mari mencari....

Google
 

Monday, June 1, 2009

yak..yak..yeayyy...

yak..yak..yeayy..
pengantin yakk cayer...

hahahaha.....

selamat pengantin baru diucapkan kepada sicantik comel mrs. sharil dengan ucapan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...

di hari sabtu yang panas berdengung.. saya dengan obek pon pergi lah sesatu tempat kawasan perumahan.. wahhh. gitu.. intro mesti ala2 sasterawan.. baru menarik..

bertemankan angin sepoi sempoi sebab angin tak berapa nak bertiup sangatkan, serta 2 kotak air milo dan sebijik roti sambal sardin jenama high 5, kami telah mengukur highway menuju ke satu destinasi...

teng.. tengg..tenggg.. tenggggggggggg...





ada nampak itu signboard?

--------

ye... kami telah pergi ke rumah pengantin comel itu... jalannya senang saje, ikut peta la. lagipun dari keluar tol tu je pon dah nampak dahhhh signboard buatan sendiri siap dengan cucuk2 bunga manggar gituu... kaler merah. kalo tak nampak idak le teman tau. sape2 sesat harap pergi check mata ye lepas ni.

--------

suspen..suspen.. sekali sampai alak.. macam jalan mati je ni. aduhduhduh,...kaget guwe. sekali tipu daaa... dia nampak je macam jalan mati tapi sebenarnya belakangtu ada kawasan perumahan ko....

--------

pas tu dah nampak dahh khemahhh.. yahuuuuu.. kaler purple. sekali sampai dekat sikit tengok alamak.. orang dah takde la semua dah balik. tapi apsal hiasan khemah amatlah pelik gila ni. takkan zuris dok gantung2 dauh kelapa ni,. siap ada tetamu ireng2 dok minum air buih2 nih. bior betolllllllllllllll........

--------

ayooma ayoopaa... rupanya itu saya sudah salah rumah daa.. itu kenduri kawen gak tapi bangsa lainle pulak. heahahahhaa.. mujur nampak lagi signbord merah tu kat depan. kussssss semangat. lega makcik...



ini le rumah yang kitaorang tersalah lalu. mujur lalu je tak berenti. kalo tak makcik bawak balik berkat muruku dengan kuih vadei....

---------

so, sampai lah ketempat yang dituju... wah..orang pon dah nak balik. masa tu dah dekat pukul 3pm rasanya. oppss..jangan salahkan saya. salahkan obek yang meregek mengalahkan macam dia yang nak naik pelamin tu walhal pakai jeans dengan kemeja je. benci tau. suka mekap lama2. dia tu memang la.. eeee..geram2. orang nak tengok sanding2 pon tak dapat.

--------

sekali sampai je dari kejauhan sudah nampak kelibat pasangan pengantin comel itu. wahh..kaler merah gituu... meriah. sampai2 kita jumap pengantin dulu la. dalam hati saya dupp dapp dupp dapp jugak sebab mana le tau kang datang2 je sekali pengantin kata tak kenal pon. uwwaa... malu makcik. so, datang salam pengantin chewahhh... saya salam dan cakap, hai..zuris ye? hehehe.. boleh dia tercengang2. ye la dia tak kenal saya. dia tanya sapa ni? saya jawab le leeya. uuwwaaa... ada adegan pelok2 laga2 pipi disitu. dia pon siap cakap2 terima kasih makan. sila makan. hehehehe... so sweett.. pengantin sangat cantik dan comel. nampak lain dari dalam gambar sebelom ini. hei.. sangat cute tau. sapa yang cakap dia tu tembam ha? ok apa, just nice.

-------

so pengantin suruh kitaorang pergi makan dulu... ada laok kari daging, eh..macam dalca kot, pas tu rendang daging, ayam masak kicap kot, pas tu macam yang carrot campur timun tu, pas tu ikan masin, ulam2 dan sambal belacan.laok semua sedap. tapi sambal belacan alamakk..pedas gilaaa... hehehe..tapi takpe sebab saya je yang tak tahan pedas, orang lain ok je saya tengok makan. owhh..air sirap ada biji selasih. memula tuang air dalam cawan nampak ada benda itam2 ingat serbuk apa ke cawan kotor ke, sekali check2 rupanay selasih la.. hehehe..sorry, kesilapan teknikal.

--------

sambil makan pas tupengantin datang bagi gift bag. tak sudah2 dok minta maaf kata sebab tak dapat layan. biasa la tu..... pengantin mesti buzy, ramai peminat nak jumpa. mesti sampai tak terlayan tu sebab orang ramai. hehehee... saya macam nak makan banyak tapi malu la. kakahkahkahkahhh... pas tu ada nampak mangkok dessert, maybe untuk bubur kot tapi saya tak sempat merasa sebab dah habisssss. uuwwaaaaa.. tak kira, lepas ni zuris sila ganti dengan bubur baru. saya nak jugakkk.... owh..dapat 2 bag. satu untuk perempuan satu untuk lelaki kt. sebab isi dalam berbeza2. saya dapat cupcake, bunga telor dan box. dalam box tu memula bukak nampak macam strawberry. wahhh.. hebatt.. sekali tengok biskut da.. hehehhee.. tapi lawo. nampak macam real. obek dapat bunga telor, cupcake dan macam medal tu la gantung2 kat kereta. memula tu boleh obek cakap dia kata, oby tengok ni kawan oby bagi bek medal. saya tanya medal apa? masa tu tak pedulik sebab tengah makan katakan.. obek kata medal la, macam hadiah lumba lari tu tapi dia tulis 'the most handsome guy'. aikkk...saya kata bior betol... sekali tengok obek tipu daaa... ada tulisan ayatul kursi la... untuk gantung2 kat kereta. uuwwaa... suka tau tipu2 saya.

-------------

lepas makan kita masok dalam rumah sessi fotograpi..



ini la pasangan pengantin baru.. sama comel sama padan. cantikkkk.. pelamin simple tapi cantik, hiasan pon simple je... theme white+red la. hehehhee..



seee..... itu la bukti tu saya pergi mrs. sharil kawen.. ingat apa? ingat tipu2 ke? tak main la tipu2.. hehehe... owhh.. saya adalah sangat malu ada ke suruh tangkap pic sebelah sharil. ini zuris punya idea. memula saya diri tepi dia tapi dia suruh diri tengah2 plak. uuwwaaaaa.... maluuuu.... sebab tu badan macam sengat lak. hehehe...



seee... bukti lagi.. kali ni dengan obek. maaf, muka yang cun dan hensem terpaksa ditutup untuk mengelak dari overshadow pengantin. hwuahahaa... takde la. saya malu la. tak pasal2 saya lak yang berdebar2 amik pic kat pelamin. owhhh... seru jangan tak seruuuuuu... hwuahhahaa...
--------
jadinya itu la cerita saya pergi kenduri rumah zuris kahwen. meriah. seronok la. duduk kat area perumahan macam tu boleh buat kenduri ala2 gotong royong kan. walopon guna katering tapi suasananya berbeza kalau buat kat dewan. owh..lupa, nezha kirim salam dengan pengantin. dia kan tinggal, bila saya balik dia merajuk koranggg..saya panggil2 dia menehenn je. nanti lepas ni ada entry tunjuk isi perot gift bag dari zuris. yahuuuuuuuuu..
--------
kepada pasangan pengantin zuris dan sharil.. saya dan obek mendoakan segala kebaikan dalam kehidupan baru anda berdua. semoga gembira selalu. zuris, lepas ni takmo dengar dah komplen tensen2 kat blog. takde maknanya. hehehhee...akhir kata, SELAMAT PENGANTIN BARU TO ZURIS & SHARIL....

6 comments:

~dARlee zURiS~ said...

hehee...kalu tak,bergambar ngan pengantin purple lah ek ;P

sbb tu suh dok tgh2.ambik berkat.
tak lama dah ti tu ;)
thanks soooo much ek to u n obek
kalu bawak nezha sekali,confirm lah kenal dari jauh kan.hehee...

nURmALa mAZLan said...

wah...akak gi eh kenduri zuris..kita x dapat pergi la kak.. danyak sangat majlis.dengan kenduri kahein nyer, majlis cukur jambulnyer...mana nak lenggang perut nyer lagi..

pape pon selamat pengantin baru to zuris!!

julietANNA said...

akak bila lg?HAHA.
xlama dah.terbau2 je nasi minyak ni haa.nnt jgn lupa jemput anna ye :DD

mne aci gmbr xtunjuk muka :(

@tune® said...

penat aku nk attend wedding

saya said...

zuris--bawak nezha habis la tetiba dia nak uk-uk dalam kereta. hehehe...

mala--memang musim kenduri sekarang ni..

julieet--aci aci bukak pintu. hehehe..

atune--pegi je. dapat bunga telor pree ok la tu.

蜂蜜蛋糕Maggie said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社