mari mencari....

Google
 

Friday, July 31, 2009

jumaat dah???...


yuhuuuu..dah jumaat ye harini. korang2 mesti dah berlambak2 perancangan ni. weekend le katakan. saya takde apa rancangan. nak kemas rumah, nak mop rumah, nak kemas dapor, segalanya2 la. minggu ni minggu mengemas. dah nak bulan puasa kalo tak kemas nanti tak larat. anyway.. semalam kan saya rindu sangat2 pada nezha. uwwaaaa...sedihnya rasa. dah le kena balik lambat. kat mata dah terbayang2 dah dia mesti mengeow2 menjerit sebab ketakutan sorang2 dah malam. uuwaaa.. tak pasal2 saya lak yang terlebih emo nih. hehehhee... sampai je pagar rumah 830pm, terus melompat meluru terus bukak pintu rumah polok2. uwwa..pas tu hangkot dai naik kereta pusing 1 round. wahhh... suka la dia kuar jalan2 tengok lampu. gatal betol. perot lapar tapi takde selera le pulak nak makan apa. just makan biskut dengan minum vitagen. jadi la. suka hati takyah makan pon take, kenyang jadinya.
----------
malam, tak kuar pon. sebab dah malam. obek pon ada koje. pukul 930pm dia call cakap nak pergi koje dah. saya kata pergi laaaaa.. nak bagitau2 lagi wat pe. kalo saya kata jangan pergi pun tetap nak pergi kan. hehehhehe... concern le kononnya tu. pigi daaa... so, dia siap pesan esok (pagi ni le) tolong kejutkan awal2 sikit sebab nak pergi kerja cepat. saya kata ye la nanti saya call. si celcom ni pulak, dari senja semalam try to top-up tak boleh2. jawapannya 'sila cuba sebentar lagi..' sebentar otak lu laaaa.. dari semalam sampai sekarang tak boleh2 masok. ni buat nak marah ni. apa je la masalah korang ni. nak kata peak season tak le pulak. kot2 kata malam raya ke hapa ke logik le jugak. ni yang nk buat tukar provider ni. geram betol.ok2..berbalik pada cerita kejutkan obek tu, pukul 8am saya call kejutkan, jawapannya.. mmm..mmmm..ye la..ye la.. bangun dah ni.. saya pon ok je la. sekali sampai office saya call lagi, saya nak try test sebab memang dah tau 90% takkan bangun punya. apa tak nya.. betol la tu. saya call dai bising kata kenapa tak kejut saya. wahhhhhh... memang nak kena ni. hahhaha.. saya kata lantak le bagus padan muka bangun lambat sampai bos call baru nak sedar. selepas puas bebel2 saya pon kata ok la.. bye.. i lebiu. kahkahkahkahhhh...
-----------
minggu ni rasa macam nak masak macam2. tapi entah le sempat ke tak ke. macam2 teringin ni. anyway... harap semuanya ok. masalah tetap lah ada tapi bior la lantak sana malas nak pikir. doakan yang terbaik je.
-----------
ingatkan kawan saya yang bitchy tu.. hari ni kononnya dapat pegi interview koje gomen. semalam saya ym dengan dia dok bebel2 lak. kata takmo pegi la, sebab kena tunggu lama la, malas le, takde mood la. saya kata dah dapat tu pergi je la. kang tak pergi kene black list pulak nama. dapat tak dapat lain cerita la. kalo dari awal2 rasa takmo, wat pe ko pegi apply? nyusahkan orang je. ada beribu2 lagi manusia yang nak koje tu.. tapi maybe tak dapat sebab dah penuh, tapi dipenuhi oleh orang macam ko. tak ke menyakitkan hati orang je. jawapan dia senang je, alaa..pergi pon bukannya dapat.. kalo takde cable2 ni. saya apa lagi... pulang paku buah keras le.. hari tu ko cakap ada pak sedara mak sedara boleh kasi surat rekomen bagai.. hari tu cakap tulis je surat kompom boleh dapat. haa..sekarang apa lagi..gunakan le khidmat cable mak pak sedara ko tu. dia jawab..alaa..susah le, lagipon taktau nak diletakkan kat jabatan mana. saya kata, takyah le.. kalo nak koje pon pakai2 cable ni esok jadi sesuatu hal menanggong le. ada rezeki, ada le dapat. kalo takde, berserah je. ada le yang lebih baik yang menanti. diam je dia. ahhh..lantak le. pepandai le ko nak hidop. laki ko kan gaji rebu2 yang ko dok canang hari2 tu.. hadap je la. wat pe susah2 nak koje. bluekkkkk..... getik aahhh...
-----------
tak pasal2 dah mengumpat pagi2 hari jumaat. insaf le wahai ummat.
-----------
hari tu kan saya ada letak video nezha makan ice-cream tapi gelap le pulak. kali ni letak lagi. kal dah cerah sikit la kot dah boleh nampak. hehehhee..saya makan ice-cream strawbery tu le apa ke namanya yang iklan petik buah mangga dari tanah tu. aduhh..lupa la. apa2 la layan kan je...








video

hehhehee.. jangan terpedaya. dia blah tu tu kejap je, buat pusingan 1 round lepas tu datang balik bedal ice-cream saya. suka beno makan benda2 manusia ni. heran betol. takde la heran tapi semua pon kene share dengan dia. so cute....

------------

pasir uk-uk dia belom sempat beli lagi la. harap2 petang ni sempat beli. obek?? dia katanya buzy tap tak tau le. kalo tak buzy pon nak ajak pergi mana ha? saya banyak benda nak kemas rumah tu minggu ni. harap2 tulang tu ringan le sikit takde le lesu2 lemah2 malas2. kalo tak buzy nak ajak kuar le jalan2 pusing2. tapi entah le nak pergi mana. awal2 bulan ni semua ummat pon nak kuar berjalan. tadi dengar radio kata kl jem hari ni. dan jugak esok. tapi tak pasti pulak sebab ada occasion apa.

-----------

dapat undangan perkahwinan sampai 2 rumah. taktau camne nak pergi. ada rezeki sampai le, tapi saya suka je pergi rumah orang kawen ni. meriah. suka tengok orang ramai2, kanak2 lari2, happy2, tengok pengantin. yang penting dapat makan nasi minyak pengantin dan minum air sirap tuuu.. hwuahahhahahhahaa..... nak tunggu nasi minyak sendiri wallahualam.... nanti le saya carik resepi saya masak sendiri. huwhhhahuauu..gila pathetic.

-----------

malam tadi tido lena. tapi ada gak mimpi2. jangan main2.. malam tadi mimpi jumpa pak menteri. hahahhaha.. apa, ingat tak de kesempatan ke nak jumpa pak menteri. entah le menteri apa. dalam mimpi tu macam tunggang langgang le saya macam nak kene bagi satu info kat menteri tu. so, kene cepat2, tapi banyak lak halangan. at the end sempat le sampai jumpa dia dan sempat le mengadu cerita semua halangan2 yang dihadapi masa dalam perjalanan tu. hwuahhahaha..gila lawak. baru nak syiok2 jumpa menteri, sekali kepala kene garu daaa.. potong stim betol la nezha ni. tapi kan, in real life saya belom pernah jumpa menteri. ada la sorang x-menteri tu... masa tu dai still berkhidmat lagi la. siap shake2 hand borak light2 lagi. sekarang tak jadi menteri dah.. sebab.. u know.. menjadi isu terhangat dipasaran. hwuahhahhaa.. anyway. he's such a very gentle man.

----------

lagi nak cerita apa ye? owhh.. walopon tido lena malam tadi disulami dengan mimpi2 mengarut tu, tiba2 pukul 415am terjaga. bijik mata adalah cerah secerah-cerahnya rasa macam dah segar beno. aikk.. ni yang bikin marah ni. nak melelapkan balik amat le seksa. sempat lak pegi teman neha makan pepagi buta tu then sambong tido. tapi dah tak lena sebab dah nak subuh. owhhh.. itu la.. otak takmo pikir, agaknya dikejutkan suruh buat ibadat, bukan tengok tv daaa pepagi buta. apa la punya ummat ni. duniawi aje yang dipikirkan.

--------

ok la.. nanti sambong lagi ye. harap2 plan weekend korang berjaya ye. insyaallah..

---------

love you obek... (obek.. nak pergi jalan2..)

love you nezha...(hari2 mesti nak kene rindukan?)

love all of you...(cloud nine tu maksudnya very happy le, happys angat2 sampai pink2 muka tu... jangan nanti orang cakap im over the cloud nine korang ingat dia nak makan gula2 jenama cloud nine pulakkkk).

5 comments:

zh-ena said...

laaaa klu taknak keja gov jgn la anto borang..sajer atal tgn la tu..

selamat berhujung mggu..

~dARlee zURiS~ said...

rasa ngidam nk geget nezha lah
boleh ar..blh ar...
huhuuu...

nURmALa mAZLan said...

kak..semalam pon kita x de selera nak mkn.
buka puasa tu mkn ayam jer..
pastu x mkn dah..pg tadi baru kelaparan

lupie said...

Nezha is very cute!!!!
I am sure Nezha miss you just as much!!

saya said...

ena--tau takpe.. saja gatal tgn la tu.

zuris--ngidam geget nezha?? jangannn..nangis saya nanti..

mala--pns bdn kot tu yg tak selera

lupie--so does yr cats... cuteee!!