mari mencari....

Google
 

Thursday, May 21, 2009

main je kojenya...

ni namanya aksi mencakar tak hengat dunia.


mmm..nezha biasa la. main meloncat2. kadang2 bila syok beno main dia jadi ganas. saya pon dicakarnya. malam tadi main tempat garu2 dia tu. dah berkurun beli tapi jarang beno dia nakmain. lebih suka menggaru2 mencakar sofa dari tempat garu tu. hangin ke tak hangin. harus hanginnn.. tapi takpe. nama pon kanak2 mana dia tau. cukop tahun kita pow obek ye nezha beli sofa baru. mwuahahaha....

semalam balik sampai rumah macam cepat pulak. tak le cepat, pukul 7pm jugak tapi cuaca cerah so nampak macam hari siang lagi. mengenangkan sambal kuini tu ada lagi so gigih la masak nasi jugak. tengok laok takde kat rumah, korek2 almari sardin pon takde. aduh.. takpe2.. demi nak makan nasi dan sambal kuini tu saya pergi kedai depan kejap. bawak nezha. wahh.. menggelejat dalam kereta melompat2. hehehe... beli udang 10 ekor, dengan cili mesin tu le. nak wat sambal tumis udang. balik rumah letak nasi, tung tang tung tang so jadi la laok saya semalam sambal tumis udang dengan telor masak kicap, sambal kuini, air ribena. wah.. makan tak ingat dunia.

semalam nezha kena marah dengan saya. ye la, orang sebok kat dapor kulu kilir dia pon sebok jugak. nak panjat meja, nak panjat dapor, nak melingkar kat kaki, haa..kan dah kena marah. takde la marah beriya tapi suara sudah kasi tinggi sikit la. knowing him yang memang le kaki merajuk aduhaii... terus ni duduk depan kat kerusi. bila saya dah siap panggil2 dia haram dipandangnya saya. tengok luar lagi ada. aduhh... pujuk2 polok2 suap makan memula takmau jual mahal tapi lelama nak pulakkan. saje je gatal lebih mamat tu. so, sambil saya dinner sambil kene suap dia la. mujur tangan kiri kanan boleh bergerak serentak. kanan suap mulut sendiri kiri suap nezha. hehehee.. lepas makan ada tapai pulut dalam peti ais, hari tu beli tak sempat makan lagi so makan malam tadi.

lepas makan buntang kekenyangan. hajat hati nak tunggu csi sebab malam tadi back to back tapi baru tengok numbers belom pukul 10pm mata dah berat. jawabnya assalamualaikum...



ni nama aksi merenung mencarik akal camne gaya nak memanjat ke atas.
korang pernah tak jumpa dengan orang yang suka sangat menyebok hal orang. benda kecik pon sebok nak tau. kalo tau tu satu hal tapi ni pegi menyampaikan kat orang lain pulak. saya selalu je berdepan dengan situasi ni. pada orang2 macam tu dia kata concern. concern kepala atok dia la. itu kepoh namanya sampai hal peribodi orang pon nak tau. macam mana nak berdepan dengan orang yang macam ni? susah la. tegur salah tak tegur salah. nak ditegur dah tua bangka tak sedar diri masih taktau kelakuan. tak ditegur makin menjadi2. lagi satu orang macam ni ialah jenis yang tak mengaku kesalahan diri. masih nak menuding jari kepada orang lain. aduh... kadang2 tak tahan la tapi entah la. orang kata asam garam kehidupan. tapi banyak sangat asam kang kene gastrik, banyak sangat garam kang kene darah tinggi. habis camno???


ini nama aksi terbalik telentang ikut suka hati.

malam tadi tengok tv3 berita. virus influenza dah disahkan takde lagi kat malaysia tapi kita mesti harus juga berjaga2 sebagai langkah keselamatan. takde salahnya amik precaution. bior lambat asal selamat. bior bersusah2 sekarang asal tak susah kemudian hari. at the end of berita ada tunjuk kes baby kene penyakit kepala besar tu. aduhaiii.. sedihnya saya tengok. masih bayi, mak tak keje dok dengan bapak, sebab kena jaga baby. suami takde dah lari meninggalkannya semasa bayi dalam kandungan. ada juga anak sebelum baby tu umur 2 tahun lebih. bayangkan betapa beratnya bebanan ibu tu. tak kira la dia orang apa, negeri apa tapi beratnya masalah. kos perubatan yang mahal, dengan takde pendapatan, macamana nak survive. harap2 bekas suami dia tu gembira dengan penderitaan yangdia bagi pada anak bini. Allah juga la yang membalasnya. seksa sungguh tengok baby tu malam tadi. saya korang tau la, harus le ciwek lebih udah le menangis pulak. tapi nak bantu camne? setakat yangtermampu bole la. kenapa kos perubatan amat mahal. entah. mungkin sebab kene import ubat2 dari luar negara. ada kemungkinan. kenapa takde syarikat2 gergasi yang nak menaja kos perubatan. takyah la spesifik sangat untuk bantu individu, buat dana pon takpe. kalo untuk buat konsert boleh sponser sampai beratus ribu, sponsor gelang rantai intan berlian mutiara bagai kepada orang yang dah memang kaya dan senang, tapi takkan untuk perubatan tak boleh pulak? mungkin ada, tapi saya je yang tak tau. mana la tau.. orang kata kalo memberi tu bior sorok sampai tangan kiri tak tau yang tangan kanan tu memberi. mungkin la. think positive... think positive.

ini namanya dah penat main tapi still nak main


hari ni maybe balik lambat. arghh..benci betol. tak suka la. mood adalah kureng hari ni tak tau apsal. pagi2 tadi bagun dah mengerjakan kabinet dapor. tuyang malas kalo dah pegang satu benda tu kang tak boleh berenti. sangkot sana singgah sini sudahnya habis satu kabinet dikemas. kemas tu ok tapi yang tak ok tu sudah over timing saya nak pergi keje. hehehee... habis kalo dah mula takkan nak berenti sekerat jalan. rasa macam tak syiok le pulak. so kene jugak habiskan. kabinet tu nampak je macam takde barang, tapi kalo dikorek macam2 adaaaa... rupanya banyak benda2 yang dibeli tapi lupa nak guna sampai dah expired dah pon. membazir betol. masa beli tu beriya la macam tak menyempat2 siang nak guna tapi bila dah beli humban dalam kabinet apah pon tak. itu saya la tu. beli, beli, beli. pas tu biorrr.... pagi ni 1 karung beng plastik hitam yang besar dah saya humban. petang semalam pon 1 karung gak. haihh... nanti nak kene kemas bilik baju pulak. nak kombah dan lipatkan balik semua. tu yang bercinta beno tu. selama ni main tarik je susun lebih kurang. pagi ni baru le perasan betapa teruknya rupa paras kain baju tu. hehehhee.. memang dasar pemalas. takpe2... nanti mintak tolong nezha lipatkan sekali. ye la tuuu.. lagi dia tarik2 gigit bawak ke hulu ke hilir ada la. dia mana boleh nampak saya pegang barang ke hapa. harus nak jugak.

ok la.. entah hapa2 je bebel hari ni. nanti2 sambong lagi...
love you obek... (jangan susah hati.. ceria2 selalu..)
love you nezha... (mana rubic cube saya? dah hilang dikerjakan ye?)
love all of you... (keje dengan penuh semangat, baru la produktiviti bertambah)

3 comments:

~dARlee zURiS~ said...

nezha memang penghibur hati
walaupun kadang2 geram rasa nak picit je ;P

itu namanya nak mengayakan tokey kedai
dah beli..tak pakai.
takpe..obek banyak duit
no hal punya
hehee...

@tune® said...

derama betul ye si Nezha...
sipa pandai wat muke la..

saya said...

zuris--tautakpe..untung2 thn dpn blh dpt share dlm kedai tu.

atune--nezha mmg drama king