mari mencari....

Google
 

Wednesday, July 8, 2009

cerita biasa je...

hehehe..kalo tengok dari tepi macam comel pulak. hwuahhaha..pipi gebu labuh je. cubit kang. memang pon hari2 cubit pipi dia tu. geram tau tak. itu tikus mainan udah hazab namanya.
----------
yuhuuuuu... hari ni macam biasa la. keadaan seperti biasa takde apa yang menarik. rutin harian macam tu jugak. takde kuar pegi mana pun. balik semalam terus singgah beli nasi dan laok. beli laok ayam goreng dengan sambal sotong. sedap. ayam goreng tu mintak lebih kat akak tu yang rangup2 dai tu. wahhh.. sedap. berapa kali sedap daaaa... pas tu tapau air limau. semalam semua beli punya makanan je la. tak de mood lansong nak pergi kat dapor tu. balik2. lepak kejap, mandi2 then makan. sambil tengok detective conan. wahh..best. apa la minah ni. hari2 pon nak tengok kartun. lain takde. nezha macam biasa. saya balik je dia pon start la melompat meloncat. layankan je la. tikus mainan tu sebenarnya dapat masa beli tempat mencakar dia tu le. ada 2. 1 dah kebabom dah tercabot terbarai tikusnya. dah saya buang. tu tinggal lagi satu. entah berapa hari je lagi umurnya tu. owhhhh.. vitamin nezha dah habis le. treats pon dah habis. kene beli la pulak. malas betol nak singgah klinik tu petang2 sebab dia tutup cepat. nak mengejar masa tu yang seksa tu. jso harap2 petang ni balik kang jalan tak jem. beli kat situ murah sikit kalo beli kat kedai pet mahal. hehehhee.. nak yang murah aje. ate..harus le kan.
----------
lepas makan sambong tengok tv. cerita apa ha? leverage eh? walopon ulangan. eh..lupa la. pas tu tengok csi. mata ngantok nak menunggu csi habis tu hazab betol. habis je csi terus kebabom. wahh..syahdu lena betol. ada gak mimpi.. harus ada la kan. tapi entah mimpi apa lupa la. hehehhee... nezha? dia biasa la. mula2 tu je duduk diam, lepas tu keluar merayap entahapa dicarik dalam gelap kat dapor tu. kejap je pas tu dengar dah dia masok balik bilik. gatal betol tau. pagi tadi dia kejut jugak. biasa la 530am. pelok2 garu2 then tido balik. hari ni saya dah get ready bebetol takmo terlajak tidor macam semalam.serik wooooo... so harini ok. bangun macam biasa then siap2 pergi keje. sampai opis singgah beli kuih gelang 2 bijik. ingat nak beli karipop takde le pulak. dengan air soya bean. cukup untuk sampai ke lunch.


hehehhe...tengok suka main bawah meja. kalo dia kat bawah tu memang payah saya nak amik dia. sampai kene meniarap2 kat bawah meja kalo nak amik dia. kadang saya je dengki tutup2 keliling bawah meja tu bior dia tak boleh keluar. hwuahhahaha....
----------
ya allah... pagi tadi kan saya tengah drive laju kat ldp tu sekali terpandang le pulak anak kucing macam baru berlahir kat tepi divider tu. punya saya mengucap panjang rasa nak berhenti je amik. patot kebanyakan kereta depan saya macam mengelak2 ingatkan apa. aduhh... saya memang nak berhenti tapi tak boleh le sebab tengah laju dan takde tempat pon nak berhenti. as if saya kat belah kiri jalan boleh le kot.. tapi saya kat belah kanan lane laju, plus, kalo brehenti kang nak pegi kat dia camne? saya tengok baby kucing tu macam dah ngesot2 maybe dah kene langgar sikit kot kaki dia. mula la nak emosi pagi2 ni kan. camne la dai bolehsampai kat tengah highway ni ha. saya berdoa bior le dia selamat. moga ada orang yang bantu dia. kot2 petugas ldp tu nampak kot2 dia berhenti amik kot la kot. aduuhh..saya sensetif betol. selalu je nampak bangkai2 kucing kat tepi jalan ldp tu. entah le kenapa.
----------
obek biasa la. buzy tak sudah2. ingat malam ni kalo free nak kuar2 le. lama dah tak jalan2 kuar. takde la pegi mana. pegi makan2 je jadi la. obek kata next week baru dia macam free sikit. ye la tu.. next week dia tu tak sama dengan next week kita2 rakyat malaysia ni. lain macam sikit next week dia tu. tak kunjung tiba next weeknya tu. geram betol. owh..dia cerita adiknya yang masok politeknik tu call nangis2. hehhehehee.. biasa la tu. anak bongsu. lagi satu sebab seumor hidop tak pernah berjauhan dengan famili jadinya cepat le jadi sensitif. ahh..sudahh.. saya kata memula je tu. home sick katakan. nanti dah sebulan dua bulan ok le tu. sian lak dengarnya. obek call mak midah nak bagitau pasal adiknya tu rupanya makcik tu pon dok sedih2. hwuahhahhaaa... elok le tu. mak dengan anak sama2 nangis. tapi tak inform each other, obek kena jadi orang tengah. hehehe..lawak betol. alalalla.... saya dulu pon macam tu. hari2 call ma. takmau makan apa semua. boleh suruh ma datang hari2 bawak nasi if not saya mogok takmau makan. hwahahhaa.. tak kuasa ma melayan saya. lantak saya. uuwwaaaaa... seksa betol. kejap je dok asrama, pas tu memang saya keluar. lantak le sana. tak dok asrama penuh pon jadi gak manusia sekarang ni. hwuaahhahhaa.....
----------
anyway.. saya tak suka dok asrama. benci. hehhehehehe... pada saya sama je dok rumah ke dok asrama ke. maybe sebab at that time orang2 yang lebih lama tu perasan macam bagus sangat so ada hati nak mengenakan kita budak2 baru masok ni. pigi dah.. setau saya.. pompuan2 yang perasan kat asrama saya dulu tu takde la elok sangat pon. banyak je kes. nak kata bagus in study pon idak jugak. bagus in dating2 ada le. adik angkat sana, akak angkat sini, abang angkat sana, sudahnya dengan ko2 sekali diangkat. baru betol. itu asmara namanya bukan asrama. eee..tak kuasa le. padan pon muka korang. ingat senang nak kenakan anak orang. may be itu salah satu sebab saya tak suka dok asrama kot. alaa..dok rumah pon kita boleh study sendiri la. memang dah ada jadual kita sendiri. sama je. so, apa yang hebat sangat? sebab ada cikgu? sama je, dok luar pon pegi tuition jugak. ahhh.. takmo pikir le benda pon dah berlalu berkurun dah. tapi memang saya dendam. dan saya jugak puas hati kegembiraan bila mana saya tau orang2 yang perasan bagus tu sebenarnya sekarang hidop tak tentu harah. tu la.. kene sumpah seranah dek orang je ko ingat berkat ke hidop ko tu? very good on you....habis. tutup cerita. anak saya esok takyah nak dok2 asrama. asrama penuh ke asrama tak penuh ke asrama sekerat ke takyah. dok je rumah sekolah biasa pon kalo dah rezeki nak pandai tu pandai le jugak. tak semestinya kalo sekolah biasa2 ni tak bagus. kadang2 lebih 100kali ganda lebih bagus dari sekolah berasrama.
----------
okla.. membebel lak pepagi nih. anyway.. semua tu pon kan pengalaman. cumanya ingat la. apa2 yang kita buat kat orang nanti kita pon dapat balasan jugak. ini ingatan untuk diri saya sendiri jugak. okla.. malas nak tulis dah. nak pegi jalan2 tengok blog orang pulak. byeeeee...
----------
love you obek...(miss you)
love you nezha...(miss you too)
love all of you...(miss me?)

4 comments:

TEACHER OF SOMEONE said...

dh lama tak singgah kt cni...
hehehe

zh-ena said...

takut nak anto ank g asrama..kena buli sampai koma bdk tu dikerjakannye..

::@FiQ said...

btol tuh!! kalo dok asrama tpi kjenyer buli org jer..x pndai jugak!

saya said...

fiqah--tu la pasal..selalu2 le singgah...

ena--memang..menganiaya je

afiq--ya betolll....