mari mencari....

Google
 

Wednesday, July 1, 2009

penat..penat...

witt..wittttt...itu la nezha tengah makan treats dia. suka beno. pinggan makan kaler pink, pinggan treats jernih punya. penutup kuih raya tu sebenarnya. huwahahhaa.. takpe la. janji makan mesti atas pinggan, tak boleh merata atas lantai nanti banyak makan habok dari makan makanan. udah le saya ni memang 'rajin' mengemas rumah.
----------
comel kan? hehehhehe..perasan betol. takpe.. saya memang suka je bab2 perasan perahsantan ni. sekarang mana ada orang perah2 santan lagi, semua beli yang dah siap perah punya kat pasar. senang. tuang je dalam piok. ma je yang tak mau santan tu. tetap le nak mesin dan perah sendiri. aduhh... anyway, itu cerita bab lain. nezha sihat, alhamdulillah. makin nakal melompat2 jangan cerita la. koje dia main makan minum tido. itu le rutin seharian. treats tu bagi diantara waktu2 makan dia la. bukan boleh bagi banyak2. sikit 2je 2-3 bijik sekali bagi. dia suka sangat. sedap agaknya tapi baunya memang pon macam sedap je. cuma saya belom sampi hati nak gigit sikit rasa. huwahhahahha.... nanti2 la kalo dah takde koje bebeno kat rumah tu nak gigit try test rasa apa sedap beno ke benda tu. itu bagi kalo dia baik la. dengar cakap. dah nama pon treats kan.
----------
semalam saya balik lambat. pukul 9pm baru sampai rumah. masa on the way rasa macam kenyang lagi so memangtak tapau apa2 pon la. dah sampai rumah lapar le pulak. aduhh..malas betol nak buat apa2 semalam. nak kuar lagi la. bercinta la kalau dah masok rumah nak keluar balik. malas. entah le camne, lepas mandi, lepak2 kejap tengok bujang lapok kat channel yang ada gambor pompuan miang dan lelaki gatal lebih besar dibahagian tepi berchatting2 (meluat!!!) dari gambor cerita wayang bujang lapok tu, saya pon tertido dengan sendirinya. memang tak sedar dunia betol. sedar2 dah pukul 1am. bangun buang air, masok bilik, sambong tido. nezha entah le dia buat apa. kesian dia saya tak main lansung dengan dia semalam. alalalallaa...siannya dia. lepas tu saya mimpi pulak. mimpi obek nak beli kucing lagi satu sama macam nezha tapi kaler putih. muka sebijik tu muka nezha. eh..bukan muka kucing semua sama ke ha?? saya kata nak buat apa banyak2, sapa nak bela. obek kata takpe la letak je kat rumah. saya macam ohh..ok la. hehhehe..ada lak mimpi beli kucing tapi kalo ada bagus gak kan. nezha ada kawan tapi harus le rumah tu nanti berdouble tripple tunggang langgang. pakkal nezha sekor je udah macam store jadinya lagikan ada lagi sekor. aduhhh... idak le. rasanya tunggu le kejap2 lagi dulu tunggu dulu la. sedar2 nezha tengah dok menggaru2 kepala saya. aduhh... mamat ni.dia memang tau. sebok nak menyelit je koje dia. takpe2.. eh.. alarm hp saya sekarang tak berbunyi la. bila cek nampak on je alarm tu tapi tak berbunyi. ke saya yang tak sedar? entah laa...
----------
ingat hari sabtu lepas yang pasal saya pergi carik klam air panas kat ulu langat tu? jumpa tu jumpa tapi berpusing2 jugak la. rupanya bukan nak pergi yang kolam air panas kat dusun tua or sg. serai tu. ini pure punya nun dalam hutan. ni pic dia...



ni la kolam air panas tu. dalam hutan. takot lor tadak orang. nampak je macam tu tapi memang air dia panas. kat hujung sana sebalik tunggul kayu tu airnya ala2 menggelegak korang. berasap2 gitu.
----------
pergi dengan atok sedara. kira pangkat atok le dengan saya. nama je atok tapi rowk wehh.. selamda badak je dia idak le atok2 yang pakai kopiah bagai ni. hehehhehee... atok tu le yangtunjukkan. dulu2 7 tahun lepas dia selalu bawak wife dia mandi kat situ sebab lemah2 badan, katanya elok. tu yang ma pon nak pergi jugak tu. walobagaimanapun.. saya idak le mandi. tak kuasa teman nak mandi manda kat situ. kang nak salin baju udah satu hal. tak kuasa la. kalo lelaki takpe bukak & sarong je. yang pompuan ni payah sikit, banyak aksesori dalaman yang perlu diambil kira. hwuaahahahhaa... so, itu le tempatnya. ma dengan atok tu mandi la. wah..merah2 badan. hai..berendam air panas le katakan. tapi tak lama sebab tak tahan air tu panas. saya cuba rasa je basuh tangan memang panas. tapi sumpah kalo pergi lagi sekali saya idak le ingat jalannya sebab masok celah2 hutan. hehehhee...idak le hutan banat, tapi hutan kecik2 la. dari jauh ada macam nampak kebun sayur kat belakangnya tu. lepas mandi, makan lepak2 kejap then sambong mandi lagi kejap then kemas2 balik. macam ma sakit2 lulut sakit kaki tu tudk je la kat kolam tu sambil urut2 kaki.
--------
balik je dari situ 2-2 tumpo. tumpo tu tumbang le. sebab kepenatan. saya dengan ma 2-2 pon bantai tido. hehehhehee..... saya siap dengan sakit kepala dan muntah lagi tu. sebab terlalu panas. panas matahari la cuaca, kan berjemur. tapi rasanya masa kat sana tu tak le panas sangat sebab ada pokok2. rasanya kalo pergi pantai lagi panas. entah la. dah kata masok dalam hutan, entah le sapa berkenan kat saya ditegornya saya kot. tu le pasal muntah. hwuahaha... percaya aje benda2 macam tu tau. takde la.. terlalu penat, dan saya pon tak berapa makan sangat. so, bila angin masok perot naik ke kepala, memang le pening. muntah tu sebab angin la tu. bila dah mntah baru lega. haa..itu exlanation yang sebenarnya. apapon, kata orang, kalo pergi tempat 'orang', budi bahasa tu jaga, jangan over2 lak. ke mana2 pon mesti ingat tu. bagi le salam dulu.
----------
obek busy. malam tadi gaduh dengan dia. huwahhahahhaa... dia ajak pergi makan saya takmo sebab dah tido. dia memekak pungpangpungpang. haihhh... rupanya saya bantai tido jugak tak sedar. hwuahahhahaha.... sian dia bercakap sorang2 kat hp malam tadi. sapa suruh ajak kuar malam2 buta? malam waktu untuk tido lorrr... dia ye la koje tak serupa orang. entah siang ke entah malam ke koje jugak.
--------
owh..sempat gak dengar dia mengadu (see, dia memang kuat mengadu kat saya) pasal dia bertekak dengan orang kat deposit machine kat am bank. hehhehehe.. dia kata orang selang sorang depan dia tu, pakai kot, pakai tie, kasut kilat tapi terkial2 taktau nk tekan yang mana. kan ada tulisan sana tu, bm ada, bi ada, bahasa cina pon adooooo.... kalo tak reti tanya la kat orang belakang. ini tak, diam je. dok tekan2 tapi tak tak dapat. hhehhehee... sampai le mamat belakang orang tu (means yang depan obek le tu) tegor orang tu suruh cepat sikit. wahh.. belagak lak jawapannya nanti laaaa... mmm..apa lagi, obek pon naik hangin. dah le orang tu tanya elok2, ko pegi jawab macam tu pulak. tau le obek tu, baran la. kadang saya hangin jugak dengan dia tu tapi sabar je la. jadinya terjadi le adegan tekak bertekak kat depan machine sampai le pak guard datang kasi settle. semua orang pon hangin sebab beratur panjang dan lama tunggu. so, 10 lawan 1, kira obek dan orang lain le menang. diaorang buat transaction dulu then baru bagi kat mamat pakai kot necktie tu. huhuhu... ayat2 yang digunakan semasa tekak bertekak idak le boleh dipublishkan sebab banyak tutt.. tuttt.. tuttt.. kahkahkahkahhh..tapi sendiri pikir la. saya sendiri pon bukan pandai sangat pakai cash deposit machine tu. sebab tu kalo pergi, saya akan pergi time yang orang kurang. contohnya malam2 sikit ke tapi make sure berteman. jangan sorang2 ko gila bahaya wehhhh.... atau paling senang suruh je obek yang pergi. settle hal. nak transfer online kadang dari bank lain ke bank lain. koleh ke? entah.. tak pernah lak try. kalo transfer ke bank yang sama boleh la kan.
----------
pagi ni tak jem. 830am dah tercongok kat opis. lagipon saya kuar awal hari ni sebab nampak jalan kat depan rumah tu macam jem semacam. takot tersekat. rupanya kat depan tu je yang jem, sampai ldp tak jem pon. bagsu2. hari2 macam ni pon takpe. disebabkan datang awal, so saya pergi breakfast dulu la. dah kata malam tadi tak makan, so harus le lapar pagi2 ni kan. macam nak makan lontong, eh..tetiba nampak lak kueytiow goreng. tak jadi la. makan kueytiow goreng. sebab yang tertarik menarik tu saya tengok kueytiow dia lebar2 beno. besor2. hwuaahahhaa.. jakun betol. biasa kan macam kecik2 sikit tapi yang ni lebar le besar dari yang biasa tu. pas tu nampak berkilat2 je tempting betol. amik juga mee goreng sikit. campur2 la. bismillah.... ayoyoyoyo..masin le pulak. rupa dah lawo dah, rasa masain le pulak. spoil betol. makan jugak la dan kesudahannya tak habis le kan. mujur amik sikit je. order air teh o ais, tapi panas le pulak airnya ais dibagi 3 ketul. wth... saya cakap kat abang kedai suruh tambah ais. ahhh..another spoil. pepagi dah minum ais sebab rasa pans kehausan sangat. tadi kononnya nak bawak bekal air ribena pon sampai terlupa. biasa saya bawak botol air minum. jarang minum air dari opis ni. entah la.. tak berkenan. hehehhehe.. cerewet jugak ye saya ni.
----------
pagi tadi bangun tidor pergi bilik baju carik baju apa nak pakai. amik baju kat tempat penyidai baju tu, baju jatuh. so saya tunduk nak amik, bila bangun, gedegunggggg!!!!!! tu diaa... kepala terhantuk kat palang penyidai tu. aduhhh..sedap betol hadiah dipagi hari. udah le mata rabun dok meraba2 kene lak kepala terhantuk kat besi tu. berpinau jugak le. rasa bengkak. tengok cermin memang bengkak pon. jadi hari ni saya datang opis dengan wajah yang baru. ada benjol kat dahi. hwuahahhahaha.. lawo wehh.. mana boleh dapat benda tu.. orang2 terpilih je yang dapat. kira saya ni bertuah le ni. huwhahhahahha... sentiasa lah berpikiran positif. ggrrrrr.... nezha nampak saya mengadui dia pon tercengang2. hehhee.. dia mana tau. dia kalo masok bilik baju tu suka beno. hai..apa lagi nak main kotak2, nak mencapai2 baju2 yang bergantung2 tu. pintu bilik tu kene sentiasa ditutup. kalo tak kang bahaya. ada je koje dia dalam tu kang.
----------
anyway.... kalo orang yang baru balik dari luar negara tu kene kuarantinkan diri sendiri ke selama 7 hari? habis, sesi kuarantin tu akan dapat mc ke pelepasan ke dari doktor sebab takkan nk potong dari annual leave le pulak. gila ke hapa? camno tu ha?? sapa tau pasal ni???? ini kes h1n1 tu le... tu la..orang suruh tengok berita, ko pergi tengok kartun, kan udah taktau info terkini. hwauhahhaha.....
----------
ok la.. nanti sambong lagi. mari kita sama2 mendoakan semoga hari kita hari ni sentiasa mekar gembira. aminnnn......
----------
love you obek...(kadang2 bengang gak dengan u ni)
love you nezha...(alalalal..sayang dia)
love all of you...(korang ni asyik main blog je, pegi la buat koje. hwuahhahaha..)

3 comments:

~dARlee zURiS~ said...

tak suka gak pakai CDM tu
time tak bertuah,duit sangkut dlm tu
satu hal pulak nk wat report sana sini
eeee!!!

hehehe..pagi2 dah dpt hadiah?
mesti dlm hati dok malas nk g keje
;P

ije said...

bestnya kalau dapat mandi kat kolam air panas.

saya said...

zuris--tau takpe, hadiah istimewa.

ije--pegi la try.