mari mencari....

Google
 

Wednesday, July 29, 2009

kembali lagi...

yuhuuuu...korang2 tak rindu atau ingat kat saya ke? aduhaii..siannya saya syok sendiri je rupanya selama ni. hehehhee.. anyway.. tak kisah le. semalam tidak buat apa2 entry sebab banyak hal la. pagi petang siang malam jadual penuh. tapi sempat jugak masok blog2 orang baca2. tapiii..apsal takde orang maso blog saya baca? tak sesuai tau. alalalla..blog tunggang langgang mana le ada orang nak baca. melainkan kalo cerita yang best2 baru le. takpe2.. lepas ni buat gempak punya entry bior sehari 5juta visitors. hwuahahhaa... tak tercapai akalku.
----------
anyway...nak cerita le ni kisah hari isnin malam. isnin kan birthday obek. so malam tu kuar pegi makan2 le kononnya. takde la tempat yang fancy2... pegi jusco je sebab nanti boleh terus pow obek. kata ada sale.. harus le terjah. hwuahhahaha..agenda tercapai. last2 obek kata ini birthday sapa sebenarnya ni? orang lain yang birthday orang lain lak yang dapat macam2 nih. hahahhhaa...sapa suruhhhh.. tu la pasal.
-----------
takde la beli apa pon, jalan2 pusing2 je yang lebih. tapi obek belikan saya reket badmintan. suruh saya bersukan katanya. aduhh...nak main badminton dengan sapa le gamaknya ye kat rumah tu. nezha? eehhh...nezha pendek tak boleh lompat tinggi2. huwahhaha...mengarut je obek ni tau. beli 2 la, dia satu saya satu. tapi entah le bila tahun baru nak main. buang duit je membazir. ni pic bawah nezha seperti biasa men-spot check le barangan kalo saya balik. belom apa2 udah dibuat gitar reket saya tuuuu... krenggg krenggg krenggg digarunya. geram betol. belom pon try2 nak pukul bulu tangkis dia dah garu2 kat tali tu. kang putus kendur kang camne saya nak main nezhaaaaa???? saja la tu dengki. ggrrrr.....


krengg..krenggg..krenggg..bunyik tapi reket digaru2 dek si nezha. bila ditegur buat muka la jawabnya. pas tu bantai duduk atas reket tu takmau bangun2. haihhh...macam2 perangai dia ni la.
----------
lagi beli apa ye? ada le 1-2 barang lagi. tak penting pon, tapi kopak le pakcik tu saya kerjakan. hwuaahhaha... hadiah dia saya belom bagi lagi daaa. kihkikihkihhh... nanti2 sabarrr..baikk punya hadiah nanti.
----------
saya sebenarnya emosi tak berapa stabil la. ada je masalah yang melanda tapi malas le nak pikir2 sangat. kalo dipikirkan nanti merosakkan mood dan pikiran. geram. benci. marah. sedih. semua ada. entah la..susah nak cakap. lagipon saya bukan jenis yang boleh berkongsi2 masalah ni dengan orang. ada tak ada share dengan obek je la. hehehehe... jadinya pretend nothing happened je la. tapinya..bila susah hati, selera makan bertambah2. ni yang bertambah2 tensen nih. tekak tu seleraaaa je. bukan macam orang lain, susah hati sampai tak larat makan. saya terbalik pulak. nak tengok time saya tak larat masa ialah masa saya suka hati bergumbira. aduhhh... memang time tu tak larat makan. jadinya saya makan macam2 benda sepanjang susah hati ni. haaaa...bior lantak sana.
----------
semalam, selasa. takde apa sangat yang menarik berlaku. semuanya macam biasa2 je. owhhh... ada gak kejadian. balik keje semalam air takde. uuwwaaaa..hangin betol la. letrik takde takpe jangan air takde..hazab! air tangki memang le ada tapi takot tak cukup je la. kat sinki tadak. elek..setitik pon tak kuar. pegi tengok meter kot2 kene potong ke mustahil le pulak. sekarang mana pernah tak bayar air. kata dah pree. lagipon kat bill tengok dia tulis -6.00 je bukan 600 ke hapa ke. gila ko bil air 600. itu mandi gajah namanya hari2. check jugak kelajuan gerakan meter, mana tau.. kot meter pusing laju tapi air tak kuar harus angin je jawabnya hujung bulan merasa bayar bil air melambung. tengok2 elok je la pulak. kompius betol la. so, mandi lebih kurang je la. takde la nak beriya bagai. takut sehh.. buatnya sampai 2-3 hari takde air tak ke naya. tapi pagi tadi bukak paip kat singki dah ada air. cuma macam tertendang2, angin le tu kot. lepas ni nak beli la bekas besar simpan air. penting tu. tambah2 kalo waktu bulan mengambang. waduhhh..tak sanggop saya kalo takde air. boleh pengsan lorrrr...
-----------
pagi ni, awal2 lagi dah hujan. spoil betol. saya udah le penakot hujan. orang kalo hujan pagi2 syiok berselimut, saya menggigil2 terkebil2. stress wooooo.... start pukul 5am kot hujan lebat betol. nezha biasa la. terkalok je dalam selimut saya. suka je nak nyebok.


nezha.. i love youuuuuuuuuu...
-----------
owh..malam tadi saya ngigau la korang.. hehehehe...sebab apa saya tau saya ngigau. macam ni. saya mimpi malam tadi nezha hilang. kira lari le sebab pintu grill terbukak dan tengok2 gate pon terbukak. so, jerit2 la panggil2 nezha tapi suara amcam takmo kuar lorr. suspen2.. pas tu kat laman banyak je kucing2 lain. hitam, putih, kuning, coklet, oren. yang ala2 macam nezha pon ada tapi bila pegi dekat2 bukan nezha. otak dah ligat pikir camne nak buat ni. pas tu terus menyesal sebab saya baru je lagi tanggalkan collar dia. kat collar tu ada tulis nama & no. hp saya just incase le kalo dia terlepas (nauzubillahiminzalik-mintak dijauhkan) dan dijumpai oleh orang2 yang budiman dan berhati perot untuk call saya. tempah khas tu.. berkeping jugak le kertas biru kuar melayang2. hari tu saya berus2 bulu dia then tanggalkan collar tu tehn tak pasang2 semula. lupa. lalai. dah tu baru menyesal. sekali nampak polis. ngadu kat polis tu le cakap nezha hilang. polis kata dai boleh tolong carikkan tapi nak gambar nezha le. saya pon dah pikir nih nak print pic nezha banyak2, tapi terpikir lak camne orang nak kenal sebab takde tanda apa2 pon. hitam je badannya. uuwwaaaa..time tu dah start melalak dah. pas tu nampak lak ada kucing macam nezha dalam longkang. beriya ni saya masok longkang tarik2 sekali bukan nezha la. uuwwaa.. apa lagi.. sampai bab tu memang melalak beriya lee.. melalak punya melalak punya melalakk.. rupanya memang melalak betol2. hwuahhahaha... sedar2 memang tengah nangis2 panggil2 nezha, berjuraian air mata campor sekali air lioq basi. hhahahaha... celik je bijik mata terus carik dia. wahh..dia syiok je tido berlengkor. apa lagi..terus pelok2 le ciom segala maso selimut. sambong nangis. aduhhhhh... dah reda nangis tu baru le macam nak sedar diri. mimpi sampai mengigau2. beriya2 betol. pas tu gelakkan diri sendiri. ya Allah ya tuhanku.. jangan la jadi macam tu in real life. memang saya pengsan dibuatnya nanti. peliharalah keselamatan nezha dan saya. see, kejadian mimpi dah buat saya lagi bad mood.
----------
harap2 hari ni takde apa2 yang tak elok berlaku. walopon tau benda tu sedang menunggu. hadapi aje la. dah ketentuan tak boleh dielakkan lagi.
---------
tetiba teringin makan roti jala la cicah kuah kari. wahhh... ni baru betol emosi yang tak stabil. kejap cerita sedih, kejap cerita pasal makan. layannnnnn.....
---------
ok la..takmau tulis panjang2 kang mengganggu waktu koje korang lak. so, korang2 tu keje la rajin2. saya doakan kita semua stabil hari ni. insyaallah...
---------
i love you obek...(nanti belanja lagi ye)
i love you nehza...(dok rumah elok2 tau)
i love all of you...(dah hujan2 tu jangan malas2 ngantok lak)

4 comments:

zh-ena said...

selamat hari jd obek..


sedap tu kkn roti canai cicah kuah kari..terliur jap

tak putus ker tali badminton tu dikerjakan si nezha

~dARlee zURiS~ said...

itu memang dah terbalik
nampaknye kena beli hadiah super spesel kat obek lah ek

alah,ajak lah obek main badminton petang
dah dia belikan reket..so dialah kena spend masa teman kamu main kan
;)

afiq said...

eh.ehh..main gitar plak!!
main stu lagu!!

saya said...

ena--kalo bab makan memang semua sedappp... hehehe

zuris--mmg obek ajak main tapi saya yang malas.

afiq--takde maknanya main gitar. hehhee..