mari mencari....

Google
 

Friday, May 8, 2009

kerastangan?....


haaaa... lawo tak? ini le hasil kerastangan. dibuat dari sampul angpow raya cina dan raya melayu, ada juga terselit raya india punya angpow jugak. krismas punya idak le teman tauuu.. hehehhe..

dah, dah..jangan nak berangan lebih. ini bukan saya buat la.. ini sihapak opis yang buat. nama dia memang hapak sebab dia hapak, tapi tak sangka lak dia pandai buat kerastangan ni. not bad.. boleh buat pendapatan sampingan. ada bentuk nenas, ada bentuk bunga, ada bentuk burung, ada bentuk love, tadi dia tunjuk kat saya bentuk love buat lipat2 dari duit. lawo. dai kata boleh buat untuk hantaran. saya ye kan je. malas nak layan sangat sebab dia kalo bercakap annti non-stop. lenguh telinga nak kena mendengar.



aaa..kasi tunjuk sikit kat korang. yang ni bentuk bunga sejambak la. kot2 la korang berminat nak buat. dia pon belajar ikut buku je. aduhh.. kalo saya harus nak melipat sekelopak bunga tu terus jadi bentuk dinasor ni kang.



yang ni bentuk nenas. hehehhee...elok lipatannya kemas je saya tengok. dia kata mak dia lagi teror bab2 kerastangan ni. apa pon buleh buat. wahwahwahhh... memang jauh beno minat dari saya. saya ni kalo disuruh mengecat rumah saya sanggop, suruh lipat kertas kecik2 ni very the sorry. amponnnn... takmauuuu... tak minatttt....
malam tadi tengok keliwon. hampeh tak seram lansong. kisah apa ntah nenek sayang beno kat cucu sampai sanggop ni bunuh awek cucunya tu. gila ke hapa nenek tu. masyaallah.. tak le seram lansong tapi udahjadi kelakar le pulak saya tengok cerita tu. apa ke bebal beno ko muradddd... yang ai ani jadi hantu pon tak le menakotkan. paling habis lentok2 kepala je macam terlebih makan leher ayam gamaknya. asuhh tuan derektor dan penulis skrip. kalo ye pon ketandusan idea, bior le yang elok2 sikit. macam ni punya kualiti cerita pon lepas kat tv. bukan bagi budak2 pandai, lagi membebalkan otak bebudak tengok lagi ada la.
kalo takde idea, buat la pertandingan menulis skrip drama pendek. sure meriah nanti cerita2 kat malaysia. ni asyik la buat pertandingan melalak kat tv. banyak bakat2 terpendam kat malaysia ni tak diberi peluang untuk mengenengahkan bakat penulisan mereka. kementerian pon boleh la amik tindakan adakan kelas penulisan secara percuma, atau kalo takot beno rugi air lior tu buat la dengan kadar bayaran yuran yang berpatutan. jangan le sampai ratus2, ribu2 punya fees, sapa larat nak bayar. saya yakin, banyak bakat2 baru dapat dicungkil dan hasil penerbitan drama tv dimalaysia akan turut meningkat. chewahh..ini dah macam hujah perbahasan nampaknya. takde la.. sekadar meluahkan perasaan. bagi la peluang kepada orang yang layak untuk berkarya dan ketengahkan bakat. kadang2 bakat tu ada tapi takde peluang untuk diasah. kadang2 ada yang hantar karya belom apa2 kena ciplak le pulak. dah tu tak reti nak buat apa2 tindakan dan juga takut. sudahnya, hasil karya sendiri jadi modal orang lain. kesian tau. eh..saya bukan apa. sekadar mewakili mereka2 tu la. macam sekarang ni, memang majoriti orang cakap internet je. tapi tak semua orang berpeluang. takyah jauh la.. kat rumah ma saya tu pon line tenet macam *&%*# walhal tengah2 pekan tu. semedang je disconnectednya.
ok2, jangan bebel lagi. petang ni balik rumah ma. huhuhuhuuuu.. sure penat sebab kena kemas rumah. ma kata orang tu dah siap cat dah semua. uuwwaa..camne la rupa gayanya nanti.
have a nice weekend korang....
obek, i love you...
nezha, i love you too...
friends, i love you toothreefourfive...

3 comments:

@tune® said...

kalau aku kompem jadi naga!!!

saya said...

TAY TAKPEEE... SATU KAPAL LE KITA YE. HEHEHEE...

~dARlee zURiS~ said...

alahai..kreatif tol lah
kalu zuris..memang tak buat langsung dah
hehe..