mari mencari....

Google
 

Saturday, April 11, 2009

camne eh?...


camne ni eh..

korang ingat tak saya pernah cerita apsal kawan saya yang kepoh tu la.. yang tak boleh oranglebih dari dia tu.. semua dia je yang bagus dia je yang elok... kan hari tu saya cerita yang kereta dia rosak dan ala2 nak pinjam duit tu...

so, baru2 ni ada la berym dengan dia... cerita2 biasa, tanya khabar pasal anak dia. rupanya dia pon tengah kesusahan sekarang. baby sitter dia tu kena demam campak, so sekarang takde orang nak jaga. mujur juga dia ada mak yang boleh di minta tolong jagakan baby tu. dan bertambah mujur lagi mak mertua pon sekampung, so kalau mak dia buzy, baby akan hantar ke rumah mak mertua la. kampung tak jauh la.. kat t.i je. jadinya dia kena la berulang alik ke t.i tu tiap hujung minggu. bila dah terpaksa berulang alik tu perbelanjaan bertambah. duit minyak, duit belanja semua nak kena kira.

jadinya dia hari2 macam mengeluh la. saya kesian jugak. ye la, cuba letakkan kita kat tempat dia. mesti runsing mikirkan hal anak. tup-tup..kereta pulak rosak. kene 1k lebih hari tu. aaaa.. time tu la yang dia buka mulut ala2 nak mintak pinjam la kan. saya tak kisah la. orang tengah susah. walopon selama ni dia heboh mewar-warkan yang laki dia koje gaji 6k siap nak beli vios bagai tu...

saya mikirkan baby tu je la. sian kan dia sekejap kat sana, sekejap kat sini. runsing baby tu nanti. baby tu sekarang dah umor 7-8 bulan la kalo tak silap saya. bab baby pulak, still macam dulu la. semua nak yang branded saje untuk anaknya. i means, sapa tak sayang anak, tapi ukur baju dibadan sendiri. dia cakap anak dia takmo makan bubur nasi yang masak sendiri, nak makan nestum yang beli punya. nak yang mahal. heinz semua tu. saya taktau le berapa harga benda tu sebab tak pernah beli tapi menurut dia benda tu mahal la. saya kata blend je la buah2an sendiri, jimat & lebih selamat. dia kata baby dia takmo. knowing her yang memang malas masak, saya diam je la. kang dia kata kita ni apa pulak. susu dia kata anak dia takmo susu lain. nak susu mahal je. enfapro ke hapa namanya. ye ke mahal susu tu? idak le makcik tau. kiranya nak yang standard2 je la.

kadang dengar gak dia cerita pasal laki dia dah ala2 susah hati. ye la..duit tak cukup, keperluan anak mesti dipenuhi. laki dia mintak susu anak ditukar kepada brand yang murah sikit la, pampers yang murah2 sikit la. tapi dia tak pedulik. kadang jadi punca bertekak. saya diam kan je la. dengar je la apa yang dia cerita. hal rumah tangga orang jangan masok campor.


dia bangga dengan anak dia. sapa tak bangga dengan anak sendiri. saya takde anak pon asyik la nak cerita pasal nezha. kejap2 nezha itu, kejap2 nezha ini. dia selalu membanding2kan anak dia dengan anak orang. anak dia umor 3 bulan dah pandai pegang botol susu, anak kelig dia 1 opis tak reti lagi. but sekali pikir saya rasa memang budak umor 3 bulan pandai pegang botol susu kan. i mean, bukan le pegang beriya, angkat tangan dan telak kat botol tu kan? anak dia pandai tengok tv, dowhh..semua baby pon senyap bila tengok tv. blablablablabla... tak larat dengar tapi layankan jugak. kalo kita tegur nanti jawapannya, "aku tau la anak aku camne.."

hari tu dok tanya saya kot2 ada kedai jual baju baby yang offer, nak beli gaun katanya. saya kata kalo saya ada kuar berjalan saya inform la. terlanjur pergi jalan hari tu, saya belikan 1 gaun, buat pakaian harian je la. tapi sebab dia pernah mention ada 1 brand tu so saya beli la. alala.. untuk anak dia, bukan untuk dia.


dalam pada tu, saya pon dah discuss dengan obek ingat nak tolong jugak la kan. obek kata ok je. huishh..dia tu mana banyak cakap. dalam pada saya berura2 nak inform dia yang dia boleh amik duit dari saya, dia pulak bukak cerita... dia pergi sebuah shopping complex la then ada promosi entah hapa benda barangan elektrik baru la kan. so kira amik cabutan bertuah then tukar dengan barang tapi balance duit kene bayar sendiri la. entah le camne dia amik le barang tu... saya kata wah..kata takde duit amik jugak barang baru. dia kata itu hutang, bila2 boleh bayar. mmm..ok. sukati ko la. nak tau barang apa? air purifier berharga 2999.99. sekian terima kasih.

saya ternganga tercengang dengar. mak datok..mahalnya. tak tau la kot2 memang harga benda tu macam tu sebab saya memang tak pernah beli benda tu. dia kata untuk anak dia. ada baby memang kene ada air purifier tu supaya udara lebih segar dan bersih. ok, point taken. demi anak memang ibu sanggop buat apa saja. tapi perlu ke dalam keadaan dia yang sekarang ni? so, borak punya borak lagi terkeluar lagi cakap nak pinjam 200. saya kata nak buat apa? nak beli susu baby ke? takkk.. nak beli kain pasang nak tempah untuk raya. kalo tempah lambat nanti orang takmo amik tempahan sebab nak baut baju sedondon untuk raya tahun ni.

allahuakabar..... saya sendiri pon tak pernah terpikir pasal raya2 ni dia dah pikir dah. masalahnya ko nak hutang dengan orang sebab nak beli baju raya? takyah baju raya baru la kalo tak mampu. jadinya yang sedari awal saya berniat nak inform dia boleh amik duit terus terbatal hasrat. malas la. kalo dia cakap tadi nak buat beli susu anak, nestum anak, pampers anak, memang saya bagi. lagipon dah discus baik2 dengan obek pro & kons nya. tapi sebab nak beli baju raya? bye2 le jawabnya... malas nak layan.

sampai hari ni everytime ym dia akan hint2 la pasal rm tu. saya buat dek je la. kesian tu memang kesian tapi lain macam pulak peelnya. hari ni pulak dia inform, baby sitter yang kene demam campak tu inform dia yang dia takmo jaga baby lagi. sebab ada hal peribadi keluarga nanti dia nak kene selalu balik kampong. aduhh..lagi satu masalah. saya cakap kenapa taknak hantar anak ke nursery? ramai orang hantar baby elok je. dia kata nursery jaga baby terlalu ramai. tak bersih, dan anak dia tak suka terlalu ramai orang. bising sangat pon tak boleh. nak kene mengadap dia je. owhh..saya cakap baby memang le macam tu. mula2 mungkin dia tak selesa, nanti dah lama2 ok la tu. dia kata dia takot if anak dia nangis dan orang nursery tu bagi ubat tidor kata anak dia. astagfirullah..... sampai ke situ dia pikir... habis tu saya cakap, habis apa plan dia? dia kata bior letak kat kampung dulu mak mertua & mak dia gilir2 jaga. say akata apsal tak amik maid je. senang anak dok kat rumah sendir. rumah pon bersih maid boleh tolong cucikan. jawabnya amik maid mahallllll..... dan tak tentu lagi perangai maid tu elok2. mmmmm.. entah la labu.

saya bukan nak kutuk2 dia ke apa.. tapi pada saya, jangan terlalu memanjakan anak sampai macam tu sekali. bila dah manja memang payah le nak dibentuk. kalo budak tu baru merengek sikt dah digendong alamat memang le. kalo jaga baby dia sorang maybe boleh layan. sapa tak sayang anak. kalo boleh yang terbaik itu lah yang hendak kita berikan pada anak, tapi tengok la keadaan yang macammana. tu pasal aleman lebih. entah la.. nak cakap pon susah. cuma saya harap lepas ni takde la dia hadapi problem lagi. jenuh!

4 comments:

kin hashim said...

saya selalu online YM, tapi selalu invisible. Maknanya, saya la yg akan pilih sapa yg saya nak chat. takde lah kita 'terchat' dgn org yg tak perlu atau 'terbincang' pasal benda yg tak perlu. jadinya, cadangan saya, baik invisiblekan diri anda masa online..hehhehe...

bengang gak baca cerita pasal kawan awak tuh. kesian kat dia kan, sebab dia 'tak berapa sedar'. Takpe lah, kalau tak dapat dinasihati, ikut je rentak dia. Tapi, bab2 bagi pinjam duit untuk org cam gitu, jgn bagi muka.

saya@ateh said...

Hai.. assalamulaikum..
Menyinggah dan terpanggil untuk komen, walaupun saya tak kawin lagi, tapi betul, klu anak terlalu dimanjakan memang naik kepala..
Sedey betul baca pasal kawn awak 2, susahnye hidup x pandai ukur baju kat badan sendiri.. masa saya kecik2 mak bagi makan bubur tepung beras campur nagn air pas2 masak samapi likat je.. tapi jadi org jugak.. hmm...
Owh.. Dulu pun saya guna id "saya" 2 yang samapai kat sini. Salam kenal

~dARlee zURiS~ said...

ini bukan manjakan anak
mak die yg melebih2 tu
anak kecik lagi.bukan paham apa
tinggi sgt ke standard smpi nk kena bg anak benda mahal2??
kalu zuris kan..sori to say lah
tak yah nk tolong org camtu
sendiri yg cari pasal kan.
blh pulak nk pinjam duit nk beli kain tuk baju raya
haihhh...
cam nie punya org pun ada ker??

saya said...

kin : heheh..ye jugak ye. nanti saya try invisible.

ateh : wahh..serupa nama kita ye. itu la.. maybe dia nk yg terbaik kot utk anak dia.. entah la..ssh nk cakap.

zuris : tau takpeeeeeeeeeeee!!!!