mari mencari....

Google
 

Thursday, March 12, 2009

jatuh lagi...



uuwaaaa... jatuh lagi. kali ni bukan nezha je yang jatuh, dengan saya2 sekali jatuh nih. hantu betol.

semalam saya tido cepat tau. pukul 9pm dah kebabom. hahahha... puncanya, sebelum tu tengok2 tv la berita la katun la tukar2 channel. sesambil suap nezha makan dan main2 la melompat semua. main kejar2 nyorok2. suka je mamat kepochi tu. sungguh!!! ntah camne saya lari2 pusing2 kat ruang tamu yang kecik tu tersandung karpet la pulak. gedebuk!!! tu dia.. nangka busuk jatuh le katakan. aduh makkk.. sakitnya. kene kat lutut. idak le luka tapi macam tersagat dan calar balar la then pedih sakit. uuuuuwwaaaaa.. melalak sensorang. mamat tu nampak say adok senyap melalak dai datang la dekat. chewah.. pujuk la tu konon. so polok2, ngadu2 semua ok. then terus takde mood. masok bilik dengantujuan nak tido. kalo takmo tido pon just nak baring2 je dengar radio sebab sakit lutut. (wah..apa kene mengena sakit lutut dengan tak boleh tengok tv? kompius kejap nih).

biasa nezha kalo kat bilik dai memangakan landin gkat kerusi dia dulu la. dah puas bergolek sana baru la dia nak kuar or dtg kat saya tido kat saya. malam tadi kononnya dia nak lari macam biasa la lompat nak naik atas kerusi. hehhehe... sekali licin da.. terbabas le pulak. kahkahkahkah... tapi tak jatuh la.. ala2 mau jatuh je. dalam bengang2 sakit tu sempat gak saya gelakkan dia. hehhehee....

so, sudahnya saya tido dari pukul 9pm sampai 545am pagi tadi. puas hati. mimpi?? adaaaaaaa.. tapi dah lupa la mimpi apa. huhuhuhu...

sampai sekarang lutut pedih la kene sagat karpet tu. benci tau. nama je karpet tapi yang keras punya bukan yang bulu2 lembut macam bulu nezha tu. ni nak kene tukar karpet ke ha?? ada je alasan nak berbelanja. jimat2 la wehhhh.. zaman2 ekonomi gawat nih.

obek pulak pagi tadi buat perangai. pepagi buta (tak le buta sangat) pukul 730am call ajak pegi breakfast. helloooo!!!!!! 730am tu orang tengah kelam kabut la nak pergi keje nak mengadap jem nak kemas tempat uk-uk nezha nak kemas itu ini. bila masa nak breakfast, bila masa nak gerak ke office. mengada je. lenkali kalo nak ajak breakfast tu datang awal2 pukul 630am. ada banyak masa tak le terkejar2. opis ni waktu masok pukul 9am bukan macam dia buleh pegi sesuka hati je. dia lain la. bila cakap macam tu mula la buat muka dugong (agaknya la tapi saya tak nampak sebab cakap tru phone je tapi kebiasaannya macam tu la). lantak la sana. sapa suruh call lambat2. cuba janji dari semalam kan senang. takde masa la nak jumpa2 dating2 pepagi buta orang busy la. malam2 buleh le. hehhehehee....

so, jumpa malam kang je la. itupon kalo dia tak koje malam. kalo koje malam saya dating dengan nezha je la. eh, nezha tu sekarnag dah makin kurus la. apsal ha?? tengok selera makan macam biasa je. sakit ke? pening ke? uk-uk ok je tengok. apa yang tak kene ni ha? saya expect dia naik setiap bulan. hehehhe.. sian ko nezha. yang diet tu saya je la ko takyah diet2 nezha. makan je la apa nak makan pon.

ok la.. actually ada banyak pic nezha tapi entah le tak buleh transfer le pulak ke pc. macam2 hal. lagi best hari ni pendrive saya corrupt. lansong tak bernyawa. pc tak buleh detect, lampu dia pon tak menyala apa pon tak bernyawa. uuwwaaaa.. lagi satu tekanan nak kena hadap.. dalam tu dah le segala2nya. mana nak cariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...............

4 comments:

~dARlee zURiS~ said...

pulak?
hehheee...
nezha tak apa2..mak die yg sakit lutut
;)

alaa..obek rindu lah tu
tu yg ajak bekpes pagi2
mimpikan awk kot mlm tadi
ahaksss

saya said...

mimpi saya? hehehe..yahuuuuuuuuuu..

Ummibatrisya said...

lain kali sila buat back up ye :)

maunya pen drive tu tak bernafas dah :)

mau nangis sungguh2 :)

saya said...

UMMI : BUKAN NANGIS LAGI... DAH MENGGULING2 DAH SAYA NIIIII...