mari mencari....

Google
 

Wednesday, March 18, 2009

hujan, mengantok, tak larat...


wahhhh.. hari ni hujan lagi dari pagi. adududududuhhh... seksanya nak bangun tidor. habis dah ni telungkop tiarap mengereng segala la dah habis dah acara gaya bebas semua pon still liat lagi nak bangun. ditambah2 pulak si nezha tido kat perot wahh..sedapnya panas2 suam je rasa. bestnay tido polok2. before tu dia dah bangun la pepagi buta dok kejut saya dok meow2 sekuat2nya. saya cakap nanti dulu nak tidor lagi. ni meow2 ni mesti ada sesuatu ni. takpe2, kita layan mata dulu.

bangun, terus pergi ruang tamu tu dia..... dengan karpet tersebaknya, dengan kerusi plastik dia terbalik, dengan segala mak nenek benda atas coffee table tu semua dah kebawah. haihhh.. patot la meow2 bukan main kuat. inform dulu awal2 sebelum saya tau. pandaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... ggrrr...

udah satu koje pepagi buta mengemas semua tu. dia seperti biasa, dok nyelit la bawah meja. takot kena marah. saya tak marah la cuma mengucap panjang campor bebel2 sikit. hahahhaha... pegi lak tengo tempat uk-uk, wahh... 2 kilo ko uk-uk malam tadi ye nezha. mekas2 then mandi then siap2 pegi koje. hari still hujan. bercinta betol. bila hujan jawabnya apa? ye..jawabnya jalan adalah jem. takep la. harung je la. sesambil dengar radio kat kereta tu. rasa nak gelak, gelak je la sensorang dalam tu. orang nak take over que? take over la.. alamak, ada xcident? takpe la.. hari ni saya layan blues je take my own sweet time dalam kereta. kesudahhannya harini sampai opis pukul 930am. hahahahahha....

bila hari sejuk2 ni mula la perot asyik nak lapar je. hehhee...takpe2, stok biskut ada dalam laci ofis. gigit2 je la. tapi dah terlalu bz dengan kerja tak de pulak teringat nak makan. petang ni taktau la apa plan. obek koje kot.

owh.. malam tadi obek belikan dinner nasik lemak. saya actually takde la berapa mood nak makan nasi lemak malam tadi. tapi sebab dia kata nak belikan, saya ye kan je la. kalo tak kang muncung je orang tua tu. saya dah pesan awal2 takmo laok ayam. nak laok sambal sotong. wahh..dah lama pon tak makan laok sambal sotong. sekali bila dapat, saya tengok dapat laok ayam masak kicap. aikkkk... kan dah kata takmo ayam tadi. jawapannya : ini bukan ayam sambal or masak merah, tapi masak kicap. haiyoooooooo...ye la but still ayam kan? dan, tak pernah la pulak lagi saya makan nasi lemak laok ayam masak kicap. kalo nasi putih biasa tu biasa la. agaknya orangtu pon ada gak jual nasi putih kot. tu la pasal. bila tanya sotong takde ke? jawapannya : ada.. tapi lupa la. bila dah beli baru teringat. uuwwaa... haruskah saya marah? atau diam?? hehehhehe.. sabar je la jiwa.

takpe la.. dah ada rezeki tu makan je la. jangan banyak songeh. syukur ada makanan. mujur rasanya sedap juga. kira boleh beli lagi la next time.

harini penat jugak. keje banyak sangat la pulak kebelakangan ni. kalo takde koje tu sampai tersangap2. bila banyak tu sampai tercekik2. macam2 hal. penat sampai tak larat. balik rumah memang flat habis la. kebabom terus. nak main2 lompat2 dengan nezha pon tak de mood dah. sian dia terkebil2 je main sensorang. wahh.. malam tadi dia buat perangaikan. sebelum tido tu bukan main dah lepak baik punya kat port dia. tapi kejap tu kuar masok kuar masok bilik. geramnyaaa.. main tolak2 pintu pulak. krekkk krokkk krekkk krokkk.. dia suka agaknya bunyi bising tu. kacau orang nak tido je. bila saya bangun pegi check, al-rupanya ada le cicak kat celah pintu tu. dia menunggu cicak tu le tu rupanya. haihh..macam2 perangai ko ni nezha. ntah la pukul berapa dia tido malam tadi sebab saya memang dah tak sedar dunia.

ok la.. nanti2 sambong lagi. harap2 obek tak koje malam ni dah lama tak dating jauh2. hehhehee... tapi mengenangkan tilam sedap tu niat berjalan tu harus dibatalkan. tido lagi sedapppppppppppppp....

love you obek, love you nezha and love all of you. jangan nakal2...

5 comments:

nURmALa mAZLan said...

aha...hujan..
kita sampai ofis pon lambat tadi..
dah la hujan, motor x de minyak la tu..hampeh

ijechan said...

gambar atas tu sweet. haha.

LotsOfLove-Pearls said...

huhu..
aku pown pepagi dah habes gaya nak tdo.
hujan jer memanjang..
bangun pun rasa terpaksa jer..
mula2 semangat jer bangun.. bila dah bangun, hujan plak, tdo balik..
huhu..
kena bangun gak akhirnya..
haha..

zh-ena said...

ujan renyai2 kan pg td..mmg syokkk tarik selimut sampai ke dada..liat gak nak bgn pg..

emm tak pernah plak mkn nasi lemak ngan ayam msk kicap..mcm pelk jea rasanya nnti..klu sedap ok la tu

saya said...

mala : naik motor lagi la susah kalau hujan. tapi saya teringin nak naik motor jugakk..

ijechan : mujur tu gambar orang lain amik kat tenet..kalo boh gambor saya bukan saje sweet... sour hot & spicy semua ada!

pearl : taksuka bangun tido hari hujan..sedap tido.

ena : tau takpe.. saya pon 1st time try makan mcm tu.