mari mencari....

Google
 

Thursday, April 30, 2009

delete dah..



dah..dah...

takyah susah2 nak pikir apa kebendanya. delete je mybloglog tu

lenkali if ada masa baru create new..

Wednesday, April 29, 2009

mybloglog---help!!!

help!!!
eh, korang boleh tolong tak bagitau camne nak tukar sign-in utk mybloglog tu?
saya carik2 tak jumpa la, jumpa just untuk terus delete le pulak.
let's say if delete, then kene create balik ke bloglog tu? means kene invite semua orang balik ke?
huhuhu... tolong makcik taktau.
sebabnya nak tular sign-in email tu sebab ada le sekor makhluk ni dah tau lak blog makcik ni dan makcik tak suka kat dia. getik. menyampah.
benda tu pulak sama dengan id ym le pulak then dia buleh le pulak tau makcik ada blog sekarang, sebab info tu macam appear sebelah id tu kan. korang paham ke tak asaya cakap apa ni? hehhee....
so kawan2 tolong bagi info sikit pleaseeeee....
if not memang saya delete je terus mybloglog tu lantak le sana. sakit hati betol dibuatnya.

Tuesday, April 28, 2009

penat, sedih, takot....



huhuhuhu...penat betol.

kerja dah siap dah sikit. yahuuuuu... yag saya bersusah payah dari awal bulan ahri tu dah selamat. yahuu..dah dapat dah pon. bagus2... tepok2 tangan.

tapi penat menyampah. tido malam still tak lena. asyik terjaga2 je jadinya badan bertambah lesu. mimpi harus la ada kan. ntah hapa2. mimpi jual kueytiaw goreng la, mimpi pegi lari2 la. macam2 mimpi. itu kira himpunan mimpi sepanjang minggu le tu.

obek kan kene pegi koje onshore/offshore tu. kata hujung bulan. saya walopon sedih tapi confident je sebab lama lagi. sekali rupanya minggu ni le hujung bulan tu. baru terngangaaaa!!! punya sebk sampai tarikh pon tak ingat. uuwwaaa..apa lagi, bantai melalak le jawabnya. mana nak tau, tetiba malam tadi obek kata nanti 7/5 ada jusco sale for card members, saya ok je la dia kata nanti pegi sendiri je la ye, dia takde. saya kata apsal lak takde? koje malam ke? takkk... kan kene pegi sana tu. hwuahhahaha... terus banjirrrrr... mengada je saya ni. hehehhee... aduhhh. sedih la. tak boleh la pisah lama2. walopon tak jumpa hari2 tapi kalo dia takde area sini tu rasa macam jauh sangat le pulak. hwuahhahaha.. sabar2. next wik if saya ala2 takde mud asyik nk melalak cerita yang sedih2 je tu korang tau2 je la.. mood adalah kureng...

nezha ok je. pemalas. saya beli tempat garu2 dia tu.. lupalak nak amik pic. hajat hati tu nak suruh dia garu le kat situ. haram maunya dia. kat sofa tu jugak yang dia garu. salah saya jugak kot. seba tak pernah belikan benda tu.. dah macam ni sofa tu dah nak koluinnalillah baru la terhegeh2 beli tempat garu tu. ajar dia bawak pegi garu sana pon takmau dia. mencicit lari. eeee..geram betol. jawabnya benda tu jadi perhiasan je la kat rumah tu.

hari ni asyik la sakit perot. dah 3 kali buat lawatan ke bilik kecik tu. ada2 je perot ni sensetif betol. apa lagi nak cerita ni ye. owh..hari ni maybe ada masa sikti nak pegi jalan2 blog kawan2. sebab nampaknya koje dah ringan. hehehe..rindu wehh nak baca blog korang.

ok la.. nanti2 sambong lagi. koje rajin2. doakan yang terbaik untuk semua orang. jangan ngumpat2. sila baca rukunegara. kata satu malaysia....

love you obek
love you nezha
love all of you

p/s : sakit perot lagiiiiiiiiiiiii.........

Monday, April 27, 2009

quick glance...



just a quick glance je la ye..

hari ni buzy bebeno sampai tak cukup kaki tangan kepala mulut semua nak bergerak nih..

nezha ok tapi malam tadi dia pegi kencing kat toto dia. mujur toto dia kalo toto saya harus kene piat tinga. so letak tepi dulu sebab tak sempat nk hantar pi dobi, malam kangbaru hantar. bagus nezha... syabas!!! amalkan selalu. yahuuu..yahuuuu...grrrrrr...

obek pon buzy, tapi nak kene pegi outstation onshore / offshore le pulak. gila la. benci. carik la keje lain. menyampah. tapi duitnya tak menyampah pulak. apa2 la labu. uuwwaaa... tak suka obek pergi on shore.. darat ni dah takde habis langsong ke koje??? sampai nak kene koje atas laot tu? uwwaaa... benciiiii.... takotttt....

ma cat rumah. wahwahwahhh.... dia tanya saya nak kaler apa untuk bilik. saya jawab nak kuning. dia tanya kuning camne? kuning cair, kuning sederhana or kuning pekat? saya jawab nak kuning kuat macam bas sekolah! hwuahahhaha.. pas tu kene marah dengan ma. bluwekkk...

okla.. sorry kwn2 saya tak sempat nak tulis panjang2 or baca blog korang.

love you obek, love you nezha and love all of you....

Friday, April 24, 2009

ada apa haa???...




penatnya.. malam tadi tak boleh tido la. dah le memang jenis payah nak tido, pulaknya malam tadi ntah hapa2 je ntah. ada hantu kot. memula tu memang lelap, tapi tetiba je terjaga yang terkejut teramat sangat taktau apsal. terkejut macam yang dalm pilem2 tu le. hehhehe.. nak jugak enterframe glamer. pas tu terustak boleh tido. gelisah je. suasana kat luar pon nampak macam kelam kabut semacam je. kereta lalu lalang tak berenti, kejap2 ada bunyik siren polis la, bunyi orang cakap2 la. saya intai takde apa le pulak. eeeeeeee.. mengganggu betol la. nezha pon takmo tido. kejap2 kuar masok je dia. macam baru nak lena terkejut lagi. tau la kan bila kita tengah tido tiba2 terkejut tu jantong pon mula dupdapdupdap semacam. mujur tak sempot. jadinya badan jadi lesu penat sebab tak cukup tidor. sekian cerita tidor.


awal malam pegi dinner le dengan obek. semalam patotnya saya kena balik lambat tapi tak kuasa la. penat. so chow berambos cepat2, pukul 730pm sampai rumah. yahuuu..... lepak2 kejap mandi then kuar dinner. makan ntah le hapa mihun sup tapi rasa pelik pulak. kedai tu dulu ok je masakkannya. taktau samada tukang masak dah bertukar or dah sekat bahan masakkan ke. obek order nasi goreng dengan daging masak kicap. liat bukan main macam kunyah cewing gum. lepas makan muhun sup tu la jadi loya le pulak. dah agak dah mesti muntah lepas tu. so balik je memang le belahak semua tu. aduhhh...sakit tekak, sakit perot semua sebab muntah. over sensitif betol perot tekak saya ni. tak boleh silap sikit harus le dia jadi macam tu. letih.


nezha makan banyak. sikat2 bulu dia wah.. banyak gak yang gugur. takpe2... kita sikat2 bagi lawo cantik kilat ye. vitamin dia dah habis tak beli2 lagi. tunggu gaji le ye nezha. hehehhee.... saya tak makan vitamin takpe tapi nezha kena makan. pagi tadi dia buat perangai. melompat pegi kat sinki dapor. lompat punya lompat terus masok dalam sinki. mwuahahaha.... kepala terhantuk le tu kat paip biorkan dia rasa. sapa suruh lompat kat dapor. living room luas tu ko takmo lompat kan. very good. pujuk2 tengookan jugak le kot kang benjol lak kepala dia kang dah satu hal. maybe sakit kot dia meow2 je. sapu2 je la.


hari ni kat office buzy jugak. harap2 line streamyx ni jangan le buat hal. selalu sangat la disconnect takde line. benci betol. mana2 ponorang komplen je streamyx ni tapi takde pon penambahbaikkan. kalo budak2 yang datang survey streamyx line tu bukan main tiap2 bulan datang ketok pintu konon nak tanya perkhidmatan. komplen dah 50ribu kali macam tu gak servicenya. mentang2 la ko tu main provider exsyen le ye. getik.


okla.. takmo bebel2 pepagi ni. harap2 semua ok. korang2 semua, happy weekened ye. weekend saya sure tak best sebab ma darah tinggi naik. obek lak outstation. huhuhuhu...


love you obek, love you nezha and love all of you...

Thursday, April 23, 2009

masih...


keje masih banyak berlambak2. sementara orang dok berdisgusi saya dok anggok2 kepala tapi update blog. ala..depa bukan tau pon. yang penting muka mesti control serius. mwuahhahaha....

nezha semalam ok. dulu semalam tu yang kurang ok sebab uk-uk bersepah. dah satu koje nak kene cuci2 semua. sabar je la.

obek buzy koje. nanti nak kene pegi bidor pulak dia tu. lantak la sana. koje punya pasal buat je la kan.

malam tadi pegi dating2 dinner la konon nak try teh ais sebab teringinnn sangat2 walhal tak sedar diri tak boleh minum teh ais nanti loya muntah. so, paksa obek yang order teh ais dan saya order teh o ais limau. selsema? demam? abaikan je la. dulukan tekak yang haus ni. then tingin lak maggy goreng. waduh2. lagi satu unsur tak sedar diri. bukan tak tau tak boleh makan maggy sat lagi muntah. so, paksa obek order maggy dan saya order roti nan. makan punya makan, alamak pedas le pulak maggy tu. mintak kat mamak sos tomato ye takmo sos cili. mamak pusing2 cari botol sos tomato idak le ada. so, dia pi amik kat dapor tuang dalam piring kecik. hwuahhaha.. apa orang malaysia ni tak makan sos tomato ke ha??? tak habis lagi makan, tekak dah kembang2 loya nak muntah segala. tahan2, control cun. paksa obek balik cepat sebab tak tahan. hehehe.sian obek kene paksa2 je malam tadi. sampai je rumah terus uwekkk plus ada bonus tambahan cerry berry. so, itu la hadiah yang saya dapat malam tadi sebab makan megi dan minum teh ais. sekian terima kasih.

tidor lambat malam tadi dalam pukul 1am baru tidor ada keje sikit. tengok nezha dah baikkkkk punya melepek kat katil. eee..cubit kang. amik dulu berus bulu dia bagi lelawo baru la syok nak pelok2. wahh..bertambah2 syok dia tido. ngada.

pagi bangun macam biasa. jalan jem macam biasa. lapar. makan biskut gula 3 keping. minum air kosong. kenyang. tapi kejap je ni dah macam lapar balik.

ok la.. saya banyak keje la. sorry pada kawan2 ye saya tak sempat nak jengok2 blog anda lama2. masa kureng mengizinkan.

esok ada 2 tndr intrvw.. perlukah saya belah badan jadi 2? sebab masanya adalah lat 1/2 jam je. uuwwaaaaaaaaaaaaaaa...

Wednesday, April 22, 2009

sayangi bumi kita...


hari ni katanya hari bumi - earth day. tak kira la pluto day ke, uranus ke, neptune ke yang pastinya kita kena la sayangi dunia kita. semua pon bermula dari rumah. kalo elok rumah kita insyaallah, perangai yangelok tu akan dibawa ke luar. tapi tak jugak. ada orang kat rumah dia elok je tapi kat luar tu macam hapa je peelnya.

sedar tak sedar dunia ni dah makin tua. banjir, gempa bumi, tanah runtuh tu semua menunjukkan bumi dah tua la. bencana alam hari2 kita boleh dengar ada je kat mana2. ditambah pulak lagi dengan kerenah manusia lagi le mempercepatkan proses bencana berlaku. tak pandai la nak explain dalam bahasa ilmiah. cumanya kita kena la ingat, kalo tempat tinggal kita ni dah terok, camne la masa depan??? kalo pon ada penemuan planet baru yang menyerupai bumi katanya camne kita nk pergi berhijrah ke sana? ada ke ko duit berjuta2 nak tempah tiket roket tu?

dalam hal macam ni, rasanya elok juga kalo diterapkan balik subjek kesedaran sivik macam zaman dulu2 tu. kesedaran sivik rakyat malaysia sekarang ni amat le teruk. dari sebesar2 manusia sampai sekecil2 ummat. kadang2 budak2 belajar kat sekolah dengan penuh minat, tapi bila balik keluarga pulak tak menerapkannya, main hentam je. kat sekolah belajar jangan meludah merata2, jangan buang sampah merata2, tapi balik rmuah tengok ayah hisap rokok buang puntung rokok selamba je, tengok mak buang laok nasik basi selamba je dalam longkang belakang rumah. so, budak2 akan berpendapat takde gunanya belajar kesedaran sivik kat sekolah tu. kalo belajar pon sekadar nak lulus pereksa je la. kadang2 ada jenis manusia yang kiasu ni yang buat orang benci. pikir diri sendiri je. orang lain mati takpe asal dia bahagia.



cakap banyak pon tak guna. kalo la bumi ni boleh bercakap macam kat kartun2 tu entah la.. apa jadi kat manusia ni pon tak tau le. pembangunan menuntut pengorbanan. ye betol. kalo kita tak tebang pokok, camne nak bina banggunan untuk tempat tunggal kita, tempat kerja kita. tapi berpada2 la. kesedaran tu perlu datang dari dalam diri individu sendiri. apa yang penting, kita ajar anak2 kita supaya menghormati orang dan dunia. ikut peraturan dan undang2. tak takot ke kalo dalam tempoh 20 tahun lagi dunia ni menghakis? nak duduk kat mana? dalam air. aaaa..boleh jugak kot. sapa2 yang marin engineering selain dari kaji ikan2 tu sila la kaji camne nak hidop dlam air. boleh buat modal berniaga dimasa hadapat. housing development construction in water. hehehhehe...
okla. membebel lak hari ni. sayangi dunia kita ye. itu nikmat allah yang kita perolehi, sama2 kita menjaganya.
cerita pasal nezha petang nanti. budak tu buat perangai semalam.
love you obek, love you nezha and love all of you.....

Tuesday, April 21, 2009

ada budak majuk....


ada la budak tu kan, dia merajuk. mengada2 je tau.


puncanya macam ni la. malam tadi kan saya tengah tido tu, dia dok la meow2 panggil saya bangun. tu mesti nak suruh teman dai pergi makan le tu. saya malas. ngantok. nak tido. jadinya saya buat taktau je la cakap kat dia nanti2 la pagi esok baru makan. hehehhe... buleh lak suruh orangtu berlaparkan harus le mengamok mamat tu.

sekali tu dalam pukul 4am macam tu hujan lebat. saya seperti biasa kalo hujan memang le tak buleh tido. tensennnnn!!!!! dah le hujan lebat, siap dengan dentam dentum guruh lak tu. kilatpon ada. uuwwaaaa... melalak le sorang2. panggil2 nezha dia takmo datang. dia dok kat port dia je la. wahwahwahh... berlagak ko ye.

dah pukul 6am tu saya bangun la. panggil dia ajak pegi makan. wahhh.. ikut tu memang le dia ikut tapi mogok lapar korang. tu dok baring atas table. majuk. panggil2 buat tak dengar je. alalalalala... sayang dia.

polok2, pujuk2 then baru la dia nak. masa saya dok tuang makanan tu dia ala2 marah majuk2 la, dok garu2 nak gigit2 kaki saya. hehehhee... so, teman dia makan, suap semua mengadap dia baru la okey sikit. hai..macam2 perangai budak ni la. dah siap makan, mood pon dah elok. apa lagi... dia melompat la..... ntah hapa2 dimainnya, lantak sana saya nak siap2 pegi koje.


muka orang merajuk.. elok beno le tu nezha ooii...

pagi ni kat office memang buzy. jalan tak berapa jem. light2 je la. baru masok opis, belom pon on pc siamang dah menerpa kat table. nak tunggu benda tu siap. eeee... getik betol. kelentang kelentung makanya siap la. sekali masa nak filing ada lak minah ni cakap buat2 terkejut, alamak, i lupa la masokkan a.r untuk tahun 2006. camne ni? mau haku tak naik hantu?? dah dari semalam suruh siapkan, letak elok2, kumpul setempat hari ni nak pi submit apasal ko lupa????? sabar2.. jangan marah2 orang. maybe saya pon silap sebab tak check benda yang dia buat tu. sebab saya assume benda tu ok je la sebab benda senang je. copy of 5 yrs a.r, form 24, bank statement, co.profile, l.a dengan banking facilities punya copy je la. benda2 simple, senang & basic. haduhhh... habis nak buat camne. tunggu je la if orang tu call ckp if ada benda tak complete. dah tu baru nak menggelabah puyu. nak marah kang dah tua2, tak marah kang jiwa terseksa. suruh compile barang je pon tunggang langgang. srh inform siamang dia takut. harus le kan. sayaaaaaaaaaaaaaa jugak yang kene nanti. benci betol. harap2 semua ok je la. lepas satu seksa. ni ada 3 lagi yang menunggu. masakkk2.

ni muka merajuk lagi. dok terperuk bawah meja. lawo kan muka merajuk. amalkan le selalu.


kepala still pening2 dizzy2 la. belum sembuh sepenuhnya. suara dah ok dah. ada ada suara asal balik walopon tak semerdu sebelumnya. hehehee... obek still buzy. katanya mulai bulan depan kene koje malam pulak. eeeeeeeee..benci la, jadi macam hari tu. orang balik koje dia baru nak pegi koje, orang nak pegi koje dia balik tido. takde chance nak dating2 ni. hujung tahun kalo tak dapat bonus 25 bulan siap la ko. koje tak serupa orang. wahh... termembebel lak kat sini kan.

okla..ada banyak nak cerita ni tapi nanti2 le.
love you obek...
love you nezha...
love all of you...

Monday, April 20, 2009

warning ke?...

pic from googles..





hehehhe.. apa ke bendanya warningnya. takde la. warning2 manja je. hari ni dah tentunya sebok bebeno. benci ah.. sebab tu saya datang jugak office walopon tak sihat. tadi masa tengah tunggang langgang buat koje siamang (read : bos i le tu) dok membebel2 memekak2. ye2.. walopon tinga saya ala2 kureng dengar sebab badan dan selsema, tapi saya tetap dapat dengar nih dia memekak. seperti biasa fav spot dia ialah depan table saya la. memekak je orang tua tu tau. sekali dia cakap kat saya 'whatever you do, don't take a leave tomorrow and the whole week.' itu bahasa formalnya la.. bahasa kureng formalnya 'ko jangan ngengada nak cuti esok ke bebila ke, koje banyak ni semua nak kene sumbit minggu ni, ada paham?'. huwahhahha.... wahwahwah..mentang2 le saya mc jumaat tu terus nih kasik warning manja2 kat saya ye? tau takot kalo saya takde kebabom le jawabnya tender ko. padan muka. actually siamang tu cakap tak le tuju kat saya sorang, cakap pada whole team le kan, tapi disebabkan dia tu dok tercongok bercakap depan saya, makcik terasa lebih tau. siap cakap "we have to all out this week" tu. ye la tu, banyak ko punya all out. kitaorang ko suruh all out, ko tu outtttttt of office memanjang. hhuhuhuhu.... makanya ayat itu telah menjadi dialog kutukan untuk hari ini. hahahhha... kelig siap buat posing pengsan2 nih. gatal. yang ada orang ni lak last2 minit le pulak baru nak bagi ammendment. hantu betol. format berterabor udah satu keje tambahan nak kene buat. benci aahhh orang bodoh keje nih. tak boleh ke buat koje elok2 so that takyah ada tukang repair pulak. nak kata baru masok koje dah tua berjanggot tapi tak gak reti2. hempok dengan hard cover file ni kang sesia je ko hidop 40 tahun. huhuhu... sorry.. ada sikit emo disitu.
kepada kekawan sorry yang teramat sebab saya tak sempat la nak bukak2 jenguk2 blog korang. minggu ni memang pack la. tengok la kalo memalam ok nanti saya bukak dan reply komen2 ye. bongok band kat rumah tu lembabol. berkurun nak bukak 1 page tu. dari menambah dosa kering mengutuk2 baik jangan bukak.
owhh... badan still suam2 panas nih. aduhaii..mata panas, pedih2 ni camne nih. banyak nak cerita ni.. tapi nanti2 la ye.. love you.

tak berapa sihat ni...


mmm..musim demam datanglagi. boleh kata tiap2 bulan ada je demam. penyakit2.. takpe la. oran kata penyakit ni menghapuskan dosa2 kecil ye tak? hehehe.. wah..nampak beno banyak dosa2 nih. insaflah wahai ummatttt.....

anyway, khamis malam tu memang dah flat semacam. ingatkan just sebab penat je la kan. malam tido dah tak boleh tido. hidong sumbat la, badan panas2. so pagi jumaat tu macam tak larat sangat, jawabnya melalak le. call obek dia kata tido je la kang dia call office cakap saya mc. tengahari sikit kang dia bawak pi klinik. chewahh... bagi mc kat diri sendiri dulu sebelum jumpa doktor. takpe.. kita kowtim je dengan doktor tu. jadinya saya tido je la. pukul 11am tu obek datang bawak pi jumpa doktor la. takyah kowtim2 de, memang kompom dapat mc sebab badan panas sangat plus selsema achum2 je kojenya. hidong pon dah macam badut merah je. mujur kulit hitam tak le obvious sangat kan. tekak sakit badan sengal2 semuanya sakit la. pas tu balik rumah tido sampai petang. tak layan nezha pon. dia tengok saya terbongkang dia pon terbongkang sekali.

petang balik rumah ma walopon tak larat drive jugak la. sampai sana sambong tido lagi tak dinner pon terus esok pagi sabtu tu baru bangun. bangun pagi, sambung melepek depan tv. breakfast lebih kurang, tido lagi. kiranya hari sabtu tu memang tido je la jadualnya.

ahad pagi dah ok sikit dah. buat masak kicap fav saya tu baru le boleh makan nasi. makan sikti je pas tu kuar balik. rugi, penat mulut kunyah2. lepas habis melodi balik rumah sini. sambong tido lagi. hehehehhee.... tapi dah sihat sikit la. malam baru kuar dinner dengan obek. makan sushi tapi tak berapa nak selera. obek perli2, dia cakap 'selamattt..' sambil urut2 poket la. uuwwaaa...benci tau. selama ni saya kalo makan sushi tu memang le rabak obek tu saya kerjakan. takpe2.. tunggu la saya sihat nanti tau la.

pagi ni paksa diri untuk bangun jugak. kerja kat office banyak. yang saya benci kalo saya tak datang ada je keje urgent la itu ini kalo ada tercongok kat opis ni tak de la pulak. ggrrr... ni pun bukan sihat sangat. kepala pusing2 je. penangan ubat tak habis lag plus badan pun stil deda2 je lagi rasanya.

apa boleh buat, datang jugak la koje. dengan harapandah jumpa ramai2 manusia (monyet) kang segar le otak minda dan badan. hendaknya la.

ok la. happy monday to everybody!

love you obek..
love you nezha
and love all of you...

Thursday, April 16, 2009

nezha homeless?...



hehehhee...takde la nezha tu homeless sampai kene tinggal dalam kotak tu. melampau tau. sian dia. takyah le nak risau pasal nezha, dia tu lagi tido sedap atas tilam empuk lagi dari tilam saya. mengada je tau.

takde la.. semalam kan kuar dinner dengan obek. obek still demam sian dia. muka pon nampak macam merah je. hahahhaa... tak baik2 lak lagi tu. walopon demam tetap ada hati nak minum teh o ais limau. wahh..macam ni makan ubat demam 10 kilo pon tak kan elok2. takde2, jangan mengada. minum teh o limau suam. patot tak baik2 demam, tu mesti siang2 minum ais tu. smoking dah tentu la. eeeeeee... nak cakap dah tua, tak cakap macam tu lak jadinya. bior lantak sana.

masa tengah dinner tu saya cakap2 la, macam sakit2 badan, sakit kaki sakit tangan sakit pinggang semuanya sakit la. obek tanya apsal? saya cakap tak larat nak menyapu. guna penyapu lidi tu bersih tapi kene guna tenaga banyak la. hehehhee.. kalo dah pemalas tu cakap je la. penyapu lidi lak dijadikan mangsa. pokpekpokpekpokpek... sekali obek kata takpe, jom pi tengok vacuum. i followwwwww.... mwuahahhahaa....

so, kita pon pusing2 le kedai cari benda alah tu. carik punya carik pilih punya pilih ingat nak tengok2 je mana tau obek nak beli terus. ayoyoy..makcik mana ada rm. nak beli tunggu gaji la. obek kata obek belanja. yahuuuuu.. i love you obek!!!!! moga panjang umur murah rezeki aman makmur sejahtera. wahhh... dapat belanja terus puji melangit ni. tadi bukan main dok kutuk2 orang tua tu pasal demam. tapi hujung2 dia cakap 50-50. hwauhahhah.. lupakan je la. memang lebor le jawabnya tu sebab nanti saya buat2 lupa sepanjang masa. hehehhehee...

tak de la beli yang mahal2 canggih2 tu. wahh..rupanya sekarang ada macam2 pesen ye benda tu. ada yang takyah pakai bag, dia masok dalam macam bekas kaca. lawo. ada yang cute comel ada yang beso. ada yang kaler2 warna warni ada yang sepesen je. tapi duitnya pon lawo. obek amik yang biasa2 je macam vacuum opis punya tu la yang beso. buleh dry wet katanya. entah la tak paham. yang saya tau boleh sedut habok dan bersihkan cukup la. kalo menengokkan dari bendanya memang tak menarik. macam robot je. apa2 la... janji ada.




so, balik rumah menggodek benda tu la. pasang2kan roda dia semua. sonang ajo. cari skru drebar idak le jumpa. yang juma udah tumpul pulak. sapa lak nak memain tool box tu. tanya nezha dia apa tau. dok sebok mencium2 dan main dalam kotak je. kurung ko dalam kotak tu nanti baru tau. cari2 lagi baru jumpa. wahh.. terus try test le malam tadi tu. try punya try habis dah 1 rumah saya sedut. dengan nezha2 sekali sedut. bior bersih sikit. hehehhee.... yahuuuu.. lepas ni takyah pakai penyapu lidi lagi. yang lama punya boleh buang. dok dalam rumah pon buat tukun je watpe. menyemakkkkkk je. apapon, terima kasih atas jasamu dulu. jasamu tetap dikenang.




sambil2 memvacuum sambil tengok csi la. gila la bawak pembunuh buat video/teleconference dengan student. tak pasal2 je ada yang emo. kat malaysia takmo buat macam tu ke ha? hehehee... ada pro & cons dia la kan. lepas habis csi, tido kebabommmmmmm...
malam tadi tido lena. sebab tak hujan. yahuuuu...
love you obek. thank you belanja vacuum.
love you nezha busuk masam masin
love all of you....

Wednesday, April 15, 2009

dah try dah....



hehehhee...saya dah try dah. semalam, lepas pegi klinik dan dinner, kitaorang pusing2 la dulukan. sian obek srot sret srot sret pon tetap la melayan saya pegi pusing2. hehhehee... dia kata kalo tak kang saya memekak. bagus2, tau takpe. ye2, saya kejam.

sambil pusing2 tu dia tanya nak beli apa2 ration tak. buleh jugak. saya dok la teringat orang dok cerita pasal biskut panda tu. sedap beno bunyiknya. bukak blog sana orang tu makan biskut panda, bukak blog sini orang ni makan biskut panda. wahhh.. promosi besar2an ni. jadinya saya pon teringin le. jenuh jugak le pusing mencariknya. obek tanya ada ke biskut panda? biasa biskut 4 segi or biskut bulat je. uwwaa... dia ni kan, betol2 la tau. ada ke obek tunjuk kat saya biskut tedy bear tu, ala yang bungkus kaler biru kotak2 tu biskut coklat bentuk teddy bear tu kan. orang cakap biskut panda la, bukan biskut teddy bear. belek punya belek, pusing punya pusing, akhirnya dapat le jugak. amik semua perisa nak rasa yang mana satu. melampau tamak kan. obek tanya sedap ke tu. saya kata taktau la belom pernah rasa. so, malam tadi makan yang perisa biasa tu le. rasanya ok2 je la. cuma comel ada pic panda tengah bersukan. boleh tak obek kata itu sebenarnya bahan kimia yang buat lukis2 gambar panda tu? uuwwaaaa...benci tau. tak padan dengan demam ada je nak nyakitkan hati. so, pagi ni makan yang coklat punya. sedap jugak. tinggal lagi satu perisa stroberi tu le. itu nanti malam kang baru makan. jangan tak tau nezha pon suka jugak.. 2 bijik dia makan malam tadi. pas tu saya sorok. mana boleh..kang habis le portion saya.

beli jugak la mars & milo segera. senang tuang je masok cawan boh air kacau2 siap. alamak... semua dairy product le pulak. ada harapan gemok ni. yahuuu.... tengok tak csi malam tadi? ala yang pompuan gemok tu jadi kurus sebab nak balas dendam tu. cerita tu dah main dah dulu tapi ulang lagi. saya suka je tengok csi tu. hehehhee....

hari ni obek takde, pegi PD lagi. mmm.. so dinner sorang2 la malam ni. takpe2, nezha ada. lama nezha dah tak kuar jalan2 malam2 tengok lampu. sian dia dok kat rumah je. tengok la kalo tak hujan malam ni bawak dia kuar pusing2. ala..bukan pusing jauh pon, kat depan2 rumah tu je. hehehhe.. okla..tetiba teringin nak makan roti jala. mana nak carik?

uwaa..ngantoknya...



sejak musim2 hujan ni, masa tidor saya juga ala2 terganggu gitu. dah kata penakot hujan, orang lain kalo hujan lagis edap tido tarik selimut, saya pulak terkebil2 tak buleh tido. uuwwaaaa.....
semalam semalaman hujan. malam kuar pegi dinner tu hujan renyai2 juga. nak tido tu hujan sampai le ke pagi ni ha. aduhhh.... memangtak boleh tido la. si nezha saya tengok sedap je melengkor dalam selimut. gatal punya mamat. takpe la, saya tak dapat tido saya tepok2 dia je la. ada gak lelap2 tapi kejap2 tu terjaga, kejap2 terjaga. jadinya menambahkan sakit kepala.
nezha tu takot gak hujan, tapi kalo hujan biasa2 dia ok, tapi kalo hujan lebat bunyik petir2 kilat tu dia takot. kang dia diammm je tegak. hehehhee...
obek demam. ala2 tak sihat la. so sebelum pergi dinner pegi klinik dulu la amik ubat. sian dia. kahkahkahkahahhh... dah dapat ubat tu masok kereta saya tanya
me : dapat mc tak?
him : dapat tapi tak amik.
me : lorrr.. apsal tak amik?
him : takyah la..tak pe la.. lagipon esok ada keje
me : adoii.. lenkali amik je mc tu tapi boh nama kita,
him : eh, boleh ke? nak pegi amik ke ni?
me : takyah le..orang memain je.. ggrrr...
macam ni punya orang pon ada ke? doktor dah bagi mc tu amik je la. alasan dia esok nak kene pi site juga ada benda2 lagipon if cuti pon hp tu tetapla berbunyik. wahwahwahh..lantak sana. malam kang kalo bising2 cakap demam la sakit kepala la jangan nak memekak kat saya ye.
owhh..berbalik kepada cerita tak tido tu, jadinya saya ni mengantok yang teramat le ni. uuwwaaa... nak tidooo. nak tido yang lena2 yang takde mimpi2 punya. nak tido yang takde kejap2 bangun tu... nak tidoooooooooo..........

Tuesday, April 14, 2009

ribut petir....



wahhh... harini busy sangat la. tapi nak cerita pasal semalam ni...


semalam ribut petir hujan lebat betol. kat kl ni pon hujan je dari pagi sampai ke malam. kat rumah ma rupanya ribut petir. sian ma. takot dia. semalam petang saya call dia la tanya camne keadaan semua tu, dia kata tengah hujan lebat ni so tak boleh cakap kat phone lama2 bahaya. tapi sempat gak pesan suruh tolong top-upkan handphone. amboiiii.... bukan apa la.. area rumah ma tu if hujan lebat automatik talian telefon rumah akan off jugak. idak le paham apa sinomimnya benda2 tu. dah tu kalo letrik takde camne nak call tnb? bukan semua orang ada hp. tu la ma suruh top up hp dia kot2 justin case apa2 hal berlaku tengah2 malam ke. huhuhu....

hari ni tadi call ma cakap rupanya semalam memang terok ribut petir. banyak rumah yang kene lightning. rumah jiran tu tv meleop kebabomm. hehhehe... ada yg lampu pulak pecah, ada yang pc kebabom, hai..macam2 kejadian la. tapi kebanyakkannya tv la rosak. termasok la rumah ma. aduhhhh.. ma kata dia dah cabut off suis but tak cabut plug tu. hehehe.. sebab biasa tak pernah lak jadi macam tu kan. takpe la.. apa pon get ready je la duit nak kene beli tv baru dan astro baru. habis udah 2-2 pon kebabaom apo nak dikato???

pagi ni orang tnb datang check letrik rumah la. kot2 ada short circuit ke hapa ke. orang tu suruh kitaorang cari orang repair sendiri. appa daaaa. ko bagi la contact number kawan2 ko or ko offer le diri buatkan. nyusahkan betol. buat koje sekerat jalan. ma kata nanti dia call la ada orang yang pandai letrik2 tu nanti. saya kata sementara ni takyah tengok tv dulu la. tunggu weekend saya balik saya checkkan semua tu. kot ye ke terbakar ke hapa ke. mujur radio ok pulak. kalo tak lagi sangap dai dok rumah takde berbunyik apa2 pon. duit, duit..dimana kau duittttt......

pas tu call obek mintak tolong dia pegi checkkan letrik tu la. obek kata dia hari ni tak sempat, esok baru boleh. whatever la. janji pegi.

saya ni mula la runsing. tak boleh tau la if ma tengah susah macam tu hati saya tak senang. risauuuuu.....

Monday, April 13, 2009

eh, korang dah ke???...


hehehhee...

eh, korang dah ke ganti puasa tahun lepas punya ha?? tak le..saya nak bagi peringat je la. sementara masih ada waktu awal2 lagi ni ha. kot2 terlupa esok payah. saya pon ada lagi ni. mwuahahhahaa.... mulai sekarang seminggu sekali nak puasa la. cukup sampai bulan 8 dah habis dah. buleh kot????

hujan je kan...


weekend tadi ni hujan je sepanjang hari. sian orang kenduri. belah pagi tu ada cerah sikit, masok lepas zohor terus dah kebabom. lebat selebat2nya. air sungai pun dah naik. risau jugak.

sabtu tak buat apa la. lepak je. petang walopon hujna tetap pegi pasar malam. mujru kat area pasar malam tak hujan sangat just renyai2 je. beli2 then balik.

ahad, pergi makan rumah kenduri tu la. lawo. theme cokolet. walopon cokolet tapi nampak macam ok le pulak. sebab susunaturnya ok. meja makan pengantin lawo. al-maklum.. abang pengantin koje chef hotel haa hambekk..meja makan pengantin macam hotel2 punya la. cantikkkkk... kek 3 tingkat. hehhehe.. kira lain sikit la dari kenduri2 area rumah ma tu. so dengan kecantikkannya jugak ramai le orang bertanya untuk next kenduri. wahh..rezeki masuk tu....

lepas makan kenduri balik rumah. hujan punya la lebat selebat alam. sampai ma call. cakap bekal nasi saya tertinggal. aduhhhh.. tensen betol. dah le hujan ingat memang takkan keluar le. dah le obek takde. kalo obek ada hujan pon boleh gak redah kuar pegi dinner. leceh laa.. dah le laok fav lak tu semalam. habis dengan buah mangga semua tinggal. air pun tinggal jugak. ma lagi le pulak. ada ke suruh balik amik bekal tu. hahahahhaa..mananya ma... itu macam nak suruh tido sana lagi je. kahkahkahhh..takpe la. bukan rezeki saya. so, sementelaah dah basah hujan tu, terus kuar balik beli mekdi, untuk makan malam kang. bior lan latak keras kejung pon asalkan ada makanan. ehhehehee..mujur beli awal2, sebab memang hujan tak berhenti sampai ke pagi ni.

malam tengok tv. anugerah tu le... ntah hapa2 je tengok. meluat. dari menambah dosa mengumpat baik jangan tengok. tunggu je berita hari ni kang banyak le orang cakap sapa yang menang. saya tengok tv2, cerita hapa ntah. best jugak. layan je la. pukul 11pm tido.

nezha ok je mamat tu. makan banyak. maybe sebab sejuk perot pon jaid lapar je. makan la nezha... makan banyak2. tak makanan nanti kita gigit2 kerusi tu.

hari ni agak buzy sikit la. biasa la. obek maybe balik petang ni or esok pagi. harap2 cepat le balik. hehhehe.. banyak nak ngadu2 ni...

ok la.. love you obek, love you nzha and love all of you...

happy monday everybody!!!!!!

Sunday, April 12, 2009

hujan...





Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...
Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

sudirman-hujan

Saturday, April 11, 2009

camne eh?...


camne ni eh..

korang ingat tak saya pernah cerita apsal kawan saya yang kepoh tu la.. yang tak boleh oranglebih dari dia tu.. semua dia je yang bagus dia je yang elok... kan hari tu saya cerita yang kereta dia rosak dan ala2 nak pinjam duit tu...

so, baru2 ni ada la berym dengan dia... cerita2 biasa, tanya khabar pasal anak dia. rupanya dia pon tengah kesusahan sekarang. baby sitter dia tu kena demam campak, so sekarang takde orang nak jaga. mujur juga dia ada mak yang boleh di minta tolong jagakan baby tu. dan bertambah mujur lagi mak mertua pon sekampung, so kalau mak dia buzy, baby akan hantar ke rumah mak mertua la. kampung tak jauh la.. kat t.i je. jadinya dia kena la berulang alik ke t.i tu tiap hujung minggu. bila dah terpaksa berulang alik tu perbelanjaan bertambah. duit minyak, duit belanja semua nak kena kira.

jadinya dia hari2 macam mengeluh la. saya kesian jugak. ye la, cuba letakkan kita kat tempat dia. mesti runsing mikirkan hal anak. tup-tup..kereta pulak rosak. kene 1k lebih hari tu. aaaa.. time tu la yang dia buka mulut ala2 nak mintak pinjam la kan. saya tak kisah la. orang tengah susah. walopon selama ni dia heboh mewar-warkan yang laki dia koje gaji 6k siap nak beli vios bagai tu...

saya mikirkan baby tu je la. sian kan dia sekejap kat sana, sekejap kat sini. runsing baby tu nanti. baby tu sekarang dah umor 7-8 bulan la kalo tak silap saya. bab baby pulak, still macam dulu la. semua nak yang branded saje untuk anaknya. i means, sapa tak sayang anak, tapi ukur baju dibadan sendiri. dia cakap anak dia takmo makan bubur nasi yang masak sendiri, nak makan nestum yang beli punya. nak yang mahal. heinz semua tu. saya taktau le berapa harga benda tu sebab tak pernah beli tapi menurut dia benda tu mahal la. saya kata blend je la buah2an sendiri, jimat & lebih selamat. dia kata baby dia takmo. knowing her yang memang malas masak, saya diam je la. kang dia kata kita ni apa pulak. susu dia kata anak dia takmo susu lain. nak susu mahal je. enfapro ke hapa namanya. ye ke mahal susu tu? idak le makcik tau. kiranya nak yang standard2 je la.

kadang dengar gak dia cerita pasal laki dia dah ala2 susah hati. ye la..duit tak cukup, keperluan anak mesti dipenuhi. laki dia mintak susu anak ditukar kepada brand yang murah sikit la, pampers yang murah2 sikit la. tapi dia tak pedulik. kadang jadi punca bertekak. saya diam kan je la. dengar je la apa yang dia cerita. hal rumah tangga orang jangan masok campor.


dia bangga dengan anak dia. sapa tak bangga dengan anak sendiri. saya takde anak pon asyik la nak cerita pasal nezha. kejap2 nezha itu, kejap2 nezha ini. dia selalu membanding2kan anak dia dengan anak orang. anak dia umor 3 bulan dah pandai pegang botol susu, anak kelig dia 1 opis tak reti lagi. but sekali pikir saya rasa memang budak umor 3 bulan pandai pegang botol susu kan. i mean, bukan le pegang beriya, angkat tangan dan telak kat botol tu kan? anak dia pandai tengok tv, dowhh..semua baby pon senyap bila tengok tv. blablablablabla... tak larat dengar tapi layankan jugak. kalo kita tegur nanti jawapannya, "aku tau la anak aku camne.."

hari tu dok tanya saya kot2 ada kedai jual baju baby yang offer, nak beli gaun katanya. saya kata kalo saya ada kuar berjalan saya inform la. terlanjur pergi jalan hari tu, saya belikan 1 gaun, buat pakaian harian je la. tapi sebab dia pernah mention ada 1 brand tu so saya beli la. alala.. untuk anak dia, bukan untuk dia.


dalam pada tu, saya pon dah discuss dengan obek ingat nak tolong jugak la kan. obek kata ok je. huishh..dia tu mana banyak cakap. dalam pada saya berura2 nak inform dia yang dia boleh amik duit dari saya, dia pulak bukak cerita... dia pergi sebuah shopping complex la then ada promosi entah hapa benda barangan elektrik baru la kan. so kira amik cabutan bertuah then tukar dengan barang tapi balance duit kene bayar sendiri la. entah le camne dia amik le barang tu... saya kata wah..kata takde duit amik jugak barang baru. dia kata itu hutang, bila2 boleh bayar. mmm..ok. sukati ko la. nak tau barang apa? air purifier berharga 2999.99. sekian terima kasih.

saya ternganga tercengang dengar. mak datok..mahalnya. tak tau la kot2 memang harga benda tu macam tu sebab saya memang tak pernah beli benda tu. dia kata untuk anak dia. ada baby memang kene ada air purifier tu supaya udara lebih segar dan bersih. ok, point taken. demi anak memang ibu sanggop buat apa saja. tapi perlu ke dalam keadaan dia yang sekarang ni? so, borak punya borak lagi terkeluar lagi cakap nak pinjam 200. saya kata nak buat apa? nak beli susu baby ke? takkk.. nak beli kain pasang nak tempah untuk raya. kalo tempah lambat nanti orang takmo amik tempahan sebab nak baut baju sedondon untuk raya tahun ni.

allahuakabar..... saya sendiri pon tak pernah terpikir pasal raya2 ni dia dah pikir dah. masalahnya ko nak hutang dengan orang sebab nak beli baju raya? takyah baju raya baru la kalo tak mampu. jadinya yang sedari awal saya berniat nak inform dia boleh amik duit terus terbatal hasrat. malas la. kalo dia cakap tadi nak buat beli susu anak, nestum anak, pampers anak, memang saya bagi. lagipon dah discus baik2 dengan obek pro & kons nya. tapi sebab nak beli baju raya? bye2 le jawabnya... malas nak layan.

sampai hari ni everytime ym dia akan hint2 la pasal rm tu. saya buat dek je la. kesian tu memang kesian tapi lain macam pulak peelnya. hari ni pulak dia inform, baby sitter yang kene demam campak tu inform dia yang dia takmo jaga baby lagi. sebab ada hal peribadi keluarga nanti dia nak kene selalu balik kampong. aduhh..lagi satu masalah. saya cakap kenapa taknak hantar anak ke nursery? ramai orang hantar baby elok je. dia kata nursery jaga baby terlalu ramai. tak bersih, dan anak dia tak suka terlalu ramai orang. bising sangat pon tak boleh. nak kene mengadap dia je. owhh..saya cakap baby memang le macam tu. mula2 mungkin dia tak selesa, nanti dah lama2 ok la tu. dia kata dia takot if anak dia nangis dan orang nursery tu bagi ubat tidor kata anak dia. astagfirullah..... sampai ke situ dia pikir... habis tu saya cakap, habis apa plan dia? dia kata bior letak kat kampung dulu mak mertua & mak dia gilir2 jaga. say akata apsal tak amik maid je. senang anak dok kat rumah sendir. rumah pon bersih maid boleh tolong cucikan. jawabnya amik maid mahallllll..... dan tak tentu lagi perangai maid tu elok2. mmmmm.. entah la labu.

saya bukan nak kutuk2 dia ke apa.. tapi pada saya, jangan terlalu memanjakan anak sampai macam tu sekali. bila dah manja memang payah le nak dibentuk. kalo budak tu baru merengek sikt dah digendong alamat memang le. kalo jaga baby dia sorang maybe boleh layan. sapa tak sayang anak. kalo boleh yang terbaik itu lah yang hendak kita berikan pada anak, tapi tengok la keadaan yang macammana. tu pasal aleman lebih. entah la.. nak cakap pon susah. cuma saya harap lepas ni takde la dia hadapi problem lagi. jenuh!

Friday, April 10, 2009

nezha, bermeditasi?...

huiiii.... apa korang ingat manusia je ke yang nak bermeditasi mengatasi stress? nezha pon pandai gak tau tak. ye la, meditasi tu kan kira mental displine. tapi nezha punya meditasi lagi gila kow2 punya meditasi. he really make time to meditate. hahahhahaa....




in a quite relaxing environment....
sit on level ground (but he is on my laptop la as usual)..
keep the eyes half-open (see..ada unsur stim dimata nezha) kahkahkahkah...
breathe deeply...
relax every muscles...
focus the attention...
tumpukan perhatian....
tenangkan fikiran....
tetapkan tujuan....
hilangkan kerisauan....
meditate.. meditate....



hey! dont disturb me will'ya?? i can't focus if you keep calling me.
go away laa!!!


owh... this women really make me lost my meditation power just now. enough of pictures pleaseee....



bluwekkk!!! now you got what you should get!
sebok kacau orang je la...


hahahhahahaa... gila kelakar saya malam tadi. tasbih tu bukan apa, dia dok main2 gigit2 so terus bawak lari duduk atas laptop tu. jangan le nak berebut dengan dia. kalo tak memang putus le jawabnya benda tu. bior dia main kejap nanti dia lupa la.

haiii... nezha pon pandai nak bermeditasi kurangkan stress.. i should learn something from him.

love you nezha!!!!!!

pagi2 dah jadi hal...


allahuakbar!!!

pagi2 dah jadi hal. tadi masa on the way datang office, jalan jem biasa2 tu la. bumber to bumper. brek membrek. perkara biasa. tapi yang tak biasanya tadi tu masa tengah brek2 tu sekali ntah le camne saya memang terpandang je cermin pandang belakang dan nampak satu motor ni tengah membabar2 brek untuk elak dari kene bontot kereta saya. dowhhhh.... srett..srettt..sretttt.. bedentum!

hantu betol. sabar2. banyak2 beristigfar, banyak2 ingat tuhan. masa kena tu saya dah rasa la memang ada hentakan, tapi macam tak berapa kuat. itu pon mujur mamat motor tu mengelak ke tepi kalo tak memang habis bontot kereta saya. saya tak turun, cuma tengok dari cermin belakang nampak mamat tu jatuh dan terkial2 bangun. apsal saya cool je? entah la.... dalam pada tu istigfar banyak2. kalo dentuman tadi tu saya rasa kuat, memang saya turun dan pijak2 mamat motor tu kasi mampos. nak sangat mampos meh sini saya bagi tolong mampos cepat sikit. astagfirullah... mengucap banyak2.

jalan tengah jem, so saya tengok mamat tu dah bangun saya pon terus je la jalan. boleh la mamat tu lalu sebelah kereta saya dengan selambanya. sabar2. istigfar banyak2.

saya diam je. sepatah perkataan pon tak keluar. sabar2. tuju ke destinasi dulu. sampai tempat parking, carik space parking dulu. dah parking cantik, tenang2kan hati dulu. then baru capai hp, then call obek. bila dengar je suara obek 'hello..' saya terus melalakkkkkkkkkkkkkk....

hehehhehee... tahap kesabaran sudah tak tertahan lagi dah. harus le orang tua tu terkejut pepagi call nangis2 lak tu kan. so bila dah reda baru la mengadu2 semua tu. obek suruh turun tengok belakangtu la. saya tengok ok je just kemek2 sikit. takpe la. dah lega semua baru kuar pegi office.

hehhehehee..... perasaan masa tu nak marah ada, nak menyumpah seranah ada, nak nangis ada, semua ada lah. sabar2. jangan panik. itu pon syukur alhamdulillah takde apa sangat, just kemek2 je. buatnya accident terok lagi susah, so bersyukur la.

kepada orang2 yang naik moto tu please la... sama2 kita ni keluar rumah nak carik rezeki, jaga diri dan hormati jugak orang lain. itu kalo orang lain yang kene memang selamat dah mamat motor tu walopon tak terok. saya tak baca bismillah ke keluar pagi tadi. baca rasanya. entah la..dah rezeki nak kena nak buat camne. kemek pon kemek la.. kereta kl kalo tak kemek tak sah. dahtak cun dah glen. sian dia. owhhh..kereta saya nama glen ye. dah tak cun dah tapi takpe la..sebab drivernya still maintain cun.

allah.. pagi2 dah dugaan...sabar2... tak sabar kang kita nangis je la.

love you obek
love you nezha
love all of you

Thursday, April 9, 2009

tolonglah..jangan rasuah...



tolongggglah. janganlah libatkan diri dalam rasuah. rasuah tu hanya akan menjahanamkan diri sendiri dan keturunan kita je la. rasuah tu bukan hanya kalo bagi duit bawah meja, tapi banyak lagi cara yang menjebakkan diri dalam rasuah.

kalo ikut pengertian suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia (sprm) rasuah tu bererti suapan dalam konteks yang lebih luas iaitu wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa2 jenis harta, samada alih atau tidak alih, atau apa2 manfaat seumpama itu yang lain,

atau--

apa2 jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan dan apa2 perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa2 sifat,

atau--

apa2 bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa2 pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, samada keseluruhan atau sebahagian daripadanya, atau--apa2 jenis balasan berharga, apa2 diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan,

atau--

apa2 perbuatan menahan diri daripada menuntut apa2 wang atau nilai wang atau benda berharga,

atau--

apa2 jenis perkhidmatan atau pertolongan lain seperti perlindungan daripada apa2 penalti atau ketakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa2 tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, samada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk pengginaan atau menahan diri daripada menggunakan apa2 hak atau apa2 kuada atau kewajipan rami,

dan--

apa2 tawaran, akujanji atau janji, samada bersyarat atau tidak bersyarat untuk memberi suapan mengikut pengertian mana2 perenggan diatas yang terdahulu.


aduhhh..tengok. banyak benda yang kita tak terfikir sebenarnya yang berlaku sekeliling kita yang boleh mengheret kita secara tidak sedar ke dalam rasuah. itu yang tidak sedar, secara sedar dan lansong pon orang tau tapi masih buat. sebab apa? sebab best la. sapa tak nak dapat duit selepuk hanya dengan satu tandatangan?? sapa tak nak dapat kereta free hanya dengan mempercepatkan proses sesuatu urusan? sapa tak nak melancong keluar negara dengan semua pembiayaan ditanggong oleh orang? bini mana yang tak suka bila mana tiba2 dapat kalong berlian sebab laki tolong naikkan fail orang2 tertentu ke atas? sapa yang takmo dapat rumah free dengan hanya berkrompomi dengan golongan tertentu? gila la kalo taknak. ye gila. tapi orang yang gila tu la yang selamat esok2 kat sana nanti.

dalam konteks agama jangan cakap la.. memang dah terang nyata...

surah al-baqarah ayat 188 bermaksud :
"dan janganlah kamu makan harta orang lain diantara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim2 kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dnegan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

dekat dunia sekarang ni, sapa ada duit, sapa berkuasa dialah yang empunya. yang hak yang batil semua ketepi sebab takde duit takde kuasa. kat dunia korang lepas la..hidop mewah anak beranak turun temurun tapi akhirat esok merasa jadi kayu api neraka.

saya cakap pasal rasuah ni bukan apa, sebab rasuah ni, ramai yang menderita, ramai yang teraniaya, ramai yang terseksa. jangan cakap la bidang perniagaan je yang banyak rasuah, bidang lain pon ada cumanya mungkin kita tak perasan. orang2 yang baik, yang ikut landasan agama, yang jujur, memang akan menderita. manakala yang pandai putar beli, pandai kipas2, pandai bagi rasuah kenyang dia la yang maju. saya kadang naik bosan dengan keadaan yang macam ni tapi apa boleh saya buat. buat laporan? hehehhe...orang2 yang terlibat bukan orang kecik sayang oiii....

saya kesian tengok orang2 yang teraniaya ni... bos baik, tak reti bagi rasuah, tak reti nak belanja ribu2 untuk orang2 tertentu, tak dapat projek. bila projek tak dapat, hasil syarikat berkurangan, bila berkurangan, staff jadi mangsa. bila staff jadi mangsa, ahli keluarga staff turut menerima kesannya, anak2 staff jadi mangsa. perasan tak? sorang punya pasal, ramai yang menerima kesan.

yang senang bertambah senang, yang susah bertambah susah. yang menerima rasuah makin hari hidop makin mewah. makin gembira. gembira la ko sekarang. tapi ingat, akibat perbuatan ko tu ramai orang mendoakan kecelakaan kepada ko.

saya selalu ingatkan obek supaya jangan melibatkan diri dalam keadaan yang macam tu. biarla takde untung, tapi biar kita dapat rezeki halal. nak bagi anak bini makan duit halal. duit tu nanti jadi darah daging keturunan kita. sebab tu dia selalu susah, selalu kene kapor, selalu kene tipu, selalu kene buli dan selalu dipergunakan, sebab tak terlibat dalam aktiviti macam tu. kesan? memang memberi kesan. sampai satu ketika terpaksa berhutang kiri kanan untuk melangsaikan apa yang perlu. pernah juga kerugian beratus2 ribu sebab tak bagi rasuah punya pasal. pahit. terlalu pahit, tapi telan je la. kadang2 yang pahit tu lah ubat penyakit. tapi allah itu maha berkuasa. allah itu tidak pernah kejam, allah itu tidak pernah tidak adil. setiap perbuatan akan ada balasan. cepat atau lambat, di dunia atau diakhirat pasti akan merasa. dalam baran2 obek tu, saya hormat dia sebab tak melibatkan diri dalam hal macam tu. kadang2 sedih tengok keadaannya, tapi apa boleh buat. berpeganglah pada janji allah, insyallah. kita ni dosa yang ada pon tak terbilang tak tertanggong, jangan la lagi tambah dosa tu. orang yang meminta dan menerima rasuah tu sekarang hidop mewah, lebih dari yang sepatotnya. dari mata kasar pon orang boleh perasan dah, layak ke dia ada semua benda2 harta kemewahan tu hanya dengan jawatan seperti itu. takpe.. bagi la anak bini ko kenyang makan duit haram. esok2 kalo panjang umor ko merasa la anak ko sepak bontot ko sebab jadi kurang ajar sebab ko bagi dia makan duit haram seumur hidop.

saya cuma mengingatkan diri saya, obek yang disayangi dan kawan2 yang dikasihi. ada ketika kita boleh melawan, ada ketika kita lansong takde daya untuk bertindak. habis, apa perlu kita lakukan. berdoa la. doa orang2 yang dizalimi ni lebih didengari oleh allah s.w.t. saya pon tak le pandai sangat tapi itu je yang saya pegang.

kepada orang yang makan rasuah dan menyalahgunakan kuasa tu, ingatla... kat dunia ko hebat la, ko mewah la, ko lepas dari hukuman, tapi tunggu la. akan ada satu ketika esok ko merana.

ingatlah, rasulullah s.a.w pernah menegaskan dalam satu hadis yang bermaksud,
"Allah s.w.t melaknat orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya" - riwayat ahmad.

suka sebok tau...



hehhehee..itu nezha tengah menyebok hal orang. suka sebok tau dia ni. sampai terjelir2 lidah ko nezha!!! itu dapat jajan la dari kenduri. seperti biasa dia tu kalo saya bawak balik benda memang dia dulu la yang menyerbu.





sekarang ni orang buat kenduri arwah pon ada bagi jajan2 jugak macam orang kawen tu. dulu2 takde kan? ke saya yang tak perasan. wahhh... hebattt... orang dulu bagi laok lebih kenduri tu buat berkat. sekarang jarang tapi still ada jugak. mmm..ma bising nak buat kenduri arwah kat rumah tu. maybe hujung bulan ni. aduhhh..penatnya. masalahnya takde orang nak tolong. saya berdua je dengan ma. larat tak larat tapi itu je la 2 kederat yang ada. orang lain? mmm..susah nak cakap. penat la. raya pon macam tu. semua di atas batu jemala patik. aduhduhduhduhhh.. bukan nak berkira tapi saya penat. sampai bila nak macam ni?
owh..dah le membebel.
pagi tadi masa nak pergi kerja saya ala2 terkejut sebab tengok nezha tangan dia naik atas. macam melambai tu. wahh..bior betol. dari jauh nampak macam tengah angkat tangan la. lupa lak nak snap pic. saya pegi datang dekat tengok rupanya kuku dia tersangkut daaa kat langsir antara dapur dengan living room tu. hehehhee.. alallaa..siann dia. tak sedar lak saya dah berapa lama tangan dia tersangkot kat situ. pulak tu diamm je bukan nak suara. siannya dia... lepaskan dia then mencicit lari. hehehhee...

dah pegi dah...



malam tadi saya dah pegi dah tengok cerita F&F4 tu... memula ingat tak sempat tapi entah le petang tu obek inform dia dah amikkan tiket. hantamla. tapi semalam saya macam penat sangat dan tak demood. otak tune nak tidor je. dah le movie malam pukul 1030pm. ayoyoyo... orang dah ngantok nampak bantal je ni. tak pegi kang bising lak orang tua tu kang. jadinya pegi jugak2 la.

sampai sana pukul 10pm. pusing2 dulu beli popcorn la air le then lepak kat luar kejap. saya memang dah mengantok gila mata pedih2 je ni. uuwwaaa... nak tidorr..takde mood nak tengok movie.

disebabkan takde mood, jadinya saya tak boleh memberi review cerita tu dengan baik sebab saya tengok dengan takde perasaan mahupon perasan. kahkahkahkahkahhh...

generally kira ok la. takkan kata tak ok lak kot penat je vin diesel berlakon lumba2 bawak kereta. tapi unsur2 mengarot harus le tetap ada. kereta willy? melampauu.. baik buat kereta tu boleh terbang terus. scene 18sx takde or maybe dah dipotong, so bagus kira budak pon boleh tengok walopon dia dah tulis sana terang2 18pl. tapi ko tulis tarah le pon beso klcc pon..orang tetap tak reti2 or saja buat2 tak reti, still bawak budak. gila la. dah le malam buta sanggop bawak anak pi tengok wayang. sian le kat budak kecik tu. penting beno ke tengok wayang sampai sanggop hangkot budak kecik tengah malam buta? lantak la..anak dia. esok budak dah besar kuar malam ko jangan memekak. ko yang ajar dia kuar malam2. tetiba lak emo. ada gak orang yg preg pergi. mmm.. kehendak masing2. dok rumah le tengok a.oasis baca2 lagi bagus. or beli la cd dok tengokkat rumah. ini sound sistem berdentam dentum terkejut baby dalam perot. kalo berdentam dentum bunyik zikir selawat takpe..ini bunyik langgar2.. alamakkk.... lantak la sana. perot dia.



sapa ni gemok baju belang2?

so, malam tadi punya sitting ok. takde dok sebelah orang romen2. aaaa..lega. tapi mamat sebelah saya ni makan je kojenya. hehehhee.. tak berhenti2. lagi klimax cerita lagi laju dia kunyah. hehehee.... sukati la... jangan ko beromen sebelah saya sudah.
on the way back seperti biasa ada orang perasan la jadi sebahagian dari watak f&f4 tu. bluwekkk... berangan je la. tapi yang tak bestnya ada ke dia suruh saya amik watak fenix tu? melampau tauuuuuuuuu... benci aahhh.... balik terus tido la. tak larat sangat. pagi ni mujur boleh bangun awal. pukul 615am dah terjaga. maunya tak terjaga, kene garu2 gigit kepala saya dek nezha tu. geram betol. tangkap bawak masok selimot pelok kuat2. padan muka dia. golek2 kejap then bangun. perot lapar.
ok la..
love you obek
love you nezha
love all of you.....

Wednesday, April 8, 2009

wahwahwah..nak bukti ye...

korang ni memang tauu..

saje je nak suruh saya tampal pic mata ketumbit tu. apa lawo beno ke? hehehe...memang la cun sangat2. kahkahkahkahhh.... sapa yang tengok lepas ni dia pulak ketumbit. kwahahahahhaa....

nak sangat tengo? nahhh..tengok puas2...





tu le mata kiri belah bawah. tapi ni pic semalam la.. masa dia baru belajar nak meranumkan diri. tengok part ketumbit je jangan tengok part jeragat & jerawat muka tu. pic yang terkini latest korang jangan la dera saya pulak.. tak elok beno rupanya. kahkahkahakhhh..

jahat tau korang ni....saya report obek nanti & suruh nezha gigit korang.

lost...



mmmm.. hari ni dalam sejarah sebab pergi lunch dengan office mate. wahwahwahhh...saya mana pernah pegi makan dengan office mate. ada la kira setahun sekali. hahahahhaa... biasa pergi sendirian berhad saje tak kira untuk tapau or makan kat kedai tu. entah le angin apa hari ni pergi sama pulak. wahhh..abnyak lak cerita minah tu. itu ini begitu begini semua info dapat la. pokpekpokpek kalo bercakap tak boleh stop dah. heheheh..biorkan la. orangtengah happy layan je la. biasa kadangdia selalu nak datang kat saya ala2 nak sembang. biasanya saya tak layan. kepala anggok2 tapi muka mata pandang pc. tak boleh tahan kalo melayan dia. non-stop talking. cerita paling dia suka, pasal gossip2 artis la. hehehhee.....

on the way back masa jalan2 tu sekali ada la budk pompuan ni tegor saya.

girl : kak tumpang tanya. saya ni baru masok keje hari ni tapi tak ingat pulak office kat mana

saya : lorr.. office apa? apa nama kompeni? blok apa?

girl : entah la..lupa la, tapi kompeni jual2 laptop komputer semua tu.

saya : call office tanya

girl : hp pulak tertinggal. yang saya inga ofis tu kat tingkat empat.

saya : pulak... sini banyak tingkat empat. rasa2 tadi masa kuar jauh tak jalan (sebab saya nampak dia tengah bawak tapau la nak makan kat ofis)

girl : rasanya macam dekat je.

saya : kalo macam tu u naik je la semua lif yang ada ni, tekan je tingkat 4, mesti nampak kang kalo dah ternampak pintu ofis.

girl : (muka cuak je..)

saya : takpe.. sini takde apa2. u naik je lif tu, nanti nampak le tu. tekan tingkat 4. tapi sure ke u memang datang dari tingkat 4?

girl : ha.ahh..

saya : aaa..cuba la. kejap lagi jumpa le tu.

girl : ok la..

aduhhhh.... sesat le pulak budak tu. sian pulak saya tengok. tengok muka dia pon dah cuak pank semacam. habis, camne saya nak tolong. ada berpulunh2 tingkat 4 kat sini. at leastkalo ingat blok apa tu boleh le tahan jugak. ayoyoyoyooo.. saya harap budak tu tak sesat le. nak pi hantar dia kat mnagement office pon camne nak explain? sebab budak tu tak ingat lansong nama company. hehehe.. aduh..masak-masakkkkk....

cakap pasal sesat ni, saya pon pernah sesat jugak tau. masa dulu2 masa lepas spm macam tu, saya pegi bejalan la dekan rumah makcik kat cheras area hukm tu. so nak balik tu makcik tu naikkan saya bas. siap pesan kat pakcik driver turunkan saya kat puduraya. hehehe... masa tu blur2 la. so naive. pudu pon tak tau kat mana. al-maklum, saya dulu katak bawah tempurung dalam perigi buta tengah hutan banat atas gunung. sekali jalan punya jalan punya jalan sampai le kl. jalan jem. then nampak macam stesen bas. so dah pelik la apsal pakcik bas tak inform saya suruh turun. saya pikir dia lupa nak inform saya so tengah2 jalan jem tu saya pon pepandai le turun sendiri pas tu blah jalan cepat2. hehehe... rupanya itu bukan puduraya daaa..itu bas stand kelang yang kat depan central market tu la (eh ye ke itu namanya bus stand klang?). mula la muka cuak panik gila. zaman tu mana ada hp lagi. nak carik public phone pon satu hal. gila menapak slow2. saya masa tu ingat2 lupa rupa puduraya tu. yang saya ingat ada tangga tinggi then ada 7-11.

so otak ligat pikir2. aaa..sudah kat mana pulak ni. pikir punya pikir tenangkan perasaan. so dapat idea. saya tahan teksi bior teksi yang bawak saya pegi puduraya tu. hehehe.. so, tahan le teksi. apek teksi tu tanya nak pegi mana, saya jawab nak pegi pudu. apek kata, haiyaaa...itu pudu banyak dekat apsal takmau jalan kaki? saya jawab kaki sakit la tak larat jalan. hehehhee.. hantam la..takkan nak jawab sesat. kang nampak sangat kita ni blur2 pasal kl kang dia bawak lak saya ke mana kang lagi naya. so naik la teksi. sekali bapak le dekatnya. hihuhuhuhu.. kene rm3. lantak la janji selamat sampai kat pudu tu. sampai je terus amik bas nak pegi t.i. masa tu saya dok kat t.i. selamat.

saya tak cerita kat sesapa pon insiden saya sesat tu. even kat ma pon la. kalo dia tau nanti dia takkan bagi lagi la saya kuar2 macam tu. overprotective dia tu tau. jadinya simpan je la jadi kenangan untuk diri sendiri. hehehehe...

terasa betapa leganya jiwa perot dan hati say abila duduk je kat bangku bas express ke t.i tu tau. fuhhh.. bila dipikir2kan kelakar pon ada, cuak2 pon ada, nak marah pon ada, nak nangis pon ada. mujur masa tu saya pandai control perasaan dan boleh pikir dengan cepat. buatnya panik gila tak tentu hala, harus melalak kat bus stand klang tu. huhuhuhuuu...

pengajarannya, saya akan make sure tempat yang saya nak tuju tu, camne rupanya, apa landmarknya, apa nama jalannya ke or whatever yang boleh dijadikan petanda. hehehhee...ada jugak kebaikan sesat tu kan. menjadikan kita lebih berhati2. sekarang tanya la saya camne nak pegi puduraya tu. hehehehhee...kompom tau. tapi if naik kereta la sebab dan berkurun tak naik bas. kahkahkahakhhh...kali ni kalo suruh saya naik bas pegi pudu pon ada harapan sesat gak. hohohohohohoooo....

sakit mata--still...



hehhehee..mata ketumbit still ada. lambat lak nak elok ye. sakit la.. terus tak cun. kahkahkahkahhh.. semalam balik lambat sikit. pegi ada hal sikit la.

malam balik terus mandi. nezha ok je. baik budak tu semalam. golke2 kejap pukul 9pm kuar pegi dinner. makan kat kedai biasa la. order daging masak pedas kononnya. sekali liat daaa... liat sama da tak masak or salah potong tak tau le saya. ingatkan satu je yang liat rupanya yang lain pon liat. so, cakap kat abang kedai tu daging liat. orang tu amik balik dan masakkan balik. owhh..putus selera betol la. memula tu obek kata apsal nak komplen? ssaya cakap hai..benda dah liat sampai tak boleh kunyah takkan tak komplen. bukan saja2 nak komplen. korang tau la dai tu mana suka bising2 ni. benci aahhh... bila orangtu dah hantar balik laok tu then baru le lembut..taktau le dia buat camne kan. yang pastinya selera dah terbantut dan terus takde mood nak makan.

sebelom balik pusing2 dulu then balik tido. tengok cerita apa ye malam tadi? lupa la... crossing jordan kot. malam tido mimpi2 ngeri. benci ahhhh...

pagi ni bangun awal. mamat kepochi gerakkan. pandai le dia. dia gerak saya bangun, dia lak baik punya landing tido kat perot. ayoyoyoyo.. itu namanya pendengki. tau la dia syiok2 tido siang saya kene pegi koje.

bangun tido terus pegi tengok cermin. nak tengok mata. lawo. hehhehe..

hari ni takde berapa banyak urusan. biasa2 saja. obek busy la. hjg mggu ni dia takde, pi ostn PD. nyampah.

ok la..takde mood la nak tulis2. byeeeeeeeeee..

love you obek, love yo nezha and love all of you...

Tuesday, April 7, 2009

suka beno...



saya ni bukan apa.. suka beno tengok tv. hari2 pon nak tengok tv. pagi petang siang malam tv je la yang saya hadap. kalo takde tv tu macam tak bernyawa. tak kira la cerita apa pon, tapi yang pastnya kartun le pujaan hatikuuuuuuuuu... cerita2 rencana pon saya pakat layan jugak. tak pedulik.







malam tadi tengok cerita labu labi. ntah untuk kali yang ke berapa pon tak tau la tapi yang pastinya cerita2 arwahnya p.ramlee tu tak jemu2 la tengok. so, bantai gelak sorang2 la malam tadi. nezha tu mana reti gelak. dia golek2 tau le dia.





saya pikir sebab saya dah terbiasa dari kecik tengok tv la. masa kecik2 dulu celik je bijik mata memang terus pegi on tv. masa dulu2 mana ada siaran pagi2 ni. kalo tak silap la. masa kecik saya suka tu rancangan cumi-ciki. hehehhe.. wazata zain kalo tak silap namanya. hari2 nak tengok tu jugak. cumi-ciki tu tak silap saya monyet tau. owhh..apa khabar la agaknya wazata zain tu agaknya ye. saya banyak belajar dari dia. belajar dari erti kata kanak2 la. belajar cakap yang betol, belajar jadi budak baik (kononnya)... sebab saya ni jenis manja bebeno. cakap pon nak pelat2 je walhal tau je nak cakap bebetol. opss..terbukak lak rahsia negara. hehehhehe...


saya tengok tv tu sebab takde kawan. saya sorang je kat rumah tu. ma keje. tapi ada la makcik tukang kemas2kan rumah tu kat rumah. jadinya saya macam dah terbiasa la rutin harian balik tadika amik bantal kebabom depan tv sampai ke petang tunggu ma balik. bila ma balik makcik tu pon balik le rumah dia. hehehhe.. tak makan nasik seharian sebab memang tak mau. tu la, hisap botol je la. hidop saya kesunyian je. mana ada kawan2. main pon sorang2, panjat pokok sorang2. kawan2 tu dok jauh2, takde yang dekat. jadinya dah terbiasa hidop sorang.


balik je sekolah tadika terus ni baring depan tv, sambil hisap botol susuuuuuuuu..hehehhee... kantoi la. saya dulu hisap botol susu sampai darjah satu. takmo minum guna cawan. makan pon takmo suap sendiri. kalo nak suruh saya makan kena ada orang suapkan. kalo tak memang saya takkan makan la jawabnya. hehehee...makan nasik pon nak gak guna botol susu. hehehhe... ma dah jenuh dah buat macam2 cara supaya saya berhenti minum botol. rasuah jangan cakap la.. berkilo2 dah gula2 rasuah tapi tak berkesan. mula2 ok la..lepas setengah jam mula melalak. tapi saya tak lak hisap puting. hehhee... sampai kat tadika pon cikgu tu ala2 cakap la.. tak lawa girl hisap botol. wahhh.. memula ok, sampai meal time melalak nak botol.


anyway, sampai le satu hari tu, ada kucing beranak. 3 kitten tak silap. mak dia balh gitu je. kira kes buang anak le nih. so saya yang gila kucing merengek nak jugak bela anak kucing tu. so ma bagi la. camne nak bagi anak kucing tu makan?? huhuh.. tetiba saya nampak ma bagi botol susu saya kat kucing tu. apa lagi.... melalak le pecah 1 rumah tu saya menjerit. ma psiko la kata sian baby kucing tak boleh minum sebab dia takde botol. mak dia takde so camne nak belikan botol untuk anak dia. pujuk punya pujuk reda la saya dari melalak tu. kira ada unsur2 sakit hati kat kucing tu. dari memula sayang terus jadi benci. tapi dah takdir, memang jiwa tu suka kucing. ma cakap bila dah bagi kat anak kucing saya tak boleh hisap botol lagi sebab ada racun. hehehehhe.... memula tu saya percaya. siap berjanji setia ni takmo hisap botol lagi. tapi.. senyap2 saya pi amik balik botol tu pi hisap balik sambil nangis2 la sorang2 dalam bilik. lelama tertidor. hehehhehe... ma takleh nak cakap apa dah. bior le lantak situ.


entah camne..bila dah besar dah pi darjah satu.. cikgu bagi la ala2 nasihat semua tu la. cakap good girl tak minum guna botol la, mesti guna cawan la ntah hapa2 lagi la dia cakap. lelama dah tau malu baru le berenti. gitu le kisahnya. huhuhuhuu.....


mujur saya tak jongang sebab hisap botol sampai lama2. kahkahkahkahh... kalo tak nanti orang tanya minah yang mana?? alaaa.. minah yang jongang tuuu. khakahkahkahhhh....

sakit mata--ketumbit???...



mata kiri saya macam sakit la... macam ada rasa bijik kat dalamnya tu. bukan bijik mata la.. ada la rasa macam ada benda. saya takot ketumbit je la. tapi ketumbit tu camtu ke rasa sakitnya. sejak malam tadi lagi sakitnya ingatkan bangun pagi dah ok tapi makin bengkak lak.

camne ha?? kalo betol ketumbit camne nak bagi hilang? sakit la. rasa bengkak dan tak selesa. kene kelip2 mata selalu. kang orang ingat saya nak main mata lak dengan diaorang. hehehhe...

tapi takde pon intai sapa2 buang air, kahkahkahakhhh... orang kata sebab intai orang buang air la mata kita jadi ketumbit. aoyoyoyo.. takkan intai nezha uk-uk pon ketumbit kot?? mana ada saya intai dia.. saya cek2 je takot dia kayuh kuat sangat kat terlompat keluar uk-uk dia dari besen tu payah.

aduhhh... sakit la. eh, kalo pi klinik dapat mc sebulan eh? hehehehe...

love you obek, love you nezha & love all of you!!!!

Monday, April 6, 2009

mimpi : buaya???...


benci aahhhhh!!!!!

malam tadi mimpi buaya. ngeri. menakotkan. saya sampai mengigau. camne tau mengigau? sebab dalam mimpi tu saya macam jerit tolongggg then terjaga terasa macam tengah cakap tolong jugak la. owhh..camne nak explain i but u know it la kan. sape kata tak tau bior dia pulak ngigau malam ni. hehehhee....

mimpinya camni. macam biasa mimpi adalah bercampur-aduk. ngalahkan rojak penang, rojak mamak mahupon rojak buah. memula tuntah le mimpi jumpa kawan office lama. hehehhee.. best jugak walopon jumpa dalam mimpi je. rindu jugak kat dia. agaknya dia pon mimpi saya jugak kot? kahkahkahkahh.. tapi dah takde contact number la. so, telepathy je la.

jumpa takde borak2 pon, just macam angkat2 tangan then masing2 buat hal masing walhal dok sebelah2 je tu. hehhehe.. lepas tu ntah camne nak pergi satu tempat ni la. kat luar. macam ada tasik la. ada budak2 tengah macam nak main2 kat tebing tu. saya pon ada kat situ. ntah camne tetiba buaya datang korang. besooooooo.... tapi dia tak le merangkak macam biasa tu. dia jalan berdiri la. hehehhee...


aaaaa..lebih kurang macam kartun tu berdiri la buaya dalam mimpi saya tu. tapi dia takde la dialog "look at me, im standing" tu. ngarot je la korang ni. saya nampak buaya tu datang nak tangkap budak2 tu then saya jerit la. lari!! lari!!! ntah le camne buaya tu ganas then dapat tangkap sorang budak ni. saya nangis la sebab takot. ntah camne buaya tu lepas kan budak tu dai amik budak yang lain lak. then bawak pergi dari tebing tu. mukanya ganas la macam garang mata merah menyala kulit gerutu2 (ada ke buaya kulit licin?) gila la macam nak makan orang. sian budak tu jerit2 sampai pengsan. saya pon jerit2 la tolong! tolong!! sampai tersedar. masa tersedar tu memang saya terkejut ya rabbi sebab rasa macam real sangat. neha pon terkejut sebab saya bangun tu terus terduduk gitu. hehehhehe....
uuwwaaa... saya takot la. saya dok pikir sian kat budak tu. macam helpless sangat sebab tak dapat tolong budak tu. apakah makna mimpi tu ye. orang kata kalo mimpi ular, ada orang nak meminang. tapi ni mimpi buaya.. mesti sultan mana la ni nak datang meminang ni. hwuahahhaa... ayaoyoyoyo, think realistik la sikit boleh tak? tolong jangan perahsantan. ok2 la.. think positive and realistic.



or does the dream means that i should adopt crocodile as my pet besides my fish and cat?? jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriiiiiiiiiiii..... opss... silap, jika anda ada sebarang kemushkilan, sila hantarkan pertanyaan kepada expose mistik dot com. huwahhahaa......

kat mana2 pon ada kucing...


korang perasan tak kalo pegi mana2 pon mesti ada je kucing. hehehhee....

ada kucing yang baik, ada gak yang garang, ada rajin (??), ada yang malas (nezha), ada yang manja (nezha), ada yang kurus, ada yang gemok (nezha, again?).

hari tu tengok tv3 ada rancangan yang apa ke namanya yang amik kucing dari spca tu la then bela. bagi makan friskies tu. alalallaa...lupa la apa namanya. wahh..masa mula amik kurus kering. sekarang debab2 pulak kucing tu. amboi2. tuan kucing pon makan roti je kucingnya makan mahal. opsss... termengata diri sendiri pulak.

anyway... saya suka je tangok cerita tu. wahh..majalah 3 sabtu semalam pun ad ajugak orangtu bela kucing liar ke kucing hutan tu? wwaaaa... nak jugak. terus sms obek suruh dai tengok tv3 cakap nak jugak kucing tu satu. dia reply, bolehhhh... nak bela badak pon bolehhh.. gggrrrrr...benci tau.




hari tu pegi makan. tengah makan ada le kucing2 datang menyapa. sekor kaler hitam gelap pekat, sekor kaler putih tu la macam pic atas ni. yang hitam tu masyaallah... udah le hitam mengerlip, apa pon tak nampak. macam nezha la pulak. jenuh dah ni snap2 pic dia tapi gelap semuanya. aduhhhh... geram betol obek kata itu le model kucing bateri eveready. hehehhee... betoll.. muka dia sebijik macam tu. manja baik pulak tu. dok meow2 kat tepi saya. weii..dalam ramai2 manusia kat kedai tu apsal kat saya jugak yang awak nak datang? hehehe... bagi jugak la sepotong dua. yangputih ni ala2 garang sikit. wahhh.. gengster ko ye. cubit tinga kang baru tau. sebab dia garang saya tak bagi dia banyak. kihkihkihkih..ada sikit double standard di situ. anyway.. 2-2 pon cute dan bersih. tak nampak macam kucing kurap or kucing jalanan pon la. maybe tuan kedai yang punya kucing kot.


owhh..ini sihitam comel saya. sapa kata nezha tak comel? cubit kang!!! selalu orang bagi komen cakap nezha ni macam tak de perasaan je la. hehehhe.. dia tu susah sikit nak mengekspresikan perasaan dia melainkan waktu makan dan waktu main. camne saya nak snap pic dia time tu? sebab tangan saya 2-2 penuh nak dok ngadapa dia. owwhhhh... tapi korang jangan le tertipu dengan wajah kepoyoan nezha tu. dalam dian tu otak ligat berpikir ada je koje yang dia nak buat. eeee...kadang2 hilang sabar jugak.
okla..saje je nak tulis2 ntah hapa2 je. hehehhee...
sapa sayang nezha--pegi mandiiii. kalo korangtak mandi jawabnya korang tak sayang nezha. kalo korang mandi jawabnya secara otomatik undian sayang nezha telah dikira. hwuahahhaha..gila kuasanya saya!

uban--friend or foe?...


uban???

alalala...buat2 terkejut pulak. saya tau ramai kawan2 yang kat luar sana tu ada uban. hehehe.. walopon tak tua. itu tak mustahil. sebab uban tu memang terbentuk dengan sendirinya.

camne uban tu terjadi? sebab kita dah tu ala. eeeehhh..mana ada.... saya pernah nampak tau budak sekolah rendah pon dah ada uban. itu dah kira kategori penyakit rambut la. secara kasarnya rambut terbahagi kepada 2 bahagian utama la kan, 1 bahagian yang keluar dari kulit kepala dan lagi satu bahagian yang kita kenali sebagai akar rambut yang berada dalam kulit kepala. bagi meraka yang takde rambut botak chin.. lupakan je la masalah uban ni. hehehhee...

setiap akar rambut tu ada folikul la (follicle). dalam folikul tu ada la sel pigmen dan sel ni le yang keluarkan bahan kimia bernama melanin yang menjadi penentu warna rambut kita. chewahh.. sila, sila ambil nota bio ni ye. hehhehe... secara ringkasnya, makin tua usia, makin kurang pulak sel pigmen dalam folikel ni yang hasilkan melanin jadinya bila melanin kurang, jawabnya makin cepat le proses perubahan warna rambut.



sila hapal carta keratan rentas ni untuk soalan spm 2010 ye. hehehhehe...
yang saya cakap ada jugak orang2 muda ni beruban ialah sebab uban pra-matang. wahhh...uban pon ada pra-pra nih. bagussss.... atau kalo kata sainsnya uban genetik la. kira memang jenis keturunan cepat beruban. yang jenis kedua pulak, biasalaaa..faktor usia tapi ia disokong oleh faktor2 lain jugak macam cara hidop (suka kaler2 rambut so rambut jadi rosak terus beruban, padan muka!) dan cara pemakanan (suka makan asam2 kot? hehehhe). jangan taktau, stress pon boleh menyebabkan uban terjadi jugak!! sebab tu kadang macam heran je kan, pakcik tua takde uban, orang muda lak ada uban.
apa pon, ada uban tu tak menjadi persoalan sekarang ni. perasan tak ada orang makin ada uban makin lawo or makin hensem. hehehe.. contohnya? tu richard gere tu.. hensem jek. hehhehe.. let alone makcik anita srwk. itu tak dapat den nak nolong.
so, kalau korang2 ada uban, think positive la. jangan ingat dah tua ke apa. anggap la itu sebagai satu anugerah. bila ada uban, jadikan diri kita cepat sedarkan diri. kubur udah melambai2 dah tu. hehehhee... amal ibadat dah cukup ke? bila ada uban, orang akan lebih hormat kita, contohnay kalo naik bus mesti orangbagi kita tempat duduk sebab dai ingat kita dah tua. haaa.. kan kelebihan namanya tu.
ada orang tajot beno dengan uban. hehehhee.. baru nampak tercacak selai dua cepat2 nak cabut. ada petua kata kalo nak cabut uban kene tujuh helai. tak lebih, tak kurang. kononnya untuk melambatkan proses pertambahan uban tu la. taktau le maklumat tu boleh diproses oleh otak dan diterima oleh folikel tu ke tak? huwahhahahahhaa..... ada yang bagi kaler kat rambut. merah, blond, atau kalo tak nak obvious sangat, kasi kaler hitam la jugak. kalo korang ada uban, apa korang nak buat? cabut? kaler? biarkan?
see.. tengok pic tu. lawo gak apa kalo ada uban. hehehheee....
takde la..yang panjang2 bebel ni bukan apa, saya ada uban. tu je nak bagitau. uuwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!