mari mencari....

Google
 

Thursday, July 9, 2009

nezha buat perangaiiiii.....


aduh..tengok muka innocent je dia ni kan tapi jangan korang tak tau.. akal panjang ni. macam2 dia boleh buat. bijak bukan main.
--------
al-kisahnya.. malam tadi masa tengah syiok2 tengok tv entah le cerita numbers, tapi ulangan punya la bosan betol. aaa..masa tengah tengok tv, saya bias ala dok baring melepek dengan tv sekali gedegangggg.. preng preng prengggg... waduh2..tau dah.. tau dah apa yang dah terjadi sebab benda tu saya memang dah jangka akan berlaku cumanya taktau je bila. si nezha bijak pandai panjat kabinet dapor dan dah tumpahkan bekas minyak sayaaaaaaaaaa!!!!!! geram betol. apa lagi, menjerit le saya jawabnya. aduhhhhh... memang marah betol tapi nezha bila dengar je saya menjerit dai pon cabot lari la. tau takot. udah le jadi satu koje mengemop rumah malam2 buta tu ha. minyak tumpah kan ke best. kene lap 2-3 kali sebab licin meleket2. best2. pas tu kalo tumpah setempat takpe lagi, ini memercik sampai kemana2 cerok ntah. lagi best. wahh..syahdu betol mengemop rumah malam tadi. dalam pada saya dok bebel2 mengemop tu saya jeling2 kat dia rupanya dia dok jauh tapi datang dekat nak intai2 saya. wahwahwahhhhhh... tau pulak ye nak intai2 saya mop lantai. jenuh malam2 la nak buat koje. lepas siap semua tu, saya dok carik dia, panggil2 dia takmo datang lak. nak kene lap badan dia pulakkkk... mesti ada minyak dok melekat2 kat badan dia tu. memula tadi rasa2 takde le kene tapi tak boleh jadi. kene gak lap2 bagi kering semua badan dia. nak lap dia tu udah le 1 hal.. kene betol2 kering kalo tak kang lain lak ceritanya. kang berlemuih payah. panggil2 takmo datang. aik.. ni sapa yang bersalah ni? saya ke dia yang sampai nak merajuk2 ni? supposed saya yang merajuk ini sudah terbalik le pulak. lama gak jenuh panggil2 dai supaya kuar dari bawah meja, lama2 kuar gak slow2. hehehhehe..tau takot. dia ingat saya nak marah dia lagi le tu kot agaknya. alalalala..saya bukan marah bebetol pon. takat bebel2 je takde la nak marah macam orang gila. masa nak tidor tu pon ajak masok bilik takmau konon. duduk je tepi pintu. saya dah baring 5 minit tu tengok dia tak gak masok2 lagi, saya keluar carik dia rupanya ada lagi tercongok tepi pintu tu. wahh..malu konon. saya angkat pelok2 pok2 momtot dia pun mula la buat bunyi2 manja dia tu. uuwwaaaaaa... makanya menangis le 2-2 orang malam tadi. as if dia cakap sorry..saya pon cakap sorry le sebab dah sergah dia tadi mesti dia terkejut sangat tu. udah pelok2 semua baru la kita tido. uwuuaaa... pagi ni dah ceria balik. hehehhe..tapi terlebih manja lak takmo bagi saya pergi keje. biasa dah makan dia duduk diam2 kat kerusi pagi ni nak ikut lak kat pintu luar. owhhh..tak boleh le sayang. dok rumah elok2 tau tido makan main semua, nanti petang saya balik. uuwwaa..tetiba rindu kat nezha. hehehe..bila ingat2 yang tak tahan bab dia dok mengintai dari jauh tu. paham pulak dia ye takot nak datang dekat. hehehhehee...


alamak.. apa hitam sangat ni apa pon tak nampak le nezha. huhuhuhu.....
----------
ok.. berbalik kepada cerita petang semalam. semalam jalan tak jem. jem2 biasa je la so consider tak jem le tu. ingat takmo masak nak makan kat luar. obek kata ok tapi dia kene keje pulak so nanti macam nak kene makan cepat2 so takmo la. saya tak suka la keadaan tergesa2 macam tu. bosan. dari nyakitkan hatibaik takyah so jadinya tak jadi le kuar malam tadi. teringin makan lempeng. so masak lempeng dengan sambal tumis ikan bilis. alamak..malas betol nak kopek ikan bilis ni la. sampai je rumah, duduk kejap then pegi dapor le masak2. pung pang pung pang..siappp.. lempeng dengan sambal tumis. yahuuu...makan dengan banyak sekali. ate..udah masak sedap harus le makan banyak. hwuahahhahha.....
--------
sambil makan sambil tengok tv. tengok berita le. owh..isu ppsmi tu dah confirm tak guna b.i dalam subjek math dan sains. tunggu 2011 ye katanya baru dikuatkuasakan. sementara tu, jam pembelajaran b.i akan ditambah. mmmm.. ada gak bagusnya. kita lihat dari sudut yang berbeza la. macam kata abang din tu bila menjawab pertanyaan wartawan, ppsmi bukan tak berjaya cumanya tak mencapai objektif yang disasarkan. mungkin masa perlaksanaan hari tu macam tergesa2 dan tak sempat untuk guru2 dan murid2 yang terlibat untuk mempersiapkan diri. bukan semua murid pon pandai b.i. ada gak murid dikalangan sekolah kategori pekan masih terkial2 dalam bahasa inggeris ni. let alone murid luar bandar, lagi le hazab agaknya. tak dinafikan... ada jugak yang maju dalam b.i. agak2 sapa punya idea nak buat ppsmi ni dulu ha? suruh le dia bertanggujawab. sebelum nak buat sesuatu perkara yang melibatkan masa depan rakyat ni buat le kajian dulu, buat pilot test dulu, sekurang2nya setahun dua sebab ini melibatkan tingkahlaku dan perlakuan. bukan test2 masak2. kalo test2 masak2 senang le, terlebih bubuh kunyit terlebih kuning pedo la jawabnya. buat analisis dulu. kalo dalam dunia kerja kita panggil tna, training need analysis, so kenapa tak buat ana, academic needs analysis? itu le gunanya prof2 yang kat universiti tu..buat la kajian behaviour, psychology, internal external environment segala. yang paling penting kesan kepada murid itu sendiri sebab dia yang kene belajar tu. kata prof..harus le tau apa yang nak dikaji. hehehe..kot2 dah buat saya je yang tak tau kot. analysis ni dibuat untuk melihat keberkesanan, pro dan kontra, budget sesuatu benda. biasa la tu kan. kalo buat pilot test kat sekolah bandar, jawapnya memang le 100% positif. cuba buat kat sekolah luar bandar. the abyss is just too wide. even ada gak murid sekarang yang still membaca merangkak2 dalam bahasa melayu, inikan pulak nak belajar math dalam b.i. macam2 la. jadinya untuk tempoh 2 tahun ini, penekanan pembelajaran bahasa inggeris perlu lebih ditekankan. mulakan dari sekolah tadika. tadika sekarang pon dah hebat2, kumon la, shichida la.. entah hapa2 lagi yang hebat2. tapi... perlu diingatkan, bukan semua kanak2 tadika berpeluang nak belajar method yang hebat2 tu. again, look back at family, living cost dan environment.. cumanya jangan le asyik dok melekat dengan method lama. no more a for apple, b for ball, c for cup.. kene tukar sekarang a for acronym, b for battalion, c for chisel. baru la ada perubahan.. apapon, keputusan untuk menangguh dan mengkaji semula ppsmi tu saya setuju la... tapi cikgu2 dah tak dapat le lagi elaun ppsmi tu kan? hehhehee.... jangan pulak jadikan isu takmau memartabatkan bahasa melayu pulak.. itu dah isu lain pulak. kalo nak martabatkan b.m, sila suruh radio2 dan tv2 dimalaysia guna semula bahasa baku dan kurangkan mencipta perkataan2 syiok sendiri, perumpaan2 syok sendiri seperti sekarang, tagline2 syok sendiri.. 'lu pikirlah sendiri' tu bahasa apa? bahasa melayu? bahasa cina? bahasa nusantara? benda2 macam tu la yang merosakkan bahasa melayu. media elektronik ni memainkan peranan penting dalam pendidikan anak2. sila dengar bahasa yang digunakan dalam radio swasta, takde yang menunjukkan bahasa jiwa bangsa pon. melainkan radio under .gov. cuba sekali sekali dengar dan buat perbezaan penggunaan bahasa dalam penyampaian. kat situ pon dah boleh nampak betapa besar bezanya. ok2..itu isu lain la. next time baru bincang. lagi satu isu, nanti nak bincang isu bawak beg plastik sendiri ke kedai. wahhh..isu hangat tu. hehehheee....
----------
malam tadi tido lena. walopon panas. takpe la. biasa la tu. nezha pon tido lena. pagi ni tadi saya bangun awal macam biasa. sempat buat sarapan roti telor dan milo. kenyang dah perot. kenyang tu kenyang jugak, kang lunch nak makan jugak. hehehhehee.... petang ni taktau lagi nak masak ke nak keluar ke. rasa2 nak kemas rumah lama dah tak vacuum. tapi malassssss.. eeee..benci betol la.
----------
okla..takmo bebel banyak2. nanti tangan jari jemari penat. hehehehee.... peace no war!!!
----------
love you obek...(miss you so much)
love you nezha...(nak buat nakal lagi tak? cubit momtot nanti)
love all of you...(sapa ngantok angkat tangan.. )

4 comments:

~dARlee zURiS~ said...

bagus gak nezha wat sepah camtu
trus automatik kena kemas umah
heheee...

ehemm..yeahh
bakal menteri pelajaran kite sudah mengeluarkan pandangan
;)

zh-ena said...

mmg tak suka bila minyak tumpah..byk keja yg kena buat

kena lap dulu ngan kertas surat kabar..sng klu guna kertas surat kabar..pastu lap ngan air sabun..pastu baru lap ngan air biasa..pastu lap ngan kain kering..mmg leceh kan

MOKCIK AZWA said...

owh..klu mokcik memang nak kena sesiap yang tumpahkan minyak itteww...huhuhu...brutal punya mokcik..

ppsmi...dah balik ke BM pulak..dan dlm bhs Cina and Tamil..hmnn...

saya said...

zuris--yeahh..undilah saya dari parti cap harimau. hwuahaha...

ena--memangggg leceh nak lap minyak tumpah. tak suka, seksa.

azwa---aduh..nak marah pon dah tak guna dah.. benda dah tumpah lagipon bukan dia paham pon. buat penat je marah2. hehehe....