mari mencari....

Google
 

Friday, May 22, 2009

ni sapa yang koje kuat ni? dia lak yang mengantok lebih...

ini namanya tersenggok2 di pagi hari sambil conquer selagi bantal yang ada.


see... ini kisah benar bukan kisah rekaan.

hehehee... biasa la nezha tu pepagi buta harus mengaco saya. saya pulak pagi ni ya allah liat betol nak bangun rasa macam badan tu melekat je kat tilam. letih betol la. sapa kata koje kat opis tak penat. biasa saya dengar orang cakap ala..koje kat opis ekon pon penat ke? bukannya mencangkol tahan berekar2. pegang kertas je. amboi..muluttt.... haa..meh sini ko duduk kat meja ni. memang la dok kat ekon je tapi kalo dah dari pkl 9pagi mengadap pc sampai pukul 6petang tak bergerak2 bontot pon naik kematu. bukan tengok macam tengok tv ye, kene lak otak berpikir2 bagai payah tau tak. penat mental lagi terok dari penat fizikal. penat mental automatik fizikal pon jadi penat. macam span yang menyerap air tu..habis dah tenaga seluruh badan diserap. benci ahhh orang yang cakap macam tu. mcm cakap tak guna otak. benci ahhh....


ni namanya muka tensen sebab kene kacao. hahahhaa....
---
semalam balik lambat sikit. dalam pukul 830pm macam tu. singgah beli makanan nezha dulu sebab dulu semalam lupa nak beli. benci kedai tu naik harga dah pulak. pas tu 20sen pon berkira. pakkal klinik tu dah tutup kalo tak beli kat klinik tu murah sikit ada discount. benci betol. lepas tu terus tapau mekdi. makan mekdi sudah. malas nak pikir2 makan apa. itu pon tak habis. penat betol. mandi2 bagi nezha makan, pas tu tengok tv. tengok 999, isu biasa la mat rempit a.k.a samseng jalanan. hehhee.. pas tu tengok cerita keliwon. apa la minyak dagu. mengajar orang buat yang bukan2 je tau. elok2 orang tak tau kang lepas ni banyak lak kubur kene gali. wah..nak kene amik minyak dagu anak dara lak tu. sekali gali punya gali kubur anak dara yang takde dara camne? habis le minyak ko tak menjadi, padan muka. pas tu kene gigit hantu. tapi camne pon tengok gak sampai habis. aduhh..dah namanya pon berkawan dengan setan, takde bilanya setan tu nak jadi khadam ko. mengarut2 je. memula jadi khadam la lama2 jadi tuan. korang pernah dengar pasal orang menuntut ilmu untuk dapatkan khadam ni? hehhehee... malas nak cerita kang ada yang terkena pulak.


ni namanya dah malas nak melayan. hehhehee... spoil la nezha ni pepagi. riang2 la sikit.
----
maunya nezha tak riang ria. tu batteri low lagi tu belom charge. cuba kalo dah bangun pegi kat tempat makan. wahhh.. melompat2 tak ingat dunia berlari sana lari sini. suka menempekkat tempat tidor orangtau. tempat tidor sendiri ada takmau pulak. tidor kejap je pas tu dtg malam2 mengendeng.
----
anyway.. harini hari jumaat. petang ni balik rumah ma. owhhh.... teringin nak makan apa ye? ntah. tak teringin makan apa2 pon. pagi tadi dah breakfast susu dengan biskut 4 keping. hehehee... kene jaga kesihatan.
----
hari ni orang lelaki sembahyang jumaat jangan lupa. entah la. susah nak cakap. kawan saya sedang memperbaiki diri. nak kembali ke pangkal jalan. minta tolong dengan saya nak belajar mana2 yang patot. saya cakap saya tak pandai. yang asas2 tau la. saya pon tunggang langgang ni ha. tak tentu hujung pangkal pon. solat pon lobang2 camne nak ajar. dia kata takpe.. setakat yang tau. segan katanya nak belajar kat ustazah2 lagi pon tak kenal dan tak tau nak belajar kemana. saya ok je. so saya kata jom pegi beli buku sembahyang. sambil2 tu saya pon boleh tumpang sekaki. kita ni walopon tau kadang2 ada yang kita alpa. baca main hentam. laju semacam. tajwid kemana. janji siap. itu saya la tu. orang lain saya tak tau la. jadinya kami ni mencari le buku mari belajar sembahyang. hehehheee.... buku kanak2 tu le. kaler merah depannya tu ada gambor pompuan dengan lelaki sembahyang.
----
pegi kedai buku. kedai orang kita. so banyak la buku2 agama ni. carik2 belek2 macam tak berapa jumpa. so belek buku lain dulu. kawan tanya kat orang kedai, akak tudung labuh.
---
++kak.. buku belajar sembahyang ada tak?
#adaa... ni ha.. untuk sapa?
++untuk saya.
#hah? tak reti sembahyang ke?
---
masyaallah.. muka kawan terus merah padam. dari niat nak memperbaiki diri terus jadi takmau. malu. patotnya jangan la cakap macam tu. takyah le ko tanya untuk sapa pon ko pedulik hapa. atau kalo dah tau tu apa salahnya suggestkan buku lain yang lebih sesuai. buku2 tambahan untuk zikir ke, solat sunat ke, mukadam ke.. tapi ni lagi nak menekan orang tu. camne la orang nak kembali ke pangkal jalan. so, kawan saya terus blah. saya pon tercengang bangang terus blah jugak tak sempat lak nak smash akak tu sebab saya macam ke jauh sikit. if akak tu cakap depan muka saya, harus saya bagi ceramah kat dia. macam ni ke perangai orang islam yang sepatutnya membantu sesama bangsa dan agama untuk mendalami ilmu akhirat. patot le pon ramai orang islam tak kenal islam. kalo dah orang yang sepatutnya membimbing tapi mencerca pulak. hina sangat ke bagi orang2 yang dah tersesat ni nak kembali ke asal? salah ke? memang dia salah sebab terlalu ikut hati tapi sekarang kan dah nak insaf. patotnya bagi la sokongan. kes macam ni selalu je ada. majlis kenduri marhaban dan khatam quran selalu diadakan. tapi lepas je majlis makcik2 marhana dok membahankan bacaan pengantin tu. patot ke? in fact, makcik2 tu dah diberitahu sebulan lebih awal untuk majlis, so salahka if offer kat pengantin untuk belajar tajwid sementara nak menyampaikan ke hari berkhatam tu. bukan ke lebih baik macam tu? ini tak..lagi dicerca. laok kari kambing orang tu ko bedal gak kan? kutuk tetap kutuk..makan tetap makan. taktau malu punya orang. pegi pon bukan pree.. bayar.
----
saya bukan elok sangat. saya ni lagi terok. lagi jahat punya orang. kalo saya tak insaf dan tak sedar dulu, sekarang ni entah apa jadi pada saya. tak jadi manusia dah agaknya. mujur obek datang dalam hidop dan slowly saya berubah. nak berubah tu masyaallah.. punya la payah. susah benarrrrrrr. dugaan datang bertimpa2.. kawan2 lari,. hidup susah, keje susah. tapi slowly dah elok dah. walopon masih ditahap merangkak lagi sekarang. banyak lagi yang saya kene perbaiki diri. kadang2 datang angin hangat hati tu ulang gak perkara jahat dulu2. geram. pas tu menyesal. hehehee... takde la.. sekarang dah pikir panjang dan banyak kali sebelum buat apa2. kadang2 ada terjumpa kawan2 lama, kadang 'ter' jugak. aahh..takyah pikir, yang pastinya diri sendiri tau apa perbuatan kita.
----
so, berbalik pada cerita beli buku belajar sembahyang tu... kitaorang pegi kedai lain. kedai bukan bangsa kita. masok kedai terus tanya, takde nak carik2 sendiri lagi dah.
----
++buku belajar sembahyang ada?
# ada2... berapa mau?
++satu sudah la..
#lagi apa mau? buku doa, buku agama, buku belajar..
++takpe, ni je.
----
see... betapa berbezanya cara layanan dan pendekatan? aduhhhh... camne nak cakap ye? strategi meniaga mungkin? yang pasti memang jauh berbeza dari kedai bangsa sendiri. eh.. meh sini nak bagitau. kalo tak de orang2 yang nak insaf ni, yang nak belajar kembali perkara asa, tak laku le bukukat kedai ko tu. nak harap setahun sekali je la budak2 sekolah datang carik buku. bila business melungkop baru la.. orang tu buat, orang ni dukunkan, orang ni mandremkan. kepala hotak ko. as for me, memangs aya takkan pergi lagi kedai tu. belambak banyak beratus ribu lagi kedai buku ada kat malaysia ni.
----
jadi kawan saya sekarang tengah hafal baca doa iftitah. kelam kabut bunyiknya. maklum.. dah ditinggalkan lama berkurun. saya jadi teman la membetulkan setakat yang tahu. banyak yang nak diperbetulkan. alfatihah pon kelam kabut lagi. banyak lagi nak kene baca nakkene belajar, rukun sembahyang, syarat sah sembahyang, benda2 yang macam tu. apa korang ingat semua orang tau ke? cuba sesekali terjah tanya, harus ada yang ternganga jugak. kat online pon sekarang ada dah website mari belajar sembahyang. boleh je download apa2. pahala la pada orang yang reka website tu.. menyelamatkan orang2 yang nak belajar dari dimalukan oleh orang sebangsa seagama. walocamne pon, elok la belajar berguru. orang kata belajar tanpa guru tu belajar dengan setan. takpe.. slow2. bukan senang nak berubah ni wehhhh... aduh.. berilah sokongan sikit.
----
pendek kata, pada saya la.. tak kira apa situasi, apa perkara, jangan malukan orang. cuba beri sokongan selagi perkara tu betol dan tidak merosakkan. cuba letakkan diri kita kat tempat orang2 macam tu. itu mujur kawan datang kepada saya. buatnya saya pon tak layan, buat tak heran, ditarik lak oleh golongan yang ajar agama sesat, sekarang ni macam2 ada... memang baca ayat quran tapi dicampor adok dengan perkataan lain. kita ni dah sah2 jahil bahasa arab mengikut je. udah le jadi lain maknanya. tambah terok, kalo ditarik oleh kumpulan agama yang lagi satu, yang memang sejak azalinya menentang islam. salah siapa? salah kita... salah kita sendiri. jangan salahkan orang lain.
----
jangan salah sangka. saya menulis bukan bermaksud nak kondemkan sesiapa. benda ni boleh terjadi pada siapa pon. antara sedar dengan tidak je. kalo ada yang terasa minta maaf. saya sedar saya pon tak elok. amat tak pandai. sempurna jauh sekali. cumanya berila peluang pada kami orang2 yang nak belajar balik ni mendapatkan ilmu. kalo nak mengajar tu bior la ikhlas jangan depan cakap lain belakang cakap lain. situasi dan latarbelakang kita semua berbeza. bukan semua orang kecik2 pergi sekolah agama. bukan semua orang dah habis khatam. eh..kalo tanya orang yang khatam tu pon, diaorang tu tau ke maksud2 ayat tu? pernah ke belajar mendalaminya? pernah ke tau kisah disebaliknya? hehehhe... jadinya jangan eksyen la kalo rasa diri tu tau lebih sikit dari orang lain. bak kata bidalan tu, ilmu yang kita ada ni umpama air yang menitis dari genggaman ditengah lautan je, walhal ilmu yang kita tak tau tu tu diaa...seluas lautan disekeliling kita.
----
paling benci kalo saya bertanya soalan jawapannya..'lorrr...tak tau keeee?? ', siap dengan memek2 muka mengata dalam diam, siap dengan intonasi konotation dia tu la. sebab tak tau le ditanya. kalo tau wat pe nak tanya. bongok goblok.
----
apapon.. obek i love you... thanks for everything. walopon kadang2 menyakit hati. hehehhee...
nezha.. jangan noti2. cubit kang. love you too..
all of you out there.. have a nice weekend.

6 comments:

nURmALa mAZLan said...

ye la...
lagi satu kita bengang kalau let say kita tanya "sapa yg baca doa tadi" pastu jwpn dia cam tahi "ustaz la, x kan kau" eee...org tanya jawab je boleh??

zh-ena said...

tu la manusia..sblm tanyer pikir dulu kan..

betul tu klu keja dlm aircond mmg blh wat bdn kita jd letih..kulit pun jd tak cantik

~dARlee zURiS~ said...

ceramah hari ini..
hehee...

hah.mr sharil pun suka ckp camtu
"keje opis dok dlm aircond pun penat ke??"
geram tol
tak rasa..blh ar ckp
hoh.

Ummibatrisya said...

itulah dia, macam dia pandai sangat :(

kalau orang minta bagi ajelah, tak payah nak busy body

orang yang kurang ilmu macam kita ini selalu berfikiran positive, orang yang banyak ilmu selalu pandang rendah pada kita ini

tapi rasanya kadang-kadang kita lebih baik lagi dari mereka, dari segi penerimaan, terbuka dan positive ajekan :)

saya said...

mala--mmg pon..lps tu jwpn dia tu perlu dijwb dgn tapak kasut. hehehe..

ena--kulit kering bila pakai lotion je org ckp kita nk bergaya je

zuris--sesekalli ceramah forum perdana. hehehe..

ummi--itu la pasal. tapi kadang2 rasa hilang sabar juga la dengan or yg berlagak tak tentu pasal ni.

Ajzie said...

Mcm mcm perangai manusia kan...