mari mencari....

Google
 

Tuesday, June 30, 2009

apsal mengantok sangat ha???

uitt..uitt... sian budak tu dia ngantok tau. tengok muka dia pagi2 tak bangun tido lagi menyelit je kat bantal saya. suka sebok tau. usik la pelok ke cium camne pon dai tido jugak. hehehhee..so cute. tak ngalah tido nak berbantal. gatal.

----------

aduhaiiii.... apsal sekarang ni cepat sangat rasa mengantuk ha? kalo dulu2 zaman muda2 (mwuahhahaha..) dulu tu tak tido seharian pon segar bugar je bijik mata terbuntang2, sekarang ni by 930pm je udah lemah longlai. rsa lemah mengantok sangat la. kenapa ha?

----------

semalam balik tak beli makanan. kononnya nak pergi pasar malam sekali obek buzy le pulak so tak jadi pergi. saya udah le tak belli makanan. chewahh..kononnya takyah makan le malam tadi sekali perut kreokk, kreokk le pulak (macam iklan mee sedap--> kreiok, kreok bawang goreng). tak boleh jadi ni. nak masak sengal tulang malas, nak kuar lagi le double malas, jadi nak taknak bangun jugak le masak nasi dengan sardin, goreng telor dadar. air ribena. siap2 je terus bersila depan tv makan. hahahhaha..bagus betol kan, jimat belanja. sambil makan tengok tv la. tengok hagemaru. hehehe..cerita tu best kelakar tapi kadang rasa macam tak sesuai if untuk tontonan kanak2. sebab kadang2 bahasa yang digunakan tu tak bagus la. tengok detective conan jugak, berita, tom & jerry dan leverage. sementara nak menunggukan leverage tu habis pukul 10pm tu masyaallah..seksa rasanya ank celik mata. aduhhh... nak sikat2 bulu nezha pon tak sempat. malas yang benonya. dia pedulik hapa, melompat tak sudah. main kotak, main rama2, cakar2, gigit2, lari depan lari belakang. penat main berenti minum, makan. lantak le sana. layankan je la.

----------

haaa..ingatkan hari ahad malam tu yang saya kuar malam2 teman obek jumpa nizam amik rambutan tu? haaa..sebenarnya yang buat saya lagi excited tu ialah nak tengok kereta baru nizam. hehehheee... wahhh.. dah beli kereta mamat tu ye. ada la sikit perubahan dalam hidop. habis belajar, mula kerja, beli motor, then sekarang beli kereta. motor sudah jual daaaa... bior la. sekurang2nya bior dia tau camne tanggungjawab org hidop ni. ada tanggungjawab yang perlu dipikul. bayar hutang, kumpul harta, cari duit, susah payah semua tu. baru la betol.. usaha sendiri. kereta biasa2 je, viva kaler biru. jadi la. beli ikut kemampuan. saya pon mencuba le try test bawak. alamak..manual le pulak. harus makcik terkial2 kan. cuba kejap je. sedap jugak. kira boleh la...



itu le kereta nizam. amik kat kampung, tak amik kat kl. ntah le apa sebab musababnya idak le makcik tau. tak kisah..janji ada.

----------

saya suka je menyakat dia. saya cakap, wahh... putus cinta je terus beli kereta ye? hehhee.. kan ke dah putus cinta ekoran dari peritiwa hari tu. kahkahkah..dia sengih je. obek pulak risau yang bukan. risaukan adiknya la..kata takot mamat tu bawak tak betol la, risau jalan jauh la. alalalala...macam le budak tu budak kecik or budak pompuan. hello..adik awak dah besor panjang jantan le. pandai2 le dia jaga diri. aduhaiii..itu la kalo orang sayang adik. payah beno nak melepaskannya. melebihkan mak midah lak. mak midah pon ok je. tapi bagi gak le ceramah yangkalo direcordkan mau penuh 2-3 keping cd. hwuahahahha..... biasa la tu... tambah2 darah tengah panas tu kan, kene le hati2 tu lebih sikit. macam kita ni yang dah jemu bawak kereta tak pe la. hehhee..

----------

hari ni mood biasa2 je. tak de apa yang menarik. hari ni sure balik lambat sebab ada benda. benci betol la. tak suka! tak suka! hai ni pagi2 dah breakfast roti canai. biorkan la. bukan selalu pon. eh..apa lagi nak cerita ni ha.
---------
ok la..takde apa lagi nak diceritakan. dah hilang idea. nak pusing2 jenguk blog orang lain pulak.
---------
love you obek...(asyik buzy je bilanya yang tak buzy tu???)
love you nezha...(makan tau, jangan main je)
love all of you...(kalo ngantok tido je)

Monday, June 29, 2009

yeayyy.... it's monday!!!!...


wahhh..nezha dah ada toys baru... itu la apa bendanya yang gerak2 goyang2 tu boh dalam kereta tu....
----------
yahuuuuu.. hari ni dah isnin. bersemangat, bersemangat. jangan malas2, jalnga salahkan hari kerana anda malas. chewahhh.. pakar motibasi katakan. anyway.. sangat suka sebab hari ni isnin dan harap2 weekend korang sangat bagus ye.
----------
weekend saya amatlah buzynya. nanti la cerita one by one. kata nak memperbanyakkan entry hari ni. ikut mood la kalo ok kang ok la..kalo tak kang jawabnya peram sampai esok. anyway... weekend saya penat sangat. sabtu-pergi carik kolam air panas tu. jumpa. story at another entry. hopefully. sunday- pepagi hantar ma pergi marhaban, yeah..read it right ok, its marhaban, bukan marbahan or meraban as if it was a typo error as before. lepas tu pergi pasar pagi. cari2 makanan. teringin makan goreng tauhu campur udang. so, carik la pusing pasar pagi. nampak ada orangjual layang2. dalam hati melonjak2 nak beli tapi bila pikir nak main kat mana le pulak. aduhh..tensen betol la. so, pergi jugak tengo2 belek2, murah2 je.. rm10 pon ada. tapi lagi lawo corak lagi besar lagi banyak le duitnya kan. lepas beli2 pusing2, balik rumah. terus masak. lepas tu lipa kain yang sebeban. tau2 la saya kan weekend je baru basuh kain bawak balik basuh kat rumat ma. hwuahahha.. jimat. kadang2 hantar dobi, kadang2 basuh sendiri kat rumah ma. ehh..hello.. ini bukan mengabihkan reta ma saya ye, saya bayar tau bil letrik bil telefon bil asterok kat rumah ma tu. mujur bil ayor pree.. jimat makick enam hengget. taktau la..tapi memang sejak saya mula kerja dulu segala bil adalah diatas batu jemala patik. bukan banyak pon... tapi bil tepon tu kadang2 banyak gak. wahhh.. ingat ma saya tak pandai gayut2 ke? huiii..dia kalo call kekawan dia... boleh tahannnnnn... bior le. dia bukan ada kawan pon kat rumah. nak berborak dengan opah pon opah bukannya sihat. tidooo je. bangun untuk makan dan bersihkan diri je. hehhehee...
----------
pukul 2pm lepas tengok melodi yang makin ntah hapa2 tu sekarang rasanya dah makin meluat je. asyik le nak korek rahsia orang dan rasanya benda2 yang dikorek tu tak penting pon untuk pengetahuan umum. cerita orang disuspek putus conta pon nak masok tv ke? biaq pi la... sukati la orangtu nak bercinta dengan sapa pon. bukannya dia bercerai laki bini. ntah la..sekarang saya tak suka tengok melodi. macam dah takde info je. info2 gosip banyak laaa.. ok2..berbalik kepada cerita asal. lepas melodi kan berita.. lepas berita balik rumah. ma balik dari marhaban ada bawak bekalan la orangkenduri bagi, pulut kuning dengan rendang daging. wahhh..pulut kuning kegemaran saya tu. since ma tak makan daging, so saya cakap nak bawak bekal tu. ma ok je. sekali dah sampai tengah jalan ma call la. cakap bekalannya tinggal. wah.. mujur dekat lagi kalo tak, tak makan le saya malam tadi sebab semua bekal pulut rendang dan tauhu goreng tu semua tinggal. siap bancuh air sarsi lagi tu. mujur2. so, patah balik rumah ma amik bekal. hehehhe...
----------
aaaaa.. yang goyang2 kepak2 terbang tu saya beli hari apa ye? hari rabu leps kalo tak silap. konon nak letak dalam kereta since nampak semua orangpon ada. sekali taktau camne nak lekatkannya.. nak kene boh double tape ke ha? jadi tak boleh letak kat kereta so letak kat rumah. kan bila kene cahaya matahari benda tu bergerak2. saje je letakkan kat nezha wahh..dia jadi geam bila nampak benda tu bergerak.2 mujur saya tak keluarkan dari bekas dia kalo tak hancur gamaknya benda tu. so, itu je la koje dia dok main goyang2 tu. gigil2 la sepak2 le macam2 dikerjakan. bior la lantak sana. saya beli bentuk rama2..lawo gak. hehehhe..perasan betol. bagi nezha je la..takyah letak kat kereta.


itu jawabnya tengah menjilat2 box tu la..sampai terjelir2 lidah ko nezha. apa la nakal sangat. owh..tak nakal..baikkkkkkk sangat.. sayangggggg diaaaaa...
----------
malam semalam konon nak pergi rumah mama tapi tak jadi takpe so saya tido. macam penat sangat la mata pedi2 ngantok nak menyampaikan maghrib tu amat le seksanya. lepas je maghrib, pukul 8pm dah golek2 katbilik. tak larat. sambil baca buku. lepas tu kebabommmm... sekali pukul 945pm hp bunyik. it's obekkkk!!!!! yahuuuuu..obek dah balik. rupanya dah balik petang tu lagi tapi dia tak call saya. takpe2... dia ajak kuar sebab katanya nak amik bekalan mak midah kirim kat nizam. nizam balik kampung. ada rambutan manggis makanan segala mak neka benda la. aduhh...saya dah tengah tido malas betol nak kuar. tapi tak kira la..nak jugak. hehehe..so kuar jugak. owhh..miss you obek. saya bangun slow2 terjengket2 sebab takmau kejutkan nezha. fuhhh...selamat. sampai saya kuar dia tak sedar lagi saya pergi. tapi rasanya kejap je tu. balik dah malam, dekat pukul 1am. wah..mata dah segar le pulak sebab tadi dah tido. dah le saya jenis payah beno nak tidor. takpe2...kira bedal dulu nasik kiriman mak midah. ada bagi kerepek bawang jugak. tau ke? ala..yang bulat2 dalamnnya ada corak belang2 kaler coklat & putih tu la. aahh..taktau sudah la. baguskan makan nasi pukul 1 pagi buta. tak kisah le. tengok tv, best pulak cerita dah malam2 tu kan. pukul 230am baru tido. pagi bangun ok je. mujur.
----------
ok la..nanti2 sambung lagi.
----------
love you obek.... (yahuuu.. )
love you nezha...(good boy)
love all of you...(happy monday)

Friday, June 26, 2009

argghhh...its friday....

this is how nezha's looks like at am this morning.. full of tek mata bergumpal2 plus ayaq lioq meleleh.. so selekeh and not handsome anymore.. but i do love him so much...
----------
well..its friday again. its so not me la kalo friday. agaknya kalau buat undian harus dalam 1000 orang tu saya sorang je yang tak suka friday. hehehehee... sebab apa? sebab esoknya tu cuti. bosan.
----------
semalam berbuka roti canai sardin. terpengaruh dengan blog si afiq le tu tengok dia breakfast baikk punya roti canai sardin. seumur hidop belom pernah makan roti canai sardin. roti canai biasa cicah kuah sardin pernah le. huhuhuh..siannya rakyat malaysia yang sorang ni.. tak pernah makan roti canai sardin. so, balik koje singgah kat kedai mamak la.. dasar nafsu lapar, order sekali roti pisang. saya suka sebab itu macam manis2 sikit. hehehhe..melampau tamak. beli jugak nasi sebab takot kang makan roti canai je kang perot meragam. kene gak makan nasi sikit. tak amik laok apa, amik kuah kari je dengan ubi kentang. lepas tu kacang2 & ikan bilis nasi lemak tu sebab pakcik yangjual tu ad ajual nasi lemak juga. so, itu je la makanan malam tadi. owh..minum air sarsi. hehehhehee.. kesimpulannya, semua tak habis. makan sekerat2 je kan. pagi tadi sahor roti gardenia goreng telor tu le. 2 keping. dengan tomato. habis cerita.



chewahhh..mata stim tu. gatal.
----------
malam tadi tengok cerita apa ye? owh.. apa ntah lupa, tapi tom & jerry adalah wajib. pas tu tengok criminal minds. best gak. sesambil tukar gak nak tengok cerita humor mingguan malam jumaat di tvtiga. hehehhee..malam tadi al-kisahnya ada puteri mata biru rambut blonde duduk dalam gua jaga harta karun. haduhhhhh... seksa betol la kalo tengok cerita tu. tak tengok pon, baca info then masa tu si mata pakai baju silat tengak berinterview dgn puteri tu. arghhh.. getik la. terus tukar channel lain. lepas habis criminal mind, kebabommmmmm.....

merenung jauh. apa la akalnya dia tu agaknya. jangan tak tau, macm2 dia pandai buat sekarang aduhhh... bikin hilang sabar betol la.
----------
semalam balik tengok tempat uk-uk dia tunggang langgang. covernya ntah dah ketempat lain. awat la ganas beno kamu ni nezha. mujur uk-uknya still dalam tu. buatnya besen tu yang telungkop? hazabbbbb..harus harum segar mewangi satu rumah. ada le benda yang dia kejar tu. kalo tak lipas, cicak. agaknya la.
----------
pagi tadi bangun sahor saya bangun slow2 sangat. sebab takmau kejutkan dia sebab tengok dia tido lena betol. tapinya bila saya kuar je toilet tengok dia dah tercongok kat depan pintu tu. hehehehhee... baiknya dia teman saya bangun sahur. good boy. so, saya makan sahor dia pon sahor jugak. hehehhehee... tapi bangun pukul 630am tu dia makan lagi. ngelat betol la nezha.
----------
obek still ostn. bosan. ntah le apa ceritanya.

camne tetiba mata boleh jadi kaler hijau. hari tu saya amik pic dengan dia mata jadi biru. but yg kuning tu still kuning la. owhh..nezha ada power boleh tukar2 kaler mata. wahhhh..hebat..hebat...
--------
sorry je entry hari ni agak membosankan. sebabnya saya sendiri pon bosan. hehehhehe... owh... katanya maikel jeksen mati? pernah dgr dia dah msk islam.. ye ke? ke khabar2 angin je. so camne agaknya obituary dia agaknya. huiii... mesti jadi isu nanti tu. macam2 la.

sayangggggggggggggggg nezha...
--------
ok la..takmo bebel banyak2. takde idea & takde mood. bosan, bosan, bosan.
--------
love you obek...(balik cepat ye)
love you nezha...(jangan noty2)
love all of you...(happy weekend)

Thursday, June 25, 2009

takde mood..rindu...

pic lama..ulang tayang.. ala.. asterok pon ada ulang2 inikan pulak blog.. lagila harus ada. hwauhahhaha... anyway..rindu sangat kat budak ni walhal baru lagi pergi kerja...

----------

takde apa yang menarik nak diceritakan hari ni.. obek takde, outstation ke pahang. now u know why im so out of the mood. nak bercakap pon malas. pagi tadi dah berangkat dah, pukul 630am. pepagi buta call memekak. hehehhe... tapi taktau untuk berapa lama. katanya kejap je bila dah confirm baru le berlama2 kat sana. haih..macam2 la koje dia tu. harap selamat pergi selamat balik. jaga diri. miss you...

wokeh..kembali bersiaran untuk menceritakan perihal semalam. balik semalam tak jem. 640pm dah sampai so sempat masak. balik2 je terus bersilat. mamat kepochi pon sebok nak bersilat sama saya bagi dia box kecik suruh dia main. wahh..suka lak dia main2 box kecik tu. bukan box la. apa ntah namanya kan kalo kita pergi rumah orang kawen dia macam box mengkuang tu la letak gift dalam tu... haaa..itu le saya bagi dia. rupanya masa saya baling tu benda tu tergolek2 so dia suka la. udah main bola le pulak dia dalam rumah tu. takpe2..janji jangan mengacau saya masak. makcik lapar ni kang makcik gigit kang. hehehhee..apa2 hal masak nasik dulu. pas tu masak sambal kentang, sup fishball campur fucuk soon, then panaskan kehepsi yang tak habis tu ada lagi belen potong kecik2, goreng. rangup. pon tak habis jugak. aduhh...bercinta nak ngabihkan 5 ketol tu la. alhamdulillah..kenyang betol malam tadi.

lepas tu lepak2 tengok tv. owhh..malam tadi saya tengok awani la.. kan ke ada abang saya. hwuahahha..perasan. opss..sekarang dah suka kat dr. abu hassan tu jugak la. dia punya percakapan teratur & menarik. wahh..banyak betol abang saya sekarang. tak dapat abang betol, dapat abang angan2 jadi la. malam tadi bincang pasal twitter & cabaran komunikasi kini. wahh..menarik. saya sendiri pon tak paham hapa ke bendanya twitter ni. maju betol teknologi sampai saya tak sempat nak tau apa2 perkembangan. yang benonya malas nak amik tau. banyak beno benda2 gadget sekarang ni... sekarnag dia kata facebuk & blog ni dah ala2 ketinggalan zaman dah. waduhhhh... asas blogging pon tak khatam lagi udah ada benda baru. eh..katanya abg ajib ada twitter? betol kah? hehehhee... tapi malam tadi punya perbincangan lebih kepada melihat dari sudut positif la. ada gak negatifnya tapi tu la..setiap perakara pon ada la pro & consnya kan.

lepas habis tu tengok cerita numbers kejap. tak tengokpon csi sebab ngantok. pas tu kebabom dengan nezha. owh..nezha punya perangai, masa saya berbuka boleh dia panjat2 meja. geram betol. alala...saya bukan makan kat dining table pon, makan kat cofee table tu je la dok bersila. ngaco e jadinya saya amik piring makan dia la boh kat sebelah. wohh..nak makan sama rupanya budak hitam tu. hehehehee.. baikkk..sayangggg dia.

pagi ni sahur nasi la. sayang nak buang laok tu. wahh..kenyang. opss... call ma kejutkan dia sahur kang dia memekak cakap saya tak kejut dia payah lak kan. call jugak kawan yangkat johor tu. udah jadi operator talipon saya ni pepagi buta tu. sambil sahur tengok tv2 ada cerita tamil. best la. dia hari2 ada pukul 430am. apa ntah tajuknya tapi dia dah translate jadi tajuknya 'tragedi'. boleh tahan. lepas habis tu tengok power puff girl kejap then sambong tido lagi. hehehhee..busuk betol perangai.

hari ni balik lambat. owhh..ntah la berbuka apa. bosan betol. lampu dah siap2 turn on takot mamat kepochi tu bising nanti ketakutan. sian dia. harap2 tak le lambat sangat balik malam ni. penat la. apsal lak tetiba selsema melelah ni. haihh..ada je penyakitnya.

ok la..tu je nak cerita hari ni. dalam takde mood tu penuh gak satu muka bercerita. harap2 obek cepat balik. uuwwaaaaaaaaaaaaaa.....

love you obek...(miss you)
love you nezha...(miss you too)
love all of you...(miss you three)
hehehheheee...

Wednesday, June 24, 2009

fewwitt...jam pukul berapa dah ni?...

ehemm..ehemmm... pukul berapa datok harimau.. pukul 7.30pm.. hwauhahhahaa.... chewahh..ada orang tu eksyen ko.. pakai jam kartun nemo.. tak kuasa nak melayan tau.
----------
hehehehhee.. apa? korang ingat korang je ada jam mahal2? nezha pon ada laaa.. lagi lawo, lagi mahal, kaler biru lagi ada gambar kartun2 lagi.. nemo berenang2 lagi tau. hwuahahhahaha.... itu le kerja kitaorang kat rumah. habis, nak buat apa lagi. main je la kojenya. malam tadi kemas2 laci terjumpa jam kartun2 nemo tu la. jam saya tu. at that time masa dulu tu dok gila2 jam kartun2 nila. murah2 sajor... beli kat mana ntah.. seploh hengget je rasanya. merasa le saya pakai jam tu lama gak. tengok occasion gak le. idak le pakai ke opis. kuar2 malam2 tu pakai jela. sekarang jam itu surah diturun takhtakan kepada his royal highness prince nezha. wahhh... eksyen bukan main. macam tau beno tengok jam. hehehhehe... siap posing baikk punya.


see.. baik punya posing. jalan2 pusing2 then duduk balik. memula saya ingat dia nak gigit2 buang rupanya takkkk.. elok je pakai. hehehhee...
----------
semalam berbuka tak masak. beli je kat pasar malam. nasi dengan laok sambal sotong. beli gak ayam goreng rangup2 panas2. pas tu beli air siap2. geggegee.... nafsu orang puasa katakan. maghrib tu obek lak sampai hantarkan kehepsi. bapak banyak beli ingat kat rumah ni ada 20 orang ke? nezha pon takmau tau kehepsi tu sebab pedas. beli sampai 5 ketol, dengan cheezy wedges lagi mana nak habiss.. dah le kebetulan saya pon beli laok ayam goreng gak. macam2 la dia tu. jadinya makan seketul dan simpan. tadi sahur makan kehepsi le pulak. pedas la. yang flavour baru tu. tak larat takot pedih perot. makan sikit je habiskan whipped potato dan sayur tu. then minum air milo & air suam. minum kene banyak. pas tu perot buncit mula la memekak. kalo minum tu ngalahkan naga. aarrgghhh...biarkanla.


hehehe..stil posing2 dengan jam. so cute je bila tengok. i wonder if nezha betol2 pandai tengok jam. harus masok guinness book of record nih.
----------
malam tadi konon nak pergi rumah mama pon tak jadi. elok jugak. saya pon amcam penat. by 930pm dah tidor. hehehhee.. tak sempat tengok cerita apa pon. tapi tom & jerry harus tonton. tukar2 dengan tengok cerita dialam lain.. sambungan yang hari tu. alalalala..yg dia jadi pontianak tu le. ntah le hapa2 tapi layan je la. mmm..masa berbuka tengok awani. lepa tu main2 kejap then tidor. so, takde apa aktiviti yang menarik.
----------
eh... korang pernah dengar tak pasal kolam air panas kat ulu langat? sapa pernah pergi atau tau pasal benda tu?
----------
obek asyik buzy je. macam2 la dia tu. apa pon thanks sebab selalu belikan makanan. hari ni belikan lagi ye? hwuahhaha..kalo pasal mengepow ok je. sian lak kat dia kan. tu la..sap asuruh koje tak serupa orang?
----------
cakap pasal obek ni..semalam dia mengadu. wahh..mamat tu memang kaki mengadu betol la. bukan mengadu apa.. kawannya call sms dan beratus2 kali sejak awal bulan hari tu. tujuannya nak pinjam duit la. apa lagi. katanya nak buat modal pusingan le hapa le saya tak tanya lak meniaga apa. malas nak amik tau. mula2 obek bagi gak la pinjam. knowing him yang memang le amat pemurah ni. tu yang kadang2 (bukan kadang2, biasanya selalunya) buat saya geram. senang2 je bagi pinjam duit kat orang. aduhhh.. takpe2.. sambong cerita. mula2 obek bagi.. maklum..mengenangkan kawan tengah susah business tak berapa jalan, ngenangkan anak bini lagi. so, tolong gak la seberapa yang daya. tapi dah lama2 tiap minggu lak nak call pinjam. melampau le tu kan. lama2 obek pon tanya betol2.. sebenarnya apa masalahnya ko ni? dah marah2 tekan2 baru le tau rupanya ada hutang dengan ahlong. haaa..hambek kooooo... obek pon tanya le itu ini gedebak gedebuk then obek cakap sorry la.. aku dah tolong yang termampu. lagi2 ko dah main2 ahlong ni aku takmo masok campur kang tak pasal2 aku pon terlibat lak. setakat ni je la yang aku boleh tolong. uuwwaaaa..saya bila dengar obek cerita macam tu saya risau le pulak. mana tau kot2 sebab obek takmo tolong dia kang dia bagi lak no. hp obek kat ahlong ut kang tak pasal2 lak obek kene kejar dengan ahlong. uuwaaaa..takotnya. kes2 pasal ahlong ni bukan kita tak pernah tau. menakotkan saya. saya risau le pulak. in the first place, memula dulu kalo dai betol2 sesak memang kita dah tolong, tapi setakat mana kita nak tolong. bila dah tau dai main ahlong lagi kita risau. mikirkan hal anak bini buatnya ahlong tu apa2kan anak bini dia dah 1 hal pulak. tapi camne nak buat. so obek kata jangan masok campor lagi hal dia (kawan tu) lagi..biar sana. buat perkara taknak beringat. mmm..entah la. saya risau je ni. harap2 semua ok la... say takmo kalo tetiba obek lak terkene sekali. saya hamokkan nanti. chewahh..macam le berani nak hamok orang. ye la... dah banyak dah peringatan jangan pinjam ahlong, buat jugak. tapi tu la..mungkin dia dah keputusan jalan, tak nampak jalan lain dah. entah la... susah nak cakap.

opp..oppppp... pukul berapa dah ni? nak pi tido la, dah malam. owh..baru pukul 730pm. hehehheee.. dialog rekaan saya sendiri, konon2 nezha le yang cakap. mwauhahahhaa....
----------
haaa..jam tu dah mati ye sebenornya bateri udah kong. buat eksyen je la tu. saja menyakat nezha. suka je main2 dengan dia. hari ni taktau nak buka apa. lagipon masih awal pagi lagi takde teringin apa pon. hari ni 1st rejab kan. saya call ma tadi dia tak puasa, dia ingatkan esok. hehehehe.. apa la ma ni kalender pon dah tak reti tengok. takpe la..malam ni saya kejut dia bangun sahur. dia kata apsal tak call inform dia petang semalam. ntah la..saya pon lupa sebab ingatkat dia ingat sebab dah sembang2 hari tu. hehhehee.. owhh..ma kata tempoyak banyak kat rumah sebab hari tu kan kenduri durian tu mana yang kureng2 tu kita buat tempoyak. saya suka. orang kampung mesti makan tempoyak. hehehhee... nanti la weekend ni balik nakbuat masak tempoyak. kuikuikuikui...jaoh lagi wehh..hari ni baru hari rabu.
----------
ok la... takmo borak banyak2. siapkan koje dengan sepenuh hati. chewahhhhh.... hari ni kurang sikit rasa liat2 tu tapi macam mengantok pulak. haihh..macam2 peel.
----------
love you obek... (miss you)
love you nezha...(jangan tarik alas meja)
love all of you...(selamat bekerja)

Tuesday, June 23, 2009

wohoooo....



fewwittt... mata stim nampak.. hehehhee.. muka orang bangun tido macam tu la. comot air lioq basi meleleh. eeeeee... sapa je la yang nak ciom dia busuk2 pagi2 macam tu. sayaaaaaa jugakkk yang ciom2.. chehh...
----------
anyway... lepas dah semalam sehari puasa. alhamdulillah. sapa tak pose baik cepat pose. bior terlebih ganti jangan terkurang. aaaa..naya je nanti. so, semalam balik awal. jalan tak jem jadinya sempat le saya masak2. wahh..masak2 gitu. balik singgah kedai beli ikan dan ayam sikit. balik cepat2 kelentang kelentung. saya tengah sebok kat dapor mamat kepochi pon sebok jugakkk.. sebok mengorek penutup lubang lantai tu la. geram betol. angkat pi depan, saya ke dapor dia pon mencicit balik ke dapor. lama2 lantak sana. saya tumbuk cili dia sebok nak cium2 haa..talakan kan dia lesung tu baru mencicit lari ke depan. ganggu betol la. selalu macam tu la. kalo saya masak kat dapor memang berperang sakan dengan dia. ada je koje dia kat dapor tu. korek sana korek sini. kalo saya tak de kat dapor tu tak lak nak pergi dapor. so, menu saya semalam ikan oreng rangup2 panas2, ayam masak kicap, air oren. hehehehhee... kenyangggg... petang kejap tu dah nak berbuka sangat dah obek hantar kuih sampan. ahh..taktau la nama dia tapi yang bentuk sampan 4 segi tu la.. kuih sampankan namanya? sodappp... kenyang. so, itu le menu semalam. hari ni takmo masak. nak pergi pasar malam je hehehe..itu ponkalo sempat la kalo tak jem dan tak hujan. pagi ni hujan pulak ye saya tengok. agaknya musim hujan dah nak sampai le tu.. asyik panasss je dah lama so hujan le pulak.


aduhaiii.. tido melengkor udah jadi macam tenggiling kamu ni nezha!!! layankan je la. tu tengah syiok bebeno tu lansong tak nyedor dunia tu. hehhehee...
----------
sapa tau paya jaras tu kat mana ha?? ma ni le nak ajak pergi sana lak weekend ni ha. aduhhh... malas betol la. dah le saya jenis malas carik2 jalan ni. nak ikut mana? ikut ldp sampai kepong masok sg. buloh tu boleh ke? aarrghhhhh..tensen betol la.
----------
obek khamis ni kene ostn ke pahang. mmm... dah start dah koje tak serupa orang. geram betol. itu pon taktau berapa lama pergi sana. katanya pegi tengok2 dulu then kalo jadi sebulan le kene dok sana. owh.. saya mesti melompat2 mengguling2 le kalo sebulan obek tak balik kl. everyweek mesti balik sini. saya dah bagitau awal2. hehehheee... tapi apa pon itu le hakikatnya... kene keje keluar2 selalu. dah itu yang dipilih. nak cari orang koje opis 9-5 tak dapat le pulakkan. hehhehee.....

chewahhhh....budak tu baru bangun tido. tengah terpisat2 terkulat2 sapu2 muka pagi2. hehhee..so comel. geram betol.
----------
malam ni kalo jadi nak pegi rumah mama kejap. ada hal sikit. tapi ntah jadi ke tak jadi ke taktau la. apa lagi nak cerita ye? macam takde idea le pulak. pose2 ni kene menahan idea yang bukan2 ngumpat2 tu tak baikkkkk.... hehehhehee...
---------
hal office macam biasa la. tak pernah habis tak pernah surut. kalo habis kalo surut jawabnya kompeni dah nak melungkop le tu. haihh...mintak dijauhkan. musim2 orang payah dapat koje ni jangan le yan bukan2. koje je la. larat buat banyak, tak larat buat sikit. laptop kat rumha macam dah ada kene selsema le pulak. risau betol. nak kata pergi website yang bukan2 18sx ke idak le temannnn....tapi tu la..asyik ada je halnya lptp tu. ni mesti sebab nezha selalu duduk ats dia tu la pasal lptp tu udah jadi sakit2 demam selsema bagai. hehehhee..tak pasal2 je budak hitam tu dipersalahkan.
----------
malam tadi tengok cerita apa ye? owh..cerita dialam lain, ada pompuan tu jadi hantu pas tu nak balas2 dendam balik. cerita macam berpusing2 tak berapa nak paham. pas tu tengok leverage. hehehee.. dah macam suka lak tengok cerita tu. sambil2 tukar2 channel tengok without a trace. tu pon best gak walopon episod yg tu dah main dulu. lepas tu tido... mimpi apa ye? ntah la..lupa..
----------
pagi tadi bangun sahur pukul 430am. nezha ada temankan saya. cadang2 macam nak makan nasi tapi tak selera le pulak so minum susu aje cicah biskut. jadi la. lepas tu sambong tidorrrrrrr... hehehhehee.... pagi ni punya liat nak bangun. ngalahkan dodol panas punya melekat melekit kat katil. waduh2. takpe..biasa2kan le nanti ramadhan dah terbiasa. saya suka sahur. tambah2 lagi kalo ada kawan. kalo kat rumah ibu, ibu akan masak laok baru panas2 untuk sahur. uuwaaaa...rindunya zaman2 tu. tapi kalo saya sorang2 ni ada sikit malas le. hehhehe..
----------
ok la.. takmau tulis banyak2 lagi. bila2 senang baru sambong. byeeeeeeeeeeeee...
---------
love you obek... (jangan koje jauh2 lama2 tau)
love you nezha...(dok rumah elok2)
love all of you...(cuaca macam mendung kan?)

Monday, June 22, 2009

cerita hujung minggu # 3...


tengok tu.. makan bersuap dalam kotak. best kan?
----------
hello... camne la agaknya weekend korang ye? harap2 semuanya ok je la. weekend saya macam biasa je le. takde apa yang menarik ke menolak ke. hehehhee....nezha je yang terlebih2 manja. orang lain ok je.
----------
sabtu :
pagi tu baru balik rumah ma. biasa kan jumaat petang lepas habis kerja saya terus balik. tapi macam malas le pulak. and ada hal sikit. so call ma cakap balik sabtu pagi. ma bebel2. aduhhhh.. bukannya tak balik terus, balik lambat sikit je. tensen betol la. rupanya sabtu tu dia nak pergi mana ntah ada ceramah group2 dia tu la. aahh.. so, dia kata takpe la nanti dia pergi sendiri, dengan geng2 dia la. biasa saya yang jadi driver kulu kilir. hehehehe... dalam pukul 11am macam tu saya sampai rumah. so, basuh2 kain yang sebeban, sapu lebih kurang kejap tu mama sampai pulak. owh..taktau pulak mama nak datang saya tak masak apa pon. mama nak melawat opah le tu. kelam kabut kuarkan ikan dari fridge siap2 semua masak asam pedas. hehehe..itu je yang paling senang. pukul 2pm ma pon sampai rumah, borak2 lebih kurang dengan mama, pukul 4pm macam tu mama pon blah berangkat ke rumah sendiri. hehehhee.... so, malam takde masak apa. malas dan macam takde berapa mood nak makan. owh.. kan hari tu cakap teringin makan ubi rebus. wahh..dah dapat dah. sabtu tu la ma masakkan ubi rebus. wahh..sedap.. makan dengan banyak sekali. tapi sambal tu ma buat pedas la yang teramat sampai kuar2 air mata makannya. so, ubi (angin) + sampal pedas= sakit perot. hehehehhehee... melayan tekak punya pasal.. tanggong la sendiri.



hehehhee.. makan jangan tak makan. sampai terteleng2 makan. main tetap le main, makan nak makan jugak. layankan je la...
----------
ahad :
wahh..pepagi lagi ma dah pergi borong durian. yahuuuuu... sampai 3 guni besor2. aduhhh.. owh..malam sebelom tu dah rendam dah kacang hijau nak buat bubur. dan juga buat pulut. pulut dan bubur masak ahad pagi buta. wahhhhh..sedapnya. panggil semua orang balik makan durian. memula ibu dulu samapi dengan laskar2nya. hehehhee.. boleh tak masa nak buat air, semua perisa kordial habis. oren habis, ribena habis, sarsi habis hatta sirap kesukaan saya pon habis? uuwwaaaaaa... saya tak perasan betol sebab rasanya oren sunquick tu ada lagi seboto rupanya dah habis. hehehhee.... suruh budak2 tu pergi kedai kejap beli sirap. belinya pencelup sirap harga singgit je, tapinya upahnya sampai 6-7 rengget. masakkkkkk.... takpe2..sesekali layankan je la. sesekali jumpa saya banyak le songehnya budak2 tu. itu nak ini nak itu nak ini nak. haihhhh.... dalam pukul 10am macam tu tu dia...durian dah sampai dahhhhh..bentang tikar duduk kat beranda melantak ramai2. yahuuuuuu..sedappppp.. lemak manis pahit semua ada la. tak rugi betol beli. sms almaunah bila nak sampai. katanya lambat sikit sebab ada function hapa ntah. elehhh..saje je la tu. malas datang awal sebab malas nak kemas2. datang2 je tau2 dah siap terhidang semua. benci betol. anyway, saya dah pakat2 dengan ibu takmo masak apa2. hehehhee..bior sana. tapi almaunah seperti baisa mengada, order nasi gorneg cili api konon. bluwek.. ma bising2 suruh saya masakkan nasi so that nanti boleh masakkan nasi goreng tu. say ajawab takmauuuuu... malasssss.. dia yang nak suruh le dia masak sendiri. kita lak nak kene buat semua dah le pemalas. ma diam je la. diam2 saya intai ma dah masakkan nasi. just tggu almaunah tu sampai le. kitaorang makan durian sampai nak pengsan. tergolek2 punya banyaknya makan. si kecik aish pon bukan main. seronok betol. dah makan lepak2 tengok tv. dah pukul 1pm tu almaunah sampai. tapi dah tak syiok sebab kitaorang dah kenyang gila so tak larat lagi dah nak makan. jadi mana best dai makan sorang2. hehehehhe....biorkan dia. masok2 je rumah terus tuju dapor, pas tu jerit.. laaaaa.. mana nasi goreng cili padi kitaaa??? jawapan simple saya; ntah..taktau. pas tu terus blah dok depan tv. ibu lak jawab, haaa..awak yang nak awak masak le sendiri. pas tu dia ngempas2. eeeeee.. bengang betol. ma cakap2 apa ntah dengan ibu then ibu jugak yang masakkan. sian ibu. tapi as usual, ibu kalo masak nasi gorengtabur garam pon sedap, lagikan kalo buat basi goreng ciliapi. wahhhhh... berasapp.. baunya je dah mencucuk2 sanubari. tapi saya tak makan. sebab masa tu perot dah betol2 tak selesa rasa kembong. bila ketok2 ada bunyik duk..duk..duk... sebab makan durian banyak sangat. dah le angin makan ubi semalam tu tak settle lagi. hambekkk.. merana korangggg... nangis tak nangis hadap je la. sakit perot tu. petangd ah pukul 4pm, semua orang tapau2 makanan then balik. saya bawak balik banyak durian dah siap kopek boh dalam tupperware. nak bagi obek. hhehehhee..gatal betol kan. yang belomkopek pon ada ntah le camne nak kopek nanti. ahhh..ingat nak bagi je kat sapa2 yang punya rezeki. balik rumah kepenatan. ingat nak tidor tapi mata tak boleh tidor. ingat nak pergi rumah mama sebab ada hal sikit nak discuss tapi tak jaid pulak sebab mama kene cerry berry. hehehhee...
----------
ahad malam:
tak kuar pon. obek datang hantar rojak buah sebab saya takde mood nak makan makanan berat. owh.. dapat jugak lai chee kang. sedapppp... pas tu bagikan durian tu le. malam tadi memangtak boleh tidor la. mata pedih tapi tak boleh lelap. ntah dah cerita hapa2 saya bantai tengok pon tak ngantok2 jugak. pukul 130am baru nak boleh tidor. tidor ada gak mimpi2 tapi lupa la mimpi apa.


hehehhehee.... sampai terjelir2 lidah dia makan.
----------
owh..lupa. nezha pon makan gak durian. jilat2 gak. hehehee..say aje tak bagi takot dia sakit perot. naya je kang buatnya cerry berry dah satu koje saya nak mengelap rumah. tak kuasa la. hari ni saya puasa tau. hehehehee... puasa ganti. rasanya hari tu dah puasa dah tapi takpe la. bior berlebih jangan terkurang. harap2 semua ok jangan le sakit2 perot ke apa ke. pagi tadi dah elok siap nak pergi koje, dah masok kereta dah pon, dah masok gear reverse pon, sekali sakit perot la. ingat nak jalan jugak tapi pikir2 kang buatnya jalan jem, masakkkk le jawabnya. jadi tandas bergerak pulak kereta tu kang. tak boleh jadi.. masok balik rumah pergi menunaikan hajat dulu. baru lega. sekali tengok jam dah ala2 terlambat. si nezha lak nak mengejar berlengkor je kat kaki. aduhhh...saya dah le lambat ni dia lak nak main2. saya lari cepat2 kuar masa saya tengok dia tengah leka makan. alahaiii..siannya dia.. sayang betol. takpe.. mudah-mudahan hari ni jalan tak jem so boleh sampai rumah cepat. rindu pulak kat dia rasanya. uuwwaaa...rindu kat nezhaaaaaaaaa......
----------
ok la.. dah banyak berceloteh hari ni.
----------
love you obek.... (keje rajin2)
love you nezha...(rinduuuu)
love all of you...(happy monday)

Friday, June 19, 2009

aduhh...main apa pulak nii???...


uuwwaaa...nezha main apa ni nak ooiiii........
----------
semalam saya balik lambat. tak le lambat sangat. dalam 830pm macam tu dah sampia. sebelom balik rumah beli siap2 nasik lemak tapau. laok rendang daging. nampak menyelerakan. sekali laoknya manis la. aduhh.. walopon saya jenis tak suka pedas tapi idak le pulak berkenan kalo dah rendang daging manis. wtf.... beli juga puding jagung. kat makcik yang sama. waduhh. .umpama gula tertumpah le pulak. hehehee.. ada je yang tak kena. maybe makcik tu jenis makan manis kot. sebab tu dia buat manis2. kang beli kuih tawar kang memekak gak, manis pon memekak gak. manusia.. manusia.... so, nasi takhabis, kuih pon tak habis. takpe la.. lagipon tak lapar sangat, cuma haus je yang lebih.


aduhh... ko takde mainan lain dah ke nezha?
----------
balik2 je semalam, buka pintu saya disambut dengan riuh rendah suara budak hitam tu le. meow2 tak berhenti. baru nak melangkah masok rumah sekali kakiterpijak benda da.. aduhh...sedapnya sakit kaki. sekali tengok , eh, ni apa benda ni? dok la belek2 rupanya ini benda yang dia main seharian semalam. ntah le camne benda tu boleh terkeluar dari kabinet pinggan tu. itu la bendanya apa namanya yang alas piok kalokita lepas masak panas2 tu kan letak benda tu supaya tak le main letak atas meja je. apa namanya ha??? pengalas periok eh? itu benda tu saya memang dah lama tak guna. sampai bersawang2. sebab dah beli yang baru. yang bulat tebal macam anyam2 tu kan, hari tu pergi melaka tu ada beli. hehhehee... yang lawo sikit idak le bentuk besi je kan. wahhh.. saya ni dok mikir camne caranya dia menarik benda tu keluar. aduh...nampak sangat saya dah lama tak mengemas rak pinggan tu. ye, ye... salahkan la diri sendiri jangan salahkan dia. dia mana tau, budak kecik. hehehhee...


beriya main benda tu.. macam2 peel la nezha ni...
----------
bila nak amik dia lagi nak main. hehehe.. so amik la pic dia tengah main2 tu. nak amik video tak sempat le pulak. kalo dapat snap video lagi le kelakar. beriya main benda tu. layankan je la. balik2 mandi, makan, tengok tv. memula tengok apa ye? kartun kot, then criminal mind, pas tu tengok keliwonnnnn.. hantu jembalang makan orang beranak. hehehhee... kali ni hantu tu ada fashion concious sikit la. biasa hantu pakai baju kaler puith je kan, kali ni dia kaler kuning, so diluar kebiasaan pakaian hantu la. style rambut masih sama, cuma curly2 tu terlebih sikit. tak tengok dari awal.. tengok dah start sekerat. mula dari yang mak nom tu datang rmh orangpreg tu malam2, then bagi minum kopi then sakit perot beranak. pas tu lakinya balik, tengok bini dan anak dah mati, pas tu lari2, nyorok bawah perahu. laki rock tu rambut panjang. tapi bapak dia punya alim. aminn... iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang beriman, hehehhee...tetiba je kan termasok lak lirik lagu raihan. ok apa lagu tu. betol la. ok2.. sambong. kononnya bidan tu dah lama le kat kg tu. tapi tak de sapa boleh lawan. sekali ayah mamat nilawan la. punay le senang. baca lebihkurang pastu baling2 hapa ntah pas tu hantu jembalang & mak nom pon kebabommm hilang... consider mati le tu kot. wahhh.. punya le senang. habis sebelom ni apsal lak orang tu tak bunuh hantu tu? heran2.... lepas keliwon, tidooooo... owh..malam tadi takde mimpi. tapi seperti biasa tido jaga2 le. not bad.....


sape tak nampak tadi ini le bendanya.... so, sekarang nezha dah ada 3 toys, kerusi, kotak dan besi ini, hehhehehee.. hantam je la nezha.
----------
obek still koje malam. mmmm.. malam tadi sembang kejap ntah camne dia tersalah bergurau kot.. terus saya merajuk. hwuahahahhaha... bila dan sentap terus le takde mood. so end up macam tu je. tak kuasa le nak layan. saya pon cepat je la pulak nak sentap2 ni kebelakangan ni. argh.. lupakan je la. benci ahhhhhhhh....
---------
hari ni kang ntah hapa pulak yang dikemas dek si nezha tu. hari2 ada je koje dia la. malam tadi dah elok2 tido pergi bangun. ingatkan dia nakpergi makan minum rupanya pegi menunggu cicak. amboiii... macam le boleh dapat tangkap cicak kat atas siling tu. saya intaikan je senyap2. hehehehee... ada hati.. sekali dia panjat sinki tu. wahhh... mujur saya mengintai. kalo tak habis le jatuh pinggan atas sinki tu saya belom susun kat rak pinggan. macam2 la dia ni. itu le kojenya kami bersua. saya pon kalo terjaga malam2 tu kadang bangun, pusing2 rumah. belek itu ini pas tu sambong tido lagi. nak kata terbaringggg 8 jam kat katil tu idak le. sesekali tu ada gak tidor terus. tapi biasanya bangun2 macam tu la.
----------
ok la..takmau borak banyak2. takde mood. petang ni balik rumah ma. i bet i'll have a bad weekend. taktau apsal but just know la. instinct kot. instinct la sangattt... takde la.
----------
love you obek..(kdg2 hate u jugak)
love you nezha...(tido la. asyik main je kojenya)
love all of you...(happy weekend)

Thursday, June 18, 2009

main kotak je dia...

hehehhee..ada nampak macam mata hantu mengintai tak?
----------
itu la nezha berada diantara kedua2 barang permainan kesayangan dia. alahaii..siannya dia takde mainan. main kotak je dengan kerusi. jadi la ye nezha. zaman ekonomi gawat ni kene la berjimat cermat. wahh... gituuu... itu la koje si nezha hari2. main kerusi main kotak. kotak tu berkalih2 tempatnya mengikut kehendak hati dia. tunggang langgang lantak le sana asal dia suka. kadang saya je yang lebih2 menyakat dia. letak kotak atas meja tinggi, letak kat dapor, terbalikkan kerusi. hehehehe.. saja menyakat. dia tak pedulik. camne2 pon keadaan benda2 tu tetap la jugak nak main.

tengok... sekarang sudah duduk dalam kotak. dok berangan apa la agaknya dia tu. layankan je laa...
----------
berpusing2, tergolek2, megggaru2 dia dalam kotak tu mana le tak hancur jawabnya. tapi takpe, kotak tu selalu dapat sebab saya tiap bulan beli air mineral. hehehehe.. nampak beno pemalas nak masak air. beli je senang. terus minum. nezha pon minum air mineral jugak. takde maknanya nak bagi air paip. mau knee cerry berry mamat tu kang dah satu hal. dia akan main dalam tu sampai le dia puas hati. kadang2 makan pon nak dalam tu. itu saya le mengajarnya. manja punya pasal suap makan sambil duduk dalam kotak. takpe2.. kanak2 layankan je la...
----------
semalam tak jadi balik lambat la. bagussss...tepok2 tangan. sampai macambisa dalam pukul 7pm macam tu. teringin sangat nak makan ikan goreng panas2 garing2 tu. wahhh.. bersemangat waja ni jadinya singgah kedai beli ikan. konon bak beli ikan bawal sekali tengok besar sangat le pulak. mana boleh habis makan sorang. takpe2.. kita tengok ikan lain pulak. sekali nampak le ikan ni entah le ikan apa. ingatkan ikan termenung ke hapa ke sekali dah balik rumah nak siang ikan tu eh apsal lakada keras2 ni kat kulitnya? wahhhhh..sekali ikan cencaru la. agaknya le kot. ikan cencaru kan yang ada kulit keras t. ke ikan tongkol? uuwwaaaa... tak tau nama ikan. hampeh betol. tu la. selalu sangat pegi pasar kan dah tak kenal jenis2 ikan. hhehehee.. aduh.. seksa le pulak nak menyiang kulit keras ikan tu. benci aaahhh.. tapi takpe, nak makan punya pasal buat jugak. nampak pulak kerang. wah..rebus kerang sedap ni. beli kerang pulak. sampai rumah letak beg, salin baju, apa lagi, kelentang kelentung le kat dapor. sambil2 tu letak nasik. yeayyy... jadinya menu saya semalam ikan goreng garing2 rangup2 panas, rebus kerang cicah sambal kicap tu le. hehehhe.. cili api 2 bijik tumbok pas tu tuang kicap. okla tu kan. pas tu sebab lapar nafsu tu membuak2 le kan. goreng lagi telor buat masak merah. haaa.. hambekkk.. itu bukan makan namanya, itu dah melantak dah tu. takpe2.. bukan selalu, sekali sekala. hehehee.. lepas masak, mandi cepat2 then makan timeeeee!!!!. wahhhh.. nezha pon sebok. masa saya tengah makan tu boleh dia terkuis2 mangkok gorengikan saya. haihhh.. biasa dia ni. saya tolak2, diam kejap then kuis2 balik. sekali saya tak perasan udah terbalik mangkok tu. aduhhh.. mujur bukan mangkok yang berkuah kalo tak dah satu hal le pulak nak mengemas. tak boleh jadi ni, amik mangkok makanan dia, letak kat sebelah. so, ita 2 orang makan la bersama. tapiiiii.. dia mengada2 mengiow2 sambil cium2 bekas makan dia means... nak suap le tu. uuwwaaaa.. orang nak makan kerang camne nak kopek2 nanti nak kene suap pulak tangan ada 2 je ni. geram betol. suapkan jugak sekejap pas tu saya basuh tangan balik sebab nak makan kerang tu. haii..nezha.. nezha. macam2 perangai.

still main dalam kotak. suka beno. ntah le apa rasanya dok dalam tu.
----------
lepas makan lepak2 tengok tv. cerita apa ye? memula tengok cerita melayu la di alam lain tajuknya. ntah le hapa2. cerita hantu bongok. tak best pon. tu tengok sambil makan la sebab tangan 2-2 pon berlemoih dengan nasi, so, tak boleh nak tukar2 channel. pas tu tengok tom & jerry. wajib nih. pas tu tengok numbers. owh.. malam tadi adalah last epison utk season nih. uwwaa.. sian eppes kene tangkap sebab ala2 berkrompomi dengan pengganas. hehehhee.. nanti ada la sambungan dia tu. lepas tu mata ngantok. dah berbagai2 gaya saya buat supaya tak ngantok. nak jugak tengok csi. 200th episod katanya. sian prof tu anak murid dia mati kan. huhuhu..sedey woooo...sementara iklan pon sempat lelap. ngantok sangat. habis je terus kebabommmmmm..... mimpi? adaaaaaaaaaaa.....

owh... muka sangat comel. sapa kata nezha comot, dia la yang comot. hwuahahhaha....
----------
mimpi hapa ntah malam tadi. owhh.. mimpi ada la baby orang tu macam cedera, so nak kene bawak pi hospital cepat. say ale jadi tukang bawak tu, tapinya jalan keluar tu berpusing2 macam semua sehala. kalo salah masok nanti kene buat lagi satu pusingan. so banyak kali la pusing2 jalan. uuwaaa..sian baby tu kesakitan. tapi sempat lak tu singgah pergi makan2. hehehe.. apa punya mimpi daaa... last2 ntah le camne sebab mimpi bercampur aduk. macam2. tu la..makan banyak sangat bercampur aduk mimpi pon bercampur aduk. biorkan.
----------
obek buzy la. so, takde masa nak kuar2 nih. takpe la. (takpe tu kat mulut je, kat hati marah2 gak. hehehhee..) anyway, saya bukan jenis nak kaco dia kalo dia tengah koje. koje tu koje la. jangan la asyik nak call nak merengek je. nak berkepit je. getik la. tak paham ke orang koje. sama la kalo kita tengah koje banyak benda ada je orang nak call2, nak menyelit2.. suka ke? saya tak suka. nanti ganggu. ni le nak masok bab mengumpat ni. ada colleague sini, jantan la... tapi bininya asyik la nak bergayut je. kadang2 ikut datang pergi opis, tapi tak naik la. dok tunggu dalam kereta. kalo lunch hour harus le berkepit. selalu dah kitaorang sini nampak tapi buat2 tak nampak le. pas tu call2 selalu. mamat tu bila bini call je mula la ckp macam dlm kelambu. kalo bini call hp tak berjwb merasa le bini call line opis. owhh.... nak check ke hapa ke ntah le. come on laa.. kalo ko tak malu, sian la kat laki ko. dia la malu sebab orang opis dok bercerita hal korang kat opis. mamat tu pulak koje memang ok. cumanya kalo bini dia ada dah menunggu dlm kereta tu, dia macam nak cepat2 le turun. so, secara tak lansong jadi kelam kabut. kalo dia je yang kelam kabut takpe gak, ini terbabit dengan orang lain sekali. ye la.. dah kata team work. tak pasal2 orang lain pon kene rejan sebab dia nak cepat. biasa dia tuang waktu balik la. cakap nak pi site le hapa le pukul 4pm dah kuar berambos. bila kita call site jawapan orang site elekkk..ngak ada kok di sana. nak cakap2 selalu sangat pon tak sedap. dah tua bangka patot dah bolehpikir sendiri. hal koje jangan campur aduk dengan hal peribodi. kalo u tak keje, jangan kacau laki or bini u keje. kalo u keje, u concentrate dengan koje u. lunch time nak kuar makan sama ok la. fine.. waktu bebas. tapi jangan le over2 sangat pulak. orang lain pon ada bini, ada laki wehhhhhhh.... yela, yela.. aku cinta aku rindu tapi bukan itu caranya. lagi satu kalo jenis yang bawak couple / spouse pergi jumpa client or kwn opis ke untuk bincang hal kerja. sangat tak sesuai okkkkkk..... kang kita nak bincang2 hal koje ada lak tercongokkk je kat situ. kalo dapat jenis paham bahasa nak beralih table kejap takpe lagi, ini tak, duduk situ mendengar apa yang dibincangkan. aduhhhhh... entah la, tapi rasanya amat le tak sesuai. itu obek kekadang kene. sebab dia selalu kuar2 mlm discus nath le hapa2 benda tu. nanti bila2 dia jumpa saya dia lak dok membebel kat saya bercerita la tadi jumpa orang tu nak discus hal koje orang tu bawak bini la bawak anak le habis cammno nak bincang. dah tentu tak fokus sebab asyik la nak cepat2 je angkat montot. wahh..tak pasal2 saya lak yang kene dengar obek membebel. tapi pada saya pon tak payah le ikut or bawak spouse ko tu. dok je la kat rumah. kalo nak kuar sama duduk la kat table lain ke kejap, pegi pusing2 ke kejap, jangan le dok tersongok sekali kat situ. orang tengok pon tak sedap. saya pon kalo nak call obek or sms dia cuma lunch hour dengan waktu balik. apa yang nak disembangkan sangat. nanti jumpa sembang benor le. sorry le dah termengumpat pepagi ni. itu untuk peringatan kepada diri saya sendiri jugak. harap2 jangan le sampai ke tahap tu kot ye pon sherashi bershama beno. hehehhehe....
----------
anyway... disebabkan semalam tak jadi balik lambat so kene posponed ke hari ni le kan jawabnya. eeeee...tensen. malas betol la. so, hari ni balik lambat takmo masak2 dah. beli je kang tapau malam kang habis cerita. saya teringin makan ubi rebus le. ini pasal tengok cerita semalam la atok dai jamu makan ubi rebus kat cucu dia. hehehheee.. tak pasal2 saya pon teringin jugak. takpe2.. nanti weekend balik rumah ma boleh rebus ubi.
----------
ok la..takmo bebel banyak2. harap2 hari ni semua berjalan lancar. eh..takde maknanya. pepagi ni lagi dah jem tahap maksima le. tak bergerak tol sunway tu wehhh.. geram betol. harini saya sampai lambat. 915am kot rasanya tadi. nakbuat camne. diluar kawalan saya. kuar rumah awal pon sampai lambat jugak. ada excident dengarnya. pas tu ada lampu isyarat rosak lagi. harus le double trouble kan jalan jem. ok la.. dah le tu. dah berapa kali ok ntah le tak jugak stop2. hehehhee....
----------
love you obek... (windu woooo.....)
love you nezha...(apsal noty sangat?)
love all of you...(sila makan banyak sikit)

Wednesday, June 17, 2009

mimpi gangester laa....


huiii.... macam2 mimpi malam tadi. mimpi gangster2 tembak2 gitu.. aaa..ini bukan pengaruh tv ye sebab malam tadi tak tengok tv pon. eh..tipu la tak tengok tv. saya tengok tom & jerry je malam tadi. apsal hari2 mesti nak kene tengok tom & jerry ha? addict betol la.

mimpi camne ye? lupa la tapi yang apsti ada le adegan tembak2 tu gadoh2 tu. wahhh... tetiba je jadi triad member ni. eh..bukan member.. big bos lagi tu. aduhaii....

anyway, semalam saya masak mihun tomyam tau. wahhh.. seumor hidop tak pernahmasak tomyam, biasa order saje kat kedai. hehehehe.. korang jangan le terkejut badak pulak. saya beli je paste tomyam adabi tu ha.. boh je dalam periok then boh fishball dan segala ball yang ada dalam freezer tu sebab nak habiskan stok. pas tu celur je la bihun. wahhh..sedap jugak tapi pedasnya masayallah. aduhaiii.. ke memang perencah tomyam adabi tu pedas? walhal letak sekerat paste je sebab masak untuk sorangkan. takkan nak kasi habis lak kot. sekarang korang tau le tahap kepedasan saya camne ye. memang nangis2 le makan tu pedas. saya memang tak tahan pedas betol la. minum lak air ribena ice wahh..sejuk je maso tekak. masa minum sodappp, lepas minum baru le tekak terasa sakit macam bengkak. rasakan. bior la lantak sana. pas tu baru menyesal. sesal dahulu pendapatan, sesal kendian tak berguna. hehehehhee... so pagin i minum air asam jawa lagi.

anyway, nezha seperti biasa. sorry hari ni takde pic dia la. malam tadi sya tengah tido pas tu dengar bunyik hapa ntah krek krok krekk krokk.. sekali tengok dia tengah mengerjakan beg plastik ntah le dapat dari mana. main2 beg plastik. owhh..bahaya.. kang termasok kat kepala kang naya je. tak boleh.. tak boleh.. so, bangun amik beg plastik tu so saya sambong tidor. ingatkan dunia dah aman, sekali dengar lak lagi ketentang kelentung.. rupanya dia dok berlari2 memanjat2 melompat2 nak kejar cicakkkkkk... eeeeee..geram betol. badan dah le lesu, perot sakit sebab makan pedas tu rasa tak selesa, tekak sakit, nezha pulak buat perangai takmau tido malam tadi. so, apa lagi, kene marah le jawabnya. eeeee...rasa nak je cubit2 dia tu la. lepas marah then hangkot masok dalm selimot pelok kuat2. geram betol. lama2 tertido. haaa.. baru aman dunia. pagi2 pukul 530am dah kejut saya menggaru2 menggigit2. hehehhehee.. comel je. mana ada comel pepagi, comot air lior basi la tek mata la penuhkat muka dia tu. kalo nampak saya pegang tisu je dia dah mencicit dulu. penakot bukan main.

hari ni obek bz dengarnya. ntah nak pergi mana ntah. sian dia. keje kuat. harap2 semua usaha tu berbaloi la kan. love you obek.

apa lagi nak cerita ha? takde mood la. koje banyak. takpe2. buat je mana yang larat. petang ni maybe kene balik lambat. benci betol la. orang nak tengok csi malam ni.

ok la.. korang take care.

love you obek... (good luck to you)
love you nezha...(jangan sepahkan rumah)
love al of you...(sila jaga kesihatan)

Tuesday, June 16, 2009

sakit tekak..dah start dahhh...



yeeeehaaaaaa... koboi nehza! hehehheheee... saje menyakat dia. marah betol dia.
----------
mmm.... sakit tekak dah mula dahhh.. malam tadi dah start sakit2 tekak. nak demam or selsema la tu kot. batuk pon dah start dah ni. bagus. malam tadi tengah tido rasa sakit sangat tekak mcam haus sangat2. bangun minum air then terasa macam ada benda kat tekak tu le sakit nak telan. owh..dalam hati tau dah ni kejap lagi mesti jadi tak sihat le ni. takpe la... sesekali sakit apa la salahnya. badan pon perlukan rehat jugak. yeee..kita mesti sentiasa berpikiran positif ye kawan2. jangan la asyik menyalahkan cuaca atau badan. kesian..
----------
balik semalam terus lepak2 kejap. banyak lak nezha tu uk-uk semalam. aduhh.. takpe la. kemas je la nak buat camne. excercise katakan. yela tu... pas tu pergi pasar malam dengan obek. nak beli barang2 dapur yang kering2 tu la. beras pon dah habis. sardin tin pon dah habis. kalo ada benda2 tu sesak2 boleh le dimakan. kalo takde payah. so beli sikit2 je la lebih kurang. takmua beli banyak2 membazir. biasanya bawang2 ubi kentang tu sampai tumbuh2. pakkal je tak tabur tanah kalo tak dah jadi ladang dah kabinet dapor saya tu. hehehehe.... dah sampai pasar malam tu tau2 je la.. yang takde dalam list pon terbeli jugak. buah tomato murah korangg..sekilo singgit je. bior betol. makcik pon borong je la sekilo. melantak tomato je la minggu ni. diet ke jimat ke hapa ke entah la. apa lagi ye.. mmm.. banyak gak benda2 yang murah2. tapi saya tengok2 je la. takmau la beli nanti membazir.
----------
lepas tu beli makanan. pusing punya pusing punya pusing tak tau nak beli makanan apa. semua pon tak menyelerakan. nak beli kuih putu piring tengok orang beratur panjang sangat. malas nak beratur. sudahnya beli keropok lekor bulat2 tu yang dalam cawan, makan sambil pusing2 tu. habis selesai. then beli kebab roti tu 1. itu je la. takde mood la nak beli macam2.


nezha pakai tudunggg.. hwuahhahahaha... saya mengekek2 gelak malam tadi. sian dia kene buli dengan saya. dia punya marah sepanjang pakai tudung tu dia takmau bangun. macam tu la sampai saya bukakan benda tu. hehehehhee... sayangggg nezha...
---------
malam tadi tengok cerita apa ye? owh... tengok leverage. lepas tu tido la. pagi tadi buat air asam jawa kononnya untuk hilangkan sakit tekak. siap bawak pergi opis nih. sekali banyak sangat kot minum udah le pedih perot pulak. ye la.. masam kan benda tu walopon dah campur gula batu. hehehhee... lepas satu-satu hal. macam2 la.
---------
kawan saya yang ada problem dengan penjaga anaknya tu dah ada problem lagi. penjaga tu takmau jaga dah sebab katanya dah amik tempahan jahit tudung jahit baju banya untuk raya ni, so kononnya takot tak boleh fokus la. hehehhee.. mengamok le minah tu. dah le inform in short notice. macam2 hal la. jadinya baby dia kene la pergi hantar kat kampung jugak. since dia pon jenis terlalu memilih, orang macam ni tak boleh orang macam tu tak boleh, hantar nursery tak boleh, kalo nak orang jaga anak dia kene yang jaga anak dia sorang je takmau ada jaga baby lain. wahhhh.. masak le nak mencari penjaga macam tu. mmm..malas le nak masok capor. pepandai le. mujur ada mak kat kampong boleh le tolong jagakan. pas tu dok bising sebab every week kene balik kg kat perak tu. budget lari la kan. bila budget lari mula la korek lubang sana nak tutup lubang sini. entah..susah nak cakap. mesti la ada pro & kontranya. tak semua perkara mesti berlaku macam yang kita kehendaki. mesti la ada yang kita dapat, ada yang kita tak dapat. mana2 pon macam tu la.
hehehee... nezha with headscarf lagi. tengok muka jadi bolattttt... geram betol.
---------
pagi ni pon tak berapa jem la. kira macam biasa2 je. bagusnya. obek mengadu cakap adiknya si nizam yang koje kat jusco tu nak berhenti. nak keje dengan satu ipts ni la under marketing dept. dulu dah pernah keje sana tapi tu la.. dia tak kisah je koje camne2 pon, tapi payment lambat bebeno. ngalahkan orang koje estet. so, kalo dia koje dengan ipts tu nanti nak kene le buat promotion keliling malaysia. nak amik studen baru katakan, mesti pusing keliling. masalahnya kompeni tak bagi rumah sewa, suruh sewa sendiri. pepandai le nak dok budget hotel ke, nak tumpang rumah sedara ke, nak tido dalam kereta ke. kereta pon tak bagi. semau harap kenderaan sendiri. heran betol. ada pulak macam tu. at least sewakan le hotel tu bior le tido berdiri pon jawabnya masalah tempat tinggal dah selesai. ni tak, alasannya sebab dah bagi allowance. tapiiiii..allowance tu 3 bulan kedepan esok baru nak mendapat.
----------
yang si nizam ni sebab nak berehenti koje jusco tu kan ke hari tu sampai gaduh2.. awek punya pasal la. berebut dengan bangla. geram betol. sampai obek pon masok campor sampai ke balai polis le ceritanya. obek tu tau je la.. hangin laju je.. bedebuk bangla tu dikojekan. yang si awek nizam tu pon 1 hal.. macam dah takde jantan lain bangla ko pegi hadapkan. alasannya si nizam ni asyik la koje so takde masa nak teman dia dating2 la lebih kurang macam tu la. mmm..puncanya sinizam ni dah dapat target le aweknya ada bf lain. then kawan2 tempat koje pon dah sound2 cakap awek tu selalu kuar dgn bangla. satu malam, dia pergi intip. pukul 2am bangla dg rmh awek. mau tak hangat hati mamat tu. tu la udah bergaduh pulak kat sana tu. aduhhh.. perkara remeh2 temeh ni la pasalnya. eh..rasanya dah cerita ke hari ha? lupa la. yang pepagi buta obek call saya pukul 4am kata dia tengah kat balai polis. maunya tak terkejut badak kerbau lembu arnab kancil kijang segalanya saya. mujur ada pakcik yang datang tolong bantu. saya pergi tengok nizam lebam, bangla separoh mati, obek ok. mujur. nizam siap pesan jangan bagitau mak midah. mana bolehhhhhhhhhh... hehehhee... esoknya dah setel baru obek call mak midah bagitau. bukan apa.. sebab ada sedikit cedera tu kene la bagitau. dah kata abang mesti jaga adik kat sini. udah le kene lecture lagi si nizam tu. sian pon ada, rasa nak cakap padan muka pon ada. knowing him, dia memangjenis pendiam dan bukan jenis huhahuha ni.. so, kalo dia dah hangat hati means memang perkara tu dah melampaui batas la. bukan macam obek tu.. hangin panji semarang je memanjang. hehehe.. sorry obek. terkutuk lak. love you. eeeeeee.. macam2 la. pompuan punya pasal semuanya jahanam. anyway..katanya si nizam ni dah berawek2 dengan pompuan tu sejak kat uni lagi la. long flame le tu kononnya. after that incident, si minah keep on chasing him and dia tak suka la macam tu. kira mau putus la gituuu.... macam2 hal. mak midah pon dah sound takmau la lagi awek macam tu. banyak lagi awek lain. mmm... macam2 hal. tapi sekarang dah settle dah. dia pon dah takmau lagi dgn awek tu. tapi awek tu pulak call & sms obek, konon nak tanya kat mana nak carik si nizam ni. wahhh... gatal2 ko call obek saya ye? lempang kang. ntah le mana dia dapat nombor obek tu. maybe masa tengah baik2 dengan nizam dulu le tu kot nizam bagi..mana le tau ada apa hal emergency ada le nombor keluarga yang boleh dihubungi. tapi pengakhirannya jadi lain pulak. takpe la.. permainan dunia. putus cinta tu sakit, tapi lagi sakit kalo orang yang dicintai mempermainan kita, jadi lebih baik la putus. jangan pening2 kepala. masa depan tu jauh lagi. perjalanan hidop tu panjang lagi. ramai lagi orang yang bakal kita jumpa. si nizam tu jenis mendengar kata dan sangat takotkan obek. hehehhee.. so, we assume this case is solved. takmau lagi dengar perkara2 macam ni. to nizam, carik la awek yang lagi 10 kali ganda lebih cun lebih baik dan lebih setia. ok? lots of luck to you.

nezha pakai tengkolok pulakkkk.. ehehhhe... ala2 pengantin gitu. chewahhhh.. see, muka tak kuasa nak melayan saya. bantai je laaaaaaa....
----------
banyak le mengomel hari ni. macam le takde koje. hehehhee... harap2 sakit tekak tak berlarutan. takmau la sakit tekak nanti nak makan durian camne? hilang nikmat nanti. hehehhehee... ok la.. pada semua koje rajin2. jangan asyik dok melawat blog je. waktu rehat takpe.
----------
love you obek... (keje rajin2..)
love you nezha... (makan la banyak sikit)
love all of you...(jaga kesihatan ye)

Monday, June 15, 2009

cerita hujung minggu # 2...


hello.....
----------
suka la tu weekend tadi happy2 je kan? agaknya la.. tapi ada gak orang yang weekend dia tak berapa best, program tak menjadi ke, ada gaduh2 ke, emosi tak stabil ke.. mana le tau kan.
----------
saya macam biasa la.. balik rumah ma. tak buat apa pon, lepak2 macam biasa kemas2 lebih kurang je. jumaat malam tak boleh tidor sebab ntah la opah dok meracau2 sepanjang malam. makanya kami berjaga le sepanjang malam. surprisingly, sabtu tu tak pulak mengantok. ayoyoyo.. tapi ok la tu. lunch masak apa ye? owh..ikan bakar. lagi apa ntah lupa la. malam hantar ma pegi marhaban kat rumah orang kawen. wahh.. ramai betol orang kawen. ini kira last le ni sebab dah mula skolah semula. macam le yang kawen tu budak sekolah, semua nak kene tunggu cuti sekolah ye.
--------
sabtu malam tu kan tetiba masa tengah tido dengar bunyi suren polis kuatt sangat. pas tu dengar macam ada adegan kejar2 gitu. wahh..saya pon intai le kat tingkap. tu dia.. namapak budak2 yang dok melepak2 tu cabut lari. kene kejar polis kot sebab semalamnya (jumaat tu le) rupanya ada 3 rumah kene pecah kat taman tu. aduhh..risau betol. semua kawan2 ma le pulak tu. dah tu..dok 1 taman, kawan le jawabnya. yang sorang tu kene curik duit.. habis banyak gak le. yang lagi 1 rumah tu kene curik motor. motor baru gitu baru beli 2 minggu. lagi sebuah rumah pon kene curik duit jugak. taktau le camne boleh masok rumah. walhal rumah bergirl semua tu. ala... orang kalo nk tu seribu daya. macam rumah saya kene hari tu kan dia umpil pintu grill tu. setan betol. mati la ko kene langgar lori pasir hendaknya penyek kat sana. padan muka. huishh..pepagi dah menyumpah orang. memang saya takkan maafkan sampai bila2 orang yang merompak rumah saya tu. walpon dah lama, sakit hatinya masih terasa.
----------
ahad pepagi dah hantar ma pergi marhaban lagi. lepas tu lunch saya pergi rumah kenduri yang lain pulak. wahh.. buzy le jadi supir je kojenya. anyway, rumah yang saya pergi makan kenduri tu pengantinnya askarrrrrrr... sanding pakai uniform tu la ada jalan2 bawah pedang gitu wahhh.. hebattt.... makanan pon sedap, nasi minyak nasi putih, sambal sotong, ayam goreng tepung, umbut masak lemak dengan kari ayam. daging takde le pulak. ehehhehee... sedap. saya macam nak tambah tapi malu le. dah le kebetulan terjumpa pulak kawan lama ibu kat kenduri tu so malu la... dan orang pon ramai pulak beratur amik makanan. ini telah membuatkan saya nak masak sambal sotong dan masak ayam goreng tepung sendiri nanti boleh makan banyak2. geram nih. anyway... dapat berkat sumi2 tu le dengan keropok. boleh laaa.....



haaa...ni sapa yang nak tengok kerusi plastik nezha tu? ini le kerusinyaaaaa.. kerusi plastik biasa je macam kat kedai makan tu haa..sukabeno duduk atas tu.
----------
kerusi tu dulu saya beli sebab zaman susah2 dulu mana ada rm nak beli meja makan lelawo. jadi saya beli la kerusi tu 2 dengan meja plastik 4 segi tu le sebijik macam kat kedai makan tu je ha.. untuk jadi dining table. jadila.. berbelanja la ikut kemampuan poket sendiri. ehehehhee... dah lama2 tu dah beli le meja makan yang baru. so, meja 4 segi tu letak kat dapur jadikan tempat letak ntah hapa2 le barang, kerusi tu 1 boh kat bilik, 1 boh kat tetengah alam rumah tu le jadi tempat lepak nezha. pantangggg nampak kerusi tu lari2 main dah penat memangahrus naik duduk kat kerusi tu. itu le kisahnya.
----------
nezha tu lagi satu suka beno main dalam kotak. tak kira le kotak apa pon mesti nak dok main2 dalam tu. kalo bukak bilik baju, mesti dia dulu yang mencicit masok. nak main dengan kotak. bilik tu banyak kotak2 baju ni ha. tak kuasa le nak keluarkan. baju lama2. so, every time kalo saya beli barang ada kotak, bagi la kat dia main. suka dia. saya kata sian dia, saya takde duit nak beli mainan mahal2, bagi kotak pree jela ye nezha. hehehhehee....
----------
hari ni saya kuar awal, sebab expect jalan mesti jem, rupanya tak le jem sangat. bagus2... saya suka je kalo tak jem tu. so, sampai awal. obek tengah buzy. semalam pon kene pergi opis. hahahhaa.. pelik la rasanya kalo ada orang pergi opis hari ahad. tapi tu la.. kerja masing2 nak kene settle. malam tadi kuar dinner kat kedai biasa. tak best la. rasa macam dah tak sedap je kedai tu. pakcik obek balik dari jalan2 ke medan bandung semua tu belikan jajan2 la. tulisannya dodol tapi bila dimakan rasa lain pulak. ntah..rasa macam jem rambutan je. hehehhee..idak le teman tau camne nak explain benda tu. banyak lak tu dapat. alamat memang peti ais le yang makan jawabnya. obek dapat topi yang macam orang jawa pakai tu. kitaorang bantai gelak mengekek2 bila tengok dia pakai topi tu aduhhh... kelakarnyaaaa...
----------
ok la..itu je la kot cerita hujung minggu kali ni. mmmmm... lagipon takde idea dah nak tulis apa. hehehhee....
----------
love you obek... (keje rajin2..)
love you nezha... (jangan noty2)
love all of you...(happy monday)

Friday, June 12, 2009

sapa comot? sayaaaa!!!!....



hehehhee... sapa yang comot? nezha la... comot bukan main kalo baru bangun tido. tu dia tengah dok mengacau saya la pepagi. dok menggaru2 menggigit saya walhal dia sendiri nak tido lagi tu mata dok pejam je. memang dengki je tau. bukan dengki.. bagi kejut supaya tak terlambat. al-maklum, pepagi banyak benda yang nak dikejar dibuat.
----------
semalam macam biasa. balik tu ntah le camne ternampak pasar malam tapi tak nampak pulak jalan masoknya. so pusing punya pusing dengan obek baru le jumpa. kalo saya sorang memang tak kuasa le nak pusing2 tu. balik rumah straight je la. obek tu lain, dia suka pusing2 tu. kalo nak carik sesuatu tempat akan carik samapi jumpa. saya jenis malas. kalo takde nampak tu alamatnya memang takde la nak pergi. tak le best sangat, tapi boleh le buat beli makanan. so, beli apa ye semalam. owh..beli apam balik rangup2 2, then beli sate dan nasi. habis makan semua malam tadi. bukan beli banyak pon. beli cukup2 makan je la. dah tau budget dah sekarang takmau membazir.
----------
cuaca semalam jerebu kan? macam kabus2 tak nampak je. hehehe.. jerebu tu debu ye? entah.. belom habis belajar lagi bab2 jerebu nih. yang pastinya sempot memang senang nak datang kalo musim2 jerebu ni. seksanya. malam tadi tengok berita pon cakap bulan 8 nanti lagi panas. wahh.. itu bulan pose tu camne nih? mesti lagi tak larat kan. tapi harap2 dengan niat baik puasa dibulan ramadhan tu allah tolong le bagi kekuatan. hehehehe.. tapinya nanti akan lebih kuat le alasan untuk orang2 yang malas puasa. panasss.. haussss.. tak larattt.. jerebu... tak sihattt.. hehehhe.. biasa la tu.




wah.. tengok tangan sikit punya baikkkkk punya landing atas bantal. huhuhuhu....
-----------
malam tadi macam ngantok sangat tau. tapi tahan2kan jugak mata. nak tengok tv punya pasal. memula tengok tom & jerry, pas tu tengok apa ye? hapa ntah... owh.. tengok tu la 999, pas tu tengok keliwon. hehehhe... malam tadi cerita pasal hantu pelesit. macam belalangkan? aaaa..dia letak dalam sangkar burung. owhh.. hantu pelesit tu le yang hisap darah lebam2. kot2 yang saya lebam2 tu hantu gigit le kot? huwahhahahaa.... aaaa.. nak tau camne rupa hantu pelesit tu la dia rambut panjang kaler hijau, pas tu pakai baju kilat2 ala aluminium tapi kaler hijau jugak. pas tu dia jalan2 keliling rumah anggok2 kepala. aaaa...camtu la rupa dia. pas tu ada makcik ada power bagi bola2 api so hantu tu tak jadi kaco makcik tu. dia jalan2 pusing2 rumah je. hehehhehee.... lepas habis keliwon saya pon tidor. krohh..krohh..krohhh.. nezha pon tidor. panas betol malam2 sekarnag ni. pasang kipas laju pon rasa macam lagi panas. aduhh.. sian sapa2 ada baby kecik2 tu mesti baby meragam sebab panas. baby2 kecik mana le boleh dibagi kipas sangat.. bahaya takot sempot nanti. pas tu kene bedung lak tu. tak bedung kang nanti pengko kakinya. hehehhee... so, mak2 le kene kipas2 dengan paper. aduh....



ya allah, nezha.... apa le comot beno kamu ni. air lior basi meleleh, tek mata bertompok2, hingus meleleh. hishhh.. tak ensem lansong. relax la.. belom lap2 muka lagi, dah lap baru le hensemmm....
----------
sebab cuaca panas, nezha pon banyak minum air saya tengok. kejap2 kedapor minum, kejap2 minum. sian dia. let alone kucing2 or haiwan yang kat luar sana tu. lagi kesian kan. ehh..manusia pon ada gak yang tak cukup makan minum tau. aduhh.....
----------
malam tadi mimpi ntah hapa2 ntah. seperti biasa mimpi saya mesti la bersegmen2. hehehhee.. ala2 pilem cereka pendek gitu. memula mimpi hantu pocong la. huhuhu.. orang jahat la jadi hantu pocong. dai ada bela ikan keli kolam tu la. sekali tu kampung tu banjir. so, bini dia cari pusing2 keliling kampung carik dia last2 teringat kot2 lakinya ada kat area kolam keli tu la. sampai sana nampak le macam ada bubble2 tu le means macam ada orang dalam air tu le. sekali hantu pocong le yang timbol. uuwwaaaa..... semua jerit lari lintang pukang. hehehe.. pas tu saya pon bangun tido. pas tu tido lagi, kali ni mimpi tokngah pulak. hehehee... ayah obek le tu. mimpi masa tu saya dnegan obek macam pergi shopping la, tapi saya malas masok shoping complex tu sebab nak cari barang yang cepat je so obek lari masok dalam. parking kat luar depan shoping kompleks tu je, sekali tokngah datang, dia bebel2 saya kata apsal?
### : mak kamu tu le (mak midah le tu) dok nak cakap english lak dengan aku hari ni.
$$$ : apa yang mak cakap?
### : ntah le. good morning bang, how r u today, what r u doing...
$$$ : saya bantai gelak le.. habis ayah jawab apa?
### : aku jawab le good morning 2 u 2, im fine.. hehehhee..
$$$ + ### = bantai gelak guling2. hahahhaa..
owhhh, ok, bab guling2 tu tambahan je la. so, kita orang bantai gelak sakan le kononnnya tu. pepagi bangun bagitau kat obek. hehehehe.. obek pon bantai gelak. actually makmidah & tokngah tu bukan le jenis kampung beno. kira tau le cakap english ni, tapi actually tokngah memang teror b.i. kalo marah orang ckp b.i. anak2 dia pon tak leh lawan b.i dia. hehehe.. jangan ingat orang tua tak reti. dia lagi teror. tapi yang peliknya saya pulak yang mimpi diaorang, anak depa takde pulak mimpi mak ayah dia. kes haru nih.
----------
apa punya mimpi mengarot2 la. macam2 hal. saja la mimpi kan mainan tidor. hari ni petang saya nak balik rumah ma. opah dah balik rumah ma semula sebab hari tu dia demam panas so mama tak boleh nak jaga. sebab kebetulan kene pergi o/stn, so tu yang hantar balik rumah ma semula tu. sian opah, dah le sakit, demam pulak tu. kita yang sihat ni pon boleh jadi demam sebab keadaan tak menentu lagikan la orangtua yang sakit terlantar tu. lagi le mudah kene. tapi takpe la.. jangan asyik mengeluh tentang cuaca. ada la hikmahnya nanti. jangan salahkan cuaca atau keadaan dunia. kita jaga je diri kesihatan kita. nanti allah bagi hujan lebat sampai banjir2 kita mengeluh jugak. panas mengeluh, hujan mengeluh. haiii..manusia, manusia. saya le tu.
----------
keje hari ni boleh tahan tapi malas nak buat. hehehhee...ok la.. nanti2 bila2 free sambong lagi.
----------
love you obek... (jaga diri jangan demam pulak)
love you nezha...(lepas makan pegi tido tau)
love all of you...(happy weekend)

Thursday, June 11, 2009

tak sihat, tak larat, tak de mood, semua takde...


tak sihat, tak larat, takde mood, semua takde.... memang semalam saya tak sihat sangat2. lemah je badan entah la kenapa. sakit perot, sakit kepala, mata pon sakit macam membengkak. haihh..banyak pulak pakej penyakit semalam tu. sebenarnya dari malamnya lagi dah tak berapa sedap badan. malam tak boleh tidor. asyik terjaga2 sebab sakit kepala dan perot. eeee..rasa nak nangis. memang dah nangis dah pon. kebelakangan ni sakit perot semakin menjadi2. entah la kenapa. salah makan kot.
--------
pagi tu bangun juga paksa diri walopon sambil nangis2 mandi dan siap2 jugak pergi kerja. on the way pergi kerja memangtak larat sangat. call obek cakap tak larat. dia biasa la.... ayat biasa dia tu balik dok rumah rehat. wahhh.. kalo itu kompeni saya boleh le. geram betol. tapi memang betol2 tak larat la. manage to get to office, sampai2 je manusia sorang pon takde lagi. hehehhe... diaorang pon sakit perot sakit kepala gak kot macam saya. otak memang tak boleh berpikir. so, amik semua benda yang penting2 tu letak kat bilik siamang dan put note cakap nak mc hari ni. pas tu blah drive balik rumah. uuwwaa.... on the way back call obek suruh dia call opis lagi nanti after 9am.. to double confirm le kan. suka-suki je walopon time tu tak dapat mc lagik. arghhh..pedulik la. so, direct pergi klinik. ingat nak balik rumah dulu tido2 tapi entah la terdrive pulak sampai klinik. ramai orang pulak tu. uuwwaaa...dah le sakit perot sakit kepala, ada lak kanak2 melompat2 buat klinik macam playground. aduhhh... tekanan betol la. mak dia buat nehen je. arrghh... ada gak kanak2 yang demam, melepekkk je kat mak dia, sian tengok. ye la, cuaca kan panas sangat sekarang ni. lama gak tunggu giliran. rasa macam nak balik je dah takyah jumpa doktor, malam kang baru pergi klinik. chehh... geram punya pasal le tu. tapi sabar2.. tunggu jugak la. then sampai giliran saya. wahhh... doktor muda hensem gitu... terus 30% sakit hilang. kihkihkihkihhh... gatal betol. takde la.. dia pun layan betol2. tanya itu ini semua check bebetol. sekali check punya check, saya demam daaa... saya kata rasa badan tak panas pon. dia cakap memang la sebab badan awak panas awak tak perasan. hehehe.. pas tu check darah. seperti biasa, ada sikkit rendah sebab tu sakit kepala kot. entah la. pas tu dai kata tidor cukup tak? owhhh doktorr... tak tau ke saya memang jenis tak boleh tidor ni ha??? mana le pernah tido direct lena2 tu. aduhhh... tapi malas le nak cakap kan. saya kata ok je la. pas dah sudah, pergi tunggu untuk amik ubat. sekali masa nak duduk kat kerusi menunggu tu ada kosong la sebelah tu baby kecik dalam umor 7-8 bulan kot tengah menyusu botol dengan mak dia la. baby tu nampak je saya terus dia berhenti minum, pas tu tengok2 saya pas tu sengeh2. eh.. saya kata dalam hati bior betol baby ni. owhh.. mungkin jenis peramah kot. pas tu sambung minum kejap pas tu takmo dah. dia tengok saya sampai terpusing2 badan. pas tu gelak2. macamla saya tengah dok agah2 main2 dengan dia. pas tu gelak lagi, pas tu mengekek2. owhh.. bapak terkejut saya. as if saya memangtenagh betol2 main dengan dia. mak dia pon terkejut, tapi mak dia kata kenapa.. kakak ye? kakak ye?? sepanjang yang saya ingat saya memang le tak senyum pon. al-maklum, tengah menahan sakit masa tu. so, baby tu gelak2 beriya. kejap tu ayah dia datang nak dukung dia. lepas ayah dai datang dukung, still tengok2 saya dan gelak2. hehehhee... apsal? muka saya ni kelakar sangat ke ha?? tapi mujur dia gelak2, buatnya bantai melalak2 meraong tak pasal2 kangmak dia ingat saya marah anak dia pulak. lagi haru.
--------
sampai rumah, mandi lagi kasi sejuk badan dan terus tidor. betol2 punya tidor tu dari pukul 12pm sampai 430pm baru bangun, tapi still ada mimpi2 la. entah le mimpi hapa2 tak ingat dah. nezha suka la tengok saya ada je kat rumah. wah..dia tengok saya tido dia pon bantai tido jugak. menyebok je menyempit kat tepi saya. gatal betol. petang dah bangun tengok tv. pukul 630pm makan. tak kuar pon. takde kederat.



hari ni macam dah larat sikit. obek hantar pegi keje. yahuuuu... obek kata kene bayar tambang macam bayar teksi. chehh..kedekot petrol. nanti la saya belanja makan. benci ahhh...
--------
ok la.. tu je nak cerita hari ni. ada lagi nk cerita tapi nanti2 la. malas nak menulis dan penat semacam. harap hari ni sihat le...
--------
love you obek...
love you nezha...
love all of you...

Tuesday, June 9, 2009

makan, main, lepak..itu je la...



makan, main, lepak, lompat2, gigit, garu2.. itu je la koje si nezha tu. eeee..gerammm..rasa nak cubit2 je pipi dia tu tau. memang dah cubit pon. hehehhee...

dah tu apa lagi yang dia nak buat. kang dia amik penyapu sapu rumah kang saya pulak yang pengsan. tak gitu??

semalam balik terus pegi makan dengan obek. lapar betol la walhal lunch makan. tapi makan sikit je la tak selera tapi perot berkeroncong. camne tu? lunch makan paksa2 sumbat2. petang makan nasi goreng usa katanya. wahhh.. orang dok kempen beli barangan buatan malaysia saya beli nasi goreng usa. dah tu... nasi goreng kampung orang tu letak ikan bilis je dengan telor, nasik goreng usa ada laoknya. hehehehe... nama pon kampung kena la letak bahan2 kampung ye tak. apa2 la.. makan bukan banyak je. lapar mata. minum air sirap ais. waduhhh..nyaman betol rasa merebak je air sejuk tu dalam dada masa menghirupnya. lepas makan beli makanan dan treats nezha. wahh..ngengada betol. pas tu pegi beli kek 2 potong. saja la makan2 untuk malam tu. choc cake denga white choc macadamia tu. share dengan nezha. wahhhh..dia suka betol yg white choc tu. melampau2 makan. saya risau je dia sakit perot. so larikan bogh dalam peti ais. hehehe.. lepas2 tu bila nampak je saya bangun menuju dapor dia pon ikut. dia ingat saya nak bagi kot. tak bolhe.. tak bolhe. makan sikit2 je nanti sakit perot uk-uk merata payah. malam ni makan lagi ye...


tu kan nezha duduk kat kerusi plastik tu. suka beno dia duduk situ. memula dulu saya pikir sebab saya letak kerusi tu kat tepi dinding so dia suka la. tapi lepas tu saya saja alih2kan, letak kat dapor la, letak kat tengah2 rumah la, letak kat tepi tangga.. dia still cari kerusi tu nak duduk situ. maknanya dia memang suka la duduk kerusi tu kan? hehhehehee... baguss..jimat belanja. duduk kerusi plastik je ye nezha. takyah beli kerusi teak bagai. hari tu saya saje menyakat dia, saya terbalikkan kerusi tu. wahh..dia pegi duduk menyorok bawah kerusi yang terbalik tu. hehehe.. memang nakal.

owh... saya ni kadang type terlalu laju sampai tersalah eja.. jangan le ada pulak yang mempersoalkan kesalahan ejaan tu. guna logik je la apa yang saya tulis tu. saya takdenya nak buat check2 spelling. sendiri pikir la.

lagi satu saya suka je baca komen2 yang diberi. macam blog saya ni tak le glamer.. dapat 3 komen untuk 1 entry tu pon dah cukup bagus. tak kisah le... saya menulis bukan untuk diwar2kan kepada semua. sapa yang nak baca-baca, sapa taknak baca-sudah. sapa nak komen-dipersilakan, sapa nak baca je tanpa komen-pon dipersilakan. tapi satu nak bagi ingat. kalo nak komen sila guna perkataan kata nama panggilan yang sesuai. banyak lagi perkataan bahasa melayu yang cantik2... takmo guna bm, guna bi pon boleh.. panggilan yang kasar2 tu jauhkan la dari kotak komen saya ni. ini peringatan untuk semua la, termasuk saya sendiri.

pagi ni datang opis baruuu je melangkah dah macam2 hal. eeeee..geram betol leceh kalo bekerja dengan orang yang lembab. tiap kali nak benda kene call kene inform beratus kali baru nak bergerak. benci ahhh....

saya memang tak buat banyak entry. saya memang limitkan satu hari satu entry saja. malas le banyak2 entry. auto publish ke tak auto publish ke takde kuasa. kalo ada mood betol2 baru saya rasa teringin nak tulis banyak2 entry.

ok la..hari ni banyak keje nak kene chase ramai orang. geram betol.

love you obek... (meting elok2)
love you nezha... (makan jangan tak makan)
love all of you... (......)

Monday, June 8, 2009

cerita hujung minggu...


hello...

takde apa yang menarik pon. hujung minggu saya macam biasa je.

sabtu :
dok kat rumah je. masak makaroni bakar kononnya, tapi oven tu buat hal pulak. takmau panas2. dia jadi ala2 suam je. kira boleh dipelok2 la. geram betol. orang tengah bersemangat ni dai pulak buat hal. mujur gak sebab makaroni tu kan dah dimasak dulu baru masok oven so jadi macam masak gak la. aduh.. geram betol tapi makan juga. jadi tu menjadi tapi tak berpa puas hati. saya fikir oven ni yang rosak kot sebab jarang2 sangat guna. tu la, simpan punya simpam punya simpan, rosak sebab tak digunakan. so, tak puas hati. tengahari tu saya pi try bakar ikan dalam oven tu. hehehe.. saja la nak try test betol le oven tu rosak ke hapa ke. so, ikan bakar tu manjadi pulak oven tu panas le pulak. aik..memain lak oven nih. takpe2, sabar2. dia terkejut tu sebab asyik tidooo je kan. hehehhehee.... nanti nak try lagi la. sayang je if rosak. beli tapi tak guna then rosak macam tu je. masa oven tak panas tu call ibu, tanya kat dia apa ke halnya. ye la.. kene tanya yang kat expert le kan. ibu kata kot2 saya tak turn on temperature kot? haiyaa.. turn on la. siap pulas sampai 180C lagi tu. timing? on... set untk 45 minit. api turn on atas bawah. eeee.. geram2. takpe2.. sabar, nanti this week try lagi.

petang lepak2 je la. owh..ada lak kucing jiran sampai 3 ekor. kaler putih, kuning dan hitam semua tompok2 la. gatal je. saya suka je. bagi dia makan, main semua. tapi kat luar rumah la. tak boleh bawak masok. ma tak suka. arrghh... tensen betol.

malam, hantar ma pergi marbahan. al-maklum.. musim2 orangkenduri sekarang ni tak cukup2 jadual. siang weekend memang penuh dari pagi sampai ke petang. so terpaka la ada juga yang buat malam. takpe la.. janji ada. tapinya jenuh le makcik jadi supir memalam. menunggu tu yang lama tu. aduhhh.. udah le semua geng2 warga emas semuanya. pekakkan je la telinga. huhuhu...

ahad:
pagi2 pukul 830am dah hantar ma pergi marbahan lagi. ibu lak call ajak pegi makan kenduri rumah kawan dia. owhh..saya cakap pukul berapa? ibu kata pukul 12pm. saya kata saya kene jemput ma balik marhaban dulu dalam pukul 1pm++ macam tu. so, ibu kata ok la. sementara ma marbahan pagi tu, saya kemas2 lipat2 baju yang basuh on saturday tu sebeban. aduhhh.. penat betol. pukul 1215pm ma call cakap dah sudah so boleh jemput. wokeh. saya siap2 terus pergi jemput. balik rumah mandi pulak siap2 bagai kemas2 beg terus pergi rumah ibu pulak. sekali sampai kat rumah ibu tengok makcik tu elok lak lagi baring2 tengo melodi. hantu betol. orang dah siap2 bagai ni dai pakai t-shirt lagi. kata nak pergi kenduri. jawabnya haaa..tunggu u la. huhuhu... aish macam biasa. mengadap lappy je. bukannya study, main game. so,lepas ibu siap2, kitaprangpon pergi kenduri. wahhh.. jalan sempit gitu. muat 1 kereta je. uuwaa.. tapi takpe, bukan naik kereta saya, hwuahaha... sampai2 laok dah nak habis. nasi minyak takde sebab dah habis. uhuhuhu..kempunan makcik. makan nasi putih je la. ada laok rendang daging, sambal tempe, gulai lemak umbut kelapa, pecal, ayam goreng. lagi satu ayam kari dah habis. air sirappp..yahuuuuu... so, makan2, penganting tengah bersanding. owh..pecal pedas bagai nak rak. air takde lak tu. air tu ada, tapi gelasnya yang takde. orang tu tak kemas letak gelas baru. aduhhh.. saya memang dah berair mata hidong smeua bagai la ni. pedaassssssssss....... tak lama tu kawan ibu tu datang le jumpa ibu, saya terus cakap, bang, nak air, pedasss.. hehehe.. abang tu datang hantar air. fuhh..legaaa... lenkali nk spare bawak botol air kecik dalam handbag. serik wooo...

lepas lepak2 kejap, balik rumah ibu. lepak2 kejap, pow apa yanga da dalam petiais dia tu, then balik. balik2, kemas2 beg, kebabommm..tidorrrr.. pukul 630pm baru bangun. hehhehehe.. siap mimpi2 tu. ate.. kata ratu mimpi, harus tiap kali tido pon mimpi.

malam tak kuar. obek ada bagi laok mak midah bagi. dengan pulut durian pon. kenyang. lepak2 malam panas betol sikat2 bulu nezha, lap2 muka semua then tido balik. huhuuh..itu je la kojenya semalam. makan tido makan tidor.

sekali malam tadi sakit kepala. sakit ya amat. berdenyut2 sekali dengan bijik2 mata smeua sakit macam nak terkeluar rasanya. nangis la. makan panadol, sapu2 tiger balm, tampal koyok segala, panasss je kepala sebab tonyoh tiger balm tu banyak pulak. tapi lega.. baru boleh tidor. uuwwaa... malam tido mimpi bukan2. mimpi eksiden la. tapi bukan saya yang eksiden. macam nampak je la orang eksiden tapi say apon ada sekali dalam kereta tu. wahh.. ngeri ko.. langgar lori.. habis hancur. orang tu pompuan yang drive, belakang lelaki duduk. 2-2 pon mati.. uuwwaaa..takot. tapi tak kenal lak sapa orang tu kan. aduhh.....

harini, isnin...

malas betol nak bangun. tapi hari ni saya bangun awal. sebab dah puas tido awal semalam tu kan. sekali nak kur rumah tu obek call. cakap takyah koje la. kita cuti pegi jalan2. wahh..takde maknanya. saya kata sayang la cuti. rugi. lagi pontakde plan apa2. lain kalo dah ada plan baikkk punya boleh le cuti. saya nak kene simpan cuti untuk raya. dah le raya 2 kali tahun i, aidilfitri & aidiladha. haa.. raya puasa nak kene cuti seminggu straight. maybe dari jumaat tu dah nak kene cuti. pertengahan puasa maybe kene cuti lagi sebab ma biasa dia nak buat more'. ala.. yang makan2 kat masjid tu la. so, saya kene cuti le tolong masak2 segala tu. raya haji cuti lagi. aduhhh.. sayang kok mau cuti2 gitu2 je. kene simpan cuti lorr. lagi kalo ada emergency, kita taktau apa benda nak jadi. jadinya takpe la. obek tu saje je gatal. dia nak pegi koje tapi kejap je pas tu nak merayap. tu yang dia ajak saya. saya kata takpe la.. saya pergi koje. lenkali la. koje pon ada benda yang nak kene settle. tak syiok la rasanya. kalo kat opis takde apa hal boleh la cuti kot. hehehehhee... jadinya hari ni saya koje.

nezha? owh..baik je dia. pagi tadi 530am dah kejut saya. saya kata tido dulu awal lagi ni.. nanti 630am baru bangun. wah.. macam paham je kan 630 je dia kejut garu2 gigit2 saya lagi bagussss.. sayanggggg nezha, pandaiii.. good boy. bangun, kemas2 lebih kurang, bagi dia makan semua dan buang uk-uk...

tadi ada beli koripop dan kuih gelang. belom makan lagi. perot lapar tapi macam tak selera pulak. entahla.. takde mood la. mujur pagi ni tak jem ye. bagus betol. tapi next week merasa la.. cuti sekolah dah habis. isni minggu depan nk kuar rumah pukul 6am. hehehee.. kalo tak sure jem nih. melampau tuuuuu....

teringin makan cucur udang la. hehhehee...

ok la.. takde apa lagi nak cerita. korang punya weekend best ke?

love you obek... (keje je la rajin2...)
love you nezha... (busyukkk...)
love al of you... (happy monday...)