mari mencari....

Google
 

Monday, May 11, 2009

jam beso jam kecik...



semalam pegi jalan2 dengan obek kat ju*co equ*ne p*rk... saja la ronda2 malaysia katanya. masa tu tengah sihat segar bugar lagi..takde pening2 sakit2 kepala de. takde tujuan. owh... ada.. tujuannya nak cari kedai jam nak repair tali jam obek tu dah tercabut. bapak jauh repair jam macam kat kl dah takde kedai jam. dah kata nak berjalan2 so redah je la kan. untung nasib ada, untuk tak nasib takde kedai jam. so, pergi kedai yang pertama, dia takde buat servis2 ni. nampak beno penipu. sebenarnya dia malas nak repair jam yang bukan dia jual. takde hal..saya doakan kedai ko melungkop. pegi kedai jam ke dua, ada repair. so bagi la. tapi tengah2 repair tu dia kata apa ke namanya nut tu takde saiz. wahh.. bapak canggih beno ke jam obek tu pasal payah beno nak repair. tercabut tali je so nak sambungkan dia. takpe2... pagi kedai ke 3 baru ada. servis repair pree je pulak tuh!!! wahhh.. ini sudah bagus. saya doakan kedai awak maju jaya aman merdeka!

sementara orang tu dok merepair2 jam tu, saya pusing2 la tengok2 jam. so udah le menggelitis nampak jam digital tu. lawo. tapi itu untuk lelaki punya la. pompuan punya design tak lawo. apa la depa ni. reka la jam untuk pompuan yang lelawo sikit. ini kalo pompuan je lain motif takde, bungaaaa je memanjang. kalo digital pon bongok2 punya design. apa ingat pompuan takde yang lasak ke nak pakai jam macam tu.. kene la expand sikit marketing strategy. appa la. so, saya udah le berkenan. bodek obek, kot mana tau langit cerah merasa mendapat. obek kata itu jam lelaki, nak ke? nanti nampak besar. saya kata tak besar sebab yang ni macam kecik sikit. orang kedai pon promote baik punya. dia kata pompuan pon boleh pakai.. banyak je pompuan beli jam macam ni sekarang.. trend. ye2..banyak la ko punya trend. nak melakukan barang je ko ni. siap amik calculator nakbagi discount. sudah la.. tau la itu mmg harga atas harga sebenar.. ko tiktok2 tipu2 je calculator tu so ko cakap ko bagi discount kan? tak kisah la..at least dia buat marketing baik punya. siap kuarkan dari cermin then ukur2 kat tangan saya. chewahh... selepas saya puh pah puh pah obek.. makanya langit itu adalah cerah. dan saya dapat jam itu. hwuahahhahaa... sukanya... terima kasih obek. i lebiu...

siankan la kat saya. dari kecik sampai ke dah tua bangka ni baru le 1st time nak merasa pakai jam digital. asyik la tengok jam jarum je. masa kecik2 takde chance nak pakai jam macam tu. ibu kata tak bagus. dia kata nanti tak pandai tengok jam. ye la, sebab senang je kan nombor dah tertera. tak le macam tengok jam jarum analog ni ha.. terbelit2 lidah nak mikir itu jam pukul berapa. itu saya la masa kecik2. alalala... jadi, kasi chance le ye saya pakai jam nombor2. hehehhee....

so, lepas habis sessi tersengih2 kat kedai jam, kitaorang pon pusing2 kat bawah. actually masa baru2 sampai je dengar macam ada suara2 submang sedang menyanyi.. ooo.. ada buat karaoke tapi suara tak sedap lansong. eh..suara saya pon tak sedap, so sebab tu tak pernah nyanyi dikhalayak ramai. nak karaoke pegi red box la sesama kita je yang dengar. tak le seluruh alam terpaksa menderita telinga dengar ko nyanyi. jadinya edisi siasat pon berlansong. kitaorang carik gak dari mana datangnya suara karaoke hampeh tu. oooo..tm stremek ada buat promotion kat bawah sana. luas kawasannya tapi takde orang datang ponnnnnnnnnnn.. mwuahahhahhaa...

kebetulan kitaoraang lalukat bawah tu sebelah tm promotion tu, kebetulannya ada la mamat2 tm ni dok panggil2 suruh tengok promotion tu. saya memang la bo layan. malas la. bukan sombong. 1st, sebab memang tak mau amik apa2 package dia tu, 2nd, memang tak minat bab2 kena panggil nih. tapi obekkkkkkkkkkk.. dia memang suka beno melayannnnnn.. hatta kalo yang panggil tu orang jual setereka pon dia akan berhnnti dan layannnnnnnn je orang tu bercakap. eeee.. kalo berjalan dengan dia memang banyak je pit-stopnya tau.

so budak ni ada la 2 orang.. pungpangpungpang semua la. chewahh.. kami pon berlakon la menjayakan drama swasta petang tu. muka penuh confident ni mendengar penerangan. kasi chance la mamat tu menajamkan communication and marketing skill dia. yang sorang tu nama zul. not bad. kemas, cakap pon teratur dan nampak dia boleh menjawab apa pertanyaan kita tentang produk dan pakej. mamat lagi sorang ni not that good la. tak kemas, dan cakap pon macam paksa2 kita amik pakej tu. W.T.H betol. masa sesi soal jawab tu kitaorang saje je la ckp stremek tu tak elokla, selalu disconneced la, customer servis lembabol la, blablabla.. boleh lak mamat seorang tu nak marah2 kitaorang cakap semua tu tak betol. ehh.. helloooo... ko nak jual produk ke nak apa ni ha??? dah le pengotor kuku panjang hitam tu guna untuk tunjuk2 brochore kat orang. eeiiwwww... geli tau tak. baju tak masok dalam, ok fine.. dah petang dah penat. boleh diterima akal. kuku panjang hitam berkarat? so not!!!! tak kira la awak keje apa pon, penampilan tu jaga la sikit. dah tau kuku panjang tunjuk la guna pen ke apa ke. ini nak bagi haku tgk kuku ko tu? hantu betol. so kita bo layan sama dia. kita layan budak zul tu je. tapi dia keep on menyampuk cakap2 kitaorang. benci aahhhhhhh.... dah lama tu kitaorang pon blah. we treat that zul dengan baiknya sebab dia pon treat kita as customer baik. walopon kita tak amik pakej dia tu but still dia cakap elok2. but to that other guy.... sebelom blah saya tanya kat dia, ni sapa punya idea ni buat karaoke tetengha alam ni? owh.. ni tm punya idea la kak. dengan muka bangga bongok dia tu la. saya kata bagus la tu. bodoh punya idea. pas tu terus blah. dia tercengang bangang.. lantak la ko sana.

dah jauh tu obek kata apa u cakap macam tu tak baik tau. sebab dia dengar saya kuar perkataan bodoh tadi tu la. saya mana pernah cakap benda2 macam tu kat public. saya kata saya geram kat budak tu. kurang ajo dan membuatkan orang lagi nak mengutuk. obek kata tak baik.. lenkali cakap la pegi ma*p*s la ko!!.. wahh..over lak mamat ni. tadi ko yang beriya nak cengar ceramah orangtu kan. hantu betol. saya kecut gak if dia marah saya rupanya pegi ajar lagi yang tak elok pulak. terok tau obek nih.


saya bukan apa... apa sinonimnya aktiviti berkaraoke dengan jualan produk stremek tu? explain sikit kat makcik yang tak amik marketing ni. yg si tm ni pulak. ko tu bukan produk jual cd karaoke ke, atau tv ke, atau home theatre system ke yang beriya nak buat karaoke tetengah alam tu. ko tu kata jual produk internet dan talian telefon. jadi, apa la salah ko buatkan table yang ada laptop tu, bagi customer merasai kelajuan line ko tu, bukak pages banyak2 dalam satu masa tengok hang ke tak hang ke, boleh reach ke tak boleh reach ke.. baru la ada kesinambungannya dalam jualan produk. ini pi buat karaoke session pulak. yang nyanyi tu pon satu hal. aduhhh... eee... rasa2nya team tu tak buat brain stroming dulu la sebelum buat promotion. cuba buat ala2 happy hour ke. so setiap 2 jam ko buat happy hour so sapa yang sign-up within that time dapat lagi discount ke. haaa..baru la itu namanya marketing strategy. baru la orang berebut nak datang booth ko tu. ini takk... pekerja ramai keliling tu tapi dok melepek bersembang dengar karaoke yang menyakitkan hati je. eemmm.. entahla labu. ingat la.. awak bukan lagi sole provider dalam internet sekarang, dah banyak provider lain. cumanya kuota untuk buat land line tu kureng je kat syarikat telekomunikasi yang lain ni.. kalo tak... memang alamat selamat le ko tm. tu la.. sebab dah terlalu lama berada dalam zon selesa, kira tak kisah je kan. sebab apa dikatakan berada dalam zon selesa? sendiri mau ingat la..

ahh... panjang lak mengomel. kepada kawan2 yang kerja dalam marketing tu tolong la buat study sikit sebelum pegi buat promotion. bior la yang masok dek akal sikit.

ok2... selepas tu kitaorang blah dan pergi tempat lain. pusing2 tempat lain lak. sekali obek udah berkenan dengan 1 benda alah ni. saya memangtak persan lansong dia berkenan benda tu tapi tau2 je say atengok orang kedai dah usung bawak benda tu. ya allah... saya ingat dia main2 rupanay bebetol hantu betol la. apa bendanya? itu le benda yang tercongok kat rumah saya tu la dalam pic kat atas tu. jam besooooooooooooo..... apa orang puteh kata grandfather clock. haa..hambek.. jam atok terus dibelikan untuk saya. dia kata lepas ni jangan merengek lagi nak jam. ni dah atok jam dah dia belikan. uuwwaaa.... apa niiii????? mana nak letak rumah kecik tak muat dah ruang. uuwwaaaaa..... menyesal disini mintak disana belikan jam digital tadi, kalo disini tau, disini tak mau mintak jam tu sebab disana sudah talakan jam gedabak tu kat rumah disini.

jadinya, letak le kat sudut tu. tu tengok nezha mamat kepochi bukan boleh ada benda baru. mula la dia menyebok. jangan ko cakar jam atok tu nezha, hazab nanti. owh. rak buku tu jangan ditenung lama2, kalo ditenung pon dia takkan jadi kemas, memang macam tu la rupa gayanya. jam tu ada bunyik2 lak every hour. tong-tong-tong... ikut kiraan jam tu la pukul berapa. kalo every 1/2 hour dia tong-tong sekali. udah le bunyik macam tong-tong-tong.. cukup complete dah rumah saya sebijik macam rumah hantu. tau2 je la rumah saya tu macam2 ada. sekarang ada sound effect baru lak. uuwwaaaaa....

aduhduhduh... apa pon bersyukur la. ooooo...obek sayang intan payung, kalo rumah saya tu banglo 18 tingkat kot la boleh. ini udah jadi apa la.... takpe la rezeki jangan ditolak musuh jangan dicarik. terima kasih banyak2 daun keladi, lenkali belikan la lagi, terima kasih kuih keria, lenkali belikan kereta pulak ye. huwahhaha..

4 comments:

AfiQ said...

x seragam promotionnyer.. kacau bilau... turn off kiter.. tros x jadi beli la camtu kan?

~dARlee zURiS~ said...

dapat jam kecik i lebiu..
dapat jam beso tu..apa pulak??
;)

@tune® said...

ko xpening ke dr analog ke digital??

kang waktu lain..ko kompius lak

saya said...

afiq--memang.. ntah hapa2 je. koje tunggang langgang

zuris--kecik ilebiu, beso i lap u. hehehe..

atune--lantakkan sana.. bior pening. hehhee...