mari mencari....

Google
 

Monday, June 15, 2009

cerita hujung minggu # 2...


hello.....
----------
suka la tu weekend tadi happy2 je kan? agaknya la.. tapi ada gak orang yang weekend dia tak berapa best, program tak menjadi ke, ada gaduh2 ke, emosi tak stabil ke.. mana le tau kan.
----------
saya macam biasa la.. balik rumah ma. tak buat apa pon, lepak2 macam biasa kemas2 lebih kurang je. jumaat malam tak boleh tidor sebab ntah la opah dok meracau2 sepanjang malam. makanya kami berjaga le sepanjang malam. surprisingly, sabtu tu tak pulak mengantok. ayoyoyo.. tapi ok la tu. lunch masak apa ye? owh..ikan bakar. lagi apa ntah lupa la. malam hantar ma pegi marhaban kat rumah orang kawen. wahh.. ramai betol orang kawen. ini kira last le ni sebab dah mula skolah semula. macam le yang kawen tu budak sekolah, semua nak kene tunggu cuti sekolah ye.
--------
sabtu malam tu kan tetiba masa tengah tido dengar bunyi suren polis kuatt sangat. pas tu dengar macam ada adegan kejar2 gitu. wahh..saya pon intai le kat tingkap. tu dia.. namapak budak2 yang dok melepak2 tu cabut lari. kene kejar polis kot sebab semalamnya (jumaat tu le) rupanya ada 3 rumah kene pecah kat taman tu. aduhh..risau betol. semua kawan2 ma le pulak tu. dah tu..dok 1 taman, kawan le jawabnya. yang sorang tu kene curik duit.. habis banyak gak le. yang lagi 1 rumah tu kene curik motor. motor baru gitu baru beli 2 minggu. lagi sebuah rumah pon kene curik duit jugak. taktau le camne boleh masok rumah. walhal rumah bergirl semua tu. ala... orang kalo nk tu seribu daya. macam rumah saya kene hari tu kan dia umpil pintu grill tu. setan betol. mati la ko kene langgar lori pasir hendaknya penyek kat sana. padan muka. huishh..pepagi dah menyumpah orang. memang saya takkan maafkan sampai bila2 orang yang merompak rumah saya tu. walpon dah lama, sakit hatinya masih terasa.
----------
ahad pepagi dah hantar ma pergi marhaban lagi. lepas tu lunch saya pergi rumah kenduri yang lain pulak. wahh.. buzy le jadi supir je kojenya. anyway, rumah yang saya pergi makan kenduri tu pengantinnya askarrrrrrr... sanding pakai uniform tu la ada jalan2 bawah pedang gitu wahhh.. hebattt.... makanan pon sedap, nasi minyak nasi putih, sambal sotong, ayam goreng tepung, umbut masak lemak dengan kari ayam. daging takde le pulak. ehehhehee... sedap. saya macam nak tambah tapi malu le. dah le kebetulan terjumpa pulak kawan lama ibu kat kenduri tu so malu la... dan orang pon ramai pulak beratur amik makanan. ini telah membuatkan saya nak masak sambal sotong dan masak ayam goreng tepung sendiri nanti boleh makan banyak2. geram nih. anyway... dapat berkat sumi2 tu le dengan keropok. boleh laaa.....



haaa...ni sapa yang nak tengok kerusi plastik nezha tu? ini le kerusinyaaaaa.. kerusi plastik biasa je macam kat kedai makan tu haa..sukabeno duduk atas tu.
----------
kerusi tu dulu saya beli sebab zaman susah2 dulu mana ada rm nak beli meja makan lelawo. jadi saya beli la kerusi tu 2 dengan meja plastik 4 segi tu le sebijik macam kat kedai makan tu je ha.. untuk jadi dining table. jadila.. berbelanja la ikut kemampuan poket sendiri. ehehehhee... dah lama2 tu dah beli le meja makan yang baru. so, meja 4 segi tu letak kat dapur jadikan tempat letak ntah hapa2 le barang, kerusi tu 1 boh kat bilik, 1 boh kat tetengah alam rumah tu le jadi tempat lepak nezha. pantangggg nampak kerusi tu lari2 main dah penat memangahrus naik duduk kat kerusi tu. itu le kisahnya.
----------
nezha tu lagi satu suka beno main dalam kotak. tak kira le kotak apa pon mesti nak dok main2 dalam tu. kalo bukak bilik baju, mesti dia dulu yang mencicit masok. nak main dengan kotak. bilik tu banyak kotak2 baju ni ha. tak kuasa le nak keluarkan. baju lama2. so, every time kalo saya beli barang ada kotak, bagi la kat dia main. suka dia. saya kata sian dia, saya takde duit nak beli mainan mahal2, bagi kotak pree jela ye nezha. hehehhehee....
----------
hari ni saya kuar awal, sebab expect jalan mesti jem, rupanya tak le jem sangat. bagus2... saya suka je kalo tak jem tu. so, sampai awal. obek tengah buzy. semalam pon kene pergi opis. hahahhaa.. pelik la rasanya kalo ada orang pergi opis hari ahad. tapi tu la.. kerja masing2 nak kene settle. malam tadi kuar dinner kat kedai biasa. tak best la. rasa macam dah tak sedap je kedai tu. pakcik obek balik dari jalan2 ke medan bandung semua tu belikan jajan2 la. tulisannya dodol tapi bila dimakan rasa lain pulak. ntah..rasa macam jem rambutan je. hehehhee..idak le teman tau camne nak explain benda tu. banyak lak tu dapat. alamat memang peti ais le yang makan jawabnya. obek dapat topi yang macam orang jawa pakai tu. kitaorang bantai gelak mengekek2 bila tengok dia pakai topi tu aduhhh... kelakarnyaaaa...
----------
ok la..itu je la kot cerita hujung minggu kali ni. mmmmm... lagipon takde idea dah nak tulis apa. hehehhee....
----------
love you obek... (keje rajin2..)
love you nezha... (jangan noty2)
love all of you...(happy monday)

4 comments:

ije said...

wah siap ada kerusi khas

::@FiQ said...

entri yang mudah! pantas dan menjimatkan ruang!!
hehehehhe

nURmALa mAZLan said...

akak ng obek satu tempat kerja ke kak??

saya said...

ije---memang kerusi dia tu

afiq---berjimat cermat amalan mulia. hehehe

mala---huiii...jauh sorang utara sorang selatan daaaa..