mari mencari....

Google
 

Tuesday, August 11, 2009

batuk tak sudah2...


siannnn nezha.. dia lemahhhhhh je terlentok2 tak bermaya. hehehhehe... takde maknanya. itu semua tipu belaka. baru bangun tido memang le lemah longlai. cuba dah bangun, dah makan. tu diaaa.. melompat sana melompat sini gigit sana gigit sini. langsir saya udah carik2 dikerjakannya. macam tau2 je dah nak raya ni kan nak kene ganti kain langsir. malas la. bior le guna je la langsir rambu ramba tu lawo sikit. itu pic tengah tido namanya. pepagi kaco la dia. marah betol dia kalo saya snap2 pic dia masa tengah tido. as if konon dia tak bersedia untuk posing le. huwhahahhaa.. takde la. memain je. comel kan? lama2 macam dah nak jadi muka manusia lak bila saya tengok muka nezha ni. hehehehhee... kucing jadian kot? haiyokkkkk..... eeee..geram2.. rasa nak cubit2 pipi dia tu. gerammmmm!!!!!!!

hari ni macam biasa. jalan jem macam biasa. bangun macam biasa. owhh.. hari ni saya breakfast kat rumah tau. takde la grand.. makan roti sekerat. beli malam tadi. dengan harapan takde la nak muntah ke apa ke. setakat ni rasa ok la belom lagi melonjak2 anak tekak. semalam lepas lunch, naik je opis terus bluwekkk.. habis kuar semua makanan. rugi je tau. takde la makan apa pon semalam. nasi putih dengan kuah dan ubi kentang je. memang tak selera la. baru2 nak elok ni kot tu yang tak berapa selera sangat. sampai ke petang tak berapa sedap tekak. badan pon baru je nak baik. sampai rumah petang melepek. muntah lagi tapi tak kuar apa dah sebab dah takde isi perot. baring2, mandi, relax. malam kuar dengan obek beli makanan. tak beli apa la. beli roti je la beraneka perisa dan bentuk. seperti biasa, beli macam nak makan 10 orang walhal baru sekerat je yang dimakan. takpe2.. simpan dalam peti ais nanti boleh makan. obek belanja baju sejuk. hehehhehe... ala..murah2 punya. jadi la. its not the price, but the thought that counts. chewahhhh... teman obek makan nasi lemak. saya tak makan apa pon la malam tadi. gigit2 kuih seri muka seketol dan teh o suam. itu pon masyaallah.. seksa nak menelan. kalo saya kat rumah sorang memang jawabnya tak payah makan malam tadi, tapi disebabkan dok mengadap obek, terpaksa la jugak2 telan. tengok nasi lemak ayam goreng obek tu macam sedap tapi aduhaiii.. tak boleh terima lorr.... lepas makan2 balik le apa lagi. tengok leverage. tapi dah sekerat. katanya finale untuk this season, ye ke? hehehhe... dah jadi macam suka lak kat cerita tu. lepas tu baring2 main tenet jap lepas tu tidoooo kebabommmmm...

malam tido tak berapa lena. seperti biasa asyik la terjaga2. haihh..bila nak merasa tido lena. aaa..waktu demam hari tu kan dah tido lena penangan makan ubat le kot. best jugak ye rupanya. mimpi apa ye malam tadi. owhh..mimpi apa ntah tapi ada jumpa pokok durian bapak besoooo.. besoooo sangat2 beso. beso beno. aaaa...ni mesti maknanya nak dapat durian runtuh ni sebab mimpi pokok durian. huewahahhahaa.... layankan je la. nezha pulak sebokkk menyempit malam tadi. aduhhhh.. mana dengan tido tak lenanya, mana dengan dia dok baring tido atas perot. harus le sesak napas saya dibuatnya. bila angkat marah lak. lama2 saya tolak slow2 ke tepi. sebok je tau. tido le tempat sendiri.

keje opis banyaknya masyaallah... takpe la. buat slow2. kalo larat, buat. kalo tak larat, kene jugak buat. hwuahhahahaa....

apa lagi nak cerita ni ha??? takde idea la. owhh.. nizam dah mula koje kat johor. sukati dia la camne2 pon. dah besar panjang pepandai le nak hidop. hehhehee.. awek dia? entah. aaa..masa balik kenduri hari tu obek cerita mak midah sound bising2 kat nizam pasal dia still couple dengan aweknya tu. entah la.. 1st love kot tu yang sukar dilupakan. chewahhhh.... kita orang luar ni cakap memang le senang, konon dah jadi hal macam tu jangan couple lagi dengan awek tu, cuba kalo dah kene batang hidong sendiri baru tau. entah la.. harap2 semuanya ok je. saya ok je dengan nizam tu.

ok la.. nanti2 sambong lagi la. takde apa yang menarik yang nak dikongsi bersama. nanti kalo ada kita sambong lagi ye... byeee...

love you obek... (rinduuuu..-hari2 jumpa pon rindu lagi?)
love you nezha...(pun rindu jugak..-lagi pelik. melekat 24jam pon rindu jugak?)
love all of you...(pon rindu gak la..)

p/s : saya still batuk kong kong kong kongg.. sakit dah tekak ni.

2 comments:

zh-ena said...

leeya pernah dgr air lemuju tak?
klu pernah minum air lemuju tu 1 sudu..insyaAllah akan baik batuk tu

saya said...

ena--tak pernah jumpa la air tu