mari mencari....

Google
 

Thursday, June 11, 2009

tak sihat, tak larat, tak de mood, semua takde...


tak sihat, tak larat, takde mood, semua takde.... memang semalam saya tak sihat sangat2. lemah je badan entah la kenapa. sakit perot, sakit kepala, mata pon sakit macam membengkak. haihh..banyak pulak pakej penyakit semalam tu. sebenarnya dari malamnya lagi dah tak berapa sedap badan. malam tak boleh tidor. asyik terjaga2 sebab sakit kepala dan perot. eeee..rasa nak nangis. memang dah nangis dah pon. kebelakangan ni sakit perot semakin menjadi2. entah la kenapa. salah makan kot.
--------
pagi tu bangun juga paksa diri walopon sambil nangis2 mandi dan siap2 jugak pergi kerja. on the way pergi kerja memangtak larat sangat. call obek cakap tak larat. dia biasa la.... ayat biasa dia tu balik dok rumah rehat. wahhh.. kalo itu kompeni saya boleh le. geram betol. tapi memang betol2 tak larat la. manage to get to office, sampai2 je manusia sorang pon takde lagi. hehehhe... diaorang pon sakit perot sakit kepala gak kot macam saya. otak memang tak boleh berpikir. so, amik semua benda yang penting2 tu letak kat bilik siamang dan put note cakap nak mc hari ni. pas tu blah drive balik rumah. uuwwaa.... on the way back call obek suruh dia call opis lagi nanti after 9am.. to double confirm le kan. suka-suki je walopon time tu tak dapat mc lagik. arghhh..pedulik la. so, direct pergi klinik. ingat nak balik rumah dulu tido2 tapi entah la terdrive pulak sampai klinik. ramai orang pulak tu. uuwwaaa...dah le sakit perot sakit kepala, ada lak kanak2 melompat2 buat klinik macam playground. aduhhh... tekanan betol la. mak dia buat nehen je. arrghh... ada gak kanak2 yang demam, melepekkk je kat mak dia, sian tengok. ye la, cuaca kan panas sangat sekarang ni. lama gak tunggu giliran. rasa macam nak balik je dah takyah jumpa doktor, malam kang baru pergi klinik. chehh... geram punya pasal le tu. tapi sabar2.. tunggu jugak la. then sampai giliran saya. wahhh... doktor muda hensem gitu... terus 30% sakit hilang. kihkihkihkihhh... gatal betol. takde la.. dia pun layan betol2. tanya itu ini semua check bebetol. sekali check punya check, saya demam daaa... saya kata rasa badan tak panas pon. dia cakap memang la sebab badan awak panas awak tak perasan. hehehe.. pas tu check darah. seperti biasa, ada sikkit rendah sebab tu sakit kepala kot. entah la. pas tu dai kata tidor cukup tak? owhhh doktorr... tak tau ke saya memang jenis tak boleh tidor ni ha??? mana le pernah tido direct lena2 tu. aduhhh... tapi malas le nak cakap kan. saya kata ok je la. pas dah sudah, pergi tunggu untuk amik ubat. sekali masa nak duduk kat kerusi menunggu tu ada kosong la sebelah tu baby kecik dalam umor 7-8 bulan kot tengah menyusu botol dengan mak dia la. baby tu nampak je saya terus dia berhenti minum, pas tu tengok2 saya pas tu sengeh2. eh.. saya kata dalam hati bior betol baby ni. owhh.. mungkin jenis peramah kot. pas tu sambung minum kejap pas tu takmo dah. dia tengok saya sampai terpusing2 badan. pas tu gelak2. macamla saya tengah dok agah2 main2 dengan dia. pas tu gelak lagi, pas tu mengekek2. owhh.. bapak terkejut saya. as if saya memangtenagh betol2 main dengan dia. mak dia pon terkejut, tapi mak dia kata kenapa.. kakak ye? kakak ye?? sepanjang yang saya ingat saya memang le tak senyum pon. al-maklum, tengah menahan sakit masa tu. so, baby tu gelak2 beriya. kejap tu ayah dia datang nak dukung dia. lepas ayah dai datang dukung, still tengok2 saya dan gelak2. hehehhee... apsal? muka saya ni kelakar sangat ke ha?? tapi mujur dia gelak2, buatnya bantai melalak2 meraong tak pasal2 kangmak dia ingat saya marah anak dia pulak. lagi haru.
--------
sampai rumah, mandi lagi kasi sejuk badan dan terus tidor. betol2 punya tidor tu dari pukul 12pm sampai 430pm baru bangun, tapi still ada mimpi2 la. entah le mimpi hapa2 tak ingat dah. nezha suka la tengok saya ada je kat rumah. wah..dia tengok saya tido dia pon bantai tido jugak. menyebok je menyempit kat tepi saya. gatal betol. petang dah bangun tengok tv. pukul 630pm makan. tak kuar pon. takde kederat.



hari ni macam dah larat sikit. obek hantar pegi keje. yahuuuu... obek kata kene bayar tambang macam bayar teksi. chehh..kedekot petrol. nanti la saya belanja makan. benci ahhh...
--------
ok la.. tu je nak cerita hari ni. ada lagi nk cerita tapi nanti2 la. malas nak menulis dan penat semacam. harap hari ni sihat le...
--------
love you obek...
love you nezha...
love all of you...

6 comments:

Ena said...

ni sape yg tak sihat ni?
anyway moga cepat sembuh hehehe

zh-ena said...

KLU MUKA KITA SEJUK BUDAK2 MMG SUKER..HEHEHEHEH MUKA LEEYA SEJUK LA TU WPUN TAHAN SAKIT

MESTI CUTE JEA BDK TU KAN

~dARlee zURiS~ said...

padan lah tak update
mc rupanya ek..
semoga cepat sembuh ye

cuba cek sebelah2 awak tu
tonggeng2 sket
kot2 de makhluk kat sebelah
tu yg baby tu dok sonok gelak2 tengok
hehehee ;)

eiza in the house.. said...

moga cepat sembuh k。。
dah lama tak jalan2 kat blog nie。。

Ummibatrisya said...

sakit nak mengada-ngada ye :)

nak suruh obek hantar pergi keje ye :)

budak tu dok tanya, bila kakak ini nak kahwin :)

saya said...

Ena qaysha --- saya yang tak berapa nk sihat.. dah ok dah. Thanks.

Ena umairah --- muka sejuk? Muka berjerawat ada la. Hehehhehe….

Zuris --- aaa..tau takpe. Mesti ada hantu dok menyengih kat sebelah saya tu

Eiza --- tu la..apsal menghilanng??

Ummi --- aduhh.. kok gaya gitu soalannya? Huhuhu..gagal dijawab.