mari mencari....

Google
 

Tuesday, July 7, 2009

alamakkk... terlambat le pulak...


aduhhh..hari ni say abangun lambat la. entah le kenapa walhal malam tadi tido macam biasa je pukul 11pm dah kebabom. mula2 tu pukl 530am tu memang dah terjaga. nezha pon kejut. pelok2, garu2 semua saya sambong tido balik. sekali sedar2 udah bising2 kat luar tu. prung pranggg kedebak gedebuk tengok jam, rupanya udah pukul 730am. waduhhhh.. apa lagi, harus melompat meloncat ledari katil mula la nak carik towel pon tntah kemana2, masok bilik baju nak carik baju pon taktau apa yang nak dicarik. intai kat luar jalan pulak jem. aduh..pepagi dah tekanan perasaan nih. geram betol. tanya nezha apsal tak kejut dia tengok je muka saya meow2,. hwuhahahhaa.... mana nak kejut, dengan dia2 sekali bantai melengkor dalam selimut harus le 2-2 pon kebabom lena.

mandi cepat2, siap2 semua capai baju yang takyah iron punya, kemas tempat uk-uk nezha lepas tu cabot. jalan pulak jem. kat depan rumah tu aduh... geram betol la. berlapis2 kereta. entah le kenapa kadang2 memang macam jem sangat kadang2 tu ok je. hari ni siap dengan excident lagi kat depan traffic light tu. macam2 la. bapak polisi pon ada tapi tu la kereta yang terlalu banyak pon tak boleh nak buat apa jugak la. tunggu turn jugak le baru boleh jalan. mujur kereta kecik boleh le cilok2. kalo kereta beso bye2 le kat belakang jawabnya. hehehhee....

ldp jalan tak berapa jem. mujur alhamdulillah. cuma kat tol sunway je. itu biasa la. jadinya sempat jugak sampai ke opis pukul 9.05am. hehehhee... ingat nak beli kuih pon tak sempat sebab takot terlambat. takpe la. ada biskut ni kang kalo lapar makan biskut dulu kang lunch bedal le cukup2 ye tak. sampai je opis koje dah menunggu. sebab semalam punya hari ni jugak baru boleh finalise. sabar2. lepas tu baru le semua nak cepat, nak cepat. hempok dengan file ni kang baru ko tau. hahhahaaa... dah ko bagi info lambat camne nak jadi cepat. bongok betol. saya pernah je dulu hempas file tebal2 tu. geram dah saya. haaa...baru senyap. saya punya part dah siap berkurun dia je yang lembab. pas tu bila dah lambat sebok nak cepat nak cepat. itu je la ubatnya. lepas dari tu takde lagi dah. ni nak mula lagi. betol la manusia ni mudah lupa. takpe2... sabar itu separuh dari nama sabariah. hwuahhahaha....

takde pic nezha la. ada tu ada tapi tak kuasa le nak transfer2 bagai. hari ni banyak koje pulak. bagus. kalo tak tu sangap taktau nak buat apa. hahhahaa.. bukannya takde benda lansong tapinya kadang bosan dok mengadap benda yang sama. nombor, nombor, nombor, melentang, menegak semuanya nomborrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...

malam semalam pergi pasar malam. actually malas je nak pergi pasar malam sebab baru cuci rambut kangkene asap2 tu busuk lagi. tapi dah obek do merengek2 nak pergi terpaksa le ikut. geram betol. sampai sana tak beli apa pon. ehh..tipu la tak beli apa pon.. ada la beli air soya bean dengan yong tau foo. tak habis pon makan. nampak durian. say anak makan durian. wahh... sekali obek beli yang dah kopek dalam bekas plastik tu la. benciiiiiiiii.. tak syiok la orang dok la terbayang2kan makan yang dari dalam buahnya tu. uuwwahhhh.... merajuk. obek kata beli dalam ni le bagus nampak isi. saya kata memang la tapi orang teringin nak yang makan dalam buahnya tu. dah tu beli sampai 4 peket sapa nakmakan. geram betol. bagi kat dia saya makan seulas je. spoil betol la. balik makan2. tengok tv la apa lagi. tengok cerita apa ye.. owh.. senja tu tengok detective conan, pas tu pergi pasar, balik tu tengok berita kejap, then tengok leverage. suka la leverage tu sekarang. mula2 dulu tak suka sekarang macam best pulak. hehehhehee... lepas leverage tengok apa ntah. lupa la. pukul 11pm tido.

harap2 esok jangan le terbangun lambat lagi. tak suka la pergi kerja tergesa2 macam ni rasa tak selesa. bila tergesa2 mula la cepat je nak naik angin. bila naik angin muka pon jadi le masam. hehehhee... tetiba je rindu kat nezha. owhh.. bestnya la kalo waktu ni tengah baring lepak2 depan tv sambil pelok2 nezha main lompat2 dengan dia. bestnyaaa.. imaginasi yang takkan tercapai.

obek seperti biasa buzy je la. entah apa yang dibuzykan idak le makcik tau. owhh..semalam dai tanya camne nak monitor budak2 kat site banyak yang 'tuang'. mmm..entah la. touch card kat opis tapi tak sampai2 ke site. pokok pangkalnya hati. kalo koje tak ikhlas macam tu la jadinya. gaji nak banyak. koje banyak lubang2. ahh..malas nak cakap. bak kata nabil rambut kerenteng tu.. lu pikir la sendiriii.... jawab le esok2 kat sana. kalo dengan saya senang je. kalo taknak koje brenti, belambak2 lagi budak2 yang nak koje. tapi tu la..tak sampai hati. baiks angat pon payah, strict sangat pon payah.

okla.. takmau bebel2 banyak sangat. kang sakit tekak. takde lak tingin nak makan apa2 ni ha. perot berkonsert dangdut dah ni. bosan betol la.

love you obek...(asyik koje je)
love you nezha...(jangan sepahkan rumah)
love all of you...(ngantok? pi la tido)

3 comments:

~dARlee zURiS~ said...

biasalah tu..skali sekala lambat
;)
mlm nie kena tdo kul 10
supaya blh bangun kul 6
hehee...

saya said...

zuris--takgak..tido pukul 8 pon kadang terbabas. hehehe...

zh-ena said...

terlajak tido..nezha tu nyenyak sgt sbb kena peluk ngan leeya..

tak suker ngan suasana kelam kabut..nnti mcm2 benda blh lupa