mari mencari....

Google
 

Wednesday, June 3, 2009

stress? kene bermeditasi ni...



stress? jangan risau..mari bermeditasi macam nezha tu.. aauummmmmm......
--------
see... comel je kan berteleku kat bantal. mengada betol. suka0suki dia je la nak camne2 pon kalo dengan saya. itu namanya mengantok lagi tapi sebok nak jugak mengacau orang. hehehhee....
--------
semalam balik macambiasa. owh..dah 2 hari ni obek hantar saya pergi opis la. suspen gak apsal lak tetiba rajin je nak hantar, selama ni payah betol. ada je alasan, jem la, nanti saya balik lambat la, itu la, ini la.. wahhh...suspen2... takpe.. think positive. sebab lagipon kebetulan dai kerja belah2 pj ni minggu ni. hehehhee... bagusnya takyah drive. masok kereta boleh tengok2 keliling. yahuuuuuu......


heii..sapa la yang menggganggu konsentrasi meditasi saya ni. memang tauu... bagi jelingan manja sikit...
--------
ada lagi isu bangunan runtuh rupanya. kali ni stadium kat terengganu. mmm... camne tu ye. tapi alhamdulillah sebab runtuh semalam. buatnya runtuh hari ni dah tentu2 akan melibatkan korban nyawa sebab katanya ada sukan staff ipta kat sana. bayangkan masa tu tengah perhimpunan, waktu yangs ama seperti semalam, dah sah2 ada pak2 menteri segala orang besar kat sana, pas tu runtuh. haaa..sapa nak jawab. jadinya, harus tetapla bersyukur. tapi kesian kat tuan punya kereta dan motor yang ranap tu. camne ye...
--------
sana-sini orang membincangkan sapa yang bersalah. seperti biasa, tipikal rakyat malaysia memang suka menuding jari dan menyalahkan orang lain dari memikirkan jalan penyelesaian terbaik. apa2 hal kita kasi tuduh dulu orang itu supaya kita lepas. periok nasi sendiri mesti dijaga. tak gitu?? dalam hal ni pada pandangan saya semua pihak bertanggungjawab, semua pihak yang terlibat perlu dipersalahkan. tak boleh la nak salahkan pihak kontraktor saje. bukan menyokong kontraktor tu, tapinya kita perlu lihat dari sudut yang berbeza jugak. stadium tu dibina bersempena dengan sukan sukma tahun lalu. jadinya tempoh masa siap atau bak kata orang putih tu completion period tu mesti la lebih ketat, dan mungkin juga terpaksa disiapkan dengan lebih awal dari jangkaan yang sepatotnya. pihak kontraktor buat kerja berdasarkan kos. kos nyata dan kos terselindung. tau2 saja la.. projek besar, hadiah pon besar jugak la. duit habis buat entertainment je selain dari beli material. jangan cakap la takde benda2 tu. banyak mulut yang nak disuap, dari sebesar2 manusia, sampai sekecil2 umat. bermula dari tempoh melobi, tempoh tendering, sampai la terbinanya stadium tu. untuk sapa semua tu? untuk orang2 yang terlibat la. jadi tak boleh nak salahkan 100% kat kontraktor je. itu tak termasok lagi sub-con, sub-sub con, dan sub-sub-sub-con. entah berapa kali nak sub kerja pon taktau la. apa gunanya consultant tu? pagi tadi kat hotfm bukak topik ni. kebanyakkannya menyalahkan kontraktor. bila ada satu sms dibacakan minta supaya rakyat jangan bagi pandangan melulu sebab siasatan terperinci belom dijalankan. bagus pendapat tu, tapi juruhebah kata kita rakyat malaysia bebas memberi pandangan. terlalu bebas la jadinya banyak fitnah dan perkara yang tak betol diceritakan. ada pulak kata tadi, consultant kan ada.. jawapan dari juruhebah, consultant tu cuma penasihat je, yang tukang buat tetap kontraktor. hehehhee... consultant tu fungsinya ialah untuk meluluskan semua kerja2 yang telah dirancang dan dibuat. pihak engineer pulak akan memeriksa tahap kesesuaian pembinaan yang telah dijalankan. lagipon sebelom sesuatu projek dijalankan, dah sah2 akan ada method statement yang perlu diluluskan oleh pihak consultant dan engineer. melainkan kalo dalam kes ni benda2 tu takde. ko menjawab la nanti. consultant & enginner tu pulak kalo la kata contractor buat kerja tak ikut specification, drawing dan method yang telah ditentukan, kenapa masih meluluskan kerja2 tersebut? kenapa masih memberi ceritificate of completion (c.o.c) kepada projek tu? mana pihak jkr? bukan kerja2 ni under jagaan jkr ke sebab ini projek kerajaan negeri. melibatkan kos kerajaan negeri. kenapa pihak tu tak meneliti dulu. setau saya, sebelom c.o.c diberikan, mesti dihantar dulu semua dokumen yang berkaitan, macam operation & maintenance manual (O&M). bila benda2 tu dah disahkan dan diluluskan, bererti kesemua pihak telah berpuas hati dengan kerja2 yang dijalankan. dah kata ini guna teknologi baru, bumbung tanpa tiang katanya, jadi mesti tahap pemeriksaan perlu lebih teliti. atau agaknya lepas ni mereka nak salahkan cuaca pulak sebab runtuhan tu? mana tau kot2 nak kata sebab angin kat terengganu tu kuat bebeno so bumbung tak dapat menahan daya tiupan angin. mana le tau.. dah masing2 nak menyelamatkan diri je. sebab tu saya kata tak boleh nak letakkan kesalahan tu pada kontaktor semata2, semua yang terbabit perlu dipertanggungjawabkan. jangan asyik menuding jari je. yang penting sekarang cari jalan penyelesaian yang terbaik. memang rasanya projek tu masih under liability period tapinya itu la macam saya kata, perlu lihat balik dari akar umbi. lepas ni penat le korang kene korek balik fail2 construction dulu start dari earthwork sampai ke testing & maintenance. itu pon kalo ada fail. buatnya tak pernah simpan rekod? masakkkkk... menjawab le. lepas tu dengar kerja2 pembinaan semula akan diserahkan kepada kontraktor korea, sebab katanya lebih berpengalaman. hehehhee.... ada pro & kontranya jugak. pro-mungkin betol mereka lebih berpengalaman, sebab mungkin mereka dah biasa dengan situasi begitu. kontranya-apa dah habis ke kontraktor malaysia untuk menjalankan kerja2 tu. tak boleh ke lantik kontraktor malaysia, tapi guna khidmat nasihat pakar dari korea. itu kategori projek mega. patotnya persiapannya perlu lebih teliti. semua pihak berperanan penting dalam pembinaanya. kita tengok apa keputusan siasatan.

aarrghhh...t ak senang la orang nak bermeditasi. bluwekkk..
--------
hehehhee... nezha jelir lidah kat saya sebab kaco dia. comel..cubit kang. dia tu semakin manja. aduhh.. kadang2 tak larat je nak larat. kadang saya biarkan je dia. tapi sian pulak. dah le siang2 sorang, malam kalo tak layan sian dia. dia pon nak main2 jugak. hehehehe.... petang semalam singgah pasar malam. wah..beli macam. tapi semua tak habis. standard la. lapar mata. harin i pagi2 dah breakfast lontong. sedap gak. kenyang so lunch takpayah makan. jimat duit. hehehhee... owh..asyik lupa je la nak buat entry pasal kawan saya yang jadi cikgu kat johor tu. nanti2 if ada masa nak draf jgak. lama betol tak jumpa dia. rindu wooo.....
--------
malas betol nak buat kerja hari ni. kalo buat koje bising malas, kalo takde koje melalak2 nak carik koje. ni la manusia. bukan manusia lain la.. ni la saya. aduh..bila la nak belajar bersyukur ni. baca satu artikel kata tahap pengangguran di malaysia berada pada nombor ke 42 di dunia. walopon angka tu nampak masih jauh tapi impaknya tu memangdah terasa sekarang. jenayah menjadi2. sekarang style merompak meragut terus bunuh, takde simpan2 dah. majikan pulak ambil kesempatan menekan pekerja. bagi gaji murah dan tak berpatotan. alasannya ekonomi meleset. nak kerja, kerja. takmo kerja, brenti, banyak lagi orang nak koje. jadinya nak tak nak keje jugak la. betol..cuba lihat dalam industri perkilangan, pembuatan, kerja2 rencam ni, buruh2 ni. jadi mangsa keadaan je tau. entah la, dunia memang dah akhir zaman nih.
--------
ok la... banyak lak membebelnya pepagi ni. apapon kita jaga diri kita baik2 ye.. keje la rajin2 sementara masih ada koje.
--------
love you obek...(nak handbag baru)
love you nezha...(minggu depan pegi cucuk montot tau)
love all of you...(selamat hari rabu...)

6 comments:

~dARlee zURiS~ said...

cepat2..tarik obek ke jusco
skrg tgh sale kan
hahaaa.. ;P

memang geram tol lah tgk si nezha tu.eeeee...

zh-ena said...

hahahahah cute tul la nezha nie..mcm garfield jea gaya mata dia tu..

mmg terkejut tgk stadium tu runtuh..ingat kat luar negara sekali dlm m'sia rupanyer..nnti tgk ajer la hasil siasatan yg bakal dilakukan..kpd saper akan dipersalahkan..

@tune® said...

orang haya cari salah..tp xcari punca masalah

julietANNA said...

haih.mne nak kukuhnya stadium tu kalau byk duit msuk poket MB.
kontraktor byr skit so kualiti pun krg laa.yg kena kontraktor jugak.org2 tu kena fikir dulu b4 nk slhkn.

comelnya nezha.jge2 tau kak,nnt anna culik kang.HAHA.

Ummibatrisya said...

entahlah, kita jadi tukang tengok ajelah

masa dah runtuh tak payah nak menuding jari ke sana dan sini

ingat satu jari menuding ke arah orang lain, empat jari menuding ke arah diri sendiri :(

saya said...

Zuris---hehehe..dapat dahh..

Ena---mata nezha tu kadang macam kecik, kadang macam besor. Hehehe..

Atune---cari salah la best… lebih menarik

Juliet---jangan culikkk….

Ummi---betul ummi.. sebab tu kita tak blh suka2 slhkan orang, kene tgk diri dulu