mari mencari....

Google
 

Thursday, June 18, 2009

main kotak je dia...

hehehhee..ada nampak macam mata hantu mengintai tak?
----------
itu la nezha berada diantara kedua2 barang permainan kesayangan dia. alahaii..siannya dia takde mainan. main kotak je dengan kerusi. jadi la ye nezha. zaman ekonomi gawat ni kene la berjimat cermat. wahh... gituuu... itu la koje si nezha hari2. main kerusi main kotak. kotak tu berkalih2 tempatnya mengikut kehendak hati dia. tunggang langgang lantak le sana asal dia suka. kadang saya je yang lebih2 menyakat dia. letak kotak atas meja tinggi, letak kat dapor, terbalikkan kerusi. hehehehe.. saja menyakat. dia tak pedulik. camne2 pon keadaan benda2 tu tetap la jugak nak main.

tengok... sekarang sudah duduk dalam kotak. dok berangan apa la agaknya dia tu. layankan je laa...
----------
berpusing2, tergolek2, megggaru2 dia dalam kotak tu mana le tak hancur jawabnya. tapi takpe, kotak tu selalu dapat sebab saya tiap bulan beli air mineral. hehehehe.. nampak beno pemalas nak masak air. beli je senang. terus minum. nezha pon minum air mineral jugak. takde maknanya nak bagi air paip. mau knee cerry berry mamat tu kang dah satu hal. dia akan main dalam tu sampai le dia puas hati. kadang2 makan pon nak dalam tu. itu saya le mengajarnya. manja punya pasal suap makan sambil duduk dalam kotak. takpe2.. kanak2 layankan je la...
----------
semalam tak jadi balik lambat la. bagussss...tepok2 tangan. sampai macambisa dalam pukul 7pm macam tu. teringin sangat nak makan ikan goreng panas2 garing2 tu. wahhh.. bersemangat waja ni jadinya singgah kedai beli ikan. konon bak beli ikan bawal sekali tengok besar sangat le pulak. mana boleh habis makan sorang. takpe2.. kita tengok ikan lain pulak. sekali nampak le ikan ni entah le ikan apa. ingatkan ikan termenung ke hapa ke sekali dah balik rumah nak siang ikan tu eh apsal lakada keras2 ni kat kulitnya? wahhhhh..sekali ikan cencaru la. agaknya le kot. ikan cencaru kan yang ada kulit keras t. ke ikan tongkol? uuwwaaaa... tak tau nama ikan. hampeh betol. tu la. selalu sangat pegi pasar kan dah tak kenal jenis2 ikan. hhehehee.. aduh.. seksa le pulak nak menyiang kulit keras ikan tu. benci aaahhh.. tapi takpe, nak makan punya pasal buat jugak. nampak pulak kerang. wah..rebus kerang sedap ni. beli kerang pulak. sampai rumah letak beg, salin baju, apa lagi, kelentang kelentung le kat dapor. sambil2 tu letak nasik. yeayyy... jadinya menu saya semalam ikan goreng garing2 rangup2 panas, rebus kerang cicah sambal kicap tu le. hehehhe.. cili api 2 bijik tumbok pas tu tuang kicap. okla tu kan. pas tu sebab lapar nafsu tu membuak2 le kan. goreng lagi telor buat masak merah. haaa.. hambekkk.. itu bukan makan namanya, itu dah melantak dah tu. takpe2.. bukan selalu, sekali sekala. hehehee.. lepas masak, mandi cepat2 then makan timeeeee!!!!. wahhhh.. nezha pon sebok. masa saya tengah makan tu boleh dia terkuis2 mangkok gorengikan saya. haihhh.. biasa dia ni. saya tolak2, diam kejap then kuis2 balik. sekali saya tak perasan udah terbalik mangkok tu. aduhhh.. mujur bukan mangkok yang berkuah kalo tak dah satu hal le pulak nak mengemas. tak boleh jadi ni, amik mangkok makanan dia, letak kat sebelah. so, ita 2 orang makan la bersama. tapiiiii.. dia mengada2 mengiow2 sambil cium2 bekas makan dia means... nak suap le tu. uuwwaaaa.. orang nak makan kerang camne nak kopek2 nanti nak kene suap pulak tangan ada 2 je ni. geram betol. suapkan jugak sekejap pas tu saya basuh tangan balik sebab nak makan kerang tu. haii..nezha.. nezha. macam2 perangai.

still main dalam kotak. suka beno. ntah le apa rasanya dok dalam tu.
----------
lepas makan lepak2 tengok tv. cerita apa ye? memula tengok cerita melayu la di alam lain tajuknya. ntah le hapa2. cerita hantu bongok. tak best pon. tu tengok sambil makan la sebab tangan 2-2 pon berlemoih dengan nasi, so, tak boleh nak tukar2 channel. pas tu tengok tom & jerry. wajib nih. pas tu tengok numbers. owh.. malam tadi adalah last epison utk season nih. uwwaa.. sian eppes kene tangkap sebab ala2 berkrompomi dengan pengganas. hehehhee.. nanti ada la sambungan dia tu. lepas tu mata ngantok. dah berbagai2 gaya saya buat supaya tak ngantok. nak jugak tengok csi. 200th episod katanya. sian prof tu anak murid dia mati kan. huhuhu..sedey woooo...sementara iklan pon sempat lelap. ngantok sangat. habis je terus kebabommmmmm..... mimpi? adaaaaaaaaaaa.....

owh... muka sangat comel. sapa kata nezha comot, dia la yang comot. hwuahahhaha....
----------
mimpi hapa ntah malam tadi. owhh.. mimpi ada la baby orang tu macam cedera, so nak kene bawak pi hospital cepat. say ale jadi tukang bawak tu, tapinya jalan keluar tu berpusing2 macam semua sehala. kalo salah masok nanti kene buat lagi satu pusingan. so banyak kali la pusing2 jalan. uuwaaa..sian baby tu kesakitan. tapi sempat lak tu singgah pergi makan2. hehehe.. apa punya mimpi daaa... last2 ntah le camne sebab mimpi bercampur aduk. macam2. tu la..makan banyak sangat bercampur aduk mimpi pon bercampur aduk. biorkan.
----------
obek buzy la. so, takde masa nak kuar2 nih. takpe la. (takpe tu kat mulut je, kat hati marah2 gak. hehehhee..) anyway, saya bukan jenis nak kaco dia kalo dia tengah koje. koje tu koje la. jangan la asyik nak call nak merengek je. nak berkepit je. getik la. tak paham ke orang koje. sama la kalo kita tengah koje banyak benda ada je orang nak call2, nak menyelit2.. suka ke? saya tak suka. nanti ganggu. ni le nak masok bab mengumpat ni. ada colleague sini, jantan la... tapi bininya asyik la nak bergayut je. kadang2 ikut datang pergi opis, tapi tak naik la. dok tunggu dalam kereta. kalo lunch hour harus le berkepit. selalu dah kitaorang sini nampak tapi buat2 tak nampak le. pas tu call2 selalu. mamat tu bila bini call je mula la ckp macam dlm kelambu. kalo bini call hp tak berjwb merasa le bini call line opis. owhh.... nak check ke hapa ke ntah le. come on laa.. kalo ko tak malu, sian la kat laki ko. dia la malu sebab orang opis dok bercerita hal korang kat opis. mamat tu pulak koje memang ok. cumanya kalo bini dia ada dah menunggu dlm kereta tu, dia macam nak cepat2 le turun. so, secara tak lansong jadi kelam kabut. kalo dia je yang kelam kabut takpe gak, ini terbabit dengan orang lain sekali. ye la.. dah kata team work. tak pasal2 orang lain pon kene rejan sebab dia nak cepat. biasa dia tuang waktu balik la. cakap nak pi site le hapa le pukul 4pm dah kuar berambos. bila kita call site jawapan orang site elekkk..ngak ada kok di sana. nak cakap2 selalu sangat pon tak sedap. dah tua bangka patot dah bolehpikir sendiri. hal koje jangan campur aduk dengan hal peribodi. kalo u tak keje, jangan kacau laki or bini u keje. kalo u keje, u concentrate dengan koje u. lunch time nak kuar makan sama ok la. fine.. waktu bebas. tapi jangan le over2 sangat pulak. orang lain pon ada bini, ada laki wehhhhhhh.... yela, yela.. aku cinta aku rindu tapi bukan itu caranya. lagi satu kalo jenis yang bawak couple / spouse pergi jumpa client or kwn opis ke untuk bincang hal kerja. sangat tak sesuai okkkkkk..... kang kita nak bincang2 hal koje ada lak tercongokkk je kat situ. kalo dapat jenis paham bahasa nak beralih table kejap takpe lagi, ini tak, duduk situ mendengar apa yang dibincangkan. aduhhhhh... entah la, tapi rasanya amat le tak sesuai. itu obek kekadang kene. sebab dia selalu kuar2 mlm discus nath le hapa2 benda tu. nanti bila2 dia jumpa saya dia lak dok membebel kat saya bercerita la tadi jumpa orang tu nak discus hal koje orang tu bawak bini la bawak anak le habis cammno nak bincang. dah tentu tak fokus sebab asyik la nak cepat2 je angkat montot. wahh..tak pasal2 saya lak yang kene dengar obek membebel. tapi pada saya pon tak payah le ikut or bawak spouse ko tu. dok je la kat rumah. kalo nak kuar sama duduk la kat table lain ke kejap, pegi pusing2 ke kejap, jangan le dok tersongok sekali kat situ. orang tengok pon tak sedap. saya pon kalo nak call obek or sms dia cuma lunch hour dengan waktu balik. apa yang nak disembangkan sangat. nanti jumpa sembang benor le. sorry le dah termengumpat pepagi ni. itu untuk peringatan kepada diri saya sendiri jugak. harap2 jangan le sampai ke tahap tu kot ye pon sherashi bershama beno. hehehhehe....
----------
anyway... disebabkan semalam tak jadi balik lambat so kene posponed ke hari ni le kan jawabnya. eeeee...tensen. malas betol la. so, hari ni balik lambat takmo masak2 dah. beli je kang tapau malam kang habis cerita. saya teringin makan ubi rebus le. ini pasal tengok cerita semalam la atok dai jamu makan ubi rebus kat cucu dia. hehehheee.. tak pasal2 saya pon teringin jugak. takpe2.. nanti weekend balik rumah ma boleh rebus ubi.
----------
ok la..takmo bebel banyak2. harap2 hari ni semua berjalan lancar. eh..takde maknanya. pepagi ni lagi dah jem tahap maksima le. tak bergerak tol sunway tu wehhh.. geram betol. harini saya sampai lambat. 915am kot rasanya tadi. nakbuat camne. diluar kawalan saya. kuar rumah awal pon sampai lambat jugak. ada excident dengarnya. pas tu ada lampu isyarat rosak lagi. harus le double trouble kan jalan jem. ok la.. dah le tu. dah berapa kali ok ntah le tak jugak stop2. hehehhee....
----------
love you obek... (windu woooo.....)
love you nezha...(apsal noty sangat?)
love all of you...(sila makan banyak sikit)

4 comments:

ije said...

tu dia, semangat masuk dapur. =)

kdg2 masak sendiri memang best kan?

~dARlee zURiS~ said...

ikan cencaru kot
ikan jaket..panggilan budak2 asrama.hehee..
buat sumbat sambal kelapa sedap tu
nyumm..nyumm..

ehh...apa ek last2 csi mlm tadi?
tak sempat tengok sampai habis
zzzzzz..

zh-ena said...

blk awal sempat la msk..ena ptg smlm g pasar jea beli mknan..skang dh skt perut tak tau aper yg silap..

saya said...

ije---kalo amsak sendiri hangit pon sodap. hehehe...

zuris---nanti ahad blh tgk lagi ulangan csi

ena---tu la masalahnya kalo mkn masakan pasar mlm.