mari mencari....

Google
 

Tuesday, June 23, 2009

wohoooo....



fewwittt... mata stim nampak.. hehehhee.. muka orang bangun tido macam tu la. comot air lioq basi meleleh. eeeeee... sapa je la yang nak ciom dia busuk2 pagi2 macam tu. sayaaaaaa jugakkk yang ciom2.. chehh...
----------
anyway... lepas dah semalam sehari puasa. alhamdulillah. sapa tak pose baik cepat pose. bior terlebih ganti jangan terkurang. aaaa..naya je nanti. so, semalam balik awal. jalan tak jem jadinya sempat le saya masak2. wahh..masak2 gitu. balik singgah kedai beli ikan dan ayam sikit. balik cepat2 kelentang kelentung. saya tengah sebok kat dapor mamat kepochi pon sebok jugakkk.. sebok mengorek penutup lubang lantai tu la. geram betol. angkat pi depan, saya ke dapor dia pon mencicit balik ke dapor. lama2 lantak sana. saya tumbuk cili dia sebok nak cium2 haa..talakan kan dia lesung tu baru mencicit lari ke depan. ganggu betol la. selalu macam tu la. kalo saya masak kat dapor memang berperang sakan dengan dia. ada je koje dia kat dapor tu. korek sana korek sini. kalo saya tak de kat dapor tu tak lak nak pergi dapor. so, menu saya semalam ikan oreng rangup2 panas2, ayam masak kicap, air oren. hehehehhee... kenyangggg... petang kejap tu dah nak berbuka sangat dah obek hantar kuih sampan. ahh..taktau la nama dia tapi yang bentuk sampan 4 segi tu la.. kuih sampankan namanya? sodappp... kenyang. so, itu le menu semalam. hari ni takmo masak. nak pergi pasar malam je hehehe..itu ponkalo sempat la kalo tak jem dan tak hujan. pagi ni hujan pulak ye saya tengok. agaknya musim hujan dah nak sampai le tu.. asyik panasss je dah lama so hujan le pulak.


aduhaiii.. tido melengkor udah jadi macam tenggiling kamu ni nezha!!! layankan je la. tu tengah syiok bebeno tu lansong tak nyedor dunia tu. hehhehee...
----------
sapa tau paya jaras tu kat mana ha?? ma ni le nak ajak pergi sana lak weekend ni ha. aduhhh... malas betol la. dah le saya jenis malas carik2 jalan ni. nak ikut mana? ikut ldp sampai kepong masok sg. buloh tu boleh ke? aarrghhhhh..tensen betol la.
----------
obek khamis ni kene ostn ke pahang. mmm... dah start dah koje tak serupa orang. geram betol. itu pon taktau berapa lama pergi sana. katanya pegi tengok2 dulu then kalo jadi sebulan le kene dok sana. owh.. saya mesti melompat2 mengguling2 le kalo sebulan obek tak balik kl. everyweek mesti balik sini. saya dah bagitau awal2. hehehheee... tapi apa pon itu le hakikatnya... kene keje keluar2 selalu. dah itu yang dipilih. nak cari orang koje opis 9-5 tak dapat le pulakkan. hehhehee.....

chewahhhh....budak tu baru bangun tido. tengah terpisat2 terkulat2 sapu2 muka pagi2. hehhee..so comel. geram betol.
----------
malam ni kalo jadi nak pegi rumah mama kejap. ada hal sikit. tapi ntah jadi ke tak jadi ke taktau la. apa lagi nak cerita ye? macam takde idea le pulak. pose2 ni kene menahan idea yang bukan2 ngumpat2 tu tak baikkkkk.... hehehhehee...
---------
hal office macam biasa la. tak pernah habis tak pernah surut. kalo habis kalo surut jawabnya kompeni dah nak melungkop le tu. haihh...mintak dijauhkan. musim2 orang payah dapat koje ni jangan le yan bukan2. koje je la. larat buat banyak, tak larat buat sikit. laptop kat rumha macam dah ada kene selsema le pulak. risau betol. nak kata pergi website yang bukan2 18sx ke idak le temannnn....tapi tu la..asyik ada je halnya lptp tu. ni mesti sebab nezha selalu duduk ats dia tu la pasal lptp tu udah jadi sakit2 demam selsema bagai. hehehhee..tak pasal2 je budak hitam tu dipersalahkan.
----------
malam tadi tengok cerita apa ye? owh..cerita dialam lain, ada pompuan tu jadi hantu pas tu nak balas2 dendam balik. cerita macam berpusing2 tak berapa nak paham. pas tu tengok leverage. hehehee.. dah macam suka lak tengok cerita tu. sambil2 tukar2 channel tengok without a trace. tu pon best gak walopon episod yg tu dah main dulu. lepas tu tido... mimpi apa ye? ntah la..lupa..
----------
pagi tadi bangun sahur pukul 430am. nezha ada temankan saya. cadang2 macam nak makan nasi tapi tak selera le pulak so minum susu aje cicah biskut. jadi la. lepas tu sambong tidorrrrrrr... hehehhehee.... pagi ni punya liat nak bangun. ngalahkan dodol panas punya melekat melekit kat katil. waduh2. takpe..biasa2kan le nanti ramadhan dah terbiasa. saya suka sahur. tambah2 lagi kalo ada kawan. kalo kat rumah ibu, ibu akan masak laok baru panas2 untuk sahur. uuwaaaa...rindunya zaman2 tu. tapi kalo saya sorang2 ni ada sikit malas le. hehhehe..
----------
ok la.. takmau tulis banyak2 lagi. bila2 senang baru sambong. byeeeeeeeeeeeee...
---------
love you obek... (jangan koje jauh2 lama2 tau)
love you nezha...(dok rumah elok2)
love all of you...(cuaca macam mendung kan?)

5 comments:

~dARlee zURiS~ said...

kuih sampan = limas
kan??

ehh..sempat lagi lah nak cari yg keje ikut opis hour
hehehee ;)

julietANNA said...

comel je nezha.hehe.sama je ngan kucing anna tp anna punya if dia da fedup dia lari laa dok lua.nezha ni lg comel,xlari pun.huhu.
anna dah lupa dah bpe hari tinggal pose :|

zh-ena said...

umah ena dekat jea ngan paya jaras..klu ikut LDP terus ke sg.buloh..jgn ikut ke kepong dh salah arah tu..dr sg.buloh terus jea nnti akan jumpa SSF, kem tentera, ktm, the sg.buloh..

pas the store (sblh kanan) terus ke depan..pas nampak umah tentera sebelah kanan depan skit dh paya jaras..sng jea nak cari..

Ummibatrisya said...

kuih sampan tu camana bentuknya :)

baper hari nak gantai lagi, ummi ada enam hari lagi dah ganti 15 hari dah :)

saya said...

zuris--dah terlambat dah nak carik yang lain. hehehhee...

anna--nezha pon suka je lari2. mmg pyh betol if nak snap pic dia. kene betol2 ikut mood dia.

ena--thanks for the info..

ummi--tak byk..5 hari je tapi kalo larat nak pose selagi yang mampu