mari mencari....

Google
 

Monday, July 13, 2009

cerita hujung minggu # 4...

hehehhee..nezha sampai tergeliat2 badan terpusing2 punya la pemalas dia tu. itu sebab saya panggil dia tapi dia malas bangun jadinya pusing2kan je la badan. memang tau budak ni.
----------
seperti biasa... kita hip hip horeyy dulu.. hip hip horeyyyy!!!! its monday people!!!! hehehhee.. sure korang bengang je kan. kahkahkahkahkahhh.... anyway... mesti la ceria2 dia pagi isnin ini supaya the whole week akan jadi lebih produktif. wahh..ala2 ayat dr. fadzilah kamsah le pulak kan. takpe2... kita teruskan dengan cerita hujung minggu kita.
----------
jumaat petang :
balik rumah ma le apa lagi. tak beli apa pon sebab ma kata takyah beli apa. ma masak tempoyak ikan bilis dengan asam pedas ikan apa ntah. makan sikit je sebab macam tak larat. malasnya tengok semanis kurma. lupa la isu apa. hehehhee....
----------
sabtu:
pagi2 dah bangun sebab ma nak masak bubur kacang bawak pergi meeting. ye.. ma saya tu buzy tetipa minggu meeting ngalahkan perdana menteri. anyway. penah sehh bangun pagi2. pukul 9am pergi hantar dia then saya pon duduk le tercongok kat sana sambil baca buku. biaq pi la depa nak meeting apa pon saya duduk je dendiam. nak kuar2 pon malas le cuaca panas. duduk dalam tu sedap sejuk ekon. hehehehe... habis meeting apa lagi acara makan2 le kan. saya makan sikit je tak selera la. dapat nasi ayam tapau bawak balik. balik rumah dalam pukul 2pm. balik2 mandi terus kebabom tidor. petang bangun lapar panaskan nasi ayam tu. ayamnya saya recycle jadikan ayam masak merah. tak larat lak nak makan ayam goreng kosong macam tu je. so, lepas makan tengok tv pas tu malam tengok jane doe. saya suka cerita tu. lepas tu tido.. ma sebok nak tengok cerekarama. alahai..tak kuasa le takde motif lain. bosan. saya naik sambong baca buku dan tido. zzzzzzzzzzzz....
----------
ahad:
pagi2 pergi kedai beli beras 2 kampit. sebab ma nak bagi kat ada jiran tu dia buat kenduri awrah anaknya. anaknya dulu baik dengan ma selalu tolong2 ma buat kerja2 macam2. jadi bagi le beras. nak tolong potong2 bawang tak sempat sebab ma kene pergi marhaban kat tempat lain pulak. tapi katanya kenduri pon start lepas zohor so sempat le if nak datang tolong lagi nanti lepas balik dari marhaban. pukul 10am hantar ma pergi marhaban. saya balik rumah sambong tengok tv, memang malas betol minggu ni taktau le apsal. bekal pon tak masak untuk bawak balik. malas le. pukul 1pm amik ma balik dari marhaban. pow jajan2 yang ma dapat dari kenduri marhaban tu. yahuu... ada buah epal dengan kerepek ubi. sedap. lepas tu saya pon balik le rumah saya. huhuhuh...sekian.
---------
sampai rumah kemas2 lebih kurang ingat nak tido tapi syok lak tengok nona. hantam je la. obek call ajak kuar saya malas. tapi hati macam nak kuar tapi malas habis camno tu? malas nak bersiap2 tu le. eeee..rasa macam penat sangat.so, tak kuar le nanti malam le baru kuar makan. owhh..sebelom sampai rumah dah tapaw nasi beli kat kedai. alahai..nasinya keras dong... benci la. kalo tau masak sendiri nasik beli laok je. ate..dah kata pemalas kan tadi. rasakan la. lepas tu baring2 main dengan nezha.
----------
malam pukul 8pm kuar. makan2 le dengan obek. hehehhee... kuar kejap je sebab nak balik cepat nak tengok mentor. kahkahkahkahhh..tak pernah2 layan hari ni nak layan pulak. dah kata final hentam la. mmm... prediction saya betol. si black menang, 2nd si chak ajai, 3rd si fira. black is all out. pemilihan lagu yang betol dan lagi baru pon catchy. no wonder boleh pulun. si chak, huh.. tak kuasa la. rupanya abang si stacy ye? hwuahhaha.. entah hapa2.. so not into me la. si fira, vokal mantap tapi performance kureng. macam serba tak kena. dia boleh bawak lagu fast dengan baik. mungkin betol kata pengkritik zainal dan acis.. mungkinkene lebih fokus kepada 1 genre saja..supaya lebih menonjol. on the other hand, mentor dia buat lagu campor2 tu sebab nak tunuk kebolehan yang pelbagai. so, its depend on personal view le kan. lagu baru si fira dan chak..amat le hampeh. tak catchy lansong. senang cakap, tak sedap. i think fira deserved a much more better song rather than last nite song. bosan sehhh... she's not into this balada2 feel le. apapon, keputusan dah muktamad. hehehhee... aaaa.. tapi..yang paling saya suka ialah bab peserta uji bakat tu. 2-2 pon bagus. tapi memang si mamat azmarul tu pukul habis le.. suara power.. betol kata zainal abidin tu.. kenapa mentor takmau pilih awak? kalo tak mereka menang malam ini. dan kata2 orang2 yang tak cantik macam kita ni la yang bagus menyanyi. well.. its so true.. maybe sebab fizikal dia macam tu orang takmo pilih dia tapiiii.. memang bagus. amik la dia. lepas ni buat la edisi slimming program bersama dia. wahh..baru betol. ini amik model slimming programme yang dah memang cikeding sejak azali. gemok just sebab preg apa barangggg.... kalo betol nak tunjuk produk awak bagus.. amik dia. baru boleh terbukti berkesan ke idak. berani? as for the other guy, amirul kot tak silap namanya, nyanyi 60-an.. pon bagus juga. cuma bakat perlu diasah lagi. tak menang apa pon tapi dapat masok tv nyanyi life lagi tu.. what a life time experience. apapon.. thumbs up to both of them.. gigih tau.


ini edisi tunjuk perasaan mananya. marah2 menggelejat2 tak dilayan. haaa..hambek terkangkang terkopak la jawabnya kat kerusi tu. macam2 peel si nezha ni la. geram betol. tak malu betol.
----------
malam tadi sambil tengok tv tu bukak pintu. wahh.. nezha pon biasa la lepak2 kat pintu sekali dia meow2 ala2 marah. saya intai ni mesti ad akucing lain kat luar tu. intai punya intai betol la..a da kucing lain. lawo kaler kelabu. tapi rasanya kucing orang bela terlepas le tu kot sebab ada pakai collar. wahhh... saya kuar kononnak amik dia cabot lorr.. saya letak makanan kat luar. maybe dia belom jumpa jalan balik kot tu yang datang rumah saya nak tanya kat nezha kot2 nezha tau kat mana rumah dia. hwahahhaa.. gila buat dialog kucing sendiri. dah lama tu saya intai lagi, dia datang makan makanan tu. dian dia mesti lapar. kucing bela tak sama kot dengan kucing lepas2 ni... tak reti carik makanan. agaknya la. pagi tadi pon saya letak lagi skit just in case kot2 dia datang lagi. kalo nak dok rumah saya pon dipersilakan. hehehe.. comel gebu gemok kaler kelabu sapa tak mau wehhh..sian..mesti tuan dia nangis kalo dia takde. hopefully dia dapat jumpa tuan dia balik. sian wooo... kalo saya yang kena harus pengsan. tak sanggop nak membayangkannya.
----------
pagi tadi jalan biasa je. light2 jem je. hehehee.. sekali kad t&g takde le pulak sebab jumaat hari tu letak kat kereyta obek. geram betol. memang lupa betol nak amik malam tadi. teringat sebab pagi tadi konon nak top up kad t&g tu sekali carik2 takde. lorrr..baru ingat kat kereta obek. leceh bayar cash kat tol sunway tu..kereta bersusun. huhuhuhu...
----------
hari ni tak breakfast le. kang terus lunch. tak selera la.
----------
ok la.. lupa dah nak tulis apa lagi tadi. nanti2 la sambong.
-----------
love you obek..(miss you.. )
love you nezha..(jangan nakal2)
love all of you...(happy monday)

3 comments:

zh-ena said...

malas gila nak dtg keja hari nie..letih

nezha tu smp tergeliat2..comey betul la

Ummibatrisya said...

hari ini malas yang teramat sangat sebab sakit gigi, ingat nak mc tapi macam malas aje

appointment ngan dentist pukul 6 ptg, ingat nak mc esok :)

sedap pulak, ikan bilis tempoyak ye :)

sesemut said...

omak nezha saya nak bertanya,
sudahkah nezha ada yang berpunya?

hajat dihati cukupla kembang,
hendak masuk meminang.

ewahhhhhhhhh.. pantun dua kerat yg takleh pakai...