mari mencari....

Google
 

Tuesday, April 21, 2009

ada budak majuk....


ada la budak tu kan, dia merajuk. mengada2 je tau.


puncanya macam ni la. malam tadi kan saya tengah tido tu, dia dok la meow2 panggil saya bangun. tu mesti nak suruh teman dai pergi makan le tu. saya malas. ngantok. nak tido. jadinya saya buat taktau je la cakap kat dia nanti2 la pagi esok baru makan. hehehhe... buleh lak suruh orangtu berlaparkan harus le mengamok mamat tu.

sekali tu dalam pukul 4am macam tu hujan lebat. saya seperti biasa kalo hujan memang le tak buleh tido. tensennnnn!!!!! dah le hujan lebat, siap dengan dentam dentum guruh lak tu. kilatpon ada. uuwwaaaa... melalak le sorang2. panggil2 nezha dia takmo datang. dia dok kat port dia je la. wahwahwahh... berlagak ko ye.

dah pukul 6am tu saya bangun la. panggil dia ajak pegi makan. wahhh.. ikut tu memang le dia ikut tapi mogok lapar korang. tu dok baring atas table. majuk. panggil2 buat tak dengar je. alalalalala... sayang dia.

polok2, pujuk2 then baru la dia nak. masa saya dok tuang makanan tu dia ala2 marah majuk2 la, dok garu2 nak gigit2 kaki saya. hehehhee... so, teman dia makan, suap semua mengadap dia baru la okey sikit. hai..macam2 perangai budak ni la. dah siap makan, mood pon dah elok. apa lagi... dia melompat la..... ntah hapa2 dimainnya, lantak sana saya nak siap2 pegi koje.


muka orang merajuk.. elok beno le tu nezha ooii...

pagi ni kat office memang buzy. jalan tak berapa jem. light2 je la. baru masok opis, belom pon on pc siamang dah menerpa kat table. nak tunggu benda tu siap. eeee... getik betol. kelentang kelentung makanya siap la. sekali masa nak filing ada lak minah ni cakap buat2 terkejut, alamak, i lupa la masokkan a.r untuk tahun 2006. camne ni? mau haku tak naik hantu?? dah dari semalam suruh siapkan, letak elok2, kumpul setempat hari ni nak pi submit apasal ko lupa????? sabar2.. jangan marah2 orang. maybe saya pon silap sebab tak check benda yang dia buat tu. sebab saya assume benda tu ok je la sebab benda senang je. copy of 5 yrs a.r, form 24, bank statement, co.profile, l.a dengan banking facilities punya copy je la. benda2 simple, senang & basic. haduhhh... habis nak buat camne. tunggu je la if orang tu call ckp if ada benda tak complete. dah tu baru nak menggelabah puyu. nak marah kang dah tua2, tak marah kang jiwa terseksa. suruh compile barang je pon tunggang langgang. srh inform siamang dia takut. harus le kan. sayaaaaaaaaaaaaaa jugak yang kene nanti. benci betol. harap2 semua ok je la. lepas satu seksa. ni ada 3 lagi yang menunggu. masakkk2.

ni muka merajuk lagi. dok terperuk bawah meja. lawo kan muka merajuk. amalkan le selalu.


kepala still pening2 dizzy2 la. belum sembuh sepenuhnya. suara dah ok dah. ada ada suara asal balik walopon tak semerdu sebelumnya. hehehee... obek still buzy. katanya mulai bulan depan kene koje malam pulak. eeeeeeeee..benci la, jadi macam hari tu. orang balik koje dia baru nak pegi koje, orang nak pegi koje dia balik tido. takde chance nak dating2 ni. hujung tahun kalo tak dapat bonus 25 bulan siap la ko. koje tak serupa orang. wahh... termembebel lak kat sini kan.

okla..ada banyak nak cerita ni tapi nanti2 le.
love you obek...
love you nezha...
love all of you...

6 comments:

~dARlee zURiS~ said...

rasa nk picit2 je tgk muka nezha tu
boleh?? =P

hehee..kena doakan bnyk2 bg obek dpt bonus 25 bulan ek

saya said...

zuris : picit je..nanti dia gigit tgn awak. hehehe... 25 bulan tuuuu..

nURmALa mAZLan said...

kak, baru kita perasan kat kad hadiah tu akak taruk gambar nezha kan??wakakaka~ aritu buka nak cepat jer..x perasan pulak

zh-ena said...

wah nezha asyik merajuk jea..meh2 kat ena meh :D

TEACHER OF SOMEONE said...

amboi...amboi...merajuk plak dia

saya said...

mala : hehehe..perasan pon.. igt tak perasan hari tu...

ena : hehehe..blh kawan dgn umairah ye?

teacher : merajuk memanjang mamat tu..