2 penyakit la. tak tau apsal. tak penah lagi kene macam ni. sampai obek kata apa banyak sangat ke keje kat opis, stree kot. saya kata entah la. ye la tu kot. mood pon kurang je.
rasa2 macam nak mc je hari isnin minggu depan. hehehhee.. mc buleh plan2 gitu. kowtim je la dengan doktor. eh.. baru je hari tu dengar kat radio isu penyalahgunaan mc oleh pekerja. kahkahkahakhakahhh..... bukan salah guna.. memang tak larat dah ni ha. kalo ikut medical terms, memang le takde penyakit. camne nak cakap kat doktor? saya sakit tak larat, macam tu ke?
petang ni balik rumah ma. seperti biasa, jadual dah penuh. macam2 program dah ma tu senaraikan. pening2.
ok la.. love you obek, love you nezha & love all of you....

Thursday, March 19, 2009

makan durian lagi...


hehehhee... ada le terbaca blog orang tu..dia makan durian. wahh..saya pon terus teringin le kan. semalam balik singgah giant dulu, nakbeli barang jajan2 sikit. sekali nampak booth durian. beli je la. mahal lak tu. cheh.. 3 pek tu rm20. mahal le kot tu kan? saya nak 3 pek tu rm10. hehhehee... bankrup tokey durian kalo macam ni. satu pek tak sedap. tawar hebeh. lagi 2 pek sedap. lemak manis berkrim. kira tak le rugi sangat beli macam tu. makn punya makan punya makan, mamat kepochi harus le menyebok je la. bagi jugak la sikit. wahh..suka dia. tapi saya bagi sikit je la. takot kang banyak2 kang sakit perot pulak. ni ada tinggal lagi 1/2 pek. tak larat le pulak rasanya nak habiskan semua sekali.




ini namanya muka orang suka makan durian. sehingga menjilat muka. wahh..panjang lidah ko nezha jilat2 nih. hahhaahhahaa....
malam kuar dinner dengan obek. diet kononnya so order sup sayur saje la. kahkahkahkah... mujur tengah malam tak terjaga kelaparan. malam tadi tengok american idol. mmm..camne nak komen? takyah komen la. tengok je la. pas tu tengok csi pas tu kebabommmm!!!!!
punya lena 2-3 malam ni sebab badan macam sakit2 la. lemah2 je rasanya badan ni entah le apa kena. lagipon kebelakangan ni saya macam tak sihat sangat la. selsema meleleh je walopon tak berapa aktif. mujur takde bersin2 tu. badan lemah2. asyik nak tido je. saya syak ni mesti kene demam beruang koala. ye la.. koala tu kan slow motion je, tido je. hehehhehee....
walopon tido lena, tapi mimpi tetaplah harus ada. hehehhe..nanti tulis dalam entry lain. panjang lak mimpi malam tadi dan seperti biasa ada banyak scene. chewahhh... buleh buat pilemmmm.
minggu depan ada le kene pergi kenduri kawen ada orang tu. hehehhee... sabar2. insyaallah jika takde halangan saya sampai le ke wisma sejarah tu. kira bakal menjadi sejarah juga la buat saya sebab tak pernah pegi sana, dan ini akan jadi 1st time if berkesempatan jumpa blogger lain. (macam le ada orang nak jumpa dengan saya kan. perasan lebih).
anyway..selamat bekerja semua...
love you obek, love you nezha & love all of you!!!!!

Wednesday, March 18, 2009

hujan, mengantok, tak larat...


wahhhh.. hari ni hujan lagi dari pagi. adududududuhhh... seksanya nak bangun tidor. habis dah ni telungkop tiarap mengereng segala la dah habis dah acara gaya bebas semua pon still liat lagi nak bangun. ditambah2 pulak si nezha tido kat perot wahh..sedapnya panas2 suam je rasa. bestnay tido polok2. before tu dia dah bangun la pepagi buta dok kejut saya dok meow2 sekuat2nya. saya cakap nanti dulu nak tidor lagi. ni meow2 ni mesti ada sesuatu ni. takpe2, kita layan mata dulu.

bangun, terus pergi ruang tamu tu dia..... dengan karpet tersebaknya, dengan kerusi plastik dia terbalik, dengan segala mak nenek benda atas coffee table tu semua dah kebawah. haihhh.. patot la meow2 bukan main kuat. inform dulu awal2 sebelum saya tau. pandaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... ggrrr...

udah satu koje pepagi buta mengemas semua tu. dia seperti biasa, dok nyelit la bawah meja. takot kena marah. saya tak marah la cuma mengucap panjang campor bebel2 sikit. hahahhaha... pegi lak tengo tempat uk-uk, wahh... 2 kilo ko uk-uk malam tadi ye nezha. mekas2 then mandi then siap2 pegi koje. hari still hujan. bercinta betol. bila hujan jawabnya apa? ye..jawabnya jalan adalah jem. takep la. harung je la. sesambil dengar radio kat kereta tu. rasa nak gelak, gelak je la sensorang dalam tu. orang nak take over que? take over la.. alamak, ada xcident? takpe la.. hari ni saya layan blues je take my own sweet time dalam kereta. kesudahhannya harini sampai opis pukul 930am. hahahahahha....

bila hari sejuk2 ni mula la perot asyik nak lapar je. hehhee...takpe2, stok biskut ada dalam laci ofis. gigit2 je la. tapi dah terlalu bz dengan kerja tak de pulak teringat nak makan. petang ni taktau la apa plan. obek koje kot.

owh.. malam tadi obek belikan dinner nasik lemak. saya actually takde la berapa mood nak makan nasi lemak malam tadi. tapi sebab dia kata nak belikan, saya ye kan je la. kalo tak kang muncung je orang tua tu. saya dah pesan awal2 takmo laok ayam. nak laok sambal sotong. wahh..dah lama pon tak makan laok sambal sotong. sekali bila dapat, saya tengok dapat laok ayam masak kicap. aikkkk... kan dah kata takmo ayam tadi. jawapannya : ini bukan ayam sambal or masak merah, tapi masak kicap. haiyoooooooo...ye la but still ayam kan? dan, tak pernah la pulak lagi saya makan nasi lemak laok ayam masak kicap. kalo nasi putih biasa tu biasa la. agaknya orangtu pon ada gak jual nasi putih kot. tu la pasal. bila tanya sotong takde ke? jawapannya : ada.. tapi lupa la. bila dah beli baru teringat. uuwwaa... haruskah saya marah? atau diam?? hehehhehe.. sabar je la jiwa.

takpe la.. dah ada rezeki tu makan je la. jangan banyak songeh. syukur ada makanan. mujur rasanya sedap juga. kira boleh beli lagi la next time.

harini penat jugak. keje banyak sangat la pulak kebelakangan ni. kalo takde koje tu sampai tersangap2. bila banyak tu sampai tercekik2. macam2 hal. penat sampai tak larat. balik rumah memang flat habis la. kebabom terus. nak main2 lompat2 dengan nezha pon tak de mood dah. sian dia terkebil2 je main sensorang. wahh.. malam tadi dia buat perangaikan. sebelum tido tu bukan main dah lepak baik punya kat port dia. tapi kejap tu kuar masok kuar masok bilik. geramnyaaa.. main tolak2 pintu pulak. krekkk krokkk krekkk krokkk.. dia suka agaknya bunyi bising tu. kacau orang nak tido je. bila saya bangun pegi check, al-rupanya ada le cicak kat celah pintu tu. dia menunggu cicak tu le tu rupanya. haihh..macam2 perangai ko ni nezha. ntah la pukul berapa dia tido malam tadi sebab saya memang dah tak sedar dunia.

ok la.. nanti2 sambong lagi. harap2 obek tak koje malam ni dah lama tak dating jauh2. hehhehee... tapi mengenangkan tilam sedap tu niat berjalan tu harus dibatalkan. tido lagi sedapppppppppppppp....

love you obek, love you nezha and love all of you. jangan nakal2...

Tuesday, March 17, 2009

sakit2 badan...


aduh..apa kena ntah badan sakit2 semuanya. kaki tangan semuanya lah. sengal2 je rasanya. nak kata mencangkol ladang 10 ekar takde la pulak. duduk je kat opis mengadap pc. kot2 sebab banyak sangat duduk kot??? mana le tau kan kot2 urat jadi tegang sebab tak bangun2. semalam memang seharian tak bangun2 la. tak bangun lansong tu menipu bebeno le tu kan.bangun la pi toilet pi lunch.

malam tadi pon tak larat sangat. cadang nak tido cepat tapi obek ajak pegi makan. chehh..t ak best lansong kedai tu. kedai tu dulu sedap saya selalu pergi tapi kebelakangan ni dah jadi tak sedap dah hampeh. dah tukar tokey agaknya sebab tengok semua dah oranglain. hatta server pon dah budak lain. hehhehe.. malam tadi kononnya order la nasi goreng ikan masin dengan sotong gorengtepung. obek order meehun campor kuetiow sup. sementara tunggu makanan siap sembang2 dulu la. sekali orang tu datang kata sotong habis. so tak pe la, takyah le makan sotong, makan nasi goreng je la. so makan la macam biasa. rasanya sangat la tak best. kira kalo saya masak lagi sedap la. sungguh tak mengenyangkan perot dah tekak. apapon bukan salah makanan, salah tukang masak tu dah hilang deria rasa agaknya dia. gatal lak tu pelayannya mengambik order kalo dengan jantan "abangggggggggggggggggggg nak make gapooo..". mendayu2 bunyiknya. opss..sudah tertau lak orang mana. hehhe..no offence just nak cerita je ni.

bila nak bayar dia tanya, duk meja mana? maka dengan itu secara otomatiknya jawapan saya--ko ada letak table number ke? dah ko sendiri pon taktau table tu nombor berapa apsal ko tanya aku?? tu diaaaaaaaaaa... walhal takde la ramai beno orang kat kedai tu..ada la dalam 4-5 meja je yang ada orang. by logic, dia buleh kenal sapa yang duduk kat table mana. hambek ko.. baru ko ternganga2 sendiri nak menjawabkan?? kira punya kira, sekali macam tak betol je jumlahnya. saya suruh kira balik 1 by 1. gitu gini sekali dia kira sekali da sotong goreng tak tak wujud tu. haa.. memang nak kene lagi sekali la jawabnya. walhal dia sendiri yang datang table saya cakap "sotong dah habis kakkkkkkkkkkkk". sapa nak jawab ni??? eeeeeee.... lemas le pegi kedai macam ni. patot pon dah tak ramai orang macam dulu. jawabnya lepas ni memang takkan jejak lagi la ke kedai tu. bye2.


nezha semalam macam biasa la. tapi dah tertumpahkan air minum dia so udah le basah lantai tu. terlanggar agaknya. tapi saya tak le marah dia. cuma cubit je. hwuahhaha... takde la. malam tengok tv kejap cerita apa ke namanya without a trace tu le, pas tu tido. mengantok letih sangat.

pagi bangun pon liat macam dodol dalam kuali. sejuk pulak tu. haduhhh.. mujur time cuti sekolah so jalan tak berapa jem so ok je la.

owh..sekarang saya dah rajin bf kat rumah. hehhehee.. hari2 dahbuat air. kalo tak tu takde la nak jengah ke dapor tu. chewahhh... pagi tadi minum susu secawan then biskut sekeping. jadi la.

ok la.. nanti2 sambong lagi. sekarang waktu senggang adalah terhad.

love you obek, love you nezha and love all of you... keje rajin2 ye...

Monday, March 16, 2009

cerita-ceriti...



hehehhe..taktau nak cerita-ceriti apa. semuanya macam biasa2 je takde yang luar biasa. jumaat petang balik rumah ma. macam bias, takde apa yang menarik. sabtu dok rumah je la, hujan lebat. hantar ma pegi maulud kejap saya dok rumah baca buku. petang ma balik saya tido. hehehe..hujan lebat kan, takot sebenarnya. tau la saya ni penakot hujan. seksa rasanya.

ahad pon tak de buat apa. pagi ma kata nak ajak pegi kedai pas tu tak jadi le pulak. ada je bendanya yang nak dibuat kat rumah. sebok tengok tv menunggu iklan ais krim. ma dah berapa kali cakap nak ais krim macam tu. bila tanya apa namanya dia tak tau le pulak, cakap ais krim tu under iklan nestle. haa sudah jadi satu koje saya menunggu iklan ais krim kat tv sepanjang hari. hehehhee.. mujur hari ahad pagi tu rancangan kanak2 kartun semua so banyak iklan ais krim kuar. wahh.. rupanya ais krim baru la nama ooze. harus le kena pegi kedai carik ais krim macam tu. macam2 la ma ni. mujur ais krim murah, buatnya nak ais krim haagen daz masak makcik nak belanja. kahkahkahkahhh...

lepas melodi balik rumah sendiri la... kemas2 apa yang patut, simpan laok dalam peti ais, pas tu kuar dengan obek nak pergi midvalley nak tengok education fair tu le. kira boleh la. takde la menarik sangat. saya amik info2, sebab adik obek yang bongsu tu baru lepas dapat result spm. not so good dan kena marah dengan obek. not so good in terms of famili dia la. kalo saya dah kira ok dah tu. hwauahhaha... mmm..sian pulak tengoknya. jadi tekanan jugak la sebab nak meneruskan tradisi famili yang dapat result bagus2 tu. kesian jugak kat dia, tapi hangin jugak. hehehe..tak pasal2 saya pon turut hangin nih. ye la.. apa nak semua dapat, itu ini tapi tengok result haa.. hambek ko. tengok tu apa nama budak tu nik apa namanya anak nelayan, rumah macam nak roboh result--20A. haaa..kau.. hebatttttt!!!!! so, itu le kami pi tengok2 kot ada paa yang sesuai ke, kat sana banyak pilihan. jadinya saya le yang menyamar jadi budak lepas dapat result spm tu. hahahha.. wahh..awet muda katakan. so, pilih2, isi2 borang mana yang patot. kejap je tak lama. lepas tu turun bawah, pusing2 jap. singgah hush puppies & crocs kononnya. tak dapat beli dapat try2 sarong kat situ jadi la. orang ramai sangat. lupa rupanya dah start cuti sekolah. lepas tu beli tako tao sampai 2 kotak then beli2 roti donat. yahuuuu... edisi menggemokkan badan. tak kisah la. lepas tu balikkkk.....

pic takde la. tak kuasa le nak amik2 pic. suasana sama je, aktiviti sama je. lain le kalo ada kejadian yang luar biasa. ala..takkan nak amik pic donut kot. boring la. tu pasal boh pic wolf sebab wolf luar biasa, tak pernah jumpa pon. hehehhee....

hari ni macam biasa. jalan tak jem. bagus2. tapi hari ni banyak keje. boring.

eh, alarm hp saya tak berbunyik la apsal ha? dah berapa hari dah dia tak bunyik tau. pelik la. takkan saya tak dengar kot. pagi tadi sedar2 pukul 645am. haa..hambekkkk.. menggelabah bangun. pagi tu nezha memang dah kejutkan saya tapi saya dok malas2 je la popok2 dia suruh tido lagi. dia pon tido je sayang tengok. entah la.. nak kene beli hp baru kot? wahhh.. melampau. paal alarm tak bunyik terus nak kene tukar hp ke? hahhwahhahaa.. obek, sila ambil perhatian. terima kasih. kahkahkahkahkahhh... saya hp biasa2 je la. takdenya guna hp mahal2 ribu raban tu. haduh..kalo ada pon tak reti guna la. yang saya tau ada line, blh call in call out, sms in sms out. haa..cukup dah tu. amenda gadget2 ni lansong la tak reti. obek lain la... ntah camne gaya hpnya saya pon tak reti le nak operate.

ok la.. nanti sambong lagi. nak buat koje dah. kehkehkehkehkehh...

love you obek, love you nezha and love all of you... HAPPY MONDAY!!!!!!

Friday, March 13, 2009

taktau la..







tetiba je taktau nak tulis apa. tapi bukan main bersemangat nak tulis macam2 pas tu dah tergendala le pulak. hehhehehe...



pagi ni hujan. wahh..liat betol nak bangun tido. paksa2 diri gak mujur masa tu dah mandi baru hujan turun. al-maklum, rumah mana ada water heater ni. air direct sajor dari paip. malam tadi pon tidor cepat gak. pukul 10pm lepas habis tengok knight rider teros kebabomm... knight rider baru kira boleh tahan je la. banyak beno iklan. menyampah. teringat masa kecik2 dulu memang gila dengan knight rider ni. terus berangan la nak dapat kereta macam tu. wahh.. berangan tak sudah walhal baru darjah satu nih. pas tu dok bising dengan ma apsal kereta kita takde suara bunyik2 macam kereta knight rider. hahahhaha..



sebenarnya ada la benda nak cerita tapi rasa macam tak best la pulak. minggu ni ada education fair kan kat midvalley? jom pegi nak. saja la jalan2 tengok apa yang menarik. midvalley tu pon dah lama saya tak pergi. takde masa la. balik kerja dah malam. weekend pulak kadang busy dengan hal2 lain. saya pergi midvalley tu suka makan tako tao dengan crispy popia je. yang lenlain tu tak le berkenan beno.



nezha baik je malam tadi. tido polok2 dengan saya. gatal tau mamat tu. owh..malam tadi saya tak dinner lagi. wahh..ada harapan kurus nih. takde maknanya. pepagi buta tadi saya dah bedal nasik lemak telor mata. laparrrr... hehehehe.. bagi nezha sikit. wah.. macam suka lak dia makan nasi tu sebutir2. buleh ke? jangan sakit perot sudah ye. obek sakit perot. sian dia. dalam marah2 tu ada gakkan kesian kat dia. hehehhe.. dia pon macam saya la. tak buleh silap makan harus le cerry berry. kes perot sensitif la nih.



eh, dengar cerita ye ke sekarang dah masok musim durian? alamakk..saya suka la durian. nak beli jugak la. eh.. wat pe beli, rugi. pow je obek. huwahhahaha...



apa lagi nak cerita ni. owh.. kawan saya keretanya rosak. clutchnya katanya. kene rm600. member dah le tengah sesak bulan ni. macam2 pulak masalah datang melanda. sian pon ada, rasa nak biarkan pon ada. sebab apa? ada la cerita disebaliknya tu. tamo le cerita yang tak elok tentang orang. biarkan. saya tunggu gak if dia bukak mulut nak minta tolong tapi takde la pulak. kalo ada saya tak kisah. orang tengah susah. harap lepas repair kereta ni takde la lagi problem. bila kereta dia jadi hal macam tu, baru la saya macam teringat hal kereta saya. korang2 pon check2 la kereta selalu. benda nak guna hari2, kalo rosak payah. orang yang ada 2-3 kereta extra tu takpe la. macam kita yang ada satu ni je camno? kalo kereta kene tersadai kat bengkel 1-2 hari? nak pegi koje naik apa? bas? kalo ada bas, kalo takde? teksi? huhuhuhu.... sekian.

entah la.. petang ni balik rumah ma. tadi call tanya ma ada nak kirim apa2 tak, dia kata takde. tapi tengok la apa2 kang saya beli la. rasa teringin nak makan sambal tumis sotong yang kaler coklat tu la. hehehhee... tapi malas masak, boleh?

Thursday, March 12, 2009

jatuh lagi...



uuwaaaa... jatuh lagi. kali ni bukan nezha je yang jatuh, dengan saya2 sekali jatuh nih. hantu betol.

semalam saya tido cepat tau. pukul 9pm dah kebabom. hahahha... puncanya, sebelum tu tengok2 tv la berita la katun la tukar2 channel. sesambil suap nezha makan dan main2 la melompat semua. main kejar2 nyorok2. suka je mamat kepochi tu. sungguh!!! ntah camne saya lari2 pusing2 kat ruang tamu yang kecik tu tersandung karpet la pulak. gedebuk!!! tu dia.. nangka busuk jatuh le katakan. aduh makkk.. sakitnya. kene kat lutut. idak le luka tapi macam tersagat dan calar balar la then pedih sakit. uuuuuwwaaaaa.. melalak sensorang. mamat tu nampak say adok senyap melalak dai datang la dekat. chewah.. pujuk la tu konon. so polok2, ngadu2 semua ok. then terus takde mood. masok bilik dengantujuan nak tido. kalo takmo tido pon just nak baring2 je dengar radio sebab sakit lutut. (wah..apa kene mengena sakit lutut dengan tak boleh tengok tv? kompius kejap nih).

biasa nezha kalo kat bilik dai memangakan landin gkat kerusi dia dulu la. dah puas bergolek sana baru la dia nak kuar or dtg kat saya tido kat saya. malam tadi kononnya dia nak lari macam biasa la lompat nak naik atas kerusi. hehhehe... sekali licin da.. terbabas le pulak. kahkahkahkah... tapi tak jatuh la.. ala2 mau jatuh je. dalam bengang2 sakit tu sempat gak saya gelakkan dia. hehhehee....

so, sudahnya saya tido dari pukul 9pm sampai 545am pagi tadi. puas hati. mimpi?? adaaaaaaa.. tapi dah lupa la mimpi apa. huhuhuhu...

sampai sekarang lutut pedih la kene sagat karpet tu. benci tau. nama je karpet tapi yang keras punya bukan yang bulu2 lembut macam bulu nezha tu. ni nak kene tukar karpet ke ha?? ada je alasan nak berbelanja. jimat2 la wehhhh.. zaman2 ekonomi gawat nih.

obek pulak pagi tadi buat perangai. pepagi buta (tak le buta sangat) pukul 730am call ajak pegi breakfast. helloooo!!!!!! 730am tu orang tengah kelam kabut la nak pergi keje nak mengadap jem nak kemas tempat uk-uk nezha nak kemas itu ini. bila masa nak breakfast, bila masa nak gerak ke office. mengada je. lenkali kalo nak ajak breakfast tu datang awal2 pukul 630am. ada banyak masa tak le terkejar2. opis ni waktu masok pukul 9am bukan macam dia buleh pegi sesuka hati je. dia lain la. bila cakap macam tu mula la buat muka dugong (agaknya la tapi saya tak nampak sebab cakap tru phone je tapi kebiasaannya macam tu la). lantak la sana. sapa suruh call lambat2. cuba janji dari semalam kan senang. takde masa la nak jumpa2 dating2 pepagi buta orang busy la. malam2 buleh le. hehhehehee....

so, jumpa malam kang je la. itupon kalo dia tak koje malam. kalo koje malam saya dating dengan nezha je la. eh, nezha tu sekarnag dah makin kurus la. apsal ha?? tengok selera makan macam biasa je. sakit ke? pening ke? uk-uk ok je tengok. apa yang tak kene ni ha? saya expect dia naik setiap bulan. hehehhe.. sian ko nezha. yang diet tu saya je la ko takyah diet2 nezha. makan je la apa nak makan pon.

ok la.. actually ada banyak pic nezha tapi entah le tak buleh transfer le pulak ke pc. macam2 hal. lagi best hari ni pendrive saya corrupt. lansong tak bernyawa. pc tak buleh detect, lampu dia pon tak menyala apa pon tak bernyawa. uuwwaaaa.. lagi satu tekanan nak kena hadap.. dalam tu dah le segala2nya. mana nak cariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...............

Wednesday, March 11, 2009

marah...


Daripada Abu Hurairah r.a :

Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W : Berikan daku wasiat.

Baginda Bersabda : Janganlah engkau marah.

Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali.

Baginda tetap bersabda : Janganlah engkau marah

Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari...


marah.. marah tu sebenarnya sifat yang saya selalu lakukan. hari2 pon marah, benda kecik2 punya hal pon nak marah. tak pernah bersabar. saya memang suka je marah2. marah nezha, marah obek, marah orang kat office. kenapa ye? bukan tak tau sifat marah tu tak elok. orangtengok pon tak berkenan. kalo dulu2 saya lagi suka marah2. bukan marah, baran. lagi worst. sekarnag dah kureng sikit sifat2 tu. mujur.

sebabnya kalo kita marah2 ni bolehmengundangkepada perkara lain. biasanya perkara yangtak elok. contohnya, kalo saya marah orang, harus la orang tu membalas balik. so, dah mula la adegan berbalas2 cakap, kalo berbalas pantun boleh tahan lagi. bila dah marah perkataan yang keluar pon bukan yang elok2. habis semua la luar kain dalam kain semua disebut. at the end, puncanya kecik je tapi hasilnya besar. hahahhaa.. keputusannya, musuh akan bertambah, kawan akan berkurang. kalao orang tu jenis melupakan je takpe, kena pulak orang yang jenis pendendam (macam saya) haruuu.... bak kata orang, sampai kiamat pon takkan maafkan. itu takpe lagi, kalo kene kat orang yang nak membalas secara sulit, lagi parah. maka akan bermulalah aktiviti khurafat dan syirik dalam diri. aktiviti yang camne tu? aktiviti bomoh membomoh, tuju menuju dan macam2 lagi ilmu dunia yang ada. akibat dari itu, mula la bermacam2 prasangka mendatang, bila tiba2 je sakit perot membesar, mula la dikatakan kene buatan orang, busung la apa la, walhal kene sakit hepatitis. aahhh... ekoran dari itu, prasangka buruk takkan habis. balas membalas dan seterusnya nyawa jai taruhan.

haa.. besar impak kalo kita marah2 ni. banyak yang negatif dari yang positif. saya bukan apa, sekadar nak mengingatkan diri sendiri yang sering terlupa ni. moga2 tulisan ni boleh beri peringatan yang berpanjangan pada saya.

sifat marah ni boleh dibendung katanya. bagi saya, saya cuba kaedah gunakan otak dan berfikir. sebelum saya nak marah tak tentu hala saya akan fikirkan dulu apa akibatnya. elok ke tak elok. tapi tu la.. orangkata cakap senang la, nak buat tu yang payah. hahhaha.. memangpayah. tu pasal kadang2 sifat marah tu terbabas jugak. saya seboleh2nya cuba mengawal diri dari terlibat dari perkara yang boleh membangkitkan rasa marah saya. tapi orang kata kita duudk diam ad apulak orangyang datang mencolek mencocok. haa..camno tu???

orang kata zikir banyak2, tapi kadang habis dah membaca still rasa marah lagi. kalo belah2 barat sana ada la kononnya kelas angry management. itu untuk kita mengawal dan mencari punca kenapa kita ni jadi pemarah baran macam tu.

secara ringkasnya hadis tadi tu membawa kepada empat kefahaman yangringkas2 la. pada saya la. kalo orang ahlil bijak pandai mungkin boleh kupas lagi kot. kaloada, mari kita share sama2. ilmu yangbaik tu elok dikongsi, ilmu yang tak elok tu baik dilupakan. ada ke ilmu yang tak baik? adaaa... itu nanti kita bincang lain kali.
ok, mula2, macam kita tau, sifat marah tu adalah sifat yang dicela. lebih2 lagi kalau ia disusuli dengan hawa nafsu dan diluar kawalan, contohnya la maki hamun (itu dah tentu), mencela (siap mak pak datok nenek orangtu habis disebut2), memukul (ada orang bila marah tangan pon ikut naik sama). tindakan kita seterusnya pon sudah tentu berada diluar kawalan. so, macam2 la bakal berlaku.
tapi ada jugak sufat marah yang dibolehkan. contohnya kalo kitta mempertahankan yang hak. misalnya kalo ada orang mencela agama atau keluarga kita, kita harus berusaha mempertahankannya, tapi dengan cara yang betol. bukan pegi buat perhimpunan haram pulak. atau bila melihat kemungkaran, contohnya, dah sah2 terang nyata orang tu buat salah, kita tegur, tapi bila kita tegur orang tu lak kutuk2 kita, kita pon harus le naik hangin kan. hehehe.. tapi tu la.. nak tegur pon biar kene dengan caranya.
camne nak mengawal atau mengilangkan sifat marah. ada orang kata biasakan diri dengan zikrullah macam baca quran, bertasbih, beristigfar banyak2, amik wuduk. saya? entah la. kadang2 perasaan marah tu hilang dengan sendiri, sebab saya train otak untuk melupakannya walopon sangat la sakit hati. bukanmudah nak melenyapkan rasa marah dalam diri. boleh stress tau.
apapon, saya nak mengingatkan diri saya la supaya kawal la perasaan marah tu. untuk kawan2 diluar sana pon, saya doakan semoga kita ni biarla tenangs elalu, jangan marah2, dan kalo marah pon biarkan kena dnegan caranya.
kalo tak, takkan ada pepatah yang cakap orang yang paling gagah perkasa dan handal tu bukan yang orang yang kuat dari segi fizikal macam gusiti wwf tu, tapi orang yang mampu mengawal marahnya.
entah la.. apapon, semoga kita semua mendapat sedikit hidayah.
p/s : hadis tu saya dapat dari emel. terima kasih kepada pengirim kerana berkongsi ilmu..

kesian dia tau...


hehehhehee... kesian dia tau. sapa? sapa lagi.. si nezha la. semalam ntah la camne, dia main2 panjat kabinet dapor tu. saya biarkan je. tak kuasa la nak melarang. lagipondia takde kombah2 apa2, just main2 gitu je. kadang2 saya kesian jugak tengaok dia. sure dia boring je duduk kat rumah kan. dah le kene dok rumah, pas tu nak main itu ini semua kene tegor. haihh..saya manusia pon harus tensen. jadinya saya biar je la dia main as long as tak bagi pecah apa2. bak kata iklan susu kat radio tu, biar la dia meneroka alam (ye-ye, alam sangat la. alam dalam rumah). sesambil tengok tv saya dok perhatikan la jugak dia. mana tau, dia tu tangannya boleh tahan cepat. kang ditolaknya botol air ke hapa ke udah jadi satu koje nak membersihkan. sekali saya dah nampak dia dah get ready nak lompat turun. ntah le camne, dia salah parking lompat kot, jatuh terjerumus. hehehhehe.... sure sakit muka dia. dah le muka kemek, lagi jatuh kene muka harus double kemek. ayoyoyoyooo.. say anampak dia jatuh tu terus la lari mendapatkan dia. uuwaaa... chewahh..konon2 mengadu la meow2. mengada je lebih. saya kata takpe la sikit je. pelok2, sapu2 muka then dah ok... ingatkan dah serik rupanya tidak. lantak le sana. lepas tu main dah ok dah, takde terjatuh2 lagi. lompat pon ok je tengok landing. haih..macam2 perangai.



semalam say abalik lambat sikit. balik tu singgah kedai la beli2 barang rumah apa yang takde. ubat gigi la hapa ke benda la. sekejap je duit sekeping habis. macam takde nilai betol. mmm.. komplen2 pon kalo dah nak kene la jugak beli. lagipon nak buat sendiri ubat gigi sabun segala benda tu mana le reti. hahahahhaa.....
dinner apa ye? owh... dinner sandwich. minum vitegen. eh.. si nezha tu suka lak dia minum vitagen tuh. habis la.. hari tu dah share minum milo mekdi, sekarang suka vitagen saya pulak. tak buleh jadi ni. habis semua nak kene share dengan dia.
obek kerja malam tadi. ntah le sampai pukul berapa idak le makcik tau. hari ni katanya nak ke melaka. pergi la mana nak pergi pon, jangan buat benda yang bukan2 udah.
hari ni taktau lagi apa plan. boring betol la. keje tu ada la tapi life tu rasa mcm dull je. hehhehe..takpe la. penuhkan hari dengan aktiviti yang bermanfaat, contohnya????----tengok tv cerita kartun. kahkahkahkahkahhh....
ok la..nanti2 sambong lagi ye. love you obek, love you nezha and love all of you....
p/s : korang perasan ye sejak akhir2 ni saya dah macam kurang bercerita? hehehhee....