mari mencari....

Google
 

Wednesday, June 24, 2009

fewwitt...jam pukul berapa dah ni?...

ehemm..ehemmm... pukul berapa datok harimau.. pukul 7.30pm.. hwauhahhahaa.... chewahh..ada orang tu eksyen ko.. pakai jam kartun nemo.. tak kuasa nak melayan tau.
----------
hehehehhee.. apa? korang ingat korang je ada jam mahal2? nezha pon ada laaa.. lagi lawo, lagi mahal, kaler biru lagi ada gambar kartun2 lagi.. nemo berenang2 lagi tau. hwuahahhahaha.... itu le kerja kitaorang kat rumah. habis, nak buat apa lagi. main je la kojenya. malam tadi kemas2 laci terjumpa jam kartun2 nemo tu la. jam saya tu. at that time masa dulu tu dok gila2 jam kartun2 nila. murah2 sajor... beli kat mana ntah.. seploh hengget je rasanya. merasa le saya pakai jam tu lama gak. tengok occasion gak le. idak le pakai ke opis. kuar2 malam2 tu pakai jela. sekarang jam itu surah diturun takhtakan kepada his royal highness prince nezha. wahhh... eksyen bukan main. macam tau beno tengok jam. hehehhehe... siap posing baikk punya.


see.. baik punya posing. jalan2 pusing2 then duduk balik. memula saya ingat dia nak gigit2 buang rupanya takkkk.. elok je pakai. hehehhee...
----------
semalam berbuka tak masak. beli je kat pasar malam. nasi dengan laok sambal sotong. beli gak ayam goreng rangup2 panas2. pas tu beli air siap2. geggegee.... nafsu orang puasa katakan. maghrib tu obek lak sampai hantarkan kehepsi. bapak banyak beli ingat kat rumah ni ada 20 orang ke? nezha pon takmau tau kehepsi tu sebab pedas. beli sampai 5 ketol, dengan cheezy wedges lagi mana nak habiss.. dah le kebetulan saya pon beli laok ayam goreng gak. macam2 la dia tu. jadinya makan seketul dan simpan. tadi sahur makan kehepsi le pulak. pedas la. yang flavour baru tu. tak larat takot pedih perot. makan sikit je habiskan whipped potato dan sayur tu. then minum air milo & air suam. minum kene banyak. pas tu perot buncit mula la memekak. kalo minum tu ngalahkan naga. aarrgghhh...biarkanla.


hehehe..stil posing2 dengan jam. so cute je bila tengok. i wonder if nezha betol2 pandai tengok jam. harus masok guinness book of record nih.
----------
malam tadi konon nak pergi rumah mama pon tak jadi. elok jugak. saya pon amcam penat. by 930pm dah tidor. hehehhee.. tak sempat tengok cerita apa pon. tapi tom & jerry harus tonton. tukar2 dengan tengok cerita dialam lain.. sambungan yang hari tu. alalalala..yg dia jadi pontianak tu le. ntah le hapa2 tapi layan je la. mmm..masa berbuka tengok awani. lepa tu main2 kejap then tidor. so, takde apa aktiviti yang menarik.
----------
eh... korang pernah dengar tak pasal kolam air panas kat ulu langat? sapa pernah pergi atau tau pasal benda tu?
----------
obek asyik buzy je. macam2 la dia tu. apa pon thanks sebab selalu belikan makanan. hari ni belikan lagi ye? hwuahhaha..kalo pasal mengepow ok je. sian lak kat dia kan. tu la..sap asuruh koje tak serupa orang?
----------
cakap pasal obek ni..semalam dia mengadu. wahh..mamat tu memang kaki mengadu betol la. bukan mengadu apa.. kawannya call sms dan beratus2 kali sejak awal bulan hari tu. tujuannya nak pinjam duit la. apa lagi. katanya nak buat modal pusingan le hapa le saya tak tanya lak meniaga apa. malas nak amik tau. mula2 obek bagi gak la pinjam. knowing him yang memang le amat pemurah ni. tu yang kadang2 (bukan kadang2, biasanya selalunya) buat saya geram. senang2 je bagi pinjam duit kat orang. aduhhh.. takpe2.. sambong cerita. mula2 obek bagi.. maklum..mengenangkan kawan tengah susah business tak berapa jalan, ngenangkan anak bini lagi. so, tolong gak la seberapa yang daya. tapi dah lama2 tiap minggu lak nak call pinjam. melampau le tu kan. lama2 obek pon tanya betol2.. sebenarnya apa masalahnya ko ni? dah marah2 tekan2 baru le tau rupanya ada hutang dengan ahlong. haaa..hambek kooooo... obek pon tanya le itu ini gedebak gedebuk then obek cakap sorry la.. aku dah tolong yang termampu. lagi2 ko dah main2 ahlong ni aku takmo masok campur kang tak pasal2 aku pon terlibat lak. setakat ni je la yang aku boleh tolong. uuwwaaaa..saya bila dengar obek cerita macam tu saya risau le pulak. mana tau kot2 sebab obek takmo tolong dia kang dia bagi lak no. hp obek kat ahlong ut kang tak pasal2 lak obek kene kejar dengan ahlong. uuwaaaa..takotnya. kes2 pasal ahlong ni bukan kita tak pernah tau. menakotkan saya. saya risau le pulak. in the first place, memula dulu kalo dai betol2 sesak memang kita dah tolong, tapi setakat mana kita nak tolong. bila dah tau dai main ahlong lagi kita risau. mikirkan hal anak bini buatnya ahlong tu apa2kan anak bini dia dah 1 hal pulak. tapi camne nak buat. so obek kata jangan masok campor lagi hal dia (kawan tu) lagi..biar sana. buat perkara taknak beringat. mmm..entah la. saya risau je ni. harap2 semua ok la... say takmo kalo tetiba obek lak terkene sekali. saya hamokkan nanti. chewahh..macam le berani nak hamok orang. ye la... dah banyak dah peringatan jangan pinjam ahlong, buat jugak. tapi tu la..mungkin dia dah keputusan jalan, tak nampak jalan lain dah. entah la... susah nak cakap.

opp..oppppp... pukul berapa dah ni? nak pi tido la, dah malam. owh..baru pukul 730pm. hehehheee.. dialog rekaan saya sendiri, konon2 nezha le yang cakap. mwauhahahhaa....
----------
haaa..jam tu dah mati ye sebenornya bateri udah kong. buat eksyen je la tu. saja menyakat nezha. suka je main2 dengan dia. hari ni taktau nak buka apa. lagipon masih awal pagi lagi takde teringin apa pon. hari ni 1st rejab kan. saya call ma tadi dia tak puasa, dia ingatkan esok. hehehehe.. apa la ma ni kalender pon dah tak reti tengok. takpe la..malam ni saya kejut dia bangun sahur. dia kata apsal tak call inform dia petang semalam. ntah la..saya pon lupa sebab ingatkat dia ingat sebab dah sembang2 hari tu. hehhehee.. owhh..ma kata tempoyak banyak kat rumah sebab hari tu kan kenduri durian tu mana yang kureng2 tu kita buat tempoyak. saya suka. orang kampung mesti makan tempoyak. hehehhee... nanti la weekend ni balik nakbuat masak tempoyak. kuikuikuikui...jaoh lagi wehh..hari ni baru hari rabu.
----------
ok la... takmo borak banyak2. siapkan koje dengan sepenuh hati. chewahhhhh.... hari ni kurang sikit rasa liat2 tu tapi macam mengantok pulak. haihh..macam2 peel.
----------
love you obek... (miss you)
love you nezha...(jangan tarik alas meja)
love all of you...(selamat bekerja)

3 comments:

~dARlee zURiS~ said...

air panas kat hulu langat xtau
hot spring kat sg klah tau lah
;P

waaa...bahaya nye camtu
mesti suh obek hati2
org camtu bkn leh
tak pikir pasal org lain
ish ishhh...

amboii...kite pun x pakai jam
nezha lak pakai jam oo
tak aci!!!

zh-ena said...

air panas tu tak tau la..

heheheh lawak la nezha pki jam..siap blh wat catwalk lg..

pinjam ngan along nie mmg bahaya..dah mcm2 kita dgrkan kes diorg nie..takut jea jd aper2 kat family kwn obek tu klu tak dpt byr..

saya said...

zuris--tu nezha kata pakailah jam supaya tak lewat pergi koje.

ena--memang..tak serik2 betol