mari mencari....

Google
 

Monday, May 25, 2009

biasa je...


takde apa yang menarik minggu ni.. macam biasa je. ada gak la yang menarik tapi biasa2 je takde yang luar biasa.

anak ayam yang ma bela tu sekor patah kaki. tak tau le camne boleh patah. masa pagitu nakpegi tengok nak bagi dia makan sekali tengok dia macam baring meniarap je kakinya 2-2 tak gerak, lurus je kebelakang. so angkat dia tegok2 lembek je kakinya. kitaorang suspek dia kene pijak time tido tu. al-makum.. adik beradik ramai tu sampai 8 orang chit chot chit chot mau tak kene pijak. so ma asingkan dia la, siap sapu ubat gamat tu mudah2an kaki semboh. entah la. sian lak tengok dia. so, hari2 kene suap dia makanan if not dia tak boleh makan. maknya udah terbang menggatal keluar takmau jaga anak. terok betol. harap2 cepat la semboh baby ayam tu kalo tak seksa la hidop dia nanti.

semalam pegi rumah mama la. melawat opah. ma kata next week bawak opah balik rumah balik. entah la. bawak ke tak bawak ke sama je. opah standard la kalo anak cucu datang melawat mula la drama swasta dia tu. hehehhee.. menangis la apa lagi. biasa la orang tua. ceritanya macam 20 tahun tak jumpa walhal tiap2 minggu pegi tengok dia. nanti if dah balik duduk dengan ma ok la tu.

semalam obek belikan saya hp baru. ingat dia main2 je rupanya betol. saya kan dok merengek je nak hp yang touch screen tu tengok kat tv macam best je. sekali dia beli wahh.. susahnya nak menggodek benda tu. rasa macam melambat la je. ke maybe saya belom paham fungsi2 tu? ke saya memang lembab sikit bab2 it ni? huwhahaha... itu le yang sebenornya. bila nak bukak message pon menggelabah puyu 1/2 jam mula la muncung panjang. sudahnya saya kata takmo la. obek nak obek guna la. saya guna yang lama ni pon takpe la. tak kuasa la nak hp cangginh2 ni tak reti pon. pada saya kalo blh in-out call, sms in-out ok, pas tu fungsi2 mudah mcm nak check gallery ke hapa ke senang2 je ok la. saya bukan jenis gadget2 it savvy punya orang. jadinya guna je la yang lama. maybe if obek baik hati dia tukar dengan yang lain kot. kita tengok apa jadi lepas ni.

nezha jahat!!!! semalam saya main2 sekalidia cakar tangan saya. hari tu dah sekali kene panjang kat ibu jari. kali ni kat ibu jari jugak tapi panjang ke bawah pulak. aduhhhh...sedap betol time kene cakar tu rasa di awang-awangan. chehh.. bisa wehhh... geram betol. pas tu saya nangis la. hahaha.. pas tu amik plaster tampal jari dan nangis lagi dan masok bilik baring2. dia pon sebokgak nak ikut masok bilik. pas tu saya bising2 marah2 dia la konon. wahh...buat muka seposen pulak. dalma pada nak marah2 tu tergelak jugak. aduhaiii.. nezha, nezha. ko ni betol la tau.

petang semalam nak kuar dengan obek. tapi taktau ke mana arah tujuan. memula pegi cheras, tengok jusco penuh obek kata pegi kl. sampai kl pegi berjaya times square. owh..boring. takde apa pon yang menarik. beli ice cream dengan air kotak makan minum sambil pusing2. itu je la. pas tu pegi jalan tar, pusing2 kat kedai buku tu then balik. makan kat mana ye? owh..makan kat area rumah saya jugak akhirnya. dah malam2 tu boleh obek kata jom pergi nilai3. aduhaiii.. takmau saya. takmau lagi merasa pening sakit kepala nak muntah bagai macam last time. amponnnn...... saya kata nak balik sebab nak tengok csi. hehehhehe...

malam tengok csi, layan nezha kejap main dart pas tu tido. pagini bagun awal. rasa macam cerah je bijik mata tapi malas betol. rasa takmau datang kerja. call obek mana le tau kot2 dia tak koje boleh makcik amik cuti pegi jalan2 hari ni. sekali obek kata dia bz la. mmm..cancel le plan so saya pon siap2 pergi keje. owh..sekali baru perasan rupanya number plate kereta tu patah. tak sedar lansong bila patahnya. geram betol. 2 hurup depan tu dah takde. benci ahhh... kat mana lak ni nak carik kedai nombor plate. petang2 selalu ada roadblock. takot aahh... eee..tak suka berada dalam perasaan tak tenteram ni tau.

hari ni bawak bekal biskut pegi opis. kononnya sampai je pagi tadi terus beli milo ais. sekali tu alamak manis sangat la. rugi2. sakit tekak minumnya. kalo tau macam tu baik beli air kotak milo terus. milo bancuh kat kedai ni pon bukan murah, rm1.90 tau..... perot pulak jadi sebu. macam2 penyakit.

eeeee..malas betol takde mood betol la pagi ni. nak balikk.. nak tengok tv.

love you obek..(nak hp lain ye)
love you nezha..(jangan la cakar2 saya lagi)
love all of you..(korang pon malas gak ke hari ni?)

6 comments:

nURmALa mAZLan said...

kak, samer la kita..kita pon x de modd arini...rasa nak balik nak tidur jer

@tune® said...

hui,..kalau xmo hp touchy² tuh..meh bg aku

MOKCIK AZWA said...

kesiannya anak ayam yang patah kaki tu...angkara sapa la agaknya ya..

wah...klu tak nak hp touch screen tu meh pass kat akak muahahaha...

KV said...

kesian plk anak ayam tu patah kaki.

julietANNA said...

phone apa kak?nokia 5800 tu eyh?
rugi laa kak.best tuuu bf belikan hp baru.nak tuka bf ngan akak blh?hehe.

org ckp if kena cakar kucing parut xkn hilang kn?

saya said...

Mala---balik tido

Atune---hahahhaa… touchy2 ye namanya..

Azwa---erkk..mokcik pong nok jugak?

Juliet---tkr bf??? Runtuh langit tu kang. Hehehe.. mana ada, dia cakar sikit je takde bekas pon..cakar2 manja gitu..

Kv---ha.ahh…sian tau