mari mencari....

Google
 

Thursday, July 23, 2009

kenapa tak de mood haaa????...

ini namanya aksi akrobatik pusing2 tergeliat2 badan namanya. macam je la mamat sorang ni. apapon, layankan je la. mata ultraman bersinar2. hehehhehe.. powerr..hiahhhhh..
----------
aduhaiii... kenapa la kebelakangan ni lansong takde mood ha. ada je musibah yang datang. malas le nak cakap. cakap pon tak guna. lepas satu, satu masalah. musim bermasalah agaknya. mula la rasa nak lempang2 orang je. lempang sakit woo.. tapi kalo lempeng sodap..cicah sambal tumis ikan bilis. huhuhuhu....
---------
semalam balik cepat. kepala hangin. pukul 520pm saya udah kemas beg terus selamba badak je berangkat pulang. huwahhahha.. pening la malas nak pikir apa dah. lantak le orang nak call ke nak carik ke hapa ke. ingatkan kuar cepat tu jalan ok le. idaknyaa.. jem jugak. tapi cepat le saya sampai rumah semalam 615pm dah sampai. terus tapau nasik laok rendang ayam dan beli kuih cucur badak dan koripop. lutut dah gigil sebab memang tak makan seharian melainkan biskut 2 keping dan air soya bean tu je pagi semalam. balik2, terus bersila la makan. makan dengan aman? idaknyaaaaaaa.. ada le sekor tu dok mengeow2 nak jugakkkkk.. aduhhh.... bangun lagi amik makanan dia letak kat sebelah. ate..katanya nak makan berteman kan? makan dan makan dan makan. habis licin. heuhahahhahaha... kan dah kata, kalo susah hati lagi banyak makan. lepas makan lepak2 tengok tv. entah cerita apa lupa dah.
---------
malam pukul 830pm tu obek ajak kuar pegi makan2. owh..rupanya ada agenda tersembunyi. nak mintak tolong saya buatkan sesuatu kat paper work dia. patot le baik hati sengih2 je. debik kang tau la. anyway.. lepak2 kat mekdi je la sebab sana ada wifii dan itu je tempat yang sesuai pon nak lepak2 buat koje. atee..takkan nak dok depan pagar rumah? gila namanya tu. tuktaktuktak..makanya siap le bendalah tu.. kejap je. sesambil tu tengok espn kat mekdi tu best pulak. orang lawan2 skateboard dengan basikal bmx. wahhhhh..siap boleh lompat2 pusing2 lagi. hebat.. hebat.. saya kecik2 dulu naik basikal bmx la kononnya. basikal yang biasa2 ada bakul ada carrier tu takmo.. macam pompuan katanya. hwuahhahhaa.... abih kalo udah berkawan dengan lelaki je memang amcam tu le jadinya. elok beno le naik basikal bmx pakai skirt pegi lumba2. bagus yang amat. kitaorang 6 orang. 5 lelaki saya sorang je pompuan. belasah la panjat pokok ke, lumba2 ke, tangkap ikan kat parit ke. hentammm.. tapi tetap pakai skirt. hehhehee... masa tu tak kira apapon. semua masok. takde lak malu2 ke apa ke. petang2 lepas tuition berlonggok le kami2 ni, then pergi menuju ke destinasi yangtelah dipersetujui dalam kelas tadi. group budak pompuan ada gak tapi leceh le.. lembek... sikit2 aduh.. sikit2 merajuk.. sikit2 nak mengadu.. owh...bosan dowhhh.... masa tu bukan lawan main je.. belajar pon lawan2 jugak sapa dapat markah banyak. see.. budak2 dulu tak sama dengan budak2 sekarang.budak2 sekarang kepala ingat nak mainnn je bukan nak ingat belajar. agaknya la. hhehehe... selalu kitaorang lepak kat rumah yap, sebab dia kaya lorr...ada swimming pool. dan sebelah rumah ada kedai jual pau sedap. pau ca ya nun alip. inti sayur letak telor sebelah. sedap wooo... hentam jugak. hwuahahhaa...hehehhe.. apa pon..kenangan masa kecil tu. entah le kemana semua kawan2 lelaki saya tu. agaknya sekarang selisih bahu pon tak kenal. tambah2 pulak bukan sebangsa.. semua udah jadi apek kot sekarang. hwuahhahahhaa... apapon, miss you guys.. see, miss you guys je la pulak, takde lak nak miss you girls.. haihhh...tetiba nak emo lakkan pepagi ni.
------------
hari ni cuaca cerah. lawa. cantik. jalan pagi jem2 biasa la. ada lak eksiden kat depan western digital tu. baru lagi berlakkunya sebab still ada lagi kereta motor yang terlibat. parah tak parah dah usung bawak masok kereta le nampaknya. macam2 hal la pagi2 nih. harap2 takde apa yang serius. sapa pon taknak benda buruk berlaku. baik berkenaan diri atau pon harta benda.
------------
pagi tadi liat betol nak bangun. nezha pon kejut lebih kurang je. biasa selagi saya tak bangun or menjerit selagi tu la dia dok menggaru2 menggigit2 kepala, hari ni garu lebihkurang pas tu dai pon kebabom balik. hehehhee.... macam2 mamat kecik tu.
------------
petang ni taktau apa plan. harap2 semuanya berjalan dengan lancar. insyaallah....
------------
love you obek.... (keje rajin2 ye)
love you nehza...(lepas makan pi tido tau)
love all of you...(mengantok la tu. lain takde)

4 comments:

~dARlee zURiS~ said...

bulan nk mengambang kot
tu yg takde mood
hehee...

ohh..zaman kanak2 memang lah best kan
:)

zh-ena said...

betul kata zuris kot..nak dtg perio kot sbb tu la semua benda nak buat dtgkan masalah..

::@FiQ said...

hurmm afiq pon xd emood due tge ari nih..hari nih pon..

nURmALa mAZLan said...

ye la...
sama ngan kita
lately ni cam x de mood je
macam malas je..betul!!!
rasa cam sesuatu la..tp x tau aper nyer