mari mencari....

Google
 

Wednesday, March 25, 2009

cerita 4 hari...



waduh2 lama betol tak update blog ni. hehhehe.. rindu le pulak. bukan apa, buzy, tak sihat, tak sempat, sakit.. semuanya cukup complete la. tapi ada ke orang rindu kat saya kalo saya tak update blog ni? hah? takde??? huhuhu..menambahkan sedih dihati. chewahhhh....

so, kita cerita satu per satu la ye.

sabtu :
kat rumah ma la. badan tak sihat. yangs akit2 badan tu so seharian terbaring je la. takde la baring je ada gak la buat2 kerja rumah sikit2. kalo baring aje pon takot nanti lagi tak sihat. so takde cerita menarik. pagi tu prgi pasar beli barang nak buat masak2 sebab esoknya sunday tu nak pegi PD. malassssssssssssss...

ahad :
pepagi buta pukul 5am dah bangun masak2 la sebab nak bawk bekal ke PD tu. benci la penat. dah le tak berap nak sihat tapi hadap je la. seharian kat PD dengan panasnya dengan macam nak pengsannya. aduhhh..sabar je la jiwa. tak diikutkan kang cakap apa pulak. jadinya ikut je la. balik rumah balik dah pukul 5pm. saya terus kemas2 beg hangkot balik rumah sini pulak. kalo tunggu lama2 kang lagi penat dan pening. sampai rumah sendiri terus mandi2 basuh2 rambut semua kebabom sampai pukul 9pm obek ajak kuar dinner. sorry tak larat.

isnin :
seksa yang teramat nak bangun pegi koje. tapi paksa diri jugak untuk bangun. sambil pikir nak bangun tu rupanya terlelap lagi. sedar2 dah pukul 745am itupon sbb orang opis call nak tanya pasal apa kebenda. heiii... call orang pepagi apahal? belom waktu pejabat lagi la. dah le saya dnegan sakit2 badannya nih ha. bengang betol. kot ye pon takleh le tunggu sampai saya sampai opis. bukannya koje menteri yang penting beno tu. sakit hati punya pasal saya kata saya mc hari tu. kahkahkahkahh..sesuka ati je bagi mc kat diri sendiri. lantak la. menyampah. lepas tu sambong tido sampai pukul 10.30am. saya sedar2 sebab rasa berat je kat perot. rupanya mamat kepochi tidor atas perot saya da... aduhh.. ni lagi sekor. takpe2.. nezha punya pasal saya ok je. paksa diri untuk bagun, mandi dan siap2 untuk pergi klinik. pergi sendiri je la takde sapa nak teman. sampai klinik ngadu2 kat doktro semua kene injek la. aduhhh... sakit momtot. cakap kat doktro tak leh ke injek kat tangan je. dia kata boleh tu boleh tapi nanti lagi sakit sebab ntah apa dos kuat katanya. nanti tangan jadi macam sengal2. wahh.. takpe la mcm tu. momtot pon momtot la. tapi ye la pulak. walopon injek kat momtot dia punya sengal tu sampai hari selasa terasa. kalo la injek jugak kat tangan harus tak berangkat tangan tu. so, dapat mc la. terus kene makan ubat kat klinik tu jugak. hehhehe... lepas pi klinik ingat nak balik. sekali terjumpa kawan. so it's lunch time. wahh.. dia bawak saya pergi makan seafood la tengah2 hari buta tu. jauh nak mampos kat carey island sana tu. tapi sedapppppppp... makan macam orang gila. sampai rumah balik dah pukul 330pm. lepak2 cadang nak tido tapi tak buleh tido. pukul 430pm obek call tanya pasal pi klinik tu la. saya cakap saya kene duduk wad. hwuahahhahaha..... sesuka hati je kan buat cerita. sapa suruh busy sangat. sampai nak bawak orang pi klinik pon ala2 tak de masa. padan muka. baru la nak menggelabah tanya kat hospital mana la kenapa kene duduk wad la. saya kata dah le takyah carik2 lagi. terus hang-up phone. hwuahahha.. buleh tahan pandai berlakon. walhal tengah lepak baikkk punya depan tv sambil minum ribena dan berpelokan dengan nezha. obek call lagi then ok la.. saya takde la kejam sangat nak mendera perasaan dia. hwuahahhaa... malam tu kuar pi dinner.

selasa :
terpaksa bangun juga pagi2 sebab nak pergi kerja. masyaallah.. time2 nak kuar rumah tu pulak la hujan selebat2nya. aduhhhh... menyeksa jiwa raga betol. tapi nak buat camne, kuar jugak la. so sampai opis lewat. pukul 930am baru tiba. sesampai opis baru masok pintu tu dia.. berderet2 orang bercakap. aduhh..rimasnya. internet connection pulak hang. dari semalam (isnin tu rupanya). saya kata dah report ke belom. depa kata belom. saya kata bagus la. kalo tak report sampai hujung tahun pon telekom tu taktau internet ada problem. sengal je sekor2. benci ah. so, call buat report semua then technician pon datang. cakap kata modem opis rosak. hello!!!!! baru awal bulan ganti modem ko bior betol. hempok dengan modem tukang baru nak sedor diri gamaknya. geram dah ni. sabar2. dah le technician perangai macam ke hapa. datang2 nak cek network connection perasan macam bagus beno. cakap pon mcm nak marah2. marah ko je ko kira? belom merasa marah aku lagik nih. hangin2.. sabar2... datangs ampai 2 orang tapi bebal bongok. pas tu dia check2 lagi. kali ni cakap router lak rosak. saya kata so sapa yang nak ganti ni? kitaorang ke telekom? dai kata u ganti sendiri. ok la.. if dah ganti nanti if ada problem lagi u all nak cakap apa pulak yang rosak? pc opis ni rosak? line talipon rosak? diamm je mamat sengal tu. dah tau awak tu technician nak repair network bawak le laptop, bawak le peralatan yang dieprlukan. ini tak. datang2 je tanya lebih kurang pas tu tanya dah buat direct connection ke belom. dah le intonasi macam nak marah2 orang. benci tau. saya kata udah le. segala macam cara udah ditrykan dari tadi still tak buleh. pas tu dengan selambanya mana laptop tu? bak sini saya try. wahwahwahwahhh.. itu macam ka?? saya kata laptop takde. orang dah bawak kuar pi site. walhal ada tercongok kat tempat saya. sukati hakula. ko punya koje kita lak nak jadi kuli korang. camne kalo mmg opsi ni takde laptop? haaa?? benci tau. pas tu nak jeling2 pulak. menyakitkan hati betol. pas tu cek2 godek2 tu yg dia kata router rosak la hapa la. ok, fine. malas nak bertekak. dah nak blah tu dai mintak nak guna phone ofis la nak call centre dia. saya kat aopis u tak bagi hp ke untuk kegunaan koje? semua nak guna barang orang je. diam je dia. mujur yang lagi sorang tu elok perangai. dia kata hp rosak kak. disebabkan ko baik, saya bagi le guna phone opis tu. sakitbetol hati. masa nak cop & sign report tu, daia suruhdia tulis nama penoh dia & phone no. nanti apa2 hal senang nak call. dia takmau. sengal betol. tapi budak yang baik tu dia tuliskan. geram tau perangai macam tu. takmo koje berenti la. beribu2 orang nak koje ko tau tak? tak sedar diri punya orang. dah habis semua tu suruh budak opis pegi beli router tu & install. memula takbuleh sebab setting dah lari katanya. entah le makcik tak tau le apa hal lagi. godek2 then dah ok. fuhhh.. lega. ko jangan buat hal lagi tenet. orang dah le ada online bidding nanti ni. jangan buat koje gila. kalo jadi lagi memang saya lesingkan streamyx ni tau. kalo lambat bayar bukan main nak offline. service ntah hapa2. getik la.




ok.. enough membebel. fuhh..penat jugak ye tulis report 4 hari punya cerita. hahhahahhaa.... takpe la.. actually banyak lagi nak cerita tapi tak larat le pulak. harap2 semua ok je lepas ni. hari ni pagi tadi jalan smooths je tapi tetiba ada excident le pulak. so jalan jem panjang. hadap je la. owh.. minggu ni ada orangtu kawen la. pakkepakkepung....harap2 dapat pergi. tingin nak tengok. hehehhehee..... tapi takde baju lawo la. aduhduhduhhh... malu la pi majlis orang baju takde. apapon saya doakan semoga semuanya bergembira. kawan2 blogger yang pergi jugak tu tegur2 la ye. buleh kenal2. chewahh...

okla.. nanti2 sambong lagi. love you obek, love you nezha and love all of you. have a nice day ahead!!!

p/s : cerita dan pic nezha nanti2 ye. hehhehehe....

3 comments:

Ummibatrisya said...

patutlah diam sampai 4 hari, nak tulis report rupanya

akak memang benci dengan TM, apa-apa products yang berkaitan dengan dia, akan memang tak suka nak beli

kalau lambat sikit aje, minta maaf, tak leh online, tapi kalau diaorg lambat masa service, kenalah tunggu

tak nak sakit hati potong terus, padan muka semua :)

saya said...

hehehhehe... kalo ada provider lain takpe ummi..

~dARlee zURiS~ said...

sekali gus 4 hari punya summary ;)

zuris pun nk g kenduri mala
tp..cam x dapat je
tetiba family mr sharil ckp nk dtg hantar duit hari tu.huhuu...