mari mencari....

Google
 

Friday, July 3, 2009

dah jumaat? uuwwaaa.....

hehehehee..tengok nezha sampai terbalik2 tengok atas. masa ni kitaorang tengah main la. saje menyakat dia tu yang terlompat2 tu. lokasi masih diatas kerusi favorite dia. kahkahkahkahhh.. so cute. nezha nakal pon saya tetap sayang kat dia.
----------
semalam entah le kenapa nezha terlebih manja le pulak. asyik le nak berkepit 24jam je dengan saya. ke depan, ke belakang asyik mengekor je. nak main le tu. layan kan je la. abis..kalo dah saya mandi pon dia pon tunggu depan pintu. siap masokkan tangan bawah pintu nak masok kononnya. aikkk..mana boleh intai orang mandi. bahaya. awak tu lelaki. hehehehe...
----------
petang semalam dok melawat2 blog orang la. ntah sampai kemana perginya. so termasok satu blog ni pasal masak2 wahhh...nampak dia buat gulai lemak pisang macam sedap lak. tapi saya tingin lak makan gulai lemak cili api ayam. yahuu. balik tu bersemangat le nak beli yang dah siap punya. sekali makcik jual laok tu tak meniaga la. hampeh betol. terbantut harapan. tekak dah terasa2 je ni tak boleh jadi pergi pulak kedai beli ayam mentah. terpaksa jugak le masak sendiri sebab teringin punya pasal. teringin jugak mana cucur udang. beli udang pulak. aduhhh... nafsu makan melebihi keperluan betol la. dah masok kereta, dah start enjin pun, sekali teringat lak santan kelapa tak beli. turun lagi. beli santan kotak je la senang. takde nak perah2. kat kedai runcit tu ada gak jual yang santan dah siap perah tu tapi hari tu saya beli rasa macam nak masam dah so takmo la beli lagi. beli yang dalam kotak punya. preservative pon preservative la. janji tak masam basi. beli juga yang serbok punya buat simpanan mana tau kot2 angin terjal datang nak makan apa2. balik rumah kene lak melayan nezha dulu. saya pon tung tang tung tang maka siap la menu malam tadi. masak lemak cili api ayam, cucur udang dan goreng kangkong. air ribena. standard. hehehehee...sodapppppp.....cucur udang tu idak le saya letak udang sekor2. saya potong2 le udang tu jadi kecik. sedap. buat sos cili dia sekali. wahwahwahwahhh..memang makan beriya malam tadi tu. dengan nezha sekali terbungkang depan tv. sambil makan sambil tengok berita. lepas berita tengok criminal minds sambil tukar2 tengok tom & jerry, pas tu tengokkliwon. hehehhee... nenek dia dah mati tetiba bersin kooooo... bela hantu. eh..hantu bela nenek dia. katanya hantu sayang sangat kat neneknya tu la pasal. aduhhh..macam2 le cerita. lepas habis kliwon kebabommmmmm.... neha baik malam tadi takde kejar2 cicak. cuma masa saya masak kat dapor tu melilau mata pandang siling. bagi chance le dia melompat. bukan buat apa pon.
----------
tak kuar pon malam tadi. obek buzy. biorkan la. pagi tadi jumpa kejap. rinduuu... dapat duit belanja. hehehe.. amin..murah rezeki pagi jumaat. eh..pagi tadi saya breakfast cucur udang tu panaskan balik. sedap rangup2. sekali tengah minum tersedak le pulak. aduhh... air naik ke hidong sakit tekak. lama gak batok2 tersedak tu. benci betol la. sapa tegor pagi2 ni? kalo tegor takpe, jangan dok kutuk2. dah siap nak kuar rumah, dah masok kereta nak reverse dah ni perot lak terkucil. alamakkk.. nak tak nak kene gak masok balik membuat pelaburan. kalo tak kang buatnya jalan jem tak ke haru. mana nak dihalakan tengah highway tu? hwuahaha..jangan buat koje gila. biar lambat sampai opis asalkan selamat. baru la betol perumpamaan biar lambat asal selamat. itu le dianya. alhamdulillah jalan tak jem. bagus la. jem2 biasa tu konsider tak jem la.


ni kategori apa? comot? comel? muka garang? gangster? manja? atau kesemuanya? eeee..rasa nak cubit2 muka dia tu tau. gerammmmmm....
----------
hari ni dah jumaat. petang kang balik rumah ma. tadi call ma tanya dia nak apa nanti on the way balik saya belikan. biasa memang macam tu la. senang sekali harung je esok takyah pergi kedai. dok rumah mengadap dinding rumah lebih afdal. tapi ma dah ada plan. ahad punya plan. ada la tu. bila tanya tadi nak pergi mana jawabnya da laaa.. nanti balik rumah cerita. aduhhh..apa lagi la plan dia tu agaknya. nak kemana lagi la tu. penat..penattt...
----------
saya nak belajar buat kek la. hehehehe..wahhh..besar tu angan2. tengok orang buat kek2 comel2 tu lawo je. aiyyaakkkkk... camne nih, nak jugak pandai buat kek macam tu. tapi rasanya dah ikut resepi sebijik2. taktau la. bukan tangan buat kuih la saya ni. owh..tak lama lagi nak raya. sapa nak order kuih tiram boleh order kat saya. kuih tiram ni dalamnya tak pakai tepong. ada orang guna tepong jagong atau tepong gandum campor dengan minyak. saya guna minyak sapi. lagi sodapppp... tak caya sila cuba. dan juga kek lapis. owh..bukan saya buat la. mama buat. kalo korang2 nak nanti saya boleh bagi sampel bagi rasa, then boleh order. hehehhee...
----------
ok la..itu je la cerita hari ni. harap korang akan mendapat weekend yang diharapkan. my weekend? sure it will be hell.
---------
love you obek...(miss you)
love you nezha...(makan tau..)
love all of you...(selamat hujung minggu)
CEPAT LA ISNIN--HAHAHAH..SURE SPOILT WEEKEND MOOD KORANG KAN. HWUAHAHAHHAAAA....

3 comments:

~dARlee zURiS~ said...

blh tak xyah ada hari isnin?
;P

kalu camnie lah,tak sampai sebulan kawen..perut obek dah kembung.
bininye rajin memasak.hehee...

MOKCIK AZWA said...

i tot people are looking forward for the weekend ...ni terbalik pulak dah hehehehe..

garangnya rope nezha tu kuikuikui..tak bagi makan ker..

saya said...

zuris--kalo tak isnin takde la jumaat sampai. heheheheeee...

azwa--nezha tu terlebih makan ada la...