mari mencari....

Google
 

Sunday, March 8, 2009

cuaca panas & hujan...



dah 2-3 hari ni cuaca panas dan hujan. wahh.. kelam kabut orang kenduri. harus ni campak baju pengantin atas bumbung. hehehehe....

kat area rumah ma ni je sampai 2 sekali kenduri. waduh2... penat orang2 taman kene gilir2 pegi tolong kenduri tu. ye la.. kat sini still ada amalkan kenduri gotong royong tu. kadang ada gak yang buat catering tapi kebanyakkannya buat masak2 la. seronok gak. saya tak le pergi tolong tapi jadi tukang hantar ma je la. hehehhee....

sabtu tu saya pergi makan kenduri kawen. lawo gak tema kaler hijau. simple2 je. laok pon simple gila. nasi putih, nasi minyak, ayam masak merah, kari daging, gulai nenas, ulam kobis dan favorite saya air sirap la. dapat buah tangan kek intisari bakers korang. hehehhee.. at the time saya bukak pembungkus tu nampak je jenama tu terus gelak ni. bukan apa sebab terus otomatik teringat iklan kek buah tangan intisari bakers tu la. hehehhe.. kelakar. "bang, kek buah tangan intisari bakers kita dah habis - tu la abang dah cakap kek ni sedap mesti orang mintak lebih, takpe kenduri lain nanti kita order lebih - tapi anak kita semua dah kawen, sapa pulak yang nak kawen - abang laaa..." hehehehe... saya suka je iklan tu. so, itu la 1st time saya makan kek tu, not bad. sedap. bolehorder la untuk buat gift kat tetamu. ada gak karaoke2 ni semua. alamakk... ada yang nyanyi sedap, ada yang nyanyi tak sedap. kahkahkahakh...tapi benda2 ni la yang buat kenduri meriah. bukan masok pertandingan pon. seronok tengok. semua sporting.

petang sabtu tu takde buat apa. boring gila. tido. hari ni ahad, pagi hantar ma pegi meeting. chewahh.. apa korang ingat orang keje je ada meeting2 ni, ma saya pon ada jugekk.. tak kuasa tau nak melayan. tapi pergi jugak hantar dia. dah pesan siap2 kalo dah habis meeting nanti call saya pegi amik. sementara tu saya cabut pegi dating dengan obek. hwauhahhaa.. gila kelam kabut dating cepat2. pegi makan rojak lori tepi jalan. sedap jugak. obek minum cendol tapi saya tak la. takot la pening kepala. pas tu call ma check2 la kot2 dia dah habis meeting. sekali dia cakap dia balik ikut kawan dia. hehehe.. saya pon ok je la tapi terus balik rumah la. buatnya ma balik tapi saya belom sampai kang leceh la.....

petang tido. cuaca panas betol. berpeluh2 rasanya. tapi takpe la sebab kesian kat orang kenduri kalau hujan. payah orang nak datang dan tuan rumah pon sure risau takot makanan tak habis. so takpe la.. saya panas saya on kipas je la. malam hujan takpe. sejuk sikit---kasi chance kat pengantin. hahahhahahaa.....




kusssss semangat, panjang umor obek. baru dok cerita pasal dia tetiba dia call lak. bukan senang nak dapat call dari dia ni. benci tau. ntah hapa2 ntah, just cakap dia nak pegi keluar. lorr. pegi la. keluar pon nak cakap ke? datang le baiknya tu. kalo tak tu mimpi la nak tau dia pergi mana. nak pergi rumah pakciknya kat cheras katanya. nak try naik avanza baru, pakcik dia baru beli. hadiah anniversary tu korang. anniversary yang ke-26. waahhh.. lama dah tu. melampau2 kan hadiah anniversary orang2 tua ni. kita muda2 ni hadiah anniversary bagi kek la perfume la, rupanya orang2 tua ni lagi advance daa.. bagi avanza daaaa..wahhh... saya pon nak jugak naik, tak pernah naik avanza. apa pon, saya doakan semoga pasangan tu kekal ke akhir hayat, juga doakan kami yang muda2 ni. bagi sikit petua so that kami pon ada chance nak sambut anniversary sampai yang ke-26 tahun dan lebih lagi. hehhehe....

tinga nezha dah ok dah. dah kering dah. hehehe.. baru la buleh cium2 tido sama polok2. kahkahkahkahhh.. tapi ingat nak bawak gak la jumpa doktor. persediaan, mana la tau kot2 ada lagi kat dalam2 tu tak nampak.

esok ma dah ada plan. nak pegi sana sini sinun bagai. aduhhh...letih la. okla..itu je nak cerita. gambar hari ni ada lah kartun. tak tau la apa kena mengena dengan entry ni. hehehehe.. hantam la, janji ada gambar, cerita sikit.

ok la.. esok cuti, harap semua gembira ye!!!

love you obek, love you nezha and love all of you!!!!!!!

4 comments:

TEACHER OF SOMEONE said...

wah makan kenduri...
dah lm x g kenduri...
last bln 12 ari tu je la...

~Cinta Cukulet~ said...

bulan 3 ni musim kenduri-kendara la kan..kat tempat saya ni pun ramai org kawen huhu

~dARlee zURiS~ said...

musim org kawin nie
hujan pun asyik turun je
risau..risau...

wahh..bestnye dpt hadiah avanza
memang advance dari kita yg muda2 nie
pss..tak best kan naik avanza
pickup slow
heeheee..

saya said...

teacher : saya pon suka je pergi kenduri..seronok!!!

cukelet : mmg musim org kawen skrg ni...

zuris : dah tua2 tu naik avanza la..kalo dibagi mitsubishi evo kang terbang lak tudung makcik tu..