mari mencari....

Google
 

Friday, July 31, 2009

jumaat dah???...


yuhuuuu..dah jumaat ye harini. korang2 mesti dah berlambak2 perancangan ni. weekend le katakan. saya takde apa rancangan. nak kemas rumah, nak mop rumah, nak kemas dapor, segalanya2 la. minggu ni minggu mengemas. dah nak bulan puasa kalo tak kemas nanti tak larat. anyway.. semalam kan saya rindu sangat2 pada nezha. uwwaaaa...sedihnya rasa. dah le kena balik lambat. kat mata dah terbayang2 dah dia mesti mengeow2 menjerit sebab ketakutan sorang2 dah malam. uuwaaa.. tak pasal2 saya lak yang terlebih emo nih. hehehhee... sampai je pagar rumah 830pm, terus melompat meluru terus bukak pintu rumah polok2. uwwa..pas tu hangkot dai naik kereta pusing 1 round. wahhh... suka la dia kuar jalan2 tengok lampu. gatal betol. perot lapar tapi takde selera le pulak nak makan apa. just makan biskut dengan minum vitagen. jadi la. suka hati takyah makan pon take, kenyang jadinya.
----------
malam, tak kuar pon. sebab dah malam. obek pon ada koje. pukul 930pm dia call cakap nak pergi koje dah. saya kata pergi laaaaa.. nak bagitau2 lagi wat pe. kalo saya kata jangan pergi pun tetap nak pergi kan. hehehhehe... concern le kononnya tu. pigi daaa... so, dia siap pesan esok (pagi ni le) tolong kejutkan awal2 sikit sebab nak pergi kerja cepat. saya kata ye la nanti saya call. si celcom ni pulak, dari senja semalam try to top-up tak boleh2. jawapannya 'sila cuba sebentar lagi..' sebentar otak lu laaaa.. dari semalam sampai sekarang tak boleh2 masok. ni buat nak marah ni. apa je la masalah korang ni. nak kata peak season tak le pulak. kot2 kata malam raya ke hapa ke logik le jugak. ni yang nk buat tukar provider ni. geram betol.ok2..berbalik pada cerita kejutkan obek tu, pukul 8am saya call kejutkan, jawapannya.. mmm..mmmm..ye la..ye la.. bangun dah ni.. saya pon ok je la. sekali sampai office saya call lagi, saya nak try test sebab memang dah tau 90% takkan bangun punya. apa tak nya.. betol la tu. saya call dai bising kata kenapa tak kejut saya. wahhhhhh... memang nak kena ni. hahhaha.. saya kata lantak le bagus padan muka bangun lambat sampai bos call baru nak sedar. selepas puas bebel2 saya pon kata ok la.. bye.. i lebiu. kahkahkahkahhhh...
-----------
minggu ni rasa macam nak masak macam2. tapi entah le sempat ke tak ke. macam2 teringin ni. anyway... harap semuanya ok. masalah tetap lah ada tapi bior la lantak sana malas nak pikir. doakan yang terbaik je.
-----------
ingatkan kawan saya yang bitchy tu.. hari ni kononnya dapat pegi interview koje gomen. semalam saya ym dengan dia dok bebel2 lak. kata takmo pegi la, sebab kena tunggu lama la, malas le, takde mood la. saya kata dah dapat tu pergi je la. kang tak pergi kene black list pulak nama. dapat tak dapat lain cerita la. kalo dari awal2 rasa takmo, wat pe ko pegi apply? nyusahkan orang je. ada beribu2 lagi manusia yang nak koje tu.. tapi maybe tak dapat sebab dah penuh, tapi dipenuhi oleh orang macam ko. tak ke menyakitkan hati orang je. jawapan dia senang je, alaa..pergi pon bukannya dapat.. kalo takde cable2 ni. saya apa lagi... pulang paku buah keras le.. hari tu ko cakap ada pak sedara mak sedara boleh kasi surat rekomen bagai.. hari tu cakap tulis je surat kompom boleh dapat. haa..sekarang apa lagi..gunakan le khidmat cable mak pak sedara ko tu. dia jawab..alaa..susah le, lagipon taktau nak diletakkan kat jabatan mana. saya kata, takyah le.. kalo nak koje pon pakai2 cable ni esok jadi sesuatu hal menanggong le. ada rezeki, ada le dapat. kalo takde, berserah je. ada le yang lebih baik yang menanti. diam je dia. ahhh..lantak le. pepandai le ko nak hidop. laki ko kan gaji rebu2 yang ko dok canang hari2 tu.. hadap je la. wat pe susah2 nak koje. bluekkkkk..... getik aahhh...
-----------
tak pasal2 dah mengumpat pagi2 hari jumaat. insaf le wahai ummat.
-----------
hari tu kan saya ada letak video nezha makan ice-cream tapi gelap le pulak. kali ni letak lagi. kal dah cerah sikit la kot dah boleh nampak. hehehhee..saya makan ice-cream strawbery tu le apa ke namanya yang iklan petik buah mangga dari tanah tu. aduhh..lupa la. apa2 la layan kan je...








video

hehhehee.. jangan terpedaya. dia blah tu tu kejap je, buat pusingan 1 round lepas tu datang balik bedal ice-cream saya. suka beno makan benda2 manusia ni. heran betol. takde la heran tapi semua pon kene share dengan dia. so cute....

------------

pasir uk-uk dia belom sempat beli lagi la. harap2 petang ni sempat beli. obek?? dia katanya buzy tap tak tau le. kalo tak buzy pon nak ajak pergi mana ha? saya banyak benda nak kemas rumah tu minggu ni. harap2 tulang tu ringan le sikit takde le lesu2 lemah2 malas2. kalo tak buzy nak ajak kuar le jalan2 pusing2. tapi entah le nak pergi mana. awal2 bulan ni semua ummat pon nak kuar berjalan. tadi dengar radio kata kl jem hari ni. dan jugak esok. tapi tak pasti pulak sebab ada occasion apa.

-----------

dapat undangan perkahwinan sampai 2 rumah. taktau camne nak pergi. ada rezeki sampai le, tapi saya suka je pergi rumah orang kawen ni. meriah. suka tengok orang ramai2, kanak2 lari2, happy2, tengok pengantin. yang penting dapat makan nasi minyak pengantin dan minum air sirap tuuu.. hwuahahhahahhahaa..... nak tunggu nasi minyak sendiri wallahualam.... nanti le saya carik resepi saya masak sendiri. huwhhhahuauu..gila pathetic.

-----------

malam tadi tido lena. tapi ada gak mimpi2. jangan main2.. malam tadi mimpi jumpa pak menteri. hahahhaha.. apa, ingat tak de kesempatan ke nak jumpa pak menteri. entah le menteri apa. dalam mimpi tu macam tunggang langgang le saya macam nak kene bagi satu info kat menteri tu. so, kene cepat2, tapi banyak lak halangan. at the end sempat le sampai jumpa dia dan sempat le mengadu cerita semua halangan2 yang dihadapi masa dalam perjalanan tu. hwuahhahaha..gila lawak. baru nak syiok2 jumpa menteri, sekali kepala kene garu daaa.. potong stim betol la nezha ni. tapi kan, in real life saya belom pernah jumpa menteri. ada la sorang x-menteri tu... masa tu dai still berkhidmat lagi la. siap shake2 hand borak light2 lagi. sekarang tak jadi menteri dah.. sebab.. u know.. menjadi isu terhangat dipasaran. hwuahhahhaa.. anyway. he's such a very gentle man.

----------

lagi nak cerita apa ye? owhh.. walopon tido lena malam tadi disulami dengan mimpi2 mengarut tu, tiba2 pukul 415am terjaga. bijik mata adalah cerah secerah-cerahnya rasa macam dah segar beno. aikk.. ni yang bikin marah ni. nak melelapkan balik amat le seksa. sempat lak pegi teman neha makan pepagi buta tu then sambong tido. tapi dah tak lena sebab dah nak subuh. owhhh.. itu la.. otak takmo pikir, agaknya dikejutkan suruh buat ibadat, bukan tengok tv daaa pepagi buta. apa la punya ummat ni. duniawi aje yang dipikirkan.

--------

ok la.. nanti sambong lagi ye. harap2 plan weekend korang berjaya ye. insyaallah..

---------

love you obek... (obek.. nak pergi jalan2..)

love you nezha...(hari2 mesti nak kene rindukan?)

love all of you...(cloud nine tu maksudnya very happy le, happys angat2 sampai pink2 muka tu... jangan nanti orang cakap im over the cloud nine korang ingat dia nak makan gula2 jenama cloud nine pulakkkk).

Thursday, July 30, 2009

tiba-tiba je...



tiba-tiba je rasa rindu terhadap nezha membuak2, menerjah2, menderu2, berasak2, berlumba2, mencuit2, melompat2 datang. camne ni? walhal hari2 jumpa, hari pelok, hari2 cium, hari2 gaduh, hari melompat bersama. uuwaaaaaaaaaaa..tetiba rasa rindu sangat kat nezhaaaa.. eh..bukan ke saya patut rindu obek? tetiba je nezha amik alih. arrghh... tak kiraa..nak balikkkkk nak pelok nezha, nak cium nezha, nak lari2 dengan nezha... apakan daya..hari ni kene balik lambat. spoil betol. ok, sambong melalak. uuuwaaaaaaaa.. rindu nezhaaaaaaaaaa!!!!!

seperti biasa, cerry-berry adalah normal kepada saya..


abaikan muka comot tu. pic pon gegar2 tak lawo. hehehhee.. jadi la. jangan takde pic nezha.
----------
aduhaiii... seperti biasa.. hari ni cerry-berry melanda. geram betol. lama dah tak kene ada la dalam seminggu kot relax. la ni dah start pulak balik. tensen betol. taktau kat mana silapnya. owhhh..saya tau la... semalam lunch makan laok pedasssssss... semalam nampak le kedai tu buat pecal, so saya suka la then amik. sekali bapak tok nenek pedass..sampai tersiot2 mulut, sampai kuar le segala air mata air hidung semuanya kepedasan. lama2 saya makan tak habis pon sebab tak boleh tahan la. automatik perot pon sakit pedih. tak tau camne boleh jadi macam pedas sangat2. pada saya pedas le tu tapi tengok orang lain makan macam ok je kan. tapi memang saya tak boleh tahan semalam. memang nangis le. so, lepas tu terus pergi farmasi beli gaviscon. beli yang tablet punya, senang spare dalam handbeg. terus ngap-ngap.. so, sampai ke petang perot tak sedap. malam pulak obek belanja kehepsi. wahhhhh... paling saya tak suka tapi obek beriya nak sangat kehepsi layankan je la. so, malam tadi dah start dah pembuangan secara berterusan sampai le ke pagi ni. mujur sekarang rasa macam dah lega sikit. mintak2 elok je la naknya. tapi kalo berterusan mesti dapat mc kan kalo pi klinik? yahuuuuuuuuuuu.... hehhehe..takde la. hari ni banyak benda nak kene buat. so, dok opis diam2.
----------
tangan sakit. sebab semalm tolong orang angkat carpet kat opis ni. gila la. tak pasal2 saya kena lak. dah tu takde orang lain. sian lak tengok dia terkial2. rupanya betol berat. tak le pulak saya pikol tapi tolak2 je la tapi berat lor. mujur ada uncle delivery kedai mamak tu then saya mintak tolong dia angkatkan. baik uncle tu. sampai sekarnag lengan rasa macam sengal2. sakit laaa...
----------
malam tadi takde mimpi apa pon rasanya. hehehhee.. ke ada tapi lupa la. tiba2 teringat kat sikurap kucing yang datang kat rumah saya dulu tu. kan dah takde sekarang. rindu kan dia. terbayang2 je dia semalam entah le kenapa. agaknya dia pon rindu kat saya kot? chechechewahhhh... perasan betol.
---------
nezha? ok je mamat tu. makan kehepsi semalam tak habis tapau bawak balik bagi kat dia. wahhhh..banyak lak dia makan. tapi saya dah kemam2 dulu la gigit2 takot kepedasan pulak mamat tu kang dah satu hal kalo dai pon tercerry-berry merata. banyak gak la ada dekat seketol tu dia bedal. bagus betol. cheezy wedges pon nakkkk.. tapi bukan potato tu le.. cheese tu je la dia jilat2. melampau moden kucing nih.



dari ko menyempit kat sebelah spray tu baik la ko tolong iron sekali baju saya nezha. takat tengok2 tepi tu apa barangggggg... tolong laaaaa.. saya paling tak suka kalo bab2 iron baju nih.

------------

dia biasa la. mana boleh tengok orang senang. harus nak menyempit je. pagi tadi dia kejut saya lebih kurang je pas tu tido lagi. gatal betol. mujur saya tak terlajak tido kalo tak? nayaaaa.... owh, pasir uk-uk dia dah habis le nak kene beli le pulak petang ni.

----------

air dah ada cuma dia kotor sikit. kene bukak lama2 bagi air tu mengalir lama dulu sikit baru boleh guna. entah le apa masalahnya. rupanya ada paip bocor kat jalan besar sana tu. patot le dulu semalam tu air slow je. bikin suspen betol la. so, pagi tadi cuci bilik air. seperti biasa pintu tu saya tutup gitu2 je la, tengah syok2 memberus lantai, se nezha pegi tolak pintu tu terbukak. saya lak terkejut terus berpaling ke belakang sambil tangan still pegang hose pipe. apa lagi.. burrr.. air memancut le ke luar pintu bilik mandi tu. bagusssss... mujur tak kene kat nezha. kalo kene dah satu koje nak blow dry dia pagi2 tu dah le orang banyak koje itu nak buat ini nak buat. terus lari mencicit kedepan. menambah koje saya betol dah tak pasal2 nak kene lap lak kat luar tu. gggrrrr.. geram betol. ahhh..bising2 pon tak guna, buat je la koje tu diam2. dah lap2 semua, nezha datang balik meow2.. konon ngadu le kot say sorry ke hapa ke. ye la.. saya tak marah..cuma geram je. hehehhehe....

-----------

dah siap semua... pergi koje la. jalan jem2 biasa. kira boleh le. hari ni banyak dah jadual yang menunggu. sabar je la. nezha dok rumah elok2 jangan nak panjat sana panjat sini. semalam saya balik alas meja udah berterabor, bekas gula2 udah terbalik. geram betol. pok-pok momtot dia geram tau.

----------

ok la.. bebel panjang2 pon takde paedahnya. selamat berkerjaaaaaaaaaaaaaaa...

----------

i love you obek...(keje rajin2 ye..)

i love you nezha...(dok rumah elok2)

i love all of you... (sapa malas turun tangan!!! wahh..ramai tuuuu)

Wednesday, July 29, 2009

kembali lagi...

yuhuuuu...korang2 tak rindu atau ingat kat saya ke? aduhaii..siannya saya syok sendiri je rupanya selama ni. hehehhee.. anyway.. tak kisah le. semalam tidak buat apa2 entry sebab banyak hal la. pagi petang siang malam jadual penuh. tapi sempat jugak masok blog2 orang baca2. tapiii..apsal takde orang maso blog saya baca? tak sesuai tau. alalalla..blog tunggang langgang mana le ada orang nak baca. melainkan kalo cerita yang best2 baru le. takpe2.. lepas ni buat gempak punya entry bior sehari 5juta visitors. hwuahahhaa... tak tercapai akalku.
----------
anyway...nak cerita le ni kisah hari isnin malam. isnin kan birthday obek. so malam tu kuar pegi makan2 le kononnya. takde la tempat yang fancy2... pegi jusco je sebab nanti boleh terus pow obek. kata ada sale.. harus le terjah. hwuahhahaha..agenda tercapai. last2 obek kata ini birthday sapa sebenarnya ni? orang lain yang birthday orang lain lak yang dapat macam2 nih. hahahhhaa...sapa suruhhhh.. tu la pasal.
-----------
takde la beli apa pon, jalan2 pusing2 je yang lebih. tapi obek belikan saya reket badmintan. suruh saya bersukan katanya. aduhh...nak main badminton dengan sapa le gamaknya ye kat rumah tu. nezha? eehhh...nezha pendek tak boleh lompat tinggi2. huwahhaha...mengarut je obek ni tau. beli 2 la, dia satu saya satu. tapi entah le bila tahun baru nak main. buang duit je membazir. ni pic bawah nezha seperti biasa men-spot check le barangan kalo saya balik. belom apa2 udah dibuat gitar reket saya tuuuu... krenggg krenggg krenggg digarunya. geram betol. belom pon try2 nak pukul bulu tangkis dia dah garu2 kat tali tu. kang putus kendur kang camne saya nak main nezhaaaaa???? saja la tu dengki. ggrrrr.....


krengg..krenggg..krenggg..bunyik tapi reket digaru2 dek si nezha. bila ditegur buat muka la jawabnya. pas tu bantai duduk atas reket tu takmau bangun2. haihhh...macam2 perangai dia ni la.
----------
lagi beli apa ye? ada le 1-2 barang lagi. tak penting pon, tapi kopak le pakcik tu saya kerjakan. hwuaahhaha... hadiah dia saya belom bagi lagi daaa. kihkikihkihhh... nanti2 sabarrr..baikk punya hadiah nanti.
----------
saya sebenarnya emosi tak berapa stabil la. ada je masalah yang melanda tapi malas le nak pikir2 sangat. kalo dipikirkan nanti merosakkan mood dan pikiran. geram. benci. marah. sedih. semua ada. entah la..susah nak cakap. lagipon saya bukan jenis yang boleh berkongsi2 masalah ni dengan orang. ada tak ada share dengan obek je la. hehehehe... jadinya pretend nothing happened je la. tapinya..bila susah hati, selera makan bertambah2. ni yang bertambah2 tensen nih. tekak tu seleraaaa je. bukan macam orang lain, susah hati sampai tak larat makan. saya terbalik pulak. nak tengok time saya tak larat masa ialah masa saya suka hati bergumbira. aduhhh... memang time tu tak larat makan. jadinya saya makan macam2 benda sepanjang susah hati ni. haaaa...bior lantak sana.
----------
semalam, selasa. takde apa sangat yang menarik berlaku. semuanya macam biasa2 je. owhhh... ada gak kejadian. balik keje semalam air takde. uuwwaaaa..hangin betol la. letrik takde takpe jangan air takde..hazab! air tangki memang le ada tapi takot tak cukup je la. kat sinki tadak. elek..setitik pon tak kuar. pegi tengok meter kot2 kene potong ke mustahil le pulak. sekarang mana pernah tak bayar air. kata dah pree. lagipon kat bill tengok dia tulis -6.00 je bukan 600 ke hapa ke. gila ko bil air 600. itu mandi gajah namanya hari2. check jugak kelajuan gerakan meter, mana tau.. kot meter pusing laju tapi air tak kuar harus angin je jawabnya hujung bulan merasa bayar bil air melambung. tengok2 elok je la pulak. kompius betol la. so, mandi lebih kurang je la. takde la nak beriya bagai. takut sehh.. buatnya sampai 2-3 hari takde air tak ke naya. tapi pagi tadi bukak paip kat singki dah ada air. cuma macam tertendang2, angin le tu kot. lepas ni nak beli la bekas besar simpan air. penting tu. tambah2 kalo waktu bulan mengambang. waduhhh..tak sanggop saya kalo takde air. boleh pengsan lorrrr...
-----------
pagi ni, awal2 lagi dah hujan. spoil betol. saya udah le penakot hujan. orang kalo hujan pagi2 syiok berselimut, saya menggigil2 terkebil2. stress wooooo.... start pukul 5am kot hujan lebat betol. nezha biasa la. terkalok je dalam selimut saya. suka je nak nyebok.


nezha.. i love youuuuuuuuuu...
-----------
owh..malam tadi saya ngigau la korang.. hehehehe...sebab apa saya tau saya ngigau. macam ni. saya mimpi malam tadi nezha hilang. kira lari le sebab pintu grill terbukak dan tengok2 gate pon terbukak. so, jerit2 la panggil2 nezha tapi suara amcam takmo kuar lorr. suspen2.. pas tu kat laman banyak je kucing2 lain. hitam, putih, kuning, coklet, oren. yang ala2 macam nezha pon ada tapi bila pegi dekat2 bukan nezha. otak dah ligat pikir camne nak buat ni. pas tu terus menyesal sebab saya baru je lagi tanggalkan collar dia. kat collar tu ada tulis nama & no. hp saya just incase le kalo dia terlepas (nauzubillahiminzalik-mintak dijauhkan) dan dijumpai oleh orang2 yang budiman dan berhati perot untuk call saya. tempah khas tu.. berkeping jugak le kertas biru kuar melayang2. hari tu saya berus2 bulu dia then tanggalkan collar tu tehn tak pasang2 semula. lupa. lalai. dah tu baru menyesal. sekali nampak polis. ngadu kat polis tu le cakap nezha hilang. polis kata dai boleh tolong carikkan tapi nak gambar nezha le. saya pon dah pikir nih nak print pic nezha banyak2, tapi terpikir lak camne orang nak kenal sebab takde tanda apa2 pon. hitam je badannya. uuwwaaaa..time tu dah start melalak dah. pas tu nampak lak ada kucing macam nezha dalam longkang. beriya ni saya masok longkang tarik2 sekali bukan nezha la. uuwwaa.. apa lagi.. sampai bab tu memang melalak beriya lee.. melalak punya melalak punya melalakk.. rupanya memang melalak betol2. hwuahhahaha... sedar2 memang tengah nangis2 panggil2 nezha, berjuraian air mata campor sekali air lioq basi. hhahahaha... celik je bijik mata terus carik dia. wahh..dia syiok je tido berlengkor. apa lagi..terus pelok2 le ciom segala maso selimut. sambong nangis. aduhhhhh... dah reda nangis tu baru le macam nak sedar diri. mimpi sampai mengigau2. beriya2 betol. pas tu gelakkan diri sendiri. ya Allah ya tuhanku.. jangan la jadi macam tu in real life. memang saya pengsan dibuatnya nanti. peliharalah keselamatan nezha dan saya. see, kejadian mimpi dah buat saya lagi bad mood.
----------
harap2 hari ni takde apa2 yang tak elok berlaku. walopon tau benda tu sedang menunggu. hadapi aje la. dah ketentuan tak boleh dielakkan lagi.
---------
tetiba teringin makan roti jala la cicah kuah kari. wahhh... ni baru betol emosi yang tak stabil. kejap cerita sedih, kejap cerita pasal makan. layannnnnn.....
---------
ok la..takmau tulis panjang2 kang mengganggu waktu koje korang lak. so, korang2 tu keje la rajin2. saya doakan kita semua stabil hari ni. insyaallah...
---------
i love you obek...(nanti belanja lagi ye)
i love you nehza...(dok rumah elok2 tau)
i love all of you...(dah hujan2 tu jangan malas2 ngantok lak)

Monday, July 27, 2009

it's obek's birthday...

yahuuuuu...
happy birthday to you..
happy birthday to you..
happy birthday to obek..
happy birthday to you..


hehhehe..hari ni 27 julai ialah birhday obek. kahkahkahkahh..dah tua rupanya mamat tu ye, anyway... saya doakan semoga panjang umur, murah rezeki melimpah ruah, sihat kesihatan yang berpanjangan, kesabaran yang tinggi, ilmu yang tidak dilupakan, berkat kehidupan dunia dan akhirat.

hadiah?? hhehehhe.. malam tadi kononnya kuar le tapi saya taktau nak beli apa dan taktau camne nak kasi surprise. sekali obek brehenti nak isi minyak so saya pon kuar pegi beli muffin mighty white kat petronas tu then lilin. whuahhaha.. masok kereta then kuarkan sebijik muffin tu then cocok le lilin kecik. opss..jangan nyalakan api. ko gila nak buat2 nyalakan flame kat stesen petronas. dah jalan jauh sikit saya kasi surprise le... hehehe.. muffin with candle but without the fire le. jadi laaaa... hehhee..obek gelak2 je tengok saya buat surprise ntah hapa2. lepas tu baru le nyalakan api dan paksa2 jugak dia tiup lilin tu then paksa jugak dia makan muffin tu. kahkahkahkahhh.... seksa mamat tu saya kerjakan. wish birthday semua then suruh le dia buat ucapan kononnya. wahhh... mengada lak. ucapan dia lebih kurang begini le. "beta merasa amat gembira kerana rakyat jelata telah menyambut birthday beta dengan begitu meriah sekali. beta akhiri dengan ucapan, selamat menyambut bulan ramadhan" aduhhhh... buat lawak pulak malam2 buta tu. saya bantai gelak mengekek dalam kereta. owh..perlu diingat semua kejadian adalah dalam kereta ye. takdenya nak berdating2 kat taman bunga ke hapa. tak kuasa. jadinya..itu le sambutan hari jadi obek malam tadi. sambut awal le takkan nak tunggu pukul 12am baru nak bercake2 bagai. malam sangat tak baik lorrr... owh.. saya belanja ice cream. hehehe..jadi la.

balik rumah saya lak sambong berparty muffin dengan nezha. kahkahkahkahh.. makan ice cream dengan dia. mamat tu ice cream mana nak menolak. semua masokkkk....

pagi tadi pagi2 buta saya dah call obek, wish sekali lagi. berapa kali nak wish daaa..ngabihkan credit hp je. takpe la..saje suka2. hehhehe.. borak2 kejap pas tu melompat le siap2 pegi koje. jadi hari ni mood baik jangan dirosakkan walopon sebenarnya ada je kejadian yang menyakitkan hati. tengah dok pikir apa la yang nak dibeli bagi kat obek tu. haihh...pening la. semua pon dia ada saya tak reti le nak beli apa.

ok la.. nanti sambung lagi ye. apapon korang2 pon doakan kesejahteraan kami. wahh..tetiba je kami nih. kihkihkih..bukan wish untuk obek ke? apsal tetiba saya pon masok book sekali. biar la.... kahkahkahkahhh...

Friday, July 24, 2009

al-fatihah...


assalamualaikum..

pagi tadi jam 540am, saya mendapat kiriman sms dari sahabat baik saya, M, jika anda masih ingat sahabat saya yang bertugas sebagai guru di johor itu, mengatakan bahawa ibundanya yang tercinta telah pergi mengadap panggilan Ilahi.

saya terpana sebentar tak tau apa yang perlu diucapkan. apapon, saya harap pembaca budiman sekelian sudi sedekahkan bacaan al-fatihah kepada ibunda beliau, Allahyarhamah Maznah Bt. Ahad.

Semoga roh beliau ditempatkan bersama2 orang yang beriman dan sentiasa dicucuri rahmat.

amin, ya rabbal, alamin..

al-fatihah....

Thursday, July 23, 2009

situasi...

saya selalu berada dalam situasi yang menyakitkan hati. kadang2 rasa hilang sabar. saya ada sorang kawan (see.. i'm still able to call her as my friend after whatever she did to me) ok la..maybe tak sedap panggil kawan.. saya ada seekor kerbau (kenapa kerbau? sebab walopon kerbau tu dagingnya sedap tapi suka dok kat lumpur busuk. or should i refer to others animal?? yeahh... kerbau kaki pendek.. still kerbau whatttt...). ok2.. back to the first sentense, saya ada seekor kawan yang dulunya manusi tapi berperangai macam kerbau (pendek). polite enough? whatever. selalu sangat menyakitkan hati. well.. bila tengah marah semua keburukkannya akan tersenarai kat sini walopon masih ada kebaikkan dia. kebaikkan? sat2..nak pikir ada ke? ok2..ada la.. teman berym dikala sunyi. hakkkkkpuiiii....
--------
panjangnya ayat pertama. dipendekkan cerita. si kerbau ni selalu je menggunakan kawan lain selain dari saya untuk kepentingan diri sendiri. be it for personal matters or career. as we a from the same sekolah menengah dulu, so i thought its a good thing to keep in touch once in while. ye la.. buruk2 pon kawan sekolah awak jugak. sifatnya senang aje, tak boleh orang lebih dari dia, ada ilmu or info yang dirasakan berguna haram mampos la nak share, sanggop sengap sensorang. bila at the end of the thing kita tanya ko tau ke benda ni, jawabnya tau.. apsal tak bagitau.. alaa..lupaa.. (boleh le maki? no, no, no.. kita jangan jadi bongok macam dia jugak) -- kes takot orang lebih dari dia jugak, kalo cakap tak mengalah, as if dunia ni dia yang punya. sampai le sekarang dah berkahwin dan beranak but still she hooked with her bitchy style. kalo mengumpat, nombor one. who not, right? me too, but yes.. please dont do it as your daily dosage. there's lots of things that you can talk about rather than cerita pasal orang, tetambah hal isi kain orang.
---------
everytime ym.. tadak cerita lain.. anyam ketupat, anyam ketupat. boring dowh.. i mean, i dont care what other people do, biaq pi la dia. she did a kenduri recently for her daughter.. kenduri jejak tanah katanya. huishhh..budak dah umoq setahun baru nak buat jejak tanah ke? dah lepas berjalan ke hulu ke hilir ke tesco ke jusco ke pasar malam. ok fine..its her wish.. kenduri haruslah grand.. kalo kecik2 malu sehh kat orang kampong. tak disedornya gaji laki dah sampai leher. biarkan. lagipon dia tak jemput pon saya, kalo jempot pon saya tak pergi. jenis2 orang2 yang menilai kawan dari segi harta ni takpayah buat kawan pon takde. buat le ko pergi kenduri rumah dia datang berlenggang.. bertahun pon disebut jugakkk... tak kuasa teman deee..
--------
selalu dia cakap dengan saya, dia paling benci if orang yang tak jawab or reply call or sms. well.. its true. saya pon benci. bukannya tak nampak ada mesej masok. bukannya tak nampak ada tulis missed call kat screen hp ko tu. benda yang betol, harus kita setuju ye tak. kalo takde credit, bila dah top up nanti reply le say sorry or whatever so the other person tau la yang ko takde credit at that precise time. baru2 ni saya ada sms dia.. tapi tu dia... sms pukul 7pm replynya dapat pukul 2am.. (waktu bangun buat susu anak). ok la..fine.. takpe la lagi pon benda yang saya tanya tu tak penting pon. lepas pasa tu ada lagi sekali saya sms, kali ni haram berjawab sampai 2 hari. hahahhahaa....paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. terkena batang hidong sedap le saya mengajar dia. jawabnya senang je... credit habis malas nak top up. hahahha..ok fine. lenkali i pon boleh gak buat macam tu.
--------
kalo cerita bab anak pulak... anak dia le yang hebat anak dia le yang pandai. tapi pada saya anak dia tu terlebih manja. tak percaya tengok le satu hari nanti merasa le penangan dari anak kesayangan tu. pandai tak pandai its up to the baby tapi u sebagai mak jangan membeza2kan anak u dengan anak orang. memang la its a reality mak mana yang tak bangga dengan pencapaian anak sendiri. tapi jangan dibeza2kan. anak u pandai tepok tangan anak orang tu umor sebaya pon tak reti2 lagi (tapi anak orang tu kecik2 dah pandai salam cium tangan ko tak sebot pulakkan). anak u suka makan yang mahal2 je anak orang lain main rembat je (itu jawabnya anak orang tu la bijak kecik2 dah tolong mak pak jimat duit), anak u bijak kononnya pandai buat2 bunyik anak orang lain diam tak aktif (anak orang tu berpikir la bukan main hentam je), anak u kulit bersih anak orang lain berkudis (tak baca ke pasal skin alergy dikalangan baby, bukan kudis tau, eczema..doktor tak cakap kat ko ke) wtf??? hello.. perkembangan bayi tu berbeza2 la.. tak semestinya bila mencapai satu tahap umor tu dia mesti dah boleh pandai buat. ada budak dia skip2 kepandaian. pandai jalan dulu baru pandai cakap, ada budak memang takmau makan bubur terus nak makan nasi lembik. pada saya itu perkara normal. tak perlu diperbanding2kan. haaa..kalo kita cerita anak orang lain lagi hebat dari anak dia..merasa le mendengar alasan2 dia. pandai pulak nak mengelak. hari tu dok cerita pasal nak hantar sekolah tadika. ye la.. walopon baby still kecik perlu gak nak riki2 method terbaik untuk baby kan. itu saya setuju la.. dia kata kawan opis suruh dia hantar anak sekolah cina. saya kata kalo nak hntr masok sekolah cina, kene pi tadika yang anda mandarin.. saya yang terlebih rajin pi lak carik info untuk sekolah tadika tu..yang jenis anak umor 2-3 tahun pi antar tadika tu. very good school indeed. banyak yang dah saya baca. alih2 dia cakap wah..mahal le pulak. saya kata mesti le mahall.. ingat senang nak ajar budak2 kecik ni belajar. bahasa asing pulak tu. lepas tu dan2 dia cakap alaa...aku dulu sekolah tadika kat kemas kat kampong je elok je ni ha. saya jawab dalam hati memang le elok..tapi jadi macam ko le.. ok, fine. pikir secara positif. memang tak semestinya hantar kat sekolah mahal2 tu menjamin kepandaian anak. tapi sekurang2nya kita dah usaha. sebab method pembelajaran tu berbeza. zaman makin berubah. budak2 dah makin pandai. jangan esok dah masok darjah satu masih merangkak2 membaca. kalo pon hantar sekolah, kita mak pak kene gak ajar dia masa kat rumah bukan main lepas tangan je. takyah jauh la.. pi je la jalan2 kat pasaraya.. bila jumpa budak2 kecik tu sekarang semuanya speaking b.i. saya pon tergagap2 nak bercakap. so, pikir sendiri la.
--------
kalo cerita bab baju anak.. nafsu besor teringin yang baju branded2.. selalu tulis, 'auntie..belikanla kita baju baru yang gap/guess tu'.. as if kononnya anaknya le yang mintak. sayang budak punya pasal.. kita pon beli le. hujung2 jawabnya nanti boleh le melaram nk tunjuk kat orang rumah atas tu (duduk flet ye). lorr..macam tu le pulak jadinya. kita ni ngenangkan budak. maybe saya pon salah sebab melayan sangat. sekarang meroyan le ko sorang2. tak hingin nak layan lagi.
---------
kalo cerita bab barang kemas.. jangan le..harus korang kalah nanti. dia jugak yang nak memang. kalo barang kita halus, dipropah kita macam2. kalo kata barang kita besor tebal, dikata lak kita menunjuk2. habis camno. cerita bab kereta, nafsu nak beli handa toyota bagai.. tak sedar kemampuan pakai kancil je. selalu je saya cakap cepat le beli.. saya nak menumpang. hahahhaha..
----------
ahh..kalo cerita sampai esok pon tak sudah le. tapi yang saya kecik hati.. baru2 ni saya ada mintak tolong kat dia sesuatu. alah..bukan pasal wang ringgit la.. hal2 keje ni la. tanya kat dia kot2 dia ada soft copy untuk benda tu.. jawabnya ada tapi kat orang lain yang jaga. susah nak mintak kat orang tu le, penat nak bangun pegi tanya la, tak berapa ngam le, itu ini gedebak gedebuk so paham2 sendiri je la. jawabnya takmau menolong le tu kan. salah saya juga sebab sapa suruh mintak tolong kat dia. well.. i just try my luck le walopon dah tau jawapannya mengecewakan. takpe la saya kata dalam hati.. ada hari aku balas. see.. tak pasal2 saya jadi berdendam. memang nak kene ajar ko tu. cuba kalo dia tengah sesak, kita ni digegar2 mintak tolong carikan info itu ini. pun@@@ la..tak baik mencarut. ok2.. kansel. tapi tak boleh tahan lor. selagi dia tak dapat, selagi tu la dia akan call sms email kita mintak jugak2. mulai hari ni sorry le saya nak berbaik2 lagi. dah terlalu banyak dia menyakitkan hati saya. orang kata, kalo sehari 1 calar, kalo dah lama2 boleh jadi luka besar. sekarang dah luka besar le ni.
--------
saya bukan nak mengaibkan orang. saya pon bukannya baik sangat. tapi cubalah perbaiki diri. sikit2 lama2 elok le jadinya. from today, saya takkan berbaik lagi dengan dia. baik setakat dimulut je la.. takkan pernah terjadi lagi macam dulu. enough is enough....



photo credit to : consumptionaddict.com
--------
well.. you really deserve it, BITCH!!!!!

kenapa tak de mood haaa????...

ini namanya aksi akrobatik pusing2 tergeliat2 badan namanya. macam je la mamat sorang ni. apapon, layankan je la. mata ultraman bersinar2. hehehhehe.. powerr..hiahhhhh..
----------
aduhaiii... kenapa la kebelakangan ni lansong takde mood ha. ada je musibah yang datang. malas le nak cakap. cakap pon tak guna. lepas satu, satu masalah. musim bermasalah agaknya. mula la rasa nak lempang2 orang je. lempang sakit woo.. tapi kalo lempeng sodap..cicah sambal tumis ikan bilis. huhuhuhu....
---------
semalam balik cepat. kepala hangin. pukul 520pm saya udah kemas beg terus selamba badak je berangkat pulang. huwahhahha.. pening la malas nak pikir apa dah. lantak le orang nak call ke nak carik ke hapa ke. ingatkan kuar cepat tu jalan ok le. idaknyaa.. jem jugak. tapi cepat le saya sampai rumah semalam 615pm dah sampai. terus tapau nasik laok rendang ayam dan beli kuih cucur badak dan koripop. lutut dah gigil sebab memang tak makan seharian melainkan biskut 2 keping dan air soya bean tu je pagi semalam. balik2, terus bersila la makan. makan dengan aman? idaknyaaaaaaa.. ada le sekor tu dok mengeow2 nak jugakkkkk.. aduhhh.... bangun lagi amik makanan dia letak kat sebelah. ate..katanya nak makan berteman kan? makan dan makan dan makan. habis licin. heuhahahhahaha... kan dah kata, kalo susah hati lagi banyak makan. lepas makan lepak2 tengok tv. entah cerita apa lupa dah.
---------
malam pukul 830pm tu obek ajak kuar pegi makan2. owh..rupanya ada agenda tersembunyi. nak mintak tolong saya buatkan sesuatu kat paper work dia. patot le baik hati sengih2 je. debik kang tau la. anyway.. lepak2 kat mekdi je la sebab sana ada wifii dan itu je tempat yang sesuai pon nak lepak2 buat koje. atee..takkan nak dok depan pagar rumah? gila namanya tu. tuktaktuktak..makanya siap le bendalah tu.. kejap je. sesambil tu tengok espn kat mekdi tu best pulak. orang lawan2 skateboard dengan basikal bmx. wahhhhh..siap boleh lompat2 pusing2 lagi. hebat.. hebat.. saya kecik2 dulu naik basikal bmx la kononnya. basikal yang biasa2 ada bakul ada carrier tu takmo.. macam pompuan katanya. hwuahhahhaa.... abih kalo udah berkawan dengan lelaki je memang amcam tu le jadinya. elok beno le naik basikal bmx pakai skirt pegi lumba2. bagus yang amat. kitaorang 6 orang. 5 lelaki saya sorang je pompuan. belasah la panjat pokok ke, lumba2 ke, tangkap ikan kat parit ke. hentammm.. tapi tetap pakai skirt. hehhehee... masa tu tak kira apapon. semua masok. takde lak malu2 ke apa ke. petang2 lepas tuition berlonggok le kami2 ni, then pergi menuju ke destinasi yangtelah dipersetujui dalam kelas tadi. group budak pompuan ada gak tapi leceh le.. lembek... sikit2 aduh.. sikit2 merajuk.. sikit2 nak mengadu.. owh...bosan dowhhh.... masa tu bukan lawan main je.. belajar pon lawan2 jugak sapa dapat markah banyak. see.. budak2 dulu tak sama dengan budak2 sekarang.budak2 sekarang kepala ingat nak mainnn je bukan nak ingat belajar. agaknya la. hhehehe... selalu kitaorang lepak kat rumah yap, sebab dia kaya lorr...ada swimming pool. dan sebelah rumah ada kedai jual pau sedap. pau ca ya nun alip. inti sayur letak telor sebelah. sedap wooo... hentam jugak. hwuahahhaa...hehehhe.. apa pon..kenangan masa kecil tu. entah le kemana semua kawan2 lelaki saya tu. agaknya sekarang selisih bahu pon tak kenal. tambah2 pulak bukan sebangsa.. semua udah jadi apek kot sekarang. hwuahhahahhaa... apapon, miss you guys.. see, miss you guys je la pulak, takde lak nak miss you girls.. haihhh...tetiba nak emo lakkan pepagi ni.
------------
hari ni cuaca cerah. lawa. cantik. jalan pagi jem2 biasa la. ada lak eksiden kat depan western digital tu. baru lagi berlakkunya sebab still ada lagi kereta motor yang terlibat. parah tak parah dah usung bawak masok kereta le nampaknya. macam2 hal la pagi2 nih. harap2 takde apa yang serius. sapa pon taknak benda buruk berlaku. baik berkenaan diri atau pon harta benda.
------------
pagi tadi liat betol nak bangun. nezha pon kejut lebih kurang je. biasa selagi saya tak bangun or menjerit selagi tu la dia dok menggaru2 menggigit2 kepala, hari ni garu lebihkurang pas tu dai pon kebabom balik. hehehhee.... macam2 mamat kecik tu.
------------
petang ni taktau apa plan. harap2 semuanya berjalan dengan lancar. insyaallah....
------------
love you obek.... (keje rajin2 ye)
love you nehza...(lepas makan pi tido tau)
love all of you...(mengantok la tu. lain takde)

Wednesday, July 22, 2009

dera or exercise?

Photobucket


muwahhahaa.... ini bukan penderaan.. ini exercise namanya. hwuahahha..tak dapat bayangkan kalo nezha yang buat push up macam tu. harus pengsan mamat tu, berat sehhhhh.....
credits : http: // s63 . photobucket . com / albums / h113 / evooxp
thanks

gerhana wowowowwoo gerhana...



hari ni awal2 pagi lagi dah hujan ye. dan juga katanya hari ni adalah kejadian gerhana matahari.. gerhanaa..wowowoowowoo gerhana.. (nyanyi la ikut rentak lagu m.nasir tu...) anyway.. kejadian ciptaan Allah mesti ada sebab dan musababnya. alhamdulillah. syukur nikmat yang telah diberikan. walopon cuaca hujan dan jalan jem macam ke hapa.. tapi best gak bila mana tengok matahari ala2 stimm je timbul tadi. tak sempat le nak snap pic. mana nak tengok jalan jem kereta kiri kana, mana nak snap lagi. kalo sesapa ada kesempatan snap pic gerhana tadi boh le kat blog..saya nak tengok dan baca pengalaman korang. gerhana matahari tu sepanjang pengetahuan saya ia terjadi bila bulan berada diantara matahari dan bumi, samada separuh atau sepenuhnya. ye la tu kot. hehehe.. kalo nak info lebih, boleh le baca kat sini pasal gerhana matahari tu..
----------
hari ni jem biasa la. tapi yang tak biasanya saya udah menyumpah2 dalam kereta tadi. ada le sekor amoi ni bongok bangang betol dah tau jalan sempit memang tak muat nak lalu dibantai jugak lalu. haa..hambek.. bercium le side mirror dia dengan side mirror saya. disebabkan saya sebelah kiri, jadinya memang sampai le tangan saya mencapai cermin tingkap dia. apa lagi..turunkan cermin kereta.. ketok le cermin kereta dia. puas hati. ketok idak le pecah.. tapi pucat le mukanya. bodoh bangang betol la. patot pon bila tengok kereta dia kemek sana sini. bonet depan udah kemek kedalam, boot belakang pon terperosok. memang jenis bangang bawak kereta le ko tu. pas tu, kejap kiri kejap kanan. aduhhhh... geram betol. kelisa silver-wmw234. sapa2 kenal sila le bagitau. betapa kebangagannya tu telah menyebabkan orang menyumpah2 dia dipagi hari. padan pon dengan muka dia.
----------
udah2 le sakit hati. istighfar banyak2. pagi ni awal lagi dah hujan. sedap pulak berselubung bawah duvet tu kan. rasa takmo bangun. tapi mana boleh... tetap le kena bangun. nezha pon lena je berdengkor. wahwahwahhh.. heaven betol mamat tu la. pagi ni breakfast cereal bar dengan air soya bean 1 kotak. kenyang. balik semalam beli nasi campor. kenyang jugak. ahhh..taktau le nak tulis apa.


hehehehhee..aksi nezha dan saya tengah main2 le tu. mata bercahaya. hehehehe...
---------
obek tak berapa buzy tapi saya tak kuar le malam tadi. macam penat. actually takde mood. peristiwa pagi semalam yang buat saya menyampah tu still terawang-awangan. ditambah pulak waktu petang masa tengah beli nasi tu dapat lagi call yang menyakitkan hati. memang out of the mood betol la. saya ni bukan apa.. yang saya risau kalo saya susah hati saya lagi banyak makan. hwuahahahahaa.... terbalik kan?? orangkalo susah hati takde selera, ini saya makin le selera. aaa.. apo nak dikato?? semalam tengok cerita alibaba bujang lapok. lepas tu tengok berita kejap. lepas tu tengok leverage pas tu csi. habis csi, kebabommmmmm...... itu je la rutin hari2. takde yang istimewa. nak keluar, keluar kemana? kalo takde obek say atak keluar. malas le sorang2. melainkan memang perlu. kalo tak baik dok rumah. kat ruma tu pon koje melambak. nak dengan tak nak je buat koje.
----------
eh..korang sah tengok ke video nezha makan ice cream tu? hehehehe.. sapa belom tengok pegi tengok walopon tak nampak hapa. kahkahkahkahkahhhh...
----------
ok la.. disebabkan saya kurang mood hari ni, makanya penulisan adalah terbatas. sekian, terima kasih.
-----------
love you obek...(bila nak pergi jalan2?)
love you nezha...(sayang nezha)
love all of you...(korang jgn lak takde mood mcm saya)

Tuesday, July 21, 2009

nezha makan ice-creammmmm...


hehehehe....al-kisahnya... hari dulu semalam (senin kot) saya lepas kuar dengan obek tu balik tapau le ice cream. ate...nak makan2 le sambil tengok tv katanya. seperti biasaaaa... mr.QA/QC kita akan bertindak dengan lebih pantas dari biasa untuk mengcheck samada ice cream tu boleh dimakan ataupon tidak. owhh..cakap je la nak pow ice cream saya buat2 spot cek pulak.
-------
saya makan ice cream tu le..ninja apa ke namanya tu yang baru tu. kat tulisan katanya perisa bubble gum. tu dia... bubble gum boleh dimakan ke? harus tercekik tu kang. anyway..dia macam rasa2 strawbery campur bluberry le. berapa banyak berry da...mujur tak cerry-berry.
-------
sedap jugak. walopon cuma merasa sekerat je kan sebab sekerat lagi nezha udah pow. uwwaaa... so, disebabkan saya pon dah lama tak bh video nezha, kali ni saya boh le video nezha makan ice cream. harap maaf je la ye kalo tergelap ke hapa ke. almaklum..lighting rumah tu sayu2 malap2 stim2 je. hwuahhaha... dicampur lak dengan kehitaman nezha tu. jadi, mana yang nampak je la ye.




video

hehehehhee.... nampak ke tak? kalo nampak bagus...kalo tak nampak bye2 le jawabnya. nanti la kalo saya ada makan ice cream lagi boleh amik video dia lagi.

so cute kan????

menyampah dan makan...

wahhhh... menjeling-menjeling macam nak bunuh orang je. kadang2 macam menakotkan je tau nezha ni. anyway..buat le muka camne2 pon nezha.. tau la ko tu berlakon je lebih. muka je garang konon walhal manjaaaa bebeno. sikit2 ngadu, sikit2 ngadu. hahahhahaha....macho man..
----------
menyampah! saya memang tengah menyampah kat seseorang sekarang ni. eeee...entah la. susah nak cakap la. ada je isunya tau. geram betol. entah la..malas nak cakap la. buat lagi menyemak kepala hotak je. we'll see what will happen next.
----------
semalam saya pose sebenarnya. balik jalan tak berapa jem la macam biasa. lite2 jem tukira tak jem la. kalo jalan lurus laju je tu kang something wrong somewhere namanya. tapi obek kata jalan ke area bukitjalil tu jem korang.. tak bergerak. melekat!!! sebabnya ada latihan bola m.u tu katanya. obek kebetulan kene emergency call nak ke jln sultan salahuddin kl tu le. hwuahhahaa... area bank negara. jam dah pukul 5pm. hehehehe..bayangkan la betapa syoknya terperangkap dalam jem tu. dengan jem orang nak tengok bola, dengan jem orang nak balik koje. berasap brother..... pukul 630tu dia call.. cakap tak jadipergi la sebab tersekat bebeno lansong tak bergerak. dai dari tadi sangkot kat serdang je. mmm..macam2 la. dai kata nak balik. tanya nak makan apa. saya kata saya tak selera la. lagipon laok semalam tu ada lagi. tak sempat makan pon. so panaskan, tambah tauhu goreng, masak nasik, air ribena. jadila bua buka pose. bukan nak makan banyak sangat pon. tak selera. balik je sampai rumah pukul 7pm saya pon tungtangtungtang bersilat kat dapor. eh..sempat lagi masak telor masak kicap. hwauahhaaa.. nafsu orang puasa lapar mata yang lebih. siap je semua, lap2 dapor orang pon azan. just nice. makan sabil tengok detective conan. pukul 8++pm macam tu tetiba dengan bunyik lak, tinnntinnn.. bunyi hon. obek datang daaa..bagi kuih. hehehehe... ingat juga kat saya ye. kuih putu piring dengan tepung bungkus. rezeki jangan ditolak. walopon dah kenyang harus le terima dengan senang hati. lepas tu tengok nasib doremi. malas tengok berita. habis doremi baru tengok berita. hehehhee... camne la nak tambah ilmu pengetahuan kalo tengok berita pon pemalas.


dah lama kan saya tak letak pic makanan. bukan apa. rasa macam bosan je la sebab takde yang menarik pon. tapi malam tadi snap jugak le. hehehe... air harus le sekerat jug. kata haussss... mesti minum banyak2 lorr....
------------
lepas tu tengok apa ha? entah lupa la. owh..tengok leverage. tapi saya ngantok tak tengok pon sampai habis. pukul 9++ tu obek call tanya nak ikut tak dia nak jumpa kawan dia. owh..malas le. mengempek je kat meja semua lelaki2 cerita cable2 wiring2 mana nak paham. tak kuasa la tido lagi bagus. so, tak ikut le. hangkot nezha polok2 terus kebabom. dalam 930pm tu dah selamat zzzzzzz... sekali pukul 1230am terjaga la pulak. aduhhh..kalo takat terjaga je takpe, ini terjaga yang mata segar buntang punya nih. aduhh..geram betol. golek2 pejam mata tak jugak boleh lena. aahhh..tensen betol. tu la yang malas tu. so bangun sambong tengok tv. entah le cerita apa. kartun. itu je yang boleh layan. nak makan perot macam kenyang le pulak lagi. tak makan mulut tu nak ngunyap je. aahh..takyah makan. gigit2 biskut je dah. kejap je dalam pukul 140am tu saya pon dah ngantok balik so masok tidor balik. nezha biasa la... pantang saya bergerak harus le mengekor je kulu kilir. orang pergi toilet pon nak ikut gak. baiikkk punya bodyguard dia tu. pukul 430am terjaga. golek2 lagi then tidor. pukul 6am dah terjag lagi. terus bangun. disebabkan hari ni mood rajin tu lebih, sempat le masak breakfast. takde la buat apa pon. kemas2 laok malam tadi tu kasi bersih then buat la nasi goreng. takde rencah apa pon, potong bawang dengan cili je then boh telor. nasi goreng simple namanya. hwuahhaha.. air teh hijau. ate..kata nak kurus harus minum teh hijau. hehehhehee....
ni breakfast saya pagi tadi. tapi udah terpedas le pulak nasi goreng tu. heran betol la walhal just guna cili potong je tu. uuwwaaaaa....
----------
saya breakfast nezha pon breakfast la. alamak..makanan dia dah habis le. malas betol nak singgah kedai petang ni. ko makan nasi je la nezha. jimat. hehehehhee.... lepas breakfast kuar le pegi koje. jalan jem pulak. dari depan rumah tu nak kuar simpang pon dah berkurun. dengar lak kat radio kata ldp jem sebab ada kereta rosak kat cable bridge. good. just what i need this morning. bengang sehhhh..... jadinya berkurun le dalam kereta. sampai opis lambat pukul 920am baru sampai. kal tau nak ada kereta rosak kat cable bridge tu tadi bangun pukul 6am tu saya dah berambos. hwuahaha, melampau2 tu nak kuar cepat. bukan apa.. bosan la. bukan kata nak marah kat tuan punya kereta rosak tu.. dia pon tentunya takmau kereta dia rosak pepagi buta nak pergi koje ni.. bengang 1 hal.. duit harus kuar maaaa.. ingat tow truck tu baik hati nak tarik free ke? hehhehe... mimpi la. tapinya disebabkan dia semua orang lambat pergi koojeeee... ate..camne tu???takpe2..sabar2. walopon dah menyumpah sebakol dalam kereta tadi.
----------
obek tu pulak katanya badan sengal2. macam nak demam. mmm..tu la kalo koje tak serupa orang macam tu le jadinya. makan ubat degil. demam urat agaknya. harap2 tak le melarat yang bukan2. kalo nak demam tu demam je la. kadang2 badan pon perlu demam kot untuk merehatkan badan. ni mana punya falsafah le ni. hehehhehee......
----------
ok la... nanti2 sambong lagi. cuaca hari ni nampak mendung macam nak hujan kan? aduhh..saya ni dah le fobia hujan. penakot air yang benonya. harap2 semua ok la.
-----------
love you obek...(jaga kesihatan ye)
love you nezha...(nanti ptg naik kita jln2 naik kereta beli makanan ye)
love all of you...(weh..dah selasa dah ni takkan lemau2 lagi kot)

Monday, July 20, 2009

cerita hujung minggu # 5...

nezha pon boring je nak melayan. hehehe..actually ni sebenarnya baru lepas penat mengah main kejar2 lompat2. aduhh... macma tu punya gaya main takyah pegi gym lorr.. berpeluh2 seluruh badan. bagus2...
----------
yuhuuuuu...its monday again people. jangan la muram2 boring2 durja2.. happy2 la sikit. monday ke friday ke tetap le kene kerja kan? takde koje menggagau nak carik koje, dah ada koje takmo koje pulak. hehehhee.. biasa la tu. anyway.. dipagi yang cerah dan indah ini, jangan spoil2 mood korang. ceria2 ok. chewahhh... ini kalo dato fadzilahkamsah dengar pon boleh nangis ni, hwuahahhaha....
-----------
nak cerita le kisah weekend saya. biasa2 je. jumaat hari tu sorry la. mood ada sikit tercalar balar pulak. jadinya sudah terhangin dan terhangit le kan jawabnya. hehhee.. tapi sekarang udah ceria. jangan marah2 lama2 tak baik nanti muka comot. kalo comot sapa suka? nezha pon tak suka. opss..dia takpe, dia terkecuali. owh..cerita nezha? kejap2... dia buat hal betol. kejap2 ye.. nak cerita pasal weekend dulu.
----------
friday :
hell!!!! end of story. full stop.
----------
saturday :
kita ke mana kawan2???? yeee... kita terjah nilai satu carik kain langsirrrrrr... waduh2... penat gila. memang macam nak gila la dia punya penat. pagi breakfast goreng cempedak. orang bagi buah cempedak kat ma. alalalalla..comelnya isi cempedak tu ad ale beso ibu jadi saya ni ha. hehehee... kecik2 je. tapi manis. so, taktahan le bau cempedak tu pepagi saya dah goreng dan selamat dimakan. mujur takde angin kus-kus datang ye. anyway.. lepas breakfast dalam pukul 10am tu mula la berangkat ke nilai1 tu. eh..korang janga taktau nilai tu ada nilai3 dan nilai1 tau tak? tapi nilai2 tak dapat dikenalpasti mana pulak letak kedudukannya. nilai1 tu yang kat mcD tu le. perasan tak? ahh..takpe la. sebab saya bawak ma pegi situ dulu, sebab situ macam menyenangkan le sikit tak perlu nak jalan jauh sangat. kalo nilai3 tu bapak hazab jauh berjalan. kononnya if dah jumpa kat sini takyah le ke nilai3 tu kan. cari punya cari punya cari punya cari (berapa banyak punya carik daa) ada le jumpa yang berkenan. banyak tu memang le banyak cumanya nak carik yang harga murah le. ate..kalo udah beli sampai 1 kayu (dalam 160m) harus le beringat2 sikit berapa lak harganya. pakai tu berpada dengan taraf hidop je. ingat2 sikit. dah jumpa, dah berkenan dah segalanya so proses memotong pon bermula. aduhh.. mujur orang kedai tu baik nak potong sekeping2 ikut kuantiti tingkap dan pintu. buatnya dia takmau udah 1 koje membawak segulung kain tu. tak ke haru. ma standard le.. mulut terlebih ramah bersembang2 dengan orang tu rupanya ala2 kenal le pulak. haihh..macam2 le. saya sementara tu dok merayau ke kedai2 lain tengok design2 langsir le yang lelawo tu. bawak mahal. untuk sliding door je siap dengan kepala langsir tu boleh sampai rm400..tak termasok harga kain langsir. pengsan. lama gak le sebab ye la..nak potong tu banyakkan. siap dalam pukul 130pm macam tu. pas tu terus bye2 kedai.. balik terus pergi hantar kat orang jahit. risau sangat kalao orang dah takmo amik tempahan. ma kowtim2 taktau le dia cakap apa akhirnya orang tu nak jugak. selamat. alhamdulillah. harap2 makcik tu jahit elok le. tinggal nak jelujur je lagi sebab dah siap2 potong one by one tu. hehehhee... lepas tu ma belanja makan nasi beriani. hehehhee.. kedai kat kawannya le rekomen konon sedap beno. kat bangi ko... bapak jauh melalak2 nak makan nasi beriani punya pasal. order punya order punya order.. makan.. huishhh.. idak le sedap pon. biasa2 je. beriani kambingnya manis le pulak. saya tak pasti memang macam tu le rasa masakannya ke tekak saya yang tak boleh terima. anyway.. tak habis pon makan. tak larat lorr..manis dowhh... lepas makan2 baru le balik. sampai je rumah duduk kejap, mandi, zohor terus kebabommm... penat sehhhh... petang tak buat apa. tengok orang main bola, sambil cuci mata. ala..kat depan rumah je bukannya sampai pergi ke stadium, katanya si rooney tu datang ye? idak le teman berkenan. hehhehee.
---------
ahad:
pagi hantar ma pergi rewang kat masjid sebab ada buat kenduri untuk israk mikraj katanya. lepas hantar ma, saya terus lajak ke pasar pagi. hehehehe.. jalan2 la cari makan, cuci mata. kot2 ada yang berkenan. nampak papan landas murah kaler biru. lawo. ala..kat yang orang jual barang murah2 tu. rm2 je. beli jangan tak beli. boleh ganti landas kat rumah tu. lepas tu beli apa ye? owh..beli peria, sebab teringin makan masak lemak peria denga ikan. pas tu beli air milo. wahhh.. rumah belambak milo nak jugak beli. dasar nafsu membeli betol. lepas tu balik rumah. sampai je rumah terus berkungfu kat dapor masak cepat. so menu hari ahad, masak sambal tumis udang dengan petai belalang (tau ke? petai yang kecik2 tu), masak lemak cili api (sikit je cili apinya, saya mana boleh makan pedas lorr) ikan tenggiri dengan peria katak. diulang, peria katak bukan katak ye. peria katak tu yang peria kecik2 tu. belom lagi teringin nak makan katak. tapi nampak macam sedap je kan katak tu. goreng. huwahahahhaa...... lepas tu rebus bayam le. harus ada sayuran hijau kata mengamalkan cara hidop sihat. ye beno le tu. pas tu tengok midsummer murder, pukul 1pm amikma balik. 130pm saya pon angkat momtot balik rumah lorrr.... hehehhehee... sampai rumah kemas apa yang patot, mata pedih nak tido. main kejap dengan nezha pas tu tidoooo... sedar2 udah gelap. yee..udah pukul 8pm. baru melompat. nezha pon senyap je tak de lak nak menggaru2 ke menggigit2 ke. haihh..budak ni. geram betol. pas tu pukul 930pm obek call..ajak pergi makan. rasa malas nak kuar sebab nasi ada lagi tapi kata nak dating. kuar jugak le kejap. pegi makan2 je pas tu balik. pas tu tengok tv. entah cerita apa. owhh.. cerita apa la tajuknya 105.. kalimah syahadah ke apa tajuknya. elly mazlin berlakon, nasir bilal kan. hehehhee...aduhh.. apa la punya cerita. nak kata kelakar ke hapa ke. cerita tu dah ok..cumanya jalan cerita dan dialog tu yang hampeh. lakonan pelakon ok. macam2 la. lsambil2 tukar2 channel la tengok hagemaru. pas tu tido.
---------
isnin :
bangun pagi dengan penuh ceria. ate..dah kata hari senin kan, harus le gembira. siap2 semua. baju dah iron malam tadi so bagusnya. jalan pon tak berapa jem. sampai awal tapi duduk dulu kat parking sambil baca buku sikit. lepas tu baru naik opis. hehehehhee...
----------
mimpi??? adaaaaaaaaaa... nanti le buat entry mimpi sepanjang minggu ini. gila punya mimpi. macam best pon ada. heuahhahaa..
----------
kenapa selangor/kl tak cuti israk mikraj ha??? uuwwaaaaa.... bukan ke sepatotnya cuti hari ni??? takpe la..ada le hikmahnya tu agaknya. owh.nak tau cerita pasal nezha buat perangai. semalam kan main2 lompat2 kejar2 semua tu. sekali masa dah lepak saya nak bagun le sekali ternampak le..pinggggg... apa ke benda cair2 ni. sekali cek punya cek punya cek.. haiyaaa.. dia sudah uk-uk le cair. taktau le uk-uk ke muntah ke. geram betol. geram2 pon idak le saya marah dia. just bising2 je la. aduhh.. udah satu koje ambik baldi mop segalanya. mujur kat lantai. kalo kat karpet aponak dikato. haaa.. tu le. bersyukur le jangan asyik nak marah2 je. saya rasa dia terlebih syiok main le samapi tak sempat nak ke kotak uk-uk dia. hehehehhee... agaknya dia ingat2 nak melompat rupanya terus ter-cretttt sekali. whauhahhahaha... nakal2 pon itu le jantung hati saya. nak buat camne. patot dia je saya panggil. bila dia nampak saya bawal baldi bawak mop, mencicit lari bawah meja. tau takottttt....
---------
ok la.. banyak lak bebel ni. nanti2 sambong lagi. have a nice day!!!!
---------
love you obek...(miss you)
love you nezha...(jangan noty2 please)
love all of you...(sapa suka monday turun tangan!!! haa..tu ramai je yang turun tangan. hwuahahha)

Friday, July 17, 2009

hate...

i hate everything

Thursday, July 16, 2009

metro-hetero?...



hehehehee..imagine what happen if wolverine went to nail salon do get his mani-pedi done. hehehhehe.. surely extra charges will be incurred.
is wolverine a metrosexual? or heterosexual? don't know laa... most of todays straightman also get in touch with his feminine side, especially when it comes to personal grooming and appearance. some of them even have silkier skin than women. women tends to more for masculine act pulak. haiyaaaa...
what is metrosexual, heterosexual, gay & les... go check it by your self. read..read..readdddd...
this is not an 18sx entry.. its just common general info.
hehehehe..peace!!!

penunggu pintu...

di suatu ketika, kelihatan satu lembaga hitam tercongok di pintu, hanya mata yang kelihatan. merenung tajam sambil menjeling2 dengan mukanya yang masam dan marah. hwuahahha..jangan biarkan hidop anda..diselubingi.. misteriiiiiiiiiiii...
----------
hehehhehee... apa punya opening la. itu la nezha muka pepagi macam le garang beno. aduhh... sekali tengok macam menakotkan je. 2 kali tengok elehhh.. tak hensem pon. saya je yang dok tergila2kan dia hari2 gila bayang. kahkahkahkahhh... anyway.. ini pic pagi tadi waktu nak pergi kerja. dia biasa la. nampak saya bersiap2 harus tunggu depan pintu. kot2 ada harapan nak bawak round naik kereta kan. tapi sorry la nezha, pagi2 memang le tak sempat. kalo petang2 takpe boleh la pusing2 kejap. sorry ye.. petang nanti kita pusing2 pergi kedai. wokeh? sayangggg diaaaa....
----------
semalam balik lambat la. benci betol. penat. pukul 830pm baru sampai. balik2 terus beli cakoi. sebab takde mood nak makan yang berat2. badan dah penat makan ala kadar je dah la. nak beli sya bean, tapi uncle tu lak tak de. haiyaa... tekak macam haus2 je. then malas nak brenti2 lagi terus je la balik rumah. sampai rumah budak itam dah menunggu. bukak je pintu dia pon melompat2. hehehehe.. so sweet.. rasa seronok balik keje penat2 ada orang sambut. macam tu la agaknya mak2 yang balik keje penat2 jumpa anaknya kan? walopon nezh atu kucing je..tapi perasannya sama je. rehat2 kejap.. main2 pusing kejar2 then mandi. tengok numbers sambil makan2. lepas tu apa lagi. kebabom laaaa...


see..ini namanya muka comot bangun tido belom sempat lap muka pon pagi2. hehehee.. aduh. apa la comot beno kamu ni nezha. chehh... turun saham woooo...
----------
obek seperti biasa. buzy, buzy, buzy. nyampah i... hehehhehe..takpe la.. saya pon penat jugak malam tadi so takde le apa bendanya pon. nak berkepit je tak syok jugak nak jugak kene ada waktu untuk diri sendiri. petang ni harap2 tak de apa2 la. nak balik cepat. teringin nak makan cucur udang macam hari tu nak buat sikit jadi la untuk sekali makan. hari ni dah khamiskan. malam kang jangan lupa tau tengok cerita lawak kat tv3 pukul 930pm. mesti menarik. hwuahahhaha.....
----------
owh.. korang2 yang ada credit card tu kalo nak buat full settlement call bank mintak discount. sekarang tengok promo full settlement. pegi la.. banyak gak dia bagi discount tapi pepandai le kowtim kan. saya takde kad kredit. itu kawan saya yang cerita. tapi info yang bagus apa salah kongsi bersama2 kan. duit tuuu....
---------
malam tadi mimpi jugak. tapi dah lupa. pagi tadi bangun tido ingat. sekarang dah lupa. rasanya mcam mimpi ngeri la. apa ye??? ahhh..takpe la. tak penting pon nak ingat mimpi2 yang mengarut tu.
---------
apa la saya mengarut pagi ni takde idea lak nak tulis.
----------
saya tengah pening nak carik orang jahit langsir untuk rumah ma saya. aduh... semua tailor dah takmo la. baik kat kampung baik kat bandar. heheheh..padan muka. lambat sangat beli kain tu le pasal. dah le tu banyak lak tu. so, kalo korang2 nak buat part tiem amik upah jahit langsir bagitau saya or ada kawan2 or sedara2 yang nak jahit, saya nak hantar ni. tak banyak. 1 kayu je.
----------
okla..takde idea & takde mood nk tulis apa2. kepala pening. bak sini panadol nak telan.
----------
love you obek...(rindu)
love you nezha..(rindu jugak)
love all of you...(pon rindu)

Wednesday, July 15, 2009

dead of alive?...


vladimir ilyich lenin
----------
believe it or not... the embalmed body of vladimir lenin has been on display at the lenin mouseleum in moscow since his death in 1924. once a year, every year, his body is taken out of its exibit case and bathed in a concoction of formaldehyde, methanol and ethanol.
----------
some kind of mummification i guess. the difference is the ancient egptions method is preserving bodies through embalming the bodies and wrapping them in strips of linen, but vladimir used more 'modern' chemical products.
----------
why they do it? i dont know.. go figure it yourself.. who is vladimir? read about him here...

hujan lorrr....

hehehhehee...memang dasar pemalas. hujan2 boleh lak kuar pegi naik basikal kulu kilir, bini mintak tolong buang sampah pun tak mau lak katanya hujan. panggg karang baru tau. ini mungkin cerita kartun, tapi sebenarnya ini sebahagian dari realiti kehidupan. kat luar bersuka ria, balik rumah buat muka macam penat sangat2 walhal tak buat apa pon. benci ahhh dengan orang perangai macam ni. hehehe.tetiba je kan nak emo2 ni. layannn.....
----------
bukan apa.. kebetulan pagini hujan le pulak kan pepagi. wahh..lama dah tak hujan pagi kan. saya bangun2 je tido tadi tengok gelap je. cadang nak lelap balik tpai mikirkan buatnya terlajak apah tak dapat. hehhee..jadinya paksa diri untuk bangun jugak. mendung. gelap.. semilir angin..terasa dingin..namun semua terusik.. gara2 kamuuuu.. eeehhhh..tetiba je berdangdut pulakkan. hwuahahhahaa.... anyway.. disebabkan hujan, mood saya pun mendung jugak le kan. dah le malam tadi tak berapa lena tidor. kejap2 terjaga, kejap2 terjaga. well.. itu dah memang sejak azalinya la perangai saya kalo tido. siap mimpi2 lagi tu. mimpi apa? tungguuuu.... bangun, bagi nezha makan, lap2 muka dia comot ya rabbi kalo bangun tido then mandi siap2 pergi kerja. owh..nezha kejut saya malam tadi sampai 2 kali. hehehhe..sayang dia. baik je kejut2 orang kan takot saya pergi kerja lambat. aduhh..apsal hari ni malas sangat ha???
----------
semalam macam biasa. balik je terus singgah kedai tapau makanan. beli nasi dan laok sotong. pas tu beli keropok lekor. tak sedap le kerpok lekor dia tu rasa lain macam je. balik duduk kejap, check2 kot2 sikelabutu ada datang. takde agaknya sebab makanan yang saya letak kat luar tu tak berusik pulak. pergi tempat lain agaknya dia tu. takpe2. owh..senja2 tengok cerita anak bapak. ye kot itu tajuk ceritanya. hahhahaha...layan je la. entah dah berapa ratus kali tengok still nak tengok jugak. lepas tu makan2 lepas tu tengok ceita apa ha? lupa la.. lepas tu tengok csi, tapi sekerat je sebab mengantuk sangat. owh.. sambil2 tu buat koje jgak. benci la buat koje kat rumah. bukan ke rumah untuk berehat bukan buat koje. entah la. runsing otak. owh..tengok berita pasal bas terjun tu. kesian betol ye. kesian kat penumpang2. dah le kene naik bas, then accident pulak. haihh..macam tu dapat tak pampasan insuran dari syarikat bas? katanya sebab ada kereta wira biru dah take over. signal kanan tapi masok kiri camno tu? tu mesti orang bodoh yang bawak kereta tu kan. so bas terbabas. taktau le dapat tangkap ke tak kereta wira biru tu. kalo dapat memang masak le ko kene. nyawa tu wehhh...
----------
mimpi apa? owh..malam tadi mimpi special punya. hwuahhahhaa..oleh tak saya mimpi minum teh c peng special ni??? aduhh.. memang selalu je tengok gambor teh ni kat kedai tapi tak pernah cuba. bukan takmau cuba tapi sebabnya dia teh susu tu yang saya ada sikit lambat tu.. takot nanti loya2. tapi memangteringin sangat2 sampai termimpi2 nih. petang ni tak kira la nak jugak try. hehehehehe.. dia tu sepcial sebab dia buat jadi macam 3 lapis. bawah sekali tu entah le apa kopi kot sebab hitam je. then susu then teh. owhh..nampak menarik tau. korang2 pernah try ke minum teh ni? carik kat google image nampak lak poster ni. memang ini le poster yangs aya selalu tengok kat kedai tuuuuuu.. huhuhuhuhu.. takpe2.. nanti nak jugak cuba le.

ini le teh c peng special yang sampai termimpi2 tu. gila laaa.....
----------
ok..sambong balik bab mimpi. so mimpi minum teh tu le. dalam mimpi rasa macam sedap. nanti try real taktau sedap ke tak. hehehhehe... seperti biasa saya mimpi mesti bersegmen2 punya kan. macam2 edisi ada. lepas tu mimpi pulak si nazri penyanyi kumpulan nasyid raihan tu le. wahhh... konon2 dia ala2 buka kedai la nak launch produk baru. alaa.. kan sekarang ni macam2 le produk ada jual kopi la jual kurma le jual macam2 le. haa..jadinya si nazri ni buat product launching. say apulak jadi ala2 usher untuk majlis tu. hwuahahhaha... macam2 la. walhal seumur hidop tak pernah pon jadi usher majlis. hantam la.... nak tau sapa tetamu jemputan? pak lah lorrr... yeap.. pak lah our x-pm tu le. hwuahhahha.. waduh2.. i wonder what he is doing now. apsal le tetiba teringat kat paklah ni. masak2... si nazri tu pon walhal tak pernah dengar radio pon lagu dia, kat tv pon tak kuar gak. baca majalah saya memang je jauh sekali. alih2 tetiba je masok dalam mimpi. hehehheh... owh.. bila dah habis majlis saya macam naik kereta dengan paklah lorr. wahh.. convertible car lagi tu wahwahwahhhhh... hebatttt... entah le macam borak2 je then kebabom.. habis macam tu. sambong mimpi lain lak. kali ni mimpi pergi kedai. tengah dok belek2 barang tu orang kedai cakap dik beli la ubat ni. saya kata ubat apa ni? ni ubat baru macam pil chi kit tek aun tu le tapi ni baru punya. wahhhh... apa ni?? tak pasal2 pil chi kit tek aun pon masok mimpi saya? apakah sebab saya selalu sakit perot? uuwwaaaa... kononnya itu ubat baru le dia jual kat kedai dia. memang bentuk macam kotak pil tu tapi ni kecik sikit danbentuk 4 segi tepat. hehehe..murah sajor rm2.10 sekotak. then saya kata ok la..saya amik 3 kotak. so pergi kaunter nak bayar. budak kaunter tu scan2 tak leh kuar price walhal tercongok katkotak tu harganta. sekali dia kata rm9. wahh..saya kata mana boleh.. patotnya baru rm6.30 je. pas tu dai kata owh..ye ke? takpe la..akak bayar rm3 je dah le. hwuahahhahaha.... wahh..dalam mimpi pon nak gaduh2 pasal price. hantam la.. lepas tu apa ntah.. nezha dah garu2 kepala saya. haiii..macam2 mimpi adaaaaaaaaaaaa...
-----------
owh..malam tadi main lompat2 dengan nezha. hehehhe..penat weh melayan dia. takpe la..kira exercise jugak le tu kan. takyah pergi jogging la macam ni. hari tu obek ajak main badminton. oh my... dah terbayang2 dah camne rupanya saya melompat2 kat court tu. bukan sebab melompat main, tapi melompat sebab tak dapat2 pukul shuttle. hwuaahhaha..saya tak reti le main badminton. reti tu reti tapi sekali pukul lepas tu shuttle jatuh.takde la macam nak berbalas2 pukulan. hehehhehee... buat carik marah orang je kalo main dengan saya. mujur obek bz je kan kalo tak mesti dia ajak lagi owhh...seksa dowhhhh.... malas le. pas main mesti berlengas2... uuwwaaaa... malas betol.
----------
ok la.. otak blur2 le pulak. ada benda nak kene buat ni. nanti kalo ada masa saya round2 blog korang. to mokcik azwa (if you read this).. sorry tak boleh masok blog u sebab aborted je sepanjang masa. camno tuh???
----------
have a nice day...
love you obek...(nak pegi jalan2)
love you nezha..(makan banyak2 tau)
love all of you...(korang ngantok ke?)

Tuesday, July 14, 2009

archaeological anomalies...

what is this? what do you think? do you think its a real things or some sort of technological computerized altered picture? whatever it is, what if its a real thing? scarry lorrr... human (or whatever it is) remain with wings holding a still sharp looking sword.. ayoyoyo... whatever it is.. beliveve it or not? its up to you...

makan banyak. ehhee...

sebelum apa2 harus le tatap wajah kesayangan hamba ni kan. hehehehhe... ini namanyanya entah la ekspresi muka apa saya taktau. dia je yang tau. ntah marah ke malas ke ngantok ke idak le teman tau.
----------
wahhh..semalam balik jalan jem betol lansong tak bergerak. melekat. hantu betol la. entah le apa yang dah terjadi kat depan sana tu tapi memang tak bergerak betol la. dengar2 gak kat radio tak cakap apa pon just cakap sesak seperti biasa. kot2 la ada ambulan ke polis ke nenoneno takde jugak. geram betol. dah le dengan rasa nak muntah, sakit tekak, serba tak selesa la petangs emalam. geram2. sudahnya sampai rumah dekat2 nak 730pm. huhuhuhu.. rumah dah gelap. sampai je turun kereta nampak lak si kelabu gebu2 tu datang. wahhh.. saya nak dekat dia cabot pulak. amboi2.. makanan habis ko sebat bila orang nak dekat ko lari pulak ye. pandai la. dah le datang tak bagi salam. cakap le mummy saya nak datang makan ini tak dah makan terus blah. kurang asam betol. but still, saya masih letak makanan kat luar. geram tengok dia gebu2.
----------
nezha kat dalam rumah udah memekak meow meow meow menjerit2. hehehe..tau takot. masok2 rumah dia terus menerkam. owhh... rindu rupanya. pelok2 then bagi makan. harus le kene tunggu sebab kalo bergerak sikit je dia mula la angkat muka tengok saya. dah kata saya malas nak suap kene le tunggu dia makan. haihh..dah jadi satu koje pulak. lepas tu saya pon mandi. alamak..nezha dok tolak2 pontu nak intai lak orang mandi mana bolehhhhhhh....



hehhehee... asyik kusyuk makan. makan bersepah2. biorkan je la. makan banyak2 sikit nezha.. dah kurus dah tu dukung pon dah rasa macam ringan je. uhuhuhu..sian nezha..
----------
malam, kuar pegi beli makanan dengan obek. bapak beli banyak. beli burger, air soya, cakoi, angku, rojak. hwuahhahaha... memang lapar gila. tu yang beli macam nak makan 10 orang tu. anyway... habisss.. takde la habis licin tapi ada la tinggal sisa2 sikit2 je. burrpp..lepas kenyang apa? mata pon ngantok la...
---------
balik2 tu kan tengok detective conan.. pas tu kuar, balik sambil makan tengok leverage. huhuh.. macam nak habis je season leverage tu. udah ada ala2 internal rival le pulak kan. anyway..saya suka je cerita tu. lepas je leverage terus masok bilik dah. tak larat. tapi nezha pulak buat hal. makin ligat main lompat sana sini. aduhhh.. gerambetol. orang dah penat dia nak main lagi. layankan juga. lama2 dah penat saya tutup lampu bior dia. hehehe.. takdenya... mengeow2 dia dalam gelap tu. tau takot. baru nak masok bilik. saya sambong baca buku sikit tengok nezha udah terbongkang. wahwahwahhh..orang yang takmau tido tadi tu dia dulu2 yang dah kebabom. saya pon tido jugak le. hehehhee....
---------
dalam pukul 3am++ terjaga. pusing2 tido lagi. pukul 5am pon terjaga juga.. tido lagi. last2 630am terjaga pas tu bangun le. golek2 dulu liat betol badan nak bangun. malasssssssss betol nak iron baju. sementara nak memikir nak iron ke tak tu sempat lak tengok mickey mouse berlatih main piano. hwuahahhaa... suka la. lepas tu baru terhegeh2 iron baju. lepas tu masak air sikit buat milo ais. hwhhehehee.. pagi2 minum ais la haus betol. sangat tak bagus. lepas tu buat roti telur. 2 keping je itu pon tak habis. lepas tu baru la pergi kerja. hehehhee...mujur jalan tak berapa jem pagi ni tadi. kira ok la dari keadaan waktu balik semalam. harap2 petang ni tak le jem. benci aahhhhhhhhhhhh....

ni taktau nak boh caption apa. hehehhe.. sebab muka gegar2. biasa la nezha to rawk le konon. layankan je....
----------
obek macam biasa la. buzy je memanjang. petang ni taktau le buzy gak ke tak. buzy, buzy, buzy. ini kalo tak dapa bonus 26bulan ni taktau le nak cakap apa. geram la. owh..semalam masa kita orang tengah pusing beli makanan tu mak midah call. cakap ada le jirannya kat kampung tu meninggal. just nak inform je la. tau la kalo kat kampung jiran tu sebenarnya sedara punya sedara punya sedara. lama2 habis 1 kampung tu sebenarnya bersangkot paut. biasa la tu. pas tu cerita2 pasal adiknya yang masok poly tu.
----------
owh..kawan saya yang banyak songeh tu katanya dapat interview koje gomen. hari tu kutuk bukan main la ni ternganga2. bior la lantak hang sana. tak kuasa nak melayan. semalam dok tanya saya kat mana nak beli biskut jari tu, dia kata anaknya suka (infact, saya pon taktau biskut jari tu apa. hehehhe). saya kata kedai ko biasa beli tu takde dah ke? jawabnya dah habis stok. saya kata kalo habis stok beli la biskut lain..takkan nak cari biskut tu jugak. budak pon dah besar dah umor 11 bulan nak setahun dah, bulan 8 ni genap setahun, bagi le makan campor2 asalkan bersesuaian dengan umor. jawabnya budak tu takmo. ye la..dah ko tak pernah ajar dia. ahh... lantak le. pasal biskut pon nk kecoh2. bosan.
----------
mmmm..anak pakcik obek yang kat cheras tu nak buat kenduri kawen anak lelakinya pada bulan 8 ni. hehehhee.. tengok la kalo sempat pergi, kalo tak sempat tak pergi. obek harus le sebok bertunggu tangga kat rumah orang tu. ah..bior le sedara dia. semalam dapat kad jemputan tu le. lawo kaler purple kilat2. simple but nice. anak pompuan hari tu pon theme purple, kali ni pon purple. hehehhehee... ate.. purple je segalanya.
----------
ok la.. nanti2 sambong lagi.... have a nice day.
----------
love you obek..(miss you so much)
love you nezha..(comel2)
love all of you...(nak keje ke nak tido?)

Monday, July 13, 2009

jokes # 1 : bad escape plan...

hehehehhee... can u imagine what will happen if he really did escape? sanggop ke? whuahahhaha....
moral of the story.. please make a 360 rotation degrees to look into whatever possible outcome whenever you make any plan.

cerita hujung minggu # 4...

hehehhee..nezha sampai tergeliat2 badan terpusing2 punya la pemalas dia tu. itu sebab saya panggil dia tapi dia malas bangun jadinya pusing2kan je la badan. memang tau budak ni.
----------
seperti biasa... kita hip hip horeyy dulu.. hip hip horeyyyy!!!! its monday people!!!! hehehhee.. sure korang bengang je kan. kahkahkahkahkahhh.... anyway... mesti la ceria2 dia pagi isnin ini supaya the whole week akan jadi lebih produktif. wahh..ala2 ayat dr. fadzilah kamsah le pulak kan. takpe2... kita teruskan dengan cerita hujung minggu kita.
----------
jumaat petang :
balik rumah ma le apa lagi. tak beli apa pon sebab ma kata takyah beli apa. ma masak tempoyak ikan bilis dengan asam pedas ikan apa ntah. makan sikit je sebab macam tak larat. malasnya tengok semanis kurma. lupa la isu apa. hehehhee....
----------
sabtu:
pagi2 dah bangun sebab ma nak masak bubur kacang bawak pergi meeting. ye.. ma saya tu buzy tetipa minggu meeting ngalahkan perdana menteri. anyway. penah sehh bangun pagi2. pukul 9am pergi hantar dia then saya pon duduk le tercongok kat sana sambil baca buku. biaq pi la depa nak meeting apa pon saya duduk je dendiam. nak kuar2 pon malas le cuaca panas. duduk dalam tu sedap sejuk ekon. hehehehe... habis meeting apa lagi acara makan2 le kan. saya makan sikit je tak selera la. dapat nasi ayam tapau bawak balik. balik rumah dalam pukul 2pm. balik2 mandi terus kebabom tidor. petang bangun lapar panaskan nasi ayam tu. ayamnya saya recycle jadikan ayam masak merah. tak larat lak nak makan ayam goreng kosong macam tu je. so, lepas makan tengok tv pas tu malam tengok jane doe. saya suka cerita tu. lepas tu tido.. ma sebok nak tengok cerekarama. alahai..tak kuasa le takde motif lain. bosan. saya naik sambong baca buku dan tido. zzzzzzzzzzzz....
----------
ahad:
pagi2 pergi kedai beli beras 2 kampit. sebab ma nak bagi kat ada jiran tu dia buat kenduri awrah anaknya. anaknya dulu baik dengan ma selalu tolong2 ma buat kerja2 macam2. jadi bagi le beras. nak tolong potong2 bawang tak sempat sebab ma kene pergi marhaban kat tempat lain pulak. tapi katanya kenduri pon start lepas zohor so sempat le if nak datang tolong lagi nanti lepas balik dari marhaban. pukul 10am hantar ma pergi marhaban. saya balik rumah sambong tengok tv, memang malas betol minggu ni taktau le apsal. bekal pon tak masak untuk bawak balik. malas le. pukul 1pm amik ma balik dari marhaban. pow jajan2 yang ma dapat dari kenduri marhaban tu. yahuu... ada buah epal dengan kerepek ubi. sedap. lepas tu saya pon balik le rumah saya. huhuhuh...sekian.
---------
sampai rumah kemas2 lebih kurang ingat nak tido tapi syok lak tengok nona. hantam je la. obek call ajak kuar saya malas. tapi hati macam nak kuar tapi malas habis camno tu? malas nak bersiap2 tu le. eeee..rasa macam penat sangat.so, tak kuar le nanti malam le baru kuar makan. owhh..sebelom sampai rumah dah tapaw nasi beli kat kedai. alahai..nasinya keras dong... benci la. kalo tau masak sendiri nasik beli laok je. ate..dah kata pemalas kan tadi. rasakan la. lepas tu baring2 main dengan nezha.
----------
malam pukul 8pm kuar. makan2 le dengan obek. hehehhee... kuar kejap je sebab nak balik cepat nak tengok mentor. kahkahkahkahhh..tak pernah2 layan hari ni nak layan pulak. dah kata final hentam la. mmm... prediction saya betol. si black menang, 2nd si chak ajai, 3rd si fira. black is all out. pemilihan lagu yang betol dan lagi baru pon catchy. no wonder boleh pulun. si chak, huh.. tak kuasa la. rupanya abang si stacy ye? hwuahhaha.. entah hapa2.. so not into me la. si fira, vokal mantap tapi performance kureng. macam serba tak kena. dia boleh bawak lagu fast dengan baik. mungkin betol kata pengkritik zainal dan acis.. mungkinkene lebih fokus kepada 1 genre saja..supaya lebih menonjol. on the other hand, mentor dia buat lagu campor2 tu sebab nak tunuk kebolehan yang pelbagai. so, its depend on personal view le kan. lagu baru si fira dan chak..amat le hampeh. tak catchy lansong. senang cakap, tak sedap. i think fira deserved a much more better song rather than last nite song. bosan sehhh... she's not into this balada2 feel le. apapon, keputusan dah muktamad. hehehhee... aaaa.. tapi..yang paling saya suka ialah bab peserta uji bakat tu. 2-2 pon bagus. tapi memang si mamat azmarul tu pukul habis le.. suara power.. betol kata zainal abidin tu.. kenapa mentor takmau pilih awak? kalo tak mereka menang malam ini. dan kata2 orang2 yang tak cantik macam kita ni la yang bagus menyanyi. well.. its so true.. maybe sebab fizikal dia macam tu orang takmo pilih dia tapiiii.. memang bagus. amik la dia. lepas ni buat la edisi slimming program bersama dia. wahh..baru betol. ini amik model slimming programme yang dah memang cikeding sejak azali. gemok just sebab preg apa barangggg.... kalo betol nak tunjuk produk awak bagus.. amik dia. baru boleh terbukti berkesan ke idak. berani? as for the other guy, amirul kot tak silap namanya, nyanyi 60-an.. pon bagus juga. cuma bakat perlu diasah lagi. tak menang apa pon tapi dapat masok tv nyanyi life lagi tu.. what a life time experience. apapon.. thumbs up to both of them.. gigih tau.


ini edisi tunjuk perasaan mananya. marah2 menggelejat2 tak dilayan. haaa..hambek terkangkang terkopak la jawabnya kat kerusi tu. macam2 peel si nezha ni la. geram betol. tak malu betol.
----------
malam tadi sambil tengok tv tu bukak pintu. wahh.. nezha pon biasa la lepak2 kat pintu sekali dia meow2 ala2 marah. saya intai ni mesti ad akucing lain kat luar tu. intai punya intai betol la..a da kucing lain. lawo kaler kelabu. tapi rasanya kucing orang bela terlepas le tu kot sebab ada pakai collar. wahhh... saya kuar kononnak amik dia cabot lorr.. saya letak makanan kat luar. maybe dia belom jumpa jalan balik kot tu yang datang rumah saya nak tanya kat nezha kot2 nezha tau kat mana rumah dia. hwahahhaa.. gila buat dialog kucing sendiri. dah lama tu saya intai lagi, dia datang makan makanan tu. dian dia mesti lapar. kucing bela tak sama kot dengan kucing lepas2 ni... tak reti carik makanan. agaknya la. pagi tadi pon saya letak lagi skit just in case kot2 dia datang lagi. kalo nak dok rumah saya pon dipersilakan. hehehe.. comel gebu gemok kaler kelabu sapa tak mau wehhh..sian..mesti tuan dia nangis kalo dia takde. hopefully dia dapat jumpa tuan dia balik. sian wooo... kalo saya yang kena harus pengsan. tak sanggop nak membayangkannya.
----------
pagi tadi jalan biasa je. light2 jem je. hehehee.. sekali kad t&g takde le pulak sebab jumaat hari tu letak kat kereyta obek. geram betol. memang lupa betol nak amik malam tadi. teringat sebab pagi tadi konon nak top up kad t&g tu sekali carik2 takde. lorrr..baru ingat kat kereta obek. leceh bayar cash kat tol sunway tu..kereta bersusun. huhuhuhu...
----------
hari ni tak breakfast le. kang terus lunch. tak selera la.
----------
ok la.. lupa dah nak tulis apa lagi tadi. nanti2 la sambong.
-----------
love you obek..(miss you.. )
love you nezha..(jangan nakal2)
love all of you...(happy monday)

Friday, July 10, 2009

doctor-nurse-patient?...





muwahahhaa... get it? the doctor-nurse-patient game?
ayoyoyo..its kind of 18xs rate le....
don't know? go read somemore..
know? go practise it. hwuahahhaha...

erkk..jumaat?...

echewahhh..baikkkk punya landing kan nezha? hehehhee... muka bangun tido. mata stim2.. ayaq lioq basi meleleh, tak hensem lansong. tak hensem pon itulah pujaan hatiku...hwuahahhaa....
----------
mmm..hari ni dah jumaat. boring. hehehee..sure korang2 bengang kan saya asal jumaat je boring. kalo isnin suka bukan main sampai melompat2. kahkahkahakhhh.. biasa la. sukati la nak suka hari apa pon. hehehhee... anyway.. petang ni balik rumah ma seperti biasa. kejap lagi baru call tanya nak beli apa2.
----------
petangs emalam punya bapak pemalas nak beli makanan. rasa2 macam nak masak tapi bila tiba je kat dapor terus lemah longlai malas gila. ehhehehehe... so, duduk je lepak2. kejap tu obek call tanya makan apa, cakap takde apa. nak kuar pon malas. obek pon kene pergi koje. obek cakap nanti dia belikan. yeahh..bagusnyaaa...nak tau dia beli apa? char koey teow, tauhu bakar, sotong kangkong. gila banyak macam nak makan 20 orang. eeeee..apa la dia tu tau la saya makan banyak jangan le perli. tak suka tau. sudahnya semua pon tak habis. tahu bakar tu spoil la tak macam tahu bakar biasa tu. dia boh inti sengkuang parut halus sampai berair dan carrot 2-3 helai. then kuahnya tu la spoil. biasakan kuah tauhu bakar kan yang kaler hitam tu.. ini dia bagi macam kuah sate tu tapi jauh berbeza. entah le. ntah nak jimat ke apa ke tak tau le pulak. dan yang pastinya tak sedap. char kuey teow so-so, sotong kangkong boleh tahan. minum air ribena. itu buat kat rumah le idak le sampai belikan. makan dengan nezha 2 orang. sebok je mamat tu. dia memangpantang kalo nampak kita makan harus mengendeng2 datang dekat. macam le boleh makan benda2 yang kita makan. layankan je la... sambil makan tengok detective conan. lepas tu berita. lepas tu tengok criminal minds, sambil2 tukar2 channel tengok cerita lawak kat tv3 tu la setiap hari khamis jam 930pm tu. hehhehehe.. malam tadi cerita hantu kubur. ntah hapa2 je. apsal muka putih beno? ooo..hantu tengah buat facial la tak siap lagi tengah pakai mask tu le putih sangat. ngarut betol la. heii..takyah le lagi tunjuk slot keliwon tu..takde paedahnya. tunjuk slot lain la cerita lain yang lebih berinfomasi atau lebih realistik. bosan la disogok dengan cerita2 dongeng macam tu. alallalala.. cakap lebih2 pon orang cakap kalo ko tak suka ko tukar je la channel lain. yang ko sebok gak nak tengok tu watpe? hwuahahha... cerita tu tak best tapi lakonan pelakon ok. walopon asyik le pegang watak hantu je tiap2 minggu but its ok... boleh asah bakat. sambil2 tu tengok channel kartun jugak. ahh..bosan betol. pukul 1030pm, kebabom dahh... yahuuuu...
----------
nezha macam biasa terejal je kalo nak tido malam. bior le lantak sana kang pandai le dia masok bilik. entah pukul berapa obek call. kaco je orang tido. entah le borak apa lepas tu sambong tido. mimpi macam2. bercampor aduk. penat sehhhh.... pagi bangun macam biasa. jalan jem. owhhh.. hari ni obek hantar saya pergi kerja tauuuuuuu.. hwuahhahaha... chewahhhh... apa la mimpi orang tua tu malam tadi pagi ni nak hantar saya pergi kerja. actually malam tadi dia dah cakap nak hantar tapi ingatkan tipu2 je sekali betol daa... yahuuuuu.. hari2 hantar pon saya ok je. malas nak drive. i love you obek... sampai awal, then pergi breakfast dulu.


hehehhehee..masa ni nezha tak sedar pon saya snap pic dia. dia sekarang dah pandai kalo nampak je saya angkat hp nak snap pic dia dah cabot dulu. tak suka beno kene ambil gambar.
----------
eh..yang rita rudani itu dah bersalinkan. anak lelaki. so cute putih gebu. waduhhh... bagusnya. saya baca info tu kat web gossip2 artis malaysia ni le. but still ada je yang nak kutuk2 dia. tak baik tau. bukannya dia buat salah ke hapa ke. dia kawen betol2 apa. benci la dengan orangyang suka je nak mendoakan benda2 yang tak elok. orang doakan la yang terbaik.. kalo tak suka orang tu takyah sebok2 nak tau ini tak sebok gak nak tau cerita dia. saya tak le minat si rita tu but still her acting is acceptable. bagus juga. bab lakinya idak le teman kenal. katanya pemain bola saya tak pernah tengok bola. tak kisah le. and baca lak artikel pasal si intan sarafina tu preg. its a good news too but still ada orang cakap dia tak kawen but preg. aduhhh... buat dosa je mengumpat yang dia dok nikah masok2 paper tu apadianya. eee..benci dengan orang yang takde life dok kutuk2 je la. eh..tak pasal2 lak blog ni cerita pasal artis lak kan. hehehe..bukan apa.. konsepnya apa benda yang baik tu kita doakan jadi yang terbaik. jangan nak kutuk2 je. saya pon selalu je kutuk2 orang tapi jangan le carik pasal lak. huhuhuhuu... jenis2 batu api ni yang payah ni.
----------
ok la... tetiba je takde mood nak borak2. nyampah.
----------
love you obek..
love you nezha..
lobe all of you...