mari mencari....

Google
 

Thursday, April 9, 2009

tolonglah..jangan rasuah...



tolongggglah. janganlah libatkan diri dalam rasuah. rasuah tu hanya akan menjahanamkan diri sendiri dan keturunan kita je la. rasuah tu bukan hanya kalo bagi duit bawah meja, tapi banyak lagi cara yang menjebakkan diri dalam rasuah.

kalo ikut pengertian suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia (sprm) rasuah tu bererti suapan dalam konteks yang lebih luas iaitu wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa2 jenis harta, samada alih atau tidak alih, atau apa2 manfaat seumpama itu yang lain,

atau--

apa2 jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan dan apa2 perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa2 sifat,

atau--

apa2 bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa2 pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, samada keseluruhan atau sebahagian daripadanya, atau--apa2 jenis balasan berharga, apa2 diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan,

atau--

apa2 perbuatan menahan diri daripada menuntut apa2 wang atau nilai wang atau benda berharga,

atau--

apa2 jenis perkhidmatan atau pertolongan lain seperti perlindungan daripada apa2 penalti atau ketakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa2 tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, samada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk pengginaan atau menahan diri daripada menggunakan apa2 hak atau apa2 kuada atau kewajipan rami,

dan--

apa2 tawaran, akujanji atau janji, samada bersyarat atau tidak bersyarat untuk memberi suapan mengikut pengertian mana2 perenggan diatas yang terdahulu.


aduhhh..tengok. banyak benda yang kita tak terfikir sebenarnya yang berlaku sekeliling kita yang boleh mengheret kita secara tidak sedar ke dalam rasuah. itu yang tidak sedar, secara sedar dan lansong pon orang tau tapi masih buat. sebab apa? sebab best la. sapa tak nak dapat duit selepuk hanya dengan satu tandatangan?? sapa tak nak dapat kereta free hanya dengan mempercepatkan proses sesuatu urusan? sapa tak nak melancong keluar negara dengan semua pembiayaan ditanggong oleh orang? bini mana yang tak suka bila mana tiba2 dapat kalong berlian sebab laki tolong naikkan fail orang2 tertentu ke atas? sapa yang takmo dapat rumah free dengan hanya berkrompomi dengan golongan tertentu? gila la kalo taknak. ye gila. tapi orang yang gila tu la yang selamat esok2 kat sana nanti.

dalam konteks agama jangan cakap la.. memang dah terang nyata...

surah al-baqarah ayat 188 bermaksud :
"dan janganlah kamu makan harta orang lain diantara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim2 kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dnegan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

dekat dunia sekarang ni, sapa ada duit, sapa berkuasa dialah yang empunya. yang hak yang batil semua ketepi sebab takde duit takde kuasa. kat dunia korang lepas la..hidop mewah anak beranak turun temurun tapi akhirat esok merasa jadi kayu api neraka.

saya cakap pasal rasuah ni bukan apa, sebab rasuah ni, ramai yang menderita, ramai yang teraniaya, ramai yang terseksa. jangan cakap la bidang perniagaan je yang banyak rasuah, bidang lain pon ada cumanya mungkin kita tak perasan. orang2 yang baik, yang ikut landasan agama, yang jujur, memang akan menderita. manakala yang pandai putar beli, pandai kipas2, pandai bagi rasuah kenyang dia la yang maju. saya kadang naik bosan dengan keadaan yang macam ni tapi apa boleh saya buat. buat laporan? hehehhe...orang2 yang terlibat bukan orang kecik sayang oiii....

saya kesian tengok orang2 yang teraniaya ni... bos baik, tak reti bagi rasuah, tak reti nak belanja ribu2 untuk orang2 tertentu, tak dapat projek. bila projek tak dapat, hasil syarikat berkurangan, bila berkurangan, staff jadi mangsa. bila staff jadi mangsa, ahli keluarga staff turut menerima kesannya, anak2 staff jadi mangsa. perasan tak? sorang punya pasal, ramai yang menerima kesan.

yang senang bertambah senang, yang susah bertambah susah. yang menerima rasuah makin hari hidop makin mewah. makin gembira. gembira la ko sekarang. tapi ingat, akibat perbuatan ko tu ramai orang mendoakan kecelakaan kepada ko.

saya selalu ingatkan obek supaya jangan melibatkan diri dalam keadaan yang macam tu. biarla takde untung, tapi biar kita dapat rezeki halal. nak bagi anak bini makan duit halal. duit tu nanti jadi darah daging keturunan kita. sebab tu dia selalu susah, selalu kene kapor, selalu kene tipu, selalu kene buli dan selalu dipergunakan, sebab tak terlibat dalam aktiviti macam tu. kesan? memang memberi kesan. sampai satu ketika terpaksa berhutang kiri kanan untuk melangsaikan apa yang perlu. pernah juga kerugian beratus2 ribu sebab tak bagi rasuah punya pasal. pahit. terlalu pahit, tapi telan je la. kadang2 yang pahit tu lah ubat penyakit. tapi allah itu maha berkuasa. allah itu tidak pernah kejam, allah itu tidak pernah tidak adil. setiap perbuatan akan ada balasan. cepat atau lambat, di dunia atau diakhirat pasti akan merasa. dalam baran2 obek tu, saya hormat dia sebab tak melibatkan diri dalam hal macam tu. kadang2 sedih tengok keadaannya, tapi apa boleh buat. berpeganglah pada janji allah, insyallah. kita ni dosa yang ada pon tak terbilang tak tertanggong, jangan la lagi tambah dosa tu. orang yang meminta dan menerima rasuah tu sekarang hidop mewah, lebih dari yang sepatotnya. dari mata kasar pon orang boleh perasan dah, layak ke dia ada semua benda2 harta kemewahan tu hanya dengan jawatan seperti itu. takpe.. bagi la anak bini ko kenyang makan duit haram. esok2 kalo panjang umor ko merasa la anak ko sepak bontot ko sebab jadi kurang ajar sebab ko bagi dia makan duit haram seumur hidop.

saya cuma mengingatkan diri saya, obek yang disayangi dan kawan2 yang dikasihi. ada ketika kita boleh melawan, ada ketika kita lansong takde daya untuk bertindak. habis, apa perlu kita lakukan. berdoa la. doa orang2 yang dizalimi ni lebih didengari oleh allah s.w.t. saya pon tak le pandai sangat tapi itu je yang saya pegang.

kepada orang yang makan rasuah dan menyalahgunakan kuasa tu, ingatla... kat dunia ko hebat la, ko mewah la, ko lepas dari hukuman, tapi tunggu la. akan ada satu ketika esok ko merana.

ingatlah, rasulullah s.a.w pernah menegaskan dalam satu hadis yang bermaksud,
"Allah s.w.t melaknat orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya" - riwayat ahmad.

6 comments:

nURmALa mAZLan said...

huh!!!!
kalau semua men rasuah..
yg banyak duit je la yg menang kan

zh-ena said...

klu rasuah suami blh tak heheheh

kin hashim said...

rasuah..rasuah..rasuah... tak abes2 cerita org rasuah nih yer...

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

rasuah dimana2..sesat dihujung jln balik kat pangkal..

~dARlee zURiS~ said...

haa..rasuah nie cam dah jadi satu perkara yg perlu dipraktikkan.
tengoklah banyak opis...bos kena belanja org2 tertentu tuk dptkan projek.konon2..tu bukan rasuah.saguhati.
ceh.bnyklah saguhati kau.

saya said...

mala / ena / kin / pentoi / zuris : rasuah la besttttttt..sebab tu orang suka je. kita jaga je keluarga kita jangan terlibat..