mari mencari....

Google
 

Friday, August 28, 2009

bila hujan, macam2 hal la jadi...


hello.... wahhh...sekarang petang2 waktu balik je hujan lebat ye. lebat betol tak nampak jalan. takot la. pagini tadi pon hujan lepat jugak. aduhhhhh..... tak pe la.. hujan tu kan ke rezeki. sian pokok2 tanam-tanaman takde air, bila hujan dapat la diaorang tu minum mandi semua. hehehhee...
~~~~~~~~~~
cerita pasal hujan, start dari malam tadi dah hujan dah kat area rumah saya tu. saya tersedar sebab bunyi hujant u jatuh kat atap depan tu kan tup tap tup tap bunyiknya. mmmm... tak boleh tidor lorr.. nezha pulak tetiba je menggaru2, menggigit2 kepala saya, usap2 dia then dia tido atas perot saya. wahhhhh.... ini lebih hebat dari tekan tubi punya pressure kat perot. layan kan je la. kejap je pas tu saya tolak dia ke tepi. huhuhuhu..sakit lor. tengok2 jam ingatkan dah pagi, rupanya baru pukul 0120am. mmmm..awal lagi. takkan nak bangun sahur kot. baring2 jugak la golek2 melayan si nezha. lama2 tu saya tertido jugak. mimpi yang bukan2. benci la. bulan puasa pon still mimpi2 lagi. hehehehhee.... dah pukul 4am tu baru bangun bersahur.
~~~~~~~~~~
owh..cerita pasal berbuka semalam, selama hari ni saya tak pernah pon ada sebarang permintaan untuk berbuka puasa. jadi obek akan beli ikut suka hati dia la. saya tak kisah pon sebab biasanya ok2 je pilihan dia tu. tapi semalam saya teringin la berbuka makan sate dengan nasi himpit tu. wahhhh.. baru seminggu puasa dah feeling2 raya ni nasi himpit bagai. so, sms kat obek mintak if kalau boleh dia belikan saya sate tu le. nak sate pak haji yang glamer tu le. obek kata kalo sate tu takde beli sate biasa boleh ke? saya kata takmo. nak gak sate tu, pegi la pusing mana2 carik sampai dapat. hwuahhahaha... gila pemaksa betol saya. sekaliiii...nak tau berapa batang dia beli? 20 cucuk sate ayam dengan nasik himpit tu untuk saya seorang makan! gila ke hapa mana nak larat habis. kalo beli 10 cucuk pon belom tentu dapat habiskan. aduhhh..dia kata hah, hambek makan sampai kenyang, nak sangat. uuwwaaaaaaa...... ini dah kira kes penderaan. dah tu dia belikan jugak koewtiaw goreng dengan kuih popia. air soya bean la apa lagi. so, semalam berbuka tak makan nasi. dah sah2 le sate tu tak habis so saya buat sahur pagi tadi. pon tak habis. ye la..mana larat nak makan banyak2. uuuwaaaaa........ so, menu bersahur tadi ialah, sate, air suam dan oat cereal tu buat makan2. sebab teringin. hehehhehe... konon nak makan macam tu je sambil tengok lilo & stitch, sekali tu macam tak best je. bancuh jugak milo sikit makan cereal tu. hambekkk...


sahur hari ke-7 (28/08/09) : sate, nasi himpit, cereal, air suam.
~~~~~~~~~~
pagi ni hujan lebat sangat2. so, jawabnya jalan jem. depan rumah saya tu nak keluar pon tak boleh. mula2 dah bersiap nak keluar tengok keadaan jalan sangat la jem so tunggu kejap. ingatkan by 8am dah reda rupanya lagi terok. aduhhhh... sudahnya dekat 830am baru saya keluar rumah. lambat le jawabnya sampai ke opis. sampai je opis, nak keluar lif tu terserempak dengan bos saya. hahahhahaha... saya nak keluar, dia nak masok. 2-2 pon terkejut. dia kata, hah! saya sengih je la jawab sorryyyy.. hwuahhahahha..lantak le. dah memang hujan jalan jem tak boleh buat apa lor.. bukan saja suka2 nak datang lambat. rupanya dia dah cari saya sebelom tu dia tanya kat budak opis say atak datang ke, budak opis kata eh..bukan ke dia ada kat depan tadi. kuar kejap kot. wahhhh... baik punya cover. hwuahahhaa....apapon, dah lepas la. selamatttt...
~~~~~~~~~~
nezha sangat manja le pulak malam tadi. amboiii.. melesekkk je koje dia kat saya. geram betol, rasa nak cubit2 pipi dia tu. hwuahahhaha.... obek pulak nak balik kampung. kan cuti lama 3 hari sempena merdeka. uuwwaaaa... saya pon balik rumah ma. entah. kalo obek takde kat kl ni raya macam jauh je. walhal dia balik kejap je nanti dia kata sebab 1st puasa hari tu dia tak balik. makmidah kirim gula kalo ada sebab kat kampung saya takde. ada kedai yang ada jual rm2 pulak 1kg. eh..kan dah kata kat berita tv jangan naikkan harga gula sesuka hati. kan barang kawalan tu. eeee..diaraong peniaga ni kan suka betol amik kesempatan. benci ahhhhh.....
~~~~~~~~~~
semalam kawan saya yang saya selalu cerita tu ym saya. dia suruh (suruh ye, bukan tanya) saya belikuih raya dari dia. saya direct cakap dengan terang dan nyata, TAKMAU. dia kata kenapa takmau pulak? saya kata tak minat. dia kata beli la boleh bagi kat makmidah. saya kata tak payah. makmidah lagi teror buat kuih. mak midah le tokey kuih kat tempat dia apa hal pulak nak beli kuih tu. lama2 dia ala2 bengang lak kat saya. lantak laa... saya sendiri pon jual kuih raya tahun ni lagi mau beli dari ko. kalo ko tu baik sikit peel tak pe le jugak ini tak. malas le nak masok campor. hah.. korang2 kalo nak kuih raya order dengan saya. mama yang buat. tat nenas, famos amos & oat. 3 jenis sajor. hehehhehee...murah2 mari beli. sapa beli 12 balang dapat percuma 1 balang. seriusss....
~~~~~~~~~~~
ok la.. malas nak tulis panjang2. mood takde la pulak. entah la. benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............
~~~~~~~~~~~
i love you obek...(rindu)
i love you nezha...(lagi rindu)
i love all of you...(pegi la tido)

Thursday, August 27, 2009

yeayy... hadiah raya saya...


echewahhhh... itu la aksi hari2 nezha kalo bukak pintu mesti lepak kat depan tu. mengambil udara luar le tu kot. ni pic pagi tadi. hari2 macam tu la kalo saya nak pi koje dia mesti menempek kat situ sampai nak bukak pintu pon susah. kang melengkor kat kaki saya. uuhuhu...sedih tau. so, sebab tu kalo saya nak kuar saya bagi dia treat, so sementara dia tgh makan treat tu saya pon cepat2 kuar pintu. say apon tak sampai hati nak kuar pintu tu kalo dia dok tengok saya sambil buat muka sedih. owhhh..rindu wooo... kalo dia tengah makan tu dia tak perasan saya pergi. saya pon tak le sedih sangat. wahhh..tiap2 hari pon emosi tau kao nak pegi koje.
~~~~~~~~~~
petang semalam hujan lebat masyaallah... lebatnya sampai tak nampak jalan siap complete package dengan guruh petir kilat bagai. ngeri wooo.. jalan dah sah2 le jem semacam. saya kalo jalan jem tu takpe lagi.. tapi bab hujan tu yang suspen tu. tau je la saya ni kan penakot hujan. uwaaaa..... sampai2 macam terasa2 je hujantu masok dalam kereta semalam. wahhh..kereta bocor ke? takde la. imaginasi yang terlalu tinggi sebab takot sangat. hwuahhahahhaa... manusia seperti biasa. dah tau jalan jem dan hujan lebat, masih ada yang nak mencelah2 dan nak ram2 enjin kereta konon nak cepat beno le tu. wehhh.. semua orang nak cepat la, bukan ko sorang je. getik dengan orang macam tu.
~~~~~~~~~~
sampai rumah lambat. pukul 7pm. obek dah belikan laok. sotong sambal tapi tak pedas, rasa macam masam manis pulak, sedap jugak, dengan ikan bakar. air teh bunga. kuih apa ntah namanya bulat keping2 macam ada debu kat luarnya dalam ada inti. aduhhhh.. ni la dianya budak2 (budak ke?) sekarang, nama kuih tradisional lansong tak tau. dan jugak karipop kegemaran. hehehhehe.. terima kasih obek. susah2 je pergi redah hujan lebat belikan saya makanan. masok je rumah terus masak nasi. lepas tu berbuka la. share dengan nezha ikan bakar tu. wahhh..ngalahkan saya lak dia punya selera tu habis sebelah ikan tu dia bedal. ini sudah terbalik. kene lak cubit2kan ikan tu dulu bai dia kang kalo saya dah makan kang tangan berlemuih dengan sambal kang kepedasan lak mamat tu. walopon laok sotong tu tak pedas. yahuuu...suka la makan laok tak pedas. aman tekak. kalo pedas, sedih lorrrr....
~~~~~~~~~~
malam, tengok tv cerita apa ha? lupa la.. tapi ada tengok csi. itu pon sekerat. tak tengok habis. lepas tu tido. hujan lagi masa malam telah membuatkan saya takboleh tido. aduhhh..badan penat, mata ngantok tapi tak boleh tido. so, kita buat apa? yeaaa...kita main lompat2 dengan nezha ye. suka bukan main mamat tu melompat2 menggaru2 menggigit2. layannnnnnn..... last2 2-2 tido. hehhehehe....
~~~~~~~~~~
pukul 4am bangun sahur. liat betol sebab in between tido tu kan asyik terjaga2 je. tapi takpe la. so, menu sahur malam tadi ialah buat roti john lagi lorrr. sebab semalam tak puas betol makan. dah le makan tergesa2, otak lak runsing so tak menikmati betol. jadinya tadi buat sedap2 la. tak boh garam pon sebab takot masin macam semalam. just tabur black pepper flakes kat telur dadar tu. sodappppppp... tapi telur tu tak jadi la bentuk 4 segi macam orang jual tu la. saya tak reti le nak membentuknya. jadi bulat jugak tu yang sampai terkeluar2 dari roti tu. hahahha... goreng jugak popia 3 ketul. habis dah stok popia kat rumah saya. kene beli lagi ni simpan. sesak2 ada makanan nak dimakan. air milo suam la biasa la tu, dengan air suam. harussss..... kurma tak makan lak. lupa. owhh..makan jugak sikit dragon fruit. sedap menyejukkan tekak. manis. suka la. hehehhehee...so, sahur sambil tengok lilo & stitch dan lepas tu tengok midsummer murder. alaa.. midsummer murder tu dah tengok banyak kali tapi takpe la.. best, saya suka so tengok lagi. saya sahur, nezha pon sahur. sebok je. tapi dia makan makanan dia la. sikit je dia makan, pas tu lepak2 sebelah saya. hehehehhee....


sahur hari ke-enam (27/08/09) : roti john, popia, milo suam, air suam, dragon fruit.
~~~~~~~~~~
haaaa...kan semalam cerita saya dapat hadiah raya. hehehehe..bukan baju, kasut, gelang, rantai daaa.. saya dapat ikan baru dan akuarium baru. yahuuuuuuuuuuuu....saya suka sangat2. kali ni akuriumnya yang jenis kayu. belah bawah ada kabinet untuk simpan2 barang la kan. yahuuu... yahuuu... suka..sukaa.... obek belikan. hehehhehe... ikan tu katanya arowana gold. entah le saya bukan paham sangat jenis2 ikan ni, tapi nampak macam lawo je. ok la tu. so, sekarang saya udah ada 2 la akuarium. satu tempat isi ikan puyu, satu yang baru dapat ni. wahhh..jenuh le nak mencuci akuarium nanti. mati laaa.... penat wehhhh... tapi takpe, suka punya pasal hadap je la. walopon orang tak suka, saya tetap suka. akuarium baru tu diletakkan kat sebelah kanan sini. belah kiri dah ada akuarium puyu tu. tapiiiiii..yang belah kanan ni dekat dengan dining table. jadinya memang amat dekat le ntuk si mamat kepochi memanjat dan mencuba nasib untuk menggapai2 ikan tu. uuwwaaaa...ko jangan buat hal nezha, cubit nanti. semalam masa dapat tu dai dah buat try test power dah... siap dah panjat meja dan lompat atas akuarium tu. kusssss semangat.. berderau darah saya. so, kene tarik lak meja tu kedepan sikit. sempit dah rumah. aaa.. ini le pic ikanbaru saya. kecik lagi. harap2 dapat bela sampai besar. dulu dah ada, tapi masa tu saya balik kampung, kebetulan hujan lebat petir rumah jadi tripp. so, elektrik terputus la. lama jugak sebab tak de orang nak turn on main switch tu kan. so, ikan tu mati. uuwwaaaa.... balik2 tengok kan udah terbalik timbul. apa lagi.. menangis le teman bagai nak rak. siap amik bungkus2 lawo then tanam. tak sanggop nak buang macam tu je. sedih woo.. sejak tu saya tak mau bela ikan2 lawo macam ni. ikan puyu tu tahan pulak dia kalo tak de oksigen ni. ikan2 lawo ni biasanya manja, semua nak dijaga. hehehhehe... agaknya obek perasan kot saya kadang tersbeut gak ikan tu. or suka singgah mana2 kedai ikan tengok2 ikan berenang2. walopon sekadar ikan dan akuarium je, tapi saya suka sangat. habis le rumah saya nanti jadi mini zoo. hwuahahhha.... jadi, ini lah hadiah hari raya saya!!! thanks obek. ilebiuuuuuuuuuuuuu......
dia asyik bergerak2 je la macam tau2 je saya nak snap pic terus dia lari. susah nak snap pic dia.

aaaa..ni macam dekat sikit tapi flash tu memantul lak kat akuarium tu. jadi la.. asal ada pic.



ni lagi satu shot. kira ok la tu. jurukamera amatur katakan. hwuahhahah...


aaaa..ni nampak ok sikit tapi ala2 blur le pulak. hantam laaa....
~~~~~~~~~~
so, itu la cerita saya untuk hari ini. petang ni harap2 jangan le hujan lebat macam semalam. takot woooo.... dah le malam jumaat. orang kata kalo hujan malam jumaat nanti the next wik tu akan hujan selalu. ye ke? hehehhehe.. manusia ni kadang pepandai je buat prediction sendiri. hantam la labu...
~~~~~~~~~~
kawan saya yang saya selalu ceritakan perihal anaknya tu, menyambut haji jadi anaknya yang pertama semalam. mmm..takde apa nak cakap, cuma harapnya semuanya baik2 saje. malas nak komen.
~~~~~~~~~~
ok la..nanti sambong lagi. minggu ni cuti merdeka kan? mesti ramai orang balik kampong. hehhehee... kepada yang merancang balik kampung tu drive elok2. semua orang nak berbuka dengan keluarga. tambahan cuti sekolah dah nak berakhir. jadi, jalanraya kana penuh sesak. hati2 bila memandu.
~~~~~~~~~~~
i love you obek...(thanks a bunch! nantibagi la hadiah raya lagi. hehehe)
i love you nezha...(so notty haaa...)
i love all of you...(selamat berpuasa untuk hari ini.)

Wednesday, August 26, 2009

tragedi di pagi hari...





echewahhhh.. kononnya letih beno le tu berpuasa ye sampai terbaring lesu layu tak bermaya? huishh..jangan le korang2 terpedaya. dia tu memang tengah letih. tapi letih sebab terlebih makan dan terlebih melompat2 memanjat2. haaa..hambek.. apa korang ingat dia nak duduk diam tengoktv? takde maknanya. tak larat dah nak larang. biorkan je la dia buat la suka ati apa pon.

~~~~~~~~~~

semalam balik jalan jem2 biasa. sampai rumah awal, pukul 640pm. so, obek call cakap masak nasi dia belikan laok. laok apa dia beli? sambal tumis sotong, sambal ikan keli, sambal paru. hahahhaha... nampak tak? nampak? tak nampak? aduhhh... itukan ke semuanya laok peras2 semuanya sambal2. aduhaiiii... lemah longlai betol rasanya. cakap kang kecik ati lak orang tua tu dah bersusah payah pergi belikan makanan. last2 saya kata saya takmo la sambal paru tu sebab dah banyak laok. hehehhe..alasan menolak secara baik le tu kan. owhh..dan juga semestinya air soya. eh..sepanjang puasa ni saya belom lagi la minum sirap. takpe2.. banyak lagi masa ni. ada jugak kuih apa ntah kaler hijau atasnya ada kelapa. macam2 la obek ni. apa pon, terima kasih daun keladi, harini pon belikan le lagi. hwuahahhaha....

~~~~~~~~~~

buka puasa dengan nezha. sebok je mamat tu la. tak senang saya nak makan. semalam takde laok yang boleh dishare bersama sebab semua pedas. saya sendiri pon tak larat nak makan. lepas berbuka duduk kejap then mandi la. owh..malma tadi tengok cerita melayu tajuk qalesha kat asterok. hehehhe...best jugak cerita tu kelakar la. saya mengekek2 gelak. cerita budak2 yang berbeza latar belakang berjumpa di sekolah agama. hwuahhahaha... macam2 karakteor ada. bagus budak2 tu berlakon. kira menjadi la. aiseyman..malu la pelakon2 dewasa yang tak pandai berlakon tu. opss..bulan puasa jangan mengata. lepas tu tengok cerita csi. wahhh..best jugak. lepas je csi kebabom le jawabnya. mata dah tak terangkat dah.

~~~~~~~~~~~

saya tido, nezha entah le apa yang dikojekan. saya biarkan je. sekali dia datang. garu2, gigit2, memekak2 kat tinga saya. saya tak de la nak bukak mata just raba2 dia je la garu2 tu. tapi dia tetap le memekak. sekali saya bukak mata, masyaallah astagfirullah...mengucap panjang saya. muka nezha udah jadi putih. main apa? main bedakkkkkkk.... haaa hambek..habis bedak saya setengah botol. patot le memekak kat tinga saya rupanya sebab mata pon udah tak boleh bukak, tertutup dek bedak tu. bila bdeak debutu kene muka, dia pi jilat2 la konon sapu2 muka. ate..lagi melekat le benda tu. eeeee..nak marah pon ada, nak gelak pon ada, nak kesian pon ada. saya pon bangun le mengerjakan budak tu pulak malam2 tu. masa tu dah pukul 1.20am. bersih2kan muka, bagi minum air banyak, then bagi vitamin. takot saya mana tau kot2 dia dah tertelan bedak tu banyak kang sakit perot ke hapa ke kan. nauzubillah..mintak dijauhkan.lepas bersih2kan semua, sambong tido. malangnya. yeee..malangnya..mata dah tak boleh lelap. aduhhh...geram betol. amik buku baca la. dah pukul 3am++ abru boleh tido.

~~~~~~~~~~

pukul 4am alarm pulak bunyik... uuwwaaaaa...baru nak tido dah kena bangun lagi. liat betol tapi bangunjuga la sebab nak sahur. pagi ni buat roti john. wahhhh..bersemangat. buat macamkat pasar malam tu le. bancuh telor, potong bawang, tomato. sedap. tapi termasin le pulak. hwuahahhahaa..... masin pon masin le. makan jugak. goreng jugak popia 3 ketol. air milo dan air suam, kurma.




sahur hari ke-5 (26/08/09 : roti john, popia, milo, air suam, buah kurma


~~~~~~~~~~

aaaaaa... sewaktu saya kuar dari toilet sebelom masak tu, saya pergi kat tepi dinding nak sidai towel. sekali terasa karpet basah. wahhh...ini sudah mendatangkan kemarahan. nezha melepas ke kat karpet nih. tapi raba2, banyak le pulak. takkan le kot. cium2 (harus berani mencium cecair di karpet itu, kalo tak kang camne nak tau, hwuahahhaa), aik..takde bau macam kencing nezha pon. suspen nih. tengok2 gak kot2 ada botol air tertumpah2 ke hapa ke. takde le pulak. so macam biarkan je la. malas nak pikir or kemas. sebaik je saya berpaling, terdengar bunyik.. burrrrrsretttttttttttttt.... (sebenarnya bunyiknya lain la, saya tak reti le nak tulisa camne bunyiki tu.) intai kat luar tingkap, tu dia... air memancut2 dari meter kat luar rumah. harus suspen. bukak pintu pi check, rupanya meter orang sebelah la yang bocor. taktau apa masalah. owhhh... rupanya rumah dia dah banjir lama dalam rumah tu so dah meresap ke dinging sampai dah rumah saya pon banjir sekali. saya masok balik check rumah saya, masyaallah..... tu diaaaa.. rupanya awal2 tadi saya tak perasan, rupanya dahbanjir sepanjang2 dinding rumah saya kat ruangtamu tu. habis barang2. astagfirullahalazim... memangmengucap panjang. kebetlan kedudukan rumah jiran tu macam tinggi sikit dari rumah saya, dah kata duduk teres, harus le dinding pon share. tu yang jadi banjir tu air meresap. saya nangis lorrrr.... tapi sabar2kan hati. mintak maaf kan nezha sebab tadi saya tuduh dia kencing kat karpet walhal mamat tu tak bersalah pon. hehehehe... siapkan jugak masakan bersahur, makan lebih kurang then bermula acara mengemas. jiran sebelah tu anak2 dara ada 3 orang. saya keluar tu dia pon keluar sebab sama2 bangun sahur kan. dia mintak tolong nak wat camne. nak wat camne... saya amik je la benda yang untuk pusing2 paip tu, taktau le apa namanya (jap2..check google image.. haa.. namanya perengkuh paip. gila susah nama ko), pusingkan, tutup meter luar tu, then suruh dia tutup kan macam ada kepala paip kat tepi dinding dalam rumah tu. itu la.. kepala paip untuk mengunci aliran air dalam rumah tu le. entah le apa namanya. boleh lak minah tu tak tau kat mana benda tu. haiyakkkkk... saya kata kat tepi dinding kat ruang tapi tu ada macam kepal paip tapi takde muncung tu. haa..itu kasi tutup. takot kang bertambah banjir. dah tu, diaorang pon kecoh2 le sebab rumah udah banjir. saya kata rumah saya pon dah jadi banjir sebab maybe dah lama air tu ita tak perasan. boleh lak buat muka macam tak paham. tak paham sudah. yang pastinya haku kene mengemas rumah. saya kata lepas ni call owner awak bagitau (bab owner takmo cerita, bulan pose, kena menahan dari mengumpat, lepas raya sambong cerita pasal owner). sementara ni guna la air tangki dulu. aduhhh..udah bertukang suboh buta pukul 4am tu kat luar pulak. rumah saya insyaallah...semua alatan ada, playar ke apa ke semau lengkap, ada tool box obek bagi in case emergency ke hapa dah ada bendanya. wahhh.. teror kan saya. takde la.. walopon pompuan, kita kene amik tau hal2 macam tu sikit so bila jadi hal takde panik sangat. lepas sahur saya kemas rumah. nangis sorang2. penat wooo... nak lap, nak perah kain, nak angkat karpet, nak sidai, nak sapu, nak vacuum, nak macam2 la. banjir le katakan. nezha tengok saya melalak dia pon sebok nak mengempek jugak. uuwwaaaa...memang nangis pagi tadi. tengah kemas2 tu perasan jam pukul 520am. minum air banyak2 sebab takot kang haus. uuwwaaaa..nangis lagi. kemas sampai pukul 630am baru siap. penat sehhhh..... baring2 terlelap, hambekkk.. pukul 715am baru sedor. suboh? selamattt atas sofa. hwuahahhaha....bangun mandi, siap2 pergi koje. pagi tadi saya pergi koje saya tengok kat dinding bekas air masok tu dah takde air mengalir lagi. tapi still basah la. risau gak kalo saya pergi koje ni tetiba berulang kembali. naya je. yangbuat saya lagi melalak masa tengah kemas tu, lagi saya lap kat lantai, kat dinding, lagi lak saya ternampak air tu mengalir dari dinding tu. sedih wooooo.... harap2 semuanya ok la. harus ke mintak ganti rugi kat jiran? hwuahahahhhaa.... ye la. dia punya hal tak pasal2 kita pon jadi mangsa. mangsa keadaan. entah la. takpe la.. pengalaman semua tu. sistem paip rumah dia tu saya perasan dah tukar 2 kali. memang ada problem la rumah tu. jangan terjangkit kat rumah saya udah le. nayaaa...


edited : macam ni le benda yang digunakan nak putar meter paip luar tu.. carik kat google. kata namanya perengkuh paip. huhuhu...


~~~~~~~~~~
jadi, itu le tragedinya di suboh hari tadi. hwuahahhahha.. rasa kelakar pon ada, sedih, marah, geram, semua ada la. sian nezha, tak pasal2 je kene tuduh, hehehehheee... so, sekarang saya macam mengantuk. dah le memang sejak azalinya jenis tido tak boleh nak lena, kejap2 terjaga, kejap2 terjaga, ditambah pulak penat, ditambah pulak tak menikmati lansong home made roti john sahur tadi sebab otak dah runsing. sabar je la.. ada hikmahnya tu. ngadu kat obek, obek kata takpe la.. nak dapat rezeki le tu air sampai masok rumah. nak dapat durian runtuh. hwuahahhaha..hantu betol. ye, ye..saya tunggu 50juta tu runtuh dari langit ye. sabar je la.

~~~~~~~~~~
sebenarnya kan.. semalam saya dapat hadiah tau. hwauhahhaha... hadiah raya. opsss... esok baru cerita, hari ni tak sempat sebab banyak koje. lagipon pic tak amik lagi. kang kata tipu2 lak kan. hwuahhahahhaa....

~~~~~~~~~~
i love you obek...(thanks for the tool box. berguna betol)
i love you nezha..(im sorry sayang)
i love all of you...(rumah korang paip bocor? panggil saya repair. hwuahahhahaa)

Tuesday, August 25, 2009

cerita panjang le pulak...


hehehhee.. tajuk tak ngalah. takde la.. konon2 je nak bercerita panjang. kan dah berapakali asyik tertangguh je nak buat entry pasal makan sahur ni. orang dok cerita pasal juadah berbuka, saya cerita pasal sahur le pulak. lagipon saya dah bercita2 nih tahun ni mesti mau bangun tiap2 hari bersahur, biarpon dengan hanya segelas air dan sekeping roti. chewahhhh.. pepagi dah buat ayat2 lemah. anyway.. macambiasa kalau bangun sahur mamat kepochi pon ikut jugak le kan. sebok je. bukan boleh tengok mulut kita mengunyah, dia pon sebok nak jugak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
semalam balik macam biasa. jalan pon jem macam biasa. sampai rumah pukul 7pm. sempat lagi masak nasi. dah kata semalam handphone tertinggal kat rumah, balik je terus ni dok carik2 handphone. puas godek2 ruang tamu tu tak jumpa. suspen betol. nak call camne nak call. handphone nezha tu ada tapi outgoing call tak boleh sebab tak top-up pon, incoming call boleh la. haru betol. ni mesti mamat kepochi punya koje ni handphone berbunyik dia gigit2 then entah jatuh ke mana. cari punya carik betol la tu, handphone kat bawah sofa. wahhh..jenuh le pulak tertonggeng2 petang2 tu. nakal betol la dia ni. dapat je handphone terus call obek, mana tau kot2 obek ada belikan makanan. hahahhahaha... kalo ada, bagus la, rezeki namanya tu. kalo takde takpe la.. saya masak le apa yang patut goreng telor ke apa ke. sempat lagi, ada lagi 1/2 jam nak berbuka. so, obek kat dia dah on the way nak hantar makanan. yahuuuuu.... i lebiu obekkk...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
obek belikan ikan bakar, masak lemak cili api daging (pedas melampau), kuih apa ntah taktau namanya, atas kaler coklat bawah kaler putih dengan air soya beans. yahuuuu.. favorite saya la tu soya bean. terima kasih obek, lain kali beli la lagi. hwuahahhahha.... sambil2 tu bukak tv. sekarang petang2 waktu berbuka takde cerita best la. tak menarik. kalo dulu2 tu ada je cerita bersiri menarik yang buatkan kita tertunggu2 waktu petang sambil tunggu waktu berbuka ekarangtakde lagi. dulu saya suka tengok diari rafik tu kot kalo tak silap nama ceritanya. hari2 tiap2 petang ada. best. baru la ada rasa semangat nak berbuka. waktu sahor pon takde cerita best. bosan la. tv2 buat cerita arab. macam kurang menarik. tv3 buat kuliyah ramadhan, kira best jugak la tapi kureng. tv lain elek pocik. last2 bantai tengok kartun suboh hari tu. ok2, berbalik pada cerita berbuka semalam. sambil tengok cerita anak bapak. hwuahhahaha.. tengok punya tengok, sekali udah terlajak waktu berbuka. pakkal le iklan 730pm tu kalo takkk.. haaa..hambekkk.. tu la takmo tengok tv yang ada azan kan dah terlalai. padan muka. anyway, terus berbuka. ikan bakar share dengan nezha. wahh... banyak lak mamat tu makan. sebelah tu dia je. jangan ko sakit perot uk-uk merata udah le nezha. haru saya nanti. harap2 tak le ye. dia good boy kan??? lepas berbuka baru mandi. ye la, takkan nak mandi senja maghrib tadi tu kan. tak elok. pukul 8pm je badan pulak rasa macam tak sihat pulak. sengal2 lemah je. aiseyman... baru cadang nak ajak obek kuar jalan2 malam2 terus tak jadi. end up saya tido awal malam tadi. belom pukul 9pm saya dah baring. terus terlelap. pukul 930pm obek call ajak kuar. saya takmo la sebab rasa macam tak larat sangat. tak tau kenapa. nak kata minum ais tak le jugak. segelas je lepas tu minum air suam. entah la... stress kot. chewahhh..tetiba je terus stress. nezha ikut masok bilik. main sorang2 entah apa dikerjakan saya bior je la lantak sana. tak kuasa nak melarang. lama2 saya tersedar tengok dia dah tertidor. sian dia. hehehhehee.....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ok. sekarang nak cerita pasal juadah bersahur. hehehhehehe... hari 1st, 22/08/09, saya bersahor nasi. gigih ni bersemangat sahur siap masak2 bagai. sambal sardin, sup suon campur fishball campur telor, milo suam dan kurma. hwuahahhahhaa...ini dah macam nak berbuka dah ni. takpe2.. kira motivasi diri la kan. nezha teman makan. tapi dia makan makanan dia la. huhuhuhu...

sahur hari pertama : 22/08/09
nasi, sambal sardin, sup suon+fishball+telur, milo suam, kurma.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
hari kedua pulak kan ada lebihan nasi sahur hari pertama tu. simpan masok dalam peti ais. so, buat la nasi goreng. elakkan pembaziran. lagi pon elok lagi. kalo laok2 tu kot la dah tak elok. huhuhuhu.. pon gigih jugak ni masaknasi goreng pagi2 buta. tapi mujur tak terlupa nak snap gambar, sebab sebenarnya ada telur dadar tu tapi dah habis kena makan baru teringat nak snap gambar. hehehhe.. so, sahur kedua makan nasi goreng simpel boh ikan bilis, ubi kentang, kacang apa ha? dia macam kacang panjang tapi pendek gemok2. aduhhhh... lupa la nama dia.

sahur hari kedua : 23/08/09
nasi goreng, telor dadar, milo suam, kurma
~~~~~~~~~~~~~~~~~

hari ketiga pulak, malas nak masak2. lagi pon takde apa balance makanan dari berbuka tu. so, kita makan oat cereal saja la. chewahhhh... omputek le kononnya. potongkan buah kurma sampor kat dalam tu. sedap. cereal tu dia dah siap2 ada kismis ada kacang ada oat. kira tak le plain sangat macam cornflakes tu kan so kira menarik la nak dimakan. sebabkan makan cereal dah dengan milo, so, minum air suam saja la. kurma tak makan dah sebab dah campur dalam cerela tu tadi kan. hehehehhehe....

sahur hari ketiga : 24/08/09
oat cereal+milo, air suam
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
aaaaa...yang ni sahur malam tadi. hehehhee.. special delivery jangan tak tau. obek tau la saya dah lama tak makan mekdi. saya kan peminat tegar mekdi. kalo boleh hari2 bedal pon takpe. kira dah seminggu gak la saya tak makan mekdi ni. so, pagi tadi obek hantar. gigih orang tua tu bangun pagi2 buta beli mekdi. yahuuuuu... ilebiu obekkkk..... saya memangtak get ready apa pon sebab obek dah bagitau malam tadi yang masa dia call tu yang saya cakap saya macam tak sihat tu dai kata nanti sahur dai belikan mekdi. tapi ajak saya kuar makan. saya kata takmo. malas nak siap2 pagi buta tu keluar. kalo nak belikan, sila buat special delivery. hehehehhee....so, mekdi double cheese burger, milo dan fries large. hambekkkk... kalo tak kenyang taktau le. tapi tak habis pulak burger tu. biasa boleh habis. hehehhee.. dah makan tu wash down dengan air suam la dan kurma.

sahur hari ke-empat : 25/0/09
mekdi-doubel cheese burger, milo, fries, kurma, air suam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
wahhhhh... meriah entry hari ni dengan makanan ye. nanti la.. esok2 takde la saya buat lump sum macam ni. nanti update hari2 ye pasal sahur. sepanjang ramadhan ni, saya belom ada apa2 teringin nak makan apa2 lagi. belom sampai masa lagi kot. biasa tu dah berangan2 je berkira2 nak makan itu ini. owhh.. buffet ramadhan tahun ni semua 80++. mahal betol. ada gal le kot yang murah tapi saya belom jumpa lagi. takpe la.. sekali setahun nak makan mahal2 macam tu. hwuahahhahaha... sekali pikir, membazir. dua kali pikir teringin jugak nak merasa. entah la. sila ukur poket sendiri ye sebelom apa2. ada je orang ajak berbuka tapi saya tak pergi la. malas. lagipon bukan rapat sangat. kalo masok bab koje saya selagi boleh takmo ikut serta. malas le. obek pon dah start buzy buka pose sana, buka pose sini. biorkan lantak dia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
malam tadi saya ada mimpi tau. tapi macam takot le pulak. eeee..takmo cerita la kang macam2 interpretasi pulak. risau. harap2 semuanya selamat dan sejahtera, baik untuk diri saya mahupun untuk sesiapa saja.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
okla.. takmo cerita panjang2. dalam kuliyyah ramadhan pagi tadi dia buat soal jawab pasal menjaga lidah time puasa. actually bukan time puasa je tapi time tak puasa pon. dia kata, pernah tak kita terjumpa ada orang tu kuat sembahyang, kuat bersedekah, beramal bagai tapi tak menjaga lidahnya iaitu suka bercakap2 hal orang, suka cerita2 hal orang. wahhhh... saya menjawab, bukan pernah lagi.. selalu hari2 pon jumpa orang macam tu. aaa..pas tu ustaz tu cakap la, cerita pasal zaman rasul dulu tu. owhh.. best jugak ye. sesekali menginsafi diri. wahhhh..insaf beno le tu. lepas tengok kuliyyah suboh terus sambong hafal lagu flo-rida right round. orang bulan2 puasa ni mengaji kasi khatam, saya pulak pegi dok hapal lirik right-round. hambekkkkkk.....pon tak hapal2 lagi sebab laju beno bercakap lagu tu. macam2 la.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dah2.. kangtak habis2 berceloteh. kepada semua kawan2, selamat berpuasa. kepada adik2 yang baru belajar berpuasa tu, saya doakan semoga dapat tamatkan hingga ke penghujungnya. saya dulu pon prektis2 setengah2 hari. lama2 dapat la puasa satu hari penuh. satu hari satu ringgit. yahuuuuu..makcik kayo. tapi dah tua2 ni pon saya still dapat duit raya apa... hwuahhahahahha... alhamdulillah...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
i love you obek...(nak kuar jalan2)
i love you nezha..(lepas makan tido tau)
i love all of you..(selamat hari selasa)

Monday, August 24, 2009

salam ramadhan...


hello.. selamat hari isnin!!!!! hari yang dinanti2kan oleh semua orang, tak gitu? hehehhehe... anyway, hari ni dah hari ke-3 kan kita berpuasa. wahh... macam2 dah terjadi selama 2 hari yang lepas. saya kan dah cakap nak buat entry pasal menu bersahur tiap2 hari, tapi handphone lak tinggal. tadi dah sekerat jalan dah nak sampai opis pon baru le teringan hp tertinggal kat rumah jadinya tak boleh buat apa la. harap2 nezha boleh jawab any incoming calls dan bagitau saya tertinggal hp kat rumah pada caller. hwuahhahaha....
---------------
tapi takpe.. sabar je la dah kata bula2n puasa ni kan. saya ala2 berazam le nak jadi baik sikit takmo marah2 kutuk2 ngomel2 semua tu. anggap la dugaannnnnn.... dugaannnnn... ini bukan dugaan, ini betol2 kejadian. hwuahahhaha... termasok lak skrip cerita bujang lapok kan. anyway, jangan la sedih2 atau susah2 hati. ceria selalu sudah la.
---------------
so, cerita hari sabtu dan ahad nanti la saya cerita. sebab gambornya takde. hwuahahha....
---------------
agend bulan puasa? entah la. takde apa2 plan. nak kuar jalan2 malam dah tentu la penat. cerita pasal pasar ramadhan. mmmm..takmo cerita la yang pastinya 2 kali pergi ke pasar ramadhan yang berlainan, 2 kali jugak kecewa dengan kualiti masakan. baik untuk kuih mahupon laok2. jadi saya kata dalam hati balik koje berbuka makan le apa yang ada dulu. nanti masak nasik kemudian. tak sanggop la makan pasar ramadhan tu. harga mahal dah le satu pasal, sedap tak sedap tu lagi satu pasal. udah2.. takmo pegi sudah. jangan bising2. pagi lagi dah memekak. sabar la.. kata dugaan bulan ramadhan....




korang2 pergi ke terawih? hehehehhee.... kalo pergi bagus la. kalo tak pergi takpe la. buat la mana yang termampu. apa la entry hari ni tak best betol. takde mood. saya ni selalu je takde mood. owh... obek tak balik kampung pulak 1st puasa hari tu. tapi dia berbuka kat rumah ma. hwuahhaha.. sebab semua orang balik jadinya penuh le rumah ma tu. wahh..bunyik macam le ramai sangat manusia. ada le 3 kerat. hwuahahhaha....
------------------
saya teringin le nak pasang lampu punjut pelita tu untuk raya tahun ni. balik weekend tadi kat rumah ma, ma dah sound. haaa..bilik tu tak kemas lagi. uuwwaaaa... kene kemas bilik pulak. saya kata malas, nanti minggu depan baru kemas. hwuahhahaha...gila pemalas. alaaa.. takde mood betol la puasa tahun ni. suka memang suka, saya memang menanti2kan bulan ramadhan datang tapi entah la... jiwa bergelora. byk masalah. owhhh..... jangan pikir masalah. fikirkan nezha yang comel dan montel itu. wahhh..jangan memain, dia pon nak puasa. saya bangun sahur dia pun bangun, ikut makan jugak. hehehhee... pas tu lama tak makan2. nanti dah tengahhari baru nak makan itupon kene suapkan. wahhh..mengada betol. ingatkan mogok lapar ke puasa ke, sekali suap hambekkk... makan banyak. hwuaahhaha... manja betol. waktu berbuka lagi la.. ngalahkan kita2 yang puasa ni. dia lak lelebih kecoh siap panjat meja bagai nak cium2 itu ini. geram betol. tapi layankan je laaa....
-------------------
ok la..takmo celoteh banyak2. nak senyap2 je. saya nak round blog kawan2. nak tengok apa cerita korang2 pulak. hehehehhee...
------------------
love you obek...(nak baju raya)
love you nezha...(dok rumah elok2)
love all of you...(selamat bekerja)

Friday, August 21, 2009

dah sihat dah...



hello...

obek dah sihat dah. syukur alhamdulillah. malam tadi dah kuar pegi dating2 makan2. hehehehe... sian, orang tua tu baru nak kebah dah dihayak ke hulu ke hilir. apa nak buat. hadap je la kan. lama betol rasanya tak kuar makan2 macam tu. tapi tak lama la. kejap je. dah makan, balik, takde nak pusing2 mana2 pon. malam tadi entah le tengok cerita apa. semua channel pon tak best. end up tengok kartun. hahahhaha.. lepas tu kononnya tengok tv2 tajuk macam cerita hantu tapi takde pon hantunya. ala2 cerita cinta je. taktau le kot2 hujung2 ada hantu sebab saya tengok sekerat je la. bosan. terus tido.

nezha macam biasa. manja melampau. pagi tadi saya bangun dulu dari dia lagi. yahuuu.... 520am dah terjaga. bagus betol. eh.. tapi malam tadi saya tak dengar la pengumuman puasa tu. suspen betol. pagi ni dengar radio betol la dia cakap puasa esok. mujur. buatnya tetiba lak hari ni puasa kan, tak ke naya sebab tadi dah breakfast kek seketol. hwauhahhaaa.. biasanya hari ni hari membantai le kan. bukan bantai orang lor.. dia kira macam hari masak2 menyambut ramadhan. ala2 nak raya gitu. siap masak rendang, lemang, nasi himpit. macam nak raya tu. tapi sekarang dah tak buat la. tak larat. lagipon takde manusia yang nak tolong. ok2..itu bab lain.

malam tadi mimpi yang bukan2 la. tak heran kalo saya mimpi. kalo tak mimpi tu yang patot diherankan. entah la.. fikiran celaru. saya sebenarnya...entah la. susah nak cakap la. muka je hapy dalam hati takde saya yang tau. nezha pon tak tau. dia pedulik hapa. celik bijik mata terus tuju bekas makanan. hwuahahahhha.. malam tadi suap dia makan. wahhh..banyak. bagus betol. makan banyak2 tau bagi gemok sikit. kucing gemok takpe jangan puan kucing yang gemok. itu masalah namanya tu.. hwuahahhaa.....

anyway... dah nak bulan puasa ni, dah teranjur tu saya minta maaf la kepada semua pembaca, tak kira yang kenal ke tak. macam le ramai beno orang baca blog ni. tak kisah la. mana tau kot2 ada tulisan saya yang secara tak lansung menyinggung hati dan perasaan korang kan, saya minta maaf.

bosan betol. entah la. susah nak cakap. eh..dah la takmo cerita benda2 yang sedih2. biarlah ceria. yang sedih yang muram tu kita simpan dalam hati saja.

malam ni bangun sahur jangan tak bangun. saya suka makan sahur tapi nak bangun tu le yang liat betol. hwauhahhaha... dah bangun nak kene masak or panaskan makanan. harap2 tahun ni rajin la hendaknya. jadinya... nanti saya nak buat la entry juadah berbuka puasa setiap hari untuk ramadhan,. hwauhahhaha... tak kira la berbuka meriah ke, atau sekadar air kosong dengan biskut ke. kalo buka dalam kereta pon saya snap gambar nanti ye. takpe.. sebab jalan jem kan so kereta tak gerak bolehle snap2 pic. yahuuuuu.... saya suka jalan jem. ggrrrrrr....

ok la.. jangan cerita panjang2 benda2 yang tak berfaedah. bulan ramadhan nanti tak boleh nak cerita2 yang mengarut2 lagi. kene jaga semua. mata, mulut, tangan semuanya la. chewahhhhhh... macam bagus je kan. jaga yang termampu.

kepada semua.. selamat menyambut bulan ramadhan dan semoga ibadah puasa kita diberkati Allah....

i love you obek..(rindu, rindu, rindu)
i love you nezha..(lagi rindu, rindu, rindu)
i love all of you..(rindu jugak)

Thursday, August 20, 2009

dah ok sikit dah...


obek dah ok sikit dah tapi still lemah2 badan dan kadang2 panas tu datang lagi. sian dia. malam tadi pon kene pergi koje. melampau2. tak padan dengan demam. getik la. pas tu lemah2 tau lak nak mengadu badan lemah la, tak larat la, itu la ini la. biorkan dia. hwuahahhaha.....

nezha ok je. manja ya rabbi bertambah2 manja. pening kepala melayan dia la. semalam balik lambat. pkul 830pm baru sampai. sebelum balik singgah beli burger dulu kang balik senang takyah pikir nak makan apa. burger takmo boh sos sebab kalo orang tu boh sos nanti melimpah2 meleleh2. tak suka la. biasa memang saya pesan takmo sos, nanti balik rumah boh sos sendiri. lagipon saya nak boh sos tomato, takmo cili. takpe2.. abaikan itu semua. tak habis pon burger tu. makn sekerat je. tak larat la. saya balik je bukak pintu apa lagi, mamat tu melompat2 berlari2 tanda protest la konon saya balik lambat. hwuahahahhaha..... sian dia. lepas mandi lepak2 tengok tv, sambil makan sambil suap nezha makan. wahhh..banyak lak dia makan malam tadi. lapar betol agaknya. ini betol2 punya protest mogok lapar nih. kononnya la. muka dai mogok lapar? rentikan la.. memang takkannya la. hehehehe...

tengok numbers then csi. tapi csi tengok sekerat je la macam tak larat. terus tidor. nezha pon tido. tapi dia bukan tido, pegi bantai main kelentang kelentung dalam bilk tu entah apa la yang dia kerjakan. memekakkkkkk je. saya selubung dia panjat garu2 ajak main le tu. tak kuasa la nak layan saya penat pulak semalam. lagi pon dah malam lor. lama2 dia blah. saya still dengar dia main2 entahle apa. pagi tadi pon bangun awal. 420am dah tersedar. wahhh.. sama macam waktu bersahur la. takpe2..praktis. bukak2 mata tengok bilik dah tunggang langgang dikerjakan dek si nezha. ooooo.. rupanya yang kelentang kelentung malam tadi tu dia main botol air la. kat bilik memang saya sediakan botol air sebab kadang bangun malam2 nak minum. tapi dah kosong punya botol yang ada isi tu berat dia tak boleh tendang2. wuahahhaa... nampak jugak botol minyak baby johnson saya udah terbarai. jawabnya dia panjat dressing table tu la. gggrrrr.. tengok lak kotak tisu pon dah tergolek. mujur tak dicarik2nya tisu tu. apa lagi ye.. owhhh... buku mastika saya udah terbarai. bagusnyaaaaa... udah jadi satu koje pepagi buta tu mengemas. sambil tu marah2 le dia. pandai lak menyorok dalam selimut.memangnak kene mamat ni. lepas kemas golek2 lagi.

pagi sempat goreng popia lagi. buat breakfast. lepas tu kononnya panas, so makan le betik pepagi buta tu. haa..hambekk..sampai je opis terus menuju bilik kecik. hwuahahahha...tapi takpe. lega rasanya. so, pagi ni dah kenyang dah. lunch kang makan ringan2 je la. kena la praktis kejap lagi nk pose. hehehhehee..macam budak2 la.

eh..isu gula takde ni semakin menjadi2 ye? saya rasa la kan, kita perlu beli gula hari2 supaya nanti nak raya kita dah ada stok. kalo tak nanti camne nak raya? haa..tak merasa air sirap kang, naya je. entah la. macam2 la. malam tadi tengok berita ada orang sorok2 gula. camne ni? sikit hari nanti beras pulak takde dalam pasaran. semua pakat makan bihun je. huwhhahaha....

ok la.. nanti2 sambong lagi ye. koje tengah boleh tahan banyak ni. byeeeeeeeeeee....

love you obek...(sihat2 cepat tau)
love you nezha...(tolong jgn sepahkan rumah)
love all of you...(lalallalalaaa hari2 kerja)

Wednesday, August 19, 2009

still demam la dia...


huwaarghhhhhhh....

malas betol la hari ni. rasa nak tido je. tapi mata tak boleh nak lelap pulak. entah. rasa macam boring je. maunya tak boring, terperap je kat rumah, tak kuar2. kuar pegi opis je. obek still demam gigil2. huwhahahhaha.... malam tadi bawak dia eprgi klinik. aduhhh...bukannya tak boleh pergi sendiri masa petang tu but still nak tunggu saya jugak. ate kata nak bermanja. layankan je la. sampai klinik saya suruh pegi duduk terus, bior saya yang registerkan. so, pegi kat kaunter register, aci kaunter dok cek2 nama dia, lepas tu cakap takde lak. mana boleh.. walhal itu le klinik yang biasa kami pergi. saya demam pon pegi klinik tu, obek demam pon pegi klinik tu. camne lak boleh takde rekod??? heran betol. malas le nak gaduh2 ni. suruh je dia register baru. setakat macam kita ni sakit demam batuk selsema takpe lagi, cuba kalo yang kena tu pesakit yang ada penyakit kronik. ada sakit jantung ke, ada asma ke (mujur rekod saya tak hilang, kalo tak saya hempok aci kaunter dengan pc dia). klinik tu konon2nya mengalami proses peralihan pentadbiran la. chewahh..ayat rasmi le pulak. ate..dulu2 pakai kad bertimbun2, sekarang zaman IT guna ic saje masok kat dalam sot tu then timbul le muka kita2 ni as rekod pesakit. entah la.. orang dah berkurun buat electronik filing system dia baru nak buat. bukan klinik ah kow ke apa, klinik gah ni. sebut kang, kontroversi lak. anyway... buat le registration baru. semua soalan2 saya yang jawab. lantak pi la. saya tau la obek tu ada alergik ke tak ke apa ke kan. so, udah register, tunggu kejap sebab takde orang, ada sorang je sebelom obek. jumpa doktor. wahhhh.. doktor ada janggut panjang. hwuhhahahhaa..... cek2 itu ini sudah siap. amik ubat dan berangkat balik. takde jalan2 pon sebab obek tak larat sangat. itu pon saya yang drive, dai dok melepek je. eeeeee..manja sangat, ngalahkan nezha. harap cepat sihat ye obek. demam2 pon still pergi kerja. sian dia.

ok.. cerita lain pulak. semalam balik terus beli nasi bungkus la. malas le nak masak. tekak pon tak berapa nak selera. beli buah naga tu. yang merah tu. waduhhh..favorite saya la tu sangat2. makan macam tu je pon sedap, kalo buat air boh laici pon sodap. hwuahhahahahhaa.... korang try la. sedapppp... beli juga buah betik. betik lagi. hantam la.. janji ada buah2an. nak carik tembikai susu takde la pulak. mmm..takpe, habiskan satu2 dulu bah tu. makan dengan nezha. saya makan nasi, dia makan makanan dia la. tapi... oleh kerana sifat dengki tu membuak2, harus le tak senang saya nakmakan nasi kan. kene jugak suap dia. jadinya tangan kanan suap mulut sendiri, tangan kiri suap mulut nezha. aarrgghhhhh.... geram betol. apa nak buat, layankan je la. kalo tak buat macam tu selagi tu la dia memekak menggaru2 saya.

pagi tadi saya sedar dulu sebelom nezha kejut saya. yahuuuuu.... saya menang!!!! saya terjaga pukul 520am. lepas tu tak boleh tido dah. golek2 pusing2 kejap tu nezha pon bangun. garu2 gigit2 saya. wahh..manja betol surh garu dia je. sesambil tu saya nak tengok le hp, saja nak mengacau obek pepagi buta tu sekali nezha marah.. dia gigit2 hp saya tu sepak2 terus berdentum ke lantai. bagus sangat kan? dengki, tamak. tak boleh share tangan saya. kene 2-2 tangan dok menggaru2 membelai2 dia je. apa la nezha ni.. geram. geram2 pon sayangggggg nezha. rasa tak puas pelok2 dia hari2.

hari ni sempat breakfast kat rumah. goreng popia segera tu je la. makan 3 ketol. minum air prune. kenyang. lepas tu pegi koje. jalan pon smooth je hari ni takde jem.2 jem2 biasa tu standard le. sampai opis awal. bagusnya kalo hari2 macam ni. obek pon pergi koje jugak. ada meeting. alallalalaa...siannya dia. semalam pon koje. tapi balik awal. hari ni pon katanya nak balik awal. haii...cepat la sihat obek. saya risau kalo obek demam. boring pon ye sebab takde chance nak kuar jalan2 malam2. hehehhehee.... bukan la.. ni kan dah nak dekat puasa ni kang tak larat lak orang tua tu kang.

baju raya takde lagi ni, camne nih???? hehehhee.. tengok2 kat online ada jual baju lawo2. tapi taktau ngam dengan saiz ke tak. kangbeli kang salah saiz lak. dia tulis saiz ikut nombor la.. 36. 38, 40, 42.. tu kira cmane tu? saiz M ke saiz S? sayani kecik je kadang pakai saiz S pon jadi besar jugak. tapi kadang pakai M macam ngam2 je pulak. pelik betol la. sebab tu tak berani beli baju online. kalo beli kat kedai boleh diacu-acukan kat badan. haihh..tapi saya terberkenan dengan satu baju tu la.. nanti2 la. tunggu obek sihat boleh pow dia. yahuuuuuuu....

ok la.. nanti sambong lagi. sekian saja catatan untuk hari ini, disudahi dengan ucapan wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

love you obek...( cepat la sihatttttttt)
love you nehza...(noty2 boy)
love all of you...(koje2 jangan main game je)

Tuesday, August 18, 2009

tambah ke top-up???





muwahahahhaaaaa.... just for fun ok.
tapi itu la kot kid's interpretation. aiyokkk..tak tauu..
camne nak explain the birds and the bees... hahahhahahaa....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ok2, ini cerita lain pulak.. tadi lunch hour saya keluar pegi isi petrol kereta dan nak top-up touch & go. sampai kat kaunter tu, disambut dengan senuym manis akak kaunter. fuhhh... lega sejuk hati rasanya waloppun waktu tu cuaca panas mencanak2. kan bagus senyum2 selalu. customer pon happy, awak koje pon happy takde stress...
akak : hai.. (senyum2)
saya : hai..(senyum balik). kak, touch & go ada?
akak : ada. nak tambah ke nak top-up?
saya : hah? huh?? (dalam hati & otak ligat pikir nih.. what's the different nak tambah ke nak top-up??). mmm... nak isi lagi. dah habis dah.
akak : ok, nak berapa?
saya : rm50
tit..tott..tit..tott... (bunyik2 la.. akak tu tengah buatkan)
akak : ok.. terima kasih.
saya : ok, terima kasih.
masok kereta, baru bantai gelak. tapi saya sampai sekarang dok pikir, tambah ke top-up? makcik confuse nih!!!!!

obek demam lagi...


sian kat obek. still demam tak larat. bila call suara pon mcm kuar tak kuar je. badan panas tapi sejuk menggigil. macam saya hari tu la. hehehehhee... amik nombor, sekarang giliran obek dah sampai. takpe la.. rezeki tu namanya. harap boleh sihat sebelom bulan puasa ni. kalo tak kang payah pulak. obek kalo demam lembik lemau ngalahkan mi megi terlebih masak. lembik lorr.. manja lebih. chewahhh...saya kalo demam memang bantai tido je la tak sedor dunia. mudah-mudahan obek cepat semboh. saya risau dan takot. saya ni memang le penakot kalo orang tersayang sakit2 ni. pakkal kalo nezha demam pon saya huru-hara lagikan kalo manusia yang demam. hwuhahhahaha.... obek, makan ubat dan take a good rest. miss your laugh, miss you smile, miss your everything....

nezha... perangai baikkk punya semalam. makan sampai tumpah2 habis berterabor makanan. sabar je la. tapi takpe. dah memang siap2 alas dengan paper so that tak de la banyak sangat kojenya nak mengemas. manja sangat pulak malam tadi. balik semalam jalan jem lor. berkurun dalam kereta. singgah giant sebelom balik konon teringin nak makan meehun sup fishball. tu yang singgah nak beli fishball macam2 perisa. belli sotong ball, prawn ball, fish ball.. segala2 yang seafood ball le saya beli. beli mihun juga. kononnya nak masak le kat rumah balik kang. sekali keluar je giant tu dia.. jalan tak bergerak. dah le hujan. ayoyoyoyo.... sampai rumah pukul 730pm. rumah gelap, nezha menjerit2, hujan pulak tu. aduhh... tak jadi masak la. beli je nasi lemak tapau udah habis cerita. takde mood dah. since obek demam memang takde la nak dating2 keluar. duduk je la rumah. masok rumah tuju nezha dulu. pelok2 cium2 say sorry semua baru la settlekan hal diri pulak. mmmm..malam tadi cerita tak best la. saya tengok cerita bujanglapok untuk kali yang 195 kali. heuhwhhahaha... dah takde mood dah. kejap je pukul 10pm dah masok bilik golek2. nezha seperti biasa mengekor je la. entah le main kotak tisu pulak dia malam tadi kelentang kelentung memekak. layankan je la.. sambil2 baring2 baca buku sikit then tido.

pagi pukul 530am nezha dah kejut garu2 gigit2 kepala saya. aduhhhh.. saya kata nanti la awallagi, tido dulu nanti 630am baru bangun. dia tido. 620am dia garu2 lagi. wahhh..effisyen betol nezha ni pandai tengok jam kah? hehhehehe... kali ni saya bangun la.. dah siang dah. tengo cuaca kat luar pon cerah. hari ni pagi jalan tak jem sangat. biasa2 je la. tapi ada satu kereta kembara kaler maroon nu memang terejal betol la. pandu kereta macam orang mabok ke kiri ke kanan konon nak cepat sangat. bodoh betol. kalo berlanggar tadi dah nyusahkan orang. kalo dai je yang tertonggeng langgar divider tu takpe la. nak mati kat highway tu pon takpe. hidop pon nyusahkan orang je. masalahnya kalo melibatkan orang lain pulak. tak pasal2 jadi beban. bongok.

pagi taid macam berat je nak tinggalkan neza. entah la. belom keluar rumah dah rasa rindu. hwuahahhaha.. terok betol la. ngalahkan penyakit angau bercinta. macam2 perangai. owh..malam tadi saya mimpi hantu tau. hantu la macam yang tengok kat tv tu rambut panjang pakai baju jubah putih. ehh..apsal hantu kena pakai macam baju labuh baju tidor kelawar tu ha?? pelik betol la. motif semua hantu rambut panjang apsal? ok2..dah kata mimpi so layan kan je la. chewahhh... konon2 hantu tu datang rumah saya la. dari jauh saya dah nampak so macam takot la. sekali obek pon ada ni. tak pasal2 mamat demam tu masok dalam mimpi saya. entah camne sebenarnya itu bukan hantu daaa.. itu orang le nak kacau saya konon2 je berlakon jadi hantu. eee..takde koje betolnak menyakat orang. chewahh..dalam mimpi tu saya jadi berani la pegi tangkap orang yang jaid hantu tu pukul2 lempang2 sepak2 semua. pastu marah2 dia la sebab apsal suka mengacau orang. hwuahhahaha..gila gangster malam tadi. entah2 siap ngigau kot??? saya kat suka je bab2 mimpi ngigau nih. lagi ada lagi mimpi yang lain pulak. tapi dah lupa la. mimpi macam pergi mana ntah macam ada perjumpaan. bukan perjumpaan biasa, ini ala2 perjumpaan perbincangan masalah besar punya nih. chewahh.. jadi think tank le pulak. macam2. nak kata pengaruh tv, malam tadi tak tengok cerita apa pon selain dari berita sekerat, kartun sekerat dan bujang lapok. hehehhee...hantam la.. sebab tu badan selalu penat sebab tidor takde kualiti. penat tau mimpi2 ni sebab tak lena.

lupakan kisah mimpi2 tu. korang kalo baca blog ni cerita lain takde. nezha, obek, mimpi. itu je la pusing2. habis tu, dah itu je yang dilalui, takkan nak cerita benda yang takde lak diada2kan. itu menipu namanya. hehehhehee... sabtu ni puasa dah kan? selamat berpuasa. sapa2 dah dapat email jadual imsak dan bka puasa tu print la kasi besar paper a3, tampal kat dinding. senang nak check. print 3-4 helai, bagi kat jiran2 sedara2.. kot2 nanti ada satu masa terbangun lambat ke apa ke senang dah ada jadual tu tak le terlajak imsak ke hapa ke. percaya la.. mesti ada yang terkena tu. especially saya la. hehehehe.. bila jam dah bunyik jawapannya kejap lagi, kejap lagi, kejap lagi. ingat2kan cuma terlelap 5 minit je rupanya terus pukul 7am. haaa..apo nak dikato. saya pulak jenisnya mesti nak kena bersahur. tak banyak dapat milo dan biskut pon jadi la, janji nak jugak makan. aaaa...buah kurma jangan lupa beli. makan kurma time bersahur kenyang tu lebih lama sikit. berkat tu.. yusoff taiyyobbbbb... hwuaahhahhaa.. saya dah beli dah semalam kurma tapi bukan jenama tu la. jenama lain entah apa jenama. makan je la. tengok bersih je, lawo, tu yang beli tu. tahun lepas, sempat jugak masak untuk berbuka. walopon saya balik macam biasa. opis saya ni takde bagi speciality untuk balik cepat. tetap lah jugak pukul 6pm baru balik. nak harung jem lagi. biasanya obek dah belikan makanan. kuih dah tentu dan laok. nanti saya masak nasi sendiri. setakat sup sayur dan telor masak kicap tu biasanya sempat lagi saya nak bersilat kat dapor menjelangkan waktu berbuka. kata super woman.. sampai rumah pukul 7pm pon takde hal. whauhauhahaa... tahun ni entah la..tak tahu lagi macammana. wait and see la kan kata orang. harap2 semuanya lancar.

ok la.. banyak pulak menulis. nanti2 sambong lagi. sebelom blah, baik korangtatap gambor nezha yang penyek tu hidong kemek tu. heuwhahahhahaa.... tapi pipi gebu. gerammmmm..rasa nak cubit2 je. memangdah cubit pon. hari2 kene gomol. ok.. peace!!!

love you obek..(cepat2 la sihat)
love you nezha..(makan pas tu tido tau)
love all of you..(keje rajin2)

Monday, August 17, 2009

cerita hujung minggu # 7...


hello..takde apa yang menarik hujung minggu saya. biasa je. tapi nakjugak cerita walopon takde info menarik kan. hehehehe... kata minah kepoh mesti la nak kepoh2. nezha lagi kepoh. pegi melepas kat bilik baju saya geram betol kena piat tinga. tak sempat agaknya dia tu. geram betol. biasa takde buat perangai macam ni kali ni buat pulak. kahkahkahkahhh..agaknya dia protes kot sebab saya ada usik2 menyakat dia cakap nak amik adik baru. hwuahahhaa.... gila la. paham agaknya dia tu yang nak buat territory dia agaknya. takde la nezha.. saya main2 je takdenya amik adik baru. tapi saya macam dah terbekanan pulak kat sekor tu. aduhh..sabar2. yang sekor ni pon tak terlayan kerenahnya, kalo tambah lagi la. tunggu adik manusia je la ye nezha. entah bila kurun le baru nak mendapat tu agaknya.

jumaat..macam biasa. obek kata nak ajak pegi kuar, tapi dai macam tak sihat le pulak. sejak saya demam hari tu, dia pulak terjangkit tapi tenggelam timbul. elok-demam-elok-demam... sian lak tengoknya. sabtu, pergi rumah pakcik obek sebab anaknya kahwin. wah..dapat macam2 goody bag. seronok. theme pink. mmmmm...no komen. laok sedapppp... nasi minyak, nasi putih, sambal sotong, kari (ke rendang?) daging, goreng kacang panjang, agar2, buah2an dan semestinya air sirap pujaan hatikuuuuuu... yahoooooo.... makan dengan penuh berselera tapi nak lagi tapi malu. cakap kat obek, obek kata pergila amik lagi, aduhaii..tapi saya segan la. dah le makanan tu ada orang jaga dia yang tuangkan makanan. kalo amik sendiri ada harapan gak saya nak amik lagi. aduhhh..tak puas betol makan hari kenduri tu. gerammmm... chehh..tetiba je nak geram tak cukup makan kan. hehehehe... lepas makan, ada dessert bubur pulut hitam. saya tak berapa suka la tapi amik juga share dnegan obek. owhhh.. sessi bersalam2an dengan ahlil keluarga adalah amat memeritkan. seperti biasa soalan cepu emas.. tapi kali ni dalam nada yang lain.. biasa orang cakap, 'bila lagi..?'..tapi kali ni semua pakat2 cakap, 'cepatt!!! cepatttt!!!' uwuwaaaaaaa... saya jawabb.. 'takmoo..takot...' hwuahahaha... obek pon kene tahan dan diberi kuliah ceramah oleh pakcik2 dia, hwuahaha..saya cabor lorr.. lari dudk jauh kat hujung khemah, buat still dapat ditangkap oleh makcik2 tu. uuwwaaaaaa..... kene juga soal siasat. uuwwaaa... lepak2 dah petang pukul 4pm, lepas salam2 lagi pelok cium segalanya, baru berangkat balik. dalam kereta saya merajuk sebab kene soal. hwuahaha.. obek gelak je tak boleh nak buat apa dah. sebelom balik, singgah dulu beli gorneg pisang karipop semua sebab lapar lagi. hwuahhahaa.... petang tido.. malam kuar lagi dengan obek pergi cari makan2. takde beli apa pon, beli donut dan rojak. tak berapa nak selera la pulak.

ahad, biasa jugak. tak kuar rumah satu hari. obek kerja. saya dok rumah je la kemas2 apa yang patot dan melayan nezha. manja betol mamat tu mengekor je bontot saya 24jam. nak berkepitttt je kojenya. layankan je la. nak tengok tv hujan lebat le pulak. tau2 la kalo guan asterok ni hujan rebas sikit je pon dah takde dapat siaran. let alone hujan lebat guruh petir segala. lagi la sangap. so, takde buat apa, iron baju untuk seminggu. yahooo..saya adalah rajin semalam. lepas tu potong dan jahit kaki seluar. beli dah lama tapi panjang, sebab tu tak pakai2. semalam dah potong dan jahit sendiri. wahhh.. rajin gila tu. petang buat cekodok ikan bilis. ngap, ngap, ngap, ngap.. obek call. cakap demam. bagus betol. malam tak makan sebab still kenyang dengan cekodok ikan bilis makan petang tu.

hari ni bagun masak nasi goreng sebab ada balance semalam punya. sedap le pulak nasi goreng cincai tu. wahhh... lepas breakfast, pegi koje. jalan jem2 biasa je. dengar radio sinar cakap pasal peristiwa hari pernikahan. hehehe.. ada 1 caller tu cakap dia pedajal sepupu dia boh katak bawah tempurung so that sepupu tu tak boleh nak jawab akad nikah. wtf!!!!! tak baik tau pedajal orang. nanti tuhan bagi balasan 100 kali ganda kat awak. dah le sessi akad nikah. sampai kene siram air 1 baldi katanya. eeee.. terok betol. kesian kat pengantin. tapi abang jem kata bukan pasal ada katak bawah tempurung tu pengantin tak dapat jawab akad, maybe sebab darah gemuruh lebih. well.. ada betolnya benda2 tu. hehehhe..entah la. macam2 perangai manusia ni.

ok la..itu je cerita untuk hari ni. esok2 sambong lagi. perot tak sedap le macam kembong. angin agaknya. seksa betol. takde lak tutt..tuttt.. tu yang buat lagi sakit perot tu. kalo tuttt...tuttt tu lega sikit le kot. hwuahhahahhaa.....

love you obek..(cepat2 sihat ye..)
love you nezha..(jangan buat perangai lagi please)
love all of you..(hari ni monday kan? i love monday!!!)

Thursday, August 13, 2009

macam biasa jugak...

hello....

semalam macam biasa. takde apa yang menarik pon. lunch makan nasi, tapi sikit la. lepas tu terus sakit perot sebab makan laok sambal sotong pedas. haihhhh... sensetif betol la perot ni, pedas2 pon tak boleh. kadang jealous je tengok orang makan pedas2 sedap2 tu. takpe... saya makan cili sos je nanti. hwuahahhaha....

balik semalam singgah kedai. kata nak masak ikan tauchu tapi takde ikan yang saya berkenan. so, tukar le amik udang. 7 ekor. jadi la. makan sorang. itu pon tak habis. apa daaa.. buat tumis cili api udang. wahwahwahhh..kata tak tahan pedas makan pulak cili api. teringin babe... terbayang2 je laok tu. ala.. cili api 5 bijik kecik2 je tapi pedasnya masyaallah..diluar kawalan saya. siap berjoget2 time makan tu sebab kepedasan. memang makan berulam air la. ulam buah betik pon lagi. seksa yang amat nak mengabihkan nasi malam tadi. so, masak laok udang tu dengan sup telor sampur fucuk suon ubi kentang. jadi la. makan buah betik sebab ada lagi belance sebelah. minum air teh o. huhuhu...kenyangggg...selamat.. alhamdulillah...

malam tadi kebetulan hujan lebat pulak. siap dengan guruh2 petir kilat bagai. nezha pon sama je macam saya. penakot hujan. time hujan tu saya tengah masak dia pon elok je la duduk diam kat tepi peti ais tu menengok saya masak. tau takott... tak bergerak2. berbunyik pon tidak. cuba kalo tak hujan, time itu la kita ank masak time itu le diapon sebok nak memanjat2 dapor.

lepas masak, mandi then makan. sempat tengok berita sekerat. pas tu tengok numbers, pas tu tengok csi. chesssss... horatio tak mati le. mati tipu2 je, tak pasal2 je saya marah budak wolfe tu sebab ingatkan dia yang bunuh. hehhehehehee... anyway.. kira boleh la cerita malam tadi. lepas tu ada csi grissom yang lama2. tak tengok la sebab dah tengok. owhh..sesambil tu tengok juga penyampaian hadiah tilawah al-quran. kira tukar2 channel la.

pukul 1130pm kebabom.... nezha pon sama la. mengempek je 24jam. obek katanya demam tapi dah sihat. syukurr.. saya risau betol kalo dia demam. saya demam takpe. hehehhehee.... ok, malam ni nak masak lagi ke makan luar. nanti la.. belom pikir lagi, lagipon masih awal pagi lagi belom datang ilham. kot2 kang jalan2 pusing2 blog orang nampak makanan baru le boleh teringin.

badan saya still macam tak berapa elok sangat lagi la. still lemah2 dan tak bermaya. entah le bila nak sihat betol2. kejap lagi dah bulan puasa. seronoknya. tak sabar rasanya. stok kurma belom beli lagi. nanti2 la. lagipon takde keluar pegi mana2. saya suka kurma yang dalamnya ada kacang dan bersalut coklat tu. tapi mahal lor.. kalo obek baik hati dia belikan jugak la. biasanya beli yang biasa kering tu je. saya suka yang kering kecut kecik2 tu. yang gemok lembek tu saya tak berapa gemar la sebab macam terlalu manis pulak. aaaa... nanti dah bulan pose bagi2 la menu untuk bersahur. al-maklum... bangun pagi2 buta tu kadang tak selera. tapi kalo tak sahur kang lapar pulak. lagipon sunat bersahur tu kan. chewahhhhh... bagi la resepi yang senang2 dibuat dan menyelerakan. korang2 kan pandai masak.

saya tak suka orang yang suka menyebok hal orang. ala..korang tau la jenis orang yang sikit2 nak tau, sikit2 nak tau. hoi.. pegi la buat koje lain selain dari menyebok asyik le nak tau hal orang. ini kalo boleh berapa kali kentot sehari pon nak tau jugak. bongok betol.

ok la..takde apa nak tulis. boring. koje banyak. tapi banyak yang dah settle dah ni. bagus betol. pekerja harapan malaysia katakan. tu diaaaa.. masok lif tekan button sendiri. ok la tuuuuu...

love you obek...(rinduuu...)
love you nezha...(lepas makan tido tau)
love all of you...(always..)

Wednesday, August 12, 2009

takde yang menarik..biasa je...


semalam dan hari ni macam biasa. takde apa yang menarik. koje banyak. jangan merungut. koje tu rezeki. buat la dengan sepenuh hati. nanti takde koje baru nganga. hehehhehe... balik semalam beli nasi siap2. laok sotong. sedap. dah boleh makan nasi. walopon masa makan tu hidong kembang kempis menahan tekak. tak habis pon makan tapi alhamdulillah..dah boleh masok nasik. lepas makan nasi, makan buah banyak2 untuk melegakan tekak. success!!!! mau tak success, habis sebelah bijik betik dan sebijik mangga. nezha menyebok je nak jugak tapi bila bagi takmo pulak makan buah. owhh.. dia kalo makan durian je dia berkenan. mangga dan lenlain buah2an tak mau pulak. hehehehhee....

malam tak kuar. duduk rumah saje. tengok tv. tengok kartun tengok csi. best. obek koje. malam tadi korek telinga nezha. masyaallah.. punya la seksanya nak korek tinga dia tu. habis kuar segala silat kungfu silambam bagai. degil bukan main. korek punya korek punya korek tu dia.. punya banyak bijih timah. eewwww.... apa la macam ni tak handsome boy la banyak bijih timah. entah le berapa jam proses korek telinga dia tu. mana taknya, korek sekali lepas lari. kejar balik. dapat tangkap, korek, lari. itu je la kojenya saya malam tadi. bila dah selesai tau lak buat muka lega. takde nak garu2 telinga lagi. tu laaaa... orang cakap degil. kalo tak korek kan tak selesa, dah korek baru selesa. notty notty boy.

pagi ni macam liat je nak bangun. ada mimpi tapi lupa la. entah macam mimpi meeting je. hehehehhee... itu baru bersemangat waja bekerja namanya sampai termimpi2. aduhhhh.. macam2 le. cadang nak kuar rumah awal sebab nak isi petrol bagai, tapi lambat jugak jadinya. beli roti dan air kotak. lorr..lupa makan la. bila type ni baru le dok teringat ada makanan. takpe2.. simpan untuk petang kang la. harap lunch ni selera terbuka la sikit hendaknya. jalan jem. jem lebih sikit dari biasa, so sampai lambat tadi dalam 9.10am baru sampai. nak menatak lagi aduhh.. lenguh2 badan ni la.

obek lak baru je call kejap ni mengadu dia lak macam nak demam2 selsema batok semua. hehehehe.. baru adil 2-2 kena. cakap nak balik rumah tido. haihh... saya risau kalo obek demam. saya demam takpe tapi kalo dia demam saya runsing, sebab dia jenis yang susah nak demam. so kalo demam memang masak le jawabnya berkurun baru boleh elok. harap2 obek sihat. kalo dia demam sapa nak melayan kerenah saya yang banyak songeh ni. saya ni dah le jenis tak reti nak jaga orang demam. owhhh... seksanya.

next week dah mula ramadhan kan? seronoknya. rasa tak sabar nak puasa. tahun ni entah la..rasa macam tak meriah je. banyak masalah la. ahh..takyah dikenang2 la masalah tu.

minggu ni anak pakcik obek yang kat cheras kawen. entah le nak bagi apa. korang2 ada idea ke nak bagi apa? takkan nak bagi bawang cili lak sebab dia guna katering. kalo masak2 sendiri boleh le. nak bagi kuih? untuk makan2 waktu pagi tu? aduhh..nak order kat sapa pulak. nak order kat ibu jauh le pulak nak mengambiknya. habis tu nak bagi apa ha? bagi idea sikit tolong.

saya sebenarnya ada le benda nak cerita tapi malas la. nak cuba mengurangkan sessi menganyam ketupat la. memang le cerita tu kisah benar tapi menceritakan tu semula kira mengumpat jugak ke ha?? kalo ye, takmo le cerita.. kalo tak, boleh le cerita. hwuahhahahhahaa.....


saya teringin le makan ikan masak tauchu. wahh..kalo larat petang ni nak masak la. dah lama tak masak2 ni. sian dapor tu. lagi kesian tong gas tu dah terperap kat rumah saya setahun lebih tak habis2 pon. hehehehhehehe......

pagi ni tadi bagi nezha makan treats perisa baru. perisa salmon. wahh..melampau2 kan kucing zaman sekarang. saya ni pon setahun sekali je makan salmon. mahal lorrr.. biasa bagi dai perisa tuna je. tadi tengok macam takmau lak dia benda tu. agaknya dia bau lain dari yang biasa kot. dalam takmau2 tu habis jugak dia bedal. nanti petang nak try lagi.

batuk still tak hilang lagi. ena ibu umairah kata minum air lemuju. wahhhh... apa benda air lemuju tu. pernah dengar tapi tak pernah tengok secara life. camne rasanya tu? ada macam rasa oren ke, kelat ke, pahit ke apa ke? kat mana lak nak carik? aduhhh.. nak minum air asam jawa campur gula batu pon saya malas nak buat. entah le kenapa sekarang ni malas betol. sejak2 demam ni takde semangat rasanya. kerap mencarik alasan supaya mengelak dari buat sesuatu. hehehehe... senang cerita m.a.l.a.s

ok la.. nanti2 sambong lagi. saya perhatikan sekarang makin kurang je orang masok blog saya. takpe2... sapa nakmasok baca dipersilakan. sapa takmo baca takpayah baca. lagipon takde benda yang menarik. gambor2 pon takde la gambar lain selain dari gambar nezha tido. hehehhehe.. saya tengok blog oranglain meriah sebab ada tunjuk gambar2 real life punay activiti. saya takyah le... takde apa yang menarik pon dalam hidop saya.

love you obek..(moga sihat hendaknya)
love you nezha..(jangan nakal2 ye)
love all of you...(peace no war)

Tuesday, August 11, 2009

tag ke award? pulakkk...


aduhhhhhh.....

ni yang lomah ni kalo bab2 tag nih. tapi takpe.. sebab mokcik tu dah remind banyak2 kali kat komen box. hehehehee... so buat jugak le. tapi lenkali takmooooo.. hehehhee...

tag ke award? gambornya tulis best buddies award 2009.. tapi ada tulisan2 tag yang kene jawab. wahhhhh.... berbesar hati betol saya bila mana ada orang sudi jadi best buddy saya. walopon tak kenal, tapi kalo sembang dalam blog ni rasa mesra sangat2 kan? macam pelik kan? ntah2 pernah jumpa pon kat mana2 shopping complex tapi disebabkan tak kenal so bior gitu jek. aduhhhh... saya memang le malu kalo bab2 jumpa orang ni. sepanjang berblogging, saya cuma pernah jumpa seorang saja, iaitu si zuris tu le.. itu pon pergi sebab dia kahwen hari tu.. kenduri mala pergi jugak tapi tak sempat jumpa dia.. aaaaa..sapa lak nak kawen lepas ni inform le..kot2 boleh saya pergi boleh le jumpa. hehhehehe...


ok..berbalik kepada cerita asal.. katanya kene copy award dan letak dalam blog. ok done. pas tu kene lak tulis 6 fakta menarik pasal pemberi award ini. chewahhhhh...ini namanya mintak puji-pujian cara terselindung nih. hwuahahhahahahha.... takpe2.. kata best buddy so kene la layan..

6 fakta tentang mokcik azwa ni? mmmmm... kene pikir dulu gak ni. dia ni katanya dolu2 suka mekap2, lipstik gincu mascara eye shadow segala. pas tu dah takde dah sekarang.. cuma guna rexona katanya. whauhahhahaaa..... lagi?

mmmm.. orangnya amat le buzy ngalahkan perdana menteri kooo... breakfast kat johor, lunch kat kl, tea kat terengganu, dinner kat sabah, supper kat singapore, tido atas katil. kahkahkahkahkahhhh... sian kan dia. orang penting katakan mesti pusing 1 malaysia buat koje. takpe2.. bagus. lagi?

dia ada 6 trailer yang mana semuanya cute2 dan menarik tertarik very the bomm... lagi?

kalo dia buzy dia tak update blog, tapi kalo dah update tu diaaaa..panjang berjela2 ko tulisannya sampai juling mata. lagi? dah berapa dah ni weh? baru 4? mana nak korek lagi 2 ni???

mokcik tu ada mood2 dia. kalo tiba mood dia tak selera makan, takdenya dia nak makan. dai minum je. tapi, kalo tiba time dia nak makan, tudiaaa.. tak berenti ko.. kadang2 tu akan jadi terlebih rajin lak sampai siap buat roti jala dan buat cili boh sendiri. hebattt..hebattt.... mokcik..lenkali cili boh beli je la.. kalo semua nak buat from scratch nanti penjual kat pasar tak dapat carik makan lorrr.. hwuahahhahaa... lagi?

dia pakai syampoo jenama NATUR tau. syampu herba tau tu. tak tau? tu la koranggggg..... iyeee..tak caya tanya la dia. sebab rambut dia gugur2. doktor kata kurang vitamin. tu la... jangan memain, syampuu diimport dari luar negara tu. pas tu dia pon makan gamogen. betollll... tak tipuuuuu...


lagikan.. mokcik tu dai pandai buat kuih makmur... betollllll.. tak tipu.. fakta ni bukan auta.

aaaaa..last but not least.. dia mesti nangis kalo tiba time nak kene balik ke putrajaya.. ye la..sapa tak sedih wooo tinggalkan kekasih2 nun jauh diutara. apapon, all the best to mokcik.

haaaaaa... apa macam? cukup dah rasanya 6 fakta tu. betol tak betol fakta tu kene tanya mokcik tu. hehehhehee.....

ok..sambungan tag, katanya kene la menyatakan 9 fakta atau hobi tentang diri sendiri. aduhhhhhh.... lepas 6, 9 pulak.. lepas ni kene 12 perkara pulak ke? anywayy... mari mencuba seberapa terdaya. sembilan fakta tentang saya? apa ye??? suka kucing. rasanya itu semua orang tau kot. lain? suka makan. mesti. mesti. kalo tido mesti mimpi2. pemalas ya rasul. apa lagi ni wehhhhh..... manjaaaa... auuuuwwww... tapi kadang2 garang jugak. suka buli orang, especially obek. selalu kena buli dengan nezha. owh..what to do. layan je la. suka masak tapi tak pernah yang menjadi. hehehehee...cukup dah kot tu. banyak2 kang dah jadi lain pulak.

sambung lagi tag. katanya kene bagi kat another 10 person! what?? 10??? huhuhuuuuu.. bab ni tak dapat den nak nolong. sorry to say tapi rasanya saya tak dapat memanjangkan tag ni kepada sesiapa pon. hehhehe.. tapiii.. sapa yang nak buat dengan cara sukarela amatlah dialu2kan. sila, sila, jangan malu2 sila buat tag.

eh..tapi kot2 makcik suruh buat soalan tambahan tu ke tak? takyah kottt...

ok la... apa pon thanks to mokcik yang sudi membagi kan best buddy award ni kat saya. saya harap kita dapat berjumpa suatu hari nanti dan berborak2 sambil makan grilled unagi dan tempura dengan pulut lepa. mokcik sukakan makanan tu?

apapon.. have a good day!!!!!!

batuk tak sudah2...


siannnn nezha.. dia lemahhhhhh je terlentok2 tak bermaya. hehehhehe... takde maknanya. itu semua tipu belaka. baru bangun tido memang le lemah longlai. cuba dah bangun, dah makan. tu diaaa.. melompat sana melompat sini gigit sana gigit sini. langsir saya udah carik2 dikerjakannya. macam tau2 je dah nak raya ni kan nak kene ganti kain langsir. malas la. bior le guna je la langsir rambu ramba tu lawo sikit. itu pic tengah tido namanya. pepagi kaco la dia. marah betol dia kalo saya snap2 pic dia masa tengah tido. as if konon dia tak bersedia untuk posing le. huwhahahhaa.. takde la. memain je. comel kan? lama2 macam dah nak jadi muka manusia lak bila saya tengok muka nezha ni. hehehehhee... kucing jadian kot? haiyokkkkk..... eeee..geram2.. rasa nak cubit2 pipi dia tu. gerammmmm!!!!!!!

hari ni macam biasa. jalan jem macam biasa. bangun macam biasa. owhh.. hari ni saya breakfast kat rumah tau. takde la grand.. makan roti sekerat. beli malam tadi. dengan harapan takde la nak muntah ke apa ke. setakat ni rasa ok la belom lagi melonjak2 anak tekak. semalam lepas lunch, naik je opis terus bluwekkk.. habis kuar semua makanan. rugi je tau. takde la makan apa pon semalam. nasi putih dengan kuah dan ubi kentang je. memang tak selera la. baru2 nak elok ni kot tu yang tak berapa selera sangat. sampai ke petang tak berapa sedap tekak. badan pon baru je nak baik. sampai rumah petang melepek. muntah lagi tapi tak kuar apa dah sebab dah takde isi perot. baring2, mandi, relax. malam kuar dengan obek beli makanan. tak beli apa la. beli roti je la beraneka perisa dan bentuk. seperti biasa, beli macam nak makan 10 orang walhal baru sekerat je yang dimakan. takpe2.. simpan dalam peti ais nanti boleh makan. obek belanja baju sejuk. hehehhehe... ala..murah2 punya. jadi la. its not the price, but the thought that counts. chewahhhh... teman obek makan nasi lemak. saya tak makan apa pon la malam tadi. gigit2 kuih seri muka seketol dan teh o suam. itu pon masyaallah.. seksa nak menelan. kalo saya kat rumah sorang memang jawabnya tak payah makan malam tadi, tapi disebabkan dok mengadap obek, terpaksa la jugak2 telan. tengok nasi lemak ayam goreng obek tu macam sedap tapi aduhaiii.. tak boleh terima lorr.... lepas makan2 balik le apa lagi. tengok leverage. tapi dah sekerat. katanya finale untuk this season, ye ke? hehehhe... dah jadi macam suka lak kat cerita tu. lepas tu baring2 main tenet jap lepas tu tidoooo kebabommmmm...

malam tido tak berapa lena. seperti biasa asyik la terjaga2. haihh..bila nak merasa tido lena. aaa..waktu demam hari tu kan dah tido lena penangan makan ubat le kot. best jugak ye rupanya. mimpi apa ye malam tadi. owhh..mimpi apa ntah tapi ada jumpa pokok durian bapak besoooo.. besoooo sangat2 beso. beso beno. aaaa...ni mesti maknanya nak dapat durian runtuh ni sebab mimpi pokok durian. huewahahhahaa.... layankan je la. nezha pulak sebokkk menyempit malam tadi. aduhhhh.. mana dengan tido tak lenanya, mana dengan dia dok baring tido atas perot. harus le sesak napas saya dibuatnya. bila angkat marah lak. lama2 saya tolak slow2 ke tepi. sebok je tau. tido le tempat sendiri.

keje opis banyaknya masyaallah... takpe la. buat slow2. kalo larat, buat. kalo tak larat, kene jugak buat. hwuahhahahaa....

apa lagi nak cerita ni ha??? takde idea la. owhh.. nizam dah mula koje kat johor. sukati dia la camne2 pon. dah besar panjang pepandai le nak hidop. hehhehee.. awek dia? entah. aaa..masa balik kenduri hari tu obek cerita mak midah sound bising2 kat nizam pasal dia still couple dengan aweknya tu. entah la.. 1st love kot tu yang sukar dilupakan. chewahhhh.... kita orang luar ni cakap memang le senang, konon dah jadi hal macam tu jangan couple lagi dengan awek tu, cuba kalo dah kene batang hidong sendiri baru tau. entah la.. harap2 semuanya ok je. saya ok je dengan nizam tu.

ok la.. nanti2 sambong lagi la. takde apa yang menarik yang nak dikongsi bersama. nanti kalo ada kita sambong lagi ye... byeee...

love you obek... (rinduuuu..-hari2 jumpa pon rindu lagi?)
love you nezha...(pun rindu jugak..-lagi pelik. melekat 24jam pon rindu jugak?)
love all of you...(pon rindu gak la..)

p/s : saya still batuk kong kong kong kongg.. sakit dah tekak ni.

Monday, August 10, 2009

helloooooo...



helloooo....

ada ke sesapa rindu kat saya? ke kat nezha ke? hehehhehe.. lama betol saya menghilang ye. bukan apa la.. kene demam panas yang teramat panazzzzzz... bukan h1n1 ye.. mujur jugak tak kalo tak lagi best..pree2 je kuarantin dok kat ruma 7 hari 7 malam 7 petang 7 tengahari. ini pon bagai nak tercabut tulang saya dibuatnya.

sian betol saya kan? tak pasal2 kene demam panas la.. macam budak2 kecik. eh..dia demam panas tapi badan sejuk gigil2 camne tu? so itu kategori demam panas sejuk ke hapa ha? anyway.. dah reda sah sekarang ni cuma tak berapa nak stabil lagi la. kepala masih weng2.. tinga masih tak berapa nak dengar berdengung je sebab panas sangat. suara? owh..rock woooo... siap ada batuk2 kong kong kong lagi.. selsema pon ada jugak.. kiranya complete package le percutian atas katil seminggu yang lepas. yahuuuuuu......

isnin tu memang dah rasa tak sedap badan. lemah2 dan asyik nak minum je. batuk pon macam dah datang je kan. layan. malam tu ok lagi. tapi tengah malam pukul 1am macam tu tu diaaa.. gigil2 sudah datanggg.... badan panas tapi gigil2 camne tu? pakai stokin pakai sweater dan... dan apa lagi.. melalak le sorang2. mujur ada nezha penawar penyakit paling mujarab. hehehehhee... call obek memalam buta tu. obek kata nak datang bawak pi klink saya lak takmo sebab macam tak larat sangat nak bangun. end up makan panadol je then tido. selasa pagi memang tak sedar dunia. sedar2 dah pukul 10am. haaa..hambekkkk... tengok handphone pon missed call dari obek dah berderet. bior lantak sana. memang betol2 flat la nak bukak mata pon tak larat lor. sambong tido sampai petang baru sedar. obek datang bawak pergi klinik. dapat mc 2 hari. pas t doktor suruh duduk rumah le jangan jalan2 tambah2 wabak h1n1 tu kan takmo nanti terjangkit. so, kiranya selasa dengan rabu tu memang jadi penunggu rumah. bukak pintu pun untuk amik makanan dari obek je. tapi tak makan pon. lansong tak makan. makan je muntah belahak. hehehhehe... minum air penawar je la pakcik obek buatkan. khamis rasa dah macam sihat. dah boleh bangun. tapi kepala still pusing2. pegi jumpa doktor sebab doktor kata kalo dah 2 hari tak elok lagi kene datang lagi check. so, pergi la check. demam dah kurang but still ada saki baki. dapat lagi mc. yahuuuuuuuuu.... khamis sambong tido seharian lagi. sian nezha. saya memang tak layan dia lansong sepanjang saya demam tu. dia pon macam paham je kan baik je. tido je kat sebelah saya. takde la nak melompat2 ke hapa ke. i love you nezha. nezha memang baik. jumaat dah segar. rasa nak pergi koje. obek kata tak yah and still ada mc. mmm..boring dah duduk rumah. kononnya nak kuar pegi jalan2 sekali kepala pusing2 terus tido lagi. hehehhehe...

sabtu dah ok dah. dah boleh makan bubur kosong. tak muntah dah. tapi tak boleh makan banyak sebab tekak tak boleh terima. obek nak balik kampung sabtu tu sebab mak midah ada buat kenduri tahlil la dan nak menyambut puasa ni kan. saya dah buat muka 50sen la. alaa..kalo dia ada sini pon bukannya berkepit pon tapi perasaan tu lain la. kalo dia balik kampong rasa macam jauh sangat. hehehhehe.. kata demam nak le manja2. gatal yang lebih sebenonya. so, obek kata jom ikut balik kampung. saya dok pikir kalo ikut badan bukan larat sangat. baru je nak kebah. tapi kalo tak ikut rasa macam terperap je kat rumah tak keluar2 dah berapa hari. pikir2, diskus2 dengan nezha (chewahh.. ye beno le tu), saya pon nak le ikut. tapi tak le pergi rumah obek, saya stay kat hotel le kat bandar dia tu. tak kuasa le pergi rumah dia. orang sebok nak kenduri kendara awak melepek je tak larat. orang ikut tu bior jadi meringankan beban orang kenduri jangan menambah beban. hehehhee... so, sabtu petang berangkat le ke johor tu. nezha tinggal. hehehe.. sian dia, tinggal kejap je. ahad tengahari dah sampai kl balik. obek hantar saya kat hotel, saya sambong tido..sampai ahad pagi. pagi bangun bf buffet hotel tu sorang2, pas tu naik lagi tido. tengahhari pukul 1130am macam tu obek sampai jemput balik. yahuuuuu.... sebelom balik pusing2 dulu. kononnnya nak makan itu ini jalan2 cari makan tapi takde maknanya. tekak tak boleh terima dan lagi pon badan tak berapa sedap. so, terus je la balik rumah. sampai rumah terkam nezha dulu. mandi2 relax kejap tido lagi. hehehhee.. ceritanya seminggu ni tidoooooooooooo je la. obek pulak pergi kenduri rumah kawan dia kawen. saya tak ikut le tak larat. tido kat rumah lagi bagus. malam, makan bekal mak midah bagi. pas tu main game, tengok tv pas tu tido. pagi ni bangun liat ya rabbi sebab mengenangkan nak kene pergi koje.

hari ni isnin jalan tak jem sangat. biasa2 je. sampai je opis tu dia.. lawo meja. macam2 adaaaa...haa.. ni dok mengadap le ni sesambil update blog. kat rumah tu ingat nak gak update tapi ya tuhan.. tak larat sangat. ini pon dipaksa2 gak sebab dah lama sangat cuti. orang opis kata saya cuti demam h1n1. saya kata takde la.. demam panas biasa. owh..lupa nak bagitau, masa hari khamis tu saya kene cerry berry lak so bayangkan la. memang rasa nak tertanggal tulang2 badan ni punya lemahnya. tak makan apa pon still kena cerry berry. tak paham betol.

tapi takpe la.. mudah2an semua selamat. orang kata penyakit2 ni menghapuskan dosa2 kecil, ye ke? hehehhehe.. aduh..tak jugak sedar2 diri ye. takpe la..

pic nezha esok2 la ye.. terima kasih obek sebab melayan kerenah saya sepanjang saya demam ni. saya ni ciwek sikit kalo time2 demam. melalak je 25jam. hehehhee... baik betol dia bersabar dengan saya. tq to nezha jugak sebab jadi baik sangat. tak uk-uk sepah2, tak tumpahkan air, tak garu2 gigit kepala saya time saya tido, infact dia pon ikut bantai tido sekali. itu pon lagi sekor, asyik la nak berkepit je dengan saya. hehehehhehe.... sekarang saya dah kategori sihat. alhamdulillah.....

Monday, August 3, 2009

majulah sukan untuk negaraaaaa....

muwahahhaaa...suspen jangan tak suspen. dah kata tahun ni nak kene giat bersukan. entah apa le hantu yang merasuk obek tu suruh saya bersukan le pulak. last year suruh saya masuk futsal. haihhh..sorry le.. idak le makcik mau masuk sukan yang berlari2 mengejor2 macam tu. sangat tak berminat. last2 dia je la yang masok main futsal. saya jadi tukang sokong je la. sokong pon sokong kat handphone sajor. idak le pergi ke futsal court tu menyokong. wauhahhaa.. sungguh tak sporting betol awek obek ni. anywayy.. berkesinambungan dari entry beli reket yang awal2 lagi dah dibuat gitar dek nezha hari tu, semalam petang saya dan obek pon pergi le terjah badmintan court. tujuannya nak main badminton la..takkan nak berenang pulak. tak sesuai la.




kahkahkahkahhh..ini namanya kasut bersukan ye. jangan le gelak saya pakai kasut pink. pakkal je dapat pree kalo beli sendiri memang takkan la beli kaler pink. tapi bila tengok2 bukak2 kotak je dah pink kan nak buat camne.. terima je la dengan rela hati disulami dengan ucapan terima kasih buah strawberry, lain kali belikan le lagi... yang kelabu asap tu kasut obek. wahh.. kononnya beriya le ni petang tu obek ajak pergi main badminton. saya dah siap sedia 500 ribu alasan tak mau sangat2 pergi. penat la, ngantok la, sakit kaki la, sakit kepala la, tak jalan lorrr... kene jugak2 pergi. so, saya cakap le stokin takde. tak boleh main kalo takde stokin kang sakit kaki. wahhh..boleh guna alasan macam tu. walhal tido tiap2 malam pon pakai stokin. kahkahkahakhhh.. obek kata takpe.. jom pergi kedai beli stokin. uuwwaaaaa.. nangis kat situ jugak. rasa nak tergolek2 memberontak tapi tak berjaya lor. kene buat demonstrasi jugak ni. so, beli la stokin, dapat jugak seluar baru dan t-shirt baju. habis tu nak bagi alasan apa lagi. uuwwaaaa..... hadap je la.



sini la arah tujuan petang semalam. gagahkan diri jugak amik gambar tu walhal muka rasa tebal semacam sebab ada orang kat keliling tu. dah kata nak masok blog, tebalkan la muka tapi sorok2 la. uuwwaa... malu dowhhh... sila amik perhatian. sapa2 nak tempah court boleh aje. dia first come first serve basis. apa pon call la dulu abang tu catit nama. bayar murah saje. weekend badminton courth rm12 saje 1 jam. haa..pulun le ko kat dalam tu. tapi busuk la dalam tu. hwuahahhahaa... banyak komplen lak. ye la.. tempat tertutup, bau peloh jantan2 ni main kan. haduihhh.. kembang tekak lor. ventilation dia agak kureng la. entah la, saya pon baru semalam 1st time pergi sana. tak explore banyak lagi. ada swimming pool, tapi pool kecik, tapi untuk kanak2 punya menarik. ramai la kanak2 mandi manda semalam. ada tennis court, squash court, rasa2 nak ganti nicole david sila berlatih kat sini, ada gym, ada playground, ada futsal court. itu je la yang saya nampak semalam, ada lagi tu kot sebab saya tak round habis. kalo lupa bawak air takpe.. kat kaunter tu abang tu ada jual air. limited la air mineral dengan 100plus je la. kalo nak teh ais, milo ais, sirap limau tak dapat den nak nolong. pegi luar kedai mamak baru ada. tapiii.. kalo takde duit nak beli air pon takpe, dia ada watercooler kat luar tu. tadah je mulut. hehhehe...

yeahhh..ini pintu masok namanya. ada tulisan besar gedabak kat atas pintu jangan salah masok lak. tempat ni betol2 depan kaunter abang registration tu la. aduhaii.. nak snap pic ni saya tertangguh2 dari waktu sampai sampai waktu nak balik baru berani nak snap. saya kan penakot dan pemalu. kahkahkahkahhh.. nak amik pic pon penakot. apa laaaa....

ini tulisan2 peraturan2 yang perlu dipatuhi la kan. manusia ni, kalo dah tulis tu pon kadang tak reti bahasa jugak. masih jugak le nak buat benda2 yang dah terang2 tulis kat papan tu. hehehhee.. tu la saya kasi baca dulu habis2 mana tau hujung2 dia tulis "dilarang mengambil gambar". haaa..tak ke naya. tak pasal2 kene fine pulak. hehhehe.. lebih baik beringat sebelum terkena. tapi takde la dia tulis situ, setakat yang saya tau kalo main pool/billiard yang diaorang larang amik pic sebab takut silaukan pemain dan tersalah jolok bola. chewahhh.. ye ke tak? hantam la.
ok, so dia tulis,
-----
dilarang merokok--padan muka obek. merana kan tak dapat smoking 1 jam tu. rasa nak pengsan kan? very good.
-----
dilarang bawa pet--sorry nezha tak boleh ikut. kalo boleh bawak pet tu kang tunggang langgang lak permainan. kalo takat kucing takpe lagi, buatnya anjing buldog terlepas ke, ulaq sawo ke, memerang ke, musang ke, tak ke hazab. orang zaman sekarang ni pet diaorang lain macam sikit. jadinya baik tulis awal2 jangan bawak pet. pet dok kat rumah tido. hehhee...
------
dilarang makan burger dan air dalam cawan--hehehhe..sengal. bukan la.. dilarang bawa makanan dan minuman dari luar tu. sikit2 air sebotol boleh le kot. ada orang jenis tak paham ni kang siap bawak bekal macam nak berkelah lak so tak sesuai la. kang tengah syiok2 berkelah makan sambal tumis kat gelanggang futsal tak pasal2 je bola kene kepala tersodok sambal tumis kat hidung, kan ke susahhh..itu je la.
------
dilarang pakai kasut stud/spike--ye la, tempat tu lawo. rumput pon rumput karpet tu ha.. gebu je. lantai pon lawo, kalo pakai spike paku2 tu kang habis le calar lantai, terbajak le pulak rumput. kasut2 sport tak pe la. tapi punya nak jaga lantai ada lak yang pakai selipar jopun semalam. hwuahahhaa.. hantam la.. sukati ko la labu. manusia ni kadang2 tak make sense betol. takpe la. jangan susahkan orang sudah le.
so, sampai awal 1/2 jam semalam, tu yang sempat pusing2 tengok keliling tu. panaskan badan katanya kalo tak kang kejang kejung badan tetiba melompat main badminton. hehhehe... tetiba ada lak akak tu dukung baby dan ada anak kecik kat sebelah dia tanya saya kat mana nak beli air. sian betol. bila dah bagitau arah semua tu akak tu pergi la. sian kat baby2 dan kanak2 la kalo pergi tempat2 macam tu. panas, meluap. kalo dok kat luar takpe, kalo duduk dalam court tu mak oiii.. meruap lorr... so, kalo nak bawak baby kene bawak air siap2 dalam bag. tapi rasanya sport centre tak sesuai la untuk beriadah bersama baby. melainkan kalo kat playground dia tu la. nampak safe tempat tu. lantai getah so kalo jatuh pon tak luka la kot. anywayy.... dah panas2kan badan main hentam keromo al-maklum, berkurun meninggalkan acara pemanasan badan mengikut standard dan piawai, akhirnya kami pon masok le court tu. alamak... orang tu still main la kat court yang kami book. takpe.. main kat court sebelah sebab kosong. kalo orang court tu datang baru la kita suruh orang ni blah. kalo takde biorkan je la. no hal punya. hehehe...
so, bermula la permainan. hahahhhaa... memang lawak gila la sebab ntah hapa2. 2-2 pon sengal main syiok sendiri. takde kira2 markahnya. ini main kira berapa kali banyak pukul shuttle tak jatuh. ok la tu.. for the beginner. wahh.. tengok orang lain main macam lee chong wei le. tung tang tung tang gedebushhh.. smash. baru 10 minit main dah serender dah. uuwwaaaa...sakit2 tangan kaki badan semuanya. kene marah dengan obek sebab dia kata saya manja sangat. ate.. tak pernah umor main tetiba hari ni kene main harus le kan. hantu betol. takpe2.. kumpulkan semangat waja demi motto majulah sukan untuk negara, makanya saya bangkit dengan lebih bersemangat. kahkahkahakhh ayat tak boleh blah betol. anyway.. saya jadi terror la main. obek pon kalah. pakkal le saya pendek dan tak kuat pukul kalo tak memang le obek makan net je la jawabnya. kahkahkahakahhh.. takde la..kira ada improvement la jugak. udah cikgunya garang beno harus anak murid jadi cepat pandai.
peluh jangan cerita la. busuk lorrrr.. lepas 1 jam main melompat semua, kami pon lepak kat luar dulu sebelom balik. ye la.. kena sejukkan badan dulu tak boleh masok kereta terus ngadap ekon kang pengsan kang tak pasal2 je. lepak2 dan sejuk then baru balik. singgah makan dulu sebab kang takyah kuar2 lagi. saya dah berlengas2 tu nak suruh balik mandi pas tu kuar lagi memang takkan le kan. baru kata main mengeluarkan peluh dan membakar kalori sekali time dinner tu diaaa.. hantam spageti dan fish & chips. ye beno membakar kalori, lagi menambah ada. hantam laaa...
balik rumah lepak kejap pas tu mandi semua. wahhh..segar badan tapi sakit2 seluruhnya. tido malam terjaga badan sakit2 nangis. ehehheheee.. penangan main bandminton selepas 20 tahun. rasakan. pagi ni nak bangun punya la seksa. semua sendi2 ni sakit. takpe la.. permulaan. kalo dah selalu2 nanti elok le tu kot. obek kata lepas ni ada lagi satu benda dia nak suruh saya buat. uwwaaa... kalo dengan dia ni mesti terseksa fizikal tau. entah la sport apa pulak dia suruh main, tunggu je la.....eh..main congkak pon kira sport apa, apsal tak suruh saya main tu? uuwaaaaaa...