mari mencari....

Google
 

Thursday, March 5, 2009

Janganlah...



daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata : Rasulullah SAW telah bersabda :

Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain.

Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan oranglain.

hendaklah kami menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara.

Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim, dia tidak boleh menzalimi, membiarkan (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketakwaan itu di sini - sambil Baginda menunjukkan ke dadanya sebanyak 3 kali - cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya,

Hadis diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim

dengki2, tipu2, benci2 dan belakang membelakangi tu kiranya sifat yang biasa saya lakukan. saya tak malu mengaku bahawa saya ni terok dan banyak kekurangan. cumanya saya berusaha la untuk memperbaiki diri sendiri sedikit demi sedikit. menzalimi? selalu jugak buat. menzalimi tu bukan setakat kita dera orangsecra fizikal bunuh2 atau mencederakan orang. bila kita selalu beri tekanan atau psiko orang pon kira menzalimi jugak. sebab dia rasa terseksa. huishh.. saya banyak menzalimi mental obek. hehehhe.. macamana ni? ni nak berubah le ni. sikit2. sekurang2nya kesedaran tu dah datang. bukan saya tak pernah terpikir tapi entah la. saya harap hadis tu akan selalu mengingatkan diri saya dan kawan2 semua agar lebih berhati2 dalam perbuatan dan pertuturan sebab mungkin dengan sepatah perkataan akan mampu membawa kepada sifat dengki, benci dan menzalimi. jadinya, saya nak minta maaf dari sekarangkepada sesiapa yang pernah terasa, berkecil hati, menyampah atau benci saya disebabkan oleh tulisan2 saya dalam blog ni. tak mampu rasanya kalo nak jumpa seorang demi seorang minta maaf. jadi, maafkan saya.....

7 comments:

ijechan said...

maafkan saya jua~

zh-ena said...

tersilap kata tersalah bahasa, maaf la yea

nURmALa mAZLan said...

maafkan kita juga kalau ada tersalah kata atau membuatkan akak terasa..

payarumput21 said...

Salam CikSaya..

Nape nie? ampun maaf dipinta segala..... mcm nak raya je...

Apa2 pun sesuatu dr hati yg ikhlas.. di terima secara ikhlas.. sama2 kita yea..

TEACHER OF SOMEONE said...

kemaafan juga saya hulurkan..
atas segala kekhilafan..
walau kita hanya bertemu di alam maya ;-)

~dARlee zURiS~ said...

ohhh..memang insap kejap
;)

pasnie nk kena cium tangan minta maap kat mr sharil lah
memang suka menzalimi die
adatlah tu
heheee...

saya said...

ijechan : saya pon minta maaf juga..

ena : saya pon minta maaf juga..

mala : saya pon minta maaf juga..

cikpaya : saya pon minta maaf juga..

teacher : saya pon minta maaf juga..

zuris : saya pon minta maaf juga..

wahh..dah macam hari raya ye? takpe.. bermaaf2an adalah lebih baik..