mari mencari....

Google
 

Monday, June 8, 2009

cerita hujung minggu...


hello...

takde apa yang menarik pon. hujung minggu saya macam biasa je.

sabtu :
dok kat rumah je. masak makaroni bakar kononnya, tapi oven tu buat hal pulak. takmau panas2. dia jadi ala2 suam je. kira boleh dipelok2 la. geram betol. orang tengah bersemangat ni dai pulak buat hal. mujur gak sebab makaroni tu kan dah dimasak dulu baru masok oven so jadi macam masak gak la. aduh.. geram betol tapi makan juga. jadi tu menjadi tapi tak berpa puas hati. saya fikir oven ni yang rosak kot sebab jarang2 sangat guna. tu la, simpan punya simpam punya simpan, rosak sebab tak digunakan. so, tak puas hati. tengahari tu saya pi try bakar ikan dalam oven tu. hehehe.. saja la nak try test betol le oven tu rosak ke hapa ke. so, ikan bakar tu manjadi pulak oven tu panas le pulak. aik..memain lak oven nih. takpe2, sabar2. dia terkejut tu sebab asyik tidooo je kan. hehehhehee.... nanti nak try lagi la. sayang je if rosak. beli tapi tak guna then rosak macam tu je. masa oven tak panas tu call ibu, tanya kat dia apa ke halnya. ye la.. kene tanya yang kat expert le kan. ibu kata kot2 saya tak turn on temperature kot? haiyaa.. turn on la. siap pulas sampai 180C lagi tu. timing? on... set untk 45 minit. api turn on atas bawah. eeee.. geram2. takpe2.. sabar, nanti this week try lagi.

petang lepak2 je la. owh..ada lak kucing jiran sampai 3 ekor. kaler putih, kuning dan hitam semua tompok2 la. gatal je. saya suka je. bagi dia makan, main semua. tapi kat luar rumah la. tak boleh bawak masok. ma tak suka. arrghh... tensen betol.

malam, hantar ma pergi marbahan. al-maklum.. musim2 orangkenduri sekarang ni tak cukup2 jadual. siang weekend memang penuh dari pagi sampai ke petang. so terpaka la ada juga yang buat malam. takpe la.. janji ada. tapinya jenuh le makcik jadi supir memalam. menunggu tu yang lama tu. aduhhh.. udah le semua geng2 warga emas semuanya. pekakkan je la telinga. huhuhu...

ahad:
pagi2 pukul 830am dah hantar ma pergi marbahan lagi. ibu lak call ajak pegi makan kenduri rumah kawan dia. owhh..saya cakap pukul berapa? ibu kata pukul 12pm. saya kata saya kene jemput ma balik marhaban dulu dalam pukul 1pm++ macam tu. so, ibu kata ok la. sementara ma marbahan pagi tu, saya kemas2 lipat2 baju yang basuh on saturday tu sebeban. aduhhh.. penat betol. pukul 1215pm ma call cakap dah sudah so boleh jemput. wokeh. saya siap2 terus pergi jemput. balik rumah mandi pulak siap2 bagai kemas2 beg terus pergi rumah ibu pulak. sekali sampai kat rumah ibu tengok makcik tu elok lak lagi baring2 tengo melodi. hantu betol. orang dah siap2 bagai ni dai pakai t-shirt lagi. kata nak pergi kenduri. jawabnya haaa..tunggu u la. huhuhu... aish macam biasa. mengadap lappy je. bukannya study, main game. so,lepas ibu siap2, kitaprangpon pergi kenduri. wahhh.. jalan sempit gitu. muat 1 kereta je. uuwaa.. tapi takpe, bukan naik kereta saya, hwuahaha... sampai2 laok dah nak habis. nasi minyak takde sebab dah habis. uhuhuhu..kempunan makcik. makan nasi putih je la. ada laok rendang daging, sambal tempe, gulai lemak umbut kelapa, pecal, ayam goreng. lagi satu ayam kari dah habis. air sirappp..yahuuuuu... so, makan2, penganting tengah bersanding. owh..pecal pedas bagai nak rak. air takde lak tu. air tu ada, tapi gelasnya yang takde. orang tu tak kemas letak gelas baru. aduhhh.. saya memang dah berair mata hidong smeua bagai la ni. pedaassssssssss....... tak lama tu kawan ibu tu datang le jumpa ibu, saya terus cakap, bang, nak air, pedasss.. hehehe.. abang tu datang hantar air. fuhh..legaaa... lenkali nk spare bawak botol air kecik dalam handbag. serik wooo...

lepas lepak2 kejap, balik rumah ibu. lepak2 kejap, pow apa yanga da dalam petiais dia tu, then balik. balik2, kemas2 beg, kebabommm..tidorrrr.. pukul 630pm baru bangun. hehhehehe.. siap mimpi2 tu. ate.. kata ratu mimpi, harus tiap kali tido pon mimpi.

malam tak kuar. obek ada bagi laok mak midah bagi. dengan pulut durian pon. kenyang. lepak2 malam panas betol sikat2 bulu nezha, lap2 muka semua then tido balik. huhuuh..itu je la kojenya semalam. makan tido makan tidor.

sekali malam tadi sakit kepala. sakit ya amat. berdenyut2 sekali dengan bijik2 mata smeua sakit macam nak terkeluar rasanya. nangis la. makan panadol, sapu2 tiger balm, tampal koyok segala, panasss je kepala sebab tonyoh tiger balm tu banyak pulak. tapi lega.. baru boleh tidor. uuwwaa... malam tido mimpi bukan2. mimpi eksiden la. tapi bukan saya yang eksiden. macam nampak je la orang eksiden tapi say apon ada sekali dalam kereta tu. wahh.. ngeri ko.. langgar lori.. habis hancur. orang tu pompuan yang drive, belakang lelaki duduk. 2-2 pon mati.. uuwwaaa..takot. tapi tak kenal lak sapa orang tu kan. aduhh.....

harini, isnin...

malas betol nak bangun. tapi hari ni saya bangun awal. sebab dah puas tido awal semalam tu kan. sekali nak kur rumah tu obek call. cakap takyah koje la. kita cuti pegi jalan2. wahh..takde maknanya. saya kata sayang la cuti. rugi. lagi pontakde plan apa2. lain kalo dah ada plan baikkk punya boleh le cuti. saya nak kene simpan cuti untuk raya. dah le raya 2 kali tahun i, aidilfitri & aidiladha. haa.. raya puasa nak kene cuti seminggu straight. maybe dari jumaat tu dah nak kene cuti. pertengahan puasa maybe kene cuti lagi sebab ma biasa dia nak buat more'. ala.. yang makan2 kat masjid tu la. so, saya kene cuti le tolong masak2 segala tu. raya haji cuti lagi. aduhhh.. sayang kok mau cuti2 gitu2 je. kene simpan cuti lorr. lagi kalo ada emergency, kita taktau apa benda nak jadi. jadinya takpe la. obek tu saje je gatal. dia nak pegi koje tapi kejap je pas tu nak merayap. tu yang dia ajak saya. saya kata takpe la.. saya pergi koje. lenkali la. koje pon ada benda yang nak kene settle. tak syiok la rasanya. kalo kat opis takde apa hal boleh la cuti kot. hehehehhee... jadinya hari ni saya koje.

nezha? owh..baik je dia. pagi tadi 530am dah kejut saya. saya kata tido dulu awal lagi ni.. nanti 630am baru bangun. wah.. macam paham je kan 630 je dia kejut garu2 gigit2 saya lagi bagussss.. sayanggggg nezha, pandaiii.. good boy. bangun, kemas2 lebih kurang, bagi dia makan semua dan buang uk-uk...

tadi ada beli koripop dan kuih gelang. belom makan lagi. perot lapar tapi macam tak selera pulak. entahla.. takde mood la. mujur pagi ni tak jem ye. bagus betol. tapi next week merasa la.. cuti sekolah dah habis. isni minggu depan nk kuar rumah pukul 6am. hehehee.. kalo tak sure jem nih. melampau tuuuuu....

teringin makan cucur udang la. hehhehee...

ok la.. takde apa lagi nak cerita. korang punya weekend best ke?

love you obek... (keje je la rajin2...)
love you nezha... (busyukkk...)
love al of you... (happy monday...)

1 comment:

@tune® said...

marhaban ngan marbahan lain ke??

ke lu slah type?