mari mencari....

Google
 

Monday, May 4, 2009

lamanya cuti...


uuwwaa... boringnya lama betol cuti 3 hari. orang patotnya suka la cuti lama2 saya tak suka pulak. hehehhe.... apa nak heran, lain orang lain le kehendaknya.

cerita khamis (30/04/09) :
sakit perot. membawak ke petang memang tak selesa sangat. etah le kenapa asyik la sakit perot je. penyakit perot le tu .ehhee.. nak kata makan banyak tak le pulak or makan sikit pon tak jugak. aahhh..biar la. tapinya ungkapan orang dulu2 yang cakap 'ala..jauh dari perot' tu tak boleh digunapakai dalam kes saya. hehehe.. takpe2, sabar. penyakit tu penghapus dosa2 kecil. wahh..nampak beno banyak dosa ni. insaf2...

patutnya balik rumah ma petang tu tapi memang tak larat sangat. call ma cakap saya balik pagi esok jumaat tu. balik je mandi2 paksa gak makan sikit then makan ubat then tidor. by 830pm saya dengan nezha 2-2 dah selamat belayar ke lautan antartika. walaupon tido tak lena asyik terjaga2 tapi kira sedap gak la. jumaat pagi pukul 8am baru bangun. tengok alam semau sunyi sepi. nampak beno semua orang dah balik kampung.

obek pergi o/stn tu khamis pagi tu le. eh..ke dah cerita? aahhh.. menambahkan stress saya je. cepat balik tau bek...


jumaat (01/05/09) :
selamat hari pekerja!!!! tapi kesian masih ramai pekerja yang tak menikmati kemudahan pekerjaan. masih ramai pekerja yang ditindas oleh majikan. masih ramai pekerja yang dibayar kurang dari yang sepatotnya tapi koje macam nak mati. entah la.. dunia memang macam ni. tapinya sap2 yang suka menindas orang tu nanti dapat le balasan.

lepas kemas rumah lebih kurang saya pon berangkat balik rumah ma. singgah kedai dulu beli bahan2 nak buat pecal. wahh..lama dah tak buat pecal tu. sekali sampai rumah ma dah buat daa.. chewahh..macam tau2 je saya nak makan pecal. sampai2 je terus makan nasi. gila la pagi2 dah bedal nasik. tapi takpe.. sebab lepas tu penat kemas rumah bagai nak rak. rumah tu kan ke tengah bersepah sebab orang cat dan ada bertukang2 sikit2 tu. waduh2. bilik saya udah jadi macam hapa ntah. so kemas2 bilik opah saya tido bilik opah le malam tu. opah kan takde dok kat rumah mama lak. next wik balik rumah ma balik. ye la..kalo kat sini kang payah habok bising semua tu orang bertukang. nanti rumahdah siap lawo baru le datang balik sini. petang tu tak pergi mana, dok rumah je. penat macam nak pengsan.

sabtu (02/05/09) :
pagi lepas breakfast lepak2 kejap then lunch tu kuar pegi rumah orang kawen kat nilai. ehhehehe... makan nasi beriani kambing. wahh...sedappp... itu anak pakcik aziz jual roti. kawan lama ma. sambil makan sambil tunggu pengantin. tema merah. wahh...mujur saya tak pakai baju kurung merah, kalo tak hari tu tak pasal2 termasok dalam senarai usherer lak. hehehhehe... pengantin pon pakai baju kaler merah campor hitam. kira ok la. not bad. dapat buah tangan kuih apa ntah namanya macam bulat2 kuih india tu. tak makan lagi sebab dah terlupa letak kat mana. bau macam sedap.

petang, almaunah & ibu datang. ngah gemok dah adik takde pegi ikut abah so ada si nurul & aish je. kitaorang kononnya meraikan hari ibu la. tak kisah le terawal sikit sebabkang nanti takde masa dah. semua buzy katakan. hehehe..lagipon payah beno nak mengumpulkan manusiaa tu. magi ma hadiah tudung permaisuri tu. wahh..mengerlip2 rupanya. hehehe.. dengan jubah jugak. bagi ibu baju blause kimono tu. saya dapat sneakers sampai 2. almaunah dapat twisties jek. hwuahahhahaa..... then kuar makan ramai2 pegi ke bagan lalang tu. waduh2... orang ramai dan mujur saya tak sesat jalan sebab ingat2 lupa. salam pada suka2 tu teringat kat obek dan nezha. rinduuu....

ahad (03/05/09) :
almaunah tido rumah ma. pemalas. orangdah siap masak breakfast cucur ikan bilis dan tengah nak masak untuk lunch terus dia baru terkial2 bangun. ma standard la..mesti sokong dia punya. lepas tu terus breakfast makan nasi jugak seba tak tahan tengaok laok gulai ikan tu. hehhehee... siap2 semua masokkan tapau siap sedia nak balik. cuaca pon tak berapa panas macam mendung je. 1230pm melodi start saya pon balik. memang itula time saya balik pon. medoli start saya mesti blah. takmau la tengok melodi asyik ngumpat2 ngata2 korek2 rahsia orang je. sampai rumah baru nak buka gate sekali teringat saya tertinggal baju le pulak kat rumah ma. kalo sehelai takpe la, ini yang sebakol tu siap dengan cadar2 sekali. ehhehehee.. jadinya patah balik. fuhh... ngalahkan f1 bawak kereta. hantam la. sekali sampai rumah ma terkejut tanya apsal? saya cakap baju tertinggal. hehehhe.. duduk lepak jap, ye la..takkan amik je baru tu terus nak hlah, amat la kurang sopan okeh. siap lak makan seround lagi. lepas tu baru balik. balik penat pengsan. tido petang polok2 nezha.

opss...masa kat rumah ma ada anak kucing oren. comel, tapi mulutnya masyaallah.. bising. meow2 full volume lak tu. saya bagi dia makan sikit ma marah lak. ma tu tak suka kucing. owhh..sedih. saya cadang kalo dai ada sampai masa saya balik saya nak bawak dia balik. bior kawan dengan nezha. tapi risau lak kot2 memang ada tuan ke, mak dia ada ke sian lak kan. sabar2.. balik minggu ni saya nak beli makanan kucing siap2. comel sangat.....

isnin (04/05/09) :
pagi ni macam biasa la. expect jalan jem tapi tak berapa la pulak. takpe2.. maybe masih ramai yang sambong cuti kot. hehehhehe....sampai awal harini dan siapkan apa2 yang perlu. kepala macam pening2 pulak pusing2. haii..banyak beno penyakitnya nih.

ma pulak cakap nak pergi umrah bulan puasa ni. masa duduk ramai2 tu dah discus. ibu nak ikut tapi takde orang nak jaga aish. ye la mamat tu kecik beno camne... ada ke suruh saya jaga,. ayoyoyoyoy... harus tak sekolah budak tu saya letak kat rumah je ngadap game. hehehehe... takpe la ibu, belom sampai masa lagi tu. ma beriya ajak saya, uhhh... takmo la. belom lagi. saya cakap saya nak pergi hong kong dulu .hwuahahhaa.. pas tu kene marah dengan ma. kahkahkahhh.. jangan ko pepandai cakap "kalo ma sponsor boleh la", sebab memanggg dia akan sponsor pegi. aduh..sampaikan salam je la dulu, saya pergi kemudian la. so, kalo ma jadi pergi nanti raya ma takde kat sini. aduhh..camne ni? saya tinggal sorang la raya ni nanti? uuwwaaaa!!!!!!!!!!!!!

obekkkk... i love you
nezha.. i love you
love all of you too friends!!!!

3 comments:

@tune® said...

dlm byk² blog..
ko jer xske cuti 3 hari...
kikiki

~dARlee zURiS~ said...

banyak tol aktiviti cuti kau ek ;)
raya ngan obek lah ti
hehee...

saya said...

ateh : ye ke? hehehhe...

zuris : raya dengan obek? takmooo.. nk raya dengan ma jugak