mari mencari....

Google
 

Monday, August 3, 2009

cerita hujung minggu # 6...

fewwitttt...chewahh..jelingan manja la kononnya tu ye? hehehhee.. ye la tu comel habis le dah tu dengan comot mulutnya, bukan reti nak lap. kalo nampak saya amik tisu dia dulu mencicit lari sebab tau saya nak pi lap2 muka dia. apa la penakot beno. geram lak kekadang. apa pon, i love you nezha!!!!!
---------
cerita hujun gminggu saya.. macam biasa la... kata dah semangat nak kemas2 rumah kan. kemas jugak le lebih kurang. ada le nampak macam bentuk rumah sikit kalo tak aduhai..macam kapal karam. takpe2..slow2. anyway.. meh nak cerita jadual hari sabtu. sabtu pagi kemas rumah. tengahari ajak obek pergi lowyat sebab nak kena repair screen lptp tu la udah kebabommm.. idak le nampak sebarang unsur2 tulisan kat screen tu. malap le pulak. so, pegi le kl. walhal dari hari jumaat dah dengar radio kata jangan pergi kl sebab ada demonstrasi ke hapa. masa kecik2 dulu kalo sebut demonstrasi tu maknanya ada party jual taperwer. sekarang ni demonstrasi tunjuk perasaan dan perasan di jalanraya. pas tu lari2 bawak anak bini. yang lagi tak sedap mata memandang masing pakai baju melayu, pakai kopiah pakai tudung. apa ni???? major interpretation? orang islam, orang melayu suka buat kacau. tak ke memalukan bangsa dan agama. kata orang kuat2 agama. tapi kenapa buat perangai macam ni? dah jadi macam darurat pulak. nehi2 terang2 je orang bangsa lain mengutuk kita. habis nak buat camne? apa yang orang nampak itu le yang orang cakap. entah la..pikir sendiri. pas tu dah kene tangkap heret sekali anak bini masok lokap. ehh..udah terbabas le pulak. saya pergi lowyat tu tak lalu pon area2 rusuhan tu tapi terbabit jugak dalam jem tu. anyway..sampai sana, pusing punya pusing then jumpa le kedai. repair dalam 1 1/2 jam pas tu siap. obek lak nak cari battery lptp. pusing lagi. gila penat rasa macam nak pengsan. dah sampai sana nampak pulak kedai game. entah le saya tak paham ps2 le ps3 le psp le.. saya tau brick game pasar malam je harga rm10 guna bateri ciplak 2 hengget. ada berapa belas game dalam tu. elok je sampai sekarang. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... disebabkan birthday orang tu.. dan dia pon merengek2 memekak kat tinga nak jugak2 game tu.. belikan jugak le. walopon selepas saya membebel 500 bakul kat dia. hwuahhahahhaha.... jadi, obek udah dapat birthday gift dia la... lantak le sana saya bukan reti main benda2 tu. dapat cd game free 12 keping. haa..hadap le ko main tu pagi petang siang malam. saya tengok semua cd ganas2 je, lawas wrestling la, bola la, tembak2 le. huiiii... sangat le saya tidak berminat. lama kitaroang kat situ dari pukl 1130am sampai pukul 4pm. tau2 la pegi kedai macam tu nak install itu ini begitu begini gedebak gedebuk amik masa. masa tengah pusing2 tu ramai ibubapa bawak anak pergi beli laptop. hehhe..anak baru masuk 'u' katakan... bertuahnya anak2 sekarang. eh.. nak tau apsal screen lpt tu rosak? saya syak sebab nezha suka duduk kat atas lptp tuuuuuu..whuahhahahha... gila jahat tak pasal2 mamat tu kene dipersalahkan. tapi serius wehh..dia kan memang suka je duduk melepak atas tu. pantang lepa atau nampak.. harus nak duduk. kalo saya tengah guna pon nanti dia datang slow2 then nak duduk kat keyboard tu. uuwwaa... tapi saya tak salahkan nezha la.. takkan le kot sebab dia duduk atas tu screen jadi rosak. tau le dia berat tapi takkan le kot. tukar screen tu kene 480.. mahal. tapi lebih murah dari kalo kene beli yang baru. wahh..pengsan lorrr...



ini pic lama tapi ini le gayanya nezha suka duduk atas lptp saya. yang screen rosak tu lptp yang kaler putih tu. yang hitam tu elok lagiii.. tapi entah le berapa lama je lagi umurnya. hehhehee... yg hitam kan obek bagi masa birthday saya last year. yeayyy..lepas ni birthday saya pulakkk..chewahh..walhal lambat lagi lorrr...
-----------
ahad---hehhehe...ada cerita menarik..tapi akan diletakkan di lain entry sebab.. sebab apa ha? ate kata nak buat 15 entry perday..harus le cerita sikit2. hehhehehee....
-----------
tetiba teringin makan tapai pulut yang dalam daun pisang tu. letak dalam peti sejuk dulu pas tu baru makan wahhhhh...sedapnya. pepagi buta dah cerita pasal makan. apa daaaa...
-----------
hari sangat mengantok. badan sakit2. rasa malas sangat2 nak datang koje tapi datang jugak le. kalo kompeni ni saya yang punya takpe la...
-----------
semalam bersihkan nezha. bagi lawo2 wangi2.. baru la hensem boy. lama betol nak mengerjakan dia tu habis tu nak lari2 je kojenya. duduk bangun duduk bangun aduhh..tak larat lor. lari2, kejar, tangkap, lari lagi. dia bukan pedulik saya jerit ke marah ke bebel ke.. dia tetap le menehennn je. geram betol. sekali kene pokpok kat momtot baru tau diam. itu pon ada la 10 minit kot lepas tu menggelejat balik.
-----------
ok la... itu la cerita sekerat hujung minggu saya. sambungan cerita hari ahad sekejap lagi. kalo rajin. kalo tak rajin, esok le jawabnya. hehhehee... peace!!!
-----------
i love you obek...(mengantok gak ke?)
i love you nezha...(dah wangi dahh)
i love all of you...(its monday people!)
i love monday!!!!!!!

1 comment:

~dARlee zURiS~ said...

ada baca dlm paper macam teruk je demonstrasi tu
tah apa2 diorang nie
buat malu je
ish ishh...

haaa..repair screen mmg mahal
baik beli barulah
kalu dh start rosak..nanti mensti wat hal lagi kalu dh repair pun