mari mencari....

Google
 

Friday, May 29, 2009

apa2 aje la....



hehehhee..apa2 aje la. chewah..macam iklan kat tv3 la pulak. eh, iklan pulak. memang ada kan rancangan apa2 aje tu. tapi saya tak pernah tengok la. dia pagi2 kan? bila tgk iklan macam best je. depend on issue jugak le.

malam tadi balik rumah ma kejap. alalalaa.. dia tu suruh hantar pi ada la geng2 dia buat function. aduhhhh... ramai gak yang datang. ada nyanyi2 lagi. apa, ingat orangmuda je tau konsert? orangtua lagi havoc tau tak... kata start pukul 8pm, tapi pkl 9pm blm apa2 lagi. saya perot dah mendidih dah ni. dah le boring gila. by the time makan, semua menyerbu. saya malas nak pergi sebab ramai sangat orang lagipon konsep buffet, so relax je al dulu. bila orang dah reda sekali tengok makanan udah habis la.. ingat nanti orangtu replenish balik rupanya takdok. hantu betol. mmm..bila dah ramai2 orang tu banyak la perangainya. nama je makcik2 tapi peel mcam budak2. tak reti nak berator dan potong que dan amik banyak2 makanan dalam pinggan. mana2 pergi pon golongan ni mesti ada la. heran sungguh. masa saya tengah beratur nak amik laok, ada akak tu dengan selambany potong que dah terus cedok. hangin betol. rasa nak je ketok dengan pinggan tu. dah le kurang hajar potong que, amik banyak2 selagi mau penuh pinggan tu. tak pikir orang belakang ni ada ke tak makanan. aduhhhh... camne nak cakap ni? sebab tu la saya tak suka pergi function2 ni. kan ada peraturan kefahaman sosial. peraturan yangtak perlu ditulis atau ditampal dimana2. kira faham2 sendiri la. kata malaysia kaya dengan budi bahasa. lagipon dah tua2 bangka. takkan tak reti2 bahasa. tegur kangkata kita tak sopan pulak. tak ditegur macam tu la pulak. entah la labuuuu......


sudah la. nezha biasa je. terejal melompat2 je. cubit kang baru tau.

this week kalo sempat dan berkesempatan nak pergi kenduri orang tu la. kalo obek ada pree. tapi dah cakap dah awal2 hari tu cuma takot last minit ada hal le pulak.

hari ni tak berapa buzy. owhhh... patoto le jalan tak jem, rupanya dah cuti sekolah. hehehee.. saya tak tau lansong.

kesian kan kes bangunan runtuh kat pj ss14 tu. pasaraya apa ke namanya. walopon yg terkorban tu buruh asing, tapi mereka pon ada kehidupan, ada keluarga, ada tanggungjwb... kesian. camne nak tolong entah la.

apa la saya merepek hari ni. sorry la if entry hari ni tak best. sebabnya saya mood tak berapa nakada. saya ni hari2 pon takde mood, ntah le lari pergi mana mood tu. hehehe..

ok la. sambong lain kali...

love you obek..
love you nezha...
love all of you...

Thursday, May 28, 2009

takde wat apa, lepak2 je...


hehehehe..takde wat apa. lepak2 je. wahh..yang lepak2 tu kat rumah la, kat opis harus mengerah tulang 4 kerat ni. nanti2 kalo obek jadi tuan erektor baru la boleh lepak2 kat rumah takyah koje ye tak? tapi larat ke melepak je kat rumah. owhh..saya tak boleh la. camne pon mesti pergi kerja. lepak2 tu kalo sehari dua boleh la kalo duduk rumah terus takmo la. bukan apa, sebab duduk kat rumah lagi penattt.. kene lap tingkap, kene mop lantai, kene basuh baju, kene lipat baju, kene masak, kene sapu rumah, kena kemas2. owhh.. penat. baik dok opis. hehehhee... ye2..itu ungkapan orang malas macam saya la.

-------

tengok tu lawo tak nezha tengah posing2 baekkkk punya. sila la tengok remote astrok yang dah tercabut2 tu dikerjakan oleh dia. takpe la.. lagipon still boleh guna. lagipon yang mula2 buka tu saya la. konon2 nak tukar batery sekali tengok saiz lainle pulak. so, sementara dok pusing cari2 battery spare tu dia dok menggigit cover tu dibawak kulu kilir. haaa..apo nak dikato. bior je la. itu time tu dia dah penat la so duduk lepak ats meja. hehehe.. muka macho la konon2. chewahhhh...


malam tadi makan roti telur je. malas le nak makan nasi. sekali pukul 10 tengah tengok csi tu lapar bebeno. owhhh... apa la nak jadi. malas nak makan bior sana lapar. jadinya pagi ni kebuluran la. beli kuih koripop 2 bijik. singgit. nampak lak cekodok bulat2 4 bijik dah siap cocok kat lidi tu. ingatkan dalam 6 kupang sekali singgit jugak. dah nak makan tu beli je la. over tau cekodok 4 bijik singgit. ada le besor penumbuk nezha tu ha. arghhh..makan je la jangan mengumpat. alhamdulillah ada makanan kalo takde camne? so, malam tadi tengok numbers dengan csi. alalalaa... pukul 11pm tido dah. mengantok. dok la bersms dengan kawan saya yang dok kat johor. owhh.. tak lama lagi birthday dia tau. itu best friend saya dari sekolah rendah. sekarang jadi cikgu gitu. hehehe.. nantila nak buat entry special untuk dia walopon dia takbaca pon blog ni. tak kisahhh.....



pagi ni jalan tak jem le pulak. jem2 biasa la, kalo tak jem terus kang itu hairan bin ajaib namanya. so perjalanan adalah smooth. ada jugak polis jaga jalan tadi. wahhh... agaknya kene letak polis baru jalan tak jem kot??
-------
keje belambak. benci lah kalo orangtakboleh nak cooperate bab koje ni. respond lambat, sedagkan kita dah inform banyak kali. dah le kita nak guna info tu tapi buat dekk je macam takde apa2 pon yang berlaku. perlu ke kita lempang orang yang tak paham bahasa macam ni? mentang2 dia ingat info tu dia je yang ada boleh la nak belagak control, say 'haku pedulik hapa.. camne pon ko mesti datang kat haku jugak nakkan benda tu...'. kalo korang sakit hati tak? kalo la takde undang2 sivik kat opis harus dahkene terajang orang macma ni. elok orang mcm ni buang je koje sebab tidak menunjukkan sebarang minat untuk bekerjasama dalam pekerjaan. bila kene buang or dapat warning letter baru la terkangkang2 cari orangsana carik orang sini. puuiii...
-------
sorry.. teremo la pulak kan. hehehheee.....
-------
harap semua orang sihat walafiat hari ni ye hendaknya. hari ni dah hari khamis. esok jumaat. pas tu sabtu. hari sabtu ada la orang tu kawen. hehehe.. dia dah tak baca blog dah kot, buzy buat preparation. apa pon, saya doakan semuanya berjalan dengan lancar dan success.
--------
ok la. takmo bebel banyak2. kkorang tatap je la muka nezha yang budget handsome tu. hehehehe....
-------
love you obek.... (kata nakbelanja baju, takde pon?)
love you nezha.... (jangan nakal2 nezha..)
love all of you.... (koje la kamu sebelum kamu dikojekan, hahahaha)

Wednesday, May 27, 2009

pagi2 dah menyampah...


hari ni bengang betol. pagi2 dah menyampah dan menyumpah. hehhehe.. boleh jalan tu jem tahap gila influenza a. geram betol la. jangan kata nak bergerak sejengkal, tak bergerak langsong. mau tak geram. kat radio cakap diaorang tengah buat try sistem aliran trafik baru. aliran kepala hatok dia laaaaa.. ini bukan aliran, ini sekatan trafik namanya. kot ye pon nak try sistem baru make sure la jangan buat waktu puncak. buat dulu try dulu on weekends, on nite time, baru try buat time peak hour. pas tu tak buat ke calculation dulu sebelom buat tu? berapa aliran kereta dalam sejam, setengah jam or 15 minit. takkan takde rekod kiraan laluan trafik pada waktu puncak or waktu2 biasa? habis takde rekod camne ko buat kira statistik tu? main hentam je ke? bila dah kira aliran baru la boleh kira untuk tempoh bukaan dan laluan kepada orang awam tu. bengang betol. sistem baru punya pasal beratos2 orang hari ni masok koje lambat. saya sendiri sampai opis pukul 10am. mujur ada bos yang boleh kowtim,. kalo takde? bukan semua office boleh give and take. bukan semua bos jenis memahami. ada sesetangah tu lambat 10 minit je pon dah nak bagi warning. perjalanan jauh lagi. geram betol. fikir la sikit keadaan orang ramai ni. kalo nak buat tu apa salah inform in advance. radio banyak berkumandang. setiap bahasa ada. kenapa tak inform kat info trafik tu cakap le esok ke bila2 ke ko nak buat cubaan sistem baru tu. so orang boleh la buat prediction sendiri sikit. suratkhabar macam2 jenis suratkhabar ada. berita tv macam2 ada. tengok la berita sekarang ni macam2 banner dah diaorang tampal ko tak boleh ke boh iklan ko nk buat ujian tu kat situ? kuar duit taknak, kutip duit nak. hangat hati betol. ke saya je yang hangin hari ni? ye laaaaaaaa.. korang2 yang dok area tak kene tu boleh la tersengih2. cuba kalo kene, baru padan muka. dalam jem tak bergerak tadi tu memang terperangkap. kereta sebelah saya pulak ada baby. saya tengok baby tu dah melalak2 sampai menggeliat2 melentik2 badan. ntah hapa yang dia bengang taktau la. muka dah naik merah anak tekak macam nak terkeluar. mak dia dah habis style dah nak bagi dia cool. tepok pujuk dodoi. ye la..walopon saya tak dengar baby tu nangis, tapi tengok dari tepi tingkap tu macam hazab je baby tu. ntah2 baby tu sakit ke nak pi klinik je. jalan jem terperangkap kat tok sunway tu. haa..sapa nak jawab. sampai opis lak parking dah penuh. menambahkan hangin. so parking je kat blokc kereta orang dan left key kat jaga tu. saya pon tak berani juga tapi dah takde choice dan semua orang pon buat macam tu. mudah2an takde jadi apa2 la hendaknya. risau kepala otak ni. tu la jadinya pagi2 dah menyampah dan menyumpah.

gambor strawbery dengan coklat atas tu sebagai pengubat sakit hati. hehehee...

hari ni macam2 hal jadi kat opis, kat rumah, kat jalan. gila la. 1 kepala nak kene pikir macam2 hal. benciiii.... pic nezha ada tapi tak sempat la nak load2 semua tu. takde mood betol. esok lagi satu hal. dah sah2 akan jadi satu perkara yang menyakitkan hati. cakap pon tak guna la.

okla.. malas nak cakap banyak dah.

Tuesday, May 26, 2009

tak berapa nak sihat la...



mmmm..semalam saya tak sihat la. sakit perot yangteramat sangat. taktau la. saya memangselalu je sakit2 perot tu. kalo bukan waktu 'tu' pon memang saya ni sakit perot je. ntah apa la ada dalam perot tu. dinasour ke, intan berlian ke apa ke entah la. tapi yang pastinya selalu je sakit. so semalam rasa tak larat sangat. amik 1/2 day. balik makan ubat macam2 jenis pas tu terus tido. memang tido yang betol2 tido tak sedar2 diri. baru la aman sikit kalo tak tu asal tido je mimpi or terjaga2. nezha suka la pulak dia tengok saya balik cepat kan. alalala.. tapi tak sempat nak main2 pon la. balik duduk kejap sejukkan badan, mandi makan ubat then tido. nezha pon nyelit sekali tido sama gak. hamboi..orang lain yang sakit orang lain yang tido lelebih nih. samapi ke petang pukul 530pm baru terjaga. rupanya obek dah call byk kali saya tak dengar. hehehee... dia kata dai call opis orang opis kata saya dah balik. call hp saya tak jawab2. haaa.. baru tau takot... tau gelabahh.

perot macam lapar pulak tapi tak selera. obek kata nanti malam pergi pasar malam. saya macam malas je sebab macam baru nak elok perot ni nak gerak sangat pon sakit lagi. tapi obek kata kalo tak elok gak sampai malam, nanti bawak pegi hospital. wahhhh.. dengar perkataan hospital je terus sihat segar bugar ni terus ajak pegi pasar malam. hwuahahha.. penakot ya rabbi.

sampai pasar malam beli sate, pizza pasar malam 2 potong dnegan nasik putih laok daging masak kicap, air soya. beli ikut nafsu namanya membazirkan. nasik tak habis, sate tak habis, piza tak sentuh pon, air soya je habis. lepas makan tengok tv cerita apa ye, leverage ke hapa. not bad best jugak. pas tu tido.

malam tadi mimpi ntah hapa2 ntah. mimpi kawan2 sekelas masa sekolah dulu. rindunya nak jumpa. takpi tak semua la saya rindu ada gak yang saya tak suka. tapi dalam mimpi tu semua ada la. entah apa cerita diaorang sekarang ni. saya cuma ada contact 2-3 orang je. yang lain2 tu semua takde contact. siap ngigau la tu. sebab saya perasan dalam mimpi tu saya macam jerit 'takmauuu' sampai tersedar. hehehee.. sedar2 saya tengok nezha, tengok dai tengah macam bangun. means betol la tu saya ngigau sebab dai pon terkejut bangun tengah malam buta tu. hehehehe....

pagini pergi kerja awal. sebab nak menyambongkan kerja semalam yang terbengkalai. harap2 takde la sakit2 ni lagi. asyik sait je bila masa ntah sihat. tapi mujur bukan sakit yang kronik jadi saya patot bersyukur. bab sakit2 perot tu saya assume angin je la kot. tapi tak de la pulak terkentut ke tersendawa ke hapa ke. biasa je. nak kata angin tak pulak rasa kembong ketok2 perot takde lak bunyik bok bok bok tu.. macam ok je la pulak. entah la labu...

petang ni maybe kene balik lambat. eeee..bencinyaaa...

okla.. nanti bila senang sambong lagi.

love you obek... (bek, nak tukar hp yanglain, takmau yg tu..susah tak reti guna)
love you nezha... (acha, kemas rumah sikit tolong ye... )
love all of you... (keje2 jangan curik tulang...)

Monday, May 25, 2009

biasa je...


takde apa yang menarik minggu ni.. macam biasa je. ada gak la yang menarik tapi biasa2 je takde yang luar biasa.

anak ayam yang ma bela tu sekor patah kaki. tak tau le camne boleh patah. masa pagitu nakpegi tengok nak bagi dia makan sekali tengok dia macam baring meniarap je kakinya 2-2 tak gerak, lurus je kebelakang. so angkat dia tegok2 lembek je kakinya. kitaorang suspek dia kene pijak time tido tu. al-makum.. adik beradik ramai tu sampai 8 orang chit chot chit chot mau tak kene pijak. so ma asingkan dia la, siap sapu ubat gamat tu mudah2an kaki semboh. entah la. sian lak tengok dia. so, hari2 kene suap dia makanan if not dia tak boleh makan. maknya udah terbang menggatal keluar takmau jaga anak. terok betol. harap2 cepat la semboh baby ayam tu kalo tak seksa la hidop dia nanti.

semalam pegi rumah mama la. melawat opah. ma kata next week bawak opah balik rumah balik. entah la. bawak ke tak bawak ke sama je. opah standard la kalo anak cucu datang melawat mula la drama swasta dia tu. hehehhee.. menangis la apa lagi. biasa la orang tua. ceritanya macam 20 tahun tak jumpa walhal tiap2 minggu pegi tengok dia. nanti if dah balik duduk dengan ma ok la tu.

semalam obek belikan saya hp baru. ingat dia main2 je rupanya betol. saya kan dok merengek je nak hp yang touch screen tu tengok kat tv macam best je. sekali dia beli wahh.. susahnya nak menggodek benda tu. rasa macam melambat la je. ke maybe saya belom paham fungsi2 tu? ke saya memang lembab sikit bab2 it ni? huwhahaha... itu le yang sebenornya. bila nak bukak message pon menggelabah puyu 1/2 jam mula la muncung panjang. sudahnya saya kata takmo la. obek nak obek guna la. saya guna yang lama ni pon takpe la. tak kuasa la nak hp cangginh2 ni tak reti pon. pada saya kalo blh in-out call, sms in-out ok, pas tu fungsi2 mudah mcm nak check gallery ke hapa ke senang2 je ok la. saya bukan jenis gadget2 it savvy punya orang. jadinya guna je la yang lama. maybe if obek baik hati dia tukar dengan yang lain kot. kita tengok apa jadi lepas ni.

nezha jahat!!!! semalam saya main2 sekalidia cakar tangan saya. hari tu dah sekali kene panjang kat ibu jari. kali ni kat ibu jari jugak tapi panjang ke bawah pulak. aduhhhh...sedap betol time kene cakar tu rasa di awang-awangan. chehh.. bisa wehhh... geram betol. pas tu saya nangis la. hahaha.. pas tu amik plaster tampal jari dan nangis lagi dan masok bilik baring2. dia pon sebokgak nak ikut masok bilik. pas tu saya bising2 marah2 dia la konon. wahh...buat muka seposen pulak. dalma pada nak marah2 tu tergelak jugak. aduhaiii.. nezha, nezha. ko ni betol la tau.

petang semalam nak kuar dengan obek. tapi taktau ke mana arah tujuan. memula pegi cheras, tengok jusco penuh obek kata pegi kl. sampai kl pegi berjaya times square. owh..boring. takde apa pon yang menarik. beli ice cream dengan air kotak makan minum sambil pusing2. itu je la. pas tu pegi jalan tar, pusing2 kat kedai buku tu then balik. makan kat mana ye? owh..makan kat area rumah saya jugak akhirnya. dah malam2 tu boleh obek kata jom pergi nilai3. aduhaiii.. takmau saya. takmau lagi merasa pening sakit kepala nak muntah bagai macam last time. amponnnn...... saya kata nak balik sebab nak tengok csi. hehehhehe...

malam tengok csi, layan nezha kejap main dart pas tu tido. pagini bagun awal. rasa macam cerah je bijik mata tapi malas betol. rasa takmau datang kerja. call obek mana le tau kot2 dia tak koje boleh makcik amik cuti pegi jalan2 hari ni. sekali obek kata dia bz la. mmm..cancel le plan so saya pon siap2 pergi keje. owh..sekali baru perasan rupanya number plate kereta tu patah. tak sedar lansong bila patahnya. geram betol. 2 hurup depan tu dah takde. benci ahhh... kat mana lak ni nak carik kedai nombor plate. petang2 selalu ada roadblock. takot aahh... eee..tak suka berada dalam perasaan tak tenteram ni tau.

hari ni bawak bekal biskut pegi opis. kononnya sampai je pagi tadi terus beli milo ais. sekali tu alamak manis sangat la. rugi2. sakit tekak minumnya. kalo tau macam tu baik beli air kotak milo terus. milo bancuh kat kedai ni pon bukan murah, rm1.90 tau..... perot pulak jadi sebu. macam2 penyakit.

eeeee..malas betol takde mood betol la pagi ni. nak balikk.. nak tengok tv.

love you obek..(nak hp lain ye)
love you nezha..(jangan la cakar2 saya lagi)
love all of you..(korang pon malas gak ke hari ni?)

Friday, May 22, 2009

ni sapa yang koje kuat ni? dia lak yang mengantok lebih...

ini namanya tersenggok2 di pagi hari sambil conquer selagi bantal yang ada.


see... ini kisah benar bukan kisah rekaan.

hehehee... biasa la nezha tu pepagi buta harus mengaco saya. saya pulak pagi ni ya allah liat betol nak bangun rasa macam badan tu melekat je kat tilam. letih betol la. sapa kata koje kat opis tak penat. biasa saya dengar orang cakap ala..koje kat opis ekon pon penat ke? bukannya mencangkol tahan berekar2. pegang kertas je. amboi..muluttt.... haa..meh sini ko duduk kat meja ni. memang la dok kat ekon je tapi kalo dah dari pkl 9pagi mengadap pc sampai pukul 6petang tak bergerak2 bontot pon naik kematu. bukan tengok macam tengok tv ye, kene lak otak berpikir2 bagai payah tau tak. penat mental lagi terok dari penat fizikal. penat mental automatik fizikal pon jadi penat. macam span yang menyerap air tu..habis dah tenaga seluruh badan diserap. benci ahhh orang yang cakap macam tu. mcm cakap tak guna otak. benci ahhh....


ni namanya muka tensen sebab kene kacao. hahahhaa....
---
semalam balik lambat sikit. dalam pukul 830pm macam tu. singgah beli makanan nezha dulu sebab dulu semalam lupa nak beli. benci kedai tu naik harga dah pulak. pas tu 20sen pon berkira. pakkal klinik tu dah tutup kalo tak beli kat klinik tu murah sikit ada discount. benci betol. lepas tu terus tapau mekdi. makan mekdi sudah. malas nak pikir2 makan apa. itu pon tak habis. penat betol. mandi2 bagi nezha makan, pas tu tengok tv. tengok 999, isu biasa la mat rempit a.k.a samseng jalanan. hehhee.. pas tu tengok cerita keliwon. apa la minyak dagu. mengajar orang buat yang bukan2 je tau. elok2 orang tak tau kang lepas ni banyak lak kubur kene gali. wah..nak kene amik minyak dagu anak dara lak tu. sekali gali punya gali kubur anak dara yang takde dara camne? habis le minyak ko tak menjadi, padan muka. pas tu kene gigit hantu. tapi camne pon tengok gak sampai habis. aduhh..dah namanya pon berkawan dengan setan, takde bilanya setan tu nak jadi khadam ko. mengarut2 je. memula jadi khadam la lama2 jadi tuan. korang pernah dengar pasal orang menuntut ilmu untuk dapatkan khadam ni? hehhehee... malas nak cerita kang ada yang terkena pulak.


ni namanya dah malas nak melayan. hehhehee... spoil la nezha ni pepagi. riang2 la sikit.
----
maunya nezha tak riang ria. tu batteri low lagi tu belom charge. cuba kalo dah bangun pegi kat tempat makan. wahhh.. melompat2 tak ingat dunia berlari sana lari sini. suka menempekkat tempat tidor orangtau. tempat tidor sendiri ada takmau pulak. tidor kejap je pas tu dtg malam2 mengendeng.
----
anyway.. harini hari jumaat. petang ni balik rumah ma. owhhh.... teringin nak makan apa ye? ntah. tak teringin makan apa2 pon. pagi tadi dah breakfast susu dengan biskut 4 keping. hehehee... kene jaga kesihatan.
----
hari ni orang lelaki sembahyang jumaat jangan lupa. entah la. susah nak cakap. kawan saya sedang memperbaiki diri. nak kembali ke pangkal jalan. minta tolong dengan saya nak belajar mana2 yang patot. saya cakap saya tak pandai. yang asas2 tau la. saya pon tunggang langgang ni ha. tak tentu hujung pangkal pon. solat pon lobang2 camne nak ajar. dia kata takpe.. setakat yang tau. segan katanya nak belajar kat ustazah2 lagi pon tak kenal dan tak tau nak belajar kemana. saya ok je. so saya kata jom pegi beli buku sembahyang. sambil2 tu saya pon boleh tumpang sekaki. kita ni walopon tau kadang2 ada yang kita alpa. baca main hentam. laju semacam. tajwid kemana. janji siap. itu saya la tu. orang lain saya tak tau la. jadinya kami ni mencari le buku mari belajar sembahyang. hehehheee.... buku kanak2 tu le. kaler merah depannya tu ada gambor pompuan dengan lelaki sembahyang.
----
pegi kedai buku. kedai orang kita. so banyak la buku2 agama ni. carik2 belek2 macam tak berapa jumpa. so belek buku lain dulu. kawan tanya kat orang kedai, akak tudung labuh.
---
++kak.. buku belajar sembahyang ada tak?
#adaa... ni ha.. untuk sapa?
++untuk saya.
#hah? tak reti sembahyang ke?
---
masyaallah.. muka kawan terus merah padam. dari niat nak memperbaiki diri terus jadi takmau. malu. patotnya jangan la cakap macam tu. takyah le ko tanya untuk sapa pon ko pedulik hapa. atau kalo dah tau tu apa salahnya suggestkan buku lain yang lebih sesuai. buku2 tambahan untuk zikir ke, solat sunat ke, mukadam ke.. tapi ni lagi nak menekan orang tu. camne la orang nak kembali ke pangkal jalan. so, kawan saya terus blah. saya pon tercengang bangang terus blah jugak tak sempat lak nak smash akak tu sebab saya macam ke jauh sikit. if akak tu cakap depan muka saya, harus saya bagi ceramah kat dia. macam ni ke perangai orang islam yang sepatutnya membantu sesama bangsa dan agama untuk mendalami ilmu akhirat. patot le pon ramai orang islam tak kenal islam. kalo dah orang yang sepatutnya membimbing tapi mencerca pulak. hina sangat ke bagi orang2 yang dah tersesat ni nak kembali ke asal? salah ke? memang dia salah sebab terlalu ikut hati tapi sekarang kan dah nak insaf. patotnya bagi la sokongan. kes macam ni selalu je ada. majlis kenduri marhaban dan khatam quran selalu diadakan. tapi lepas je majlis makcik2 marhana dok membahankan bacaan pengantin tu. patot ke? in fact, makcik2 tu dah diberitahu sebulan lebih awal untuk majlis, so salahka if offer kat pengantin untuk belajar tajwid sementara nak menyampaikan ke hari berkhatam tu. bukan ke lebih baik macam tu? ini tak..lagi dicerca. laok kari kambing orang tu ko bedal gak kan? kutuk tetap kutuk..makan tetap makan. taktau malu punya orang. pegi pon bukan pree.. bayar.
----
saya bukan elok sangat. saya ni lagi terok. lagi jahat punya orang. kalo saya tak insaf dan tak sedar dulu, sekarang ni entah apa jadi pada saya. tak jadi manusia dah agaknya. mujur obek datang dalam hidop dan slowly saya berubah. nak berubah tu masyaallah.. punya la payah. susah benarrrrrrr. dugaan datang bertimpa2.. kawan2 lari,. hidup susah, keje susah. tapi slowly dah elok dah. walopon masih ditahap merangkak lagi sekarang. banyak lagi yang saya kene perbaiki diri. kadang2 datang angin hangat hati tu ulang gak perkara jahat dulu2. geram. pas tu menyesal. hehehee... takde la.. sekarang dah pikir panjang dan banyak kali sebelum buat apa2. kadang2 ada terjumpa kawan2 lama, kadang 'ter' jugak. aahh..takyah pikir, yang pastinya diri sendiri tau apa perbuatan kita.
----
so, berbalik pada cerita beli buku belajar sembahyang tu... kitaorang pegi kedai lain. kedai bukan bangsa kita. masok kedai terus tanya, takde nak carik2 sendiri lagi dah.
----
++buku belajar sembahyang ada?
# ada2... berapa mau?
++satu sudah la..
#lagi apa mau? buku doa, buku agama, buku belajar..
++takpe, ni je.
----
see... betapa berbezanya cara layanan dan pendekatan? aduhhhh... camne nak cakap ye? strategi meniaga mungkin? yang pasti memang jauh berbeza dari kedai bangsa sendiri. eh.. meh sini nak bagitau. kalo tak de orang2 yang nak insaf ni, yang nak belajar kembali perkara asa, tak laku le bukukat kedai ko tu. nak harap setahun sekali je la budak2 sekolah datang carik buku. bila business melungkop baru la.. orang tu buat, orang ni dukunkan, orang ni mandremkan. kepala hotak ko. as for me, memangs aya takkan pergi lagi kedai tu. belambak banyak beratus ribu lagi kedai buku ada kat malaysia ni.
----
jadi kawan saya sekarang tengah hafal baca doa iftitah. kelam kabut bunyiknya. maklum.. dah ditinggalkan lama berkurun. saya jadi teman la membetulkan setakat yang tahu. banyak yang nak diperbetulkan. alfatihah pon kelam kabut lagi. banyak lagi nak kene baca nakkene belajar, rukun sembahyang, syarat sah sembahyang, benda2 yang macam tu. apa korang ingat semua orang tau ke? cuba sesekali terjah tanya, harus ada yang ternganga jugak. kat online pon sekarang ada dah website mari belajar sembahyang. boleh je download apa2. pahala la pada orang yang reka website tu.. menyelamatkan orang2 yang nak belajar dari dimalukan oleh orang sebangsa seagama. walocamne pon, elok la belajar berguru. orang kata belajar tanpa guru tu belajar dengan setan. takpe.. slow2. bukan senang nak berubah ni wehhhh... aduh.. berilah sokongan sikit.
----
pendek kata, pada saya la.. tak kira apa situasi, apa perkara, jangan malukan orang. cuba beri sokongan selagi perkara tu betol dan tidak merosakkan. cuba letakkan diri kita kat tempat orang2 macam tu. itu mujur kawan datang kepada saya. buatnya saya pon tak layan, buat tak heran, ditarik lak oleh golongan yang ajar agama sesat, sekarang ni macam2 ada... memang baca ayat quran tapi dicampor adok dengan perkataan lain. kita ni dah sah2 jahil bahasa arab mengikut je. udah le jadi lain maknanya. tambah terok, kalo ditarik oleh kumpulan agama yang lagi satu, yang memang sejak azalinya menentang islam. salah siapa? salah kita... salah kita sendiri. jangan salahkan orang lain.
----
jangan salah sangka. saya menulis bukan bermaksud nak kondemkan sesiapa. benda ni boleh terjadi pada siapa pon. antara sedar dengan tidak je. kalo ada yang terasa minta maaf. saya sedar saya pon tak elok. amat tak pandai. sempurna jauh sekali. cumanya berila peluang pada kami orang2 yang nak belajar balik ni mendapatkan ilmu. kalo nak mengajar tu bior la ikhlas jangan depan cakap lain belakang cakap lain. situasi dan latarbelakang kita semua berbeza. bukan semua orang kecik2 pergi sekolah agama. bukan semua orang dah habis khatam. eh..kalo tanya orang yang khatam tu pon, diaorang tu tau ke maksud2 ayat tu? pernah ke belajar mendalaminya? pernah ke tau kisah disebaliknya? hehehhe... jadinya jangan eksyen la kalo rasa diri tu tau lebih sikit dari orang lain. bak kata bidalan tu, ilmu yang kita ada ni umpama air yang menitis dari genggaman ditengah lautan je, walhal ilmu yang kita tak tau tu tu diaa...seluas lautan disekeliling kita.
----
paling benci kalo saya bertanya soalan jawapannya..'lorrr...tak tau keeee?? ', siap dengan memek2 muka mengata dalam diam, siap dengan intonasi konotation dia tu la. sebab tak tau le ditanya. kalo tau wat pe nak tanya. bongok goblok.
----
apapon.. obek i love you... thanks for everything. walopon kadang2 menyakit hati. hehehhee...
nezha.. jangan noti2. cubit kang. love you too..
all of you out there.. have a nice weekend.

Thursday, May 21, 2009

main je kojenya...

ni namanya aksi mencakar tak hengat dunia.


mmm..nezha biasa la. main meloncat2. kadang2 bila syok beno main dia jadi ganas. saya pon dicakarnya. malam tadi main tempat garu2 dia tu. dah berkurun beli tapi jarang beno dia nakmain. lebih suka menggaru2 mencakar sofa dari tempat garu tu. hangin ke tak hangin. harus hanginnn.. tapi takpe. nama pon kanak2 mana dia tau. cukop tahun kita pow obek ye nezha beli sofa baru. mwuahahaha....

semalam balik sampai rumah macam cepat pulak. tak le cepat, pukul 7pm jugak tapi cuaca cerah so nampak macam hari siang lagi. mengenangkan sambal kuini tu ada lagi so gigih la masak nasi jugak. tengok laok takde kat rumah, korek2 almari sardin pon takde. aduh.. takpe2.. demi nak makan nasi dan sambal kuini tu saya pergi kedai depan kejap. bawak nezha. wahh.. menggelejat dalam kereta melompat2. hehehe... beli udang 10 ekor, dengan cili mesin tu le. nak wat sambal tumis udang. balik rumah letak nasi, tung tang tung tang so jadi la laok saya semalam sambal tumis udang dengan telor masak kicap, sambal kuini, air ribena. wah.. makan tak ingat dunia.

semalam nezha kena marah dengan saya. ye la, orang sebok kat dapor kulu kilir dia pon sebok jugak. nak panjat meja, nak panjat dapor, nak melingkar kat kaki, haa..kan dah kena marah. takde la marah beriya tapi suara sudah kasi tinggi sikit la. knowing him yang memang le kaki merajuk aduhaii... terus ni duduk depan kat kerusi. bila saya dah siap panggil2 dia haram dipandangnya saya. tengok luar lagi ada. aduhh... pujuk2 polok2 suap makan memula takmau jual mahal tapi lelama nak pulakkan. saje je gatal lebih mamat tu. so, sambil saya dinner sambil kene suap dia la. mujur tangan kiri kanan boleh bergerak serentak. kanan suap mulut sendiri kiri suap nezha. hehehee.. lepas makan ada tapai pulut dalam peti ais, hari tu beli tak sempat makan lagi so makan malam tadi.

lepas makan buntang kekenyangan. hajat hati nak tunggu csi sebab malam tadi back to back tapi baru tengok numbers belom pukul 10pm mata dah berat. jawabnya assalamualaikum...



ni nama aksi merenung mencarik akal camne gaya nak memanjat ke atas.
korang pernah tak jumpa dengan orang yang suka sangat menyebok hal orang. benda kecik pon sebok nak tau. kalo tau tu satu hal tapi ni pegi menyampaikan kat orang lain pulak. saya selalu je berdepan dengan situasi ni. pada orang2 macam tu dia kata concern. concern kepala atok dia la. itu kepoh namanya sampai hal peribodi orang pon nak tau. macam mana nak berdepan dengan orang yang macam ni? susah la. tegur salah tak tegur salah. nak ditegur dah tua bangka tak sedar diri masih taktau kelakuan. tak ditegur makin menjadi2. lagi satu orang macam ni ialah jenis yang tak mengaku kesalahan diri. masih nak menuding jari kepada orang lain. aduh... kadang2 tak tahan la tapi entah la. orang kata asam garam kehidupan. tapi banyak sangat asam kang kene gastrik, banyak sangat garam kang kene darah tinggi. habis camno???


ini nama aksi terbalik telentang ikut suka hati.

malam tadi tengok tv3 berita. virus influenza dah disahkan takde lagi kat malaysia tapi kita mesti harus juga berjaga2 sebagai langkah keselamatan. takde salahnya amik precaution. bior lambat asal selamat. bior bersusah2 sekarang asal tak susah kemudian hari. at the end of berita ada tunjuk kes baby kene penyakit kepala besar tu. aduhaiii.. sedihnya saya tengok. masih bayi, mak tak keje dok dengan bapak, sebab kena jaga baby. suami takde dah lari meninggalkannya semasa bayi dalam kandungan. ada juga anak sebelum baby tu umur 2 tahun lebih. bayangkan betapa beratnya bebanan ibu tu. tak kira la dia orang apa, negeri apa tapi beratnya masalah. kos perubatan yang mahal, dengan takde pendapatan, macamana nak survive. harap2 bekas suami dia tu gembira dengan penderitaan yangdia bagi pada anak bini. Allah juga la yang membalasnya. seksa sungguh tengok baby tu malam tadi. saya korang tau la, harus le ciwek lebih udah le menangis pulak. tapi nak bantu camne? setakat yangtermampu bole la. kenapa kos perubatan amat mahal. entah. mungkin sebab kene import ubat2 dari luar negara. ada kemungkinan. kenapa takde syarikat2 gergasi yang nak menaja kos perubatan. takyah la spesifik sangat untuk bantu individu, buat dana pon takpe. kalo untuk buat konsert boleh sponser sampai beratus ribu, sponsor gelang rantai intan berlian mutiara bagai kepada orang yang dah memang kaya dan senang, tapi takkan untuk perubatan tak boleh pulak? mungkin ada, tapi saya je yang tak tau. mana la tau.. orang kata kalo memberi tu bior sorok sampai tangan kiri tak tau yang tangan kanan tu memberi. mungkin la. think positive... think positive.

ini namanya dah penat main tapi still nak main


hari ni maybe balik lambat. arghh..benci betol. tak suka la. mood adalah kureng hari ni tak tau apsal. pagi2 tadi bagun dah mengerjakan kabinet dapor. tuyang malas kalo dah pegang satu benda tu kang tak boleh berenti. sangkot sana singgah sini sudahnya habis satu kabinet dikemas. kemas tu ok tapi yang tak ok tu sudah over timing saya nak pergi keje. hehehee... habis kalo dah mula takkan nak berenti sekerat jalan. rasa macam tak syiok le pulak. so kene jugak habiskan. kabinet tu nampak je macam takde barang, tapi kalo dikorek macam2 adaaaa... rupanya banyak benda2 yang dibeli tapi lupa nak guna sampai dah expired dah pon. membazir betol. masa beli tu beriya la macam tak menyempat2 siang nak guna tapi bila dah beli humban dalam kabinet apah pon tak. itu saya la tu. beli, beli, beli. pas tu biorrr.... pagi ni 1 karung beng plastik hitam yang besar dah saya humban. petang semalam pon 1 karung gak. haihh... nanti nak kene kemas bilik baju pulak. nak kombah dan lipatkan balik semua. tu yang bercinta beno tu. selama ni main tarik je susun lebih kurang. pagi ni baru le perasan betapa teruknya rupa paras kain baju tu. hehehhee.. memang dasar pemalas. takpe2... nanti mintak tolong nezha lipatkan sekali. ye la tuuu.. lagi dia tarik2 gigit bawak ke hulu ke hilir ada la. dia mana boleh nampak saya pegang barang ke hapa. harus nak jugak.

ok la.. entah hapa2 je bebel hari ni. nanti2 sambong lagi...
love you obek... (jangan susah hati.. ceria2 selalu..)
love you nezha... (mana rubic cube saya? dah hilang dikerjakan ye?)
love all of you... (keje dengan penuh semangat, baru la produktiviti bertambah)

Wednesday, May 20, 2009

2-in-1 la ye...


hello....


hari ni mesti diceria2kan walopon pagi tadi adalah jem melampau taktau sapa mati tengah jalan tu kan. anyway.... lupakan kisah pedih dipagi hari, kita kena ceria2.. ye tak ummi? kene pikir positif selalu baru la kedut2 dimuka akan berkurangan , dan makanya produk2 kecantikan yang tipu lebih diluar takkan laku. huwahhahaha...


semalam badan macam tak larat la. haihh..bilanya la badan ni larat asyikl a taklarat ngalahkan orang beranak 16. apa pon, memang pening kepala la pusing2 semalam. aaa..jangan tak tau mai cheq nak habaq mai cheq memang ada history kureng darah or darah rendah gitu.. yahuuu... orang darah tinggi saya darah rendah. maksudnya apa? yeee... maksudnya saya budak baik la. hwuahhaa.. aka sinonim ke dengan penyakit dan kelakuan? biarkan..think positif.


memangtak larat sangat. ingat nak balik tapi tak larat nak drive. call obek tapi obek koje jauh lak semalam so diam2 je la dok kat office. sambil2 tu pejam2 mata kalo tak macam rasa berpusing2. kiranya naik roller coaster free gitu... time balik bawak slow. mesti glen heran apsal slow pulak nimah nak drive. owhhh.. glen tu nama kereta saya la. sebab apa boh nama glen? sebab saya suka yang penyanyi glen tu. sapa tak kenal sudah. saya kenal.


jalan pulak jem. takpe la.. slow2. balik rumah masak nasik sebab nak makan sambal kuini tu la. gigih ni walopon kepala pusing2. kejap tu obek datang bagi laok. sebab dia tau saya nak makankat rumah semalam kan. bagi kari daging dengan rendang ayam. uuwwaa...apasal semua meat basis ni. saya kureng gemar. lebih suka makan ikan2 ni. tapi takpe, free punya pasal kita bedal je la. makan masa tengok berita. layan je la. cerita politik dah kureng sebab dimonopoli oleh berita penyakit berjangkit. macam2 adaa.. meningitis ada, h1n1 ada, laptospirosis ada, sakit hati pon ada. maunya tak.. ko dah tau bapak ko orang memang dok carik salah je jadi perhatian umum, yang ko pegi merompak mencuri tu apahal? takde duit pegi koje la.. bongok betol. buat malu famili. patot ko jaga nama baik kluarga. bagi sokongan lindungi keluarga. ini badan sihat segar bugar muda perkasa koje mencurik. kalo curik berjuta2 pakkal le jugak ini curik jam, curik motor. hampeh punya budak. nak kata budak dah boleh jadi bapak budak dah. haihh... lepas ni kalo tak insaf rendam ko dalam klorox. hishhh...tetiba je emo kan. think positif, think positif..maybe dia tertekan kot. orang kiri kanan asyik dok mengata ayah dia ke. maybe dia pon malu, pas tu diasak lak dengan sogokan kawan2. mana la kita tau kan. think positif. tapi kalo ye pon macam tu bukan macam ni caranya nak memberontak. cari jalan yang betol. entah la..


ok2 sambong cerita malam tadi. lepas makan lepak2 kejap tengok awani. owh... sekarang musim membincangkan politik pilihanraya di india. hehehee... ye la kan, family gandhi yang masok bertanding. walopon dari keturunan yang sama tapi tak semestinya pembawakan personaliti dan pemikiran adalah sama. takyah jauh..kat malaysia pon banyak belambak. sekarang ni politik dah dijadikan karier keluarga. dengan menggunakan nama ayah atok terdahulu membolehkan calon terbabit mendapat markah tambahan. kadang orang bukan apa, orang mengenangkan jasa ayah atok dia dulu bukan nak sokong dia sangat. tu la.. banyak sangat termakan budi sampai menyusahkan diri sendiri. lu pikir la sendiri..opss... tetiba lak... hehehe...


pagi ni dah breakfast dah. makan roti canai segera tu cicah kari malam tadi tak habis panaskan. jangan membazir. tapi jangan le kedekut pulak sampai kari minggu lepas pon ko nak simpan dan malas selagi tak habis. itu melampau namanya. nezha? ok je mamat tu. golek2 je kojenya mengekor saya ke depan dia ke depan saya ke dapor dia ke dapor. pagi tadi dai kejut terus golek2 sebelah. owhh.... cubit kang baru tau. gerammmm.....


sabar2.. setelah penat membebel kita teruskan agenda dengan memenuhi permintaan sahabat baru saya yang comel yang rajin yaamatz memasak menjahit membakar merebus memakan. opss.. hehehe... dia telah mengtag saya. usually saya memang takkan buat tag2 ni tapi sebab dia kawan baru kasi chance la kan. lagipon soalan tag tu tak le terlalu personal atau sebagainya jadi boleh digunapakai. walopon dia tag dalam bahasa latin campur urdu campur pantun puak maori sket dengan tulisan iras2 tulisan nepal tu yang tak boleh dibaca dengan mata kasar, tapi dengan kepandaian tuju hikmat saya telah berjaya jugak membaca apa ke tagnya tuh. hwauhahaha.... apapon sorry sebab lambat buat.


soalannya ialah...



adakah anda rasa hot?---sila rujuk gambar... kadang2 boleh jadi hot, kadang2 boleh jadi cold, kadang2 bolehjadi lemau. hhheee...





upload gambar kegemaran anda & kenapa---- harus le pic muka nezha. so cute kan. sapa kata tak cute tu lantak la. kat pic memang kadang mcam comot je tapi in real sangat la comel. it pic tengah baring2 pagi. gatal kan. baring pon nak ada bantal macam kita jugak. nezha tu la cinta hati saya. kalo dia takde aduh..taktau la apa jadi. walopon kekadang dia tu menyakitkan hati sebab uk-uk diluar kawasan, menyepah2 barang, menggigit2 barang, mind you, jurai2 tali ikat langsir saya udah togel dikejekan dia. apa pon, nezha tetap kesayangan saya...



bila kali terakhir makan piza---pizza bebetol ke pizaz tipu2? hehehe..pizza bebetol yang pizza sticky2 cheezy tu la, pizza tipu2 yang roti atas ada hotdog pas tu ada mayonis dan mix vege. itu hari2 pon bedal.. sodappp... kenyang jimat murah lak tu. piza betol2 bila ye? last month kot. agak mengecewakan sebab walopon saya suka makan piza tapi service di pondok pizza adalah amat kureng. kat mana pon sama je service macam ke hapa. dominos ok, shakeys ok. nak buat sendiri tak reti. lempeng tau la. saya kalo resepi ada bahan2 pelik yis2 ni harus menggigil nak try. pernah try buat kuih pau. 1st time menjadi. memang gebu. 2nd time buat penyek macam pau tak cukup umor. hwuahahhaa....tapi kenapa tanya makan piza? kenapa tak tanya bila kali terakhir makan bahulu atau putu piring? takpe2.. sesekali nak le merasa tekak omuteh ye tak. mujur tak tanya bila kali terakhir makan siew mai ke jiaozi ke. tak ke haru....

lagu terakhir yang didengar---lagu selamat hari raya nyanyian saloma masa dalam kereta on the way datang koje tadi. hehehe... saya kalo pepagi akan dengar sinar 96.7fm, klasik nasional 98.3fm, onefm 88.1fm, litefm 105.7fm dan bfm 89.9fm. tukar2 tekan2 channel la sepanjang jalan. tak stick to one channel je. kalo semua2 macam boring je, saya turn on mp3 kat kereta. dalam tu semua lagu raya je. baru la mood mencanak2 nak pegi koje sebab kegembiraan. channel2 lain saya amat kurenggggg.... kadang2 naik menyampah sebab tak sesuai dengan pendengaran saya. dah rasa macam dok kat negara lain le pulak. banyak lagu artis tempatan yang best2 tapi tak diketengahkan. alasannya kurang permintaan peminat. dah ko tak promosi lagu tu camne orang nak suka dan tau kewujudan tu. kadang2 kesian tengok nasib2 artis tempatan yang kadang glamer dengan hanya 1 lagu lepas tu lesap entah ke mana. bukan tak ada bakat, bukan takde pakej hiburan tapi itu la. persatuan artis entah la apa fungsinya makcik kurang periksa pulak. hari tu kata ada percubaan untuk 9/1 tapi nampak masih macam tu gak. ada certain channel yang berubah la, ada yang tak pon. well.. it's a business world la..money comes first.

apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?---bukak spreadsheet ada 3 kat depan ni. semua kasi minimize dulu. nak buat budgeting, nak kira bq, nak buat progress report dan tengah jugak bukak online journal. mari membaca.. kata malaysia nak jadi pusat buku dunia. hwuahahhaa.... buku apa? buku majalah picisan yang tunjuk artis pakai baju separuh kain? gitu??? buku2 ilmiah dimalaysia sangatlah mahal. even boleh potong income tax tapi bila nak membayar tu amatlah menggigilkan tangan. buku tulisan penulis malaysia amat kurang. yang banyak novel2 cinta melangit belambak la. cuba carik buku pasal pengurusan atau prinsip pemasaran tulisan tempatan? adaaaaaaa..memang la ada tapi tulisan font 14 dan info pon ala2 je. kalo dibandingkan dengan tulisan dari luar sana. lebih banyak info dan relevan dengan pemakaian kini. profesor2 yang phd yang doctorate tu buat la buku untuk rakyat malaysia, sesuaikan la dengan pemakaina dalam malaysia. kan berkongsi ilmu itu bagus. kadang mereka pon memang ada tulis jugak tapi untuk memenuhi tuntutan penulisan je sebab macam diaorang tu kene tulis jurnal atau buku dalam jumlah yang telah ditetapkan oleh uni. kalo tak silap saya la. hehehhee.. kalo silap maafkan saya. kalo tak silap sila tulis buku yang lebih berinfomasi danjangan la jual mahal sangat. orang kata duit tu boleh dicari. memang la boleh cari tapi tak semua mampu. nak pinjam kat perpustakaan pon yuran tahunan bapak le mahal. camne nak menggalakkan sifat minat membaca dikalangan rakyat. itu kalo kita nak jadi member kat library mana2 universiti, kalo kat national library, huhuhu..murah je tapi buku tak best. saya pernah pergi saya nak carik buku untuk rujukan malangnya.. yee tuan2 dan puan2 malangnyaa... takmo cakap la. itu belom pergi perpustakaan desa lagi tu. yang banyak majalah. buku2 pelajaran ada juga tapi yang dah tak up to date. peruntukan mahal barangkali. nak harapkan buku pemberian orang ramai pon payah. bukan takde yang nak derma tapi tu la... ada yang sayang. takkan nak bagi yang potostet pulak. kang kene charge penerbitan dan salinan haram le pulak. kang ada yang terasa. habis tu camne? jadi, sebelum bercita2 menjadikan malaysia sebagai pusat buku seperti yang diwar2kan malam tadi kat berita, sila perbaiki dulu sistem dalaman. istilah mari membaca tu tak diterangkan dengan betol. cuba tanya budak2 apa itu membaca. diaorangakna jawab. baca buka la. buku yang camne? buku apa2 la, komik pon membaca gak. majalah pon membaca gak. sekali pikir ye betol tulus jawapannya tapi sifat membaca seperti itu ke yang kita mahukan? bukan tak boleh baca buku majalah, boleh.. sapa kata tak boleh. tapi kene ada had2nya. eh..panjang beno ke jawapan ni ha? hwuahahhaha....

selain nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?---tengok le sapa yang tukang panggilnya. kat rumah nama saya lain, ma panggil saya lain, ibu panggil saya lain, mama panggil saya lain, obek panggil saya lain, nezha pon lain. walopon nezha tak reti bercakap tapi saya bahasakan diri dengan dia lain la. hehhehee....nama dan nama panggilan kena la yang elok2. kalo boleh nama panggilan tu bior nama penuh. tapi biasa la.. nama kita2 ni panjang2 6 harkat semuanya. harus semput bakal suami time nak akad nikah nanti. hehehhee... saya if ada anak esok nak bagi nama yang simple dan kalo panggil boleh panggil nama penuh dia. takmau panggil nama panggilan2 yang lain dari nama macam boy ke girl ke apa ke. kadang nama penuh mariam tapi panggil marry, kadang nama penuh ahmad danial tapi panggil danny. wahhh.. gitu. tapi itu pendapat masing2 la. sebab saya pon nama panjang so nanti2 kedepan takyah le boh nama pelik2 kat anak. simple and nice sudah la.

okeh... habis sudah---eh..apsal pendek je tag ni. lagi la lagi la lagi laaaaaa....

dengan ini diminta orang lain jangan tag saya lagi dan saya pon takmo tag orang lain gak. hehehhee.. .

sebelom orang marah2 baik saya minta sorry dulu if tulisan itu ada yang telah mengecikan hati orang yang dah memang kecik tu kan. anyway.. think positif. hehehhee...

love you obek... (bila nak belanja kasut)
love you nezha... (jangan sepah2 rumah baru kemas)
love all of you... (jangan lupa lunch kang lapar kurus pulak)

Tuesday, May 19, 2009

tak sabarnya....



semalam kononnya nak balik cepat. sebab awal2 siamang dah berambos keluar. chewahh...saya dengan budak opis ni suka hati la. dah petang2 tu siap dah ni kemas2 beg, sekali pukul 520pm siamang masok daaa... hantu betol. baru bercadang2 nak balik awal dah masok lak orang tua nih. benci ahhhh.... tapi disebabkan saya dah kemas beg awal2, mata hati dah terbayang nezha je kat rumah dengan bantal tilam jadinya 550pm saya blah jugak. budak2 tu takot tapi tengok saya dah blah semua mengekor. diaorang cakap kalo kene cakap cik yang ajak, kami ngikut jee.. hamboiii... boleh macam tu. kalo saya masok lombong korang pon ikut la? hehehheee.. menyengih je jawabnya. hantam la. alala..relax la, koje dah siap. siamang tu saje nak nak dok opis main ym tu. hwuahahha.... ok2, lupakan dia mari kita balikkkkkk...

sebenarnya balik tu nak cepat2 nak makna kuih kelapa tu la. alamak..lupa nak snap pic la. sedapppp.... sekali adajugak bawak buah kuini. wahh.. memang favorite saya la tu. buat sambal. yahuuu.. rasa nak buat jam2 tu jugak malam tadi tapi tu la, al-berasnya tak ada kat rumah. hehehhee... sian betol. beras dah lama dah buruk. nak kuar beli beras alahai..mengenangkan nak kuar bersiap drive carik kedai masok kereta balik rumah, alallaa...rentikan la. simpan je la hasrat tu hari ni baru makan. call obek marah2 dia sebab tak inform awal2 ada buah kuinin tu. if not on the way back saya beli la dah siap2 cili beras segalanya or beli je nasi yang dah siap masak tu. huhuhu... tak pasal2 je obek kena marah free dengan saya. chehh..terok betol. bukan nak cakap thank you tapi marahkan lak dia. takpe2.. dah say sorry dah pon dan malam tu obek bawak kuar pegi beli beras dan cili segala la. pas tu pegi dinner. happy2....

pagi ni jalan teramat la jemnya kat depan rumah saya tu. aduhhh... entah le kenapa. jalan tu memang tau. sentiasa jemkalo pagi2 tapi biasa if dah pukul 750am tu dia dah surut sikit so itu la time saya selalu kuar rumah. tapi hari ni berderet..sampai saya nak kuar pagar pon tak boleh sebab jalan terlalu pack sampai ke belakang. what the hell!!!! orang dah le nak cepat, takmo lambat sebab hari ni ada benda penting pagi tadi. tunggu punya tunggu end up pukul 840 baru saya kuar. kepala dah terbayang dah pukul berapa lak nak sampai opis, nak ngadap jem kat tol sunway lagi. so apa lagi.. kita pon pecut la selagi mau. cilok sana cilok sini, mujur tol sunway tak berapa jem, gitu2 je la. jadinya by 910am dah sampai opis. yahuuuuuuuuu...

tapi masok2 je tengok siamang dah tercongok menunggu. spoil. takpe2.. kita cool dulu cover line. so, terus le agenda pagi tu. jaidnya, sekarang la baru ada masa sebab yang berkenaan udah berambos pegi site. bagus2.. aman duniaku.

nezha pulak pagi tadi ntah hapa ditelannya udah muntah pulak. atas karpet lak tu. bagussss..... itu memang saya suka beno tu. takpe2... jangan marah dia, dia kanak2 mana dia tau semua tu. dia pon tak sangka kot boleh muntah,. itu la.. orang bagi makanan betol2 takmau, asyik meloncat nak gigit itu ini kan dah tersekat kat tekak muntah le jawabnya. check2 gak dalam mulut dia takot ada apa2 ke kan, kang demam lak buah hati cinta jantung hempedu saya tu kang payahhh.. makan ubat udah le seksa yang amat.

middle of june obek kene ostn lagi. uuwwaaaaa.... ke melaka then early or middle of july kene ke kedah pulak. wahhh.. melampau tau. saya tanya tahun depan punya schedule dah dapat tak? senang nak saya key-in date dating2. mana tau kot2 penuh lak jadual tu kang kene dok dalam senarai menunggu. hehhehee... terus la obek buat muka dugong. geram betol. dia biasa la..mana ada cakap2 bising2 ni. gitu2 je. so dapat la saya membebel dengan hati yang senang sebab dia takkan lawan punya. hehehhee.. owh...bestnya.

petan ni nak kene beli makanan nezha. dah nak habis dah. lately ni kuat lak makan mamat tu. tapi kurus je tak gemok2 pon. haihh.. kadar metabolisme dia tinggi beno le tu kot. hehehe..t akpe la. makan la nezha selagi larat. kang dah tak larat kang payah.

okla. nak sambong koje. macam2 lak halnya hari ni. perot kenyang dah tadi bf kuih kelapa tu dengan vitagen. hantam la.. janji kenyang sudah. tapi tetiba teingin makan nasi beriani la. uuwaaa... nak makan kat mana ha?? owh..tak sabar nak balik petang ni nak buat sambal kuini tu. yahuuuuuuuuu....

love you obek... (miss you..)
love you nezha... (jangan noty2)
love all of you... (jangan tikam blkg kwn..tak baikkkk)

Monday, May 18, 2009

tak habis lagi mengemas...


hello...

good morning monday!!! sapa tak suka monday turun tangan!! hahahaha... nampak sangat ramai yang tak suka monday tu ye? alala..relax la. kalo takd eminday camne nak dapat friday. huhuhu..apa punya bidalan la.

anyway, nak cerita apa yang terjadi on saturday and sunday

saturday (16/05/09) :
pagi pukul 9am baru balik rumah ma. biasakan saya balik jumaat petang lepas kejer terus mencicit ke sana. tapi kali ni macam malas. plus takde mood, plus aarrghhhh...... malas nak cakap. so call ma cakap balik sabtu pagi seba takot kang kot2 dia dah masak banyak ke apa kang membazir pulak. so ok je la. dah sampai pagi tu terus breakfast pas tu kemas store!!! tak habis2 lagi mengemas rumah. pelik betol la. gila la penat dah jadi macma buruh indon je muka. dengan peloh berlengas dengan bau busuk masamnya aduhhh.... penat betol. tapi bila dah kemas tu nampak elok le pulak store tu. buang mana yang tak perlu so dah ada ruang sikit la. lepas zohor mandi manda semua lepas tu kebabommm... hehehe.. takdenya kemabom tido, golek2 je tak boleh tido pulak walhal badan penat sangat. tengok tv tapi takde volume. hehee..saya suka je tangok tv bisu macam tu. ntah apasal ntah. petang makan than biasa je la takde kejadian yang istimewa.

ahad (17/05/09) :
ada orang depan rumah nak pindah so kitaorang pegi la tengok2 jenguk2 tolong2 angkat kotak. wahh.. hilang dah satu jiran yang baik. jiran saya tu ada anak 6 tapi perangai elok2. tak terejal macam budak2 lain. mak dai pon masak sedap2. hehehe.. selalu dapat makanan. kalo dai buat donut.. tu diaaa... tembammmm... gemok gebu. macam orangnya. hehhehee.. lepas ni takde la nak merasa lagi donut pree. huhuh.. dia pindah sebab dia dah jual rumah tu danpembeli tu pulak beriya nak suruh dia kuar cepat. sampai tak sempat pulak rumah baru dia nak siap. hantam la... so sementara ni dia duduk rumah sewa dulu la sementara nak tunggu rumah dia siap. harap2 nanti raya boleh jumpa.

isnin (18/05/09) :
biasa ahad lepas melodi saya balik rumah saya tapi semalam tak balik. balik pagi ni kuar rumah pepagi buta pukl 630am. huhuhu.. sebab ada hal le pulak kat rumah ma tu. boring. tapi dah tersampai awal le pulak kat office. pukul 8am da sampai. waduh..kok awal benar. ps tu beli breakfast nak makankat office. sampai kat opis perasan handphone pulak takde. arghh... tensennya. dok pikir2 kot tercicir ke kat kedai, atau kat tempat parking, atau tertinggal dalam kereta. so, menapak le semula ke kereta nak carik handphone. mujur ada je dalam kereta. owh..kalo hilang habis la.. duit lagi nak kene beli.

obek balik kampong dia minggu tadi. mmm..tak jumpa pon dia lagi. malam kang kot kalo dia tak keje boleh le jumpa. dia cakap mak midah ada bagi kuih kelapa tu. wahhh.. saya memang le suka kuih kelapa tu. actually tak tau le apa nama sebenarnya tapi saya panggil kuih kelapa sebab dia adalah kelapa. huhuh..camne nak explain ni ha??nanti la malam kang saya amik pic esok boh kat sini.

ok la.. hari ni kira boleh tahan banyak keje..nanti2 sambong ye..

love you obek... (rinduuuuuuu........)
love you nezha... (nakalllllll.......)
love all of you... (keje rajin2 ye....)

Friday, May 15, 2009

sapa terror?...


hehehehe...sapa terror main rubix cube tu? huhuhu...saya dah berkurun2 hidop ni tak pernahnya yang dapat balik semua kaler2 tu. hampeh betol. ntah la. pusing pusing pusing tak gak dapat2. kata orang aa teknik dan tektik dia ye ke? takpe.. kita saja la main2 untuk mengisi masa lapang, at least ada gak paedahnya.

see, nezha pon nak main jugak. hehehe..dia biasa la bukan boleh tengok saya pegang barang ke hapa ke harus nak ambil dari saya. so, bagi la dia main. bukan reti pon. pegi sepak2 pulak jadi macam bola sepak. appa la nezha ni, orang suruh kasi kaler tu jadi 1 balik dia pegi sepak2 lak. lepas sepak2, pegi cium2 then letak tangan atas cube tu. haihh..apsal? tujuannya itu menunjukkan time tu dia la yang punya, orang lain jangan ambik. gila kedekut nezah ni tau. tapi takpe, kejap je dia tu. kang dia lupa boleh amik dah.

malam tadi dinner burger dan rojak buah. hehehe..sedap la dah lama tak makna rojak buah tu. sesambil tu beli dvd gak. cerita ongbak2, wahhhh...best rupanya. mamat tu hensem lak saya tengok. so, sambil makan sambil tengok dvd tu le. sekali dvd hang la.. hampeh betoll potong stim betol. dah le masa tu mamat tu tengah lawan2 ujian gitu. hantu betol. nama pon dvd cerroom, harus le stuck sana stuck sini. padan muka saya. marah punya pasal sanggop ni pi kuar balik malam2 pegi tukar dvd tu. hangkot nezha sekali. hwuahahhaha... dia suka je kuar malam2 tu tengok lampu. gatal. dah tukar balik rumah sambong tengok. wahhhh.. best. apsal malaysia takmo buat filem macam tu haa.. kira lain la sikit dari kebiasaan. malaysia pon ada gak warisan kebudayaan dan pertahanan diri yang boleh ditonjolkan. cuba keluar dari kepompong perfileman bermotifkan cinta barai tu. boring laa.... tak sesia pi kuar memalam tukar dvd tu. cerita best. ending adalah menyedihkan. saya seperti biasa fragile je la bab2 sedih ni harus melalak2 jugak. hehehhee... not bad, not bad at all. korang boleh try test tengok pada sapa yang tak tengok lagi.



harini jumaat. owh... boring.
okla.. malas nakbebel banyak2. harap2 semua orang dapat weekend seperti yang diidam2kan.
love you obek...
love you nezha...
love all of you...

Thursday, May 14, 2009

hehehe... dia tak dapat, sian...


hehehehe..tengok la muka orang sengsara tak dapat mencilok makanan. semalam balik penat la, tak le lambat sangat tapi takde mood nak kuar dinner so terus tapau mekdi la balik tu. sampai2 rumah seperti biasa disambut dengan pekikan mamat kepochi sebab dah tergelap sikit rumah. alalala... sian dia. takde la gelap beno tapi dia tu standard la... manja lebih.

balik2, letak makanan kat table dia pon terus menjalankan tugasan qa/qc dia tu. standard..... so menepati piawaian la kononnya. lepak2 kejap, mandi then siapkan tempat makan dia. wahh.. eksyen pulak takmo makan. dia dok tercongok kat table saya menunggu masa nak pow makanan saya. ngada je tau. tapi sian kecewa sebab yang dihajati tak dapat.

ini jawabnya muka kecewa sebab setelah hasil kaji siasat rupanya air tu bukan air milo seperti selalunnya. hehehehe... saya beli soft drink biasa semalam coke. nak menerai (try) le konon. dah lama tak minum air gas macam ni. hehhehee... so tak boleh le share dengan nezha. dia tu dah terbiasa kalo nampak bekas air tu harus ingat air milo. tu yang dia nak mintak tu. alalala.. next time je la ye busuk. so, kita 2 orang share makan fries dan bagi sikit2 filet o fish tu kat dia. suka lak dia tu. ala orang mekdi tu saya dah pesan nak tomato ketchup dia tetap le bagi cili sos. appa laaaa... tak baca order ke? hehehehee...
lepas makan lepak2 kejap tunggu csi. memula tengok surreal gourmet dulu, pas tu tengok numbers, pas tu csi. tapi mengantuk ya rabbi. tahankan jugak mata. tak nyempat2 tunggu habis csi saya tido dah kebabommm....



sekali malam tadi hujan da.. wahhh.. terus terkejut teruduk bangun ni. mula la hati kacau bilau merisau tak tentu hala. bangun pusing2 jap tengok2. ntah hapa la yang nak ditengokkat luar tu semua gelap je. lampu jalan ada la. manusia takde. lepas tu baring balik. disebabkan mengantuk yang teramat sangat so saya tertidor. nezha pon mengempek tepi saya bagai nak rak. pagi bangun macam biasa then siap2 pegi keje. breakfast dulu kat rumah sebab semalam ada beli donut tu le simpan dalam peti ais. makan seketul pas tu pegi keje. kuar rumah lambat mujur jalan tak jem sangat. ngam2 je timing sampai office. hehehhee... syukurrrrr...



kesian kan muka bengang nezha.


haaaa...saya nak minta tolong le pada kawan2 yang cun comel hensem diluar sana tu sapa2 yang tau camne nak bagi cantik blok ni. ni ada beberapa masaelahnya..
1) saya tengok orang lain punya pic boleh macam ada frame, apsal saya punya takde? ada apa2 command ke nak guna? kalo ada tolong bagitau ye.
2) blog ni masa draf lawo cantik tapi bila publish tulisan paragraph akan hilang. tu yang jadi panjangg je tulisan tu. apa masalahnya ha? tolong ajar saya.
mmmm..buat masa ni itu dulu la. banyak2 kang sendiri pening dan confuse. bab2 background picture tu nanti2 dulu. saya ni nak masok photoshop pon tak reti2 ni. sabar2. belajar slow2. tapi sapa2 baik hati tolong ajarkan step by step pon bagus jugakkk...
okla.. obek banyak koje. dia tu bila masa yang takde koje? pelik betol la. nezha macam biasa. owh..malam tadi nak korek telinga dia, baru nampak saya pegang tisu udah mencicit lari. tak kira, tangkap gak dia menyorok bawah meja nun di ceruk sana. baru 3-4 kali korek dia terlepas da.. saya biasa la, lembut hati beno. paling habis pon saya bebel2 je la. pas tu treus stop tak jadi korek lagi. eeee..degil betol la dia ni. orang nak bagi hensem pon payah. sapa ada petua nak bagi kucing diam je masa korek tinga? sila share. takkan nk ikat kaki tangan dia kot...
ok la.. nanti2 sambong lagi.
love you obek... (keja rajin2)
love you nezha... (jangan nakal2)
love all of you... (sila tolong 2-3 masalah diatas ye)
mmuuahhhhh.......

Wednesday, May 13, 2009

uuwwaaa...mujur...

uuwwaaaa....
tadi la tangan dok gatal2 konon nak click sana sini
sekali ntah tertekan apa terus jadi hilang template saya ni udah jadi lain
baru la muka pucat lesi bagai nak rak
terus ni godek2 lagi mujur dapat carik balik
tapi sekarnag dah tambah benda2 beru
tapi saya tengok macam ada yang tak sama dengan yang dulu
uuwwaaaa.....
camne pon..mujur dah jadi rupa blog balik
kalo tak ntah jadi rupa apa ntah tadi kosong sekosong-kosongnya...
peringatan :
jangan suka suki nak click benda2 yang tak berapa pasti...

mari mengemas rumah ye...


yeeee... mari-mariiii..kemas-kemas rumah.. tarik-tarik apa yang patut.. tarik semua bior kasi terabor baru la rumah kita akan lebih meriah dan ceria... lepas tarik jatuh kita sepak2 kain dan segala-mala benda yang jatuh tu..kendian kita blah cepat2 dari tempat kejaidan supaya takde sapa yang tau kesepahan tu kita yang buattt....

ye..banyak cantik ko nezha ye. itu la koje dia seharian kat rumah tu. mengemas rumahhh. lawo dah rumah sayaa...dia je yang kemas, saya tukang sepah, gggrrrrr..geram betol. apa korang ingat dia nak kemas rumah betol2 ke? huiiii... bertuah namanya tu. itu namanya dia tengah menarik towel kepam yang tersidai tu la. nak mandi ye nezha? itu towel dia la tu. lama dah pon tak mandi dekat sebulan dah kot. hwuahhahaha... patut busuk masam je nezha ni, tak mandi rupanya. kahkahkahkahhh... so dah tarik2 towel maknanya nak mandi le kan. nanti2 la saya mandikan. mandi tu takde hal, nak mengeringkan bulu dia tu yang menjadi2 hal. dah le tak reti duduk diam, kene blow lama sikit. wahhhh.. blow2 gitu macam pegi salon tu. gatal punya kucing.


bila kena marah kita buat apa kawan-kawannn?? yee..kita buat muka protes jelir2 lidah sambil meow2 memekak selagi boleh ye. bravoooo!!!!!! itu la kesayangan saya. itu muka tengah kene bebel dengan saya la tu. bior lantak sana. kadang saya saja je menyakat dia kalo dia tengah main apa2 saya amik benda tu. hehehehee... suka la tengok dia melompat2 marah. kihkihkihhh...
malam taid pegi dinner dating2 kat ioi puchong yang baru tu. owhhh... kosong lagi takde apa pon. banyak lagi ruang kosong kedai belom bukak. takde la apa yang special. biasa je saya tengok. tapi yang best sebab ada kedai daiso tu la.. kedai barang2 jepun tu menarik. semua barang harga rm5 je...apa yang saya nak semua ada kat sana tapi saya riki2 dulu la. ikut hati memang nak amik semua tapi kang obek membebel. hehehhee... saya beli yang air pillow utk leher tu dengan rubic cube tu je. berkurun main tak pernah yang dapat balik kaler sama. hampeh betol. apsal ha? iq kureng eh? hehehehe... mengaku je la.
makan kat jusco ioi tu. eeeee.... tak sedap dan tak best dan takmau pegi sana lagi. ntah hapa2 je. pendek kata tak suka laa... tapi takmo la bising2 sangat sebab obek beriya nak makan kat situ. nak try katanya. haaa..hambek ko... dah tau salah tau lak senyap tak bersuara. sebab kalo bersuara kang kene tembak dengan saya. biorkannn...
balik lambat..pukul 10pm itu pon paksa obek bawak laju2 sebab saya nak mengejar tengok csi malam tadi. haaa... baru la betol malam tadi ada csi.. ini dulu semalam tersalah tarikh da... hehehe... kawan saya siap sms pesan jangan lupa tengok csi. on the way back obek tetiba kata nak kene pi koje balik. lorrr..say akata kalo tau kene pi koje takde la saya ajak kuar berjalan jauh2 tu. kuar makan kat tempat biasa je dah la. dia kata takpe laa.. chewahh..buat baik nampak ada apa2 ke ni..suspen2... chehh..baik salah jahat salah semua tak kena. think positif.. takde la dia kata koje tu memang kene buat malam, sebab siang2 tak boleh buat sebab ada orang. ye la.. koje la rajin2 ye..saya tunggu bonus 36 bulan awak tu. kalo takde nanti saya bakar opis awak. hwuahhahahhaaa....
pagi ni bangun macam biasa. alarm hp bunyik sekali je, dia tak snooze pulak. selalu macam ni tau. geram. saya buat snooze tu every 3 minutes so boleh la golek2 lagi, tapi hari ni tak bunyi. mujur tak terbabas. takpe2.. jangan salakan jam, salahkan diri sendiri. nezha pon tido lena je tak kejut saya. saya dah sedar baru terhegeh2 datang nak garu. owhh.... saya dah bangun la busuk.. polok2 kejap terus siap2 pegi koje.

hari ni pepagi dah kenyang makan roti canai dan teh o ais. hausssssss..tu pasal pagi2 dah bedal ice. jangan sempot sudah.
ok la.. kawan2 semua jaga diri ye..keje elok2. jangan malas2.
love you obek...
love you nezha...
love all of you...

Tuesday, May 12, 2009

mari membaca...


macam biasa la.. petang semalam balik macam tak larat sikit. terus balik tak beli apa2 pon. sekali pukul 8pm obek belikan nasi lemak dan karipop. yahuuu... makan nasi lemak separuh dan karipop 2 bijik. mata pulak pedih sangat nak tido sesangat rasanya tapi tahankan mata sebab nak tengok csi n.y tu le. sesambil tu bermain sms dengan kawan saya yang jadi cikgu mengajar kat johor sekarang ni. hehhee.. dia tanya wat pe la dah diner ke belom ke..saya jawab la dah diner nak tunggu csi. dia kata ada ke csi malam ni? saya dengan konpidennya menjawab adaaaaaaaaa..csi n.y la... sekali dia kata bukan esok ke, selasa? hari ni isnin la... sekali baru saya tersedar. aduhhhh... mati2 saya ingat malam semalam tu hari selasa rupanya baru hari isnin daaaaa... uwwa..buat penat je tahan mata sampai pukul 10pm punya nak mengunggu csi walhal esok (hari ni la tu) baru ada. chehh... benci tauuuuu... tipah tertipu. ntah la..macam blur2 je semalam tu. hehehhehe.... tak pasal2 je tv kene marah. lepas tu terus la ajak nezha tido. takde gunanya mengadap tv sampai pedih2 mata tu. uuwwaaaa.....

malam punya la panas.. sampai peluh2 rasanya masa tido tu. nezha pon tak selesa je saya tengok. dia standard la.. mana nak panas2 ni. mengada lebih. ko pi tido kat shoping complex la nezha. situ ekon 24jam. pagi tadi dia kejut saya. hehehhe.. so cute. kejut2, saya tepok2 dia then dia sambong baring. pagi ni kuar keje lambat. ntah la.. rasa badan liat betol.

itu buku tu obek belikan, suruh baca katanya. mak datokkkk.... buku tajuk 'kenapa Allah murka?'. hehehhee... dah lama dai belikan sejak sebelom dia pergi o/stn lagi. tapi sampai sekarang tak buka2 pon lagi. buak tu buka la just flip tru je. kahkahkahkahh.. wah... kalo buku novel tu tebal 300 muka pon sanggop ni tak makan tak tido nak kasi habis gak baca, cuba buku ilmu2 macam tu hazabb nak mengabihkannya. isi dalamnya dia ada la cakap sebab2 yang kita tak perasan tapi boleh menjadikan benda tu besar, macam kita terlalu menyanjung manusia ke, macam kejam tapi kita tak perasan ke, macam kita mengambil kesempatan secara tak sengaja ke. ala..benda2 macam tu la. aduh.. masa dia bagi tu saya ingatkan buku apa la, sekali buka tengok buku ini daa.... ayoyoyo..sudah insaf ke obek ni? hwuahhahaa....amin... doakan yang elok2 je ye. jadinya nanti saya nak start baca la.. baca masa nak tido sure cepat lena. hwuahhaha...



ini namanya perangai mendengki pagi2. ni pagi tadi la saya beli kuih nak bawak bekal la kokon. sebijik je pon kuih apa ntah kaler hijau bulat2. nezha mana boleh nampak benda lain sikit harus buat sopt check QA/QC dia tu. habis dicekau2nya kuih tu. kalo tak amik alamat hancurrrr....


bila diambik, apa lagi..buat muka la. memberi renungan tajam ala2 nak bunuh orang je rupanya. hamboiii.... tapi apsal mata nampak sebelah je tu ha nezha? huwhahahahhaa..... nezha kanak2, tak boleh makan kuih tu nanti tercekik, nanti saya beli kek la bagi nezha makan. itu kuih masih dikaki dia, saya ala2 blah pegi dapor la cakap bye2, then dia kejar saya cepat2 amik kuih tu. hehehe..dia kalo kita panggil tapi degil nak datang, kita bangun la buat2 nak pergi then cakap bye2 nezha..bye2 nezha.. haa..itu jam baru la dia mencicit datang. hehehe..gatal, takot kene tinggal.
hari ni tak berapa banyaks angat koje kot. biasa2 je. obek ntah, dia banyak koje kot. taktau la urusan dia. bukan semua urusan dia saya perlu tau. takmau jadi macam sesetangah orang semua nak report pegi mana buat apa dekat mana blablabla.. hishhh....
ok2..jangan membebel lagi. cuaca panas betol sekarang kan. kalo kuar lunch hour tu ya allah.. macam nak terbakar kult ni ha. dah rasa macam tu pon still tak insaf2 lagi. apa la saya ni.
ok la..
love you obek...
love you nezha ...
love all of you.....

Monday, May 11, 2009

jam beso jam kecik...



semalam pegi jalan2 dengan obek kat ju*co equ*ne p*rk... saja la ronda2 malaysia katanya. masa tu tengah sihat segar bugar lagi..takde pening2 sakit2 kepala de. takde tujuan. owh... ada.. tujuannya nak cari kedai jam nak repair tali jam obek tu dah tercabut. bapak jauh repair jam macam kat kl dah takde kedai jam. dah kata nak berjalan2 so redah je la kan. untung nasib ada, untuk tak nasib takde kedai jam. so, pergi kedai yang pertama, dia takde buat servis2 ni. nampak beno penipu. sebenarnya dia malas nak repair jam yang bukan dia jual. takde hal..saya doakan kedai ko melungkop. pegi kedai jam ke dua, ada repair. so bagi la. tapi tengah2 repair tu dia kata apa ke namanya nut tu takde saiz. wahh.. bapak canggih beno ke jam obek tu pasal payah beno nak repair. tercabut tali je so nak sambungkan dia. takpe2... pagi kedai ke 3 baru ada. servis repair pree je pulak tuh!!! wahhh.. ini sudah bagus. saya doakan kedai awak maju jaya aman merdeka!

sementara orang tu dok merepair2 jam tu, saya pusing2 la tengok2 jam. so udah le menggelitis nampak jam digital tu. lawo. tapi itu untuk lelaki punya la. pompuan punya design tak lawo. apa la depa ni. reka la jam untuk pompuan yang lelawo sikit. ini kalo pompuan je lain motif takde, bungaaaa je memanjang. kalo digital pon bongok2 punya design. apa ingat pompuan takde yang lasak ke nak pakai jam macam tu.. kene la expand sikit marketing strategy. appa la. so, saya udah le berkenan. bodek obek, kot mana tau langit cerah merasa mendapat. obek kata itu jam lelaki, nak ke? nanti nampak besar. saya kata tak besar sebab yang ni macam kecik sikit. orang kedai pon promote baik punya. dia kata pompuan pon boleh pakai.. banyak je pompuan beli jam macam ni sekarang.. trend. ye2..banyak la ko punya trend. nak melakukan barang je ko ni. siap amik calculator nakbagi discount. sudah la.. tau la itu mmg harga atas harga sebenar.. ko tiktok2 tipu2 je calculator tu so ko cakap ko bagi discount kan? tak kisah la..at least dia buat marketing baik punya. siap kuarkan dari cermin then ukur2 kat tangan saya. chewahh... selepas saya puh pah puh pah obek.. makanya langit itu adalah cerah. dan saya dapat jam itu. hwuahahhahaa... sukanya... terima kasih obek. i lebiu...

siankan la kat saya. dari kecik sampai ke dah tua bangka ni baru le 1st time nak merasa pakai jam digital. asyik la tengok jam jarum je. masa kecik2 takde chance nak pakai jam macam tu. ibu kata tak bagus. dia kata nanti tak pandai tengok jam. ye la, sebab senang je kan nombor dah tertera. tak le macam tengok jam jarum analog ni ha.. terbelit2 lidah nak mikir itu jam pukul berapa. itu saya la masa kecik2. alalala... jadi, kasi chance le ye saya pakai jam nombor2. hehehhee....

so, lepas habis sessi tersengih2 kat kedai jam, kitaorang pon pusing2 kat bawah. actually masa baru2 sampai je dengar macam ada suara2 submang sedang menyanyi.. ooo.. ada buat karaoke tapi suara tak sedap lansong. eh..suara saya pon tak sedap, so sebab tu tak pernah nyanyi dikhalayak ramai. nak karaoke pegi red box la sesama kita je yang dengar. tak le seluruh alam terpaksa menderita telinga dengar ko nyanyi. jadinya edisi siasat pon berlansong. kitaorang carik gak dari mana datangnya suara karaoke hampeh tu. oooo..tm stremek ada buat promotion kat bawah sana. luas kawasannya tapi takde orang datang ponnnnnnnnnnn.. mwuahahhahhaa...

kebetulan kitaoraang lalukat bawah tu sebelah tm promotion tu, kebetulannya ada la mamat2 tm ni dok panggil2 suruh tengok promotion tu. saya memang la bo layan. malas la. bukan sombong. 1st, sebab memang tak mau amik apa2 package dia tu, 2nd, memang tak minat bab2 kena panggil nih. tapi obekkkkkkkkkkk.. dia memang suka beno melayannnnnn.. hatta kalo yang panggil tu orang jual setereka pon dia akan berhnnti dan layannnnnnnn je orang tu bercakap. eeee.. kalo berjalan dengan dia memang banyak je pit-stopnya tau.

so budak ni ada la 2 orang.. pungpangpungpang semua la. chewahh.. kami pon berlakon la menjayakan drama swasta petang tu. muka penuh confident ni mendengar penerangan. kasi chance la mamat tu menajamkan communication and marketing skill dia. yang sorang tu nama zul. not bad. kemas, cakap pon teratur dan nampak dia boleh menjawab apa pertanyaan kita tentang produk dan pakej. mamat lagi sorang ni not that good la. tak kemas, dan cakap pon macam paksa2 kita amik pakej tu. W.T.H betol. masa sesi soal jawab tu kitaorang saje je la ckp stremek tu tak elokla, selalu disconneced la, customer servis lembabol la, blablabla.. boleh lak mamat seorang tu nak marah2 kitaorang cakap semua tu tak betol. ehh.. helloooo... ko nak jual produk ke nak apa ni ha??? dah le pengotor kuku panjang hitam tu guna untuk tunjuk2 brochore kat orang. eeiiwwww... geli tau tak. baju tak masok dalam, ok fine.. dah petang dah penat. boleh diterima akal. kuku panjang hitam berkarat? so not!!!! tak kira la awak keje apa pon, penampilan tu jaga la sikit. dah tau kuku panjang tunjuk la guna pen ke apa ke. ini nak bagi haku tgk kuku ko tu? hantu betol. so kita bo layan sama dia. kita layan budak zul tu je. tapi dia keep on menyampuk cakap2 kitaorang. benci aahhhhhhh.... dah lama tu kitaorang pon blah. we treat that zul dengan baiknya sebab dia pon treat kita as customer baik. walopon kita tak amik pakej dia tu but still dia cakap elok2. but to that other guy.... sebelom blah saya tanya kat dia, ni sapa punya idea ni buat karaoke tetengha alam ni? owh.. ni tm punya idea la kak. dengan muka bangga bongok dia tu la. saya kata bagus la tu. bodoh punya idea. pas tu terus blah. dia tercengang bangang.. lantak la ko sana.

dah jauh tu obek kata apa u cakap macam tu tak baik tau. sebab dia dengar saya kuar perkataan bodoh tadi tu la. saya mana pernah cakap benda2 macam tu kat public. saya kata saya geram kat budak tu. kurang ajo dan membuatkan orang lagi nak mengutuk. obek kata tak baik.. lenkali cakap la pegi ma*p*s la ko!!.. wahh..over lak mamat ni. tadi ko yang beriya nak cengar ceramah orangtu kan. hantu betol. saya kecut gak if dia marah saya rupanya pegi ajar lagi yang tak elok pulak. terok tau obek nih.


saya bukan apa... apa sinonimnya aktiviti berkaraoke dengan jualan produk stremek tu? explain sikit kat makcik yang tak amik marketing ni. yg si tm ni pulak. ko tu bukan produk jual cd karaoke ke, atau tv ke, atau home theatre system ke yang beriya nak buat karaoke tetengah alam tu. ko tu kata jual produk internet dan talian telefon. jadi, apa la salah ko buatkan table yang ada laptop tu, bagi customer merasai kelajuan line ko tu, bukak pages banyak2 dalam satu masa tengok hang ke tak hang ke, boleh reach ke tak boleh reach ke.. baru la ada kesinambungannya dalam jualan produk. ini pi buat karaoke session pulak. yang nyanyi tu pon satu hal. aduhhh... eee... rasa2nya team tu tak buat brain stroming dulu la sebelum buat promotion. cuba buat ala2 happy hour ke. so setiap 2 jam ko buat happy hour so sapa yang sign-up within that time dapat lagi discount ke. haaa..baru la itu namanya marketing strategy. baru la orang berebut nak datang booth ko tu. ini takk... pekerja ramai keliling tu tapi dok melepek bersembang dengar karaoke yang menyakitkan hati je. eemmm.. entahla labu. ingat la.. awak bukan lagi sole provider dalam internet sekarang, dah banyak provider lain. cumanya kuota untuk buat land line tu kureng je kat syarikat telekomunikasi yang lain ni.. kalo tak... memang alamat selamat le ko tm. tu la.. sebab dah terlalu lama berada dalam zon selesa, kira tak kisah je kan. sebab apa dikatakan berada dalam zon selesa? sendiri mau ingat la..

ahh... panjang lak mengomel. kepada kawan2 yang kerja dalam marketing tu tolong la buat study sikit sebelum pegi buat promotion. bior la yang masok dek akal sikit.

ok2... selepas tu kitaorang blah dan pergi tempat lain. pusing2 tempat lain lak. sekali obek udah berkenan dengan 1 benda alah ni. saya memangtak persan lansong dia berkenan benda tu tapi tau2 je say atengok orang kedai dah usung bawak benda tu. ya allah... saya ingat dia main2 rupanay bebetol hantu betol la. apa bendanya? itu le benda yang tercongok kat rumah saya tu la dalam pic kat atas tu. jam besooooooooooooo..... apa orang puteh kata grandfather clock. haa..hambek.. jam atok terus dibelikan untuk saya. dia kata lepas ni jangan merengek lagi nak jam. ni dah atok jam dah dia belikan. uuwwaaa.... apa niiii????? mana nak letak rumah kecik tak muat dah ruang. uuwwaaaaa..... menyesal disini mintak disana belikan jam digital tadi, kalo disini tau, disini tak mau mintak jam tu sebab disana sudah talakan jam gedabak tu kat rumah disini.

jadinya, letak le kat sudut tu. tu tengok nezha mamat kepochi bukan boleh ada benda baru. mula la dia menyebok. jangan ko cakar jam atok tu nezha, hazab nanti. owh. rak buku tu jangan ditenung lama2, kalo ditenung pon dia takkan jadi kemas, memang macam tu la rupa gayanya. jam tu ada bunyik2 lak every hour. tong-tong-tong... ikut kiraan jam tu la pukul berapa. kalo every 1/2 hour dia tong-tong sekali. udah le bunyik macam tong-tong-tong.. cukup complete dah rumah saya sebijik macam rumah hantu. tau2 je la rumah saya tu macam2 ada. sekarang ada sound effect baru lak. uuwwaaaaa....

aduhduhduh... apa pon bersyukur la. ooooo...obek sayang intan payung, kalo rumah saya tu banglo 18 tingkat kot la boleh. ini udah jadi apa la.... takpe la rezeki jangan ditolak musuh jangan dicarik. terima kasih banyak2 daun keladi, lenkali belikan la lagi, terima kasih kuih keria, lenkali belikan kereta pulak ye. huwahhaha..

aduh..sakit kepala...


aduhh..sakit betol kepala ni. berdenyut-denyut-nyut-nyutttt... hehehe..dah macam lirik dangdut le pulakkan.

semalam memangsakit betol kepala. dah le masa tu kat luar pegi jalan2 pusing2 dengan obek. sampai ke nilai 3 nun ha dibawaknya saya. on the way pergi tu ok lagi. sampai setengah jalan kepala denyut2 pulak. tahan lagi, sampai sana masuk 2-3 kedai dah tak blh tahan kepala. dengan rasa nak muntahnya, dengan mata tak boleh terbukaknya, dengan kepala macam nak pecah berdenyut2 tu. aduhhh...

so, balik cepat. dalam kereta memang pejam mata menahan sakit kepala dan nak muntah. rasa nak muntah je dalma kereta tu bior padan muka obek basuh muntah. hehehe.. tapi tak syiok le pulak so tahankan jugak. ya allah... itulah perjalanan paling lama yang pernah saya rasa. apsal le tak sampai2 lagi niiiiiiiii.... nak membebel pon tak larat . takut if bukak mulut kang benda lain lak yang terkeluar sekali. hehhehee....

sampai je rumah bukak gate bukak pintu terus ke toilet. bluwekk.. habis semuanya. takde isi pon. ntah la apsal. perot masok angin agaknya tapi tak sakit perot pulak. ada le dekat sejam kot dok dalam toilet tu siap mandi segala bagi elokkan badan. serius rasa macam nak pengsan. makan panadol terus tido. lantak le nezha nak melompat ke nak hapa ke tak pedulik. pandai2 la ko naik bilik sendiri nezha ooiii...






memangtido mati. but still ada mimpi tapi ntah hapa2 ntah. tak ingat la. pagi ni dah ok sikit cuma badan lak lenguh2 macam baru lepas bersukan olimpk gayanya. aduh..macam2 penyakit. nezha kejut banyak kali. dia tengok saya buat dek je boleh pegi lompat atas perot saya. hantu betol. sakit tau tak. pas tu saya terus bangun la... lagi pon dah 630am dah.
sabtu & ahad ada cerita tapi nanti la cerita. owh..ada jugak cerita yang nak diberitahu ni. pasal tenet2 ni le. nantii..tungguuuuuu...
nak wat koje dulu..kang sambong. kalo sempat. hehehhehee...

Friday, May 8, 2009

kerastangan?....


haaaa... lawo tak? ini le hasil kerastangan. dibuat dari sampul angpow raya cina dan raya melayu, ada juga terselit raya india punya angpow jugak. krismas punya idak le teman tauuu.. hehehhe..

dah, dah..jangan nak berangan lebih. ini bukan saya buat la.. ini sihapak opis yang buat. nama dia memang hapak sebab dia hapak, tapi tak sangka lak dia pandai buat kerastangan ni. not bad.. boleh buat pendapatan sampingan. ada bentuk nenas, ada bentuk bunga, ada bentuk burung, ada bentuk love, tadi dia tunjuk kat saya bentuk love buat lipat2 dari duit. lawo. dai kata boleh buat untuk hantaran. saya ye kan je. malas nak layan sangat sebab dia kalo bercakap annti non-stop. lenguh telinga nak kena mendengar.



aaa..kasi tunjuk sikit kat korang. yang ni bentuk bunga sejambak la. kot2 la korang berminat nak buat. dia pon belajar ikut buku je. aduhh.. kalo saya harus nak melipat sekelopak bunga tu terus jadi bentuk dinasor ni kang.



yang ni bentuk nenas. hehehhee...elok lipatannya kemas je saya tengok. dia kata mak dia lagi teror bab2 kerastangan ni. apa pon buleh buat. wahwahwahhh... memang jauh beno minat dari saya. saya ni kalo disuruh mengecat rumah saya sanggop, suruh lipat kertas kecik2 ni very the sorry. amponnnn... takmauuuu... tak minatttt....
malam tadi tengok keliwon. hampeh tak seram lansong. kisah apa ntah nenek sayang beno kat cucu sampai sanggop ni bunuh awek cucunya tu. gila ke hapa nenek tu. masyaallah.. tak le seram lansong tapi udahjadi kelakar le pulak saya tengok cerita tu. apa ke bebal beno ko muradddd... yang ai ani jadi hantu pon tak le menakotkan. paling habis lentok2 kepala je macam terlebih makan leher ayam gamaknya. asuhh tuan derektor dan penulis skrip. kalo ye pon ketandusan idea, bior le yang elok2 sikit. macam ni punya kualiti cerita pon lepas kat tv. bukan bagi budak2 pandai, lagi membebalkan otak bebudak tengok lagi ada la.
kalo takde idea, buat la pertandingan menulis skrip drama pendek. sure meriah nanti cerita2 kat malaysia. ni asyik la buat pertandingan melalak kat tv. banyak bakat2 terpendam kat malaysia ni tak diberi peluang untuk mengenengahkan bakat penulisan mereka. kementerian pon boleh la amik tindakan adakan kelas penulisan secara percuma, atau kalo takot beno rugi air lior tu buat la dengan kadar bayaran yuran yang berpatutan. jangan le sampai ratus2, ribu2 punya fees, sapa larat nak bayar. saya yakin, banyak bakat2 baru dapat dicungkil dan hasil penerbitan drama tv dimalaysia akan turut meningkat. chewahh..ini dah macam hujah perbahasan nampaknya. takde la.. sekadar meluahkan perasaan. bagi la peluang kepada orang yang layak untuk berkarya dan ketengahkan bakat. kadang2 bakat tu ada tapi takde peluang untuk diasah. kadang2 ada yang hantar karya belom apa2 kena ciplak le pulak. dah tu tak reti nak buat apa2 tindakan dan juga takut. sudahnya, hasil karya sendiri jadi modal orang lain. kesian tau. eh..saya bukan apa. sekadar mewakili mereka2 tu la. macam sekarang ni, memang majoriti orang cakap internet je. tapi tak semua orang berpeluang. takyah jauh la.. kat rumah ma saya tu pon line tenet macam *&%*# walhal tengah2 pekan tu. semedang je disconnectednya.
ok2, jangan bebel lagi. petang ni balik rumah ma. huhuhuhuuuu.. sure penat sebab kena kemas rumah. ma kata orang tu dah siap cat dah semua. uuwwaa..camne la rupa gayanya nanti.
have a nice weekend korang....
obek, i love you...
nezha, i love you too...
friends, i love you toothreefourfive...

fewwittt...dah dapat dahh....




fewwitttt... ehem..ehemmm....


saya dah dapat kad kawen orang tu..hehehe... terkejut makcik pepagi sekali terngok ada je terbentang atas table. hehehhe.. terima kasih kerana sudi hantar kad. haaaaaaaaa..sampai pon. hari tu orang tu punya kad tak sampai le pulak. takpe2.. yang penting semua dah selamat..




kad pon lawo. simple je. saya suka. menarik. chewahhh.. kene puji lelebih mana tau boleh makan nasi tambah nanti. hwuahahhaa....



see..ada tulis nama obek jugakkk.. mujur tak tertulis nama nezha sekali kalo tak harusssss mengangkot mamat kepochi tu jugak nanti.
kepada orang itu... saya doakan semoga perjalanan majlis anti berjalan dengan lancar dan ikatan perkahwinan yang dihajati berkekalan hingga ke akhir hayat. so, mulai sekarang kene la jaga diri.. kene jaga seri pengantin tu. takleh jumpa hari2 tau. hehehehe....
eerrr.. tapi bukan buat kat shah alam ke hari tu cakap? hehehe.. jauh tuu.. insyaallah, jika ada kelapangan akan sampai lah saya ke sana... kalo pon tuan punya diri tak sempat sampai, insyaallah, barangan iringan akan tetap sampai sebagai pengganti diri. insyaallah.....