mari mencari....

Google
 

Tuesday, March 17, 2009

sakit2 badan...


aduh..apa kena ntah badan sakit2 semuanya. kaki tangan semuanya lah. sengal2 je rasanya. nak kata mencangkol ladang 10 ekar takde la pulak. duduk je kat opis mengadap pc. kot2 sebab banyak sangat duduk kot??? mana le tau kan kot2 urat jadi tegang sebab tak bangun2. semalam memang seharian tak bangun2 la. tak bangun lansong tu menipu bebeno le tu kan.bangun la pi toilet pi lunch.

malam tadi pon tak larat sangat. cadang nak tido cepat tapi obek ajak pegi makan. chehh..t ak best lansong kedai tu. kedai tu dulu sedap saya selalu pergi tapi kebelakangan ni dah jadi tak sedap dah hampeh. dah tukar tokey agaknya sebab tengok semua dah oranglain. hatta server pon dah budak lain. hehhehe.. malam tadi kononnya order la nasi goreng ikan masin dengan sotong gorengtepung. obek order meehun campor kuetiow sup. sementara tunggu makanan siap sembang2 dulu la. sekali orang tu datang kata sotong habis. so tak pe la, takyah le makan sotong, makan nasi goreng je la. so makan la macam biasa. rasanya sangat la tak best. kira kalo saya masak lagi sedap la. sungguh tak mengenyangkan perot dah tekak. apapon bukan salah makanan, salah tukang masak tu dah hilang deria rasa agaknya dia. gatal lak tu pelayannya mengambik order kalo dengan jantan "abangggggggggggggggggggg nak make gapooo..". mendayu2 bunyiknya. opss..sudah tertau lak orang mana. hehhe..no offence just nak cerita je ni.

bila nak bayar dia tanya, duk meja mana? maka dengan itu secara otomatiknya jawapan saya--ko ada letak table number ke? dah ko sendiri pon taktau table tu nombor berapa apsal ko tanya aku?? tu diaaaaaaaaaa... walhal takde la ramai beno orang kat kedai tu..ada la dalam 4-5 meja je yang ada orang. by logic, dia buleh kenal sapa yang duduk kat table mana. hambek ko.. baru ko ternganga2 sendiri nak menjawabkan?? kira punya kira, sekali macam tak betol je jumlahnya. saya suruh kira balik 1 by 1. gitu gini sekali dia kira sekali da sotong goreng tak tak wujud tu. haa.. memang nak kene lagi sekali la jawabnya. walhal dia sendiri yang datang table saya cakap "sotong dah habis kakkkkkkkkkkkk". sapa nak jawab ni??? eeeeeee.... lemas le pegi kedai macam ni. patot pon dah tak ramai orang macam dulu. jawabnya lepas ni memang takkan jejak lagi la ke kedai tu. bye2.


nezha semalam macam biasa la. tapi dah tertumpahkan air minum dia so udah le basah lantai tu. terlanggar agaknya. tapi saya tak le marah dia. cuma cubit je. hwuahhaha... takde la. malam tengok tv kejap cerita apa ke namanya without a trace tu le, pas tu tido. mengantok letih sangat.

pagi bangun pon liat macam dodol dalam kuali. sejuk pulak tu. haduhhh.. mujur time cuti sekolah so jalan tak berapa jem so ok je la.

owh..sekarang saya dah rajin bf kat rumah. hehhehee.. hari2 dahbuat air. kalo tak tu takde la nak jengah ke dapor tu. chewahhh... pagi tadi minum susu secawan then biskut sekeping. jadi la.

ok la.. nanti2 sambong lagi. sekarang waktu senggang adalah terhad.

love you obek, love you nezha and love all of you... keje rajin2 ye...

6 comments:

zh-ena said...

bgs la dh minum kat umah..jgn biarkan perut kosong pg keja, tak elok tau

Ummibatrisya said...

ummi pun sakit-sakit badan, pegang sikit pun tak boleh, sakit sungguh

rasanya tak buat apa pun, tapi sakitnya macam menuai padi satu sawah :)

saja orang kedai tu nak beramah mesra :)

~dARlee zURiS~ said...

hahaha..sekali kena batang idung
pasnie kalu g mkn..bila nk byr org tu tnya meja mana..nk jawab camtu gak lah
hehehee...

bulan nak timbul kot
tu yg sakit serba serbi
;)

one love said...

hehehe bila sakit, semua menda mengganggu hati kan?
hehhe

AZWA said...

dah sakit badan sakit hati pulok ek...eesshh...klu mokcik pong len kali malas dah nak jenguk kedai yang service cenggitu..

saya said...

ena : skrg saya dah rajin b/fast kat rumah. hehhe...

ummi : itu bukan nka beramah-mesra tapi itu nak penampar-mesra namanya. kahkahkahkahh...

zuris : idea baru nak bahasakan balik orang2 mcm tu..

ilove : hati mmg dah terganggu lama dahh..uwwaaaaa..

azwa : memangtakkan pergi lagi dah kedai tu!