mari mencari....

Google
 

Wednesday, March 11, 2009

marah...


Daripada Abu Hurairah r.a :

Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W : Berikan daku wasiat.

Baginda Bersabda : Janganlah engkau marah.

Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali.

Baginda tetap bersabda : Janganlah engkau marah

Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari...


marah.. marah tu sebenarnya sifat yang saya selalu lakukan. hari2 pon marah, benda kecik2 punya hal pon nak marah. tak pernah bersabar. saya memang suka je marah2. marah nezha, marah obek, marah orang kat office. kenapa ye? bukan tak tau sifat marah tu tak elok. orangtengok pon tak berkenan. kalo dulu2 saya lagi suka marah2. bukan marah, baran. lagi worst. sekarnag dah kureng sikit sifat2 tu. mujur.

sebabnya kalo kita marah2 ni bolehmengundangkepada perkara lain. biasanya perkara yangtak elok. contohnya, kalo saya marah orang, harus la orang tu membalas balik. so, dah mula la adegan berbalas2 cakap, kalo berbalas pantun boleh tahan lagi. bila dah marah perkataan yang keluar pon bukan yang elok2. habis semua la luar kain dalam kain semua disebut. at the end, puncanya kecik je tapi hasilnya besar. hahahhaa.. keputusannya, musuh akan bertambah, kawan akan berkurang. kalao orang tu jenis melupakan je takpe, kena pulak orang yang jenis pendendam (macam saya) haruuu.... bak kata orang, sampai kiamat pon takkan maafkan. itu takpe lagi, kalo kene kat orang yang nak membalas secara sulit, lagi parah. maka akan bermulalah aktiviti khurafat dan syirik dalam diri. aktiviti yang camne tu? aktiviti bomoh membomoh, tuju menuju dan macam2 lagi ilmu dunia yang ada. akibat dari itu, mula la bermacam2 prasangka mendatang, bila tiba2 je sakit perot membesar, mula la dikatakan kene buatan orang, busung la apa la, walhal kene sakit hepatitis. aahhh... ekoran dari itu, prasangka buruk takkan habis. balas membalas dan seterusnya nyawa jai taruhan.

haa.. besar impak kalo kita marah2 ni. banyak yang negatif dari yang positif. saya bukan apa, sekadar nak mengingatkan diri sendiri yang sering terlupa ni. moga2 tulisan ni boleh beri peringatan yang berpanjangan pada saya.

sifat marah ni boleh dibendung katanya. bagi saya, saya cuba kaedah gunakan otak dan berfikir. sebelum saya nak marah tak tentu hala saya akan fikirkan dulu apa akibatnya. elok ke tak elok. tapi tu la.. orangkata cakap senang la, nak buat tu yang payah. hahhaha.. memangpayah. tu pasal kadang2 sifat marah tu terbabas jugak. saya seboleh2nya cuba mengawal diri dari terlibat dari perkara yang boleh membangkitkan rasa marah saya. tapi orang kata kita duudk diam ad apulak orangyang datang mencolek mencocok. haa..camno tu???

orang kata zikir banyak2, tapi kadang habis dah membaca still rasa marah lagi. kalo belah2 barat sana ada la kononnya kelas angry management. itu untuk kita mengawal dan mencari punca kenapa kita ni jadi pemarah baran macam tu.

secara ringkasnya hadis tadi tu membawa kepada empat kefahaman yangringkas2 la. pada saya la. kalo orang ahlil bijak pandai mungkin boleh kupas lagi kot. kaloada, mari kita share sama2. ilmu yangbaik tu elok dikongsi, ilmu yang tak elok tu baik dilupakan. ada ke ilmu yang tak baik? adaaa... itu nanti kita bincang lain kali.
ok, mula2, macam kita tau, sifat marah tu adalah sifat yang dicela. lebih2 lagi kalau ia disusuli dengan hawa nafsu dan diluar kawalan, contohnya la maki hamun (itu dah tentu), mencela (siap mak pak datok nenek orangtu habis disebut2), memukul (ada orang bila marah tangan pon ikut naik sama). tindakan kita seterusnya pon sudah tentu berada diluar kawalan. so, macam2 la bakal berlaku.
tapi ada jugak sufat marah yang dibolehkan. contohnya kalo kitta mempertahankan yang hak. misalnya kalo ada orang mencela agama atau keluarga kita, kita harus berusaha mempertahankannya, tapi dengan cara yang betol. bukan pegi buat perhimpunan haram pulak. atau bila melihat kemungkaran, contohnya, dah sah2 terang nyata orang tu buat salah, kita tegur, tapi bila kita tegur orang tu lak kutuk2 kita, kita pon harus le naik hangin kan. hehehe.. tapi tu la.. nak tegur pon biar kene dengan caranya.
camne nak mengawal atau mengilangkan sifat marah. ada orang kata biasakan diri dengan zikrullah macam baca quran, bertasbih, beristigfar banyak2, amik wuduk. saya? entah la. kadang2 perasaan marah tu hilang dengan sendiri, sebab saya train otak untuk melupakannya walopon sangat la sakit hati. bukanmudah nak melenyapkan rasa marah dalam diri. boleh stress tau.
apapon, saya nak mengingatkan diri saya la supaya kawal la perasaan marah tu. untuk kawan2 diluar sana pon, saya doakan semoga kita ni biarla tenangs elalu, jangan marah2, dan kalo marah pon biarkan kena dnegan caranya.
kalo tak, takkan ada pepatah yang cakap orang yang paling gagah perkasa dan handal tu bukan yang orang yang kuat dari segi fizikal macam gusiti wwf tu, tapi orang yang mampu mengawal marahnya.
entah la.. apapon, semoga kita semua mendapat sedikit hidayah.
p/s : hadis tu saya dapat dari emel. terima kasih kepada pengirim kerana berkongsi ilmu..

5 comments:

zh-ena said...

BILA KITA MARAH PAHALA KITA AKAN BERKURANGAN TAU

Ummibatrisya said...

cik saya,

cuba baca dan amalkan Asma Ul Husna - rahsia dan amalam 99 Nama Allah

RM5 aje buku ini tapi ganjaran yang kita dapat dari buku ini memang tak ternilai :)

~dARlee zURiS~ said...

sekali bnyk pulak die bercerita ek
;)

yeahh..btol tu
marah2 tu slalunya akan membawa kebinasaan aje
lagi pun..marah2 slalu kan ke tak elok
blh dpt darah tinggi...
dan juga..cepat tua!
btol ker?
hehheee...

TEACHER OF SOMEONE said...

jgn selalu marah...
bak kata org nnt cpt tua...
hehehe...
senyumlah...kn senyum tu sedekah ;-)

saya said...

ena/ummi/zuris/teacher : lepas ni nak kene kurangkan marah2, nanti cepat tua. hehehhe...