mari mencari....

Google
 

Wednesday, May 20, 2009

2-in-1 la ye...


hello....


hari ni mesti diceria2kan walopon pagi tadi adalah jem melampau taktau sapa mati tengah jalan tu kan. anyway.... lupakan kisah pedih dipagi hari, kita kena ceria2.. ye tak ummi? kene pikir positif selalu baru la kedut2 dimuka akan berkurangan , dan makanya produk2 kecantikan yang tipu lebih diluar takkan laku. huwahhahaha...


semalam badan macam tak larat la. haihh..bilanya la badan ni larat asyikl a taklarat ngalahkan orang beranak 16. apa pon, memang pening kepala la pusing2 semalam. aaa..jangan tak tau mai cheq nak habaq mai cheq memang ada history kureng darah or darah rendah gitu.. yahuuu... orang darah tinggi saya darah rendah. maksudnya apa? yeee... maksudnya saya budak baik la. hwuahhaa.. aka sinonim ke dengan penyakit dan kelakuan? biarkan..think positif.


memangtak larat sangat. ingat nak balik tapi tak larat nak drive. call obek tapi obek koje jauh lak semalam so diam2 je la dok kat office. sambil2 tu pejam2 mata kalo tak macam rasa berpusing2. kiranya naik roller coaster free gitu... time balik bawak slow. mesti glen heran apsal slow pulak nimah nak drive. owhhh.. glen tu nama kereta saya la. sebab apa boh nama glen? sebab saya suka yang penyanyi glen tu. sapa tak kenal sudah. saya kenal.


jalan pulak jem. takpe la.. slow2. balik rumah masak nasik sebab nak makan sambal kuini tu la. gigih ni walopon kepala pusing2. kejap tu obek datang bagi laok. sebab dia tau saya nak makankat rumah semalam kan. bagi kari daging dengan rendang ayam. uuwwaa...apasal semua meat basis ni. saya kureng gemar. lebih suka makan ikan2 ni. tapi takpe, free punya pasal kita bedal je la. makan masa tengok berita. layan je la. cerita politik dah kureng sebab dimonopoli oleh berita penyakit berjangkit. macam2 adaa.. meningitis ada, h1n1 ada, laptospirosis ada, sakit hati pon ada. maunya tak.. ko dah tau bapak ko orang memang dok carik salah je jadi perhatian umum, yang ko pegi merompak mencuri tu apahal? takde duit pegi koje la.. bongok betol. buat malu famili. patot ko jaga nama baik kluarga. bagi sokongan lindungi keluarga. ini badan sihat segar bugar muda perkasa koje mencurik. kalo curik berjuta2 pakkal le jugak ini curik jam, curik motor. hampeh punya budak. nak kata budak dah boleh jadi bapak budak dah. haihh... lepas ni kalo tak insaf rendam ko dalam klorox. hishhh...tetiba je emo kan. think positif, think positif..maybe dia tertekan kot. orang kiri kanan asyik dok mengata ayah dia ke. maybe dia pon malu, pas tu diasak lak dengan sogokan kawan2. mana la kita tau kan. think positif. tapi kalo ye pon macam tu bukan macam ni caranya nak memberontak. cari jalan yang betol. entah la..


ok2 sambong cerita malam tadi. lepas makan lepak2 kejap tengok awani. owh... sekarang musim membincangkan politik pilihanraya di india. hehehee... ye la kan, family gandhi yang masok bertanding. walopon dari keturunan yang sama tapi tak semestinya pembawakan personaliti dan pemikiran adalah sama. takyah jauh..kat malaysia pon banyak belambak. sekarang ni politik dah dijadikan karier keluarga. dengan menggunakan nama ayah atok terdahulu membolehkan calon terbabit mendapat markah tambahan. kadang orang bukan apa, orang mengenangkan jasa ayah atok dia dulu bukan nak sokong dia sangat. tu la.. banyak sangat termakan budi sampai menyusahkan diri sendiri. lu pikir la sendiri..opss... tetiba lak... hehehe...


pagi ni dah breakfast dah. makan roti canai segera tu cicah kari malam tadi tak habis panaskan. jangan membazir. tapi jangan le kedekut pulak sampai kari minggu lepas pon ko nak simpan dan malas selagi tak habis. itu melampau namanya. nezha? ok je mamat tu. golek2 je kojenya mengekor saya ke depan dia ke depan saya ke dapor dia ke dapor. pagi tadi dai kejut terus golek2 sebelah. owhh.... cubit kang baru tau. gerammmm.....


sabar2.. setelah penat membebel kita teruskan agenda dengan memenuhi permintaan sahabat baru saya yang comel yang rajin yaamatz memasak menjahit membakar merebus memakan. opss.. hehehe... dia telah mengtag saya. usually saya memang takkan buat tag2 ni tapi sebab dia kawan baru kasi chance la kan. lagipon soalan tag tu tak le terlalu personal atau sebagainya jadi boleh digunapakai. walopon dia tag dalam bahasa latin campur urdu campur pantun puak maori sket dengan tulisan iras2 tulisan nepal tu yang tak boleh dibaca dengan mata kasar, tapi dengan kepandaian tuju hikmat saya telah berjaya jugak membaca apa ke tagnya tuh. hwauhahaha.... apapon sorry sebab lambat buat.


soalannya ialah...



adakah anda rasa hot?---sila rujuk gambar... kadang2 boleh jadi hot, kadang2 boleh jadi cold, kadang2 bolehjadi lemau. hhheee...





upload gambar kegemaran anda & kenapa---- harus le pic muka nezha. so cute kan. sapa kata tak cute tu lantak la. kat pic memang kadang mcam comot je tapi in real sangat la comel. it pic tengah baring2 pagi. gatal kan. baring pon nak ada bantal macam kita jugak. nezha tu la cinta hati saya. kalo dia takde aduh..taktau la apa jadi. walopon kekadang dia tu menyakitkan hati sebab uk-uk diluar kawasan, menyepah2 barang, menggigit2 barang, mind you, jurai2 tali ikat langsir saya udah togel dikejekan dia. apa pon, nezha tetap kesayangan saya...



bila kali terakhir makan piza---pizza bebetol ke pizaz tipu2? hehehe..pizza bebetol yang pizza sticky2 cheezy tu la, pizza tipu2 yang roti atas ada hotdog pas tu ada mayonis dan mix vege. itu hari2 pon bedal.. sodappp... kenyang jimat murah lak tu. piza betol2 bila ye? last month kot. agak mengecewakan sebab walopon saya suka makan piza tapi service di pondok pizza adalah amat kureng. kat mana pon sama je service macam ke hapa. dominos ok, shakeys ok. nak buat sendiri tak reti. lempeng tau la. saya kalo resepi ada bahan2 pelik yis2 ni harus menggigil nak try. pernah try buat kuih pau. 1st time menjadi. memang gebu. 2nd time buat penyek macam pau tak cukup umor. hwuahahhaa....tapi kenapa tanya makan piza? kenapa tak tanya bila kali terakhir makan bahulu atau putu piring? takpe2.. sesekali nak le merasa tekak omuteh ye tak. mujur tak tanya bila kali terakhir makan siew mai ke jiaozi ke. tak ke haru....

lagu terakhir yang didengar---lagu selamat hari raya nyanyian saloma masa dalam kereta on the way datang koje tadi. hehehe... saya kalo pepagi akan dengar sinar 96.7fm, klasik nasional 98.3fm, onefm 88.1fm, litefm 105.7fm dan bfm 89.9fm. tukar2 tekan2 channel la sepanjang jalan. tak stick to one channel je. kalo semua2 macam boring je, saya turn on mp3 kat kereta. dalam tu semua lagu raya je. baru la mood mencanak2 nak pegi koje sebab kegembiraan. channel2 lain saya amat kurenggggg.... kadang2 naik menyampah sebab tak sesuai dengan pendengaran saya. dah rasa macam dok kat negara lain le pulak. banyak lagu artis tempatan yang best2 tapi tak diketengahkan. alasannya kurang permintaan peminat. dah ko tak promosi lagu tu camne orang nak suka dan tau kewujudan tu. kadang2 kesian tengok nasib2 artis tempatan yang kadang glamer dengan hanya 1 lagu lepas tu lesap entah ke mana. bukan tak ada bakat, bukan takde pakej hiburan tapi itu la. persatuan artis entah la apa fungsinya makcik kurang periksa pulak. hari tu kata ada percubaan untuk 9/1 tapi nampak masih macam tu gak. ada certain channel yang berubah la, ada yang tak pon. well.. it's a business world la..money comes first.

apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?---bukak spreadsheet ada 3 kat depan ni. semua kasi minimize dulu. nak buat budgeting, nak kira bq, nak buat progress report dan tengah jugak bukak online journal. mari membaca.. kata malaysia nak jadi pusat buku dunia. hwuahahhaa.... buku apa? buku majalah picisan yang tunjuk artis pakai baju separuh kain? gitu??? buku2 ilmiah dimalaysia sangatlah mahal. even boleh potong income tax tapi bila nak membayar tu amatlah menggigilkan tangan. buku tulisan penulis malaysia amat kurang. yang banyak novel2 cinta melangit belambak la. cuba carik buku pasal pengurusan atau prinsip pemasaran tulisan tempatan? adaaaaaaa..memang la ada tapi tulisan font 14 dan info pon ala2 je. kalo dibandingkan dengan tulisan dari luar sana. lebih banyak info dan relevan dengan pemakaian kini. profesor2 yang phd yang doctorate tu buat la buku untuk rakyat malaysia, sesuaikan la dengan pemakaina dalam malaysia. kan berkongsi ilmu itu bagus. kadang mereka pon memang ada tulis jugak tapi untuk memenuhi tuntutan penulisan je sebab macam diaorang tu kene tulis jurnal atau buku dalam jumlah yang telah ditetapkan oleh uni. kalo tak silap saya la. hehehhee.. kalo silap maafkan saya. kalo tak silap sila tulis buku yang lebih berinfomasi danjangan la jual mahal sangat. orang kata duit tu boleh dicari. memang la boleh cari tapi tak semua mampu. nak pinjam kat perpustakaan pon yuran tahunan bapak le mahal. camne nak menggalakkan sifat minat membaca dikalangan rakyat. itu kalo kita nak jadi member kat library mana2 universiti, kalo kat national library, huhuhu..murah je tapi buku tak best. saya pernah pergi saya nak carik buku untuk rujukan malangnya.. yee tuan2 dan puan2 malangnyaa... takmo cakap la. itu belom pergi perpustakaan desa lagi tu. yang banyak majalah. buku2 pelajaran ada juga tapi yang dah tak up to date. peruntukan mahal barangkali. nak harapkan buku pemberian orang ramai pon payah. bukan takde yang nak derma tapi tu la... ada yang sayang. takkan nak bagi yang potostet pulak. kang kene charge penerbitan dan salinan haram le pulak. kang ada yang terasa. habis tu camne? jadi, sebelum bercita2 menjadikan malaysia sebagai pusat buku seperti yang diwar2kan malam tadi kat berita, sila perbaiki dulu sistem dalaman. istilah mari membaca tu tak diterangkan dengan betol. cuba tanya budak2 apa itu membaca. diaorangakna jawab. baca buka la. buku yang camne? buku apa2 la, komik pon membaca gak. majalah pon membaca gak. sekali pikir ye betol tulus jawapannya tapi sifat membaca seperti itu ke yang kita mahukan? bukan tak boleh baca buku majalah, boleh.. sapa kata tak boleh. tapi kene ada had2nya. eh..panjang beno ke jawapan ni ha? hwuahahhaha....

selain nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?---tengok le sapa yang tukang panggilnya. kat rumah nama saya lain, ma panggil saya lain, ibu panggil saya lain, mama panggil saya lain, obek panggil saya lain, nezha pon lain. walopon nezha tak reti bercakap tapi saya bahasakan diri dengan dia lain la. hehhehee....nama dan nama panggilan kena la yang elok2. kalo boleh nama panggilan tu bior nama penuh. tapi biasa la.. nama kita2 ni panjang2 6 harkat semuanya. harus semput bakal suami time nak akad nikah nanti. hehehhee... saya if ada anak esok nak bagi nama yang simple dan kalo panggil boleh panggil nama penuh dia. takmau panggil nama panggilan2 yang lain dari nama macam boy ke girl ke apa ke. kadang nama penuh mariam tapi panggil marry, kadang nama penuh ahmad danial tapi panggil danny. wahhh.. gitu. tapi itu pendapat masing2 la. sebab saya pon nama panjang so nanti2 kedepan takyah le boh nama pelik2 kat anak. simple and nice sudah la.

okeh... habis sudah---eh..apsal pendek je tag ni. lagi la lagi la lagi laaaaaa....

dengan ini diminta orang lain jangan tag saya lagi dan saya pon takmo tag orang lain gak. hehehhee.. .

sebelom orang marah2 baik saya minta sorry dulu if tulisan itu ada yang telah mengecikan hati orang yang dah memang kecik tu kan. anyway.. think positif. hehehhee...

love you obek... (bila nak belanja kasut)
love you nezha... (jangan sepah2 rumah baru kemas)
love all of you... (jangan lupa lunch kang lapar kurus pulak)

5 comments:

nURmALa mAZLan said...

kak, kita pon plan cam tu. insyaallah kalau ada rezeki nanti, nak taruk nama anak pendek2 je...senang..dia pon x susah nak bawak nama tu nanti.cth nyer cam nama kita NURMALA. pendek je kan..ehehehe~ x mo ikut nama sayang.. panjang ya amat.. MOHD KHAIRUL NIZAM.. last2 kawan2 panggil JON..wakakakaka

Ummibatrisya said...

hebat, entry yang terpanjang sungguh yang ummi pernah baca

macam baca cerpen :)

akak suka sambal belacan buah kuinin,

terliur, nak kena cari jugak ini, buat menu berbuka puasa nanti :)

@tune® said...

skang mmg tgh hot..
sbb panas..KL jer ujan
ceh

zh-ena said...

panjangnyer semua jawapan heheheh

sama la ena pun tak suker daging..tak suker tak suker

politaik m'sia biasa lah..lu pikir la sendiri

saya said...

Mala---perancangan masa depan. Hehehhee…

Ummi---cari ummi cari. Sedapp.. membuka selera tu.

Atune---kl hujan pon tapi still panas. Haba naik.

Ena---saua suka jugak daging tapi lagi prefer seafood.