mari mencari....

Google
 

Friday, August 28, 2009

bila hujan, macam2 hal la jadi...


hello.... wahhh...sekarang petang2 waktu balik je hujan lebat ye. lebat betol tak nampak jalan. takot la. pagini tadi pon hujan lepat jugak. aduhhhhh..... tak pe la.. hujan tu kan ke rezeki. sian pokok2 tanam-tanaman takde air, bila hujan dapat la diaorang tu minum mandi semua. hehehhee...
~~~~~~~~~~
cerita pasal hujan, start dari malam tadi dah hujan dah kat area rumah saya tu. saya tersedar sebab bunyi hujant u jatuh kat atap depan tu kan tup tap tup tap bunyiknya. mmmm... tak boleh tidor lorr.. nezha pulak tetiba je menggaru2, menggigit2 kepala saya, usap2 dia then dia tido atas perot saya. wahhhhh.... ini lebih hebat dari tekan tubi punya pressure kat perot. layan kan je la. kejap je pas tu saya tolak dia ke tepi. huhuhuhu..sakit lor. tengok2 jam ingatkan dah pagi, rupanya baru pukul 0120am. mmmm..awal lagi. takkan nak bangun sahur kot. baring2 jugak la golek2 melayan si nezha. lama2 tu saya tertido jugak. mimpi yang bukan2. benci la. bulan puasa pon still mimpi2 lagi. hehehehhee.... dah pukul 4am tu baru bangun bersahur.
~~~~~~~~~~
owh..cerita pasal berbuka semalam, selama hari ni saya tak pernah pon ada sebarang permintaan untuk berbuka puasa. jadi obek akan beli ikut suka hati dia la. saya tak kisah pon sebab biasanya ok2 je pilihan dia tu. tapi semalam saya teringin la berbuka makan sate dengan nasi himpit tu. wahhhh.. baru seminggu puasa dah feeling2 raya ni nasi himpit bagai. so, sms kat obek mintak if kalau boleh dia belikan saya sate tu le. nak sate pak haji yang glamer tu le. obek kata kalo sate tu takde beli sate biasa boleh ke? saya kata takmo. nak gak sate tu, pegi la pusing mana2 carik sampai dapat. hwuahhahaha... gila pemaksa betol saya. sekaliiii...nak tau berapa batang dia beli? 20 cucuk sate ayam dengan nasik himpit tu untuk saya seorang makan! gila ke hapa mana nak larat habis. kalo beli 10 cucuk pon belom tentu dapat habiskan. aduhhh..dia kata hah, hambek makan sampai kenyang, nak sangat. uuwwaaaaaaa...... ini dah kira kes penderaan. dah tu dia belikan jugak koewtiaw goreng dengan kuih popia. air soya bean la apa lagi. so, semalam berbuka tak makan nasi. dah sah2 le sate tu tak habis so saya buat sahur pagi tadi. pon tak habis. ye la..mana larat nak makan banyak2. uuuwaaaaa........ so, menu bersahur tadi ialah, sate, air suam dan oat cereal tu buat makan2. sebab teringin. hehehhehe... konon nak makan macam tu je sambil tengok lilo & stitch, sekali tu macam tak best je. bancuh jugak milo sikit makan cereal tu. hambekkk...


sahur hari ke-7 (28/08/09) : sate, nasi himpit, cereal, air suam.
~~~~~~~~~~
pagi ni hujan lebat sangat2. so, jawabnya jalan jem. depan rumah saya tu nak keluar pon tak boleh. mula2 dah bersiap nak keluar tengok keadaan jalan sangat la jem so tunggu kejap. ingatkan by 8am dah reda rupanya lagi terok. aduhhhh... sudahnya dekat 830am baru saya keluar rumah. lambat le jawabnya sampai ke opis. sampai je opis, nak keluar lif tu terserempak dengan bos saya. hahahhahaha... saya nak keluar, dia nak masok. 2-2 pon terkejut. dia kata, hah! saya sengih je la jawab sorryyyy.. hwuahhahahha..lantak le. dah memang hujan jalan jem tak boleh buat apa lor.. bukan saja suka2 nak datang lambat. rupanya dia dah cari saya sebelom tu dia tanya kat budak opis say atak datang ke, budak opis kata eh..bukan ke dia ada kat depan tadi. kuar kejap kot. wahhhh... baik punya cover. hwuahahhaa....apapon, dah lepas la. selamatttt...
~~~~~~~~~~
nezha sangat manja le pulak malam tadi. amboiii.. melesekkk je koje dia kat saya. geram betol, rasa nak cubit2 pipi dia tu. hwuahahhaha.... obek pulak nak balik kampung. kan cuti lama 3 hari sempena merdeka. uuwwaaaa... saya pon balik rumah ma. entah. kalo obek takde kat kl ni raya macam jauh je. walhal dia balik kejap je nanti dia kata sebab 1st puasa hari tu dia tak balik. makmidah kirim gula kalo ada sebab kat kampung saya takde. ada kedai yang ada jual rm2 pulak 1kg. eh..kan dah kata kat berita tv jangan naikkan harga gula sesuka hati. kan barang kawalan tu. eeee..diaraong peniaga ni kan suka betol amik kesempatan. benci ahhhhh.....
~~~~~~~~~~
semalam kawan saya yang saya selalu cerita tu ym saya. dia suruh (suruh ye, bukan tanya) saya belikuih raya dari dia. saya direct cakap dengan terang dan nyata, TAKMAU. dia kata kenapa takmau pulak? saya kata tak minat. dia kata beli la boleh bagi kat makmidah. saya kata tak payah. makmidah lagi teror buat kuih. mak midah le tokey kuih kat tempat dia apa hal pulak nak beli kuih tu. lama2 dia ala2 bengang lak kat saya. lantak laa... saya sendiri pon jual kuih raya tahun ni lagi mau beli dari ko. kalo ko tu baik sikit peel tak pe le jugak ini tak. malas le nak masok campor. hah.. korang2 kalo nak kuih raya order dengan saya. mama yang buat. tat nenas, famos amos & oat. 3 jenis sajor. hehehhehee...murah2 mari beli. sapa beli 12 balang dapat percuma 1 balang. seriusss....
~~~~~~~~~~~
ok la.. malas nak tulis panjang2. mood takde la pulak. entah la. benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............
~~~~~~~~~~~
i love you obek...(rindu)
i love you nezha...(lagi rindu)
i love all of you...(pegi la tido)

3 comments:

MOKCIK AZWA said...

ekeke...tu la kannss..nak sangat makan sate sekalik sampai 20 cucuk dibelinya...kwang kwang kwang..

bila hujan awal pagi jalan pun jem...huhuhu..mokcik pun hampir2 malas nak bangun pagi. tapi ingatkan nak balik petang ni terus mokcik melompat gi mandi manda sampai opis sebelum jam 8 pagi ehhehehe..

zh-ena said...

nezha tido atas dada leeya mcm umairah tidu atas babah dia..cute jea..

mmg lebat gila la ujan pg td kan..ena terlajak bgn smp tak sahur pun..

saya said...

mokcik--baguss..itu kira motivasi supaya rajin koje tu.

ena--ena tu selalu je terlajak tido. hehehhe...